Nota Penulis: Menurut seorang Penyelidik Hal Ehwal Politik daripada International Peace Reaserch Institute (IPRI), Oslo, Norway yang membentangkan syarahannya dalam seminar politik di Technical Universiti Berlin pada tahun 1984 berkata, mana-mana penulisan hal ehwal politik hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelemahan atau keburukkan sesebuah pertubuhan atau parti politik yang ditentangnya.
Katanya, terjemahan kepada makna POLITIK
adalah berbeza di antara satu negara dengan satu negara lain. Ini kerana di
Amerika Syarikat hanya ada 2 parti politik sahaja. Di negara China hanya ada 1
(satu) parti politik sahaja yang wujud tetapi tiada pilihan raya. Di negara
Britain ada pelbagai parti politik seperti juga di Malaysia, dan begitulah
seterusnya. Makna POLITIK secara standard
yang diputuskan oleh IPRI ialah:
Sebuah pertubuhan politik,
sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan kerajaan, berusaha untuk
mendapatkan kuasa pemerintahaan, sama ada melalui pilihan raya yang telus atau
tidak telus, atau melalui syarahan, propaganda, demostrasi, atau melalui
rampasan kuasa, atau melancarkan peperangan bersenjata dengan kerajaan, atau
melalui cara-cara lain yang boleh menyebabkan kerajaan yang sedia ada itu
tumbang.
Catatan: Nik Aziz dan Haji Hadi ada
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pun berpolitik juga. Soalan: Adakah Baginda juga terlibat dalam satu satu
daripada cabang-cabang politik seperti di atas? Jawapannya ada tidak.
Katanya lagi, penulis hendaklah
mengumpulkan segala kelemahan atau keburukkan parti lawan untuk dihebahkan
kepada seluruh rakyat dengan harapan majoriti rakyat atau keseluruhan rakyat
akan menolak parti tersebut sepanjang masa dan bukannya terhad pada mana-mana
pilihan raya sahaja.
Sehubungan dengan itu, penulis hendaklah
bebas daripada hanya memuji
dan terpengaruh kepada sebuah
parti yang disokongnya sahaja. Sebaliknya hendaklah jujur menulis secara profesional
dengan sedikit atau beberapa teguran membina kepada ahli parti, atau pemimpin
parti atau pun kepada kepimpinan tertinggi dalam parti yang disokongnya itu
dengan harapan parti itu akan menjadi lebih kuat dan terpengaruh. Maknanya
diterima oleh majoriti rakyat, atau keseluruhan rakyat.
Tanpa teguran membina, pastilah pemimpin
parti yang disokong itu akan menjadi lebih sombong serta tidak mahu
memperbetulkan apa yang tidak disukai oleh rakyat, dan pastilah rakyat akan
menolak pemimpin itu, dan secara tidak langsung, parti itu juga yang pastinya
akan ditolak oleh rakyat. Adalah lebih baik pemimpin tertinggi itu disingkirkan
lebih awal daripada menjadi pemimpin tertinggi sebelum rakyat membuat keputusan
menolaknya, kata Penyelidik (IPRI) itu.
Perkara sepenting begini biasanya tidak
disedari oleh mana-mana pemimpin atau ahli parti politik.
Ditekan di sini, mana-mana penulis yang
hanya menghentam sebuah parti politik lawan sahaja tanpa menegur kepimpinan
parti yang disokongnya itu pastilah akan dianggap seperti “air masin” yang
tidak boleh diminum. Tulisan itu perlu ditolak secara mandotori.
Penulis hendaklah pandai mengimbang supaya
penulisannya itu akan lebih menarik dibaca oleh semua golongan, dan yang
penting mampu menarik keluar ahli parti lawan supaya menyokong partinya.
Disinilah letaknya kebijaksanaan penulis supaya penulisannya itu akan mendapat
perhatian ramai dan ingin dibaca oleh semua peringkat tanpa jemu, dan mampu
mempengaruhi para pembaca untuk menyokong tulisannya, dan seterusnya menyokong
parti politik yang disokongnya.
Setiap penulisan politik tetap akan
dianggap sebagai telah berjaya mencipta SENJATA NUKLEAR yang boleh memusnahkan
sesebuah negara dan merosakkan seluruh alam seketiar, ini hanya perumpamaan
sahaja. Oleh itu penulis hendaklah tahu bagaimana untuk melancarkan senjata nuklear itu sama ada
melalui pelancar roket jarak sederhana,
atau melalui pelancar roket jarak jauh,
serta mempunyai operator pelancar
yang mahir dan berkebolehan. Penulis itu sendiri hendaklah merancang dan
melaksanakannya. Jika tidak, penulisan yang dikatakan hebat itu akan menjadi
sia-sia.
Hari ini dan sejak sekian lama, dan
mungkin juga pada tahun-tahun berikutnya, penulis biasanya akan mengalami
kegagalan untuk melancarkan serangan jika tidak mendapat sokongan daripada
pemimpin atasan dalam mana-mana parti politik. Oleh itu pemimpin tertinggi
dalam mana-mana parti politik hendaklah bijak mengesan mana-mana penulis yang
hebat.
Mana-mana penulis yang hebat adalah
wajar menjadi pembantu rapat, atau penasihat kepada pemimpin tertinggi dalam
mana-mana parti politik. Jika saranan ini tidak dipedulikan, ada kemungkinan
juga penulis yang hebat itu akan bertukar baju
perjuangan kepada parti lain, dan jika ini terjadi maka parti yang
selama ini disokong oleh penulis tersebut pastilah akan terjejas teruk.
Seperti juga mana-mana pemain bolasepak
di barisan serangan. Jika pemain itu berpindah ke pasukan lain, pastilah
pasukan baru tersebut akan menjadi lebih kuat daripada sekarang.
Ringkas, ulangi! Mana-mana penulisan
yang hanya memburukkan parti lawan sahaja tanpa menegur parti yang disokongnya
itu akan membawa kepada ketidaksukaan orang ramai untuk membaca tulisannya.
Mana-mana penulisan hendaklah mempunyai
tujuan iaitu untuk membangunkan negara dan mencorakkan rakyatnya sebagai rakyat
“kelas
pertama”. Sesebuah parti politik boleh memainkan peranan ke arah
itu jika penulis berani berkata sesuatu yang benar tanpa takut, semata-mata
untuk negaranya.
Pemimpin yang jujur ialah pemimpin yang
menjadi “pendengar yang baik” serta boleh menerima apa yang
ditegur itu, maknanya tidak degil.
SURAT
NO. 1
(PAS ikut telunjuk DAP)
SURAT
NO. 2
(Membongkar nista Tuan Guru),
SURAT
NO. 2A
(Hanya yang sesat halang
umat naik haji)
SURAT
NO. 2B
(Mombongkar perangai Nik
Aziz)
SURAT
NO. 3
(Hukum Hudud Islam / Hukum
Hudud PAS / Hukum Hudud PRU-13?)
&
SURAT
NO. 4
(Soal Jawab Politik Drpd
Sudut Agama Islam)
KEENAM-ENAM SURAT TERSEBUT
BOLEHLAH FORWARD KEPADA
SESIAPA ATAU
MANA-MANA PIHAK.
DI
NEGARA INI ADA KEBEBASAN BERSUARA.
BAIK JUGA JIKA SURAT-SURAT
ITU DIFORWARDKAN
KE SELURUH PEJABAT UMNO
BAHAGIAN
DAN
SELURUH PEJABAT PAS,
SERTA KEPADA GURU-GURU
SEKOLAH, ATAU PENJAWAT AWAM LAIN DI SELURUH NEGARA.
BIAR MEREKA BACA SUPAYA
MEREKA BOLEH PUTUSKAN SENDIRI PARTI MANA YANG SEPATUTNYA MEREKA PILIH
PADA PRU-13 KELAK.
Saya sangat gembira jika
tulisan ini dibaca
oleh
PM Najib dan isterinya
Rosmah Mansor (RM).
SEKARANG NEGARA SUDAH AMAN
HASIL PERJUANGAN
ATM (TERMASUK SAYA) DAN
PDRM.
KINI RAMAI ORANG POLITIK
BERCITA-CITA NAK JADI
PM
WALAU PUN TIDAK LAYAK, NAK
ROSAKKAN NEGARA
(cacing nak jadi naga)
Dulu, semasa negara tidak
aman, tembak sana, tembak sini, ramai orang politik takut nak jadi PM, bunyi
tembakan pun ketar lutut. Sekarang mereka sudah berani kerana negara sudah
aman, terutmanya orang-orang yang bergelar ulama politik dalam PAS.
Surat No. 1
Pas
ikut telunjuk DAP
Penggabungan PAS dengan DAP adalah satu
perbuatan yang salah di sisi agama Islam kerana ia boleh memberi ancaman
kehilangan kuasa pemerintahan kepada sebuah parti terbesar orang-orang Melayu
beragama Islam iaitu UMNO.
Nik Aziz ada berkata bahawa UMNO telah
memisahkan agama dan politik, di mana agama dan politik tidak
boleh dipisahkan, katanya.
Sesungguhnya agama dan politik tidak
boleh dikaitkan. Kita boleh berpolitik tetapi tidak boleh kaitkan bahawa
politik itu satu tuntutan agama. Jika kita mengatakan politik itu satu tuntutan
agama maka ia adalah bidaah kerana politik sebenarnya
dilahirkan oleh orang-orang Barat dan ia tidak berlaku di zaman Rasulullah
s.a.w., juga tidak berlaku di zaman sahabat Baginda. Ini telah dijelaskan oleh
Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, dan juga
Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah. Hanya
Nik Aziz sahaja yang tidak faham istilah “politik” itu.
Demi untuk menarik sokongan orang-orang
Melayu kepada PAS atas kepentingan politik, Nik Aziz pernah berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. juga terlibat dalam berpolitik. Jika benar Baginda terlibat
dalam politik sebagaimana yang diperkatakan oleh Nik Aziz itu, sila jawab
dengan jelas soalan-soalan berikut di bawah:
(a) Rasulullah memimpin parti politik bernama apa?
(b) Di mana Baginda bertanding?
(c) Baginda
bertanding di kerusi DUN atau Parlimen atau kedua duanya sekali seperti Haji
Hadi yang pernah bertanding di Parlimen Marang dan DUN Rusila?
(d) Berapa penggal Baginda menjadi wakil
rakyat.
(e) Adakah
parti Rasulullah itu bergabung dengan mana-mana parti politik orang-orang kafir
yang menentang penubuhan negara Islam atau hukum hudud seperti DAP?
(f) Adakah
ceramah politik Baginda dan orang-orang yang Baginda pimpin itu suka mencaci
dan memfitnah sesama Islam seperti apa yang diamalkan oleh penceramah dan
penyokong PAS selama ini?
(g) Adakah
Baginda sentiasa menurut keputusan politik yang dibuat oleh orang-orang kafir
yang merugikan Islam seperti apa yang dituruti oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Harun
Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan
pemimpin tertinggi lain dalam PAS apabila diputuskan oleh DAP?
(h) Adakah
penyokong-penyokong parti politik Rasulullah ada mengibarkan bendera parti
politik orang-orang kafir seperti apa yang dibuat oleh penyokong-penyokong PAS
yang mengibarkan bendera DAP, sebuah parti politik yang menentang penubuhan
negara Islam dan menentang hukum hudud, anti-Islam, anti-peruntukan masjid dan
anti-anti lain?
Saya masih ingat, penceramah PAS
sentiasa berkata, kerjasama PAS dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam
kepada orang-orang bukan Islam dalam DAP. Ringkas, sehingga ke hari ini sudah
berapa puluh ribu orang-orang bukan Islam dalam DAP telah memeluk Islam? Diharap
PAS dan DAP dapat kiranya keluarkan satu senarai nama-nama mereka yang telah
memeluk Islam. Sebaliknya usaha-usaha DAP memurtadkan orang-orang Islam memang
jelas ada.
Sebenarnya kelahiran parti politik yang
bernama PAS di negara ini banyak menyumbangkan kepada perkara-perkara tidak
baik untuk orang-orang Melayu kerana ia menggunakan agama untuk kekuatan parti
tersebut iaitu PAS, sebaliknya UMNO menggunakan kuasa politik untuk menguatkan
agama Islam dan usaha-usaha murni itu memang tidak nampak oleh Nik Aziz yang
sentiasa berdendam dengan UMNO.
Seperti mana yang diperkatakan di atas,
kita boleh berpolitik tetapi tidak boleh mengaitkan ia satu tuntutan agama.
Seperti juga pakaian tali leher atau baju kot. Kita boleh memakainya sebagai
satu pakaian tetapi tidak boleh kaitkan bahawa memakai pakaian tersebut adalah
satu tuntutan agama. Ini perlulah difahami oleh Nik Aziz dan
penyokong-penyokong PAS.
Malaysia, negara kita, makmur sejahtera
di bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO beragama Islam. Jangan
sekali-kali kita memperjudikan nasib masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu
kita, cicit-cicit kita, keseluruhan generasi kita hanya untuk kepentingan PAS
atas nama “perubahan”. Adalah dibimbangi, perubahan yang dicari tetapi
tidak mustahil malapetaka yang akan kita alami.
Sebelum kita menjadi manusia rugi,
hendaklah kita sentiasa bersyukur apa yang kita perolehi selama ini daripada
kurniaan Allah s.w.t.
Marilah kita sentiasa berdoa kepada
Allah dengan harapan Allah membawa kita ke jalan kejayaan di dunia dan di
akhirat bertunjangkan kepada ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.
sahaja, dan bukannya Islam yang di bawa oleh Nik Aziz atau yang di bawa oleh
PAS. Janganlah kita berkata bahawa Nik Aziz dan semua penyokong-penyokong PAS
itu akan dimasukan ke syurga. Rujuk Al-Quran di Surah Al-Baqarah Ayat 214 bermaksud :
Adakah patut kamu menyangka
bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan
cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu ?
Terus terang ingin saya katakan, selagi
rakyat Kelantan jahil Al-Quran, selagi itulah PAS akan terus berkuasa di
Kelantan. Dengan memberi undi kepada PAS pada PRU-13 kelak bermakna kita
memberi undi dan menyokong kepada perjuangan DAP yang anti-Melayu, anti-Islam,
anti-Raja-Raja Melayu, anti-peruntukan masjid dan berbagai-bagai lagi yang
tidak mampu ditulis disini.
Pendirian Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi
itu boleh disifatkan sebagai mengakui bahawa perjuangan UMNO adalah betul, dan
fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi
parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Kepada UMNO teruskan perjuangan untuk
memperkasa dan memartabatkan Islam.
Surat No. 2
Membongkar
nista Tuan Guru
Satu ketika dahulu, Nik Aziz ada
melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan
gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita
mendewa-dewakan manusia.
Hari ini bagaimana ? Diseluruh pelusuk
Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana
sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.
Ada
gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat
dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata melihat gambar-gambar itu, dan perbuatan
itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan
supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz.
Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. Saya
ingin merujuk kepada kenyataan Nik Aziz seperti yang disiarkan dalam akhbar
Utusan Malaysia Selasa 6 Disember di muka 7 bahawa pihak yang menolak Islam
juga adalah kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam ? UMNO atau PAS ?
atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).
Rasulullah s.a.w. ada bersabda bahawa
Al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yang kuat untuk menolong diri
seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya
hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut.
Ini memang jelas. Dengan keterangan ini
tiada siapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran Al-Quran iaitu
wahyu Allah s.w.t. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita
kena ikut Al-Quran, bukan Al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh
Al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam Al-Quran banyak Ayat yang
Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di Surah Faatir Ayat 6 bermaksud:
Sesungguhnya Syaitan adalah
musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya.
Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.
Tetapi Nik Aziz kata kita boleh berkawan
dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam.
Syaitan mana ? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa
kufur ? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik
Aziz sahaja yang berani berkata begitu.
Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila PAS
menang di Terengganu, penceramah-penceramah PAS kata, Nik Aziz berkata ramai
para malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS.
Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata para malaikat memegang dan
menggerakkan tangan-tangan pengundi untuk mengundi PAS. Nik Aziz nampakkah
malaikat turun dari langit? Siapa berbohong? dan siapa kufur ?
Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila PAS
tewas di Terengganu lain pula kata penceramah-penceramah PAS,
penceramah-penceramah PAS kata, Nik Aziz berkata kata ramai pengundi hantu UMNO
datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas untuk mengundi UMNO hingga
PAS hilang kuasa.
Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya
tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para
malaikat di tahun 1999 itu ? Siapa berbohong ? dan siapa kufur ?
Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah
pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun
2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung.
Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz
bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan di antara
10 sahabat Nabi s.a.w. yang dijanjikan syurga oleh Baginda. Nik Aziz ialah
Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun yang lalu). Nik Aziz juga
seperti manusia-manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah
s.w.t., Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka.
Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar
seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.
Saya masih ingat, menjelang PRU pada
tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah-penceramah PAS menggunakan
strategi yang sama iaitu mana-mana calon yang diputuskan oleh parti merupakan
calon-calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada
Allah s.w.t.
Penyokong-penyokong tidak boleh menolak
mana-mana calon yang diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih
dahulu oleh Mursyidul Am PAS setelah diperkenankan oleh Allah s.w.t. kata
penceramah PAS dengan sombong, dan disambut dengan takbir, takbir, takbir.
Tetapi yang peliknya ramai juga
calon-calon yang diputuskan oleh Nik Aziz itu telah tewas di tangan UMNO.
Para pembaca boleh fikir sendiri.
Surat No. 2A
Hanya
yang sesat halang umat naik haji
Perihal arahan pemimpin PAS supaya
jangan pergi mengerjakan ibadat haji bagi menumpukan pilihan raya ke 13
(PRU-13).
Dalam Al-Quran Ayat 27 Surah Al-Hajj
(Perihal Ibadat Haji) bermaksud:
Dan serulah umat manusia
untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan mu
dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang
datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.
Maknanya, setiap hamba Allah yang
mengaku telah beriman kepada Allah hendaklah menyeru ke arah ibadat haji.
Mana-mana hamba Allah yang cuba
menghalang, atau menggagalkan, atau mempengaruhi supaya tidak mengerjakan
ibadat haji, atau cuba mengelirukan, atau menghasut mana-mana orang daripada
mengerjakan ibadat haji adalah merupakan manusia sesat kerana ibadat haji
adalah rukun Islam yang ke lima (5).
Dalam Al-Quran Ayat 25 di
surah yang sama iaitu di Surah Al-Hajj (Perihal Ibadat Haji) ada menceritakan
kelakuan buruk, keji dan tidak bermaruah orang-orang kafir musyrik yang
menghalang Rasulullah bersama orang-orang Islam lain daripada memasuki Tanah
Suci Mekah untuk mengerjakan ibadat “UMRAH” (haji kecil). Ayat 25 itu bermaksud:
Sesungguhnya (amatlah zalim)
orang-orang yang kafir serta menghalang manusia dari jalan Allah (agama Islam),
dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Mekah) yang meliputi seluruh Tanah Suci
Mekkah Al-Mukarramah, yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat
manusia (yang beriman), sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang
menziarah, dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang
di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak
terperi sakitnya.
Huraian: Allah s.w.t. memberi
amaran kepada kaum kafir musyrik yang sedang menguasai Tanah Suci Mekah pada
masa itu, yang mengekat orang-orang Islam daripada mengerjakan ibadat di situ.
Pada ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. sendiri bersama-sama orang-orang Islam
yang datang dari Madinah dan berhenti di suatu tempat bernama “HUDAIBIYAH” (di
luar Mekah) telah disekat oleh kaum kafir musyrik dari masuk mengerjakan
“UMRAH” (haji kecil) di Mekah. Tidak berapa lama kemudian, negeri Mekah telah
dikuasai oleh Baginda dan penduduknya memeluk Islam.
HURAIAN KHAS: Gesaan Nik
Aziz kepada penyokong-penyokong PAS yang terlibat secara langsung sebagai
jentera parti dalam pilihan raya umum (PRU-13) supaya menangguhkan ibadat haji
mereka, sebenarnya ada persamaan dengan kelakuan orang-orang kafir musyrik di
Mekah yang menghalang Rasulullah bersama orang-orang Islam lain untuk
mengerajakan “UMRAH” (haji kecil), ini ibadat HAJI (maknanya haji BESAR). SENDIRI FIKIRLAH PIHAK
MANA YANG BETUL berdasarkan keterangan Al-Quran dan keterangan daripada mulut
Nik Aziz yang pernah berkata boleh berkawan dengan syaitan, Allah mencarut,
Allah samseng, orang Sarawak pakai cawat sebab tolak PAS, orang DUN Tenang
seperti Arab Jahilliyah kerana tidak mengundi PAS, UMNO Komunis, Islam membenarkan
orang lelaki menunjukan kemaluan kepada puteri UMNO di Kedah hingga menjadi kes
mahkamah, perempuan cantik tidak boleh bekerja kerana cepat dilamar, orang
perempuan tidak boleh bekerja malam, mendoakan kemusnahan PM Najib kerana
enggan memberi wang royalti minyak dan berbagai-bagai lagi, tidak mampu ditulis
di ruangan ini.
Sesungguhnya Islam itu didirikan atas
lima (5) sendi utama.
Hadis Rasulullah s.a.w. diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim; yang bermaksud: Dirikan Islam atas lima (5) rukun:
Syahadat (pengakuan bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah), dan
mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan Haji di Baitullah,
dan puasa di bulan Ramadan.
Mana-mana pihak yang cuba menggagalkan
urusan Haji adalah merupakan manusia yang sangat jahil ilmu agama Islam walau
pun mengaku berjuang menegakkan Islam di negara ini melalui sebuah parti
politik yang bernama PAS.
Surat No. 2B
Membongkar
perangai Nik Aziz
Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang
dan selepas PRU-10 (1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu
Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana
didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.
Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak
jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri
Besar Kelantan.
Mahathir telah pun letak jawatan pada
tahun 2003 (dua kosong kosong tiga). Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9
tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walau pun
sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.
Ada ulama-ulama berpendapat, di antara
orang-orang fasik ialah orang-orang yang suka berjanji tetapi tidak suka
menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada
amanah itu.
Sebenarnya ajaran agama yang boleh
dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokng PAS ialah
dikatakan orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka.
Jika orang-orang kita mati dalam PAS akan dimasukkan ke syurga.
Bab mati ini, harap-harap kita akan mati
dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah s.w.t.,
seboleh-bolehnya biarlah mati sebaik sahaja selepas selesai mengerjakan solat
sunat tasbih. Insya’Allah.
Sesetengah Mat Rempit pun ada
berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan
semasa merempit kerana “mati di jalan
yang lurus”.
Dalam Al-Quran ada Ayat menyuruh kita
berbuat baik, jangan berbuat jahat, dan terus beribadat kepada Allah. Dalam
Al-Quran juga ada Ayat menyuruh kita supaya berlumba-lumbalah membuat kebaikan.
Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak
Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali
telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak Kerusi DUN di
Sarawak.
Kenapa pula beiau tidak sebut yang PAS
langsung tidak menang apa-apa Kerusi DUN?
Sebelum itu ada seorang pemimpin PAS
Sarawak berkata, penyertaan PAS dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.
Pelik bunyainya! Namun orang Islam
Sarawak menolak PAS secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan
kenyataan “orang Sarawak bodoh pakai cawat”.
Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang
di Tenang, Johor yang menolak PAS dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai “orang Arab
Jahilliyah”. Ketahuilah bahawasanya orang Arab Jahilliah ialah orang
kafir, secara tidak langsung Nik Aziz telah berkata orang di DUN Tenang
yang menolak PAS itu adalah orang kafir. Jika Nik Aziz tidak berpuashati dengan
kenyataan ini, Nik Aziz boleh panggil “pakar bahasa” untuk mendapatkan
kepastian. Tak padan dengan tua, mulut masih jahat, inikah jenis pemimpin PAS
berjawatan Mursyidul Am PAS? Dikatakan berjuangan untuk Islam? Masya’Allah.
Janganlah kita hairan jika ada ulama
bermulut jahat atau gatal mulut seperti Nik Aziz itu. Dalam Al-Quran di Surah Faatir (Faatir maknanya “Pencipta”)
Ayat 32, Allah ada menceritakan sesuatu perihal manusia, Al-Quran itu
di warisi oleh orang-orang yang Kami (Allah) pilih dari kalangan hamba-hamba
Kami, selepas itu ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri dengan tidak
mengindahkan ajaran Al-Quran, ada yang bersikap sederhana, dan ada pula yang
mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Bagi mendapat
keterangan lanjut, semaklah sendiri terjemahan dalam Al-Quran.
Jadi, janganlah kita hairan sangat
dengan perangai pelik Nik Aziz dan ulama-ulama lain dalam PAS itu. Nik Aziz
ada berkata dia ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w. dan taraf ilmunya
adalah setaraf dengan bekas Timbalan Sheikhul Al-Azhar, Mesir, Sheikh Mahmoud
Abdel Ghany Mahmoud Ashour. Tetapi kenapa Nik Aziz sentiasa bercakap kotor.
Tahu tak? Orang-orang yang ada ilmu Al-Quran perangai dan akhlak mereka adalah
akhlak Al-Quran.
Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya
bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang
tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut.
Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat
dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara
daripada tulisan orang muda ini.
Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz
mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh
Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan. Semua pemimpin
PAS sokong.
Persoalannya, bagaimana pihak hospital
kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau juruawat wanita tidak
bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak di waktu malam?
Adakah doktor lelaki atau pembantu
hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita
meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok?
Selepas itu Nik Aziz kata lagi,
perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera
dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri
daripada wanita-wanita cantik belaka.
Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang
perempuan tidak boleh jadi pemimpin, tetapi hari ini dibolehkan pula. Nik Aziz
ni macam-macam laaa! Pelik sungguh kata-katanya.
Sebenarnya, ramai wanita di kalangan
Muslimah PAS menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco
Kerajaan Negeri Kelantan.
Dulu, sejak tahun 1990 suara wanita
dikatakan “aurat”, dan Kerajaan Negeri tidak mengadakan tilawah di
peringkat negeri untuk wanita (qariah). Dengan itu Kerajaan Negeri Kelantan
tidak menghantarkan wakil qariah dalam tilawah Al-Quran di peringkat
kebangsaan. Kini larangan itu ditarik balik kerana ada kepentingan politik
mengatasi hukum agama menjelang PRU-13, yang penting dapat undi.
Sebenarnya dalam Al-Quran atau Hadis
Nabi s.a.w. tiada disebut pun bahawa suara wanita itu adalah aurat. Hanya Nik
Aziz sahaja yang memandai-mandai. Jika ada, sebutkan rujukannya, dalam
Al-Quran di Surah apa, Ayat apa, hadis mana? Parti politik PAS ini dah jadi
tidak betul.
Hukum Islam atau Fatwa yang keluar
daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan
itulah maka ramai orang berkata, PAS itu adalah sebuah parti politik yang
membawa ajaran yang berubah-ubah.
Orang bukan Islam yang makan daging “kz”
3 kali sehari pun telah dinobatkan sebagai Khalifah Umar Bin Abdul Aziz oleh
Nik Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu (1) kiblat dengannya
dikatakan kafir kerana tidak menyokong perjuangan partinya dan
bermacam-macam lagi.
Sebenarnya kita tidak boleh
berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk
Al-Quran di Surah Al-An’Aam Ayat 159 dan ikrar kita di Ayat seterusnya iaitu
Ayat 160 hingga 163.
Nik Aziz juga pernah berkata bahawa
beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada
berkata bahawa Islam tolak “Kebangsaan”. Kata-kata Nik Aziz itu
seolah-olah menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam Al-Quran ada satu Surah
bernama “Pencipta” iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada
menerangkan penciptaan Allah. Adakah Nik Aziz tidak membaca Al-Quran?
Nasib baik juga Nik Aziz dicipta Allah
sebagai bangsa Melayu, boleh menjadi Menteri Besar Kelantan. Jikalah Allah
mencipta Nik Aziz sebagai bangsa Siam beragama bukan Islam, pastilah wajah Nik
Aziz sekarang sangat berbeza, dan ada kemungkinan juga Nik Aziz sekarang
berjubah warna kuning pinang.
Harap maaflah kerana berkata begini. Ini
hanya sebagai jawapan kepada kenyataan Nik Aziz itu sahaja. Nik Aziz bantai
UMNO 1kg., kita bantai Nik Aziz juga 1kg. Baru adil. Janganlah kita menentang
kepada penciptaan Allah. Buruk akibatnya.
Adalah menjadi hak mutlak Allah untuk
mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun, Bugis
dan bangsa-bangsa lain.
Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada
sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istidat
Melayu Kelantan, dan adakah Adat Istiadat Melayu Kelantan itu bukan “Kebangsaan”?
Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur “Kebangsaan”.
Di Selangor, Kerajaan Negeri gabungan
PKR, DAP dan PAS, ada seorang Exco baru Selangor daripada PAS pun memegang Exco
yang ada kaitan dengan “Kebangsaan”.
JIKA NIK AZIZ TIDAK PANDAI BERCAKAP
BAHASA MELAYU, TAK USAH CAKAPLAH, NANTI MAKAN DIRI SENDIRI, DIAM SAJALAH. KATA
KEPADA UMNO PARTI KEBANGSAAN. KEBANGSAAN SEBENARNYA BUKAN
KAFIR, YANG KAFIR HANYA MANUSIA. LEMBU BUKAN KAFIR, KERBAU PUN BUKAN KAFIR,
KAMBING JUGA BUKAN KAFIR, ADA BANGSA CINA BERAGAMA ISLAM, ADA BANGSA INDIA
BERAGAMA ISLAM, ADA BANGSA ARAB BERAGAMA ISLAM, APA PELIKNYA, YANG PELIK IALAH ORANG
BERSERBAN 24 JAM, BERJUBAH 24 JAM, SIMPAN JANGGUT 24 JAM DAN MENGAKU ORANG
BERAGAMA ISLAM TETAPI MULUT JAHAT.
Al-Quran kata ya, kita kata tidak,
janganlah kita berdusta dengan Al-Quran, dibimbangi buruk padahnya.
Surat No. 3
Hukum
Hudud Islam / Hukum Hudud PAS / Hukum Hudud Pilihan Raya (PRU-13) ?
Hukum Hudud Islam ialah satu daripada
hukum-hukum yang diperintahkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. untuk
dilaksanakan. Sejak Rasulullah s.a.w. wafat, ulama sejak sekian lama berselisih
pendapat berkaitan keadah atau tatacara pelaksanaan Hukum Hudud Islam ini.
Tafsir Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.
berbeza-beza di antara ulama itu dan ulama ini.
Ringkas, akibat daripada pandangan
berbeza-beza, maka Hukum Hudud Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di
kebanyakan negara-negara Islam. Terdapat juga hukumannya berbeza-beza di antara
satu negara Islam dengan satu negara Islam yang lain.
Sebenarnya, Hukum Hudud Islam hendaklah
datang daripada Pemerintah yang adil setelah digubal dan diluluskan oleh
pakar-pakar dalam perundangan Islam yang dilantik oleh Pemerintah, kemudian ia
dipersetujui bersama berdasarkan keterangan dalam Al-Quran dan Hadis Nabi
s.a.w, dan ia hendaklah dilaksanakan oleh Pemerintah.
Sekiranya terdapat satu-satu perkara
atau satu-satu isu timbul dan ia tidak terdapat dalam Al-Quran atau Hadis Nabi
s.a.w., maka Fatwa akan dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pakar-pakar
perundangan tersebut dan disahkan oleh pihak Pemerintah.
Fatwa itu akan menjadi sebahagian
daripada undang-undang Hukum Hudud Islam, bukannya Hukum Hudud PAS, atau Hukum
Hudud PRU-13.
Penjelasan ini adalah sebagai mengupas
beberapa laporan akhbar sebelum dan semasa ini.
Isu Hukum Hudud PAS (bukan Hukum Hudud
Islam) di negara ini hanya timbul pada awal tahun 1990 menjelang Pilihan Raya
Umum Ke 8 (PRU-8) di mana sebuah parti yang mendakwa perjuangan mereka
berteraskan Islam iaitu PAS melaung-laungkan isu Hukum Hudud PAS semata-mata
untuk meraih sokongan pengundi rakyat Kelantan tanpa memikirkan suasana
kehidupan rakyat Kelantan semasa itu.
Pada tahun 1974 semasa PAS berada dalam
Barisan Nasional (BN), isu Hukum Hudud PAS atau Hukum Hudud Islam langsung
tidak disentuh, walhal Nik Aziz orang yang dikatakan setaraf dengan nabi itu
sudah pun berada dalam PAS semasa itu. Kenapa ? Adakah mulut Nik Aziz telah
dijahit dengan benang UMNO semasa itu ? Jawapannya adalah tidak. Jika benar
mulut Nik Aziz telah dijahit, kenapa Nik Aziz membenarkan mulutnya dijahit ?
Sebahagian besar ulama-ulama berpendapat
(rujuk kitab-kitab berkaitan Hukum Hudud
Islam), orang-orang Islam yang berada di sesebuah negara, atau negeri, atau
pun wilayah yang akan berkuatkuasa Hukum Hudud Islam hendaklah diberi
penerangan sejelas-jelasnya dan bersedia menghadapi Hukum Hudud tersebut.
Ringkas, bersedia bermakna telah
mengamalkan cara hidup sebagai orang Islam merangkumi semua bidang, antaranya
boleh dan mampu membaca Al-Quran dengan baik serta memahaminya maksudnya.
Mengutamakan kebersihan, semangat persaudaraan yang tinggi sesama Islam, tidak
benci membenci sesama Islam seperti apa yang diamalkan oleh PAS, menjaga
kebersihan alam sekitar, mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi segala
laranganNya.
Juga mendidik anak, atau mendidik suami,
atau mendidik isteri, atau keluarga mengikut ajaran Islam. Berkomunikasi dengan
baik dan berhemah tinggi sesama Islam mengikut ajaran Islam. Menutup aurat
lelaki dan aurat perempuan, mengamalkan ekonomi Islam, terus dan terus serta
tingkatkan ibadat di awal usia, dan terutamanya di hujung usia (kerana kematian
akan datang pada bila-bila masa), dll yang tidak mampu ditulis di sini sebelum
pelaksanaan Hukum Hudud Islam dikuatkuasakan.
Semua yang dibangkitkan ini ada di sebut
dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.
Bagi tujuan perlaksanaan Hukum Hudud
Islam bukanlah semudah membuat roti canai, atau karipat, atau nasi kerabu, atau
nasi lemak, atau goreng telur, atau goreng keropok atau lain-lain. Cakap memang
senang.
Seperti yang disebut di atas, melaksana
atau perlaksanaan Hukum Hudud Islam hendaklah datang daripada Pemerintah atau “Uli’l-Amri”. Uli’l-Amri yang
dimaksudkan dalam Al-Quran Surah
An-Nisaa’ Ayat 59 ialah Pemerintah yang tertinggi di sesebuah
negara. Di Malaysia, Pemerintah yang tertinggi ialah DYMM Seri Paduka Baginda
Yang di Pertuan Agong. Ayat Al-Quran tersebut bermaksud:
Wahai orang-orang yang
beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan
“Uli’l-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu
Jentera pentadbiran Uli’l-Amri di negara
ini ialah Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN). Segala
perundangan berkaitan Hukum Hudud hendaklah datang daripada Uli’l-Amri atau
datang daripada jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Nik Aziz boleh
mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan, dan seterusnya Kerajaan Persekutuan
boleh mengemukakan kepada Uli’l-Amri.
Jika cadangan Nik Aziz itu ditolak, Nik
Aziz tidak boleh memarahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Nik Aziz sepatutnya
marah kepada Uli’l-Amri. Jika Nik Aziz ikut apa yang dihuraikan di sini, maka
tanggungjawab Nik Aziz sudah tertunai atau selesai, dan tak payahlah nak bising
sana sini dengan mengatakan UMNO atau Kerajaan BN tolak Hukum Hudud.
Sesungguhnya cara proses yang dilakukan
oleh PAS itu yang sebenarnya adalah tidak betul.
Jika Nik Aziz dikatakan sudah berusaha
bersungguh-sungguh berkaitan Hukum Hudud tersebut, maka di akhirat nanti, Nik
Aziz tidak akan ditanya lagi oleh Allah, kerana Allah sedia mengetahui.
Menteri Besar Kelantan Nik Aziz bukan
Uli’l-Amri sebagaimana yang dimaksudkan dalam Ayat Al-Quran tersebut. Adalah
wajar Nik Aziz mengemukakan cadangan Draf Perundangan Hukum Hudud PAS itu
kepada Kerajaan Persekutuan untuk dipersembahkan kepada Uli’l-Amri (Agong),
atau dihantar terus sebarang cadangan kepada Tuanku Yang di Pertuan Agong atau
pun kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
Ringkas, jika Uli’l-Amri (Agong) atau
Majlis Raja-Raja Melayu meluluskannya, barulah draf tersebut boleh dibentangkan
kepada Parlimen atau DUN Kelantan, atau kedua-duanya untuk diluluskan. Dalam perkara
ini mestilah ada kesepakatan di antara 2 parti terbesar orang-orang Melayu
iaitu UMNO dan PAS. Jika masih kekal seperti anjing dan kucing, sampai kiamat
pun tak selesai.
Sebagaimana umum tahu, proses yang
sebetulnya itu tidak dilakukan oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan,
sebaliknya terus di bawa ke DUN Kelantan dan diluluskan. Sebagai Menteri Besar
Kelantan, Nik Aziz perlu tahu perundangan di peringkat Kerajaan Negeri Kelantan
dan perundangan di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana setiap undang-undang
yang di luluskan oleh mana-mana DUN hendaklah tidak bercanggah dengan
Perlembangan Persekutuan.
Jika ini tidak difahami betul-betul oleh
Nik Aziz, bagaimana boleh melayakkan diri beliau menjadi Menteri Besar ?
Dibimbangi rakyat akan berkata Menteri Besar kurang bijak, nak buat hukum hudud
PAS tapi tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, dan janganlah biarkan rakyat
Kelantan dan seluruh orang Islam di negara ini berkata begitu.
Mana-mana undang-undang yang diluluskan
oleh mana-mana DUN yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, maka
undang-undang tersebut adalah terbatal. Harap Nik Aziz boleh faham bahasa mudah
ini.
Ajaran Islam dan pegagan Islam di
Kelantan sangat longgar. Ringkas, sana-sini perempuan Kelantan tidak menutup
aurat. Ramai lelaki tidak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ada rakyat
lelaki Kelantan beragama Islam pakai rantai atau subang seperti perempuan.
Ramai rakyat Kelantan lemah Al-Quran.
Penceraian tinggi, tidak terkecuali ahli-ahli PAS. Pengurusan pentadbiran
negeri lemah dan berbagai-bagai jenayah berlaku di Kelantan seperti buang bayi,
rogol, sembelih anak sendiri, bunuh diri terjun bangunan dll yang tidak mampu
ditulis di sini. Indeks jenayah sedang meningkat.
Bagi melaksanakan Hukum Hudud Islam di
Kelantan, Kerajaan PAS negeri Kelantan hendaklah menjalin hubungan baik dengan
Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Disamping melaksanakan Hukum Hudud
Islam, ia juga mampu memartabatkan ajaran Islam di negara ini sepenuhnya tanpa
menuduh pihak lain yang menghalangnya, atau pihak lain yang menolak Islam, dan
berbagai-bagai tuduhan lagi seperti apa yang terkeluar dari mulut Nik Aziz yang
kini telah dinaikkan pangkat daripada seorang tok guru kepada seorang nabi.
Dunia dah masuk zon akhir zaman.
Jika amalan permusuhan ini tidak
dihentikan segera, maka perlaksanaan Hukum Hudud Islam di negeri Kelantan atau
di negara ini akan menjadi semakin lambat atau lebih kusut.
Jika Uli’l-Amri (Agong) berpendapat,
jentera pentadbirannya iaitu Kerajaan Persekutuan tidak ada kemampuan untuk
melaksanakan Hukum Hudud Islam secara menyeluruh atas sebab-sebab tertentu,
maka ia tidak berdosa kepada Nik Aziz atau kepada pihak-pihak lain kerana tiada
kemampuan, namun usaha ke arah itu mestilah diteruskan bersama tanpa permusuhan
politik. Barulah kita ini nampak cerdik seperti manusia.
Jangan biarkan orang kata kita nii bodoh
macam lembu, boleh dicucuk hidung dan ditarik ke sana ke sini seperti apa yang
DAP buat kepada PAS.
Dengan sebab itu PAS tidak boleh mengatakan
bahawa mereka berkemampuan melaksanakannya tanpa sokongan daripada UMNO.
Hari ini, pelaksanaannya masih
tergantung. Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk
mengkajinya dari semua sudut perundangan, dan difahamkan, Jawatankuasa tersebut
akan menubuhkan pula sebuah lagi Jawatankuasa Kecil bagi tujuan yang sama.
Janganlah pula Jawatankuasa Kecil itu akan menubuhkan lagi sebuah Jawatankuasa Lagi Kecil untuk perkara
yang sama. Pelik betul PAS ini. Jika tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, tidak
payahlah nak laung-laungkan Hukum Hudud PAS itu.
Ketidakkemampuan Nik Aziz memang
terserlah. Bagi melaksanakan Hukum Hudud PAS, Nik Aziz terpaksa bergantung
kepada pihak lain. Ini menunjukan Nik Aziz memang kekurangan ilmu dalam
perlaksanaan Hukum Hudud PAS itu, namun masih berkeras untuk melaksanakannya.
Uli’l-Amri (Agong) adalah pihak yang
bertanggungjawab. Maka atas sebab-sebab itulah pentingnya hubungan baik di
antara PAS dan UMNO-BN dijalin semula demi untuk kebaikan dan kesejahteraan
seluruh rakyat yang dipimpin, dan jika ini berlaku maka senanglah Hukum Hudud
Islam (bukan Hukum Hudud PAS) dilaksanakan kerana tidak akan ada lagi mana-mana
pihak mempertikaikan “Draf Hukum Hudud Islam” yang sentiasa menjadi pertikaian.
Di satu pihak menyokong draf tersebut
dan di satu pihak lagi menentang atau menolak. Sebenarnya UMNO bukan menentang
Hukum Hudud Islam tetapi menentang kandungan draf Hukum Hudud PAS tersebut yang
tidak jelas berkaitan perlaksanaannya merangkumi penguatkuasaan, penerangan
dll.
Jika draf tersebut dilakukan oleh UMNO,
pastilah PAS pula akan kata draf itu tidak betul. Sampai bilakah persengketaan
begini akan tamat? Persengketaan ini hanya akan tamat setelah PAS tersungkur
pada PRU-13 kelak.
Surat NO. 4
SOAL
JAWAB POLITIK DARIPADA SUDUT AGAMA ISLAM
ini boleh di forwardkan
kepada sesiapa atau kepada mana-mana pihak. Ini pendapat peribadi. Kebebasan
bersuara.
Mana-mana yang tidak
bersetuju dengan pandangan ini,
tak apalah.
Kita tidak perlu bergaduh.
Manusia memang mempunyai
kehendak berbeza dan juga mempunyai pendirian yang berbeza, serta mempunyai
fikiran yang berbeza. Pemikiran seseorang itu adalah tidak sama
dengan pemikiran orang lain,
dan begitulah seterusnya.
SAYA TIDAK AKAN MEMBERI APA-APA
RESPONS KEPADA SESIAPA PUN SELEPAS INI.
Hari ini Isnin 4 Jun 2012
ialah hari kelahiran saya
mengikut kalender tahun Masihi.
Mulai hari ini juga saya
bersara daripada
menulis atau berfikir
sesuatu melainkan hanya
untuk
itu
satu sahaja
(hanya saya seorang sahaja
yang tahu apa maksud itu)
4 Jun 2012
Soal Jawab Politik Daripada
Sudut Agama Islam
(anda soal saya jawab)
1. Soalan
: Apa pandangan saudara Airborne mengenai dakwaan Nik Aziz dan ulama tertinggi
PAS bahawa jika mengundi PAS dalam mana-mana PRU atau PRK akan dimasukkan ke
syurga ?
Jawapan :
a.
Syurga
ini hak Allah s.w.t. dan bukan menjadi hak milik Nik Aziz. Seseorang itu hanya
layak dimasukkan ke syurga jika mendapat rahmat Allah, dan satu daripada
cabang-cabang untuk mendapatkan rahmat Allah ialah mematuhi segala perintahNya
dan menjauhi segala laranganNya, itu hanya secara ringkas sahaja.
b.
Dulu
pun semasa Rasulullah s.a.w. hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah, Baginda
tak pernah berjanji pun kepada pengikut-pengikutnya akan dimasukkan ke syurga.
Hanya 10 sahabat Rasulullah sahaja yang dijanjikannya masuk syurga. Bagi
mendapatkan nama-nama 10 sahabat itu sila rujuk kepada Mufti negeri atau
Jabatan Agama Islam Negeri atau daripada buku-buku sejarah Islam yang
diiktiraf. Antaranya ialah pakar dalam membaca Al-Quran iaitu Zaid Thabit, Abu
Bakar, Umar, Uthman, Ali dll. Mungkin juga Nik Aziz bermaksudkan “selepas
mengundi masuklah kamu ke syurga membeli-belah di KB Mall”.
2. Soalan : Nik Aziz berkata apabila seseorang
itu yang beragama Islam mengundi PAS sebanyak 2 kali, pahalanya adalah sama
seperti mengerjakan Haji di Mekah. Bolehkah saudara Airborne beritahu rujukan
Ayat Al-Quran atau Hadis Rasulullah s.a.w. mana?
Jawapan :
a.
Saya
jadi pening nak jawab soalan ini, sekejab masuk syurga, sekejab dapat pahala
seperti mengerjakan Haji. Dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. tidak ada
menyebut bahawa memberi undi kepada PAS akan masuk syurga. Jangan percayalah
cakap Nik Aziz tu, dia dah nyayuk, itu semua adalah karut belaka.
b.
Minta
rujuk kepada Mufti Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri. Jika begitu kesianlah
kepada penduduk Islam di Kamboja, Selatan Thailand, Selatan Filipina kerana
mereka tidak ada peluang mengundi PAS disebabkan tiada cawangan PAS di
negara-negara tersebut. Tak pandai baca Al-Quran dengan sebutan betul nak masuk
syurga? Syurga tidak akan menerima kita jika kita tidak mematuhi perintah Allah
s.w.t.
c.
Sila
rujuk Al-Quran di Surah Al-Baqarah Ayat 214 bermaksud: Adakah patut kamu
menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian
dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kamu ? dan juga rujuk Al-Quran di Surah A-Li Imraan Ayat 110.
3. Soalan : Saya ada seorang sepupu berumur 27 tahun, dia
terlalu bersemangat dengan parti PAS dan sanggup memanjat pokok di dahan mati
hingga ke puncak untuk memacakkan bendera PAS. Walaupun di larang dia tetap
bersemangat. Katanya, jika mati terjatuh dari pokok, mati itu adalah mati
syahid dan akan masuk ke syurga katanya. Betul ke saudara Airborne?
Jawapan : Tidak ada-lah. Tak
betul sama sekali dan jangan percaya. Jika tiada amalan secukupnya maka “mati
katak” lah orang itu. Sila rujuk di jawapan nombor 1 di atas. Mat Rempit pun
ada berkata apabila jika mati semasa merempit, maka mati itu adalah mati yang
dicari-cari iaitu “mati di jalan yang
lurus” dan masuk syurga juga. Mudahnya nak masuk syurga.
4. Soalan : Apa hukumnya apabila seseorang
penyokong PAS meninggal dunia, jenazahnya ditutup dengan kain bendera PAS dalam
perjalanan ke kubur. Apa pendapat saudara Airborne ?
Jawapan : Kain bendera PAS
itu tidak akan membawa apa makna, ia hanya lebih kepada pemberitahuan bahawa si
mati itu ialah penyokong PAS sahaja. Itu saja. Tidak berdosa atau tidak
mendapat apa-apa pahala. Apabila di alam kubur kelak, tetap akan disoal. Soalan
bocor di alam kubur sudah pun kita ketahui sebelum ini dan sebaik-baiknya kita
buatlah persiapan ke arah itu.
5. Soalan : Saya ada dengar cerita daripada
kawan saya, ini berlaku di Kelantan. Ketika perkebumian, dan semasa jenazah
berada di dalam kubur ada seorang menepuk bahu si mati dengan berkata: kir,
ini orang kita (merujuk kepada malaikat mungkar dan nakir bahawa itu adalah
penyokong PAS. Apa hukumnya saudara Airborne?
Jawapan : Tak tahulaaaah ! Kita
sebenarnya tidak boleh main-main dengan malaikat. Siapa diri kita ini?
seolah-olah malaikat nakir itu kawan kita, tak boleh macam tu.
6. Soalan : Apakah hukumnya apabila seseorang
itu ketika berceramah dalam ceramah PAS dengan berdusta dan memaki hamun
pemimpin UMNO. Apa pendapat saudara Airborne ?
Jawapan : Itu adalah haram. Kita
orang Islam hendaklah menjaga tutur kata yang baik sebab Allah hanya suka
kepada benda-benda yang baik sahaja. Jika benar apa yang diperkatakan itu,
penceramah PAS itu telah berjaya di hasut oleh syaitan. Itu saja, harap
berpuashatilah dengan jawapan ringkas saya. Jika nak tahu lebih lanjut,
tanyalah Mufti di negeri saudara.
7. Soalan : Nik Aziz kata kita ni boleh
berkawan dengan syaitan jika syaitan itu ingin membantu PAS menubuhkan negara
Islam? Apa komen saudara Airborne ?
Jawapan :
a.
Syaitan
mana nak bantu PAS menubuhkan kerajaan Islam? Dalam Al-Quran hampir 100 Ayat
Allah melarang kita menghampiran syaitan. Satu daripada Ayat itu ialah di Surah
Al-Baqarah Ayat 208 bermaksud: wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke
dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu
menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu
yang terang nyata.
b.
Cakap
Nik Aziz itu tidak betul, mungkin juga dia tidak berpegang kuat kepada ajaran
Islam atau langsung tidak membaca Al-Quran yang menjadi amalan orang-orang
mu’min pada setiap hari.
c.
Biasalah,
apabila manusia sudah berada di hujung usia, bercakap merapu tidak dapat
dielakkan. Ketahuilah, semua Ahli Al-Quran walau pun telah berumur lebih 100
tahun, mulut mereka tidak akan merapu seperti Nik Aziz kerana sentiasa dibela
oleh Allah s.w.t. Dalam bahasa mudah, setiap Ahli Al-Quran sentiasa diawasi
(dijaga) oleh para malaikat atas perintah Allah s.w.t. Jika saudara tidak
percaya jawapan ini, bertanyalah kepada Mufti di negeri saudara.
d.
Jangan
percaya lagi kepada Nik Aziz nanti saudara disesatkan olehnya sesesat-sesatnya.
Bahaya tu ! Semak Al-Quran di Surah Faatir Ayat 6 (minta saudara cari
sendirilah terjemahannya)
8.
Soalan : Satu ketika dulu semasa UMNO
menjadi kerajaan di negeri Kedah berlaku kemarau panas hingga memusnahkan semua
tanaman padi. Ketika itu ada penceramah PAS berkata bahawa Allah telah turun
bala ke atas rakyat negeri Kedah kerana tidak mengundi PAS. Beberapa tahun
selepas kejadian itu, berlaku lagi kemarau panas semasa PAS menjadi kerajaan di
negeri Kedah. Penceramah PAS yang sama berkata bahawa Allah hendak menguji
rakyat negeri Kedah. Apa komen saudara Airborne ? mana satu yang betul ?.
Jawapan : Itu penceramah
upahan PAS. Penceramah lidah bercabang dan tiada pendirian. Penceramah seperti
itu memang banyak dalam PAS. Penceramah hanya cari makan dalam politik PAS.
Jangan percayalah.
9.
Soalan : Apa hukumnya seorang pemimpin
tertinggi PAS di negeri Perak membakar lilin bertakafur seperti orang beragama
Buddha di majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh pada satu ketika
dulu di mana Nik Aziz kata tak apa, dan ia dibenarkan oleh Islam kata Nik Aziz.
Apa komen saudara Airborne ?
Jawapan : Hukumnya adalah
haram dan mesti bertaubat. Jika perkara sama dilakukan oleh pemimpin UMNO sudah
pastilah Nik Aziz kata haram. Jika ia dilakukan oleh pemimpin PAS pastilah Nik
Aziz kata “tak apa” untuk membelanya.
Itulah wajah-wajah Nik Aziz yang bertopengkan Islam. Jangan percayalah cakap
Nik Aziz tu ! rosak nanti.
10. Soalan : Semasa hari majlis angkat sumpah
jawatan Menteri Besar Perak oleh Dr. Zambry pada tahun 2009, terdapat rusuhan
kecil dilakukan oleh penyokong PAS, dan ada yang baringkan badannya di atas
jalan raya untuk menghalang kereta pembesar Perak bergerak. Katakanlah, jika
mati dilanggar kereta ketika itu, adakah mati syahid? Apa komen saudara
Airborne ?
Jawapan
: Tak adalah, itu “mati katak” namanya.
11. Soalan: Apa hukumnya
penyokong-penyokong PAS di hari penamaan calon PRK yang memakai jubah dan
berkopiah putih mengibarkan bendera DAP sambil melaung-laungkan ucapan takbir,
sedangkan parti DAP ialah sebuah parti yang diterajui oleh orang-orang kafir
dan secara langsung menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Apa
hukumnya saudara Airborne?
Jawapan : Hukumnya adalah
haram kerana berusaha untuk menaikkan imej serta kemenangan kepada parti DAP yang
memang terkenal anti-Islam, anti-peruntukan masjid, anti-laungan azan waktu Subuh
dan berbagai-bagai lagi.
12. Soalan : Saya lihat imej Islam yang ada pada
Nik Aziz, Haji Hadi dan Ketua Pemuda PAS Pusat sangat tinggi. Namun serban yang
mereka pakai itu sangat berlainan di antara satu sama lain. Serban siapa yang
lebih baik di antara mereka bertiga? Adakah itu sunnah Rasulullah s.a.w.?
Jawapan :
a.
Hari
ini tidak siapa tahu macam mana bentuk serban Rasulullah s.a.w. Jika benar
serban Nik Aziz, atau Haji Hadi atau pun Ketua Pemuda PAS Pusat itu benar-benar
ada persamaan dengan serban Rasulullah, kenapa pula serban jenis itu langsung
tidak dipakai oleh penduduk Madinah atau penduduk Mekah? Ketahuilah bahawa
orang-orang Islam di kedua-dua Kota Suci itu sangat kuat atau sangat tebal
mengamalkan sunnah Rasulullah.
b.
Serban
3 pemimpin PAS itu hanyalah serban biasa yang kita lihat dipakai oleh
orang-orang Punjabi, atau Taliban di Afganistan atau orang-orang di sempadan
negara Iran, Pakistan dan Afganistan atau di negara Somalia yang terkenal
dengan lanun laut yang berjaya ditawan oleh Komando TLDM beberapa tahun yang
lalu. Jika saya jadi komando TLDM ketika itu, saya tak akan bagi peluang kepada
lanun itu. Saya tembak sampai hancur. Baik juga hati Komando TLDM kita tu ya!
Itulah melambangkan Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Bukan seperti PAS,
jadi askar komando kepada Jeneral-Jeneral DAP.
13. Soalan : Pada satu
ketika dulu saya ada ternampak pakaian pelik seorang pemimpin Pemuda PAS Pusat
semasa bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau memakai serban seperti
orang Punjabi, bertali leher dan berbaju kot. Apa hukumnya saudara Airborne?
Jawapan : Tak ada apa-apa
dan tidak salah pun, cuma orang melihat pelik sahaja. Sebagai orang politik
kita hendaklah jaga imej kita dan hendaklah sentiasa berpakaian kemas, dan
bukannya berpakaian rojak, ada serban ala Punjabi, bertali leher orang putih
dan berbaju kot seperti mat salleh. Nampak pun serabut. Jika memakai baju
Melayu bersongkok lagi cantik kelihatannya.
14. Soalan : Minta saudara Airborne tolong
terangkan pakaian yang dituntut dalam Islam.
Jawapan : Oh! Itu sangat
mudah. Pakaian Islam ialah yang menutup aurat sahaja dan bertetapan pakaian
lelaki adalah untuk lelaki, dan pakaian wanita adalah untuk wanita, dan pakaian
itu tidak mengganggu pergerakkan kita. Itu saja. Islam itu mudah. Hanya PAS
sahaja yang membuatkan kita menjadi payah. Songkok, kopiah putih, serban ada
ekor, serban tak ada ekor semuanya itu bukan pakaian Islam. Tak percaya? Kenapa
semasa kita mengerjakan ibadat “tawaf” di Mekah, kita diharamkan tutup kepala?
Ulama-ulama PAS dan penyokong-penyokong PAS sebenarnya tidak berapa mahir dalam
hukum-hukum agama.
15. Soalan : Nik Aziz
kata Kalimah Allah boleh digunakan oleh orang kafir berdasarkan Ayat Al-Quran
dan kalimahnya berbunyi: “la ya ku lunn
nal Llah”. Minta saudara Airborne jelaskan.
Jawapan :
a.
Sebenarnya,
Nik Aziz itu tidak pandai ilmu Al-Quran dan patut belajar lagi. “La ya ku lunn
nal Llah” (bermakna: sudah tentu mereka akan menjawab “Allah”). Kalimah di Ayat
tersebut bukanlah memberi kebenaran mutlak kepada orang-orang kafir boleh
menggunakan Kalimah Allah untuk agama mereka. Sebenarnya Nik Aziz tidak faham
bahasa Al-Quran. Berikut ialah maksud Ayat 25 Surah Lokman yang ada menyebut
“la ya ku lunn nal Llah”:
Dan sesungguhnya jika engkau
wahai Muhammad bertanya kepada mereka yang musyrik itu: siapakah yang
menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab “Allah”.
b.
Sebenarnya
memang begitu sikap Nik Aziz, dia adalah ulama politik. Jika UMNO kata orang
kafir boleh gunakan Kalimah Allah maka Nik Aziz pasti akan berkata “tak boleh”.
Apa yang UMNO kata boleh, pasti Nik Aziz kata tak boleh. Apa yang UMNO kata
tidak boleh, maka Nik Aziz akan kata boleh. Jangan dengar cakap Nik Aziz itu,
nanti otak kita menjadi lebih rosak.
16. Soalan : Bolehkah orang perempuan kafir masuk
ke dalam dewan solat di masjid atau surau dan bertakzirah kepada orang Islam?
Sebab Nik Aziz kata boleh. Apa komen saudara Airborne ?
Jawapan : Kenapa saudara ini
ambil berat sangat dengan cakapan Nik Aziz itu? Pergi masuk PAS sajalah, lagi baik.
Tak apa, saya jawab, cakap Nik Aziz itu adalah mengarut. Macam mana jika
perempuan kafir itu dalam haid? Dia akan beritahu kepada kita kah bahawa dia
dalam haid ? Orang kafir biasanya selepas buang air besar, dia tak basuh, hanya
lap sahaja dengan kertas tisu, kencing pun tak basuh kemudian masuk ke dewan
solat. Hukumnya adalah haram dan orang-orang yang membenarkan dia masuk serta
pihak-pihak yang mempertahankannya adalah berdosa termasuklah Nik Aziz.
17.
Soalan : Apa hukumnya orang Islam seperti
Nik Aziz itu sentiasa kalah dan sentiasa ikut telunjuk orang-orang kafir dalam
DAP untuk mencapaikan kemenangan DAP dalam PRU atau PRK. Apa pendapat saudara
Airborne ?
Jawapan : Hukumnya adalah
haram. Itu menunjukan Islam yang dibawa oleh Nik Aziz adalah Islam palsu yang
lemah. Sepatutnya orang-orang kafir itu ikut telunjuk orang-orang Islam. Hukum
haram adalah kerana DAP telah menentang penubuhan negara Islam, juga menentang
hukum hudud secara terang-terang.
18. Soalan : Nik Aziz telah menobatkan seorang
pemimpin kafir dalam DAP sebagai Khalifah Omar Bin Abdul Aziz dengan tujuan
supaya orang-orang Islam menerima perjuangan DAP yang anti-Melayu, anti-Islam,
anti-Raja-Raja Melayu, anti-Biasiswa Melayu, anti-Mara, anti-Polis yang menjaga
keamanan, anti-peruntukan Masjid, anti-laungan azan di masjid atau surau, anti-SPRM
yang mencegah rasuah, anti-SPR dan banyak lagi. Apa hukumnya saudara Airborne ?
Jawapan :
a.
Tidak
boleh seseorang Islam menobatkan orang kafir setinggi bertaraf Khalifah.
Orang-orang kafir sebenarnya gagal di sisi Allah. Perhatilah dan hitunglah
jasa-jasa Abi Talib (bapa saudara Rasulullah) yang sangat berjasa kepada
Rasulullah dalam penyebaran agama Islam. Rasulullah tidak pernah pun angkat
martabat bapa saudaranya itu dan sangat berbeza dengan Nik Aziz. Orang-orang
Islam hendaklah pandai bezakan Nik Aziz dengan ulama lain. Nik Aziz itu orang
politik dan otaknya barangkali sudah rosak kerana menobatkan orang kafir
sebagai Khalifah. Buat rosak nama Khalifah Omar Bin Abdul Aziz je !
b.
Hukumnya
tak tau lah dan Nik Aziz hendaklah bertaubat serta menarik balik anugerah itu
secara terbuka kerana dia adalah Mursyidul Am PAS. Hanya Allah s.w.t. sahaja
yang akan putuskan kelak.
19. Soalan : Apa hukumnya saudara Airborne apabila
Kerajaan PAS negeri Kelantan menindas peniaga-peniaga di Bazar Tok Guru?
Jawapan :
a.
Oooh!
itu tak boleh ! Kerajaan tidak boleh tindas rakyat. Jika benar berlaku
penindasan seperti yang di dakwa oleh peniaga-peniaga itu, hukumnya adalah
haram. Mana-mana kerajaan sepatutnyanya membantu dan memberi perlindungan
kepada rakyatnya seperti Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO.
b.
Nama
“Bazar Tok Guru” pun adalah bertujuan untuk menipu pemikiran rakyat bahawa tok
guru itu adalah bagus orangnya. Tidak adakah nama lain selain daripada nama
Bazar Tok Guru. Nama “Bazar Rakyat” atau “Bazar Cik Siti Wan Kembang” (Bazar
CSWK) lagi elok daripada nama Bazar Tok Guru. Bazar Airborne pun sedap juga
kita dengar, ini Bazar tok guru, tak logik langsung.
20. Soalan : Ekonomi
Kelantan sebenarnya sangat rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Namun
Nik Aziz dan Ahli Exco kerajaan negeri Kelantan mengatakan pertumbuhan ekonomi
Kelantan adalah tinggi dan menggalakkan. Apa hukumnya saudara Airborne?
Jawapan :
a.
Soalan
ini susah untuk dijawab kerana data-datanya tidak ada pada saya. Saya boleh
faham jika ada data-data tersebut, dan untuk pengetahuan saudara, saya adalah
penulis kepada cadangan penubuhan Yayasan Al-Quran, Pendidikan dan Ekonomi
Melayu, perjuangan 100 tahun (2009 – 2108) berserta laporan kewangan 100 tahun
yang saya cipta, ia ala perjuangan bangsa Yahudi.
b.
Saya
ada ilmu pengetahuan dan mampu ulas jika ada data-datanya. Kenyataan Kelantan
negeri pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah tidak betul. Tak apa lah, jika
Nik Aziz dan pemimpin lain berbohong maka dosa berbohong akan dipikul oleh
mereka itu. Jika benar ekonomi Kelantan menggalakkan maka tidak berdosalah
mereka itu bahkan dapat pahala pula.
21. Soalan : Saya sentiasa kedengaran daripada
penyokong-penyokong PAS bahawa apabila seseorang itu mati dalam PAS, yakni
sentiasa menyokong perjuangan PAS maka segala dosa-dosa mereka akan terhapus
secara automatik. Betulkah saudara Airborne ?
Jawapan : Mana ada macam tu
! Tidak betullah. Sebagai orang Islam kita hendaklah mati dalam Islam semoga
kita tidak gagal di sisi Allah. Bukannya mati dalam PAS atau mati dalam UMNO.
22. Soalan : Sebelum ini Nik Aziz dan Haji Hadi
beria-ia benar hendak jadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam. Dalam
sebuah negara Islam, adakah apabila rakyatnya yang beragama Islam mati akan
terus masuk ke syurga? Apa komen saudara Airborne?
Jawapan:
a.
Tidak.
Syurga dan neraka adalah ketentuan Allah berdasarkan kepada amalan seseorang
itu. Jika macam tu ! saya pun nak pergi laa tinggal di negara Arab Saudi hingga
mati kerana negara itu adalah negara Islam. Itu tak betul ! Cakap Nik Aziz dan
Haji Hadi tu jangan percaya.
b.
Mereka
berdua suka auta-belit dan menggunakan agama untuk menaikkan imej parti yang
mereka pimpin itu. Duhulu, mereka hendak jadikan negara ini sebagai negara
Islam, kemudian mereka itu menukar pula ke arah penubuhan negara kebajikan. Macam-macam
laa!
c.
Baru-baru
ni mereka tu jadi “barua” kepada S. Ambiga (peguam beragama Hindu) dalam
demostrasi Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Nik Aziz tukang arah supaya
ahli-ahli PAS ikut serta, dan Haji Hadi pula ada ikut serta. Macam-macam
sekarang.
d.
Saudara,
percayalah, dalam PAS sendiri pun mereka tidak berapa gemar kepada Islam.
Mereka hanya pandai cakap je! Contoh, majoriti perwakilan PAS menolak Islam
yang ada pada bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa (golongan ulama
dalam PAS), sebaliknya mereka pilih Islam yang ada pada Muhamad Sabu (golongan
bukan ulama dalam PAS). Betul tak?
e.
Baik,
bab mampu baca Al-Quran, bab ilmu pengetahuan agama merangkumi ilmu Al-Quran
dan ilmu Hadis Nabi s.a.w., siapa lebih hebat? Majoriti perwakilan PAS kata
Muhamad Sabu (Timbalan Presiden PAS sekarang) adalah lebih hebat daripada
Nasharuddin Mat Isa, sebab itulah Nasharuddin Mat Isa telah tewas kepada
Muhamad Sabu dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini.
Betul tak? Tahu tak ? Apa kelulusan Nasharuddin Mat Isa, dia tu sebenarnya
bekas pensyarah di UKM ? Muhamad Sabu kelulusan apa ? Universiti Madinah ? atau
Universiti Havard ? Tak usah cakap laa!
23. Soalan : Apa hukumnya apabila seseorang yang
bukan beragama Islam membaca Ayat-Ayat suci Al-Quran di hadapan orang Islam
lain? Sebab Nik Aziz kata tidak salah. Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang kata
itu akan mendekatkan orang-orang kafir kepada Islam. Apa komen saudara
Airborne?
Jawapan :
a.
Jangan
dengar cakap Nik Aziz, dia sudah nyayuk kerana tidak dapat bezakan yang mana
betul dan yang mana silap. Jika benar berlaku, itu merupakan satu penghinaan
kepada Ayat-Ayat Al-Quran. Ayat-Ayat Al-Quran ialah Ayat-Ayat yang Suci dan
tidak boleh dipermain-mainkan kerana itu adalah wahyu Allah.
b.
Mana-mana
orang Islam yang ada di majlis itu sepatutnya melarang orang kafir itu membaca
Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Jika tidak melarang dan mencegahnya maka semua orang-orang
Islam yang ada di situ menanggung dosa yang besar. Hukumnya adalah haram.
Maksud Ahli Parlimen Rantau Panjang itu ialah akan mendekatkan orang-orang
kafir itu kepada parti politik PAS, dan bukannya mendekatkan orang-orang kafir
kepada agama Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.
c.
Orang
kafir memang tak percaya kepada Al-Quran, kenapa dia nak baca Al-Quran? Itu
main-main namanya. Semak Al-Quran di Surah Al-Israa’ Ayat 45 hingga 50.
Nik Aziz dan Haji Hadi tu tak baca
Al-Quran, sebab itu lah dia kata tak mengapa orang kafir baca Al-Quran.
24. Soalan : Apa hukumnya jika ada pemimpim PAS
yang sentiasa mendakwa bahawa perjuangan mereka adalah untuk Islam, tetapi
dalam masa yang sama mengambil peluang mencuri wang tabung yang dikhaskan untuk
membantu orang ramai seperti janda-janda kematian suami atau anak-anak yatim.
Contohnya ialah Tabung Memali (1985) yang masih tidak selesai lagi itu ? Apa
komen saudara Airborne ?
Jawapan :
a.
Tak
tau laa saya, soalan ini saya tak mahu jawab, sendiri fikirlaaa! Jika Hukum Hudud
telah dilaksanakan di negara ini bermakna pencuri wang itu berkemungkinan sudah
kudung tangan mereka.
b.
Jika
benar ada pemimpin PAS mencurinya maka pastilah tidak akan ada 4 orang saksi
yang melihatnya. Sebab itulah mereka berani buat. Tak apa, jika benar mereka
buat kerja mencuri itu, di akhirat pasti tidak akan terlepas.
c.
Jika
perkara sama berlaku dalam UMNO, habislah UMNO dihentam dari kiri, kanan, depan
belakang, atas dan bawah.
25. Soalan : Apa hukumnya muslimat PAS memekik
suara di hari penamaan calon dan di hari mengundi pada PRK atau PRU sambil
bertakbir dan mengibarkan bendera DAP. Apa komen saudara Airborne?
Jawapan :
a.
Saya
geli mendengar ada muslimah PAS mengibar bendera DAP. Sebagai manusia, kita
kena jaga maruah kita sebagai orang Islam. Kita bimbang, jika tidak di kawal ia
boleh mengundang kepada perkara-perkara lain seperti bercampur dengan lelaki di
tempat yang sama, kemudian ada pula gurau senda dengan lelaki, seterusnya ada
pula cubit mencubit di antara wanita dan lelaki dan berbagai-bagai lagi.
b.
Syaitan
sentiasa memainkan peranannya. Perjuangan dalam Islam bukan begitu caranya. Nik
Aziz kata suara wanita adalah aurat? sebab itulah Qariah di negeri Kelantan
tidak dibenarkan menyertai Tilawah Al-Quran sama ada di peringkat negeri atau
peringkat kebangsaan. Memekik-mekik boleh pulak yaa!
26. Soalan : Pada penghujung tahun 2010, saya ada
mengikuti ceramah politik PAS di sebuah dewan berhampiran mini stadium di Pasir
Mas. Penceramah itu ialah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan bernama Nik
Amar Nik Abdullah. Dalam ceramah itu di selang seli dengan Hadis Rasulullah
s.a.w. dan Ayat Al-Quran, kemudian penceramah itu buat “U-turn” hentam UMNO
berkaitan rasuah. Dalam ceramah itu banyak isu-isu yang disentuh oleh Nik Amar,
antaranya ialah pemimpin dan ahli DAP sudah pun menerima Islam yang
diperjuangkan oleh PAS dan disambut dengan ucapan takbir, takbir, takbir. Nik
Amar juga ada dibangkitkan pemberian wang RM 50 oleh Dato’ Ibrahim Ali kepada
penduduk miskin dalam kawasan Parlimen Pasir Mas sempena menyambut Hari Raya
Idul’Fitri (2010). Minta saudara Airborne jelaskan mengenai rasuah dalam UMNO,
penerimaan perjuangan PAS dalam dakwah Islam oleh orang-orang kafir DAP dan
pemberian wang RM 50 oleh Dato’ Ibrahim Ali kepada penduduk miskin di kawasan Parlimen
Pasir Mas sempena Hari Raya Idul’Fitri (2010). Minta saudara Airborne jelaskan.
Jawapan :
a.
Rasuah dalam UMNO. Rasuah sebenarnya berada di
mana-mana sama ada dalam UMNO atau dalam PAS, atau dalam anak syarikat PAS,
atau dalam agensi-agensi PAS. Pendek kata rasuah ini memang tidak boleh
dihapuskan selagi ada manusia yang tidak takut kepada hukuman Allah di akhirat
kelak.
b.
Seorang
lelaki iaitu menantu Nik Aziz yang memegang jawatan CEO dalam anak syarikat
Perbadanan Menteri Besar Kelantan pun telah meletakkan jawatan kerana dikaitkan
dengan rasuah. Kenapa Nik Amar tak bising? Jika tidak berlaku rasuah, kenapa
dia letak jawatan? Pendek kata rasuah ini ada di mana-mana. Tak apa, buatlah
dan amallah, di akhirat nanti akan tetap menerima hukuman yang setimpal
walaupun di dunia terlepas daripada hukuman.
c.
Usaha
UMNO untuk membenteras gejala rasuah ini memang sudah ada dan patut dipuji
dengan penubuhan SPRM yang sebelum ini dikenali sebagai BPR. Tuduhan PAS itu
adalah tuduhan politik seolah-olah UMNO itu jahat sangat dan PAS itu baik
sangat. Memutar belitkan Ayat-Ayat Al-Quran untuk kepentingan politik PAS
dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal lagi hina di sisi
Allah.
d.
Penerimaan
orang-orang kafir dalam DAP kepada perjuangan PAS dalam Islam adalah bohong
belaka. Nik Amar tu, termasuklah Nik Aziz, Harun Din, Harun Taib, Muhamad
Mustafa dan ulama-ulama politik PAS yang lain memang suka menipu penyokong PAS.
Mereka tu dah ada perasaan “syok sendiri”. Mana ada? Dah berapa puluh ribu orang
bukan Islam dalam DAP dah masuk Islam? Mintalah senarai nama-nama ahli DAP yang
sudah memeluk agama Islam daripada Nik Amar. Itu cerita saja untuk menyedapkan
pendengar-pendengar yang terdiri daripada penyokong PAS yang jahil ilmu dunia
dan akhirat, serta jahil ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w.
e.
Baguslah
Dato’ Ibrahim Ali memberi wang RM 50 kepada penduduk miskin di kawasan Parlimen
Pasir Mas sempena menyambut Hari Raya Idul’Fitri (2010), pasti dapat pahala di
sisi Allah dan itulah sebaik-baiknya yang dikatakan pemimpin. Orang beri wang
pun dicaci, jika tidak beri wang akan dikatakan kedekut pula. Inilah jenis
mulut-mulut jahat ulama PAS yang suka mencaci orang. Pakai serban putih, pakai
kopiah putih tetapi tak sedar diri.
27. Soalan : Mengapa Allah menjadikan manusia
dengan berbagai-bagai bangsa di atas muka bumi ini? Sudah tentu ada sebabnya.
Apa akan terjadi jika sesuatu bangsa itu tidak menyayangi bangsanya sendiri? Apa
komen saudara Airborne?
Jawapan :
a.
Saya
tahu soalan ini ada kaitan dengan sikap atau sifat Nik Aziz yang tidak minta
dilahirkan sebagai bangsa Melayu, betul tak? Penciptaan manusia atau
makhluk-makhluk lain serta penciptaan bumi atau langit dan berbagai-bagai lagi
adalah hak mutlak Allah s.w.t. Ini ada diterangkan dalam Al-Quran di Surah
Faatir Ayat 1. Semak sendiri terjemahan Ayat Al-Quran itu.
b.
Ringkas,
Nik Aziz itu bernasib baik juga kerana dijadikan Allah dalam kumpulan bangsa
Melayu. Jika dijadikan Allah dalam kumpulan bangsa Siam, ada kemungkinan juga
Nik Aziz sekarang bergelar Sami Buddha dan berjubah warna kuning pinang, dan
apabila mati kelak akan kekal dalam neraka selama-lamanya.
c.
Bunyi
sedap, ulama, Mursyidul Am PAS tetapi tidak tahu bersyukur kepada Allah s.w.t.
28.
Soalan : Dulu-dulu semasa Tun Mahathir
masih jadi Perdana Menteri, Nik Aziz ada membuat cabaran iaitu jika Mahathir
letak jawatan hari ini, esok ambo (saya) pula akan letak jawatan, kata Nik Aziz.
Kini sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan tapi Nik Aziz masih kekal
dengan jawatan MB nya. Apa komen saudara Airborne?
Jawapan :
a.
Saya
dan semua orang-orang Melayu yang waras sudah tahu dan boleh baca setiap
perkataan yang keluar daripada mulut Nik Aziz. Nik Aziz tu mengaku ulama, tapi
cakap tak serupa bikin dan bikin pula tak serupa cakap.
b.
Jangan
layanlah cakap Nik Aziz tu, dia dah tua, nyayuk. Tidak berpegang kepada janji
yang pernah dibuatnya. Dia orang politik banyak putarbelit.
29. Soalan : Seorang itu kelihatan baik tetapi
memang sah dia yang mencuri. Ini dapat dilihat daripada rakaman CCTV yang memaparkan
bentuk badannya, cara dia berjalan, jenis pakaiannya dan bukti-bukti lain. Apa
hukumnya jika ada orang lain mempertahankan bahawa orang yang dituduh mencuri
itu tidak mencuri sedangkan memang benar orang itu sah mencuri?
Jawapan :
a.
Dalam
kes ini, kita hendaklah berkecuali. Kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa
untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Adalah tidak boleh
seseorang itu mudah mempercayai perasaan daripada kenyataan.
b.
Kita
akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa jika kita mempertahankan
orang-orang yang benar-benar mencuri. Sebagai orang Islam adalah lebih baik
kita mengambil jalan tengah dan berkecuali serta mengelakkan diri kita terlibat
sama dalam kes seperti itu.
30. Soalan : Dulu, pada
PRU-10 pada tahun 1999 PAS berjaya menawan negeri Terengganu dan dengan sombong
penceramah-penceramah PAS berkata bahawa Nik Aziz kata kemenangan itu adalah
kerana malaikat-malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk
mengundi PAS seperti peristiwa Perang Badar. Betulkah saudara Airborne?
Jawapan :
a.
Bohonglah!
Tak adalah! Tak logik langsung malaikat turun membantu pengundi untuk mengundi
PAS. Jika betullah dakwaan ulama palsu PAS itu benar, kenapa pula malaikat
tidak turun sekali lagi membantu pengundi untuk mengundi PAS pada PRU-11 pada
tahun 2004 hingga PAS hilang kuasa di Terengganu.
b.
Barangkali
pada PRU-11 (2004) malaikat dah benci kepada PAS. Kenyataan PAS itu adalah
bohong belaka. Itu hanyalah “syok sendiri” sahaja. Penyokong PAS janganlah jadi
bodoh selama-lamanya untuk mempercayai ulama palsu itu. Itu ulama politik.
Ulama cari makan dalam politik.
31. Soalan : Nik Aziz dan penceramah-penceramah
PAS lain ada berkata bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan seperti
apa yang dilakukan oleh UMNO, dan mereka berkata lagi bahawa Rasulullah pun berpolitik.
Betulkah saudara Airborne Rasulullah pun berpolitik?
Jawapan :
a.
Tak
adalah! Rasulullah tidak pernah berpolitik. Jika benar Rasulullah berpolitik,
Rasulullah itu memimpin parti politik apa? Rasulullah bertanding di kawasan
Parlimen atau kawasan DUN? Rasulullah bertanding di kawasan mana? Sebenarnya
Rasulullah diutuskan oleh Allah hanya untuk berdakwah sahaja dan bukannya untuk
berpolitik.
b.
Bergiat
dalam politik adalah perkara biasa, tetapi jika kita kaitkan berpolitik itu
adalah salah satu daripada tuntutan agama maka ia adalah “Bidaah” kerana ia
tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah.
c.
Orang-orang
yang mengaku ulama dalam PAS sepatutnya meninggalkan politik untuk memberi
tumpuan kepada urusan dakwah. Imam Nawawi, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi
dan lain-lain tidak terlibat pun dalam politik.
d.
Disebabkan
nafsu besar atau tinggi untuk menjadi Perdana Menteri, atau Timbalan Perdana
Menteri, atau menteri-menteri maka mereka pun bergiatlah dalam politik
sedangkan ilmu untuk berkhidmat kepada negara di peringkat Kerajaan Negeri atau
Kerajaan Persekutuan sesungguhnya tidak ada pada mereka.
32. Soalan : Minta saudara Airborne huraikan apa
yang dikatakan “Pemerintahan Islam” dalam sesebuah negara.
Jawapan :
a.
Pengertian
“Pemerintahan Islam” tidak dapat dihuraikan dalam ruangan ini kerana ia sangat
panjang merangkumi hukum, keselamatan, pendidikan, kebajikan dan keperluan
rakyat, peluang ekonomi, kemudahan asas dan perkara-perkara lain. Jika seseorang
itu tidak mengenali Islam secara dekat, maka seseorang itu tidak akan memahami
apa yang dikatakan Pemerintahan Islam.
b.
Bagi
mengenali Islam secara dekat, seseorang itu wajib mempelajari ilmu-ilmu
Al-Quran seperti mampu membaca Al-Quran dengan cara yang betul mengikut hukum
tajwid, dan memahami kandungan Ayat-Ayat Al-Quran. Jika tidak memahami makna
kandungan Ayat-Ayat Al-Quran, maka seseorang itu adalah wajib mempelajarinya
dengan cara membaca terjemahannya dalam bahasa yang boleh difahami iaitu bahasa
Melayu. Seseorang itu juga hendaklah tahu bagaimana untuk mendirikan solat,
cara berwuduk dan perkara-perkara lain yang menjadi fardu kepada kita.
c.
Kemudian
melangkah setapak lagi ke hadapan untuk mempelajari ilmu-ilmu tafsir Al-Quran
dan ilmu-ilmu Hadis Nabi s.a.w. dan mampu mengamalkannya. Hanya dengan cara ini
sahajalah seseorang itu akan memahami apa yang dikatakan Pemerintahan Islam.
Ilmu ini atau huraiannya tidak akan kita perolehi di mana-mana ceramah PAS
walaupun ia diterangkan oleh Nik Aziz, atau Haji Hadi, atau Harun Din, atau
Harun Taib atau penceramah-penceramah PAS yang lain kerana mereka semua
mempunyai kepentingan politik untuk menjatuhkan UMNO yang mempunyai kuasa
pemerintahan di negara ini.
d.
Mereka
itu semuanya berbohong, dan sebab itulah mereka mendakwa ingin menubuhkan
negara Islam (sekarang dah tukar niat nak tubuh negara kebajikan pula) jika
parti mereka iaitu PAS menang dalam PRU-13 kelak. Logik atau tidak? Sila
perhatikan mereka dalam PAS itu sebenarnya sudah berpakat dengan orang-orang
kafir dalam DAP untuk menumbangkan kuasa pemerintahan yang ada pada orang Islam
iaitu Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO. Logik kah tindakan
mereka itu? Tentulah tidak logik.
e.
Sepatutnya
mereka dalam PAS itu bergabung tenaga dengan kepimpinan UMNO untuk menegakkan
Islam di negara ini. Mereka dalam PAS hanya berkiblat satu bersama UMNO dalam
solat sahaja. Selepas itu mereka mengalihkan kiblat mereka kepada kepimpinan
orang-orang kafir dalam parti DAP, sebuah parti yang menentang kepada penubuhan
negara Islam dan hukum hudud.
33. Soalan : Minta penjelasan saudara Airborne,
dulu-dulu sebelum negara mencapai kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Al-Haj
sentiasa menyeru kepada orang-orang Melayu supaya menyokong perjuangan UMNO.
Selepas merdeka, Tunku bersuara lagi dengan gesaan yang sama. Di zaman Tun
Razak pun begitu juga. Di zaman Tun Hussein Onn pun sama, sentiasa menyeru
orang-orang Melayu supaya terus menyokong UMNO. Di zaman Tun Mahathir juga sama
menyeru supaya orang-orang UMNO terus menyokong UMNO. Di zaman Tun Abdullah
Ahmad Badawi pun begitu juga. Di zaman Dato’ Sri Najib menjadi Perdana Menteri
pun sama. Terbaharu, Najib meminta orang-orang Melayu memberi sokongan padu
kepada UMNO.
Saya
berpendapat kuasa pemerintahan di peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
hanya ditentukan dalam Pilihan Raya, maknanya jika satu-satu parti itu, atau
parti-parti dalam kumpulan mereka memenangi kerusi terbanyak sama ada kerusi
Parlimen atau kerusi DUN, maka parti-parti tersebut akan berhak menubuhkan
kerajaan sama ada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
Soalan
saya, pada PRU-12 yang lalu ya, dalam Islam apa hukumnya apabila Pengerusi BN
dan juga Presiden UMNO ketika itu yang disandang oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi
tidak menjaga amanah atau kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang Melayu
kepadanya dengan memberikan kerusi Parlimen atau kerusi DUN di kawasan majoriti
pengundi Melayu kepada MCA, atau Gerakan, atau MIC, atau PPP atau parti-parti
lain dalam komponen BN untuk ditandingi?
Contoh,
kerusi Parlimen P54 Gerik, kerusi DUN N14 Bandar Kuala Terengganu, dan terdapat
26 kerusi Parlimen dan berpuluh-puluh kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi
Melayu di seluruh negara menjadi korban, tetapi di masa yang sama Presiden UMNO
menyeru orang-orang Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO dan inilah yang
memeningkan kepala orang-orang Melayu.
Sila
terangkan apa pandangan saudara Airborne daripada sudut agama.
Jawapan :
a.
Panjangnyaaaaa
soalan ! Ok ! Tak paaa ! saya akan jawab apa yang termampu ! Begini, saya faham
apa yang diperkatakan itu. Saya sangat kagum dengan pertanyaan ini kerana orang
yang bertanya soalan ini pasti mempunyai forward thingking yang baik dan
kesedaran yang tinggi dalam politik, dan pastilah soalan ini datangnya daripada
kalangan orang-orang Melayu terpilih atau orang-orang Melayu yang sangat pintar
kerana ada kesedaran politik yang tinggi bagi menjamin kuasa politik
orang-orang Melayu kekal di negara ini .
b.
Dalam
Islam, apabila orang-orang memberi amanah kepada kita, maka kita hendaklah
menjaga amanah itu. Jika seorang itu memberi kepercayaan kepada kita untuk
memimpin, maka kita hendaklah menjaga kepercayaan itu tanpa khainat.
Orang-orang yang menyalahguna amanat atau kepercayaan yang diberikan itu boleh
tergelincir masuk ke sempadan golongan orang-orang fasik.
c.
Sebagai
pemimpin seseorang itu hendaklah berhati-hati dalam membuat keputusan,
lebih-lebih lagi yang melibatkan politik kerana politik ada hubung kait yang
sangat rapat dengan kuasa pemerintahan.
d.
Kuasa
pemerintahan pula boleh menentukan ke arah mana kemajuan Islam yang akan
dicorakkan. Agama Islam mampu dilemahkan atau dihapuskan terus oleh kuasa
pemerintahan. Inilah pentingnya kuasa politik di sesebuah negara atau negeri.
Kuasa pemerintahan juga akan menentukan kemajuan kepada rakyat di sesebuah
negara. Pendek kata kuasa politik sangatlah penting dan ia perlu dijaga
sebaik-baiknya.
e.
Saya
tidak dapat menjatuhkan hukuman kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tanpa
memanggilnya untuk membela diri, namun saya berpendapat Allah s.w.t. telah pun
mencabutkan kuasa pemerintahan daripadanya (rujuk Al-Quran di Surah A-Li
Imraan Ayat 26) kerana dia seorang yang tidak jujur, semua orang tahu dan
saya tak perlu huraikan secara terperinci.
f.
Ingat
tak, pada tahun 2006 Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi PM, dia gunakan
Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum secara tidak bermaruah
untuk menggagalkan hasrat suci Tun Mahathir yang ingin menjadi perwakilan pada
Perhimpunan Agung UMNO.
Itulah wajah-wajah buruk yang ada pada kedua-duanya dan sememangnya
kedua-duanya itu adalah tidak layak untuk memegang apa-apa jawatan sama ada
dalam politik atau kerajaan, ini pendapat perbadi saya. Sebetulnya barangkali
juga dengan perbuatan khainat beliau kepada bangsa Melayu yang keseluruhan
beragama Islam di mana banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN di kawasan
majoriti pengundi Melayu telah diberikan kepada parti-parti lain semasa
pemerintahannya mengakibatkan beliau terpaksa dijatuhkan.
g.
Kejatuhan
beliau dalam politik tanah air nampak sahaja bersih yang sebenarnya kejatuhan
itu adalah satu penghinaan kepada beliau kerana ia didesak oleh kepimpinan
bawahannya.
h.
Saya
berpendapat, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang tidak berintegriti,
cuai serta telah terlupa sejarah politik negara atau barangkali beliau langsung
tidak tahu ilmu sejarah itu semasa negara diambang kemerdekaan walau pun beliau
pernah berkhidmat dengan kerajaan sebagai pegawai PTD, atau beliau sudah
terlupa sejarah itu. Berikut di bawah ialah sejarah ringkas yang ada kaitan
kepada soalan yang ditanya itu:
Parti Perikatan yang
dianggotai oleh 2 (dua) parti terbesar di Tanah Melayu iaitu UMNO dan MCA telah
ditubuhkan pada Januari 1952. Perikatan dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya
Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952.
Mengikut persetujuan yang
telah dicapai oleh kedua-dua parti itu, MCA tidak akan bertanding di kawasan
UMNO iaitu kawasan majoriti penduduk Melayu,
dan begitu juga UMNO tidak akan bertanding di kawasan MCA iaitu kawasan
majoriti penduduk Cina.
Hari ini bagaimana? Banyak
kerusi Parlimen dan kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu telah
menjadi korban kerana kemurahan hati dan tolak-ansur Tun Abdullah Ahmad Badawi
yang tidak bertanggungjawab serta merugikan kepentingan orang-orang Melayu.
Inilah yang dikatakan pemimpin tidak amanah.
Mana-mana Presiden UMNO
selepas ini yang ada persamaan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi hendaklah
diajar supaya hilang kuasa dalam peta politik tanah air demi kepentingan
keseluruhan bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam. PEMIMPIN TERTINGGI
UMNO MUDAH BERTOLAK-ANSUR DENGAN KAUM-KAUM LAIN TETAPI TIDAK BERTEMPAT, ertinya
tersalah tempat. Inilah masalahnya yang sukar diatasi.
Kembali kepada tajuk
penubuhan Parti Perikatan itu, hasil dari kerjasama itu, Parti Perikatan telah
memenangi 9 (sembilan) kerusi daripada 13 (tiga belas) kerusi yang
dipertandingkan. Selepas itu, UMNO dan MCA telah mencapai satu persefahaman
untuk menubuhkan Parti Perikatan di peringkat kebangsaan bagi persiapan bertanding
dalam Pilihan Raya Umum 1955.
Pada tahun 1955, sebuah lagi
parti politik kaum India iaitu MIC telah menyertai Parti Perikatan. Objektif
utama penubuhan Parti Perikatan ialah untuk menamatkan darurat, memperjuangkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan memenangi Pilihan Raya Umum 1955.
Selepas penuhuhan Parti
Perikatan, Parti Perikatan yang dianggotai 3 (tiga) buah parti politik iaitu
UMNO untuk orang-orang Melayu, MCA untuk orang-orang Cina dan MIC untuk
orang-orang India telah muncul sebagai parti politik yang paling terpengaruh di
Tanah Melayu ketika itu.
Ringkas, gabungan Parti
Perikatan sangat kuat ketika itu dan telah membuat tuntutan supaya Ahli-Ahli
Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dipilih menerusi sistem Pilihan Raya dan
bukan lagi dipilih oleh Pentadbir British dan begitulah seterusnya.
Harap berpuashatilah dengan
jawapan ringkas ini. Jangan jadi macam Nik Aziz, hanya baca kitab yang ditulis
oleh ulama-ulama silam nak jadi PM. Jika Nik Aziz banyak baca Al-Quran, OK laa,
otak dia pun pasti jadi baik jika mengambil pengajaran daripada ilmu-ilmu
Al-Quran.
34. Soalan : Apa hukum
dalam Islam sekiranya ada orang-orang Islam berbangsa Melayu berpakat mengajar
UMNO supaya hilang kuasa pada PRU-13 kelak jika kerusi Parlimen atau kerusi DUN
di kawasan majoriti pengundi Melayu masih diberikan kepada parti-parti lain
yang terdiri daripada bukan Melayu. Apa hukumnya dari sudut agama Islam. Apa
pendapat saudara Airborne ?
Jawapan :
a.
Soalan
ini sangat payah untuk dijawab kerana dibimbangi satu pihak akan mengambil
kesempatan berpandukan kepada jawapan saya. Dalam Islam, jika kita mengundi
seseorang itu yang bukan beragama Islam maka secara langsung kita mengangkat
mereka menjadi pemimpin kepada kita dan kepada orang-orang Islam lain.
b.
Ini
memang tidak boleh diterima dan sesungguhnya ia bercanggah dengan Islam dan
memang ditegah. Hukum memberi undi kepada orang-orang kafir yang berlawan
dengan orang-orang Islam walaupun dalam PRU atau PRK adalah HARAM. Soalan
saudara kurang tepat kerana tidak memberi gambaran siapa pula yang menjadi
calon di pihak parti lawan.
c.
Jika
parti lawan itu juga terdiri daripada bukan Islam, maka sebaik-baiknya kita
berikan undi kepada BN. Jika parti lawan itu calonnya orang Islam, kita wajib
memberi kemenangan dengan mengundinya walaupun datangnya daripada parti PAS.
Oleh itu Najib sebagai Presiden UMNO kena faham mesej ini sebelum orang-orang
Melayu bangkit berpadu tenaga mengajar UMNO.
d.
Dalam
Islam, berpakat mengajar UMNO untuk menghapuskan UMNO dalam peta politik tanah air
tidaklah salah jika benar UMNO menyeleweng daripada perjuangan asal atau tidak
mampu menjaga kepentingan orang-orang Melayu berkaitan perkara yang berbangkit
ini, kerana orang-orang Melayu adalah beragama Islam.
e.
Masalah
sekarang adakah kepimpinan UMNO hari ini akan mengikut jejak langkah Tun
Abdullah Ahmad Badawi? Jika benar, terpulanglah kepada majoriti orang-orang
Melayu untuk menentukannya. Saya percaya, PM Najib sebenarnya mewarisi
perjuangan bapanya Tun Razak dan tidak akan sekali-kali meniru atau mengamalkan
apa yang telah dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jika Najib lakukan
benda-benda tak baik kepada orang-orang Melayu dan agama Islam, adalah wajib
hukumnya bagi kita menjatuhkannya. Negara Malaysia ini adalah kepunyaan seluruh
rakyat dan bukannya milik mutlak Najib atau milik mutlak Najib dan Rosmah.
f.
Tun
Razak semasa menjadi PM pergi ke hulu ke hilir, pergi ke sana ke sini, terbang
ke Sabah dan Sarawak menaiki kapalterbang buruk kepunyaan TUDM jenis Caribou
dan masuk ke pendalaman. Di Sarawak pula menaiki bot menyusuri Sungai Sarawak
yang sangat bahaya kerana dipenuhi sahabat kita (buaya) bernama “Bujang
Senang”, di samping itu berdepan pula dengan serangan komunis daripada angkatan
Parti Rakyat Kalimantan Utara atau panggilan ringkasnya ialah PARAKU. Itu
semata-mata untuk membawa kemajuan kepada seluruh rakyat di negara ini.
g.
Saya
percaya Najib tidak sekali-kali akan merosakkan amanah yang telah diberikan
kepadanya oleh ahli-ahli UMNO. Najib juga mempunyai penasihat peribadi yang
sangat rapat dan baik dengannya serta berintegriti iaitu isteri tercintanya,
dan tidak mungkin Najib akan mengulangi pengkhainatan yang pernah dilakukan
oleh kepimpinan UMNO terdahulu.
35. Soalan : Soalan ini
ada persamaan seperti soalan saya di No. 34 tetapi ada sedikit perbezaan. PM
Najib kata Melayu kena sokong UMNO. Ok setuju. Macam mana pula jika kerusi
Parlimen atau kerusi DUN di kawasan majoriti Melayu itu tidak ditandingi oleh
UMNO, sebaliknya ditandingi oleh parti-parti lain yang bukan daripada orang-orang
Melayu. Melayu jadi pening ! Apa nasihat saudara Airborne?
Jawapan :
a.
Jawapan
saya ada persamaan seperti di jawapan No. 34. Saya berharap Presiden UMNO
Najib, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin, Naib-naib Presiden UMNO Zahid Hamidi,
Hishammuddin, Shafie Apdal dan semua Ahli MT UMNO dapat memutuskan supaya apa
yang dibangkitkan ini tidak terjadi. Jika ia terjadi, ini adalah berpunca
daripada kelemahan kepimpinan dalam UMNO itu sendiri.
b.
Dalam
bahasa mudah, dan jika benar, maknanya UMNO sendirilah yang mengkucar-kacir dan
memecah-belahkan orang-orang Melayu dalam politik tanah air, dan sewajarnyalah
UMNO dihilangkan kuasa oleh orang-orang Melayu itu sendiri pada PRU-13 kelak
selagi ia dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang sama.
c.
Jika
saya memegang jawatan Presiden UMNO, saya akan pastikan dan tetap meletakkan
calon-calon UMNO di semua kawasan Melayu yang pengundinya berada di paras
minimum 40 peratus (%) dan ke atas, kerana penduduk Melayu yang tidak berdafar
sebagai pengundi pun mestilah diambil kira juga.
d.
Ini
bumi Melayu, dan ketuanan Melayu hendaklah dipelihara selama-lamanya. Sistem
kuota tidak sesuai lagi dan ia boleh menyumbangkan kepada penghapusan kuasa
politik Melayu di bumi Melayu ini. Sekali kita beri kerusi Parlimen atau kerusi
DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu atau penduduk Melayu kepada pihak lain,
adalah sukar sekali untuk kita ambil balik di masa-masa hadapan.
e.
Seperkara
lagi, jika saya ini Presiden UMNO, saya akan pastikan orang-orang Melayu diajar
dengan betul cara-cara memangkah undi supaya tidak ada lagi undi yang rosak.
Nak dapat 1 undi bukan satu perkara yang mudah. Tiba-tiba undi menjadi rosak. Tak
logik langsung jika kita ini tidak pandai memangkah undi. Bagaimana kita nak
belajar solat atau nak jaga anak-anak kita di kemudian hari kelak, perkara
mudah pangkah undi pun tak pandai?
36. Menjelang
PRU-12 pada tahun 2008 iaitu selepas hari penamaan calon, penceramah-penceramah
PAS di Gerik mengatakan bahawa perjuangan UMNO bukan untuk memartabatkan bangsa
Melayu dan Islam. Ia lebih kepada persepakatan untuk kepentingan masing-masing
dalam UMNO dan parti-parti lain dalam komponen BN sahaja. Itu saja kata
penceramah PAS itu.
Contohnya, di kawasan
Parlimen P54 Gerik ini terdapat 72.78% adalah pengundi Melayu, tidak termasuk
penduduk Melayu yang tidak berdaftar sebagai pengundi. Kerusi Parlimen Gerik
ini UMNO beri percuma kepada Datuk Tan Lian Hoe daripada parti Gerakan. Semasa
di hari pengumuman nama-nama calon, MB Perak ketika itu ialah Tajol Rosli.
Tajol Rosli menangis kesedihan kerana kerusi Parlimen itu terpaksa diberikan
kepada Gerakan atas arahan Presiden UMNO ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebaik sahaja selesai
di hari penamaan calon, dengan serta-merta Tajol Rosli telah melupakan
“menangis” itu dan terus berkempen untuk kemenangan calon BN itu dengan meminta
calon BN itu berpakaian Melayu seperti berbaju kurung supaya masyarakat Melayu
di Gerik boleh terima calon tersebut.
Begitu juga pada
kerusi DUN N51 Pasir Panjang, Perak di mana pengundi Melayu ialah 65.69% tetapi
diberi kepada Datuk Dr. S Vasan lawan calon PAS iaitu Mohd. Nizar Jamaluddin.
Kerusi DUN N13 Kuala Sapetang, Perak pengundi Melayu 59.90% diberi kepada kaum
Cina bukan Islam. Kerusi DUN N54 Hutan Melintang, Perak pengundi Melayu ialah
50.80% tetapi UMNO beri kepada kaum India bukan Islam. Kerusi DUN N59 Behrang,
Perak pengundi Melayu ialah 56.84% tetapi UMNO beri kepada kaum India bukan
Islam.
Kata penceramah PAS
itu lagi, bukan sahaja di negeri Perak, terdapat banyak kerusi-kerusi Parlimen
dan DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu diberikan kepada bukan Melayu dan
bukan Islam di seluruh negara, dan jika orang-orang Melayu masih lagi percaya
kepada UMNO dan terus mengundi UMNO, nasib orang-orang Melayu akan menjadi
seperti bangsa Palestin tanpa negeri atau menjadi pelarian di bumi sendiri,
katanya.
Begitulah hebat
sekali usaha-usaha penceramah-penceramah PAS untuk menjatuhkan UMNO, begitu
juga hebatnya usaha-usaha UMNO membantu kemenangan calon bukan Melayu dan bukan
Islam BN itu. Penceramah PAS sering berkata, di manakah letaknya kehebatan UMNO
memperjuangkan untuk Melayu dan Islam dalam kempen untuk kemenangan calon PAS
mereka itu.
Katanya lagi, DEB pun
sama, Cina yang kaya, Melayu macam tu juga. Ini kerana telinga kepimpinan
tertinggi dalam UMNO telah tuli kerana tidak mahu mendengar pandangan orang
bawahan. Lihatlah orang-orang Cina katanya, pemimpin tertinggi dalam MCA dan
Gerakan sangat takut kepada orang bawahan. Berbeza dengan UMNO, orang bawahan
pula sangat takut kepada pemimpin tertinggi UMNO. Oleh itu undilah PAS, hanya
PAS sahaja satu-satunya parti di negara ini mampu menjaga kepentingan
orang-orang Melayu dan Islam, kata penceramah PAS itu.
Soalan saya, apa
hukum dalam Islam berkaitan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh penceramah
PAS itu. Apa komen saudara Airborne?
Jawapan
:
a. Wah ! Wah ! Wah ! panjangnya berhujah. Tapi
tak pa ! Apa yang dibangkitkan oleh PAS itu ada juga kebenarannya. Jawapan ini
adalah sama seperti di No. 34 dan No. 35.
b. Saya berpendapat PAS pun mempunyai pendekatan
yang sama juga seperti UMNO. Contoh di kerusi Parlimen P9 Alor Star, Kedah di
mana pengundi Melayu ialah 62.50% dan kerusi ini ditandingi oleh Datuk Chor
Chee Heung (BN) lawan Gooi Hsiao Leung (PKR), dan kenapa PAS tidak bertanding?
PAS dan UMNO ni dua kali lima saja.
c. Di kerusi DUN N11 Derga, Kedah pengundi
Melayu ialah 54.78% dan calon-calon yang bertanding ialah Dr. Chia Soon Hai
(BN) lawan Teoh Teik Guan (DAP) dan kenapa PAS tidak letakkan calon mereka.
Begitu juga di kerusi DUN N25 Bukit Selambau di mana pengundi Melayu ialah
50.20%. Sebenarnya PAS tidak berani nak lawan taukehnya iaitu taukeh besar DAP
dan taukeh biasa PKR.
d. Walau apa pun, saya berpendapat Najib,
Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal, semua Ahli-Ahli MT
UMNO dan semua pemimpin UMNO di peringkat UMNO Negeri, UMNO Bahagian dan UMNO
Cawangan hendaklah ambil perhatian apa yang dibangkitkan tadi, dan sedarlah
sikit betapa pentingnya kerusi Parlimen dan kerusi DUN untuk mengekalkan kuasa
pemerintahan.
e. Barangkali ramai pemimpin tertinggi UMNO
telah LUPA bahawa pada PRU-11 (2004) di Kelantan dulu, PAS hanya mempunyai
kelebihan 2 kerusi DUN sahaja bagi membolehkannya membentuk Kerajaan Negeri
Kelantan pada tahun 2004 di mana kerusi DUN N35 Kemuning, PAS menang hanya dengan
2 undi sahaja, ini bermakna kelebihan satu orang sahaja. Jika satu orang itu
mengundi UMNO maka kedudukannya di kerusi DUN itu adalah sama iaitu seri.
Kerusi DUN N32 Gaal (2004) PAS menang hanya 43 undi sahaja. Di kerusi DUN N9
Kota Lama, PAS menang hanya 34 undi sahaja.
f. Saya berpendapat, dalam Islam seorang
pemimpin tertinggi hendaklah berlaku adil dan jika pemimpin bawahannya nampak
perkara-perkara yang boleh menyumbangkan kepada ketidakadilan, maka pemimpin
bawahan itu hendaklah mengingatkan dan memberitahunya bahawa keputusan itu
adalah silap atau salah. Namun, hari ini berapa ramai yang sanggup
melakukannya? Mereka hanya berani soseh ! soseh ! soseh ! di belakang sahaja.
Tidak ada sesiapa pun yang berani menegur pemimpin atasan No. 1 itu. Dibimbangi
akan kehilangan jawatan yang dipegang pada masa itu seperti jawatan Tim. PM,
jawatan Menteri, jawatan Menteri Besar, jawatan Ketua Menteri, jawatan Tim.
Menteri atau lain-lain.
g. Jika saya seorang Setiausaha Politik PM, saya
berani tegur PM dan PM mestilah kena dengar cakap saya. Jika PM tidak makan
nasihat saya, saya pasti meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik PM. Jika
benar berlaku, saya kehilangan jawatan dan PM pula pastilah akan terjejas
martabatnya sebagai PM dan Presiden UMNO.
h. Setiap Setiausaha Politik hendaklah tegas,
jawatan Setiausaha Politik bukan bertujuan mencari kekayaan atau berlagak
lebih. Kebanyakkan Setiausaha Politik tidak berintegriti. Ada yang menulis pun
tak pandai. Pandai cakap saja, sebab itulah pada PRU-12 (2008) yang lalu UMNO
kehilangan banyak Kerusi Parlimen dan Kerusi DUN. Mana peranan Setiausaha
Politik yang bergaji besar itu? Cakap saja besar tetapi tak tahu buat kerja.
Betul tak?
i. Walau bagaimana pun orang Islam tidak perlu
bimbang walau di mana mereka berada. Mereka tetap akan dibela oleh Allah s.w.t.
selagi mereka beriman dan mematuhi apa yang diperintahNya dan menjauhi segala
laranganNya. Insya’Allah, akan selamat di dunia dan di akhirat. Rujuk Al-Quran
di Surah Muhammad s.a.w. Ayat 7.
37. Soalan : Difahamkan MCA dan Gerakan akan
menuntut lebih banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN di kawasan majoriti
pengundi Melayu untuk ditandingi mereka pada PRU-13 akan datang kerana mereka
berpendapat hanya di kawasan majoriti pengundi Melayu sahaja mereka ada harapan
untuk menang, berbanding di kawasan majoriti pengundi Cina yang akan disapu
bersih oleh DAP, maknanya mereka tidak ada harapan langsung untuk menang di
kawasan majoriti pengundi Cina. MCA dan Gerakan juga akan menggunakan slogan
atau semangat 1Malaysia sebagai senjata untuk mengugut UMNO menyerahkan kawasan
majoriti pengundi Melayu untuk mereka tandingi. Apa hukum dalam Islam jika
Najib merestuinya? Apa komen saudara Airborne?
Jawapan
:
a. Hukumnya adalah ‘Haram’. Saya berpendapat
ramai anak bangsa sangat prihatin kepada nasib masa depan politik Melayu di
tanah air sendiri kerana ia juga melibatkan kepentingan agama Islam di negara
ini. Bagus! Bagus! Bagus! kerana ada kesedaran tinggi.
b. Jika ada 10,000 orang seperti ini sudah tentulah
Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal, Ahli-Ahli
MT UMNO dan semua kepimpinan tertinggi UMNO akan ketar lutut.
c. Sebenarnya saya tidak boleh berbuat apa-apa.
Saya memang ahli UMNO tetapi bukan ahli politik. Saya hanya sekadar boleh
memberi pandangan sahaja. Ada kemungkinan juga pandangan saya ini tidak
dipandang pun atau diambil perhatian oleh kepimpinan UMNO.
d. Jawapan saya ada persamaan dengan jawapan di
No. 34, No. 35 dan No. 36 di atas.
e. Saya berpendapat, jika UMNO melayan tuntutan
MCA dan Gerakan dengan mengorbankan kerusi Parlimen atau kerusi DUN di kawasan
majoriti pengundi Melayu untuk ditandingi oleh calon bukan Melayu dan bukan
Islam daripada MCA atau Gerakan, sudah pastilah orang-orang Melayu akan
memberontak, bertindak pantas dan berpakat menolak UMNO pada PRU-13 kelak,
serta ada kemungkinan akan cuba menghapuskan nama UMNO dalam peta politik tanah
air. Jangan ingat perkara ini tidak boleh berlaku!
f. Hari ini ramai orang-orang Melayu membenci
PAS dan jika UMNO terus berlembut dalam kes ini, adalah tidak mustahil dan ada
kemungkinan juga orang-orang Melayu akan berpakat menyokong PAS pula. Ini tidak
boleh cakap. Hati manusia boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Jangan
ingat UMNO itu parti kebal. Lihat saja apa keputusan pada PRU-12 yang lalu.
Jangan main-main dengan saya kata Karpal Singh dan perkataan itu sangat popular
di kalangan orang-orang Melayu pada hari ini.
g. Najib dan kepimpinan tertinggi dalam UMNO
mesti sentiasa berhati-hati sebelum orang-orang Melayu berubah hati.
38. Soalan : Sejak dulu lagi, sudah sekian lama
orang-orang Melayu membenci PAS, DAP dan PKR, namun ketiga-tiga parti itu mampu
hidup dengan lebih cergas, maknanya masih ada dan ramai yang memberi sokongan
bulat kepada mereka walaupun ada berbagai-bagai isu telah timbul seperti isu
liwat, isu aksi video lucah, isu jam omega, isu boleh berkawan dengan syaitan,
isu baca Ayat Al-Quran oleh bukan Islam, isu Kalimah Allah, isu wanita bukan
Islam naik ke dewan solat masjid atau surau, terbaharu isu seks dan
berbagai-bagai lagi. Apa pandangan saudara Airborne?
Jawapan
:
a. Soalan ini sangat mudah di jawab sebab
kepimpinan UMNO sendiri tidak kelihatan Islamik, termasuk pada sayap Wanita
atau sayap Puteri, atau isteri-isteri pemimpin UMNO berbanding dengan PAS yang
sentiasa kelihatan Islamik 24 jam. Contoh, lihat muslimah PAS sentiasa menutup
aurat dan dilihat sangat bagus oleh orang-orang Melayu terutamanya orang-orang
kampung. Sayap Wanita atau sayap Puteri ada yang pakai seluar ketat dan orang
kampung menyampah melihat mereka, tak tutup aurat. Pemimpin lelaki dalam UMNO
pula ada yang memakai rantai di leher, dan ada juga pakai gelang tangan dan
berbagai-bagai lagi.
b. Lihatlah pakaian Datin Seri Azizah iaitu
isteri Penasihat Umum PKR, dan bandinglah pula dengan pakaian yang dipakai oleh
pemimpin sayap Wanita atau sayap Puteri. Bandingkan juga pakaian dan cara
pemakaian isteri-isteri Menteri, ada yang dedahkan rambut, dedah leher dan ada
juga rambut mereka diwarnakan merah dan berbagai-bagai lagi yang ditegah oleh
Islam.
c. Kita orang Melayu beragama Islam. Pakaian
kita hendaklah selaras dengan bangsa kita dan tidak berlawanan dengan hukum-hukum
agama. Jika ini boleh diamalkan, sudah tentulah tidak akan ada mana-mana pihak
di parti pembangkang terutamanya PAS boleh membuat sesuatu tohmohan terutamanya
kepada pemimpin No. 1 UMNO yang sentiasa menjadi sasaran tohmohon PAS. Masalah
penampilan dalam bentuk pakaian atau pemakaian ini sudah pun dibangkitkan di
Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun dahulu, dan kenapa masih terdapat
isteri-isteri pemimpin tidak mahu berubah? Adakah pemimpin UMNO itu di Queen
Control atau di Queen Elezabeth ?
d. Jika benar di Queen Control atau di Queen
Elizabeth, pemimpin tersebut sebenarnya adalah tidak layak untuk menjadi
pemimpin dalam sebuah organisasi besar seperti UMNO ini. Saya berkata benar
untuk kebaikan UMNO supaya UMNO terus menjadi kuat selama-lamanya. Kita kadangkala
menjadi letih atau penat bercakap benda yang sama khususnya untuk membawa
kepada kekuatan UMNO.
e. Hari ini dan selepas ini, saya cadangkan mana-mana
pemimpin lelaki, sayap Wanita dan sayap Puteri dalam UMNO yang melanggar adat
budaya Melayu dan Islam dalam bentuk pakaian dan penampilan hendaklah ditolak
dalam mana-mana pemilihan parti yang akan datang. Isteri mereka atau suami
mereka juga tertakluk kepada cadangan ini. Ulangi! Ulangi! Hari ini terdapat
pemimpin lelaki dalam UMNO memakai rantai di leher hingga rakyat boleh nampak,
pakai gelang tangan dan berbagai-bagai lagi hingga parti lawan menjadikan isu
ini sebagai isu utama. Pemimpin UMNO seperti ini hendaklah ditolak oleh UMNO
pada pemilihan parti yang akan datang.
f. Sebenarnya UMNO itu sendiri yang telah
membuka ruang yang cukup luas kepada parti PAS untuk menghentam UMNO. Saya percaya Najib boleh berbuat sesuatu
untuk kebaikkan UMNO yang dipimpinnya. Jika tidak UMNO boleh dihancurkan.
g. Najib juga hendaklah ingat, Islam sedang
berkembang di negara ini dan semua pemimpin UMNO termasuk isteri mereka, suami
mereka hendaklah sedar bahawa penampilan sebagai orang Melayu beragama Islam
sangat penting. Saya tidak bermaksud mesti memakai jubah atau serban. Jika ini
dapat dilakukan pastilah PAS tidak akan berjaya untuk memburuk-burukkan atau
menghentamkan UMNO selama-lamanya. Balik-balik cerita lama saja yang
berbangkit. Harap Najib dan isterinya yang bernama Rosmah boleh faham mesej ini
demi untuk kekuatan UMNO selama-lamanya. Harap-harap Rosmah dapat menasihati
suaminya supaya tegas dalam perkara yang berbangkit ini.
h. Saya berpendapat, dalam satu-satu organisasi
terutamanya parti politik, Unit Strategik Khas (USK) hendaklah diwujudkan bagi
mematah dan menyerang parti lawan dengan mematuhi garis-garis dalam Islam. USK
ini sebenarnya sangat penting dan semua pemimpin mestilah mematuhi semua arahan
yang dikeluarkan oleh USK itu. Pada bangsa Yahudi, USK telah wujud lebih awal
daripada tarikh penubuhan Pertubuhan Yuhudi Sedunia.
i. Apabila Pertubuhan Yahudi Sedunia ditubuhkan
pada 27 Ogos 1897 (hampir 115 tahun dahulu) maka USK diserapkan ke dalam
pertubuhan itu dan telah memainkan peranan utama dalam perjuangan penubuhan
negara kekal Yahudi. Pada tahun 1984 semasa saya di Jerman, saya difahamkan USK
memang ada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Yahudi di Bahagian Perisikan.
UMNO juga sepatutnya ada USK.
j. USK sebenarnya akan menjadi sia-sia dan
membazir jika apa yang digariskan oleh UKS tidak dipatuhi. Rahsia kekuatan
bangsa Yahudi sebenarnya masih menjadi rahsia, dan pendedahan rahsia kekuatan
bangsa Yahudi kepada pengetahuan masyarakat antarabangsa hanya sekitar 3%
sahaja. Tetapi, sejak 500 tahun dahulu, bangsa Yahudi dapat menghidu kekuatan
Islam dan mengambil pengajaran daripada kekuatan Islam untuk diamalkan, maka
bangsa Yahudi telah muncul sebagai bangsa terkuat di dunia pada hari ini.
k. Melayu dalam UMNO bagaimana pula? Balik-balik
cerita di Queen Control kan, di Queen Elizabeth kan, lelaki pakai rantai,
gelang, kaki perempuan, kaki dandut dan berbagai-bagai lagi. Macam mana nak
menang pada pilihan raya.
39. Soalan : Apa pandangan saudara Airborne
berkaitan kemajuan ummah dan bagaimana untuk mencapainya ke arah yang lebih
tinggi lagi, seterusnya membawa kesejahteraan kepada orang-orang Islam di
negara ini tanpa membelakangkan kaum-kaum lain yang menjadi rakyat negara ini?
Jawapan :
a.
Saya
berpendapat, ini bukanlah satu perkara yang payah untuk di laksanakan oleh
seseorang itu. Hari ini pembangunan negara telah di bahagi-bahagikan kepada
beberapa kumpulan mengikut keperluan rakyat iaitu nelayan, petani, ternakan
haiwan, peruncitan, keusahawanan, import, eksport, pembinaan, IT dan
berbagai-bagai lagi, namun hasil kejayaannya sangat rendah. Ini ada hubung kait
dengan perangai orang Melayu itu sendiri yang kadangkala tidak berdisplin dalam
pekerjaan mereka, atau dalam kehidupan seharian mereka. Mereka lebih suka
berada dalam zon selesa tetapi malas berusaha. Peluang yang disediakan oleh
Kerajaan BN memang banyak, tak payak cakaplah.
b.
Sehubungan
dengan itu, apabila seseorang itu lemah dalam ibadatnya kepada Allah,
bermacam-macamlah perkara buruk pastinya akan datang kepadanya daripada setiap
penjuru. Tahap iman seseorang itu kepada Allah akan menentukan tahap kebahagiaan
atau kesejahteraan di dunia ini. Tanpa iman, tidak mustahil seseorang itu akan
menjadi sesat sesesat-sesatnya selama-lamanya. Dalam mencari kemajuan ummah, ia
ada kaitan dengan tahap iman seseorang itu bagi melahirkan displin terbaik.
Hanya manusia berdisplin sahaja akan maju.
c.
Sebenarnya
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang membuat dasar untuk kepentingan
rakyat keseluruhannya, dan pihak yang melaksanakan dasar-dasar itu ialah penjawat
awam. Rakyat termasuk semua golongan sewajarnya mengambil bahagian dan terlibat
sama dalam merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan, juga
hendaklah jujur dan ikhlas serta berani menegakkan keadilan mengikut
undang-undang. Hari ini, banyak jenayah adalah kerana ahli politik yang ada
kuasa tidak berani menggunakan kuasa dan saya tidak nampak ia mampu diatasi
selagi orang-orang takut kehilangan undi pada PRU-13 diberi tanggungjawab berat
dalam memikul amanah negara terutamanya dalam hal-hal keselamatan negara.
d.
Saya
berpendapat, 2 kementerian yang penting iaitu Kementerian Dalam Negeri
hendaklah menterinya terdiri daripada bekas-bekas Ketua Polis Negara atau
bekas-bekas pegawai kanan polis, atau yang masih dalam perkhidmatan polis.
Sementera Kementerian Pertahanan pula hendaklah menterinya daripada bekas-bekas
Jeneral tentera, atau Lt. Jeneral atau sekurang-kurang Mejar Jeneral, atau yang
sedang berkhidmat. Perkongsian pengalaman hendaklah diamalkan dalam Kabinet
supaya negera lebih cemerlang.
e.
Pemimpin
tertinggi UMNO hendaklah mampu berfikir, mula-mula menjadi ahli biasa UMNO,
kemudian menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan. Selepas itu menjadi Ketua Pemuda
UMNO Bahagian, dan seterusnya Ketua Pemuda UMNO Negeri. Jika bernasib baik akan
dipilih sebagai EXCO Pemuda UMNO Pusat, kemudian menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO
Pusat dan seterusnya menjadi Ketua Pemuda UMNO Pusat dan begitulah seterusnya.
Apabila jawatan sudah ada dalam tangan, maka perasaan takut kehilangan jawatan
mulalah timbul. Apabila perasaan ini timbul, maka jadilah orang “yes man” atau “pak
turut”. Manusia jenis ini akan merugikan bangsa Melayu. Orang Arab ada berkata
bahawa manusia itu suka mendaki ke tempat tinggi, tetapi setelah berada di
tempat tinggi, maka sentiasa takut pula jika jatuh ke bawah, oleh itu janganlah
mendaki.
f.
Bukan
maknanya saya bertujuan memperlekehkan seseorang itu, namun keberanian
kehilangan jawatan dalam parti atau kerajaan kerana menegakkan keadilan
hendaklah ada pada setiap orang yang bernama pemimpin. Hari ini dan sebelum ini
berbagai-bagai jenayah berkaitan politik tidak berani diambil tindakan kerana
takut kehilangan undi. Pihak-pihak yang menghina Raja-Raja Melayu pun ada
terlepas begitu saja. Yang mencuri telur ayam sebiji atau 2 biji atau 3 biji
dikampung pun diheret ke mahkamah dan dijatuh hukuman sebat 3 rotan. Adakah ini
dipanggil Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang? Sendiri
fikirlah.
g.
Bangsa
Melayu sebenarnya mampu berfikir mana yang patut kita pilih dan mana yang patut
kita buang pada PRU-13 akan datang.
h.
Seperkara
lagi, cuba kita sama-sama perhatikan, sepatutnya bangsa Melayu sudah lama maju
ke hadapan berbanding dengan kaum-kaum lain. Ringkas. Tuanku Yang di Pertuan
Agong adalah orang Melayu, Sultan-sultan dan
Tuan Yang Terutama di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak adalah orang-orang Melayu. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
pun Melayu. Ketua-ketua Menteri kecuali Ketua Meneri Pulau Pinang adalah
Melayu. Semua Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar adalah Melayu. Menteri
Kewangan sejak tahun 1976 hingga ke hari ini adalah Melayu. Gabenor Bank Negara
adalah Melayu. Panglima Tentera dan Ketua Polis Negara adalah Melayu. Ketua
Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan
pun orang Melayu. Terdapat ramai KSU dan TKSU kementerian-kementerian adalah
orang Melayu. Ketua Pengarah JPA pun Melayu. CEO Maybank, Bank Islam, Tabung
Haji, PNB dan GLC lain semuanya Melayu. CEO Petronas, Proton, Porodua pun
Melayu. Pengarah UPEN negeri-negeri pun Melayu. Pegawai Daerah pun Melayu.
Renjer Perhutanan pun Melayu.
i.
Pendek
kata Melayu ada sana sini. Kenapa Melayu gagal menguasai perekonomian negara?
Sebab satu dasar Melayu yang lapuk masih ada iaitu “itu tak boleh”, “ini tak
boleh”, “itu salah dan ini salah”. “Itu tak ikut peraturan”. “Ini tak mematuhi
peraturan”. Melayu nak berniaga Burger di tepi jalan pun terpaksa tunggu lesen
DBKL hampir setahun lamanya. PATI senang-senang berniaga.
j.
Saya
difahamkan terdapat berpuluh ribu kilang haram di Wilayah Persekutuan dan
Selangor yang didirikan oleh kaum tertentu, tak apa dan tiada tindakan, bila
Melayu nak jual Burger mencari sesuap nasi pun tidak boleh. Memang susah nak
selesaikan masalah ekonomi ini. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui
segala-galanya. Peluang untuk hentam UMNO oleh PAS tidak dilepaskan dalam
kes-kes begini.
k.
Bangsa
Melayu sebenarnya mudah bertolak-ansur secara tidak bertempat, dan akhirnya
Melayu menjadi rugi selama-lamanya. Jikalah ditakdirkan Allah s.w.t. saya ini
orang kaya millionare atau billionare, saya akan beri wang free saja kepada
orang-orang Melayu yang nak berniaga.
l.
Presiden
Tito (mendiang). (bukan nak agung-agungkannya) dari negara Yogoslavia pernah
berkata bahawa kegagalan satu-satu bangsa di dunia ini adalah berpunca daripada
kegagalan BERFIKIR pemimpin mereka itu sendiri seperti yang diharap-harapkan,
dan untuk menjadi pemimpin politik yang berkesan, seseorang itu tidak perlu
pandai sangat kerana dibimbangi pemimpin itu akan menipu rakyat atau mencuri
wang negara. Orang yang paling layak menjadi pemimpin di sesebuah negeri atau
negara hendaklah:
Berani, Amanah, Nasionalis, Tegas dan Berilmu
(walau pun sedikit)
m. Theodor Herzl (TH) seorang
bangsa Yahudi dari negara Austria yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara
kekal bagi bangsa Yahudi di bumi Palestin ada berkata di KONGRES PERTAMA YAHUDI
di Basel, Switzerland pada 27hb. Ogos 1897 (115 tahun dahulu) bahawa:
Jika kita ingin berjaya sesuatu yang kita
rasa adalah mustahil untuk dicapai, maka kita hendaklah
sentiasa mempunyai cara berfikiran yang
berlainan
daripada manusia-manusia lain.
Cara berfikiran yang berlainan itu hendaklah
sentiasa
berubah-ubah mengikut keadaan semasa.
Jika kita masih menggunakan cara berfikiran
yang sama, maka kita akan menjadi lebih hina daripada apa yang kita rasai pada
hari ini atau sebelum ini. Kita hendaklah (bukan harus) menyusun langkah yang
berani tanpa mengisytiharkan nama-nama musuh sebelum kita menang.
Sehubungan dengan itu bangsa Yahudi juga
sentiasa menganggap dan mengiktiraf setiap ahli politik mereka di negara mereka
adalah sebagai
MANUSIA PINTAR,
dan dengan sebab-sebab itu bangsa Yahudi
sentiasa merayu kepada bangsanya yang
KURANG PINTAR
supaya tidak terlibat dalam politik, kerana
dibimbangi negaranya akan hilang daripada peta dunia dan bangsanya
KEMBALI SENGSARA DAN MEREMPAT DI MERATA
DUNIA.
Pemimpin Melayu tertinggi dalam UMNO
bagaimana ?
Pemimpin Melayu dalam UMNO bagaimana ?
Ahli UMNO bagaimana ?
Bangsa Melayu bagaimana?
Seluruh bangsa Melayu termasuklah semua
pemimpin UMNO pun hendaklah begitu juga, barulah Melayu dan Islam boleh kuat di
negara ini.
Macam mana nak kuat, budaya Melayu
diketepikan dan dan ajaran Islam tidak berpegang dengan betul
seperti apa yang telah saya sebut di atas,
iaitu tak tutup aurat, lelaki pula pakai
rantai di leher,
atau pakai gelang di tangan dan
berbagai-bagai lagi. jika
KURANG PINTAR,
janganlah melobi-lobi untuk menjadi calon di
Kerusi Parlimen, atau Kerusi DUN, atau Senator,
atau ingin bertanding merebut jawatan
Ketua UMNO Bahagian, atau Ahli Majlis
Tertinggi UMNO,
atau melobi untuk menjadi Menteri, Timbalan
Menteri, atau Setiausaha Politik atau lain-lain.
40. Soalan: Minta penjelasan saudara Airborne,
kenapa berlaku perpecahan dalam masyarakat Melayu hari ini? Tolong jelaskan.
Jawapan :
a.
Ini
soalan mudah dan sangat senang untuk dijawab. Kesombongan dan keras kepala
seseorang itulah yang telah menyumbangkan kepada perpecahan dalam masyarakat
Melayu hari ini. Dalam bahasa mudah, hanya cakap kita sahaja yang betul dan
pandangan orang lain adalah silap dan perlu ditolak.
b.
Janganlah
kita hanya melihat perpecahan Melayu dalam politik sahaja. Kita juga perlu dan
patut melihat perpecahan Melayu dalam satu keluarga kerana berebut harta
pusaka.
c.
Perpecahan
Melayu dalam pertandingan merebut jawatan pentadbir masjid atau surau.
Perpecahan Melayu dalam PIBG. Perpecahan Melayu dalam pegangan agama.
Perpecahan Melayu dalam satu-satu organisasi. Perpecahan Melayu dalam satu
pejabat. Perpecahan Melayu yang bekerja di kilang yang sama. Perpecahan Melayu
dalam satu-satu jabatan kerajaan atau di kalangan guru-guru sekolah. Perpecahan
Melayu di antara penduduk-penduduk negeri, contoh, orang Kelantan tidak ngam
dengan orang negeri Terengganu dan begitulah sebaliknya. Orang Negeri Sembilan
pula tidak ngam dengan orang negeri Perak dan begitulah sebaliknya. Orang
negeri Kedah pula tidak ngam dengan orang negeri Pahang dan begitulah
sebaliknya, dan bermacam-macam lagi.
d.
Yang
lebih buruk lagi ialah perpecahan Melayu oleh penyokong pasukan bolasepak dalam
satu-satu pertandingan hingga stadium di bakar, membuat rusuhan kecil hingga
membawa kepada trajedi di mana seorang pemuda mengalami BUTA kekal di
perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke 4 di Kota Bharu, Kelantan pada satu
ketika dulu semasa perlawanan bolasepak.
e.
Pendek
kata perpecahan Melayu berada di mana-mana selagi manusia itu lupa akan
kekuasaanNya dan tidak tunduk serta sujud kepada AllahNya dalam ertika yang sebenar-benar-benar-benarnya.
41. Soalan : Saudara
Airborne, saya sangat tertarik kepada semua jawapan yang telah saudara Airborne
berikan kepada saya. Sebenarnya sejak tahun 80an lagi saya mempunyai ramai
kenalan di kalangan Setiausaha Politik, Pegawai Khas, atau Setiausaha Sulit PM
atau TPM, atau Menteri, atau MB atau pun KM. Sebenarnya, Setiausaha Politik,
Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit merupakan orang yang paling rapat atau orang
yang paling hampir dengan boss mereka. Tetapi saya tidak pernah mendapat
penjelasan seperti mana yang saudara Airborne berikan ini daripada mereka.
Kebanyakan mereka itu hanya berlagak lebih, difahamkan terdapat di kalangan
mereka itu hanya suka berkawan rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada
jawatan seperti Ahli Majlis Tertinggi UMNO, atau pemimpin-pemimpin di peringkat
Badan Perhubungan UMNO Negeri, atau pemimpin-pemimpin tertinggi di peringkat
UMNO Bahagian. Mereka juga sukar untuk dihubungi, jika pun dapat bercakap
dengan mereka itu, mereka kurang mesra pelanggan, maknanya kurang beri layanan.
Apabila bercakap dengan mereka itu, hanya cakapan mereka sahaja yang betul yang
perlu kita dengar. Difahamkan juga mereka itu kuat berniaga hingga lupa
tanggungjawab sebagai Setiausaha Politik, atau sebagai Pegawai Khas, atau
Setiausaha Sulit. Minta penjelesan dari saudara Airborne.
Jawapan:
a.
Panjangnya
soalan! Saya pun ada dengar semacam itu juga. Patutlah UMNO hilang (tewas)
banyak KERUSI PARLIMEN dan KERUSI DUN pada PRU-12 (2008) yang lalu. Bukan orang
Melayu benci kepada UMNO, tetapi ada yang benci atau menyampah kepada
Setiausaha Politik, atau Pegawai Khas, atau Setiausaha Sulit tertentu.
b.
Sebenarnya
boss mereka itu tidak tahu ada di kalangan mereka itu berperangai demikian. Tak
apalah itu hak dia. Rakyat ada hak melalui “UNDI” pada PRU-13 kelak. Gunakan
UNDI sebagai “senjata untuk mengajar mereka” itu. Mereka ingat, mereka
boleh menjadi Setiausaha Politik, atau Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit
hingga ke hari kiamat. Jika boss mereka kalah pada PRU-13 kelak,
hilanglah jawatan yang mereka pegang itu.
c.
Semasa
badan masih sihat ini, mereka sepatutnya insaf dan bekerja bersungguh-sungguh
kerana Allah tetap nampak apa yang kita lakukan. Biasanya orang-orang seperti
itu merupakan seorang manusia yang tidak mendekati AJARAN AL-QURAN. Ada
kemungkinan baca Al-Quran pun tidak betul mengikut HUKUM TAJWID. Biasanya orang
yang tidak gemar membaca Al-Quran merupakan orang-orang yang kurang beribadat
kepada Allah.
d.
Apabila
kita kurang beribadat kepada Allah, maka syaitan pun masuk, dan berjaya
menggoda kita, maka jadilah kita orang-orang yang mendapat petunjuk dari
syaitan, bukannya mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.
e.
Dengan
sebab-sebab itu, PM, TPM, Menteri, MB, KM, Tim. Menteri dan pemimpin-pemimpin
tertinggi lain dalam UMNO hendaklah (bukan harus) melantik ORANG-ORANG POLITIK
YANG ADA ILMU AGAMA sebagai Setiausaha Politik, Pegawai Khas, atau Setiausaha
Sulit, dan bukannya ORANG-ORANG AGAMA YANG ADA ILMU POLITIK. Lebih buruk lagi
jika melantik ORANG-ORANG POLITIK YANG TIADA LANGSUNG ILMU AGAMA seperti apa
yang terjadi sekarang, kumpul harta seolah-olah akan hidup sejuta tahun.
f.
Lihat
dalam PAS. Kebanyakan pemimpin tertinggi PAS adalah ORANG-ORANG AGAMA YANG ADA
ILMU POLITIK, mereka gunakan agama untuk politik, dan yang sebetulnya ialah
kita gunakan kuasa politik untuk kuatkan agama. Inilah pentingnya seseorang
yang ingin dilantik sebagai Setiausaha Politik, Pegawai Khas, atau Setiausaha
Sulit hendaklah terdiri daripada ORANG-ORANG POLITIK YANG ADA ILMU AGAMA.
Apabila Nik Aziz hentam UMNO, otak Setiausaha Politik menjadi JEM, tak boleh
jawab kerana tiada bekalan ILMU AGAMA. Siapa rugi? UMNO lah yang rugi.
g.
Bukan
Setiausaha Politik tidak tahu, kejatuhan beberapa Presiden / Perdana Menteri /
Menteri di beberapa negara adalah berpunca daripada kelemahan pembantu-pembantu
atau penasihat-penasihat mereka. Biarlah.
h.
Terus
terang ingin saya katakan secara jujur di sini, jikalah tidak kerana PERANANAN
AKHBAR UTUSAN MALAYSIA, PERANAN PERTUBUHAN PERKASA, PERANAN NGO-NGO MELAYU,
PERANAN NGO-NGO ISLAM atau PENULIS-PENULIS YANG MENYOKONG UMNO, sudah lama UMNO
tumbang, secara langsung KERAJAAN BN hilang kuasa, dan pasti tidak akan muncul
lagi dalam peta politik tanahair.
i.
Hari
ini UMNO boleh dikatakan ada sedikit kekuatan kerana mendapat sokongan bulat
daripada pihak-pihak yang saya sebutkan di atas, dan janganlah apabila ada
sedikit kekuatan akan kembali kepada “PERANGAI LAMA”.
j.
Rakyat
sentiasa memerhatikan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Rakyat nampak terdapat
pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO pakai rantai di leher, rakyat juga nampak ada
isteri-isteri Menteri walau pun sudah tua masih berlagak seperti perempuan muda
dengan rambut diwarnakan MERAH, rakyat juga nampak isteri Menteri menutup aurat
(menutup kepala) dengan BAKUL RAMBUT PALSU seolah-oleh tidak menutup aurat.
Bagaimana? Kalau macam ini, bagaimana boleh UMNO menjadi kuat semula?
Kalang-kala isteri-isteri pemimpin atasan dalam UMNO yang boleh menyebabkan
UMNO menjadi lemah di mata rakyat, akibatnya hilang UNDI, dan UNDI itu lari
kepada parti lawan. Jika masih tidak sedar lagi, tak tahulah apa nak dikatakan
lagi.
k.
Dalam
UMNO, orang bawahan takut kepada pemimpin tertinggi. Dalam MIC juga sebelum ini
terdapat orang bawahan takut kepada pemimpin tertinggi. Berbeza dalam MCA dan
GERAKAN di mana pemimpin tertinggi sangat takut kepada orang bawahan. PM Najib
dan isterinya Rosmah Mansor hendaklah sedar dan perlu berubah serta-merta,
kemudian pastikan pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO juga berubah ke arah yang
lebih baik lagi.
l.
Kita
orang Melayu, PENAMPILAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU TIDAK BOLEH BERLAWANAN DENGAN AGAMA ISLAM. Jika tidak, UMNO
akan terus diasak oleh Nik Aziz / PAS, dan akan terus mendakwa bahawa UMNO
ialah sebuah parti politik yang menolak Islam, dan pastilah ada orang-orang
Melayu lain akan percaya, dan jika ini terus diasak, UMNO juga yang akan rugi
selama-lamanya.
42. Soalan : Jikalah
saudara Airborne ini menjadi Presiden UMNO dan memegang jawatan Perdana
Menteri, apa saudara Airborne akan buat, minta jelaskan?
Jawapan: Soalan ini saya tidak boleh jawab
sebab saya bukan Presiden UMNO, dan saya juga bukan Perdana Menteri.
43. Soalan : Saudara
Airborne, begini saudara Airborne, nampaknya saudara Airborne TIDAK FAHAM apa
yang saya maksudkan. Saya bermaksud: JIKA, JIKA, JIKALAH saudara Airborne
menjadi Presiden UMNO dan memegang jawatan Perdana Menteri, JIKA, JIKA saudara
Airborne! Saudara Airborne kena jawab soalan No. 42 itu, bagaimana saudara
Airborne?
Jawapan:
a.
Bukan
saya TIDAK FAHAM, tetapi saya malas nak jawab sebab saya bukan Presiden UMNO,
dan saya juga bukan Perdana Menteri. Tapi, tak apalah. Saya akan jawab
seolah-olah saya Presiden UMNO dan memegang jawatan Perdana Menteri. Mana tahu,
berkat soalan ini atas kehendak Allah, saya menjadi Presiden UMNO dan memegang
jawatan Perdana Menteri Malaysia, maknanya semua orang kena dengar cakap saya.
OK lah, saya jawab soalan saudara itu. PERTAMA, saya besarkan size Kabinet.
Kementerian Belia dan Sukan dipecahkan kepada 2 Kementerian. Kedua-dua
Kementerian tersebut akan di ketuai oleh orang-orang yang berumur 40 tahun atau
ke bawah. Kementerian Belia akan diberi kepada mana-mana Presiden dalam
mana-mana pertubuhan belia.
b.
KEDUA,
Kementerian Hasil Dalam Negeri akan diwujudkan untuk menambahkan hasil negara
di mana Menteri nya bukan daripada kalangan Ahli Parlimen. Jawatan Menteri diberi
kepada pegawai tertinggi LHDN dengan melantiknya sebagai Senator. Kementerian
Percukaian dan Eksais diwujudkan untuk menambah percukaian negara, dan
menterinya hendaklah terdiri daripada pegawai tertinggi Kastam. LKIM
dimansuhkan dan dijadikan Kementerian Perikanan dan Laut Dalam. Kementerian
Ternakan Haiwan diwujudkan. Kementerian Penerangan (sahaja) diwujudkan.
Kementerian Undang-undang dan Penguatkuasaan diwujudkan. Kementerian Pengakutan
Darat, Kementerian Pengangkutan Udara, Kementerian Pengangkutan Laut
diwujudkan. Kementerian Kebajikan Am (sahaja) diwujudkan. Kementerian Hal Ehwal
Pelajar Luar Negara diwujudkan (perlu jaga kebajikan mereka kerana mereka
rakyat Malaysia yang berjauhan dengan keluarga). Kementerian Penjaja dan Peniaga
Kecil diwujudkan. Kementerian Tanah, Galian dan Pemetaan Negara diwujudkan.
Kementerian Kecemasan, Penyelamat dan Bencana Alam diwujudkan, disamping
kementerian-kemerian lain yang perlu dikekalkan. Ini hanya secara ringkas
sahaja.
c.
Setiap
Kementerian ada 3 Timbalan Menteri dan 3 Setiausaha Parlimen (jawatan ini akan
diwujudkan semula), sekurang-kurangnya boleh melatih mana-mana Ahli Parlimen di
mana-mana Kementerian. Jawatan 2 Timbalan Menteri Besar akan diwujudkan bagi
setiap negeri untuk meringankan tugas Menteri Besar dan juga untuk mengukuhkan
perjuangan parti. Bagi jawatan Exco Negeri, 20 / 25 jawatan Exco akan
diwujudkan untuk memantapkan lagi pentadbiran di peringkat negeri.
d.
Sebagai
Presiden UMNO dan PM, saya akan pastikan semua calon-calon yang akan dipilih
pada PRU-13 kelak hendaklah terdiri daripada mereka yang mampu membaca Al-Quran
dengan betul mengikut Hukum Tajwid atau yang sedang belajar mendalami ilmu
bacaan Al-Quran.
e.
Saya
juga akan mengambil lebih ramai para wartawan untuk menjadi calon pada PRU-13
kelak, dan melantik lebih ramai di kalangan wartawan memegang jawatan Menteri
atau Timbalan Menteri,
juga melantik lebih ramai para wartawan sebagai SENATOR. Mana-mana bekas
pegawai tinggi tentera dan polis juga pasti dipilih sebagai calon PRU-13 kelak,
disamping ahli akademik, pegawai daerah, pegawai tinggi kerajaan negeri seperti
Setiausaha Kerajaan atau Timbalan Setiausaha Kerajaan atau lain-lain akan
diberi peluang mana yang difikirkan munasabah.
f.
Mana-mana
calon yang sudah menjadi Ahli DUN atau Ahli Parlimen selama 2 penggal
berturut-turut, sama ada ia seorang Menteri atau Timbalan Menteri, atau Menteri
Besar atau Timbalan Menteri tidak akan dipilih lagi untuk menjadi calon.
Maknanya jawatan MB, atau Menteri, atau Timbalan Menteri, atau Exco hanya
dihadkan selama 2 penggal sahaja secara berturut-turut MELAINKAN Ahli DUN atau
Ahli Parlimen itu merupakan orang yang PINTAR. Begitu juga jawatan Tim. PM dan
jawatan PM hanya dihadkan untuk 2 penggal sahaja secara berturut-turut.
g.
Mana-mana
Ahli Parlimen atau Ahli DUN yang menang dengan majoriti 300 undi atau ke bawah
tidak akan dipilih semula kerana pengundi di kawasannya telah tidak memberi
kemenangan kepadanya secara mutlak. Ini menunjukkan pengaruhnya sudah
berkurangan. Mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli DUN tidak diboleh menukar
kawasan untuk bertanding.
h.
Mana-mana
Ahli Parlimen yang sentiasa mengambil bahagian dalam mana-mana perbahasan di
Parlimen, atau sentiasa mempertahankan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu
dan agama Islam, atau perkara-perkara lain berkaitan kepentingan rakyat dan
negara akan DIPILIH SEMULA untuk bertanding walau pun sudah menjadi Ahli
Parlimen selama 2 penggal / 3 penggal / 4 penggal / 5 penggal / 6 penggal / 7
penggal / sehingga mati. Contoh, Ahli-Ahli Parlimen yang sentiasa mengambil
bahagian dalam perbahasan ialah Ahli Parlimen P73 PASIR SALAK, Ahli Parlimen
P149 SRI GADING, Ahli Parlimen P187 KINABATANGAN, Ahli Parlimen P191 KALABAKAN,
Ahli Parlimen P3 ARAU dll.
i.
Mana-mana
calon yang pernah tewas (ditolak oleh rakyat) dalam mana-mana PRU atau PRK
tidak akan dipilih semula untuk selama-lamanya kerana untuk memberi peluang
kepada calon baru yang tidak pernah bertanding.
j.
Mana-mana
jawatan penting seperti Ketua di peringkat UMNO Bahagian dan UMNO Cawangan
seperti Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan, Tim. Ketua Bahagian dan Tim. Ketua
Cawangan, Naib Ketua Bahagian dan Naib Ketua Cawangan, Setiausaha Bahagian dan
Setiausaha Cawangan, begitu juga di sayap Pemuda UMNO, sayap Wanita UMNO dan
sayap Puteri UMNO hanya boleh memegang jawatan untuk 1 penggal sahaja, maknanya
tidak boleh pegang selama 2 penggal berturut-turut. Selepas tidak memegang
apa-apa jawatan selama 1 penggal, maka ahli itu layak bertanding semula dan
begitulah seterusnya. Hanya dengan cara ini sahajalah akan mengekalkan
perpaduan di kalangan ahli, dan pastilah akan dapat menghapuskan gejala buruk
seperti cantas-mencanas, atau cah keting, atau mensabotaj
parti dalam mana-mana pilihan raya sama ada pada PRU atau PRK.
k.
Semua
ahli UMNO dan isteri mereka, sayap Wanita dan sayap Puteri hendaklah menutup
aurat yang betul semasa menghadiri mana-mana majlis atau perjumpaan, atau
mana-mana mesyuarat parti, atau mana-mana perhimpunan parti atau lain-lain.
Jika ingkar, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan displin yang boleh
menyebabkan terlucut secara automatik jawatan yang dipegang dalam parti UMNO.
l.
Saya
juga akan pastikan dengan memberi bantuan kewangan setiap tahun mengikut
kemampuan Kerajaan Persekutuan kepada mana-mana Sekolah Agama Rakyat di seluruh
negara sama ada sekolah-sekolah tersebut berdaftar dengan Kerajaan Persekutuan
atau tidak, itu tidak penting, yang penting ialah memberi bantuan. Bantuan
biasiswa bulanan sebanyak RM50 / RM100 akan diberi kepada semua pelajar
miskin, atau pelajar “anak yatim” atau pelajar “anak yatim piatu”
atau pelajar anak kematian ibu tanpa syarat yang belajar di Sekolah
Agama Rakyat. Sebagai Ketua Kerajaan BN di peringkat Kerajaan Pusat, saya wajib
menjaga kebajikan mereka.
m. Saya akan pastikan semua
GURU-GURU dijaga kebajikan mereka 100%. Saya tidak mahu mendengar guru-guru ada
masalah berkaitan PENEMPATAN GURU DI LOKASI-LOKASI yang boleh membawa kepada
masalah kehidupan guru seharian. Jika guru bermasalah, bagaimana guru boleh
mengajar anak bangsa dengan baik dan sempurna?. Satu keadah baru akan dirangka
sendiri oleh saya yang mana pendekatan tersebut belum lagi diamalkan. Saya mahu
guru-guru mengajar di lokasi yang dipilih oleh mereka, dan melayani permohonan
pertukaran mereka tanpa banyak kerenah. Hari-hari kita dengar keluhan guru
berkaitan kebajikan mereka diabaikan oleh pihak pengurusan guru sama ada di
Kementerian Pelajaran, atau di Jabatan Pelajaran Negeri, atau pun di Pejabat
Pelajaran Daerah. SAYA MAHU GURU-GURU DILAYAN DENGAN BAIK kerana tugas
mereka adalah berat dan suci. Jika semua guru-guru mogok, pastilah generasi di
awal usia tidak akan menjadi sebaik-baik manusia. Saya akan lantik 7 orang Setiausaha
Politik Khas (Hal Ehwal Guru) bagi menjaga kepentingan mereka. Seorang
daripadanya akan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik. Tanggungjawab
Setiausaha Politik tersebut akan di bahagi-bahagikan mengikut zon iaitu zon
Sabah, zon Sarawak, zon Timur Semenanjung, zon Selatan Semenanjung, zon Tengah
Semenanjung dan zon Utara Semenanjung. Ini hanya secara ringkas sahaja
.
n.
Semua
penjawat awam dan staf badan-badan berkanun yang beragama Islam disyaratkan
boleh membaca Al-Quran dengan betul mengikut HUKUM TAJWID bagi memboleh mereka
dinaikkan pangkat. Bacaan HAFS ASIM. Tidak ada siapa yang dikecualikan
sama ada KSN, atau KP JPA, atau mana-mana KSU hinggalah ke peringkat yang
paling rendah.
o.
Saya
juga akan memastikan YAYASAN AL-QURAN, PENDIDIKAN DAN EKONOMI MELAYU yang saya
siapkan kertas cadangan penubuhan itu DITUBUHKAN SEGERA. Kertas cadangan
bertarikh 1 Jan 2010 (RANCANGAN 100 TAHUN (2009-2108) MEMPERKASA DAN
MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU MELALUI AL-QURAN, PENDIDIKAN DAN EKNOMI MELAYU)
telah dihantar kepada DYMM Tuanku Yang di Pertuan Agong, semua Raja-Raja
Melayu, semua Tengku Mahkota / Raja Muda, semua Ahli Parlimen UMNO (termasuk
PM, TPM, Menteri-Menteri, semua MB, KM Melaka, KM Sabah, KM Sarawak, Exco-Exco
semua Kerajaan Negeri, 5 ADUN setiap negeri), Ahli Akademik dll. Saya akan
pastikan ia berjalan mengikut jadual sebagaimana apa yang dituliskan di kertas
cadangan itu. Sehingga ini pun saya tidak tahu apa nasibnya ke atas kertas
cadangan itu. Saya rasa kertas cadangan itu sudah BASI, mungkin tidak di baca
oleh PM, atau TPM atau Menteri-Menteri lain.
p.
Saya
sebagai PM akan pastikan jawatan KETUA SETIAUSAHA NEGARA tidak dimonopoli oleh
Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sahaja. Ia hendaklah dibuka kepada semua
perkhidmatan seperti ATM, PDRM, Perkhidmatan Perguruan, Perkhidmatan Perubatan,
Wartawan (Setiausaha Akhbar / KP atau TKP Jabatan Penerangan / Ketua Pengarang
atau Tim. Ketua Pengarang BERNAMA), KP atau TKP BTN, Ahli Akademik (Pensyarah Universiti),
KP atau TKP Kastam, Ahli Politik dan PTD. 5 Jawatan TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA
akan diwujudkan.
44. Panjangnya huraian
saudara Airborne. Soalan akhir wahai saudara Airborne: Boleh saudara Airborne
terangkan butir-butir peribadi saudara Airborne. Airborne tu apa ? Apa
profesion saudara Airborne sebelum ini dan ketika ini. Saya dapat tahu dari
kawan-kawan bahawa saudara Airborne ni suka menulis dan pernah tersiar dalam
akhbar Utusan Malaysia. Saya juga dapat tahu bahawa saudara ini banyak menulis
dan membuat sesuatu cadangan kepada kerajaan. Juga saya dapat tahu bahawa
saudara Airborne ini suka memberi pandangan di Bernama Tv dalam
rancangan Helo Malaysia. Baiklah, minta saudara Airborne huraikanlah
seberapa banyak yang boleh.
Jawapan:
a.
Baiklah,
sebelum saya jawap soalan saudara ini, izinkan saya menceritakan sikit
sebab-sebab saya guna perkataan “airborne”. Saya banyak menulis mengenai
peperangan, jika saya tidak gunakan perkataan “airborne” itu, sudah tentulah
para pembaca tidak tahu latar belakang saya sebagai bekas tentera ATM dan lulus
Kursus Asas Payung Terjun. Dibimbangi para pembaca akan berkata, alaaaaaaahhh,
cerita je hal perang, abuk pun tarak.
b.
Sekarang
para pembaca pun sudah tahu siapa saya sebenarnya. Butir-butir peribadi tidak
boleh diterangkan secara detail, itu rahsia. Apa yang boleh saya ceritakan di
sini ialah saya rasa saya ni anak tunggal, maknanya tidak ada abang dan tidak
ada adik. Saya juga tidak tahu sama ada saya ni anak angkat yang dipelihara
oleh ibu angkat atau dipelihara oleh ibu sendiri. Ibu dan bapa sudah meninggal.
Sampai sekarang pun saya tak tahu saya ini anak siapa. Kenyataan dalam Sijil Surat Beranak tidak boleh pakai.
Namun saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t., jikalah benar itu ibu dan bapa
aku; Ya Allah, berilah keampunan dan rahmatMU kepada mereka berdua kerana telah
memelihara aku sejak kecil hinggalah besar, DAN, jika mereka berdua itu bukan
ibu dan bukan bapa aku yang sebenarnya; Ya Allah, berikanlah juga keampunan dan
rahmatMU kepada mereka berdua kerana telah memelihara aku sejak kecil hinggalah
besar. Saya masih bujang, tidak ada rumah sendiri. Tinggal di rumah sewa
sahaja. Saya tetap bersyukur kepada Allah s.w.t. apa yang dikurniakan olehNYA
kepada saya selama ini.
c.
Airborne
ialah tentera yang lulus dalam Kursus Asas Payung Terjun. Saya bekas tentera
(Angkatan Tentera Malaysia). Saya lulus dalam Kursus Asas Payung Terjun di
pusat latihan komando iaitu di Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK), Kem
Komando di Sungai Udang, Melaka pada tahun 1979, dan saya menerima Sayap Penerjunan daripada Kolonel Borhan, Komandan PLPK
semasa itu (Bekas Panglima ATM) pada majlis ringkas tamat latihan penerjunan di
Kem Kluang, Johor. Mejar Aziz Sulong, Pegawai Memerintah Cawangan Payung Terjun
PLPK (adik kepada Qariah Tilawah Peringkat Antarabangsa, Hajah Rogayah Sulong –
Terengganu) adalah kawan baik saya, begitu juga Staff Sarjan Mat Log (nama
glamour) juga adalah kawan baik saya.
d.
Saya
pernah berkhimat di beberapa kem tentera di Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak,
Kementerian Pertahanan, Markas 5 Brigde Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Saya juga
pernah berkhidmat di RASCOM (Rejang Area Security Command) di Sibu, Sarawak.
e.
Memang
saya suka menulis. Antara penulisan saya yang dikatakan hebat ialah penulisan
surat cadangan (bertarikh 1 Jan 2010 setebal 57 mukasurat A4) penubuhan Yayasan
Al-Quran, Pendidikan dan Ekonomi Melayu yang di alamatkan kepada Raja-Raja
Melayu, Raja-Raja Muda, Tengku Mahkota, PM, TPM, Menteri-Menteri Kabinet,
Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Tim-Tim. Menteri, Exco-Exco
Kerajaan Negeri, semua ahli Parlimen bangsa Melayu, sebahagian Ahli DUN seluruh
negara, Setiausaha-Setiausaha Politik, Pensyarah-Pensyarah Universiti,
Persatuan NGO Melayu dan Islam dan lain-lain. Saya percaya PM atau TPM atau
Menteri-Menteri tidak baca surat ini, namun saya sangat gembira kerana lebih
daripada 10 perkara yang dicadangkan dalam kertas cadangan itu sudah pun dilaksanakan
oleh Kerajaan Pusat (rujuk soalan No. 20
dan jawapannya).
f.
Saya
juga penulis kepada surat cadangan (bertarikh 13 November 2009 setebal 59
mukasurat A4) Bantuan Kepada Bekas Anggota Tentera Malaysia.
g.
Saya
juga penulis kepada surat cadangan (bertarikh 26 Oktober 2011 setebal 46
mukasurat A4) Memaju dan Membela Veteran Tentera (ATM).
h.
Ya,
saya sentiasa mengikuti siaran secara langsung rancangan Helo Malaysia di
Bernama Tv jam 10 malam dan saya sentiasa membuat panggilan dan memberi
pandangan saya. Satu ketika dahulu di tahun 2009 pandangan saya telah meletup
dan siaran ulangannya terpaksa diganti dengan yang lain kerana dikatakan
menyentuh sensiviti kaum-kaum lain di negara ini. Ia menjadi kecoh. Niat saya
hanya untuk mempertahankan Melayu sahaja. Sejak itu saya pun kurang membuat
panggilan berkaitan politik, tetapi lebih kepada pandangan ke arah
memartabatkan agama Islam sahaja.
HARI INI 4 JUN 2012, TARIKH
LAHIR SAYA.
PADA HARI INI JUGA SAYA
TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN
UNTUK BERSARA DARIPADA
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
MELAINKAN HANYA UNTUK MEMBERI
TUMPUAN
SEPENUHNYA KEPADA
ITU
SATU SAHAJA.
SUDAH BANYAK SAYA MENULIS.
SUDAH BANYAK SAYA BERCAKAP
HAL-HAL POLITIK.
SUDAH BANYAK SAYA BERCAKAP
HAL-HAL EKONOMI MELAYU.
MUNGKIN CAKAP SAYA INI SUDAH
TIDAK
LAKU LAGI.
SAYA JUGA TIDAK AKAN
MENGUNDI PADA
PRU-13
INI ATAU MANA-MANA
PRU-PRK
LAIN SELEPAS INI.
SAYA TIDAK MAHU CAMPOR LAGI
APA-APA URUSAN LAIN KERANA
SAYA BUKAN AHLI POLITIK.
MASALAH POLITIK,
BIARLAH ORANG POLITIK SAHAJA
SELESAIKAN.
SAYA SENTIASA BERDOA KEPADA
ALLAH S.W.T.,
DENGAN PENUH HARAPAN SEMOGA
NEGARA INI AMAN DAMAI. SAYA BENAR-BENAR BERHARAP JIKA SAYA MATI,
BIARLAH SAYA MATI DI
MADINAH
DAN DIKEBUMIKAN JUGA DI
MADINAH.
INILAH SATU-SATUNYA
PERMINTAAN SAYA
YANG MAHA AGUNG KEPADA
ALLAH
S.W.T., TUHAN PENCIPTA ALAM
DAN
MEMILIKI SEGALA-GALANYA.
~~~ Airborne
~~~
Serangan ketenteraan atau
pencerobohan mana-mana negara
ke atas negara kami ini
pasti akan
mendapat tentangan hebat
daripada
tentera payung terjun (airborne)
ATM,
kata-kata bisikan ringkas
MEJAR AZIZ SULONG
Pegawai Pemerintah
Cawangan Payung Terjun
Pusat Latihan Peperanan Khas
(PLPK)
Kem Komando Sungai Udang,
Melaka
semasa majlis tamat latihan
penerujunan dan menerima
Sayap
Penerjunan
yang diadakan di Kem Kluang,
Johor
pada tahun
1979
Saudara Airborne, maaf ya, ini ada satu lagi
soalan ya, tadi saya terlupa nak tanya, soalan terakhir, tak takut ke? saudara
Airborne terjun dari perut kapalterbang menggunakan payung terjun? Huraikan sikit
saudara Airborne?
Jawapan:
a.
Mana
tak takut. Memang sangat takut, sangat menakutkan. Demi untuk negara, terpaksa
hadapinya. Seminggu sebelum tiba tarikh penerjunan, saya kuat beribadat semoga
Allah selamatkan saya. Saya seolah-olah nampak siapa di kalangan keluarga saya
yang akan memikul jenazah ke kubur di kampung halaman saya jika saya mati
semasa penerjunan itu. Di pagi hari penerjunan sebenar, saya ada melihat
cermin, muka saya yang hitam metalik telah bertukar menjadi putih kerana pucat.
Namun semangat juang sebagai anggota tentera, saya terpaksa hadapi semuanya
itu.
b.
Semasa
naik ke atas kapalterbang untuk melakukan penerjunan pertama, saya tidak fikir
yang lain, hanya fikir jika payung tidak kembang atau ada kemalangan lain
semasa penerjunan, habislah riwayat saya dan berpisahlah saya dengan ibu saya
serta adik beradik lain.
c.
Semasa
berdiri untuk melakukan penerjunan, saya tidak ingat yang lain, hanya terbayang
mati sahaja, dan sentiasa membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Saya orang ke 3 yang
akan terjun. Apabila orang pertama terjun ditolak oleh jurulatih, terus hilang,
saya menjadi lebih takut. Apabila orang kedua terjun juga secara ditolak,
perasaan saya lagi takut. Apabila tiba giliran saya, saya terlupa nak baca
Basmallah (Bismillah), sedar-sedar payung terjun saya telah kembang dengan baik
dan air mata gembira telah membasahi kedua-dua pipi saya tanda syukur kepada
Allah. Saya sangat bersyukur kepada Allah semasa saya masih lagi di udara. Saya
selamat mendarat. Akhirnya saya berjaya dalam kursus tersebut dan menerima
Sayap Penerjunan daripada Kol. Borhan Ahmad, Komandan, Pusat Latihan Peperangan
Khas (PLPK), Kem Komando Sungai Udang, Melaka. Jawatan akhir Kol. Borhan dalam
ATM ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia berpangkat Jeneral dan bergelar
Tan Sri).
d.
Semasa
dalam perkhidmatan saya dalam ATM dulu, Kerajaan Persekutuan ialah Kerajaan BN.
Jadi, atas sebab-sebab itulah, saya harap negara ini terus aman sejahtera di
bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO.
e.
Sebenarnya saya telah mengikuti
perkembangan politik tanahair sejak tahun 1974 (satu sembilan tujuh empat) lagi
hinggalah ke hari ini.
Saya masih ingat, pada tahun 1974 seorang wartawan ada menulis dalam akhbar
(Utusan Malaysia / Berita Harian) tentang Mahathir Mohamad (bekas PM Tun
Mahathir) sebagai pejuang Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dalam tulisan itu,
wartawan tersebut ada berkata hanya Mahathir sahaja yang lebih layak menjadi
Menteri Pelajaran. Tulisan wartawan itu telah menjadi kenyataan, dan Mahathir
telah dipilih dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran oleh Tun Razak selepas
PRU-4 (1974) itu. Maknanya, wartawan adalah manusia pintar atau
berintegriti, cadangan wartawan itu diterima oleh Tun Razak, inilah hebatnya
profesion kewartawanan.
f.
Saudara,
sebagai tambahan kepada jawapan di soalan 43 saudara itu, saya akan mengambil lebih
ramai wartawan sebagai calon PRU-13, jika menang akan dilantik pula sebagai
Menteri, atau Timbalan Menteri, atau Setiausaha Parlimen di kebanyakan
Kementerian, dan juga melantik lebih ramai wartawan sebagai Senator dan
seterusnya melantik juga mereka sebagai Menteri, atau Timbalan Menteri, atau
pun Setiausaha Parlimen.
g. Dan sebagai tambahan lagi
kepada jawapan di soalan 43 saudara itu, saya akan membuat sesuatu kemajuan dan
kehebatan kepada akhbar Utusan Malaysia. Dianggarkan UMNO mempunyai lebihkurang
30,000 (tiga puluh ribu) Cawangan UMNO di seluruh negara. Saya akan pastikan
Ketua Cawangan UMNO, Tim. Ketua Cawangan UMNO, Naib Ketua Cawangan UMNO,
Setiausaha Cawangan UMNO (4 orang), sayap Wanita Cawangan UMNO (4 orang), sayap
Pemuda Cawangan UMNO (4 orang) dan sayap Puteri Cawangan UMNO (4 orang)
dikehendaki membeli dan membaca akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari
termasuk Mingguan Malaysia. Maknanya, setiap cawangan sebanyak 16 pemimpin di
peringkat Cawangan UMNO akan membeli akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari.
Ini bermakna 16 x 30,000 (tiga puluh ribu) = 480,000. Maknanya 480,000 naskah
Utusan Malaysia akan dibeli pada setiap hari oleh pemimpin UMNO di peringkat
Cawangan UMNO (peringkat akar), tidak termasuk di peringkat UMNO Bahagian, atau
di peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri. Dengan langkah ini akhbar Utusan
Malaysia akan terus hidup dengan gagah. Di masa yang sama, akhbar Utusan
Malaysia mampu memainkan peranan untuk mempertahankan Hak-Hak Keistimewaan
Orang-Orang Melayu dan agama Islam di negara ini yang sentiasa diancam oleh
pihak-pihak tertentu. Saya akan pastikan akhbar Utusan Malaysia ada permintaan
sebanyak 1 (satu) juta naskah pada setiap hari. Semua Jabatan Kerajaan,
Badan-Badan Berkanun, GLC, Kem Tentera, Balai Polis, Universiti, Sekolah,
Pejabat Daerah dll. membeli akhbar ini pada setiap hari.
h.
Pemikiran
pemimpin UMNO hendaklah berjalan secara pantas dan tidak boleh bergerak
perlahan seperti air sungai yang mengalir ke laut. Mana-mana KAKI BODEK yang
suka KIPAS BOSS akan dikesan dan disingkirkan. Saya memerlukan ahli UMNO yang
berintegriti walau pun jumlahnya sedikit. Insya’Allah, Allah s.w.t. akan
memberi kemenangan kepada saya seperti PEPERANGAN BADAR di mana jumlah tentera
Islam hanya kecil sahaja berbanding jumlah tentera kafir yang jumlahnya sangat
besar. Insya’Allah. Insya’Allah. Insya’Allah.
i.
Akhir
sekali saya nak beritahu saudara, saya menulis di surat ini adalah secara
ikhlas, dan bukan bermaknanya saya ingin membela UMNO seratus peratus (100%).
Saya pun bukan suka sangat kepada UMNO itu, tetapi saya LEBIH TAK SUKA kepada
PAS kerana tutur kata Nik Aziz sejak sekian lama sentiasa bercanggah dengan
Al-Quran. JIKA NAK TAHU, BACALAH SURAT YANG SAYA TULIS INI HINGGA KE SURAT
AKHIR IAITU SURAT NO. 32.
j. Satu daripada berpuluh-puluh
sebab mengapa saya tidak suka kepada UMNO ialah apabila buka Tv1, banyak
rancangan berjoget, menyanyi dan hiburan-hiburan lain sejak sekian lama
(berpuluh tahun) hingga boleh menyumbang kepada kelalaian dan kerosakkan kepada
generasi muda. Berjoget, menyanyi dan hiburan-hiburan lain sepatutnya
dipindahkan ke saluran Tv2. Atas kertas Tv1 ialah SALURAN INFORMASI tetapi
penuh dengan hiburan seolah-olah ajaran Islam itu tidak dapat masuk ke dalam
kepala Menteri yang bertanggungjawab kepada Tv1 dan Tv2 itu. Hiburan yang sama
pun telah masuk ke saluran Tv Hijrah. Tak tahulah apa nak jadi.
SURAT NO. 5
Terdapat di kalangan orang-orang Melayu
gemar membaca Al-Quran, ada yang gemar membaca novel, ada yang gemar membaca
berita perkembangan politik semasa tanahair dan berbagai lagi.
Di bawah ialah pesanan yang telah
menjadi wasiat kekal Theodor Herzl
kepada bangsa Yahudi yang perlu kita ketahui demi untuk mengukuhkan politik
orang-orang Melayu.
Dulu, bangsa Yahudi tidak ada negara dan
hidup merempat di serata tempat di seluruh dunia. Ringkas, maka muncullah
seorang manusia pintar bangsa Yahudi bernama Theodor Herzl (TH) yang
bercita-cita besar untuk menebuskan maruah bangsanya yang sentiasa ditindas di
mana mereka berada.
TH ialah seorang peguam dan wartawan di Perancis berasal dari negara
Austria bercita-cita tinggi bagi penubuhan kekal negara Yahudi di bumi
Palestin. TH berjaya mengumpulkan semua wakil-wakil daripada semua pertubuhan
kecil dan pertubuhan besar Yahudi di seluruh dunia bagi membincangkan idea tersebut di persidangan Kongres Pertama
Yahudi di Basel, Switzerland pada 27hb. hingga 29hb. Ogos 1897 iaitu 115 tahun
yang lalu.
Pada mulanya idea tersebut dianggap “idea kosong” yang pasti tidak akan
berjaya kerana Kerajaan Islam yang menguasai bumi Palestin semasa itu sangat
kuat dan tidak boleh dicabar atau digugat oleh mana-mana kuasa.
Namun, TH tidak peduli itu semua, dan
dipersidangan yang penuh emosi itu TH dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh
telah menyusun sepatah demi sepatah kata-kata semangatnya, akhirnya beliau
mendapat tepukan gemuruh berterusan selama 1 jam 55 minit 10 saat, dan tepukan
gemuruh itu diminta dihentikan bagi membolehkan TH meneruskan ucapannya.
Ringkas, pesanannya itu yang kini
menjadi wasiat kekal bangsa Yahudi
ialah:
Jika
kita ingin berjaya sesuatu yang kita rasa adalah mustahil untuk dicapai, maka
kita hendaklah sentiasa mempunyai cara berfikiran yang berlainan daripada
manusia-manusia lain. Cara berfikiran yang berlainan itu hendaklah (bukan
harus) sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. Jika kita masih
menggunakan cara berfikiran yang sama, maka kita akan menjadi lebih hina
daripada apa yang kita rasai pada hari ini dan sebelum ini. Kita hendaklah menyusun
langkah yang berani tanpa mengisytiharkan nama-nama musuh sebelum kita menang.
Hari ini dan sejak sekian lama, bangsa
Yahudi sentiasa menganggap dan mengiktiraf setiap Ahli Politik Bangsa Yahudi di negaranya (Israel) atau di
negara-negara lain sebagai manusia pintar, dan dengan sebab-sebab itulah semua
bangsa Yahudi sentiasa merayu kepada bangsanya yang kurang pintar supaya tidak
terlibat dalam politik, kerana dibimbangi kekuatan negaranya akan menjadi lemah
pada masa itu dan seterusnya melalui hari-hari yang bernama esok.
Mereka (bangsa Yahudi) sentiasa sedar
dan tidak pernah lalai dalam mempertahankan kedaulatan negara mereka. Mereka
sentiasa berpendapat jika ahli politik mereka kurang pintar, pastilah negara
mereka akan menjadi lemah dan hilang daripada peta dunia kerana negara mereka
dikelilingi negara-negara Arab yang sentiasa memusuhi mereka, dan bangsanya
berkemungkinan kembali sengsara serta merempat di merata dunia seperti sebelum
ini yang dialami oleh datuk nenek moyang mereka jika langkah-langkah tertentu
untuk mempertahankan negara mereka kurang diambil perhatian.
Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain
dan juga pemimpin-pemimpin UMNO perlu baca tulisan ini berkali-kali untuk
menjadi pengajaran berguna demi kekuatan bangsa dan Islam.
Negara sedang menuju status negara maju
menjelang tahun 2020. Dengan sebab itu UMNO perlu meletakan calon-calon pintar
yang berkebolehan pada PRU-13 kelak sama ada di Kerusi Parlimen atau Kerusi DUN
bagi melawan calon-calon PAS yang kurang pintar dan hanya mempunyai kelulusan
di bidang agama sahaja.
Politik merangkumi semua bidang dan
semua bidang itu perlu diisi dengan sempurna tanpa pilih kasih. UMNO sewajarnya
membuka peluang kepada ahli akademik yang terdiri daripada profesion perguruan
atau pensyarah, peguam dan wartawan sebagai calon di Kerusi Parlimen atau
Kerusi DUN walau pun mereka itu bukan terdiri daripada ahli-ahli UMNO.
Profesion kewartawanan perlu diberi
keutamaan sebagai calon sama ada di Kerusi Parlimen, atau Kerusi DUN atau pun
lantikan sebagai Senator disamping ahli-ahli ekonomi lain, pegawai kanan
kerajaan, ahli perancang bandar, jurutera elektrik atau jurutera jentera,
jurutera pembinaan, doktor perubatan, bekas pegawai kanan tentera atau polis
disamping jurusan-jurusan lain yang difikir munasabah, dan tidak terhad kepada
Ketua UMNO Bahagian atau Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.
Pada PRU-12 (2008) yang lalu, terdapat
juga calon-calon UMNO terdiri daripada tukang perak (kraftangan) yang tiada
kelulusan tinggi, penghulu JPP atau lain-lain yang kurang pengalaman dalam
politik di peringkat negara. Disebabkan mereka mempunyai hubungan baik dengan
Ketua UMNO Bahagian, maka nama mereka terpilih. Akhirnya pengundi menolak
mereka dan memberi kemenangan kepada parti lawan. Jika amalan ini masih diamalkan,
perkara sama pasti akan berlaku dan pemimpin tertinggi UMNO hendaklah mengambil
perhatian serious peringatan ini.
Mana-mana calon yang sudah tewas
sebanyak 2 kali atau ke atas, tak perlu dicalonkan lagi. Dunia sudah berubah,
jika orang itu sudah kalah, UMNO perlu cari orang lain. Penduduk Melayu ramai,
takkanlah hendak pilih orang itu sahaja. Macamlah tiada ada orang lain lagi.
SURAT NO. 6
Hari ini dan sejak wafatnya Rasulullah
s.a.w., terdapat umat Baginda sangat berhati-hati dan berasa berat untuk
berhujah dengan orang-orang yang bergelar atau mengelarkan diri mereka sebagai
ulama walaupun ada perkara-perkara mungkar pada diri mereka yang perlu
diperbetulkan.
Ia tersekat secara automatik kerana
timbul rasa malu untuk berhujah dengan mereka yang terlalu berimej Islam walau
pun mereka itu jelas mengamalkan perkara-perkara kemungkaran.
Mengambil kira bahawa orang-orang Melayu
dalam UMNO mempunyai kuasa pemerintahan negara dan menerajui Kerajaan
Persekutuan sehingga kini, maka kita tiada pilihan lain melainkan perlu berani
untuk terus menyokong mengekalkan kuasa politik UMNO pada PRU-13 kelak.
Oleh itu orang-orang Melayu hendaklah
berusaha mengukuhkan sebuah sahaja parti politik orang-orang Melayu iaitu UMNO
dan menolak PAS, kerana sudah terbukti UMNO telah banyak berjasa kepada
orang-orang Melayu dan agama Islam di negara ini.
Sejak Parti Islam Se-Malaya atau
dikenali sebagai PAS ditubuhkan pada tahun 1951, ia tidak banyak memberi
manafaat kepada orang-orang Islam di negara ini khususnya bangsa Melayu yang
seratus peratus beragama Islam, bahkan ia sentiasa mengganggu-gugat perpaduan
sesama Islam dan mengkucar-kacirkan masyarakat Melayu berkaitan pegangan agama
di mana mereka sentiasa mempunyai fahaman yang berlawanan dengan Al-Quran atau
Hadis Nabi s.a.w.
Sejarah penubuhan PAS dan dasar
perjuangannya yang diumumkan kepada masyarakat Melayu sebelum ini sangat
panjang, dan penulis tidak berminat untuk mengupaskan satu persatu kerana ia
tidak membawa apa-apa makna. Bahkan Nik Aziz dan Haji Hadi sebelum ini sentiasa
melaung-laungkan bahawa Perlembagaan PAS ialah Al-Quran. Namun pengajaran
daripada Al-Quran diketepikan demi untuk kepentingan politik.
Penulis ingin mengupas beberapa
persoalan yang sangat mengelirukan pemikiran orang-orang Melayu pada hari ini
dan sejak sekian lama terutama yang jahil pemahaman kandungan Al-Quran sejajar
dengan tuntutan agama.
Dalam banyak sudut, perjuangan PAS
sebenarnya adalah bercanggah daripada apa yang tersebut dalam Al-Quran dan
Hadis Rasulullah s.a.w., dan ada yang terkeluar daripada ajaran Islam
berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Perkara ini ditimbulkan kerana sudah
banyak kali Nik Aziz bercakap mengarut dan ia sering kali telah dicabar oleh
beberapa ulama di luar PAS, namun Nik Aziz sendiri menolak cabaran tersebut
dengan berbagai alasan untuk mengelakkan dirinya terus dicabar.
Ini sangat berbeza pada awal tahun 1984
di mana seorang yang sangat terpengaruh ketika itu dan sedang menaiki anak
tangga ke atas dalam PAS iaitu Haji Hadi
dengan lantang mencabar kepimpinan UMNO untuk berdebat dengan PAS
mengenai Islam.
Disamping mempunyai pengiring
lebihkurang 100 orang di setiap ceramah PAS, beliau sangat lantang berhujah dan
sentiasa memandang rendah kepada pemimpin UMNO lain termasuklah kepada gurunya
sendiri iaitu Menteri Besar Terengganu (Wan Mokhtar) ketika itu.
Cabaran demi cabaran itu menjadi berpanjangan dan suasana negara ketika itu
menjadi semakin tegang ekoran daripada cabaran PAS itu.
Akhirnya tarikh perdebatan telah
ditetapkan dan keadaan orang-orang Melayu semasa itu bertambah tegang.
Memandangkan kepada keadaan negara bertambah tegang dan hampir-hampir tidak
dapat dikawal semasa itu, maka DYMM Yang di Pertuan Agong (Sultan Pahang)
semasa itu telah menggunakan kuasa pemerintahnya dengan membuat keputusan betul
dengan membatalkan perdebatan tersebut demi untuk kebaikan agama Islam dan
orang-orang Melayu keseluruhannya.
Titah perintah Tuanku semasa itu adalah
betul seratus peratus dan seluruh rakyat terutamanya orang-orang Melayu dan
orang-orang Islam lain ketika itu terus berterima kasih kepada Tuanku dengan
pembatalan pendebatan itu. Suasana sebenar tidak dapat saya bayangkan kerana
ketika itu saya berada di negara Jerman.
Hari ini orang-orang Melayu sudah
terlupa sejarah itu di mana Raja-Raja Melayu tetap menjadi payung kepada semua
rakyat negara ini dan peranan Tuanku itu patut dikenang selama-lamanya.
Pada masa itu keberanian PAS untuk
berdebat dengan UMNO sangat terserlah kerana pemimpin PAS beranggapan bahawa
pemimpin UMNO ketika itu merupakan orang bodoh dan tidak mempunyai pengetahuan
ilmu agama yang secukupnya untuk berdebat dengan mereka.
Hari ini sangat berbeza berbanding di
tahun 1984. Hari ini apabila terdapat ulama-ulama yang berada di luar PAS
mencabar Nik Aziz atau Presiden PAS Haji Hadi untuk berdebat, maka pemimpin PAS
itu menolak dengan alasan mereka yang mencabar PAS itu adalah “ulama kampung” atau ulama yang tidak
mempunyai kuasa dalam Kerajaan Persekutuan, dan yang sebenarnya ialah pemimpin
PAS itu sendiri yang terlalu takut untuk berdebat kerana telah banyak melanggar
titah perintah Allah seperti apa yang ada disebut dalam Al-Quran.
Sehubungan dengan itu apabila timbul
cabaran berdepat daripada Ustaz Abdullah Sa’amah (Pengasas Pondok Genting,
Tumpat. Kelantan) dan seorang Prof. Madya Mohd. Nor Deris daripada Pusat
Pengajian Islam di Nilam Puri, Kelantan iaitu veteran ulama UMNO yang ditujukan
kepada Nik Aziz dan Haji Hadi, maka pemimpin PAS itu kelihatan seperti cacing
kepanasan, penikus takut berhadapan. Inikah contoh terbaik yang ditunjukkan
oleh pemimpin tertinggi PAS yang melaung-laungkan perjuangan Islam?
Jika begini sudah takut, bagaimana pula
jika di satu hari nanti apabila menjadi Perdana Menteri mampu berdebat di
Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu?
Nik Aziz sebenarnya banyak memasang
perangkap dengan menggunakan perkataan-perkataan Islam, mengaitkan nama Allah
s.w.t., mengaitkan nama Rasulullah s.a.w., mengaitkan Ayat-ayat Al-Quran
semata-mata untuk memerangkap pemimpin UMNO yang dianggap jahil ilmu agama.
Namun perangkap yang dipasang itu
sebenarnya telah merangkap dirinya sendiri. Apa tidaknya, kata Nik Aziz boleh
berkawan dengan syaitan jika syaitan itu ingin membantu kita menubuhkan negara
Islam? Syaitan mana? Allah dah larang kita daripada mendekati syaitan (rujuk
Surah Faatir Ayat 6).
Nik Aziz juga ada berkata bahawa Allah
pun mencarut kerana hendak membela sebuah buku bertajuk “shit” tulisan seorang penyokong PAS ketika itu. Allah juga
dikatakan oleh Nik Aziz sebagai samseng. Nik Aziz kata tidak salah tunjukan
kemaluan lelaki kepada Puteri UMNO di PRK DUN Kedah pada suatu ketika dahulu
hingga menjadi kes mahkamah.
Nik Aziz kata pada PRU-10 (1999)
malaikat turun dari langit untuk mengundi PAS di Terengganu hingga PAS berjaya
menubuhkan Kerajaan Negeri di Terengganu. Peliknya pada PRU-11 (2004) Nik Aziz
kata lain pula, dikatakan UMNO telah membawa pengundi “hantu” dari Kuala Lumpur
menaiki 100 buah bas untuk mengundi UMNO di Terengganu hingga PAS hilang kuasa
di Terengganu. Mana perginya malaikat di tahun 1999 itu?
Inilah bentuk-bentuk pembohongan Nik
Aziz dalam politik yang perlu ditolak oleh semua orang-orang Melayu di negara
ini.
Nik Aziz hendaklah sedar bahawa cabaran
yang dibuat oleh Pengasas Pondok Genting dan seorang Prof. Madya tersebut
adalah semata-mata untuk membongkarkan penyelewengan fahaman salah yang dibawa
oleh Nik Aziz yang mendapat pendidikan agama di sebuah negara Islam yang
sentiasa berperang sesama sendiri.
Nik Aziz yang dinobatkan oleh penyokong
PAS sejak sekian lama sebagai ulama agung yang boleh menguasai lebih 15 bahasa
sepatutnyah terima cabaran itu. Nik Aziz sebenarnya takut menghadapi cabaran
itu kerana dibimbangi akan terjejas pengaruhnya dalam PAS yang dipimpinnya.
Hari ini ramai anak-anak Kelantan
mempunyai ilmu agama melebihi daripada apa yang ada pada Nik Aziz tetapi mereka
sentiasa menyembunyikan kerana dibimbangi akan menjadi riak jika tidak dikawal kerana riak boleh menghapuskan semua amalan
baik dan semua pahala ibadat selama ini.
Ramai juga anak-anak Kelantan
dianugerahkan Allah dengan mampu menghafal Al-Quran 30 juzuk dan bergelar
Al-Hafiz. Manakala Nik Aziz tidak dianugerahkan Allah seperti itu dan Nik Aziz
bukanlah manusia bergelar Al-Hafiz. Nik Aziz hanya bergelar gelaran yang jauh
lebih rendah daripada Al-Hafiz iaitu gelaran tuan guru atau tok guru sahaja di
kalangan rakyat Kelantan yang jahil ilmu Al-Quran.
SURAT NO. 9
SURAT NO.7
Apabila Nik Aziz dan pemimpin tertinggi
PAS lain berucap, ia lebih kepada merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh
ulama-ulama tertentu yang tidak pasti kesahihannya berpandukan kepada Al-Quran
dan Hadis Rasulullah s.a.w. Contohnya, akan masuk syurga seseorang itu apabila
memberi makanan “sekeping roti” kepada seekor anjing, dan masuk syurgalah seseorang
itu jika “mengundi PAS” untuk menubuhkan negara Islam dalam mana-mana Pilihan
Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK).
Ringkas, penulis ingin bertanya Nik
Aziz, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS, masuk syurgakah semua penduduk Islam di negara Arab Saudi kerana negara
ini adalah negara Islam?
Kenyataan “masuk syurga” oleh Nik Aziz
dan pemimpin PAS lain seperti di atas sebenarnya kenyataan yang tidak berakhlak
dan terkeluar daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Kenyataan sedemikian rupa adalah
bertujuan memesongkan pemikiran orang-orang Islam yang jahil ilmu agama
semata-mata untuk kepentingan politik PAS yang dipimpinnya. Ia lebih kepada
memenuhi mengikut kemahuan nafsu selera
syaitan yang ada pada pemimpinnya sahaja tanpa memikirkan nasib masa
depan anak bangsa yang beragama Islam. Kenyataan seperti itu sebenarnya boleh
merosakkan dari segi kepercayaan atau akidah seseorang itu.
Perkara pertama penulis ingin mengajak
para pembaca merenongi sejenak ialah
sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah dari Mekah. Baginda
pernah berkata bahawa segala amal adalah bermula dengan niat, dan setiap
seseorang itu akan mendapat balasan menurut apa yang diniatkannya.
Sehubungan dengan itu Baginda berkata
lagi bahawa jika maksud niat seseorang itu yang berhijrah bersamanya ke Madinah
demi untuk agama Islam, maka pahalanya itu pastilah mendapat ganjaran yang
sesuai dengan niat orang yang melakukan hijrah itu.
Ringkas, Rasulullah s.a.w. ialah Rasul
terakhir pilihan Allah s.w.t., dan Baginda tidak pernah pun berjanji kepada
semua pengikutnya yang berhijrah bersama Baginda ke Madinah akan masuk syurga
sebagaimana janji Nik Aziz kepada semua pengundi yang mengundi PAS dalam
mana-mana PRU atau PRK sebelum ini.
Adalah tidak mungkin syurga Allah kelak
dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin PAS atau penceramah-penceramah PAS yang suka memaki
hamun orang, atau ahli-ahli PAS atau pengundi-pengundi yang mengundi PAS.
Sebagai orang Islam, kita tidak boleh
walau sedikit pun taksub kepada Nik Aziz atau kepada sesiapa pun. Manusia
sebenarnya tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Manusia yang waras
ialah manusia yang sentiasa berhati-hati dalam seluruh kehidupannya kerana
peluang hidup di dunia ini hanyalah diberi Allah sekali sahaja.
Apabila berada di alam kubur semua
kesilapan atau kesalahan tidak dapat ditebus kembali atau boleh kembali semula
ke dunia ini. Nik Aziz bukanlah seorang pendakwah, dia hanyalah seorang ahli
politik yang jijik bertopengkan atas nama Islam.
Adalah menjadi tidak salah jika kita
taksub kepada Rasulullah s.a.w., Al-Quran dan As-Sunnah dan itulah
sebaik-baiknya sebagai orang Islam.
Nik Aziz berkata kerjasama PAS dengan
DAP dibenarkan oleh Islam seperti mana kerjasama Rasulullah dengan orang
Yahudi. Sebenarnya kerjasama Baginda dengan orang Yahudi hanya terhad kepada
perniagaan atau dalam memberi bantuan kemanusiaan sahaja.
Baginda tidak pernah berkerjasama dengan
Abi Talib (bapa saudaranya) dalam dakwah, namun Abi Talib sentiasa memberi
kerjasama dan perlindungan kepada Baginda. Itu sahaja dan janganlah hendak
kaitkan kerjasama PAS dengan DAP sama seperti kerjasama di antara bapa saudara
Baginda itu dengan Baginda.
Abi Talib tidak pernah mempertikaikan
anak saudaranya (Baginda) itu dalam menyebarkan dakwah Islam. Tetapi sangat
berbeza di antara kerjasama PAS dengan DAP. DAP sentiasa memberi amaran kepada
PAS, itu kamu boleh buat, ini kamu tidak boleh buat (langkah mayat aku dahulu.
Jelas lagi bersuluh.
Sehubungan dengan itu, cuba kita
merenongi di saat-saat kematian bapa saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Abi Talib.
Ringkas, umum tahu bahawa Abi Talib mati bukan dalam Islam dan sesungguhnya
beliau gagal di sisi Allah s.w.t., dan Rasulullah s.a.w. amat sedih sekali
kerana mengingati kembali jasa-jasa atau pengorbanan-pengorbanan besar serta
keselamatan-keselamatan, atau perlindungan-perlindungan lain yang diberikan
kepada Baginda semasa bapa saudaranya itu masih hidup.
Ringkas, semasa Abi Talib masih hidup,
tidak sesiapa pun berani mengganggu gugat semasa Rasulullah berada di depannya.
Jasa-jasa Abi Talib sangat besar dan tidak boleh dihitung dengan nilaian wang
ringgit. Bukan setakat itu bahkan Abi Talib tetap menunjukkan kasih-sayangnya
yang tinggi dan tidak berbelah bagi kepada anak saudaranya itu (Baginda).
Namun, Abi Talib meninggal dunia dalam
keadaan gagal di sisi Allah. Rasulullah s.a.w. ada berkata, aku akan terus
beristighfar untuk kau (bapa saudaraku) sehingga aku diperintahkan berhenti
berbuat sesuatu untuk kau oleh Allah s.w.t., dan di masa itu turunlah wahyu
Allah (Ayat Al-Quran):
Surah Taubah Ayat 113
bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi
dan orang-orang yang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun
orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang
musyrik itu adalah ahli neraka.
(maknanya ada larangan tegas daripada
Allah s.w.t. supaya tidak meminta sesuatu keampunan bagi orang-orang musyrik
itu walaupun mereka itu dari kaum kerabat sendiri). Baginda terus bersedih dan
turun lagi wahyu Allah (Ayat Al-Quran):
Surah Al-Qasas Ayat 56
bermaksud: Sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau
kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi
hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya), dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada
persediaan) untuk mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam).
(Maknanya orang-orang yang berdegil
dalam kekufurannya, engkau tidak dapat memimpinnya ke jalan Islam sekalipun dia
itu adalah orang-orang yang sangat-sangat engkau kasihi, kerana engkau hanyalah
bertugas menyampaikan perintah Allah, dan Allah jualah yang memberi hidayah
petunjuk yang disertai dengan taufiq kepada sesiapa yang dikehendakinya,
menurut undang-undang peraturanNya).
dan selepas itu Rasulullah s.a.w. ada
berkata bahawa bapa saudaranya itu (Abi Talib) berada di hujung api neraka, dan
kalau tidak kerana aku, sudah pastilah dia di lapisan terbawah api neraka.
Dengan hujah-hujah di atas maknanya
bukan senang seseorang itu untuk masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. juga tidak
boleh berbuat apa-apa jika seseorang itu tidak mempunyai amalan secukupnya
untuk bekalan di akhirat kelak. Amalan hendaklah disertai dengan apa yang diperintahNya
dan menjauhi apa yang dilarangiNya.
Dengan itu janganlah kita termakan
bisikan Nik Aziz dan pemimpin PAS lain bahawa jika mengundi PAS maka akan
dimasukkan ke syurga atau mendapat pahala. Mana Nik Aziz tahu? Mengundi bukan
satu ibadat. Silap haribulan mendapat dosa kerana memilih parti yang mana
pemimpin-pemimpinnya kaki putar-belit Ayat-Ayat Al-Quran. Bisikan itu lebih
kepada bisikan syaitan.
SURAT NO. 8
Melayu mudah lupa kata Tun Mahathir
semasa menjadi PM pada suatu ketika dahulu. Dengan sebab-sebab itulah Melayu juga
mudah ditipu. Elakanlah.
Melayu mesti ingat. Pakatan pembangkang
yang terdiri daripada 3 parti iaitu DAP (ketua), PKR (tim. ketua) dan PAS
(askar DAP) telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah-belahkan dan
mengkucar-kacirkan orang-orang Melayu dalam politik, dan di masa yang sama
mereka berjaya menyatukan kaum tertentu.
Hasrat kaum tertentu untuk melihat
kaumnya menjadi tuan besar atau lebih berjaya dalam politik selepas
berjaya dalam bidang ekonomi akan tercapai jika orang-orang Melayu itu sendiri
terus memberi undi kepada PAS.
Mulut pemimpin PAS sama ada daripada
golongan ulama atau bukan ulama memang gatal
mulut. Contoh, semasa krisis politik di Mesir baru-baru ini hingga
tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak, ada pemimpin PAS menghasut pelajar-pelajar
di Mesir dan menghasut keluarga-keluarga mereka di tanah air supaya membenci
UMNO dan pemimpin UMNO kerana lambat menghantar bantuan.
Nik Aziz ingat nak pergi ke Mesir itu
sangat mudah seperti nak bergerak dari rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu ke
Bandar Kota Bharu, atau semudah untuk pergi ke ceramah PAS kah?. Diperjelaskan
di sini bahawa setiap kapalterbang yang hendak pergi ke sana diwajibkan
terlebih dahulu mendapat kebenaran melintasi ruang udara negara-negara terlibat.
Juga mesti mengaturkan persiapan untuk mengisi minyak kapalterbang.
Ia akan menjadi lebih rumit jika
melibatkan kapalterbang tentera. Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin lain dalam PAS
hendaklah banyak belajar pengurusan dan keselamatan sesebuah negara dan janganlah
jadi manusia seperti kurang ilmu
selama-lamanya, lebih-lebih lagi bergiat dalam politik.
Sejarah Rasulullah s.a.w. bersama bapa
saudaranya Abi Talib sangat panjang. Sesungguhnya baginda berasa amat sedih
kerana bapa saudaranya itu telah gagal di sisi Allah dan mati di luar Islam.
Hari ini, mati seseorang itu sama ada dalam Islam atau mati di luar Islam sudah
tidak menjadi perhatian lagi kepada penyokong-penyokong PAS terutamanya di
negeri-negeri Kelantan, Terengganu atau di Kedah.
Penyokong-penyokong PAS hanya akan memberi
perhatian sama ada kematian seseorang itu di dalam UMNO atau di dalam PAS
sahaja. Inilah hebatnya ajaran dan fahaman songsang PAS yang mendakwa Islam
yang dibawa oleh Nik Aziz dan Haji Hadi itu adalah Islam tulin, dan sebenarnya
telah membelakangkan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda.
Kenyataan ini janganlah cuba dinafikan
oleh Nik Aziz atau Haji Hadi dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS kerana ia
memang berlaku. Ini adalah satu kenyataan. Begitu juga apabila seseorang itu
ingin mengadakan tahlil kematian yang biasa diadakan pada malam Jumaat. Rumah
tu orang kita ke? (merujuk kepada pertanyaan sama ada majlis itu diadakan di
rumah penyokong PAS atau UMNO).
Ini adalah fahaman kurafat yang masih
diamalkan oleh kebanyakan penyokong PAS dan ia hendaklah ditentang
habis-habisan oleh bangsa Melayu itu sendiri yang akalnya masih belum
dirosakkan oleh pengaruh PAS.
Sesungguhnya jika kita mahu berdakwah
mengikut jalan lurus yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., kita hendaklah sentiasa
berhemah tinggi serta ada keikhlasan. Kita tidak boleh mereka-rekakan sesuatu
yang tidak benar walaupun berniat baik semata-mata untuk kesuburan Islam.
Garis panduan Islam hendaklah sentiasa
dipatuhi. Pantang larang agama hendaklah sentiasa dipegangi. Seperti yang
pernah diperkatakan sebelum ini, segala perbuatan buruk hendaklah dijauhi
seperti menunjukkan kemaluan kita kepada orang lain atas nama perjuangan Islam,
lebih-lebih lagi kepada wanita Islam. Dimanakah letaknya maruah kita sebagai
umat Muhammad s.a.w. yang sentiasa mengagung-agungkan agama Islam melalui
perjuangan PAS, parti Islam?
Patutlah, sejak PAS ditubuhkan pada
tahun 1951, PAS masih belum berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat Kerajaan
Persekutuan. Hari ini perjuangan PAS sudah terbalik.
Apa yang disuruh oleh Allah tidak
dibuatnya, tetapi apa yang dilarang oleh Allah dibuatnya. Contohnya, Nik Aziz
dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS telah dan masih bergantung harap pertolongan orang-orang
kafir dalam DAP untuk mencapai kemenangan PAS bagi menumbangkan UMNO dalam
mana-mana PRU atau PRK. Rasulullah pernahkah buat kerja-kerja merosakkan
seperti PAS itu?
Hari ini dan sejak sekian lama Nik Aziz
dan pemimpin lain dalam PAS sentiasa berbohong kepada penyokong-penyokong PAS
dengan berkata bahawa pemimpin-pemimpin dan seluruh ahli DAP sudah jelas dan
menerima perjuangan PAS.
Kenyataan-kenyataan itu adalah palsu
belaka dan ia lebih kepada memesongkan pemikiran orang-orang Melayu di
kampung-kampung supaya terus menyokong PAS untuk mencapaikan cita-cita politik
pemimpin PAS.
Jika benar, dah berapa ramai, berapa
puluh ribu ahli-ahli DAP yang bukan Islam itu telah memeluk agama Islam ? Keluarkan senarai lengkap nama-nama
ahli DAP yang sudah memeluk agama Islam. PAS sebenarnya tidak boleh menipu
orang-orang Melayu selama-lamanya. Hanya manusia jahil sahaja yang akan terus
menerima dan mempercayai apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz dan pemimpin
tertinggi lain dalam PAS.
Hari ini orang-orang Melayu sudah ramai
menjadi bijak pandai hasil daripada usaha-usaha pemimpin UMNO dalam Kerajaan
Barisan Nasional (BN). Orang-orang Melayu mampu menilai sejauh mana kemampuan
Nik Aziz bersama pemimpin-pemimpin PAS lain dalam mentadbir urus negeri
Kelantan, Kedah dan Selangor.
Dahulu, semasa BN berkuasa di Selangor
berbuih mulut penceramah PAS melaung-laungkan untuk menutup kilang arak di
Selangor jika PAS berkuasa. Bermati-matian melaungkan suara semangat perjuangan
Islam dan disambut dengan ucapan takbir. Hari ini bagaimana? setelah berkuasa
di Selangor. Semuanya tidak menjadi dan isu arak ini tidak pula dibangkitkan di
mana-mana ceramah PAS.
Lebih buruk lagi seorang Ahli Parlimen
PAS dari negeri Selangor telah membuat cadangan kepada kerajaan negeri Selangor
supaya kilang arak yang berada di tepi Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam itu
dipindahkan ke satu kawasan lain. Jika ini dilaksanakan sudah pastilah kilang
arak itu akan menjadi lebih besar daripada sekarang. Bodoh betul pemimpin PAS
itu, macam mana nak takbirkan seluruh negara.
Apabila soalan ini diajukan kepada Nik
Aziz oleh pemberita, Nik Aziz dengan sombong berkata dia tidak mahu campor hal
ehwal negeri lain. Pandai mengelak ! Dahulu, semasa pentadbiran negeri Selangor
di bawah UMNO (BN) setiap malam penceramah upahan PAS hentam kerajaan negeri supaya
menutupkan kilang arak itu. Hari ini PAS senyap dan taring PAS sudah pun
digergajikan oleh DAP yang lebih berkuasa di Selangor.
Sebenarnya PAS tidak pandai menipu
kerana orang-orang Melayu hari ini mampu menghidu perjuangan songsang PAS itu.
Hanya manusia jahil ilmu agama termasuk jahil dalam ilmu Al-Quran sahaja akan
terus mempercayai dan menyokong perjuangan palsu PAS selama-lamanya.
Nik Aziz, Haji Hadi dan
penceramah-penceramah PAS serta pemimpin tertinggi lain dalam PAS sentiasa
melaung-laungkan suara yang tinggi sambil berkata: “Kita perlu tolak Islam yang dibawa oleh UMNOOOOOO” (panjang 6
harakat) dan disambut dengan ucapan takbir, takbir, takbir, dan dengan sombong
mereka berkata lagi: “Kita hendaklah
terima Islam yang dibawa oleh PAS” dan sekali lagi disambut dengan ucapan
takbir, takbir, takbir. Masya’Allah, bila masanya Nik Aziz dan Hadi Hadi
menerima wahyu daripada Allah? Tak apa dunia akhir zaman! Katalah apa yang anda
suka.
Mana ada Islam yang di bawa
oleh UMNO ? dan mana ada Islam yang di bawa oleh Nik Aziz ? dan mana ada Islam
yang di bawa oleh PAS ? Agama Islam hanya dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
sahaja. Tak tahu ke?
Para pembaca sekalian, percayalah, Islam
hanya satu sahaja di muka bumi ini atau di dunia ini atau di seluruh alam
ciptaan Allah s.w.t. Percayalah, Islam selain daripada yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. yang kita cintai, yang kita kasihi dan yang kita sayangi itu
adalah Islam palsu termasuklah Islam
yang dibawa oleh Nik Aziz atau Islam yang dibawa oleh PAS.
Contoh, dalam Islam tidak boleh
“berpecah belah”, di Kelantan dan di beberapa tempat lain di negara ini memang
ada yang mengamalkan Islam yang dibawa oleh PAS dan sebab itulah berlaku
perpecahan sesama Islam kerana bertembung di antara Islam yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. dengan Islam yang dibawa dan diamalkan oleh PAS pimpinan Nik
Aziz.
Sehubungan dengan itu maka lahirlah dua
(2) imam iaitu imam UMNO dan imam PAS apabila bersolat di masjid atau di surau
yang sama pada waktu yang sama.
Penulis berpendapat, dalam isu ini
adalah tidak menjadi kesalahan dari segi hukum agama jika kita berimamkan
kepada imam PAS atau imam UMNO sekiranya imam berkenaan itu mampu membaca Ayat
Al-Quran dengan betul mengikut “hukum
tajwid” dalam solat. Masalah yang sentiasa timbul itu bukannya masalah
kemampuan membaca Ayat Al-Quran dengan betul mengikut hukum tajwid dalam solat,
tetapi masalah fahaman politik yang berbeza. Perkara ini timbul kerana ada
desakan dan seruan daripada pemimpin PAS supaya jangan berimamkan dengan imam
UMNO. Itu saja.
Pengertian ulama seperti yang tersebut
dalam Al-Quran ialah orang-orang Islam yang berilmu. Sebagai contoh di Surah Faatir Ayat 28 bermaksud: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut
melanggar perintah Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang
berilmu (ulama).
Umum tahu bahawa Nik Aziz bukanlah
seorang ulama. Lebih tepat lagi, Nik Aziz ialah seorang ulama politik
(orang-orang berilmu dalam politik) yang banyak menimbulkan keraguan berkaitan
hukum agama, dan pendapatnya sentiasa berlawanan dari apa yang disebut dalam
Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
Contoh-contoh keraguan yang dibawa oleh
Nik Aziz ialah boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan nak bantu menubuhkan
negara Islam. Syaitan mana ? Keraguan lain ialah Nik Aziz sentiasa bercakap
kotor seperti UMNO komunis, Allah mencarut, Allah samseng, orang Sarawak pakai
cawat kerana menolak Pakatan Rakyat, orang Tenang, Johor seperti Arab Jahilliah
kerana tidak mengundi PAS dan berbagai-bagai lagi.
Dahulu Nik Aziz kata jika mengundi PAS
akan mendapat syurga. Kini Nik Aziz kata dapat pahala pula jika mengundi PAS.
Mudahnya boleh masuk syurga. Sebelum ini penceramah PAS ada berkata, Nik Aziz
kata jika 2 kali mengundi PAS dalam mana-mana PRU atau PRK pahalanya adalah
sama seperti mengerjakan Haji di Mekah. Patutlah Nik Aziz menyokong supaya
ahli-ahli PAS menangguhkan ibadat Haji kerana
pahala ibadat tersebut sudah pun diperolehi sebelum ini.
Mudahnya dapat pahala Haji. Jika
seseorang itu mati terjatuh pokok semasa memanjat untuk memacak bendera PAS,
maka mati itu adalah dianggap sebagai mati syahid. Mudahnya dapat mati syahid.
Bekerja untuk PAS bagi menghadapi satu-satu PRU atau PRK, pahalanya adalah sama
seperti beribadat sepanjang tahun. Patutlah terdapat ramai penyokong PAS tidak
sembahyang.
Pandai sungguh Nik Aziz dan kepimpinan
ulama politik serta pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuk
penceramah-penceramah politik PAS yang mencari makan dalam PAS mereka-reka
sesuatu bertujuan menipu penyokong PAS yang jahil ilmu agama. Sampai bilakah hendak
buat kerja-kerja keji seperti itu ?
Rujuk Al-Quran di Surah Al-Maa’idah Ayat 3 (di bahagian hujung Ayat)
bermaksud:
Pada
hari ini, orang-orang kafir telah putus asa daripada memesongkan kamu dan agama
kamu setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya. Sebab itu janganlah
kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar
kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan aku telah redhakan Islam itu menjadi
agama untuk kamu.
Huraian
1 : Tuan Guru Nik Aziz dan pemimpin tertinggi
lain dalam PAS tentlah faham Ayat 3 tersebut. Maknanya, orang-orang kafir dalam
DAP sudah putus asa seperti apa yang dimaksudkan dalam Ayat tersebut, dan
dengan sebab itulah pemimpin nombor 1, nombor 2 dan nombor 3 dalam DAP telah
berusaha bersungguh-sungguh menggunakan pengaruh PAS untuk menumbangkan UMNO
yang banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan agama Islam.
Lihatlah saja, berapa puluh ribu masjid
yang telah dibina oleh kerajaan pimpinan UMNO dan menyediakan pula peruntukan
menyenggarakannya. Itu belum lagi mengambil kira peruntukan lain untuk kemajuan
Islam di seluruh negara, termasuklah menyediakan peruntukan khas untuk bantuan
kepada orang-orang Islam lain di negara-negara lain seperti di Selatan
Filipina, Selatan Thailand, Kamboja, Indonesia, Palestin dan negara-negara
lain.
Huraian
2 : Ayat tersebut Allah menyuruh manusia hanya
takut kepadaNya sahaja. Tetapi pada hari ini dan sejak berakhirnya PRU-12, Nik
Aziz lebih takut kepada Lim Guan Eng yang dinobatkannya sebagai Khalifah Umar
Bin Abdul Aziz bilamana ada ura-ura sebahagian kecil pemimpin PAS dan UMNO
ingin menubuhkan kerajaan perpaduan maka cepat-cepat Nik Aziz menolaknya dengan
alasan “apa pula kata Guan Eng”, nampak sangat Nik Aziz itu takut dan gentar
kepada Lim Guan Eng daripada takut kepada Allah s.w.t.
Hari ini Nik Aziz bersama pemimpin PAS
lain telah berjaya menarik keluar sebahagian orang-orang Islam yang jahil dalam
pemahaman agama masuk ke dalam perangkap fahaman Islam yang diamalkan oleh
mereka dalam PAS, dan menjadilah mereka itu golongan yang sesat selama-lamanya.
Penyokong-penyokong PAS sebenarnya hanya
ingin mati dalam PAS sahaja, dan bukannya mati dalam Islam.
Pada suatu ketika dahulu ada sebuah buku
yang banyak unsur-unsur lucah dan mencarut. Buku itu bernama “Shit”. Buku itu dikarang oleh seorang
penyokong PAS. Nik Aziz mempertahankan kandungan buku itu dan dengan sombong
berkata bahawa Allah pun mencarut juga, Allah juga samseng. Masya’Allah. Islam
apa ni?
Ulama-ulama politik PAS lain sama-sama
menyokong kenyataan atau pendirian Nik Aziz itu. Tak hairanlah kerana mereka
itu semuanya terlalu taksub kepada Nik Aziz. Penulis
tidak mahu menghuraikan lebih panjang kisah mencarut ini kerana tidak berminat.
Ringkas, Nik Aziz kata Allah pun
mencarut, jadi maknanya sesiapa pun boleh mencarutlah? Adakah ini ajaran Islam
yang dibawa oleh PAS? Allah mencipta matahari, minta Nik Aziz melahirkan “seorang anak lelaki berkepala dua”,
tentulah tidak boleh.
Janganlah Nik Aziz hendak
memburuk-burukan kesucian nama Allah, atau samakan kemampuan Allah dengan
kemampuan manusia. Bacalah Al-Quran, bacalah Surah Ar-Rahmaan (Tuhan
Yang Maha Pemurah), kerana pada awal Surah ini Allah menegaskan bahawa Dialah
Tuhan Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya, yang mengajar Al-Quran
sebagai nikmat pemberian yang tidak ada tolak bandingnya. Surah ini diakhiri
dengan menegaskan “Kesucian nama Allah”, Tuhan yang mempunyai “Kebesaran
dan Kemuliaan” – “Dzul-Jalaali-Wal-Ikraam”.
Pada suatu ketika dahulu, seorang wanita
Ahli Parlimen bukan Islam naik dan masuk ke dewan solat sebuah surau di Kajang.
Heboh satu negara. Nik Aziz mempertahankan Ahli Parlimen itu dengan mendakwa ia
tidak menjadi kesalahan di sisi agama Islam kerana di zaman Rasulullah s.a.w.
pun Baginda ada menjemput serta membenarkan orang kafir tinggal masjid, boleh
tidur, boleh makan, boleh mandi dan lain-lain lagi, kata Nik Aziz dengan
sombong daripada raut wajahnya yang disiarkan dalam segmen berita Tv.
Saya nak tanya Nik Aziz. Namakan di
masjid manakah Rasulullah menjemput dan membenarkan orang kafir tinggal di
masjid? Sebenarnya isu ini telah pun disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa
Melayu pada ketika kejadian itu dengan memetik cabaran daripada Presiden
Perkasa Dato’ Ibrahim Ali. Hingga ke hari ini pun Nik Aziz tidak jawab dengan
menamakan masjid yang dimaksudkan itu.
Sebenarnya perkara itu tidak berlaku di
zaman Rasulullah, ia hanya rekaan Nik Aziz sahaja semata-mata untuk
mempertahankan DAP, rakan kongsi politik PAS daripada dipersoalkan oleh
orang-orang Melayu. Inilah wajah-wajah ulama politik di akhir zaman ini.
Dijelaskan di sini, sepanjang kerasulan
Rasulullah s.a.w., Baginda hanya berada di Kota Mekah dan Kota Madinah sahaja.
Kedua-dua kota tersebut adalah tanah haram dan orang-orang kafir tidak
dibenarkan memasukinya. Kenyataan Nik Aziz itu adalah rekaan semata-mata. Nik
Aziz ingat orang Melayu sekarang masih bodoh dan senang ditipu, seolah-olah dia
seorang sahaja yang pandai dalam ilmu agama.
Ahli Parlimen itu seorang wanita Cina
bukan Islam, dan ada kemungkinan beliau dalam keadaan “haid”. Umum tahu amalan
orang-orang Cina apabila mereka selesai membuang air besar (berak) atau
membuang air kecil (kencing), mereka tidak akan basuh menggunakan air,
sebaliknya mereka hanya lap sahaja dengan kertas tisu. Semasa berak, seseorang
itu juga akan kencing, dan pastilah kencing pun tidak akan di basuhnya.
Adalah tidak mustahil apabila seseorang
wanita kencing, air kencingnya itu meleleh ke paha atau ke kedua-dua betisnya.
Pastilah dalam keadaan kotor terus masuk ke dewan solat dan bersalaman pula
dengan imam serta jemaah-jemaah lain. Masalah ini mungkin Nik Aziz tidak tahu
kerana kekurangan ilmu pengetahuan atau pergaulannya dengan dunia luar sangat
terhad.
Katakanlah, jika Ahli Parlimen wanita
daripada DAP itu kencing dalam dewan solat sekali pun, saya percaya Nik Aziz
tetap akan membelanya dengan berkata di zaman Rasulullah pun ada orang kafir kencing
dalam masjid.
Begitulah perangai Nik Aziz yang
sepatutnya mampu dibaca oleh orang-orang Melayu apabila timbul satu-satu isu. Jikalah
ia dilakukan oleh Ahli Parlimen MCA, atau MIC atau PPP atau parti-parti lain
dalam komponen BN, tak tahulah apa akan jadi, pasti seluruh ceramah PAS akan
sentuh isu tersebut dan hentam UMNO.
Isu gambar bogel atau separuh bogel
Elizabeth Wong seorang exco Kerajaan Negeri Selangor yang diedarkan ke dalam
internet pada suatu ketika dahulu, maka muncullah orang bernama Nik Aziz dengan
memberi pembelaan dan mempertahankan exco tersebut sambil berkata, kita boleh
telanjang dalam bilik atau dalam rumah jika hanya kita seorang sahaja yang ada
di situ, cuma malu kepada malaikat sahaja kata Nik Aziz.
Perkara seperti itu pun mahu diulas oleh
Nik Aziz yang bertaraf tinggi dalam PAS iaitu berjawatan Mursyidul Am PAS
semata-mata untuk memberi pembelaan kepada wanita tersebut.
Penggunaan Kalimah Allah oleh
orang-orang bukan Islam. Nik Aziz kata boleh, dan ada pemimpin tertinggi lain
dalam PAS kata tak boleh. Pendapat Nik Aziz itu bercanggah dengan pemimpin
tersebut dan saya tidak berminat untuk menghuraikan dengan panjang lebar kerana
isu tersebut telah pun reda.
Saya tetap berpegang kepada “tidak
boleh”. Kalimah Allah hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja dan Kalimah Allah
itu tidak pernah pun digunakan oleh penganut Kristian di Eropah, di Russia atau
di Amerika.
Kitab Injil dalam bahasa Melayu yang
menjadi isu baru-baru ini tidak dipedulikan langsung oleh Nik Aziz selaku Mursyidul
Am PAS. Nampak sangat Nik Aziz tidak berminat untuk mengulaskannya kerana DAP
menyokong Injil dalam Bahasa Malaysia, namun dalam isu gambar lucah minat pula
Nik Aziz untuk mengeluarkan kenyataan.
Dalam kes Kitab Injil dalam Bahasa
Malaysia itu ke mana perginya Khalid Samad, Mahfuz Omar, Husam Musa, Mat Sabu
dan pemimpin-pemimpin lain dalam PAS ? Kenapa PAS tidak menghalangnya?
Sesungguhnya kitab Injil dalam bahasa
Melayu itu akan membuka ruang kepada orang-orang Islam yang kurang ilmu agama
beralih fahaman kepada ajaran Injil.
Perkara ini hendaklah diambil perhatian
oleh PAS. Benteng pertahanan kepada orang-orang Melayu yang keseluruhannya
beragama Islam terutamanya golongan muda hendaklah diperkuatkan dengan melarang
kitab Injil itu di cetak dalam bahasa Malaysia.
Hari ini kebanyakan orang-orang Cina
atau India atau bangsa-bangsa lain yang beragama budha atau hindu, atau
kristian memang tidak berminat untuk bercakap dalam bahasa Melayu. Kenapa pula
kitab Injil itu perlu berada dalam bahasa Melayu di negara ini?
Ia tidak lain dan tidak bukan adalah
bermatlamat untuk menyebarkan ajaran Injil itu kepada orang-orang Melayu yang
tidak mempunyai pegangan kuat dalam Islam seperti penyokong-penyokong PAS.
Kita tidak wajar menyesal jika disuatu
hari nanti ada di kalangan anak-anak kita berminat kepada kitab Injil itu kerana
semasa kuasa masih ada di tangan kita pada hari ini, kita tidak berani
menggunakan untuk menghalangnya.
Berbeza di ceramah PAS, Islam! Islam!
Islam! tetapi tidak pandai menjaga Islam dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
SURAT NO. 10
Kelantan negeri Serambi Mekah, Kelantan Membangun Bersama Islam, dan Kota Bharu Bandaraya Islam. Kes
penceraian tak payah hurailah. Kes penceraian yang melibatkan seorang ahli DUN
daripada PAS dengan seorang wanita Kamboja barangkali belum lagi selesai.
Jika saya berada di pihak ahli DUN itu
saya tetap akan menjaganya dan menunaikan segala permintaan untuk keperluan
dirinya dan anak-anak saya tanpa di bawa ke mahkamah syariah. Tambah lagi wanita
itu ialah seorang muaalaf yang telah meninggalkan agama asalnya dan memeluk
agama Islam. Manusia istimewa seperti ini perlu dijaga hingga ke akhir hayat
sebagai membuktikan bahawa kita ini pejuang Islam yang sebenar-benarnya, dan
bukannya pejuang Islam hanya di atas kertas sahaja.
Bukan itu saja, di Kelantan bab-bab
agama juga sangat lemah dan mendukacitakan. Terdapat bacaan Ayat Al-Quran oleh
imam-imam semasa solat di masjid-masjid atau di surau-surau di Kelantan
didapati sangat lemah, tidak betul bacaan mengikut “hukum tajwid” dan adakah
perkara ini tidak disedari oleh Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS?
Atau pun mereka juga tidak mendalami ilmu-ilmu bacaan Ayat Al-Quran mengikut
hukum tajwid ?
Demi untuk kemajuan Islam di Kelantan,
adalah tidak keterlaluan jika saya mendedahkan di sini untuk kebaikan Islam
bahawa terlalu banyak kesilapan bacaan Ayat Al-Quran oleh imam-imam di negeri
Membangun Bersama Islam semasa solat fardu Maghrib, Isyak dan Subuh di mana
kita dapat mendengar dengan jelas bacaannya.
Mengambil contoh antaranya ialah Idgham Bila Ghunnah, Lam sepatutnya dibaca nipis tetapi
dibaca tebal, Mad Asli Mutlak dibaca
cepat 1 harakat, (Ayat 1 Surah Al-Fatihah iaitu Basmalah @ Bismilah). Izhar Syafawi dibaca dengung, Idgham Syamsi Bila Ghunnah
tidak dibaca dengan betul, Mad Lazim
Kalimi Muthaqqal yang sepatutnya dibaca 6
harakat telah dibaca 3 atau 4
harakat, maknanya tak cukup harakat (pada
Ayat akhir Surah Al-Fatihah). Yang ada dengung tidak dibaca dengung dan
berbagai-bagai lain. Baca ikut suka imam sahaja.
Qalqalah
Sughra dan Qalqalah
Kubra tidak disebut langsung seolah-olah tiada Qalqalah, dan banyak lagi
kesalahan membaca Ayat-Ayat Al-Quran semasa solat oleh imam-imam di negeri Membangun Bersama Islam itu. Mana-mana
jemaah yang mahir ilmu bacaan Al-Quran, maka tiada pilihan lain melainkan
terpaksa mendirikan solat tersebut sekali lagi bagi memastikan Allah tidak reject solatnya.
Di ruangan ini saya ingin mendedahkan
lagi tentang kesilapan membaca Ayat Al-Quran di sebuah masjid di Kelantan
Memangun Bersama Islam. Dengan pendedahan ini sekurang-kurangnya Nik Aziz dan
pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang sentiasa mendabik dada mendakwa memperjuangan Islam dapat membuka mata dan
memasang telinga seluas-luasnya untuk menjadi pendengar yang baik.
Sebelum ini Nik Aziz ada berkata bahawa
orang-orang UMNO tidak pandai membaca Al-Quran. Tahukah Nik Aziz dan ulama
politik PAS, menurut laporan akhbar, seorang qariah iaitu ahli Puteri UMNO di
negeri Johor telah menjadi johan Tilawah Al-Quran di peringkat Kebangsaan dan
Antarabangsa pada tahun lepas (2011). Mana ada orang-orang PAS seperti itu ?
Di satu ketika semasa saya ke Kelantan, saya
berhenti di sebuah masjid untuk solat Maghrib di malam Jumaat pada pertengahan
tahun 2010. Masjid itu masih dalam pembinaan dan hanya ruangan kecil sahaja
boleh digunakan untuk solat. Saya merasakan masjid itu dibina oleh
penyokong-penyokong PAS.
Semasa itu diadakan majlis membaca Surah Yassin dan penuh dengan
botol-botol air tawar untuk mendapat berkat. Ringkas, saya terkejut cara bacaan
Surah Yassin itu dan keseluruhannya adalah salah mengikut “hukum tajwid”.
Di negara ini dan dikebanyakan negara
Islam lain termasuklah di Mekah atau Madinah bacaannya ialah menurut Riwayat Hafs Asim. Diharap Nik Aziz
tidak mempertikaikan apa yang didedahkan ini demi untuk kebaikan Islam.
Sebenarnya untuk melayakan seseorang itu
menjadi imam atau bilal di masjid, seseorang itu sekurang-kurangnya hendaklah
mempunyai Sijil Al-Quran atau sebaik-baiknya Diploma Tahfiz Al-Quran daripada
JAKIM atau Pusat Pengajian Al-Quran lain yang diiktiraf oleh Kerajaan
Persekutuan.
Seseorang yang memegang Ijazah Syariah,
atau Usulluddin, atau Pengajian Arab sebenarnya tidak ada jaminan bahawa mereka
mampu membaca Al-Quran dengan betul mengikut hukum tajwid dan perkara yang
berbangkit ini hendaklah diperbetulkan segera oleh Nik Aziz selaku Menteri
Besar Kelantan.
Nik Aziz hendaklah pastikan
pegawai-pegawai di jabatan agama negeri yang bertanggung jawab mengeluarkan
“Sijil Tauliah Imam” itu benar-benar mampu membaca Al-Quran dengan betul, dan
sekurang-kurangnya ada Diploma Tahfiz di bidang Al-Quran. Jangan nanti orang-orang
luar daripada Kelantan terpaksa solat 2 kali di negeri Membangun Bersama Islam
itu.
Sehubungan dengan perkara yang
berbangkit, pada satu ketika dulu, Nik Aziz berkata bahawa kerajaan UMNO
menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah kerajaan hingga murid-murid tidak
boleh membaca Al-Quran. Hari ini bagaimana pula? Di negeri Kelantan Membangun
Bersama Islam pun terdapat ramai dan boleh dikatakan keseluruhan rakyat
Kelantan terutamanya penyokong PAS tidak boleh membaca Al-Quran dengan betul
mengikut hukum tajwid.
Saya cabar Menteri Besar Kelantan supaya
melakukan ujian bacaan Al-Quran untuk rakyat Kelantan sebelum atau selepas
solat Jumaat di mana-mana masjid dan lihatlah berapa ramai yang lulus bacaan.
Ahli Penal Ujian hendaklah terdiri daripada para Al-Hafiz.
Lihatlah di negeri Terengganu, tidak ada
sebut pun “Membangun Bersama Islam” tetapi perkembangannya sangat menggalakkan.
Di negeri itu ada sebuah Pusat Mempelajari Al-Quran Pelbagai Qiraat. Di negeri
Kelantan Membangun Bersama Islam, namun bacaan satu jenis qiraat sahaja iaitu
bacaan Hafs Asim pun tidak dapat dikuasai, apatah lagi untuk mempelajari
bacaan pelbagai qiraat.
Ini terjadi kerana rancangan peningkatan
ilmu Al-Quran tidak ada dalam kepala Nik Aziz dan para pemimpin PAS lain di
peringkat kerajaan negeri Kelantan. Nik Aziz dan pemimpin lain dalam PAS hanya
berminat berceramah sana sini untuk hentam pemimpin UMNO sahaja.
Inilah kerja-kerja Nik Aziz dan pemimpin
PAS lain selagi nyawa mereka masih ada bermatlamatkan untuk menumbangkan
kerajaan UMNO di negara ini.
Dalam Al-Quran di Surah Faatir Ayat 32 bermaksud: Kemudian
Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari
kalangan hamba-hamba Kami, (yakni umat Muhammad s.a.w., dan dalam pada itu,
dari segi amalan, ada yang banyak
membuat dosa, ada yang sederhana,
dan ada yang mendapat taufiq menjadi
orang-orang yang taat dengan sepenuhnya), maka di antara mereka itu ada
yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan
tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap
sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului orang lain dalam membuat
kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar
dari Allah semata.
Huraian:
Janganlah kita berasa kagum melihat orang itu dipanggil ulama, atau tok guru,
atau tuan guru, atau ustaz, atau gelaran-gelaran lain. Mungkin orang-orang yang
tiada gelaran seperti itu adalah lebih baik daripada mereka di sisi Allah.
Berdasarkan kepada Ayat 32 itu, hari ini
elok perangainya, esok mungkin juga tidak elok perangainya, hari ini tidak elok
perangainya dan mungkin juga esok akan elok perangainya, atau hari ini tidak
elok perangainya dan mungkin juga esok akan menjadi lebih buruk lagi
perangainya.
Begitu juga dengan Nik Aziz dan ulama
politik lain dalam PAS, berdasarkan kepada Ayat 32 itu, janganlah kita
menyanjung sangat seseorang itu selama-lamanya kerana bergelar tuan guru, atau
tok guru, atau ustaz.
Dalam hidup ini, biasanya orang-orang
yang tua berumur seperti Nik Aziz itu akan sentiasa kelihatan elok perangainya,
namun disebabkan nafsu tinggi dalam politik, perangainya adalah sangat
berlawanan dengan tuntutan agama Islam.
Nik Aziz ada berkata, boleh berkawan
dengan syaitan, Allah mencarut, Allah samseng, menyeru tangguh ibadat Haji,
malaikat turun ke bumi dari langit untuk mengundi di Terengganu pada tahun
1999, nampak hantu datang mengundi di Terengganu pada tahun 2004, suara
perempuan adalah aurat, perempuan cantik tidak boleh kerja di Kelantan,
perempuan tidak boleh bekerja di waktu malam, mendoakan supaya PM Najib ditimpa
bala, penduduk di Tenang yang tidak mengundi PAS dikatakan seperti Arab Jahilliyah,
orang Sarawak pakai cawat, UMNO komunis, Hassan Ali berperangai tidak senonoh
dan berbagai-bagai lagi.
Terbaharu (rujuk Utusan Malaysia Sabtu
23 Jun 2012 muka 8) Nik Aziz yang mengaku ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis
daripada Universiti Al-Azhar mensifatkan ilmu agama yang dimiliki bekas
Timbalan Sheikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany
Mahmoud Ashour adalah sama taraf dengannya. Sebenarnya Nik Aziz tidak tahu
bahawa Sheikh Mahmoud Abdel Ghany itu adalah seorang Al-Hafiz (hafal Al-Quran
30 juzuk) disamping hafal berpuluh-puluh ribu Hadis Nabi s.a.w., dan
sesungguhnya Sheikh Mahmoud itu tidak pernah merapu seperti Nik Aziz
Sebenarnya standard Nik Aziz adalah
terlalu rendah dan hanya mampu menyampaikan ceramah agama untuk politik PAS
sahaja kepada rakyat Kelantan pada setiap pagi Jumaat di Ibu Pejabat PAS
Kelantan di Kota Bharu yang dihadiri hanya oleh orang-orang yang jahil ilmu
agama terutamanya ilmu Al-Quran sahaja.
Itulah wajah-wajah Nik Aziz yang perlu
disemak semula oleh seluruh rakyat Kelantan dan seluruh pengundi Melayu di
seluruh Negara sebelum memberi undi kepada PAS pada PRU-13 kelak.
SURAT NO. 11
Mursyidul Am PAS Nik Aziz, Hadi Hadi,
Harun Din, Harun Taib, Husam Musa (difahamkan bakal MB Kelantan), Nik Amar Nik
Abdullah (difahamkan bakal Tim. MB Kelantan), Muhamad Mustafa, pemimpin tertinggi lain dalam PAS dan
penceramah-penceramah PAS serta ustaz-ustaz PAS dengan sombong berkata bahawa
parti DAP yang dibenci oleh orang-orang Melayu selama ini telah pun berubah,
dan menerima ajaran Islam seperti apa yang diperjuangkan oleh PAS. Betul ke?
Sudah berapa puluh ribu ahli DAP yang
bukan Islam itu telah memeluk Islam? Tahu tak DAP memang ada rancangan nak
murtadkan orang-orang Islam? Contoh, di Pulau Pinang dahulu, nasib baik ada
seorang Islam dalam majlis itu. Rancangan itu terbongkar dan gempar satu
negara. Orang PAS kata tak apa ! tak apa ? Perkara ini langsung tidak disentuh
oleh Nik Aziz, atau oleh ulama politik PAS yang lain, atau pun oleh
penceramah-penceramah PAS.
Bunyinya sangat menakutkan, diadakan
majlis lafaz ikrar Kristian agama rasmi di Malaysia di ketuai Pastor Jackson
dari Kuching dan dihadiri oleh Y.B. Jeff Ooi (Ahli Parlimen P50 Jelutong, P.
Pinang). Lafaz ikrar tersebut ialah “we must make sure Christian become official
religion in Malaysia, and we must make sure the next Prime Minister ia a
Christian”. Kenapa lafaz ikrar tersebut langsung tidak disentuh oleh
Nik Aziz, Haji Hadi dan semua penceramah-penceramah PAS ?
Dalam ceramah PAS di seluruh negara
mengenai isu semasa, lafaz ikrar tersebut langsung tidak disentuh demi
sayangkan hubungan baik dengan DAP di mana LGE sudah dinobatkan sebagai
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz bagi menyakinkan orang-orang Melayu terutamanya
ahli-ahli PAS supaya menerima baik perjuangan DAP yang selama ini memang
dibenci oleh orang-orang Melayu. Kini perjuangan DAP telah dianggap mulia oleh
Nik Aziz.
Sebenarnya PAS yang menerima dan
menyokong perjuangan DAP. Sebagai bukti penerimaan PAS akan perjuangan DAP
ialah dengan mengibarkan bendera-bendera DAP oleh penyokong-penyokong PAS yang
berjubah dan berkopiah putih di hari penamaan calon PRU atau PRK. PAS dilihat
sangat jujur kepada DAP, tetapi di masa yang sama sangat membencikan kepada
UMNO walau pun se bangsa atau se agama
Sehubungan dengan itu, terdapat ramai
juga muslimah PAS mengibarkan bendera-bendera DAP di hari penamaan calon dengan
memekik-mekik ucapan takbir, takbir, takbir, seperti orang sasau. Nik Aziz kata
suara wanita adalah aurat, tidak boleh perdengarkan suara wanita walau pun di
Majlis Tilawah Al-Quran, hingga negeri Kelantan tidak hantar wakil Qariahnya.
Memekik-mekik sokong DAP tak apa ? Bendera DAP itu ada melambangkan perjuangan
Islam ke? Geli melihat penyokong PAS di kalangan lelaki dan juga muslimah PAS
yang mengibarkan bendera DAP.
Perlu diingatkan di sini bahawa bukan
sedikit wang jihad yang didermakan oleh orang-orang kampung yang setia kepada
PAS, namun wang itu dibelanjakan untuk tujuan membuat bendera-bendera DAP atas
nama kerjasama dalam Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada parti DAP, PKR
dan PAS.
Di masa yang sama DAP tidak benarkan PAS
bergerak bebas untuk menubuhkan negara Islam dan menentang hukum hudud PAS
(langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).
Kembali kepada soal politik yang
menentukan kuasa pemerintah di negara ini dan hak-hak orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak, orang-orang Melayu sebenarnya tiada pilihan.
Hanyalah kepada parti politik UMNO sahaja yang perlu kita sandarkan untuk masa
depan kita, generasi kita dan agama Islam untuk selama-lamanya.
Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak perlu
mengkaji mesej yang disampaikan oleh kaum Cina yang mengundi pembangkang pada
PRU-12 yang lalu. Mesej yang sama juga telah dihantar kepada pemimpin Melayu
sejak negara di bawah penjajahan British lagi, dan di zaman penjajahan Jepun
dengan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya. Sekarang nak kaji apa
lagi? Kajian demi kajian telah dibuat tetapi tiada hasilnya.
Sebenarnya mereka menggunakan pendekatan
perkauman yang tebal dan pendekatan itu sesungguhnya tidak boleh dilayan lagi.
Tuntutan mereka sentiasa dipenuhi oleh Kerajaan BN selama ini seperti membeli
barang secara “ambil dahulu dan bayar
kemudian”. Amalan seperti ini hendaklah dihentikan segera dengan
mengubahkannya kepada “bayar dahulu dan
ambil kemudian”, maknanya undi BN terlebih dahulu, kemudian baharulah
memohon sesuatu daripada Kerajaan BN.
Pengajaran tegas seperti ini hendaklah
diberikan kepada kaum Cina, sekurang-kurangnya mereka akan sedar dan berubah.
Pendekatan berlembut seperti apa yang diamalkan oleh PM Najib pada masa ini
adalah salah dan perlu dihentikan.
Contoh, keputusan PRU Sarawak Ke 10 yang
lalu di mana pengundi Cina telah memberi sokongan padu kepada DAP yang disokong
oleh PAS walau pun berbagai permintaan mereka telah ditunaikan sebelum hari
mengundi pada PRU tersebut. Ringkas, PM Najib hendaklah mengkaji semula semua
jawatan pembantu-pembantunya, pegawai-pegawai khasnya, penasihat-penasihatnya,
dan Setiausaha-setiausaha Politiknya dan Setiausaha-setiausaha lain yang
disandang sekarang demi untuk kekuatan UMNO dan BN, atau untuk kekuatan Najib
sendiri. Najib hendaklah mempunyai Pembantu-pembantu, Pegawai-pegawai Khas,
Penasihat-penasihat, Setiausaha-setiausaha Politik, Akhbar dan Peribadi yang
betul dan betul-betul berintegriti supaya keputusan yang bakal dibuat oleh
Najib adalah betul. Berintegriti yang dimaksudkan ini ialah merangkumi “forward
thinking” dan “forward planning” yang hebat dan
betul. Sudah terbukti kejatuhan ramai pemimpin-pemmpin atau Ketua Negara di
beberapa negera adalah berpunca daripada kelemahan pembantu-pembantu,
penasihat-penasihat, atau pegawai-pegawai khas, atau setiausaha-setiausaha lain
yang rapat dengan Ketua Negara tersebut. Jika pengajaran dan peringatan ini
tidak di ambil, ada kemungkinan UMNO, atau BN, atau Najib sendiri akan
tersungkur. Ini adalah peringatan yang ikhlas.
Hari ini dan sebelum ini, orang-orang
Melayu sebenarnya tidak membenci keseluruhan masyarakat Cina di negara ini.
Terbukti dalam sejarah, masyarakat Cina dan India bersama bangsa Melayu telah
bersatupadu dalam usaha-usaha ke arah menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu pada suatu ketika dahulu.
Masyarakat Cina dalam parti MCA
sebenarnya sangat memahami pantang larang bangsa Melayu, dan atas sebab-sebab
itulah maka Parti Perikatan yang di anggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dapat
ditubuhkan. Kebanyakan bangsa Melayu hanya benci kepada masyarakat Cina dalam
DAP sahaja yang sentiasa mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan. Masyarakat Cina dalam DAP menjadi lebih berani kerana ia disokong
oleh PAS yang sentiasa memesongkan pemikiran orang-orang Melayu yang jahil ilmu
agama terutamanya ilmu Al-Quran.
Hari ini, disebabkan orang-orang Melayu
terlalu menyokong PAS maka pakatan pembangkang yang diterajui oleh parti
perkauman DAP itu telah berjaya dalam misi mereka iaitu untuk memecah belahkan
dan mengkucar kacirkan orang-orang Melayu.
Di masa yang sama berjaya pula
menyatukan kaum mereka iaitu kaum Cina. Hasrat DAP untuk melihat kaum mereka
menjadi tuan besar di bumi Melayu ini pasti akan terlaksana jika bangsa Melayu
itu sendiri terus memberi sokongan padu kepada PAS. Jika ini terjadi, maka
sekali lagi Melayu akan dijajah selama-lamanya.
SURAT NO. 12
Sejak berakhirnya PRU-12 pada tahun 2008
yang menyaksikan PAS dan sekutu politiknya gagal menguasai Kerajaan
Persekutuan, maka PAS telah menganda-gandakan ceramah politiknya hingga ke
pedalaman demi untuk mengtalkinkan UMNO pada PRU-13 kelak.
Dengan sombong bergabung dengan DAP,
sebuah parti politik perkauman yang sangat dibenci oleh orang-rang Melayu
terutamanya PAS pada suatu ketika dahulu.
Dahulu, sebelum Nik Aziz menjadi MB
Kelantan pada tahun 1990, orang-orang Kelantan memanggil Nik Aziz dengan
panggilan Ustaz Nik Aziz sahaja. Selepas menjadi MB Kelantan, nama ustaz
dihilangkan dan diganti dengan panggilan atau gelaran yang lebih hebat iaitu
Tok Guru atau Tuan Guru Nik Aziz. Ini adalah semata-mata untuk kepentingan
politik PAS.
Saya percaya pembaca pasti tahu bahawa
Imam-Imam Hadis Yang Termasyhur seperti Imam Bukhari (194H-256H = 810M-870M),
Imam Muslim (204H-261H = 819M-874M), Imam Abu Daud (202H-275H = 817M-888M),
Imam Tarmizi (209H-279H = 824M-893M) dan Imam-Iman lain yang se angkatan dengan
mereka itu hanya bergelar Imam sahaja.
Begitu juga dengan nama panggilan kepada
Imam 4 (empat) iaitu Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali.
Namun Nik Aziz tidak mahu digelarkan sebagai ustaz atau imam kerana bimbang
gelaran itu akan meletakan dirinya setaraf dengan ustaz di sekolah atau imam di
masjid atau iman di surau.
Dengan sebab itulah Nik Aziz inginkan
gelaran yang lebih tinggi seperti Tok Guru atau Tuan Guru. Setelah gelaran itu
menjadi glamour atau semakin dipercayai oleh orang-orang Melayu yang jahil ilmu
agama, terutamanya ilmu Al-Quran, maka mulalah fatwa-fatwa songsang yang keluar
daripada mulutnya telah menyimpang daripada ajaran Islam yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. Contoh, boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan ingin
membantu PAS menubuhkan negara Islam. Syaitan mana?
Sebelum ini mengundi PAS akan dimasukan
ke syurga, kini undi PAS dapat pahala pula kata Nik Aziz. Jika PAS menang dalam
mana-mana PRU atau PRK maknanya malaikat telah turun dari langit membantu
pengundi untuk mengundi PAS, tetapi peliknya apabila PAS kalah maka Nik Aziz
pun tuduhlah ada pengundi Hantu UMNO datang mengundi.
Jika orang Islam tidak mengundi PAS
bermakna mereka itu hidup seperti orang Arab jahilliah, gelaran kepada orang
Sarawak pula masih pakai cawat. Nasib baiklah BN menang di Sarawak pada PRU DUN
Sarawak Ke 10 (16 Apr 2011) yang lalu, jika tidak panggilan Bujang
Senang akan bertukar menjadi Bujang
Susah di bawah pemerintahan parti pembangkang. Begitulah yang dapat diceritakan
secara ringkis mengenai Nik Aziz yang memimpin sebuah parti politik yang
dikatakan Islam bernama PAS.
Di sini saya ingin membawa sedikit
mengenai kisah ringkas seorang Imam Hadis
Yang Masyhur sebagai contoh terbaik kepada kita semua. Bandingkanlah
orang-orang yang bergelar ulama, tok guru atau tuan guru dalam parti politik
PAS yang sentiasa bertopengkan Islam semata-mata untuk kepentingan peribadi
dengan Imam Hadis yang masyhur itu.
Nik Aziz dan ulama tertinggi dalam PAS
sentiasa berimej dan penampilan Islam yang tinggi.
Dalam hati, Allah saja yang tahu. Imam
yang dimaksudkan ialah Imam Al-Syaikh
Muhyiddin Al-Nawawi atau nama panggilannya ialah Imam Nawawi (orang bujang seperti saya).
Beliau bukan bergelar Tok Guru atau Tuan
Guru seperti Nik Aziz atau Haji Hadi atau ulama-ulama politik lain dalam PAS.
Kisah ringkasnya begini, ketika Baginda Sultan Al-Malik Al-Zahir membuat
persiapan untuk berperang dengan orang Tatar (Monggol), Baginda mahu
menggunakan “fatwa ulama” yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk
kepentingan berperang dengan musuh.
Ulama fiqh negeri Syam sudahpun menulis
menerangkan fatwa tersebut. Namun Baginda Sultan akan merasa lebih selesa atau
senang hati jika Imam Nawawi dapat memberi fatwanya.
Kemudian Baginda Sultan menjemput Imam
Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya bersama ulama fiqh lain mengenai
pengambilan harta rakyat untuk peperangan. Imam Nawawi berterus terang tidak
mahu mengeluarkankan fatwanya dan Baginda Sultan bertanya kenapa susah sangat
nak keluarkan fatwa?
Seterusnya Imam Nawawi pun berkata
bahawa Tuanku (Baginda) dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada apa-apa
harta. Tetapi selepas pertolongan Allah yang melimpahkan kurniaNya kepada
Tuanku maka menjadilah Tuanku sebagai Raja yang terlalu kaya dan memiliki 1,000
(seribu) orang hamba yang mana setiap orang ada memiliki beberapa ketul emas
yang sangat tinggi nilainya.
Kata Imam Nawawi lagi, manakala 200 (dua
ratus) khadam wanita milik Tuanku masing-masing mempunyai barang-barang
perhiasan yang bernilai tinggi. Jika sekiranya Tuanku sendiri membelanjakan
kesemua harta-harta itu untuk keperluan perang sehingga mereka itu tidak lagi
mempunyai barang-barang itu, maka beliau (Imam Nawawi) sedia memberi fatwa.
Fatwanya ialah:
Tidak
membenarkan Baginda Sultan mengambil harta rakyat selagi kekayaan Tuanku
sendiri masih dapat digunakan. Maknanya Baginda wajib menggunakan kekayaan
peribadi Baginda terlebih dahulu sebelum harta rakyat boleh digunakan.
Begitu juga apabila Nik Aziz hendak buat
lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai. Berdasarkan kepada fatwa Imam Nawawi itu,
Nik Aziz dan semua pemimpin-pemimpin PAS dimestikan menggunakan semua kekayaan
mereka terlebih dahulu sebelum meminta rakyat memberi sumbangan. Barulah boleh
dikatakan berjuang untuk Islam. Ini tidak, sebelum ini kekayaan PAS yang
disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS telah digunakan untuk membuat bendera
DAP.
Berbalik kepada kisah Baginda Sultan
itu, mendengar kata-kata itu, Baginda Al-Malik Al-Zahir pun murka kepada Imam
Nawawi kerana fatwanya yang amat menggemparkan dan tidak diduga sama sekali
itu, lalu Baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi diusir keluar dari
Damsyik.
Imam Nawawi terima saja perintah
pengusirannya itu dengan hati yang gembira.
Menurut sejarah, pengaruh Imam Nawawi
semasa itu lebih hebat daripada Baginda Sultan Al-Malik Al-Zahir dan mampu
menewaskannya, namun Iman Nawawi tidak ada cita-cita langsung untuk merebut
kuasa daripada Baginda Sultan, itu sangat berbeza dengan Nik Aziz yang
bercita-cita untuk menawan Putrajaya dan seterusnya bercita-cita menjadi PM
walau pun tidak layak.
Kisah ini memberikan kita suatu gambaran
jelas tentang keberanian jiwa seorang ulama bernama Imam Nawawi yang tidak mahu
mengejar pangkat atau kedudukan seperti Nik Aziz dan Haji Hadi, dan sama sekali
tidak rela mengorbankan kebenaran hukum dalam Islam untuk kepentingan seseorang
itu dengan merugikan orang ramai yang lain.
Imam Nawawi ialah seorang bujang yang
tidak pernah berkahwin seperti saya juga kerana bimbang kecintaan kepada Allah
s.w.t. dan kepada Rasulullah s.a.w. boleh terjejas jika berkahwin. Imam Nawawi
meninggal dunia pada 24 Rejab 676 Hijrah.
Bolehkah Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din,
Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan ulama
politik lain dalam PAS menunjukan contoh terbaik seperti Imam Nawawi itu? Jawapannya
ialah tidak kerana mereka semua mengidamkan jawatan PM, Tim. PM, Menteri, atau
Tim. Menteri, atau MB Kelantan, atau Tim. MB Kelantan dan jawatan-jawatan
penting lain dalam Kerajaan Persekutuan.
SURAT NO.13
Dalam Al-Quran di Surah Al-Fath Ayat 29 (akhir Ayat),
bermaksud: Nabi Muhammad s.a.w.
ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang
bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang
memusuhi Islam, dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama
sendiri (Islam).
Hari ini Ayat 29 itu diterbalikkan oleh
Nik Aziz. Orang Islam dalam UMNO dimusuhi, sebaliknya orang-orang yang memusuhi
Islam dalam DAP seperti Karpal Singh disayangi. Pelik tetapi benar. Inilah
kenyataan benar yang sangat pahit perlu ditelan oleh orang-orang Melayu.
Nik Aziz berkata (Utusan Malaysia Sabtu
23 Jun 12 muka 8) bahawa beliau ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w.
yang dipelajarinya di Universiti Al-Azhar. Jika benar Nik Aziz ada kedua-dua
ilmu tersebut, kenapa Nik Aziz tolak perpaduan dengan UMNO, sebuah parti
politik tertua di negara ini yang disertai oleh orang-orang Melayu, juga
beragama Islam?
Perpaduan ditolak, maknanya menolak Ayat
29 itu. Apa tidaknya, Nik Aziz berkata, apa pula kata Lim Guan Eng. Nik Aziz
berkata lagi, jika UMNO benar-benar ingin perpaduan maka perpaduan itu
hendaklah secara menyeluruh termasuk perpaduan bersama DAP dan PKR.
Pelik bunyinya. Hendak menjalin
perpaduan sesama Melayu dan Islam dalam UMNO pun terpaksa meminta kebenaran terlebih
dahulu daripada pemimpin DAP Lim Guan Eng @ Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Tidak
logik langsung, dan adakah benar Nik Aziz itu ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis
Nabi s.a.w. yang telah mempelajarinya di university tersebut? Jika benar,
kenapa jadi begini.
Adalah tidak logik langsung. Saya
percaya Allah tidak akan angkat orang jenis seperti itu menjadi pemimpin di
peringkat Kerajaan Persekutuan jika cakapnya berbelit-belit.
Saya berpendapat, jika Imam Nawawi masih
hidup hingga ke hari ini pastilah beliau akan mengeluarkan fatwa bahawa
mengundi PAS adalah HARAM berdasarkan hujah-hujah di bawah:
·
PAS berada dalam Pakatan
Pembangkang terdiri daripada 3 gabungan parti bersama DAP dan PKR.
·
Dalam Pakatan Pembangkang,
DAP yang menentukan hala-tuju perjuangan dalam pakatan. Kesemua pemimpin dalam
DAP ialah orang-orang kafir yang menentang penubuhan negara Islam dan Hukum
Hudud serta anti-peruntukan untuk masjid.
·
Pemimpin utama dalam Pakatan
Pembangkang ialah orang Islam daripada parti PKR, namun ramai orang-orang
bawahannya adalah terdiri daripada orang-orang kafir yang bencikan kepada
Islam. Buktinya ialah seorang Ahli Parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu (Kedah)
daripada PKR bernama Zulkifli Nordin yang memperjuangkan Islam telah diambil
tindakan tatatertib, dan Zulkifli Nordin mengambil keputusan keluar daripada
PKR. Pendek kata tidak boleh berjuang untuk kepentingan Melayu dan Islam dalam
Pakatan Pembangkang, dan kepimpinan ulama dalam PAS tidak boleh berbuat apa-apa
dan hanya mampu menjeling mata sesama sendiri sahaja.
·
Mursyidul Am PAS Nik Aziz
sentiasa mengeluarkan fatwa yang salah dan sentiasa mengeluarkan
perkataan-perkataan kotor yang tidak melambangkan perjuangan Islam untuk
berdakwah.
·
Ulama-ulama PAS mengamalkan
“Bidaah” kerana mencampakan diri mereka dalam politik di mana Rasulullah s.a.w.
tidak terlibat dalam mana-mana parti politik seperti hari ini, atau mana-mana
ceramah politik atau kempen PRU atau PRK semasa Baginda masih hidup.
·
Pemimpin No. 1 dalam BN
ialah orang Islam daripada parti UMNO yang menerajui Kerajaan BN. Pemimpin No.
1 ini TIDAK boleh ditentang kerana beliau sudah terbukti tidak mengabaikan
kemajuan Islam di negara ini, dan parti-parti lain dalam gabungan BN seperti
MCA, Gerakan, MIC, PPP dan parti-parti lain tidak menentang pemimpin No. 1
dalam BN sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini berbeza dengan
Pakatan Pembangkang di mana semua ulama PAS termasuk Mursyidul Am PAS Nik Aziz,
Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad
Mustafa dan ulama-ulama lain dalam PAS termasuklah ustaz-ustaz PAS telah
berjaya dicucuk hidung mereka oleh kepimpinan DAP, dan semua suara mereka dalam
PAS adalah tidak laku lagi dalam Pakatan Pembangkang. Dalam bahasa mudah PAS
adalah askar kepada DAP.
Wahai pembaca sekalian, kita tinggal
dulu kisah Imam Nawawi. Kita bercakap pasal syurga pula sebab syurga ini orang
minat hendak mendengar ceritanya.
Saya dengan tegas ingin bertanya Nik
Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah,
Muhamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS, syurga macam mana yang
dijanjikan kepada pengundi yang mengundi PAS itu. Mengikut fahaman saya ada 3
macam syurga iaitu 2 (dua) di akhirat dan 1 (satu) di dunia. Syurga-syurga itu
ialah:
Syurga No. 1:
Syurga di akhirat yang menempatkan orang-orang mu’min (orang-orang beriman)
tanpa melalui hukuman di alam kubur atau melalui hukuman di dalam neraka.
Maknanya masuk terus ke syurga dengan rahmat Allah tanpa melalui hukuman Allah.
Adakah Syurga jenis ini wahai Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam
Musa (bakal MB Kelantan), Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan pemimpin
tertinggi lain dalam PAS? Tolong jawab pertanyaan ini di mana-mana ceramah PAS,
dan tolong jelaskan sejelas-jelasnya supaya orang-orang Melayu yang mudah
ditipu tidak akan ditipu lagi. atau
Syurga No. 2:
Iaitu dimasukan ke syurga ini setelah menjalani hukuman di alam kubur dan di
dalam neraka. Jika syurga ini tak payah berjanjilah. Semua orang Islam boleh
masuk ke syurga ini setelah menjalani hukuman Allah. atau
Syurga No. 3:
Iaitu syurga membeli-belah di KB Mall?.
Saya yakin kepimpinan PAS sudah tahu di
mana kelemahan orang-orang Melayu. Kepimpinan PAS boleh baca dan dengan sebab
itu PAS sangat suka berjanji kepada pengundi-pengundi yang mengundi PAS akan
dimasukan ke syurga.
Orang-orang Melayu yang jahil ilmu
Al-Quran sangat mudah ditipu hidup-hidup oleh manusia kerana mereka sebenarnya
tiada pembelaan daripada Allah s.w.t.
Sebagai contoh, apabila timbul pelaburan
“Skim Cepat Kaya” maka berduyun-duyunlah orang-orang Melayu dari segenap
golongan muncul. Ada ahli akademik, guru-guru, pegawai polis, pegawai tentera
dari pangkat Jeneral hingga ke pangkat prebet, pegawai bank hingga ke
penghantar surat, pengarah-pengarah syarikat hingga ke kerani biasa,
kontraktor, nelayan dan petani, orang-orang kampung dan lain-lain akhirnya
semua kena tipu.
Sebelum itu mereka mempengaruhi orang
lain pula untuk menyertainya. Ada yang sanggup berhutang dengan Ah Long, ada
yang jual tanah pusaka di kampung, ada yang gadai rumah atau harta-harta lain
dan bermacam-macam lagi. Inilah bangsa Melayu yang mudah terkena tipu jika ilmu
Al-Quran tiada di dada mereka.
Bukan setakat itu sahaja, wanita-wanita
cantik daripada golongan anak-anak dara atau isteri orang sangat mudah
terpedaya oleh lelaki yang kacak atau lelaki yang berlagak kaya. Pinjam kereta
Mersedes Benz atau BMW kawan dan masuk kampung berlagak orang kaya. Wanita atau
gadis-gadis cantik pun mulalah menjeling dan menjadi semacam tertarik.
Banyak lagi yang boleh dikaitkan, contoh
mudah anak-anak gadis atau isteri-isteri orang, atau janda sangat mudah
diperdayakan oleh Bomoh demi untuk menyembuh penyakit, akhirnya segala
kehormatan yang ada dicabul atau diteroka.
Banyak Hospital Kerajaan ada didirikan
oleh Kerajaan BN yang diterajui UMNO tetapi masih mencari Dr. Kampung (Bomoh).
Inilah jenis-jenis penyakit orang Melayu dan tidak terkecuali juga dalam
politik.
Kembali kepada perkara di atas setelah
kita ditipu, maka hilanglah segala-galanya barulah hendak menyesal seperti
Melayu di Pulau Pinang yang dijanjikan segala kebaikan sebelum PRU-12 yang lalu.
Setelah pakatan pembangkang yang terdiri
daripada DAP, PKR dan PAS menang dan berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri di
Pulau Pinang, semua janji tinggal janji sahaja dan orang-orang Melayu kekal
menderita.
Hakikatnya, hari ini lihatlah sendiri
apa sudah jadi kepada orang-orang Melayu dan kaum India di Pulau Pinang, asyik
kena tindas sahaja. Hanya kaum Cina sahaja yang lebih selesa kerana Ketua
Menteri berbangsa Cina daripada DAP.
Jika Melayu Kelantan atau Melayu di
negeri-negeri lain masih tidak sedar diri, maknanya itu adalah Melayu bodoh
yang sukar diberi peringatan.
SURAT NO.14
Di ceramah PAS atau di mana-mana majlis
ilmu sama ada di masjid atau di surau, ada penceramah PAS berkata dahulu
selepas Rasulullah s.a.w. wafat maka muncullah para ulama-ulama untuk
menyebarkan Islam.
Katanya lagi, sebenarnya ulama-ulama itu
adalah pewaris Nabi s.a.w. Katanya lagi, para ulama-ulama itu tidak tidur malam
hanya berzikir, baca Al-Quran dan mendirikan solat (sembahyang). Katanya lagi,
ada ulama khatam satu (1) Al-Quran pada setiap malam.
Katanya lagi, ada ulama-ulama mendirikan
solat sunat seribu (1,000) rakaat pada
setiap malam. Ulama-ulama itu adalah pewaris Nabi s.a.w. dan kita tidak boleh
menentangnya. Katanya lagi, kita boleh mengisytiharkan perang jika ada orang
memusuhi para ulama. Katanya lagi, Nik Aziz itu dan pemimpin ulama lain dalam
PAS adalah ulama.
Beginilah kisah. Saya tidak percaya apa
yang diperkatakan itu. Marilah kita kaji perkara-perkara yang ditimbulkan itu
secara akademik.
Pertama
: Tak tidur malam hanya berzikir, baca
Al-Quran dan Solat. Berapa malam boleh dilakukan ibadat ini? Masuk hari ke
5 pengsan kerana tidak cukup tidur, lainlah jika di siang hari ulama-ulama itu
tidur seperti singa jantan. Jika tidur di siang hari, itu bukan ulama namanya.
Itu kaki tidur, nak makan minta sedekah. Ulama apa macam tu! Lainla! jika ada
harta banyak.
Kedua
: Khatam Al-Quran pada setiap malam.
Ini pun bohong juga. Al-Quran Resam Uthmani ada 604 muka surat. Jika dibaca
paling cepat sekali mengikut Hukum Tajwid, purata ia mengambil masa 1 minit 45
saat. Jika baca lebih cepat lagi maka terpisahlah sebutan dan hukum-hukum dalam
bacaan Al-Quran. Jika dikira 1 minit 45 saat (105 saat x 604 muka surat =
63,420 saat bersamaan (1,057 minit). Kemudian 1,057 minit dibahagikan kepada 60
minit = 17.61 jam. Di waktu malam ada berapa jam? Sendiri jawablah. Dengan
hujah saya ini sebenarnya untuk Khatam bacaan satu-satu Al-Quran dengan
sempurna tanpa silap ia mengambil masa sekurang-kurangnya 17.61 jam. Mana boleh
satu malam Khatam satu Al-Quran? Anak senohong sepat tuka, nak bohong kat sapa?
Ketiga
: Ulama mendirikan solat sunat 1,000 (seribu rakaat) setiap malam. Ini
lagi bohong. Kitab mana yang penceramah itu baca? Kitab yang ditulis oleh Nik
Aziz ke? Mungkin juga kitab-kitab yang ditulis oleh orang-orang Yahudi yang
menyamar sebagai ulama Islam untuk memesongkan pemikiran orang-orang Islam yang
tidak ada ilmu Al-Quran. Itu dipanggil “Kitab Israelliah” yang tidak
bersumberkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Jika kita solat dengan hanya
membaca Al-Fatihah sahaja ia memerlukan masa secapat-cepatnya 2 minit. Dalam
mengerjakan setiap solat, kita hendaklah mematuhi syarat-syaratnya. Bukannya
boleh buat sesuka hati kita sahaja. Perkiraan: 2 minit x 1,000 (satu ribu)
rakaat = 2,000 (dua ribu) minit. 2,000 (dua ribu) minit dibahagikan kepada 60
minit = 33.32 jam. Di waktu malam ada berapa jam? Sendiri jawablah. Dengan
hujah ini, penceramah itu adalah bohong hidup-hidup.
Sebelum ini, saya tidak dapat menahan
air mata, terbakar hati apabila membaca satu berita bertajuk “Murid meninggal
dipukul guru asrama” yang berlaku di asrama Sekolah Agama Rakyat Al-Furqan,
Jejawi, Kangar, Perlis.
Sekolah itu adalah di bawah kelolaan
sebuah parti politik bernama PAS. Murid lelaki berumur 7 tahun itu (namanya
tidak perlu disebutkan) disahkan meninggal dunia pada jam 8.50 pagi 3 April
2011 setelah koma selama 3 hari.
Kejadian itu berlaku pada 31 Mac 2011 di
antara jam 6 petang hingga 12 tengah malam.
Di fahamkan kanak-kanak itu diikat
kedua-dua belah tangannya kemudian dipukul selama beberapa jam. Berita terakhir
ialah kanak-kanak itu dipukul oleh Penyelia Asrama. Sekolah kelolaan PAS itu
bernama Al-Furqan, Al-Furqan maknanya Al-Quran. Beginikah cara yang diajar
dalam Al-Quran?
Perbuatan kejam Penyelia Asrama itu
sebenarnya mewarisi perangai buruk seorang anak lelaki Nik Aziz yang pernah
memukul muridnya pada beberapa tahun dahulu hingga menjadi kes polis, dan semua
pemimpin dan penyokong PAS mempertahanankan anak lelaki Nik Aziz itu.
Harimau, singa atau gajah pun akan
mampus juga jika diikat tangan kemudian dipukul seperti yang dialami oleh
arwah, sanggup di buat begitu, itu budak kecil, baru berumur 7 tahun.
Insya’Allah, di akhirat nanti murid itu berkemungkinan dapat melihat Penyelia
Asrama sekolah agama kelolaan PAS yang memukulnya hingga mati itu dicampak ke
neraka bersama pemimpin PAS lain yang menyeleweng Ayat-Ayat Al-Quran.
Jika perkara sama dilakukan oleh ahli
UMNO, pastilah satu Malaysia penceramah-penceramah PAS akan hentam UMNO.
Apabila berlaku di pihaknya (PAS), senyap sunyi. Inilah wajah-wajah PAS yang
bercita-cita besar untuk menawan Putrajaya.
Kanak-kanak itu sebenarnya dipelihara
oleh keluarga angkat kerana ibunya telah meninggal dunia semasa dia berusia 3
tahun. Bapa kandungnya bekerja di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra, Kedah
pada bulan Mac 2011 yang lalu. Sebagai manusia kita hendaklah sedar bahawa
kanak-kanak itu tidak mendapat belaian ori dari ibu kandungannya kerana ibu
kandungnya itu telah meninggal dunia lebih awal.
Saya rasa sedih sekali, hairan, tidakkah
ada guru atau staf lain cuba menghalang penderaan Penyelia Asrama sepanjang 2
jam memukul kanak-kanak itu dengan tangan diikat sehingga menyebabkan koma dan
membawa kepada kematian? Kemudian PAS cuba pula nak mengalihkan kematian itu
kerana ada penyakit sawan. Inikah yang diajar oleh Islam yang dibawa oleh PAS
pimpinan Nik Aziz? Hapuskanlah PAS dalam
peta politik tanah air pada PRU-13 nanti.
Saya berpendapat, ibu angkat kanak-kanak
itu sesungguhnya berniat baik menghantarnya belajar di sekolah agama untuk
menjadi manusia yang lebih berguna. Beliau juga mempunyai keyakinan penuh akan
menerima ilmu yang betul. Namun apa yang disangka baik selama ini telah
bertukar kepada tragedi yang sungguh menyayat hati.
Inilah jadinya. Kerajaan BN yang
diterajui oleh kepimpinan UMNO sudah memerah otak siang dan malam memikirkan
bagaimana untuk memberikan pendidikan yang sempurna dengan secukupnya kepada
rakyat dengan membina beratus-ratus sekolah pada setiap tahun mengikut
keperluan.
Kerajaan BN sudah mendirikan sekolah
untuk rakyat, kenapa bersusah payah menghantar anak ke sekolah swasta pula yang
dikelola oleh PAS? Inilah akibatnya kalau tidak percaya sangat dengan Kerajaan
BN pimpinan UMNO.
Kematian kanak-kanak dipukul oleh
Penyelia Asrama di sekolah agama tersebut yang di bawah kelolaan PAS Negeri
Perlis langsung tidak disentuh oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib,
Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain
dalam PAS termasuklah penceramah cari makan dalam PAS.
Kerajaan BN tidak pula mempolitikkan isu
kematian kanak-kanak yang didera ala-Jahiliah oleh Penyelia Asrama itu walau
pun sekolah agama itu milik PAS negeri Perlis. Ini menunjukan kematangan
kepimpinan dalam UMNO yang menerajui Kerajaan BN. Moga-moga UMNO dapat merampas
kembali dan memenangi semua Kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara yang
ditandingi oleh parti ajaran sesat itu.
Kematian Teoh Beng Hock iaitu Setiausaha
Politik kepada seorang Exco Selangor daripada DAP pada 16 Julai 2009 yang masih
tidak tahu punca kematiannya telah ditangisi siang malam oleh rakan kongsinya
daripada PAS iaitu Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik
Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa, kepimpinan PAS Kelantan, kepimpinan PAS
Kedah, dan semua pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuklah
penyokong-penyokong PAS lain, juga ditangisi oleh kepimpinan muslimah PAS
hingga menuduh Kerajaan BN menjadi puncanya. Walhal punca kematian itu tiada
siapa yang tahu.
Sebagai simpati kepada rakan kongsinya
dalam politik, seorang pemimpin tertinggi dalam PAS iaitu Nizar Jamaluddin
(bekas MB Perak) telah menghadiri satu majlis memperingati kematian Teoh Beng
Hock di Ipoh dengan bertakafur serta sembahyang membakar lilin dan anggup
kepala cara agama Buddha.
Apabila perkara itu ditanya kepada Nik
Aziz, Nik Aziz kata, boleh dan tidak salah, Islam membenarkan orang-orang Islam
memberi hormat kepada orang kafir walau pun mengikut cara agama mereka. Saya
hendak bertanya Nik Aziz, hadis Nabi s.a.w. yang mana? Dalam Al-Quran Ayat
berapa dan di Surah mana yang Islam berkata boleh itu?
Saya berpendapat, cara yang dilakukan
oleh Nizar itu ada kemungkinan boleh menyebabkan beliau tergelincir keluar
daripada agama Islam jika tidak bertaubat. Dahulu, pada tahun 60an (jika
tidak silap saya) ada seorang Ahli Parlimen Parit, Perak daripada PAS bernama
Hashim Gera telah menghadiri satu majlis jamuan di Bangunan Parlimen dan
berjoget dengan wanita ketika itu. Kepimpinan PAS semasa itu telah
mengambil tindakan dengan memecatnya daripada PAS.
Dalam Islam mengikut fahaman saya,
berjoget dengan wanita hanya berdosa sahaja dan tidak seperti perbuatan Nizar
itu yang dibenarkan oleh Mursyidul Am PAS Nik Aziz.
Kematian seorang Penolong Pengarah
Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang kematiannya ada persamaan
dengan kematian Teoh Beng Hock iaitu jatuh daripada bangunan SPRM tidak pula
ditangisi atau menyalak-menyalong sasau seperti kematian Teoh Beng Hock oleh
Nizar Jamaluddin, Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Tain, Husam Musa, Nik
Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa dan kepimpinan tertinggi lain dalam PAS.
Kenapa tidak suruh kerajaan tubuhkan
Suruhanjaya Siasatan Di Raja seperti Teoh Beng Hock. Kematian Teoh Beng Hock,
PAS bukan main bising lagi hingga berkawal dirumahnya. Bila pula PAS nak
“berarak” sebagai pembela atau panggil pakar forensik Thailand atau nak mula
mengusung foto Ahmad Sarbani? Tak usah cakap laa! perjuangan PAS memang
menyeleweng.
Jika Melayu masih mengundi PAS, maknanya
Melayu tempah atau cari nahas la! sekarang dah dapat tengok jenis penyelewengan
perjuangan PAS yang diterajui oleh orang-orang bergelar ulama politik. Jika
pemimpin-pemimpin lama dalam PAS masih hidup, tak kan jadi begini.
Hari ini, PAS yang dipimpin oleh Nik
Aziz itu umpama seperti seekor beruk, kerjanya hanya memanjat dan petik kelapa
muda untuk diminum oleh tuannya yang bernama Pak Su DAP dan Pak Cik PKR. Hati
beruk itu memang penakut tetapi jika enggan memanjat pokok kelapa, ia akan
dipukul dan direndam ke dalam kolah air oleh tuannya DAP itu.
Nik Aziz kata mahu perjuangkan Islam
tetapi menolak perpaduan sesama Islam dalam UMNO. Sebaliknya menerima orang
kafir dalam DAP yang menentang Hukum Hudud dan penubuhan negara Islam ala-PAS
sebagai rakan kongsi politik.
Kita kena ingat sikit bahawa orang kafir
sebenarnya memang ada niat hendak hancurkan Islam. Itu tugas utama mereka. Di
zaman darurat duhulu pun ada komunis boleh menyamar masuk ke dalam masjid dan
menghafal beberapa Ayat Al-Quran untuk menghancurkan bangsa Melayu kita.
Cuma Nik Aziz sahaja yang tidak sedar
kerana dia masih berkawan dengan syaitan. Sekarang DAP tidak perlu lagi bekerja
keras berkempen menghentam BN khususnya UMNO kerana orang suruhannya dalam PAS
sedia memikul tanggungjawab berat itu, baik tuan! kata PAS.
Kita tidak pernah mendengar pun selama
ini DAP menghentam MCA atau Gerakan dengan teruk di dalam ceramah-ceramah
mereka. Mereka dalam DAP itu hanya menghentam UMNO sahaja. Ekoran hentaman itu
tempiasnya terkena juga kepada MCA dan Gerakan. Akhirnya hampir keseluruhan
kerusi DUN dan kerusi Parlimen yang ditandingi MCA dan Gerakan di kawasan majoriti
pengundi bukan Melayu telah tewas ditangan pembangkang DAP dan PKR.
SURAT NO. 15
Di zaman Tun Razak (bapa PM Najib)
menjadi Perdana Menteri, Allahyarham sambil bertongkat ke hulu ke hilir,
terbang ke Sabah, terbang ke Sarawak, masuk ke daerah di pendalaman semata-mata
untuk memajukan negara.
Kini tugas itu dipikul pula oleh Najib.
Ini sangat berbeza dengan Nik Aziz. Nik Aziz pun bertongkat juga ke seluruh
negara tetapi untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu atas nama Islam. Adakah
kita orang-orang Melayu hendak biarkan? Orang Melayu tanpa ilmu Al-Quran
sebenarnya mudah ditipu oleh manusia bertemankan syaitan seperti Nik Aziz itu.
Contoh Melayu mudah ditipu ialah Skim
Cepat Kaya, Skim Labu Perang, Skim Biji Padi, Skim Pak Man Telo, Skim Air Bukit,
Skim Anak Bawang, Skim Piramid, Skim Biji Lada, Skim Gajah Putih dan skim-skim
lain lagi. Mudah betul Melayu terkena tipu.
Dalam kempen politik PAS pun begitu. Tak
serik-serik orang Kelantan terkena tipu. Sampai ke syurga pun orang Melayu
percaya janji Nik Aziz itu. Mengalah Rasulullah s.a.w., kerana Baginda hanya
berjanji syurga kepada 10 orang sahaja sahabatnya. Namun Nik Aziz berjanji
kepada semua yang mengundi PAS termasuk orang-orang kafir. Formula mana yang
Nik Aziz pakai itu ?
Nasib baiklah Allah s.w.t. jadikan
apabila matinya anak Adam itu maka terputuslah mereka dengan dunia melainkan 3
(tiga) perkara yang dibawa bersama iaitu amalannya, sedekah jariah dan ilmu
yang dimanafaatkan serta anak soleh yang mendoakan kesejahteraannya. Jika Allah
s.w.t. membenarnya orang-orang mati yang berada dalam kubur itu naik semula ke
dunia ini sudah pastilah Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam
Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam
PAS akan kena sepak terajang hingga hancur kerana berbohong dalam hukum agama
dengan si mati itu semasa simati itu masih hidup.
Bukan sahaja kematian Teoh Beng Hock
ditangisi dan dibela oleh PAS, kematian seorang penjenayah di lokap polis iaitu
En. Kugan (kaum India) juga ditangisi dan dibela oleh parti yang bernama Parti
Islam Se Malaysia atau dipanggil PAS. Jika Melayu mati senyap, jika kaum Cina
atau India atau Punjabi mati PAS tetap bising jika ia dimulakan oleh DAP. Jika
DAP tak bising, maka PAS pun tak bisinglah. Al-maklumkan kerbau-kerbau dalam
PAS itu telah pun berjaya dicucuk hidungnya oleh DAP.
Wahai bangsa Melayu, hanya kamu sahaja
yang boleh mengajar Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik
Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa, Nizar Jamaluddin dan pemimpin tertinggi
lain dalam PAS melalui 2 (dua) undi, 1 (satu) undi untuk kerusi DUN dan 1
(satu) undi lagi untuk kerusi Parlimen. Hapuskan PAS dalam peta politik tanah
air. Sekarang Allah s.w.t. sudah tunjuk sikit-sikit kepada kita, tak kan lah
kita tidak mahu berfikir.
Saya masih ingat, di satu ceramah
politik PAS di Stadium Mini Pasir Mas pada akhir tahun 2010 yang lalu, Nik Amar
Nik Abdullah (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) ada berkata: Jika PAS tidak
bekerjasama dengan DAP bermakna PAS membenarkan penyelewangan berlaku dalam
kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO.
Jika PAS tidak bekerjasama dengan PKR,
pun begitu juga. Saya nak tanya, kenapa tidak ambil pendekatan Perang
Badar di mana jumlah tentera Islam lebih kecil dan mampu menang dalam
peperangan itu? Kata Nik Amar lagi, setiap keputusan yang dibuat oleh tok guru
Nik Aziz adalah keputusan betul setelah Nik Aziz membuat sembahyang Istikarah
meminta petunjuk. Ini cerita lamalah.
Sekarang saya nak tanya, keputusan betul
macam mana? petunjuk apa yang dimaksudkan oleh Nik Amar Nik Abdullah itu? Di
setiap kali apabila tiba PRU atau PRK maka keputusan pemilihan nama-nama calon
PAS adalah diputuskan oleh Nik Aziz setelah Nik Aziz membuat sembahyang
Istikarah. Tetapi yang peliknya, ramai juga calon-calon PAS itu tewas di tangan
UMNO pada PRU-12 dan beberapa PRK yang berlalu.
Apabila kalah, kena terimalah. Janganlah
pula kata kat orang yang mengundi itu sebagai Jahiliah!, kata masih pakai cawat
dan berbagai-bagai lagi. Bila PAS menang mendabik dada sambil berkata malaikat
dari langit turun membantu pengundi untuk mengundi PAS. Jika kalah, kata ramai
pengundi hantu UMNO datang mengundi dengan 100 buah bas, dan semua penyokong
PAS percaya.
Nik Amar Nik Abdullah dan pemimpin
tertinggi lain dalam PAS adalah cetek ilmu Al-Quran. Bacalah Al-Quran di Surah
A-Li ‘Imraan Ayat 26. Apa Allah kata? Allah s.w.t. telah memberi kemenangan
kepada PAS ala-Perang Badar di Perak pada PRU-12 yang lalu (Mac 2008). Contoh,
PAS bertanding di 21 kerusi DUN dan hanya menang 6 kerusi DUN sahaja tetapi
Allah telah angkat wakil PAS iaitu Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak.
Nizar menang di kerusi DUN N51 Pasir
Panjang dengan mendapat undi sebanyak 11,994 undi, dengan mengalahkan calon BN
Datuk Dr. S. Vasan yang mendapat sebanyak 7,520 undi. DUN N51 Pasir Panjang
terdiri pengundi Melayu: 65.69%, Cina: 14.95%, India: 19.17%, Lain: 0.17%.
Jika BN meletakan calon Melayu UMNO di
DUN itu, pastilah BN menang kerana di situ ialah majoriti pengundi Melayu dan
majoriti penduduk Melayu. Orang-orang Melayu memberi undi kepada PAS adalah
merupakan undi protes kerana orang-orang Melayu di seluruh negara sangat bosan
kepada kepimpinan UMNO ketika itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sentiasa
condong kepada tuntutan-tuntutan daripada bukan Melayu dalam MCA, Gerakan, MIC,
PPP dll.
Inilah jadinya apabila Melayu marah.
Harap-harap Najib tidak meniru style Tun Abdullah Ahmad Badawi dan minta
dijauhkan. Saya percaya Najib ada caranya tersendiri untuk memuaskan hati
orang-orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan semua kaum di negara ini.
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas PRU-13 kelak.
Saya yakin pengaruh Nik Aziz dan
pengaruh PAS akan dipadamkan dalam peta politik tanah air selepas PRU-13 kelak.
Ramai pemimpin tertinggi DAP, PKR dan PAS berada di hujung usia. Moga-moga
Allah s.w.t. memanjangkan umur mereka dengan harapan mereka dapat melihat apa
keputusannya selepas PRU-13 kelak. Pastilah BN akan menang secara mutlak.
Berkaitan dengan kemenangan PAS hanya 6
kerusi DUN sahaja daripada 21 kerusi yang dipertandingkan di Perak, secara
tidak terlintas difikiran kita bahawa Allah boleh mengangkat Nizar Jamaluddin
sebagai Menteri Besar seperti apa yang tersebut dalam Al-Quran pada Surah A-Li
‘Imraan Ayat 26 itu.
Setelah kelakuan buruk Nizar Jamaluddin
membuat sesuatu dasar yang merugikan orang-orang Melayu dan Islam dengan
meluluskan berbagai dasar hingga boleh merugikan harta negeri Perak seperti
tanah, kawasan pembalakan dan lain-lain lagi, maka Allah telah menarik balik
kuasa pemerintahan yang telah diberikan kepada Nizar Jamaluddin itu.
Orang-orang Melayu hendaklah sedar.
Bersatulah dalam UMNO yang menjadi payung kepada orang-orang Melayu sejak tahun
1946 lagi. Di samping itu sentiasalah berdoa kepada Allah untuk memberi segala
kemenangan kepada kita di dunia ini dan kemenangan kita ke atas orang-orang
kafir. Ini ada dijelaskan dalam Al-Quran di Surah
Al-Baqarah Ayat Akhir.
SURAT NO. 16
PAS sentiasa bersekutu dengan
orang-orang kafir dalam parti perkauman iaitu DAP yang sentiasa menentang
penubuhan negara Islam, macam mana PAS nak menang? Jika Allah marah, pastilah
tidak akan menang orang-orang itu dalam apa-apa perjuangannya. Bacalah Al-Quran
pada Surah Muhammad s.a.w. Ayat 7.
Ini ikut telunjuk DAP. Mana boleh menang?
Di sini saya ingin menghuraikan sedikit
mengenai manusia yang suka melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Huraian ini sebenarnya ada kaitan pada sesetengah manusia yang suka menjaga “tepi kain orang” tanpa menyuluh diri
sendiri.
Perangai buruk ini sebenarnya banyak
dilakukan oleh Nik Aziz bersama pemimpin tertinggi lain dalam PAS dan juga oleh
penyokong-penyokong PAS seolah-olah mereka semua adalah manusia baik atau
manusia terbaik di sisi Allah yang tidak membuat apa-apa dosa dan disahkan akan
masuk syurga.
Ringkas, dalam Al-Quran di Surah Faatir Ayat 18 (dalam Al-Quran,
Surah Faatir berada sebelum Surah Yaasiin) bermaksud: Dan ketahuilah, seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan
orang lain, dan jika seseorang yang berat tanggungnya dengan dosa, memanggil
orang lain untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul
sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari
kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi
peringatan kepada orang-orang yang takut melanggar hukum-hukum Allah semasa
mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta
mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya dari segala
yang dilarang maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan
dirinya sendiri. Dan ingatlah kepada Allah jualah tempat kembali.
Huraian ringkas dalam bahasa mudah: (jika
En. Mamat buat dosa maka En. Mamat lah yang tanggung dosa itu dan En. Husin
tidak boleh tanggung dosa En. Mamat walaupun En. Mamat itu ada hubungan
adik-beradik dengan En. Husin). Jadi kenapa Nik Aziz dan ulama-ulama PAS lain
sibuk sangat dengan orang-orang itu ! dengan isteri orang-orang ini yang tidak
tutup aurat ! orang itu tak pernah sembahyang subuh ! manalah kita tahu orang
itu tidak pernah sembahyang subuh, kita nampak ke ?
Dunia di akhir zaman ini orang-orang
yang mengaku ulama sebenarnya tidak mahu menyuluh diri masing-masing. Apa yang
mereka nampak hanya salah atau kesilapan orang lain sahaja. Inilah jenis
manusia yang bergelar ulama politik dalam PAS.
Walau bagaimana pun dalam Al-Quran,
Allah memerintah umat Muhammad s.a.w. supaya sentiasa berdakwah ke jalan yang
sebaik-baiknya sebagaimana yang di perintahkan, rujuk Al-Quran: Surah A-Li ‘Imraan Ayat 110 bermaksud:
Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang dari segala perkara yang salah, buruk dan keji, serta kamu pula
beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi
dan Nasrani) itu beriman sebagaimana yang semestinya, tentulah iman itu menjadi
baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang yang fasik.
Huraian
1 : Ringkas, di negara ini orang-orang Melayu
dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat hak keistimewaan di bawah PERKARA
153 Perlembagaan Persekutuan. Demikianlah juga dengan jaminan Allah pada Ayat
tersebut iaitu diberikan kemuliaan dan keistimewaan kepada umat Muhammad s.a.w.
selagi mereka tetap setia menjalankan 3 dasar Islam yang utama, iaitu membuat
kebaikan dan menyuruh orang lain berbuat kebaikan juga, dan tidak membuat
kejahatan dan melarang orang lain membuat kejahatan, serta beriman kepada Allah
s.w.t. dengan sebenar-benarnyanya dan juga menyuruh orang lain membuat perkara
yang sama.
Huraian
2 : Bukan seperti Nik Aziz dan pemimpin
tertinggi dalam PAS, “round” Malaysia menceritakan keburukan orang lain
terutamanya memburukan pemimpin negara sebangsa dan seagama dalam UMNO.
Seolah-olah semua penyokong PAS itu merupakan manusia-manusia yang tidak
membuat dosa.
Suluhlah diri sendiri wahai Nik Aziz dan
semua penyokong dan pemimpin tertinggi dalam PAS. Apabila bagun pagi daripada tidur,
adakah ulama politik PAS pasang niat untuk membina kekuatan bangsa Melayu dan
Islam ? atau pasang niat malam ini untuk ke ceramah PAS dan mahu hentam si
polan itu dan si polan ini ? dan mahu hentam lagi Mufti Perak dengan sebutan
“Harus Sana”, “Harus Sini” (merujuk kepada nama Mufti Perak) dan hentam ulama
UMNO dengan sebutan “ular dalam semak” dan terus mendapat tepukan gemuruh serta
ucapan takbir ?
Itulah jenis-jenis cabang kerja PAS
untuk memesongkan pemikiran orang-orang Melayu bermatlamat menjatuhkan
kepimpinan UMNO di negara ini dengan
bertopengkan Islam, dan mendakwa pula bahawa Nabi s.a.w. pun terlibat
dalam politik. Masya’Allah ! tuduh Nabi s.a.w. terlibat dalam politik ! Nabi
s.a.w. itu parti politik bernama apa ?
Berkaitan dengan pengaruh PAS,
sebenarnya dalam bahasa mudah: mata wang PAS atau saham PAS hanya akan naik
mendadak jika krisis berlaku dalam UMNO mengakibatkan mata wang UMNO atau saham
UMNO jatuh. Jika keadaan atau kedudukan UMNO stabil seperti hari ini, pengaruh
PAS adalah seperti suara katak hanya berbunyi di musim hujan sahaja. Apabila
hujan berhenti maka suara katak tadi terus hilang dan tidak kedengaran lagi.
Itulah dia wajah-wajah PAS di masa ini.
Huraian
3 : Dalam politik, jika PAS ingin membina
kekuatan bangsa Melayu dan Islam, PAS patut belajar daripada DAP, MCA dan
Gerakan di mana ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti-parti tersebut tidak
hentam sesama bangsanya. Jika ada pun hanya sikit-sikit sahaja. Berbeza dengan
PAS yang sanggup berputus kepala apabila berperang dalam politik dengan UMNO.
Biasala! Askar DAP ! nak tunjuk kerja kuat atau ‘hard-working’ kepada
Jeneral-Jeneral DAP ! Perkara ini berlaku kerana disuruh oleh DAP. Sebab itulah
dalam tempoh 1 minggu dianggarkan lebih kurang 1,000 ceramah PAS diadakan di seluruh
negara untuk menghentam UMNO dan pemimpin UMNO. Saya nak tanya sikit! Tak letih
ke? Baik pergi ke masjid atau ke surau, selepas solat baca Al-Quran, lagi baik,
pasti dapat banyak pahala.
Saya ingin hentikan seketika kisah-kisah
yang dihuraikan di atas dan seterunya ingin membawa para pembaca sekalian
merenungi seketika kisah-kisah yang berlaku di tanah air kita pada tahun 1998
dulu. Sebelum itu saya ingin menyedarkan para pembaca sekalian untuk merenungi
sejenak. Betul ke ? PAS tu berjuang untuk Islam? atau PAS itu hanya askar-askar
upahan berpangkat Prebet kepada Jeneral-Jeneral DAP? Sebab apa saya berkata
begini? Ikutilah kisah-kisah di bawah.
Setelah berakhirnya PRU-12 yang lalu,
negara kita banyak mengadakan PRK. Di semua PRK itu sama ada ditandingi oleh
PAS, atau PKR atau DAP hanya “askar-askar Prebet-Prebet PAS” sahaja yang ramai
kelihatan di hari penamaan calon dengan memekik-mekik, selang-seli diucap
takbir, mana perginya penyokong-penyokong DAP dan PKR?
Dahulu, semasa rusuhan di hari angkat
sumpah jawatan Menteri Besar Perak oleh Dr. Zambry, pun tidak kelihatan
penyokong PKR dan DAP. Semuanya terdiri daripada Melayu PAS berjubah dan
berkopiah putih mengibarkan bendera DAP termasuklah yang tidur di atas jalan
raya untuk menghalangkan kereta pembesar-pembesar Negeri Perak daripada
bergerak.
Adakah itu yang disuruh oleh Islam?
Jawapannya adalah tidak. Itu adalah kerja bodoh yang digerakan oleh hasutan
syaitan, sebab Nik Aziz ada berkata bahawa kita boleh berkawan dengan syaitan
jika syaitan itu berniat baik ingin membantu kita menubuhkan negara Islam.
Syaitan mana?
Saya masih ingat, pada tahun 1998 iaitu
semasa pemecatan seorang pemimpin tertinggi UMNO dalam kabinet, bekas Presiden
PAS (arwah) dan pemimpin lain dalam PAS ada berkata dalam ceramah-ceramah
politik lebih kurang begini bunyinya:
jika
kita nak cuci tong tahit, kita jangan ada dekat dengan tong tahit itu, kerana
dibimbangi tahit itu akan terpalit kepada kita, ini tidak, dia nak cuci tong
tahit itu tapi dia masuk ke dalam tong tahit itu, bodoh betul la dia tu !
kata bekas Presiden PAS ketika itu yang
ditujukan kepada seorang bekas pemimpin tertinggi UMNO yang dipecat itu, DSAI.
Kini apa yang diperkatakan oleh bekas
Presiden PAS pada tahun 1998 itu telah dijilat dan diamalkan oleh PAS sendiri
dengan bergabung dengan DAP, masuk dalam tong DAP, sebuah parti politik yang
sangat-sangat anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu dan anti-anti lain
yang sudah pun disebut berkali-kali sebelum ini. Sekarang bagaimana pendirian
Nik Aziz dan pemimpin lain dalam PAS?
Inilah yang dikatakan “cakap tak serupa
bikin dan bikin tak serupa cakap”. Kata lain dan buat lain. Kepada semua
orang-orang Melayu terutamanya pelajar-pelajar di IPTA / IPTS di bidang
pengajian agama Islam, janganlah hendaknya terpedaya atau terpengaruh dengan
seruan Islam yang sentiasa keluar dari mulut Nik Aziz itu, dan dari mulut
pemimpin PAS lain yang sebenarnya adalah karut belaka.
Sebenarnya mereka itu merupakan
orang-orang tidak berilmu tetapi menonjolkan imej Islam yang tinggi seperti
berjubah, atau berserban besar hingga boleh merosakan urat saraf otak di
kepala. Mereka berbuat demikian adalah bertujuan supaya orang memandang mulia
kepada mereka dengan harapan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Menteri Kanan berimej Islam
akan tercapai dengan mudah.
Bangsa Melayu yang waras hendaklah sekat
nafsu tinggi mereka demi untuk menjamin generasi Melayu selamat, dan di masa
yang sama kemajuan Islam di negara ini ditingkatkan dari masa ke semasa.
Saya juga ingin memperkatakan di sini
bahawa pakaian dalam Islam ialah menutup aurat dan bertetapan pakaian wanita
dipakai oleh wanita, dan pakaian lelaki dipakai oleh lelaki. Itu saja pakaian
dalam Islam.
SURAT NO. 17
Pemakaian mana-mana serban sama ada
serban besar, atau serban ala Punjabi atau berkopiah putih adalah bukan
tergolong dalam pakaian Islam. Dengan sebab-sebab itulah serban-serban tersebut
atau berkopiah putih diharamkan semasa mengerjakan ibadat Tawaf di Mekah.
Pakaian dalam Islam ialah hanya menutup
aurat sahaja bertetapan pakaian lelaki dipakai oleh lelaki dan pakaian wanita
dipakai oleh wanita. Itu saja. Jika mati kelak, kita tidak akan pakai
serban-serban atau kopiah putih itu. Hanya di negara-negara Asia Tenggara
sahaja serban-serban seperti itu kelihatan lebih alim atau warak daripada
orang-orang Islam lain.
Di Mekah atau di Madinah, penduduk Arab
tempatan langsung tidak kelihatan memakai serban-serban seperti yang terdapat
di negara ini. Macam mana kita di Malaysia ini boleh sanjung orang-orang yang
memakai serban-serban seperti itu ? Jika benar serban-serban seperti itu
dipakai oleh Rasulullah s.a.w., semestinyalah ia menjadi ikutan pada penduduk
Arab tempatan di Mekah atau di Madinah atau di seluruh dunia kerana itu adalah
sunnah Nabi s.a.w. Penduduk Mekah dan Madinah langsung tidak memakai serban
seperti serban Nik Aziz, atau serban Haji Hadi, atau serban Ketua Pemuda PAS
Pusat.
Kita tinggalkan kisah-kisah serban itu
dan kita bicarakan semula perihal parti DAP yang membenci bangsa Melayu, Islam
dan lain-lain yang telah pun disebutkan
sebelum ini. Saya berpendapat, Islam seseorang itu adalah terletak
kepada amalannya mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah, dan menjauhi apa
yang dilarang oleh Allah. Mudahkan ? bukan seperti mulut Nik Aziz,
senang-senang kata kat orang, kata UMNO komunis, sampah, jahiliah, Allah
mencarut, boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan nak bantu penubuhan negara
Islam, syaitan mana?, orang kafir boleh masuk ke dewan solat di masjid atau
surau, boleh tunjuk kemaluan lelaki kepada wanita. Jika menang dalam PRU atau
PRK maka dikatakan malaikat turun dari langit membantu pengundi mengundi PAS,
bila kalah dikatakan pengundi Hantu UMNO datang mengundi dan bermacam-macam
lagi.
Saya pun jadi macam nak su’ka (suka)
memikirkan tutur kata yang keluar dari mulut Nik Aziz. Saya berpendapat, Penasihat-penasihat
Nik Aziz itu semuanya tak betul belaka, dan tiada bekalan ilmu yang mencukupi
untuk menasihati bossnya itu.
Berhubung dengan kerjasama PAS dengan
DAP untuk memerintahkan negara, sila ikuti Ayat Al-Quran di bawah:
Surah
A-Li ‘Imraan Ayat 28 bermaksud: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil
orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Dan sesiapa yang melakukan larangan yang demikian maka tiadalah ia mendapat
perlindungan daripada Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga
diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka yang kafir itu.
Huraian
1 : PAS nak takut apa? Di negara ini bukan ada
ancaman hebat daripada orang kafir. Pemimpin UMNO sudah berusaha untuk
menjalinkan ikatan perpaduan dengan PAS. Namun Nik Aziz yang berhati batu itu
menolak kerana hendak menjaga hati Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng
@ Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, itu saja. Dengan sebab-sebab Nik Aziz telah melanggar
larangan daripada Allah, maka setiap masa Nik Aziz dan Haji Hadi dicemuh oleh
kebanyakan orang-orang Melayu. Apabila menerima cemuhan demi cemuhan maka mereka
berdua itu dengan sombong mendakwa bahawa Rasulullah s.a.w. pun dicemuh juga.
Begitulah perangai 2 manusia bergelar ulama politik PAS itu apabila menangkis
hujah-hujah daripada wartawan.
Huraian
2 : Kepada wartawan yang membaca tulisan ini,
mohon bertanya Nik Aziz dan Haji Hadi dan baca Ayat Al-Quran tersebut di
hadapan mereka dan minta mereka terjemahkan kerana mereka berdua itu memahami
bahasa Al-Quran.
Huraian
3 : Saya berpendapat, ulangi, saya berpendapat
sahaja (sama ada benar atau tidak, itu masalah lain) bahawa barangkali
kedua-dua ulama politik PAS itu sudah 20 tahun tidak khatam Al-Quran yang biasa
dilakukan oleh ahli Al-Quran seminggu sekali atau selewat-lewatnya 2 minggu
sekali. Ini bukan tuduhan saya secara melulu. Saya berpendapat sebegini kerana
kedua-dua ulama politik PAS itu tidak fahamkah Ayat tersebut? Saya berpendapat
kedua-duanya faham tetapi sudah terlupa. Dalam Al-Quran Resam Uthmani, Ayat
tersebut berada di Juzuk 3 dan di muka surat 53.
Berbalik kepada PRU atau PRK. Pada PRU-10
di tahun 1999, negeri Terengganu telah jatuh kepada PAS dan dengan sombong
penceramah PAS berkata bahawa Nik Aziz berkata kemenangan besar di Terengganu
dan di Kelantan adalah kerana bantuan malaikat membantu PAS. Dikatakan malaikat
turun dari langit dan tolong mengundi untuk membawa kemenangan kepada PAS, dan
disambut dengan ucapan takbir, takbir, takbir yang bergemuruh. Saya ingin
bertanya satu soalan mudah kepada Nik Aziz:
Kenapa malaikat yang sama tidak turun
sekali lagi dari langit untuk menolong dan membantu mengundi PAS pada PRU-11
(tahun 2004) di Terengganu hingga PAS kalah teruk dan hilang takta kerajaan
negeri? Sebab PAS jahat sangat, Tutup TADIKA UMNO dan berbagai kejahatan lagi.
Semasa memerintah Terengganu dulu sombong sangat walau pun berjubah. Tolong
jawab soalan mudah ini. Jelaslah, malaikat menolong UMNO pada PRU-11 (2004)
sebab UMNO baik sikit daripada PAS di Terengganu ketika itu. Betul tak?
Semasa menang di Terengganu dulu pada
PRU-10 tahun 1999, maka dengan sombong Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun
Taib dan ulama-ulama politik lain dalam PAS pun mengaitlah kemenangan itu ada
persamaan dengan kemenangan Perang Badar. Dalam Al-Quran
di:
Surah
A-Li Imraan Ayat 127 bermaksud: Kemenangan Badar itu kerana Allah hendak
membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka dengan
kekalahan, supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.
Huraian
: Ulama Politik PAS janganlah suka atau gemar sangat mengaitkan kemenangan Badar itu ada
persamaan dengan kemenangan PRU-10 (1999) di Kelantan dan Terengganu. Jika
begitu, UMNO pun boleh kaitkan juga kemenangan UMNO pada PRU-11 (2004) di
Terengganu dengan menumbangkan PAS serta merampas kembali pemerintahan kerajaan
negeri Terengganu adalah sama seperti kemenangan Badar, namun UMNO tidak pernah
berbuat begitu walaupun mempunyai ruang yang cukup luas. Ini kerana pemikiran
pemimpin UMNO tidak serendah pemikiran Nik Aziz dan Haji Hadi.
Oh! Jika menang malaikat tolong, apabila
kalah dikatakan tiada demokrasi kerana pengundi hantu yang ditaja oleh UMNO
datang mengundi, dan tidak bolehkah atau tidak mampukah malaikat PAS itu
menghalau pengundi hantu UMNO itu? Nampak sangat hantu UMNO lebih gagah perkasa
daripada malaikat PAS. Ini semua adalah cerita karut yang di reka-reka oleh
pelakun yang bernama Nik Aziz dan Haji Hadi.
Sesungguhnya mana-mana ulama politik PAS
yang sentiasa memakai serban adalah merupakan manusia yang tidak boleh
dipercayai selama-lamanya.
Hanya penyokong-penyokong PAS yang jahil
dalam pegangan agama sahaja yang mudah ditipu atau dikelirukan oleh manusia berserban
yang menjadi pakaian harian Nik Aziz dan Haji Hadi serta ulama-ulama politik
lain dalam PAS. Pakaian dalam Islam ialah menutup aurat sahaja.
Semua jenis pakaian oleh manusia yang
mengaku ulama politik PAS sebenarnya tidak dipakai oleh penduduk kota Mekah
atau Kota Madinah dan jenis pemakaian itu bukanlah sunnah Nabi s.a.w.
Dalam mana-mana ceramah PAS, Nik Aziz
sangat berminat mengaitkan nama Islam, nama Allah, nama Rasulullah s.a.w., atau
nama Nabi Muhammad s.a.w., nama Nabi Ibrahim, nama Raja Namrud, nama Nabi
Yunus, nama Nabi Yusuf dan lain-lain lagi dalam ceramah-ceramahnya, kemudian
Nik Aziz buat “corner u-turn” menghentam pemimpin UMNO.
Inilah jenis-jenis kerja jijik Nik Aziz
dan konco-konconya yang bergelar ulama PAS. Nama-nama tersebut sebenarnya tak
payahlah dikaitkan sepanjang masa dalam ceramah PAS kerana kisah-kisah itu
memang ada disebut dalam Al-Quran, dan penyokong-penyokng PAS boleh membaca
sendiri. Apakah penyokong-penyokong PAS sangat jahil tentang kisah-kisah itu?
Saya berpendapat memang jahil.
Saya masih segar dalam ingatan di mana
pada satu ketika dulu Nik Aziz dengan sombong ada menyebut bahawa jika
Rasulullah s.a.w masih hidup tentulah Baginda sangat seronok melihat negeri
Kelantan ini, negeri Serambi Mekah, negeri Membangun
Bersama Islam telah ditadbir urus dengan baik mengikut hukum-hukum
Islam oleh ulama-ulama dalam PAS. Apakah benar Rasulullah s.a.w. akan merasa
seronok?
Saya berpendapat Rasulullah akan
menangis kerana di negeri Kelantan itu terdapat patong Buddha setinggi pokok
kelapa di Kg. Terbak dan di Jalan Kok Keli, kawasan P19 Parlimen Tumpat.
Patung-patung itu adalah tertinggi di Asia Tenggara, dan patong Buddha
(kedudukan tidur) di Kg. Beruk, Pasir Mas adalah terpanjang di Asia. Rasulullah
juga akan menangis apabila mendengar imam-imam masjid atau surau membaca
Ayat-Ayat Al-Quran dengan tidak betul mengikut Hukum Tajwid semasa mendirikan
solat berjemaah.
Baginda juga akan menangis apabila
melihat wanita-wanita Islam Kelantan dengan ramainya tidak menutup aurat.
Rasulullah juga akan menangis apabila mendapat tahu banyak pembuangan bayi di
Kelantan termasuk bunuh orang, sembelih anak sendiri, rogol, curi motorsikal
dan kereta, edar dadah, penceraian, kes tuntutan nafkah melibatkan ADUN PAS
dengan wanita Kamboja dan lain-lain lagi.
Saya juga berpendapat yang paling
menyedihkan sekali ialah apabila Baginda melihat penyokong-penyokong Nik Aziz,
ulama PAS dan penyokong-penyokong PAS bersolat hajat di padang bola yang
sebaik-baiknya mendirikan solat di masjid. Dalam Islam, pahala solat hanya ada
2 jenis pahala sahaja iaitu pahala solat berjemaah dan pahala solat
bersendirian. Pahala kerana jumlah ramai bersolat dalam satu-satu solat adalah
tidak timbul. Pahala apabila seseorang itu pergi ke masjid tetap ada, namun
tiada pahala apabila seseorang itu pergi ke padang bola seperti
penyokong-penyokong PAS itu.
Pelik sungguh, solat di
padang bola. Semasa solat puak-puak PAS itu mengadap ke arah kiblat yang satu
tetapi setelah selesai solat, kiblat mereka serta-merta bertukar kepada
pemimpin DAP.
Dunia akhir zaman. Rasulullah juga akan
menangis apabila melihat penyokong-penyokong lelaki PAS yang berjubah dan
berkopiah putih bersama muslimah PAS mengibarkan bendera DAP pada PRK atau PRU tanda
sokongan bulat kepada DAP yang membenci
Islam. Tutur kata Nik Aziz tak usah cakaplah.
Sebenarnya solat di padang bola adalah
hanya untuk menunjuk-menunjukan sahaja, kemudian di siarkan di muka depan dalam
akhbar Harakah bersama gambarnya sekali. Itulah kerja PAS. 3 ribu yang hadir
tetapi dikatakan 50 ribu yang hadir atau 100 ribu yang hadir.
Rasulullah s.a.w. juga akan menangis
tidak berhenti-henti jika mendapat tahu hampir keseluruhan rakyat Kelantan
termasuk Y.B. ADUN dan Y.B. Ahli Parlimen daripada PAS tidak boleh membaca
Ayat-Ayat Al-Quran dengan betul mengikut Hukum Tajwid tetapi berjuang atas nama
Islam semata-mata untuk menipu rakyat dan berpentingan diri.
Baginda juga akan sedih apabila membaca
akhbar Harakah yang banyak berita fitnah memburukan pemimpin Islam lain dalam
UMNO. Hakikat ini hendaklah diterima oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun
Taib dan ulama-ulama lain dalam PAS.
SURAT NO. 18
Mengambil contoh di Timur Tengah sebelum
dan selepas berakhirnya Perang Dunia Ke 2 pada tahun 1948. Sebelum saya menghurai
lebih panjang, izinkan saya menghuraikan sedikit peranan atau gerakan halus
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga tertubuhnya negara Yahudi di
tengah-tengah bumi Arab.
Semasa itu negara-negara Arab hidup
secara bersendirian seperti “lidi” walau pun terdapat banyak negara-negara Arab
lain di Timur Tengah. Negara-negara Arab tidak mahu bersatu seperti “lidi-lidi
diikat menjadi penyapu” supaya menjadi kuat dan mampu melawan musuh.
Akibat tiada perpaduan dan kerjasama
sesama bangsa Arab seperti PAS dan UMNO pada hari ini, PBB sudah dapat menghidu
bahawa negara-negara Arab sangat lemah ketika itu walau pun keseluruhan
negara-negara Arab ketika itu mempunyai lebihkurang 8 juta orang-orang Islam
yang bergelar ulama. Ulama-ulama Arab ketika itu lebih bijak ilmu mereka
daripada ilmu yang ada pada Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad
Mustafa, Nik Amar Nik Abdullah dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS.
Ringkas, PBB ditubuhkan pada 24 Oktober
1945 dan pada 15 September 1947 PBB telah menubuhkan Jawatankuasa Khas PBB
mengenai Palestin (UNSCOP) yang mengemukakan Pelan Pembahagian Tanah di Wilayah
Negara Palestin kepada 2 negara iaitu negara Israel dan negara Palestin.
Sempadan wilayah diukur dan ditentukan
sendiri oleh Pertubuhan Yahudi Sedunia (PYS). Semasa itu ulama-ulama Arab yang
sentiasa lalai seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad
Mustafa, Nik Amar Nik Abdullah dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS tidak
menyedari akan bahaya yang bakal mendatang.
Pelan UNSCOP itu kemudiannya disahkan
oleh Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 dengan memutuskan Bandar
Baitulmaqdis diletak di bawah pentadbiran langsung PBB. Pelan itu ditolak oleh
Kerajaan Palestin dan negara-negara Arab lain (negara lidi) kerana ia
bercanggah dengan piagam PBB itu sendiri.
Ketika itu negara-negara Arab tidak
boleh buat apa-apa kerana mereka tidak bersatu seperti “penyapu” dan sentiasa
dilihat lemah oleh PBB yang condong kepada bangsa Yahudi.
Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun
Taib, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam
PAS hendaklah membaca tulisan ini, sekurang-kurang akan membuka minda yang
sekian lama tersumbat kapas di lubang telinga.
Dalam kitab-kitab yang ditulis oleh
ulama-ulama era tahun 50an atau 60an atau 70an tidak ada menyebut seperti apa
yang ditulis di sini kerana mereka sebenarnya kurang bekalan ilmu sejarah moden
dalam kepala mereka.
Jika sekiranya orang-orang Islam masih
bergantung kepada kitab-kitab itu yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadis
Nabi s.a.w., maka orang-orang Islam akan terus mundur dan sesat
sesesat-sesatnya hingga ke hari kiamat, dan orang-orang Islam akan terus
ditindas seperti apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang di
bawah kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikatakan di ketuai oleh Khalifah Umar
Bin Abdul Aziz.
Berbalik kepada tajuk asal, apabila
tentera Britain berundur dari Palestin pada 14 Mei 1948, Ketua PYS iaitu David
Ben-Gurion dengan sombong dan angkuh mengisytiharkan pembentukan negara Israel
pada hari tersebut juga (14 Mei 1948) selaras dengan Resolusi PBB 1947 yang
mencadangkan pembahagian tanah di wilayah negara Palestin kepada 2 negara.
David Ben-Gurion kemudian dilantik
sebagai Perdana Menteri pertama, dan Chaim Weizmann pula dilantik menjadi
Presiden pertama bagi negara Israel.
Berita pembentukan negara Israel itu
tidak diketahui langsung oleh ulama-ulama di negara-negara Arab ketika itu
kerana memang perangai ulama tidak mahu mengikuti berita dunia perkembangan
semasa. Perangai atau sikap ulama-ulama itu ada persamaan dengan perangai Nik
Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad Mustafa, Nik Amar Nik Abdullah
dan ulama-ulama politik lain dalam PAS pada hari ini yang kekal tidak mahu atau
tidak berminat mengikuti berita dunia perkembangan semasa, atau mendengar
pandangan orang lain.
Menurut sejarah, 11 minit 20 saat
selepas pembentukan negara Israel, Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu
Harry S. Truman mengiktiraf negara baru Israel itu, dan diikuti pula oleh
Perdana Menteri Kesatuan Soviet Joseph Stalin 27 minit kemudian.
Pada 15 Mei 1948, sehari selepas negara
Israel ditubuhkan, ribuan penduduk Palestin termasuk ulama-ulama yang tidak
menyedari pembentukan negara Israel itu dan kebetulan pula mereka berada dalam
wilayah Israel yang diisytiharkan itu telah dibunuh beramai-ramai melalui
tembakan seperti burung oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF), dan penduduk
Palestin mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Hitam (Yawn Al-Nakba).
Ulama politik PAS seperti Nik Aziz, Haji
Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad Mustafa, Nik Amar Nik Abdullah dan
ulama-ulama politik lain dalam PAS hendaklah, mestilah, wajiblah sedar sikit.
Begitu juga kepada semua penyokong-penyokong PAS yang berjubah, berserban dan
berkopiah putih yang asyik takbir, takbir, takbir sambil mengibarkan bendera
DAP supaya lebih berilmu dan mampu berfikir untuk kebaikan bangsa Melayu,
generasi Melayu dan agama Islam dalam mencari kemenangan politik PAS bersama
DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan Hukum Hudud.
Selepas peristiwa pembunuhan penduduk
Palestin itu, masyarakat Arab dan ulama-ulama di negara-negara Arab masih degil
tidak mahu bersatu kerana masyarakat Arab memang terlalu taksub kepada ulama-ulama
pilihan mereka seperti juga orang-orang Melayu Kelantan terlalu taksub kepada
Nik Aziz.
Menyedari bangsa Arab sukar bersatu,
penindasan demi penindasan terus dilakukan oleh bangsa Yahudi hinggalah
tercetusnya Perang 6 Hari pada tahun 1967 dan jatuhnya keseluruhan Bandar
Baitulmaqdis dan wilayah-wilayah Arab lain ke tangan Israel. Sejarahnya sangat
panjang.
Menyedari akan kelemahan bangsa Arab itu
sendiri yang tidak bersatu atau bersekutu, maka ada usaha-usaha ke arah
menyatukannya. Maka lahirlah sekutu-sekutu sesama negara Arab, sama ada secara
rasmi atau tidak rasmi.
Hari ini ada beberapa negara Arab
bersatu dan bersekutu sesama negara Arab. Ada juga beberapa negara Arab bersatu
atau bersekutu dengan Israel seperti PAS bersatu dan bersekutu dengan DAP.
Akibat daripada kesilapan memilih kawan, maka negara-negara Islam terus
diserang atau diceroboh seperti apa yang dapat kita saksikan pada hari ini.
Sebagai contoh, lihatlah kehancuran
negara Iraq, Afganistan dan terbaharu ialah negara Libya. Kelakuan orang Melayu
hari ini serupa dengan bangsa Arab yang bersekutu dengan Israel. Melayu PAS
yang berpusat di Kelantan bersekutu dengan parti perkauman Cina DAP yang
berpusat di Pulau Pinang. Ini terjadi kerana kebanyakan Melayu Kelantan membaca
kitab yang sama dibaca oleh bangsa Arab yang tidak bersumberkan Al-Quran dan
Hadis Rasulullah s.a.w.
Akhirnya mereka menjadi rosak dan
menjadi pelarian di negara sendiri. Kerosakan pemikiran adalah kerana melanggar
Titah Perintah Allah seperti yang tersebut dalam Al-Quran di Surah A-Li
‘Imraan Ayat 28.
Hari ini di Libya, negara barat upah
Kumpulan Pembangkang atau dikenali sebagai Pemberontak untuk huru-harakan
negara Libya. Kini mereka (tentera NATO) mula menyerang negara yang tidak
tunduk kepada Kumpulan Pembangkang yang kononnya untuk selamatkan rakyat yang
ditindas, padahal merekalah punca segala-galanya mencari peluang untuk
menghancurkan Islam. Islam hanya boleh dihancurkan jika negara itu dihancurkan
terlebih dahulu.
Hari ini strategi orang-orang kafir yang
sentiasa memusuhi dan ingin membinasakan Islam tidak dapat dihidu oleh hidung
Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad Mustafa, Nik Amar Nik
Abdullah dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS kerana hidung mereka telah pun
disumbat dengan kapas oleh DAP yang sentiasa berbau wangi semerbak oleh PAS.
Akhirnya bangsa Melayu, generasi Melayu
dan Islam akan binasa, dan tidak
mustahil tanah Melayu ini akan lesap secara beransur-ansur bertuankan
orang-orang bukan Melayu atau kaum pendatang.
Sebelum ini PAS terbang pula ke Sarawak
untuk melebarkan pengaruhnya dengan menyertai Pilihan Raya Umum Sarawak Ke 10
(16 April 2011). PAS mendakwa penyertaannya dalam PRU Sarawak Ke 10 hanya untuk
berdakwah sahaja. Nak tipu sapa? Jika nak berdakwah pergilah masuk ke hutan
Gerik Perak atau hutan di Gua Musang di Kelantan. Di situ ramai orang-orang
Asli yang tiada pegangan agama. Usahakanlah supaya orang-orang Asli itu memeluk
agama Islam.
SURAT NO. 19
Sebenarnya PAS melebarkan sayapnya ke
Sarawak adalah untuk mengganggu kedamaian orang-orang Melayu di Sarawak untuk
kepentingan politik sempit mereka. Nama “Bujang Senang” memang sedap
didengari. Jika pembangkang menang di Sarawak, maka nama itu pasti akan
bertukar kepada “Bujang Susah”, lebih susah daripada orang-orang Melayu di
Pulau Pinang yang sentiasa ditindas oleh parti perkauman iaitu DAP.
Pemimpin tertinggi PAS tu tak tahu ke?
Penduduk Melayu di Sarawak hanya 25% sahaja daripada jumlah keseluruhan
penduduk Sarawak? Syukur hari ini Ketua Menteri ialah daripada keturunan
Melayu. Esok jika pembangkang menang, pastilah negeri Sarawak akan di ketuai
oleh orang bukan Melayu dan keadilan pasti berpihak kepada orang-orang bukan
Melayu seperti apa yang telah berlaku di Pulau Pinang.
Apabila bercakap, ulama-ulama politik
PAS memang pandai, pandai menggali kesilapan UMNO mentadbir urus negara,
kemudian menyebar ke seluruh negara melalui ceramah-ceramah PAS dengan harapan
orang-orang Melayu akan membenci UMNO dan kepimpinan UMNO. Perkara kecil pun
iaitu Wang Tabung Peristiwa Memali di Kedah (1985) yang dikatakan lesap
langsung tidak ditimbulkan oleh kepimpinan tertinggi dalam PAS.
Jika benar apa yang diperkatakan di
sini, maknanya ada orang-orang tertentu dalam PAS telah melesapkan wang tabung
itu dan ini telah melanggar Titah Perintah Allah dalam Al-Quran supaya jangan
mengambil harta anak-anak yatim. Islam apa macam ni? Islam hanya atas kertas. Jika
di negara ini mengamalkan Hukum Hudud, maknanya telah ramai pemimpin PAS kena
potong tangan kerana mencuri wang Tabung Memali.
Saya meminta para pemimpin yang mengaku
ulama politik supaya lebih takutlah kepada hari kematian yang akan menjemput
kita pada bila-bila masa, dan janganlah terus menyeleweng ajaran Islam untuk
kepentingan politik sempit. Nasihat ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PAS
yang berada di hujung usia.
Saya secara ikhlas mengajak para pembaca
Melayu sekalian supaya sama-samalah kita padamkan pengaruh Nik Aziz dan
pengaruh PAS dalam peta politik tanah air kerana ia banyak membawa kerosakan
kepada bangsa Melayu itu sendiri dan Islam keseluruhannya.
Kepada orang-orang Melayu, insaflah
sebelum terlewat. Hari ini kita boleh bergerak dengan bebas di bawah Kerajaan
BN yang diketuai oleh kepimpinan UMNO. Cari makan pun senang hingga menjadi
rebutan kepada rakyat di negara-negara lain untuk datang mencari makan sesuap
nasi di negara ini.
Peluang pendidikan, kesihatan dan
kemudahan-kemudahan lain memang ada di negara ini. Jadi janganlah memperjudikan
nasib masa depan kita, bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam yang
sememangnya kukuh di bawah kepimpinan UMNO yang diterajui oleh Najib, dibantu
oleh Muhyiddin, di sokong pula oleh Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie
Apdal dan pemimpin-pemimpin lain dalam
UMNO.
Sama-samalah kita membantu, bekerjasama,
memperkasa dan memartabatkan UMNO untuk selama-lamanya. Mana-mana pemimpin UMNO
yang tidak elok, bukan bermakna dia akan menjadi pemimpin UMNO selama-lamanya.
Dalam UMNO ada pemilihan pada setiap 3 tahun sekali, dan pilihlah mana-mana
pemimpin yang ada wawasan.
SURAT NO. 20
Sebenarnya, banyak pengajaran pada
PRU-12 yang lalu kepada penduduk pribumi @ penduduk asal di negara ini yang
semacam dikelirukan oleh PAS iaitu askar upahan DAP yang bertopengkan agama
Islam untuk mencapaikan kemenangan politiknya.
Di masa yang sama orang-orang Melayu
hendaklah berani dan bangkit bersama untuk menyekat kemaraan PAS di kalangan
orang-orang Melayu. Seterusnya menghapuskan pengaruh Nik Aziz dan pengaruh PAS
dalam peta politik tanah air.
Saya ingin mengulangi perkara yang sama
iaitu Melayu mudah ditipu dalam semua perkara. Dalam politik mudah terkena tipu
oleh PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz. Dalam pelaburan Skim Cepat Kaya pun
mudah terkena tipu. Pembelian barang pun terkena tipu. Perempuan cantik Melayu
pun mudah terkena tipu oleh lelaki berkereta besar.
Dalam politik tidak usah cakap la! Ulama
politik PAS sentiasa menipu Melayu di kampung-kampung, dan DAP pula menipu
ulama-ulama PAS di bandar-bandar dan bermacam-macam lagi yang menimpa
orang-orang Melayu jika ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w. tidak ada
dalam dada mereka.
Tun Mahathir kata Melayu mudah lupa.
Memang betul Melayu mudah lupa. Kena tipu berpuluh-puluh kali pun memang tidak
serik-serik.
Melayu janganlah asyik lupa. Melayu
hendaklah sedar, ulangi! Pakatan pembangkang yang diterajui oleh parti
perkauman kecinaan iaitu DAP telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah
belahkan dan mengkucar kacirkan orang-orang Melayu, dan di masa yang sama
berjaya menyatukan kaum mereka iaitu kaum Cina.
Kejayaan DAP itu adalah hasil daripada
usaha gigih agen mereka yang bernama PAS. DAP mahu melihat bersama seluruh kaum
Cina di negara ini bahawa kaum Cina boleh menjadi tuan besar di Tanah Melayu
ini, dan pastilah cita-cita bersebut akan terlaksana jika orang-orang Melayu itu
sendiri terus memberi sokongan kepada PAS, atau DAP itu sendiri dapat memecahkan
orang-orang Melayu kepada kelompok-kelompok kecil. Maknanya dari golongan
majoriti kepada minoriti.
Inilah perjuangan mereka yang
sebenarnya, dan perjuangan mereka itu tidak akan terhenti dan akan diteruskan
memandangkan negara ini sudah aman hasil perjuangan Angkatan Tentera Malaysia
dan Polis Di Raja Malaysia. Dulu, semasa negara tidak aman, pemimpin DAP tidak
berapa berani untuk mengadakan ceramah-ceramah politik seperti sekarang.
Tinggalkan Melayu mudah lupa dan kita
pergi jauh sikit. Saya berpendapat, tugas seseorang Menteri Besar atau Ketua
Menteri dalam negara ini dalam menjalankan tadbir urus sesebuah negeri tidaklah
begitu sukar kerana ia dirancang, dikaji, dikelola dan dilaksanakan di
peringkat persekutuan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan BN mengikut
kemampuan dari segi kedudukan kewangan semasa.
Sungguh pun begitu, pembangunan tambahan
untuk keperluan rakyat masih boleh dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan Negeri
walau pun ia tidak termasuk dalam senarai asal pembangunan Kerajaan Negeri atau
Kerajaan Persekutuan. Ini boleh dilaksanakan jika sesebuah Kerajaan Negeri
menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan begitulah seterusnya.
Namun, Nik Aziz yang menjadi MB Kelantan
sejak tahun 1990 tidak mahu berusaha di pihaknya untuk menjalinkan hubungan
baik dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO.
Dalam bahasa Kelantan ia dipanggil “Nik Aziz suka kutib balah” dengan semua
pemimpin UMNO. Dikatakan pemimpin UMNO telah sesat dalam pegangan agama, UMNO
komunis, sampah dan berbagai-bagai lagi gelaran buruk dilebelkan kepada UMNO
dan pemimpin UMNO.
Sebenarnya itu adalah kerja-kerja
syaitan. Kembali kepada pembangunan, semua pembangunan yang dirangka oleh
Kerajaan Persekutuan dikatakan tidak Islamik dan telah ditolak mentah-mentah
oleh orang lulusan agama itu yang sememangnya tidak mengerti erti ekonomi
global, pelaburan, mata wang sesebuah negara dan lain-lain lagi. Contoh,
pembangunan yang ditolak oleh PAS ialah Dasar Ekonomi Baru atau DEB di mana
dalam DEB ada satu program iaitu program membasmi kemiskinan.
Sepatutnya dasar DEB itu diterima dan
disokong oleh PAS. Disebabkan kepentingan politik maka DEB ditolak dan dicerca
oleh PAS kerana sebelum itu DAP telah menolak lebih awal kerana ia merugikan
kaum Cina, maka PAS pun menjadilah pak turut kepada DAP. Namun satu program pun
tidak diusahakan oleh PAS. PAS hanya mengusahakan satu sahaja program iaitu
program akhirat: undi PAS masuk syurga, mudahnyaaaaaaa! nak masuk syurga tajaan
PAS itu!
Nik Aziz ada berkata (semasa zaman Tun
Mahathir) bahawa program yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN untuk membasmikan
kemiskinan semertinya tidak akan tercapai kerana “miskin atau kaya” adalah
ketentuan Allah, ada orang kaya, ada orang miskin, orang kaya beri sedekah
kepada orang miskin kemudian dapat pahala. Inilah cara orang lulusan agama,
bila bercakap tidak guna otak.
Patutlah Bazar Tok Guru jadi macam tu,
penindasan kepada peniaga-peniaga di situ oleh Kerajaan PAS Kelantan Membangun
Bersama Islam hingga peniaga-peniaga di situ terpaksa mengadu kesusahan mereka
kepada Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas) dan merayu agar Ibrahim Ali dapat
membuat sesuatu. Kemana perginya Ahli Parlimen Kota Bharu? Hilang diri la! akan
muncul apabila tiba musim PRU-13 kelak dengan janji-janji baru laaaa!.
Air paip di Kelantan warna kuning dan
merah tak usah cakap la!, baju warna putih bertukar jadi warna kuning air.
Kadangkala air tak ada langsung. Inilah akibatnya apabila kita pilih parti yang
dikatakan berjuang untuk Islam iaitu PAS.
PAS sebenarnya ialah sebuah parti
politik yang dipimpin oleh orang-orang yang bergelar ulama politik seperti yang
terdapat dibeberapa negara Islam di Timur Tengah, Asia Tengah dan di Afrika.
Semua negeri-negeri yang dipimpin oleh para ulama politik telah menjadi
huru-hara, perang saudara, berperang dengan negara jiran, diserang oleh
negara-negara Barat seperti Amerika, atau Britain atau oleh Pakatan NATO dan berbagai-bagai
lagi. Ini kerana ulama-ulama politik tidak mempunyai bekalan ilmu mencukupi
untuk tadbir urus sesebuah negara.
Ada Hadis Nabi s.a.w. yang
paling sahih: Jika sesuatu tugas itu dipikul oleh
orang-orang yang bukan daripada ahlinya, maka tunggulah akan kehancurannya.
Boleh tanya semua Mufti-Mufti di negara ini sama ada betul atau tidak apa yang
dikatakan ini. Semua kepimpinan dalam PAS bukan mempunyai ilmu secukupnya atau
pengalaman-penglaman lain untuk menguruskan pentadbiran negara.
Bazar Tok Guru di Kota Bharu pun tidak
boleh diselesaikan secara baik, tetapi negeri dikatakan Membangun Bersama
Islam. Nak tipu sapa?
Dalam bahasa mudah, memang sah PAS
berjuang untuk kepentingan peribadi pemimpinnya bagi mencapai apa yang
dicita-citakan selama ini walau pun tidak ada kemampuan dari segi ilmu.
Pemimpin PAS sebenarnya tidak banyak mempunyai ilmu-ilmu sejarah dunia seperti
perpecahan beberapa bangsa di dunia ini atau pergaduhan fahaman agama.
Apakah pemimpin PAS tidak tahu sejak
berakhirnya Perang Dunia Ke 2 pada tahun 1948, satu demi satu kawasan gencatan
senjata diwujudkan bagi memisah bala-bala tentera di antara negara-negara yang
bersengketa? Bangsa Jerman yang merupakan bangsa terkuat di Eropah selepas era
revolusi industri telah mengalami nasib yang sangat buruk dalam sejarah
bangsanya.
Bangsa Jerman berjaya ditewaskan oleh
tentera bersekutu yang terdiri daripada negara Britain, Perancis, Amerika
Syarikat dan Russia pada Perang Dunia Ke 2.
Seterusnya negara Jerman ditawan oleh
tentera bersekutu dan akhirnya di bahagikan kepada 2 wilayah iaitu Jerman Barat
atau dikenali sebagai Federal Republic of Germany dan Jerman Timur atau
dikenali sebagai German Demokratic Republic hingga terbinanya Tembok Berlin
pada tahun 1961 untuk memisahkan satu bangsa di 2 wilayah.
Bangsa Jerman bernasib baik kerana
Tembok Berlin yang melambangkan kekejaman manusia terhadap bangsanya berjaya
dirobohkan semula pada tahun 1985 / 1986 setelah negara-negara Kesatuan Soviet
mengalami perpecahan.
Garis pemisah juga wujud ke atas bangsa
Cina di negara China apabila terpisahnya wilayah Taiwan dan Hongkong. Sebelum
itu 2 negara tersebut di bawah satu pemerintahan Kerajaan China di tanah besar.
Namun garis pemisah itu tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk kepada bangsa China.
Perpecahan bangsa Korea akibat fahaman
politik atau idealogi yang berbeza telah membawa kepada “perang saudara” sesama
bangsa di Korea. Apabila Perang Korea tamat pada tahun 1953 (tetapi yang
sebenarnya ialah “gencatan senjata” sahaja), Amerika Syarikat telah
membahagikan Semenanjung Korea kepada 2 wilayah iaitu Korea Utara dan Korea
Selatan dan “Garis Lintang 30 Darjah” dijadikan sebagai garis pemisah, dan
garis pemisah itu kekal hingga ke hari ini.
Garis pemisah juga wujud di antara
rakyat Cyprus keturunan Greece dan rakyat Cyprus keturunan Turki di Utara
Cyprus apabila Presiden Cyprus ketika itu Archibishof Makarios digulingkan pada
tahun 1974 dalam satu rampasan kuasa oleh seorang WARTAWAN (wartawan orang pintar) rakyat Cyprus keturunan Greece hingga
membawa kepada campur tangan negara Turki.
Tentera Laut Turki menyerang dan tentera
payung terjun Turki mendarat di Utara Cyprus di awal pagi untuk memberi
perlindungan kepada rakyat Cyprus keturunan Turki, dan negara Turki
hampir-hampir berperang dengan negara jirannya iaitu negara Greece yang
sama-sama berada dalam Pakatan NATO.
Garis pemisah juga banyak berlaku di
negara-negara Islam hingga ke hari ini dan menjadi huru hara di sana sini.
Contoh, negara Pakistan di mana tempat Nik Aziz belajar agama dulu sentiasa
huru-hara hingga ke hari ini.
Juga negara Afganistan yang bersempadan
dengan negara Pakistan, dan negara-negara Islam lain di Timur Tengah yang
bergerak atas nama menegak keadilan oleh manusia yang bergelar ulama hingga
membawa kepada kematian berjuta-juta orang termasuk kanak-kanak, haiwan, harta
benda dan pencemaran alam sekitar.
Keadilan yang dicari namun bencana yang
tiba kerana membuat sesuatu yang tidak disuruh oleh Allah s.w.t. Ia banyak
berpunca daripada ulama seperti Nik Aziz
dan Haji Hadi yang gemar
mengapi-apikan supaya suhu kemarahan rakyat kepada kepimpanan Kerajaan BN yang
diterajui oleh UMNO memuncak dan dibenci selama-lamanya, dan jadilah rusuhan
sana sini hingga tidak terkawal. Ulama apa macam tu ! Nak bawa jenis huru-hara
seperti di Pakistan itu ke negara ini ke?
Akibat daripada huru-hara yang
dicetuskan oleh manusia yang bergelar ulama, di masa itulah peluang beribadat
kepada Allah s.w.t. pasti mengalami gangguan dan ada ketikanya terjejas
langsung disebabkan jalan ke arah masjid atau pusat pengajian agama ditutup.
Bekalan air dan elektrik terputus atau diputuskan. Hubungan telekomunikasi
terputus dan dunia luar tidak dapat dihubungi. Bekalan makanan dicatukan atau
tiada langsung. Kedai-kedai atau sekolah-sekolah atau lebih buruk lagi klinik
perubatan ditutup.
Itu berlaku di negara luar yang kebanyakannya
berpunca daripada ulama-ulama yang mempunyai ramai pengikut setia yang jahil
dari segi akademik atau pegangan agama Islam. Apabila tercetus sesuatu
malapetaka maka ulama-ulama ini akan bising dengan lantang kerana bantuan
lambat sampai dan begitulah seterusnya.
Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun
Taib hendaklah faham apa yang diperkatakan dalam penulisan ini.
Jika ini yang dicari, sama-samalah kita
terima. Adalah tidak keterlaluan jika saya berpendapat bahawa hari ini,
kebanyakan pemimpin Islam di seluruh dunia tidak mengamalkan nilai-nilai Islam
yang sebenarnya.
Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi
kuasa, kemewahan, puak-puak yang rapat dengan mereka dengan mengenepikan
golongan-golongan ilmuan yang berada sedikit jauh daripada mereka. Ia tidak
terhad kepada pemimpin bukan ulama tetapi juga berlaku kepada pemimpin ulama.
Contohnya ialah Nik Aziz, Haji Hadi,
Harun Din, Harun Taib dan ramai lagi ulama politik dalam PAS. Bukan senang
untuk menghampiri dengan mereka itu, di kawal ketat dan jika ingin menghampiri
mereka, banyak “traffic light” berwarna merah.
SURAT NO. 21
Garis pemisah tidak terkecuali di
Persekutuan Tanah Melayu setelah wujudnya parti PAS pada tahun 1951. Seterusnya
selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 bersama Sabah dan Sarawak,
garis pemisah bangsa Melayu semakin tebal di samping menghadapi ancaman komunis
dan konfrantasi ketika itu.
Di masa yang sama menghadapi ancaman politik
khususnya daripada PAS yang terdiri daripada kumpulan ulama dan perjuangannya
mudah dipercayai, diyakini dan diterima oleh masyakrat Melayu terutamanya di kampung-kampung
di luar bandar, atau di pendalaman walau pun apa yang diperjuangkan itu jauh
menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar-benarnya..
Pada tahun 1987 garis pemisah bangsa
Melayu bertambah parah apabila munculnya “team
A” dan “team B” dalam parti
terbesar orang-orang Melayu beragama Islam iaitu UMNO.
Kesempatan ini diambil oleh PAS. Dalam
bahasa mudah ia disebut “cari peluang”
atau menanguk di air jernih, bukannya menanguk di air keruh kerana mudah nampak
ikan-ikan yang berkeliaran di dalam air dan senang ditangkap menggunakan jala.
Begitulah jijiknya ala perjuangan PAS
untuk mencari kemenangan mudah, namun Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun
Taib dan ulama politik lain dalam PAS telah terlupa bahawa dalam Al-Quran ada
menyebut bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang memberi kuasa pemerintahan,
kemuliaan serta kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Dalam Al-Quran: Surah A-Li ‘Imraan Ayat 26 bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad: Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa
yang Engkau kehendaki, Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam
kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Huraian: ringkas, tidak akan hina
seseorang itu jika dimuliakan oleh Allah, dan tidak akan mulia seseorang itu
jika dihina oleh Allah. Huraian lain tidak perlu kerana keterangan-keterangan
di Ayat 26 itu sangat jelas. Ini terjadi kerana Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din
dan Harun Taib serta penasihat-penasihat mereka dipercayai kurang ilmu
Al-Quran).
Garis pemisah ini menjadi bertambah
buruk dan semakin parah apabila parti ke 2 terbesar orang-orang Melayu iaitu
PAS bergabung pula dengan parti kaum Cina iaitu DAP, sebuah parti sebelum ini
yang sangat-sangat dibenci oleh PAS dan keseluruhan orang-orang Melayu. Ia
dikuasai oleh orang-orang kafir yang jelas merupakan parti politik anti-Melayu,
anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu untuk membinasakan UMNO, sebuah parti
terbesar orang-orang Melayu di negara ini.
Dalam Al-Quran ada larangan itu: Surah A-Li ‘Imraan Ayat 28
bermaksud: Janganlah orang-orang yang
beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan
orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan larangan yang demikian
maka tiadalah ia mendapat perlindungan dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali
kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak
mereka yang kafir itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat
terhadap kekuasaanNya menyeksa kamu. Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
Huraian
1 : Dalam kes UMNO dalam BN bersama MCA, MIC,
PPP, Gerakan dan parti-parti lain yang bukan Islam adalah berbeza dengan PAS.
Dalam BN ketuanya ialah daripada UMNO. Parti-parti lain dalam komponen dalam BN
tidak anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu secara langsung atau
tidak langsung. Tetapi dalam gabungan Pakatan Rakyat sangat berbeza, ketuanya
adalah DAP dan PAS hanyalah sebagai askar upahan atau prebet kepada
Jeneral DAP dan Lt. Jeneral PKR. Contoh, di Pulau Pinang seorang Ahli DUN
daripada PAS tidak dilantik pun sebagai Exco Kerajaan Negeri. Di manakah
letaknya kerjasama sesama mereka itu?
Nik Aziz sangat hormat kepada DAP, namun
DAP langsung tidak hormat kepada Nik Aziz. Nik Aziz hanya menjadi alat kepada
DAP sahaja. Perkara ini sebenarnya langsung tidak ditimbulkan oleh mana-mana
penceramah upahan PAS di mana-mana ceramah PAS di seluruh negara.
Huraian
2 : Di Selangor Exco-exco Kerajaan Negeri
daripada PAS tidak berani melawan MB daripada PKR dan tidak berani melawan
Exco-exco daripada DAP berkaitan “penjualan arak” di kawasan Melayu dan isu
“Kuil Hindu” di kawasan majoriti penduduk Melayu. Isu “ladang babi” tak payah
cakaplah. Hanya Hassan Ali sahaja yang berani bertindak, akhirnya beliau telah
dipecat oleh PAS atas arahan kepimpinan DAP.
Huraian
3 : Sudah menjadi “suratan takdir” di atas
ketentuan Allah s.w.t. bahawa pada masa ini UMNO dan PAS tidak boleh bersama
dalam satu gabungan politik kerana masing-masing mempunyai fahaman berbeza sama
ada dalam tadbir urus negara atau pegangan politik, lebih-lebih lagi pefahaman
ilmu Al-Quran sangat berbeza-beza.
Huraian
4 : Saya berpendapat, PAS perlu dihapuskan dalam
peta politik tanah air. PAS hidup seperti anai-anai yang boleh merosakkan
pegangan agama seseorang itu dan mampu meruntuhkan bangunan-bangunan kukuh yang
telah dibina oleh pejuang dalam UMNO sejak sekian lama. Lebih buruk lagi
pegangan agama di kucar kacirkan menurut selera manusia yang bergelar ulama
politik dalam PAS. Gesaan ini hendaklah difikirkan secara rasional atau terbuka
oleh bangsa Melayu itu sendiri terutamanya para pelajar di IPTA / IPTS yang
baru mahu mengenali dunia politik tanahair.
Huraian
5 : Di Sarawak PAS cuba memesong pemikiran
orang-orang Sarawak dengan berkata bahawa PAS bertanding dalam Pilihan Raya
Sarawak ialah hanya untuk berdakwah. Apala! Dunia akhir zaman ini akan
muncullah ulama penipu. Jika nak berdakwah sila masuk ke hutan Grik di Perak
atau hutan Gua Musang. Di sana ramai orang-orang Asli tiada pegangan agama atau
“free thinker” dan tak payah pergi ke Sarawak, jauh, terpaksa naik
kapalterbang.
Bagi bangsa Yahudi, garis pemisah yang
dialami oleh bangsanya yang sekian lama menjadi pelarian di negara-negara di
seluruh dunia sejak beratus tahun lama akhirnya dirobohkan pada 14 Mei 1948
apabila tertubuhnya negara Israel di bumi Palestin.
Akhirnya garis pemisah bangsa Yahudi
TIDAK lagi wujud hingga ke hari ini dan sangat berbeza dengan apa yang berlaku
di negara-negara Islam. Kejayaan bangsa Yahudi bukan sahaja berjaya memisahkan
garis pemisah pada bangsanya tetapi berjaya mencipta garis pemisah baru kepada
negara-negara lain di dunia ini yang tidak disukainya.
Di mana sahaja Pejabat Kedutaannya
bertapak, maka di situ juga akan di rancangkan garis pemisah baru. Jika kita
tidak berhati-hati, pasti kita akan masuk ke perangkapnya. Perkara yang paling
bahaya ini memang tidak disedari oleh kepimpinan tertinggi dalam PAS.
Ringkas, hari ini ramai
pensyarah-pensyarah di IPTA / IPTS mendakwa mempunyai pengetahuan lebih tentang
sejarah bangsa Yahudi. Itu tidak dapat dinafikan. Namun mereka di IPTA / IPTS
tidak mempunyai ilmu atau pendedahan secara mendalam bagaimana munculnya bangsa
Yahudi sebagai bangsa terkuat di dunia pada hari ini.
Ringkas, jika negeri Kelantan itu sebuah
negara yang dipimpin oleh Nik Aziz, ia dapat ditawan oleh bangsa Yahudi hanya
dalam masa 15 minit sahaja.
Hari ini Amerika Syarikat dan Britain
tidak akan membenarkan mana-mana bangsa atau mana-mana negara di dunia ini cuba
memecah belahkan bangsa Yahudi dan
negara Yahudi itu.
Banyak pendedahan tentang keburukan bangsa
Yahudi dalam politik telah didedahkan oleh majalah-majalah antarabangsa
sebenarnya adalah tidak betul. Itu hanya perbalahan di atas kertas sahaja, dan
yang sebenarnya bangsa Yahudi sangat kuat tali-silatulrahim di kalangan
bangsanya. Jika tidak, sudah lama bangsa Yahudi dapat dihancurkan oleh
negara-negara Arab yang dikelilinginya.
Hari
ini dan sejak sekian lama, negara Amerika Syarikat dan negara Britain tidak
akan mengubah dasar luar mereka dalam membantu negara Yahudi walau berlaku
pertukaran kerajaan daripada mana-mana parti politik di kedua-dua negara
tersebut.
Itulah kuatnya azam pembelaan Amerika
Syarikat dan Britain terhadap Israel kerana jalan cerita untuk menubuhkan
negara Israel itu telah melalui jalan yang amat sukar, dan mereka (Amerika
Syarikat dan Britain) telah bertekad negara Yahudi itu mesti dipertahankan
walau dengan apa cara sekali pun.
Ini sangat berbeza dengan PAS yang tidak
bersungguh-sungguh untuk mempertahankan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU dan
ISLAM,
dan mengisi kemerdekaan negara yang perjuangannya dipelupori oleh UMNO. Nama
sahaja parti Islam, atas kertas dan di papan tanda sahaja.
PAS sebenarnya ingin melihat UMNO
ditumbangkan walau dengan apa cara sekalipun. Seterusnya negara ini diperintah
oleh kumpulan yang bergelar ulama walaupun tidak mempunyai ilmu yang cukup.
Ulama politik PAS sebenarnya tidak mampu memerintah negara ini yang sangat
luas.
Pulau kecil sekecil Pulau Tikus pun
tidak akan mampu di tadbir urus oleh ulama PAS. Baca Ayat-Ayat Al-Quran pun
tidak betul dan macam mana nak perintah negara di mana para ulama politik PAS
menjadi ketua kerajaan ?
SURAT NO. 22
Sejak berakhirnya PRU-12 pada tahun 2008
di mana parti politik terbesar orang-orang Melayu iaitu UMNO mengalami
kekalahan yang agak teruk juga, kehilangan banyak Kerusi Parlimen dan Kerusi
DUN, kehilangan beberapa negeri, akan tetapi, UMNO yang menerajui Kerajaan
Barisan Nasional (Kerajaan BN) masih mampu mengekalkan kuasa pemerintahan di
peringkat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Persekutuan di negara ini.
Sejak itu dan hingga kini, UMNO telah
mengalami asakan bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, sama ada daripada
parti-parti politik pembangkang atau daripada parti-parti politik dalam
komponen BN itu sendiri, juga daripada NGO tertentu yang anti-Islam dan juga
anti-Melayu, dan anti-hak keistimewaan orang-orang Melayu, anti-DEB dll.
Ekoran daripada perkembangan itu,
bukanlah bermakna UMNO cuba berusaha untuk mendapatkan simpati daripada
mana-mana pihak, tetapi atas kesedaran inilah, maka lahirlah ilham
perpaduan demi untuk kesejahteraan bagi menyelamatkan orang-orang
Melayu dan agama Islam itu sendiri. Melayu dan Islam sesungguhnya tidak boleh
dipisahkan.
Sebelum ini dan hinggalah ke hari ini,
sebenarnya, secara langsung atau tidak langsung, kedudukan Islam terancam, dan
kedudukan orang-orang Melayu juga pasti turut terjejas. Perkara yang dibimbangi
ialah Islam diasak disegenap penjuru, sama ada secara terang atau sembunyi,
atau secara berterusan atau sekali sekala. Asakan itu tidak dibantah oleh
sebuah parti yang mendakwa berjuang atas nama Islam iaitu parti politik bernama
PAS.
Selepas hampir 55 tahun negara mencapai
kemerdekaan sejak tahun 1957, cubaan mengganggu gugat kedudukan Islam sebagai
agama rasmi telah dimulakan oleh pihak-pihak yang anti-Islam dan anti-Melayu
yang dikepalai oleh DAP iaitu rakan kongsi PAS dalam urusniaga politik di negara
ini.
Apabila mereka nampak kelemahan kuasa
politik orang-orang Melayu dan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu itu
sendiri selepas keputusan PRU-12 (2008) yang lalu, maka mereka pun ambil
peluang yang terbuka luas, dan peluang itu mereka tidak akan lepaskan begitu
sahaja.
Namun mereka tahu bahawa seluruh
orang-orang Melayu sedang memerhati tindak tanduk mereka, dan mereka percaya
orang-orang Melayu tidak akan bertindak liar ke atas mereka kerana orang Melayu
dalam PAS tetap akan bersama mereka. Anggapan mereka itu sebenarnya adalah
salah.
Mereka itu sebenarnya jahil dalam ilmu
sejarah masyarakat Asia Tenggara. Mereka tidak sedar, pada suatu ketika dahulu
rakyat Indonesia keturunan Madura bergaduh atau bersengketa dengan rakyat
Indonesia keturunan Dayak di kepulauan Indonesia di mana keturunan Madura yang
menguasai ekonomi tempatan telah tewas dalam perbalahan itu.
Menurut laporan berita, gadis-gadis
comel keturunan Madura dirogol bergilir-gilir oleh lelaki keturunan Dayak
hingga mati. Orang lelaki Madura pula dibunuh dan jantungnya dimakan
mentah-mentah oleh keturunan Dayak. Begitulah secara ringkas peristiwa tersebut
di mana keturunan Dayak kelihatan lebih berani dan kuat.
Selepas peristiwa di atas, berlaku pula
pergaduhan yang sama di antara rakyat Indonesia keturunan Dayak dengan Rakyat
Indonesia keturunan Melayu di Kalimantan Barat (Borneo) di mana keturunan
Melayu berjaya menewaskan keturunan Dayak dalam tempoh yang sangat singkat
tanpa bantuan orang-orang Melayu di Sarawak (Malaysia).
Akhirnya keturunan Dayak mengaku kalah.
Maknanya kesatuan Melayu merupakan kesatuan manusia lebih hebat daripada
kesatuan pada keturunan-keturunan lain atau kaum-kaum lain di rantau ini.
Dengan keterangan di atas, asakan oleh pihak-pihak tertentu kepada bangsa
Melayu di negara ini hanyalah menjadi sia-sia sahaja seperti suara katak di
waktu hujan, setelah hujan berhenti maka suara katak itu pun hilanglah secara
automatik.
Sebelum ini pun ada asakan yang sama,
tetapi tidaklah sehebat selepas keputusan PRU-12 yang lalu.
Cubaan secara terang-terang itu
sebenarnya bermotifkan politik untuk mencabut kuasa politik yang berada di
tangan orang-orang Melayu. Melihat kuasa politik orang-orang Melayu semakin
lemah hasil daripada keputusan PRU-12 (2008), maka peluang sedemikian rupa
tidak dilepaskan begitu saja oleh pihak-pihak tertentu yang ingin
mengkucar-kacirkan Islam, atau mengkucar-kacirkan orang-orang Melayu, dan yang
penting bagi mereka ialah kuasa politik orang-orang Melayu perlu dicabut.
Usaha-usaha tersebut semestinya
bertujuan untuk menghapuskan kedudukan istimewa agama Islam dan kedudukan
istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah, Sarawak di negara ini.
Namun percayalah, selagi ada orang-orang
Islam yang terus dan kekal beribadat kepada Allah melalui beberapa
cabang-cabang ibadat, seperti bersolat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa,
mengadakan majlis ilmu, mengekalkan hubungan baik sesama Islam, menjalinkan
semangat perpaduan yang tinggi sesama Islam, cita-cita mereka yang jahat dan
ganas itu pasti menemui jalan kegagalan walau pun ia di sokong secara mutlak
oleh PAS yang diterajui oleh ulama politik seperti Nik Aziz itu.
Insya’Allah, Allah s.w.t tetap akan
melindungi negara ini daripada kerosakkan, dan Islam akan terus subur dan
terpelihara di bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO.
Insya’Allah, saya percaya Allah s.w.t.
tidak akan membiarkan hamba-hambaNya yang beriman diperlakukan secara hina.
Al-Quran di Surah Muhammad s.a.w. Ayat 7 bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah,
nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak
pendirian kamu.
Islam hanya akan menjadi kuat jika
cabang-cabang tuntutan agama seperti ibadat, merangkumi fardu ain, fardu
kifayah, perekonomian Islam, kebajikan, perpaduan, memperkenalkan perundangan
Islam dll dapat diamalkan dari masa ke semasa dengan baik dengan sempurna.
Perpecahan orang-orang Melayu pastinya
tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada kepada UMNO atau PAS. Mursyidul Am
PAS Nik Aziz, Haji Hadi, Mat Sabu, dan pemimpin-pemimpin lain dalam PAS
merupakan manusia berfikiran sempit dan rela dijajah asal hidup senang.
Sehubungan dengan itu, sebagai seorang
Islam, kita juga berasa malu kepada generasi muda di mana sebagai pemimpin mana-mana
parti politik, sebenarnya pemimpin-pemimpin kita masih gagal mewujudkan
perpaduan di kalangan orang-orang Melayu di negara ini, dan dengan sebab itu,
pastilah keutuhan Islam menjadi tidak subur dan dipandang rendah oleh
orang-orang di luar Islam.
Atas sebab-sebab itulah DAP yang besar
kepala seperti “cacing nak jadi naga”
tidak sekali-kali teringin untuk memeluk Islam. Perkara yang menjadi idaman
mereka ialah kuasa. DAP langsung tidak berminat kepada Islam kerana
perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut Nik Aziz dan Haji Hadi sangat
bercelaru. DAP berbaik dengan PAS kerana DAP menganggap PAS itu adalah askar
setianya untuk mengalahkan UMNO. Itu saja.
SURAT NO. 23
Sebenarnya Islam itu indah, tetapi
malangnya keindahan itu tidak dapat dilihat dan dikecapi dalam erti kata yang
sebenar-benarnya disebabkan perbalahan dalam politik yang merenggan perpaduan
sesama Islam.
Hari ini, difahamkan setiap hari ada
kelahiran baru lebihkurang 1,500 orang di seluruh negara. 21 tahun lagi mereka
itu akan terlibat juga dalam politik. Jika perpaduan tidak berjaya diwujudkan
pada hari ini, pastilah keadaan perpecahan akan terus kekal hingga ke tahun
2033 atau selama-lamanya.
Lihatlah di beberapa negara, akibat
kehilangan kuasa politik segala-galanya pun hilang, termasuklah kehilangan yang
paling berharga iaitu nyawa manusia. Mengambil contoh peristiwa hitam yang
menimpa orang-orang Islam di negara Bosnia pada 6 April 1992 hingga Disember
1995, dan peristiwa sama di negara Palestin sejak negara Yahudi ditubuhkan pada
14 Mei 1948, di mana penduduk Islam di negara tersebut telah ditindas seperti
binatang, dibunuh dengan senapang, disembelih hidup-hidup, anak gadis dirogol
hingga melahirkan anak, dan berbagai-bagai lagi peristiwa ngeri yang tidak
mampu diceritakan di sini.
Ahli-ahli politik di negara ini termasuk
isteri-isteri mereka hendaklah insaf kerana kehidupan di dunia ini adalah
sementara sahaja. Panggilan kubur hampir dekat dengan kita, dan pada bila-bila
masa kita akan dicabut nyawa dan dikembalikan kepada Allah s.w.t., adakah kita
semua, atau Nik Aziz dan Haji Hadi serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain menyedari
dan membuat persiapan ke arah itu? Jawapannya adalah tidak kerana setiap malam
mulai jam 9.00 malam hingga 12.00 malam terpaksa berada di pentas ceramah PAS
untuk memburukkan pemimpin UMNO. Memang tidak ada kerja lain. Kerja itu sahaja
7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, dan 366 hari setahun (2012).
Begitu juga perbalahan politik di negara
Somalia yang melibatkan pemimpin Islam berperang sesama sendiri seolah-olah
tiada penyelesaian sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, kerana masing-masing
keras kepala seperti kepala Nik Aziz dan Haji Hadi tanpa merujuk kepada
Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., dan mendakwa bahawa mereka sahaja berada di
pihak yang benar, dan yang sebenarnya pihak pembangkang yang bertelagah itulah berada
di pihak yang tidak benar kerana ingin mengambilalih kuasa pemerintahan.
Akibatnya, sejak sekian lama rakyat di negera mereka itu sengsara disebabkan peperangan,
dan sentiasa mengharap bantuan daripada negara luar seperti Malaysia dan
negara-negara Islam lain.
Di negara Sirrea Leone, sebelum
berperang, negara itu di ketuai oleh orang Islam dan rakyatnya 85% adalah
beragama Islam. Namun, selepas tamat perang, ketua negara itu kekal di tangan
orang Islam, tetapi 68% rakyatnya sudah murtad dan hanya tinggal 17% sahaja
yang beragama Islam (sumber daripada anggota tentera kita yang pernah
berkhidmat di negara tersebut). Nik Aziz dan Haji Hadi tidak faham ini semua
sebab hari-hari baca Harakah.
Sebab-sebab berlakunya kejadian seperti
itu ialah kerana mereka tolak perpaduan dan gemar berpecah-belah dalam
soal-soal agama dan politik. Politik dicampur adukkan dengan agama, dan agama
pula dicampur adukkan dengan politik, maka jadilah agama itu sama taraf dengan
politik, dan politik itu juga sama taraf dengan agama.
Lihat
dan bacalah Ayat 159 hingga 163 Surah Al-An’Aam.
Baiklah, saya nak tanya soalan untuk
dijawab oleh Nik Aziz dan Haji Hadi :
Soalan 1
: Apakah perpaduan sesama Islam itu penting untuk memartabatkan Islam di negara
ini melalui kuasa politik, dan untuk menggunakan kuasa politik demi keutuhan
Islam, perlukah PAS dan UMNO memulakan perundingan atau perbincangan awal ke
arah itu ? Apa pandangan?
Soalan 2
: Sebagai Mursyidul Am PAS dan sebagai Presiden PAS, apa peranan PAS untuk
menggerakkan perpaduan di kalangan orang-orang Islam, kerana ini memang
dituntut oleh Islam. Dengan adanya ikatan perpaduan yang kuat maka, apa yang
dituntut oleh Islam seperti fardu ain, fardu kifayah, perekonomian Islam,
kebajikan, perpaduan, perundangan Islam dll dapat berjalan seiring dengan cara
yang lebih mudah, kerana UMNO dan PAS masing-masing ada kekuatan dalam politik,
dan perlukah digunakan kekuatan kuasa politik untuk kuatkan Islam. Apa komen?
dan apakah perlu meminta kebenaran daripada DAP terlebih dahulu bagi menjayakan
apa yang diperkatakan itu?
Soalan 3
: Dulu di zaman Rasulullah s.a.w., sebelum Umar Al-Kattab memeluk Islam,
penyebaran Islam adalah secara sembunyi-sembunyi. Setelah Umar memeluk Islam,
maka penyebaran Islam dilakukan secara terang-terang, dan Islam menjadi semakin
kuat semasa itu. Soalan saya: Apakah penyebaran atau perkembangan Islam akan
menjadi lebih kuat daripada sekarang jika perpaduan di kalangan
pemimpin-pemimpin PAS dapat bergabung bersama dengan pemimpin-pemimpin UMNO tanpa
mengenakan apa-apa syarat, atau Islam hanya boleh menjadi kuat setelah PAS dan
DAP mengambilalih pemerintahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, apa komen ?
Sesungguhnya orang-orang Melayu di luar
sana ingin melihat perpaduan orang-orang Melayu yang sedang berpecah sekarang
kembali bersatu tanpa mengungkit perkara-perkara lama demi untuk keutuhan Islam
di negara ini. Sebagai contoh, jika kita pernah bergaduh dan bertumbuk dengan
kawan kita pada suatu ketika dahulu, kita tidak perlu ungkit bahawa kita telah
kena 5 penumbuknya, sementara dia pula telah kena 2 penumbuk kita.
Soalan 4
: Adakah PAS setuju dengan pandangan ini kerana Allah sentiasa bersimpati
dengan pihak-pihak yang sentiasa mengalah. Apa komen ?
Soalan 5
: Sebenarnya terdapat banyak pihak yang berhasrat tinggi sebagai pengantara untuk menyambung
usaha-usaha ke arah perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS tanpa
berat sebelah ke mana-mana pihak. Keputusan mutlak di tangan pemimpin tertinggi
dalam PAS dan UMNO. Apa komen ?
Terbukti, sesungguhnya PAS menolak
perpaduan dengan UMNO kerana orang yang bergelar ulama bertaraf Nabi bernama
Nik Aziz mempunyai dendam lama terhadap UMNO. Pemikiran politik ala PAS memang
rendah mutunya. Silap haribulan masuk neraka. Contoh, saya mesti memberi contoh
supaya orang-orang Melayu yang waras terutamanya pelajar-pelajar di IPTA / IPTS
mampu berfikir yang mana baik dan yang mana boleh mendatangkan keuntungan di
dunia dan di akhirat kelak. Contoh, pada awal tahun 2009 Pakatan Rakyat yang
terdiri gabungan DAP, PKR dan PAS telah hilang kuasa pemerintahan di Perak.
Ringkas, di hari majlis angkat sumpah Dr. Zambry memegang jawatan Menteri
Besar, terdapat ramai askar PAS kerahan DAP iaitu prebet PAS membuat kecoh
sambil memegang bendera PAS dan bendera DAP seolah-olah sedang berperang
seperti Perang Uhud. Lebih buruk lagi ada yang tidur di jalan raya untuk
menghalang kereta-kereta khas pembesar negeri daripada bergerak. Itu adalah
kerja bodoh yang diilhamkan oleh hasutan syaitan.
Ketika itu hanya askar prebet PAS
kerahan DAP sahaja yang kelihatan. Askar-askar regular DAP dan askar-askar
regular PKR langsung tidak kelihatan. Selepas peristiwa itu, bekas MB Perak
daripada PAS kelihatan sasau seperti orang gila talak. Peluang kemewahan
sebagai MB terlepas sekelip mata kerana Allah s.w.t. telah mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang dikehendakiNya, dan ini bukan penulis cuba
berbohong, memang ada disebut dalam Al-Quran di Surah A-Li ‘Imraan Ayat 26.
Inilah jenis-jenis fahaman-fahaman salah
yang di bawa oleh PAS yang masih diamalkan oleh penyokong-penyokong PAS. Ia
sangat bercanggah dengan ajaran agama Islam yang di bawa oleh Nabi s.a.w., dan
ia perlu ditolak oleh bangsa Melayu itu sendiri pada PRU-13 akan datang.
Sebelum ini, terdapat Ahli Parlimen
bukan Islam daripada PKR membaca Al-Quran di atas pentas PAS dalam satu kempen
PRK di Negeri Sembilan . Ulama politik PAS tidak melarangnya. Ini menunjukkan
para ulama politik PAS adalah jahil Al-Quran dan tidak berkemampuan
mentafsirkan Ayat-Ayat Al-Quran dengan betul, serta gagal mencegah perbuatan
yang sia-sia itu.
Para pembaca sekalian, semak Al-Quran di
Surah Al-Israa’ Ayat 45 hingga 50
untuk mendapat erti maksud Ayat-Ayat tersebut.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan
di Dewan Rakyat baru-baru ini telah mempertahankan orang-orang kafir dalam
pakatan pembangkang yang membaca dan menghuraikan Al-Quran di hadapan
orang-orang Islam dengan mendakwa ia boleh mendekatkan orang-orang kafir dengan
Islam. Kalau macam itu, ada baik juga muslimah-muslimah PAS yang comel-comel
itu tidur malam bersama dengan mana-mana orang kafir di dalam satu bilik, di
atas satu katil dan satu kain selimut, kerana langkah itu pastilah akan
mendekatkan lagi orang-orang kafir dengan Islam.
Dengan keterangan di atas
penyokong-penyokong PAS sendiri tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Allah
dalam Al-Quran seperti Ayat-Ayat tersebut di atas, dan bagaimana pula boleh
menjemput orang kafir berhujah dengan Al-Quran sedangkan mereka (orang kafir)
sendiri tidak mempercayai Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi
s.a.w. melalui malaikat Jibril ?
Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun
Taib dan ulama politik dalam PAS serta penyokong-penyokong PAS hendaklah sedar
dan janganlah jadi bodoh selama-lamanya kerana kepentingan politik.
Adalah tidak logik langsung, orang yang
tidak mempercayai Ayat Al-Quran mahu berhujah dengannya, inilah yang dikatakan
cuba mempermain-mainkan Ayat-Ayat Al-Quran.
Dengan keterangan di atas, penulis mengajak
semua bangsa Melayu dengan berani menolak perjuangan PAS yang bertopengkan
Islam yang dipimpin oleh Nik Aziz dan ulama politik lain dalam PAS sebelum
terlewat. Jika tidak, generasi muda akan berjaya disesatkan sesesat-sesatnya
oleh ulama politik dalam PAS itu.
Demi untuk agama Islam, parti politik
PAS hendaklah disekat daripada memenangi apa-apa kerusi dalam mana-mana PRK
atau PRU-13 akan datang. Sejak memerintah Kelantan pada tahun 1990 iaitu 22
tahun yang lalu, tiada pembangunan rancak boleh dibanggakan.
Namun, setiap kali di ceramah PAS maka
timbullah puji-pujian yang mendadak kepada Nik Aziz sebagai MB Kelantan.
Penceramah PAS menjadi sasau dan syok sendiri apabila menyebut negeri
Kelantan Membangun Bersama Islam, dan Kota Bharu Bandaraya Islam. Jika benarlah
Kelantan membangun bersama Islam tentulah sekurang-kurangnya warna air paip di
Kelantan berwarna putih bersih seperti air zam-zam dan semestinya tidaklah
kelihatan merah seperti sekarang, kadangkala terputus bekalannya.
Ketahuilah, sering kali aliran air paip
menjadi “jem” dan pengguna-pengguna di Kelantan menjadi semakin hilang sabar
apabila ketiadaan air.
SURAT NO. 24
Di Merapoh, Pahang iaitu berhampiran
dengan Perhentian Rehat Bas-Bas Ekspres terdapat sebuah masjid di tepi jalan sebelah
kiri menghala ke Kota Bharu yang dibina oleh penyokong-penyokong PAS.
Di masjid itu terdapat logo PAS di
sebelah kiri dan kanan pada bangunan. Di dalamnya sangat kotor dan karpetnya
pula berbau sangat busuk. Tandas pula tak payah cakaplah. Beginikah caranya
masjid itu diuruskan oleh penyokong-penyokong PAS? Parti yang perjuangkan
Islam.
Di manakah letaknya ajaran Islam? Masjid
itu tidak ada standard langsung. Gereja
Kristian termasuk tandas di gereja lagi bersih dan hebat. Jika rumah Allah itu
tidak boleh dijaga dengan rapi bagaimana pula mampu menguruskan perkara-perkara
yang lebih besar atau mencabar? Saya tidak ada selera untuk bersolat di masjid
itu dan terpaksa mencari tempat lain untuk bersolat.
Keadaan masjid atau surau kotor di
Kelantan memang diakui sendiri oleh Nik Aziz selaku MB Kelantan. Ia terus
berlaku kerana parti yang mendakwa berjuang atas nama Islam itu tidak ada dalam
perancangannya untuk membentuk generasi ke arah ke cemerlangan.
Dalam Al-Quran di Surah Al-A’Raaf Ayat 31 bermaksud: Wahai anak-anak Adam ! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada
tiap-tiap kali kamu ke masjid atau ke tempat ibadat atau mengerjakan solat.
(Huraian:
Ini tidak, kita berpakaian bersih, tetapi masjid yang kotor dan menjijikkan.
Dikatakan berjuang untuk Islam, hanya di atas kertas sahaja).
Berbalik kepada dasar perjuangan PAS, di
atas kertas semuanya elok-elok belaka. Di sini ingin saya dedahkan secara jujur
bahawa dalam keluarga saya hampir keseluruhan 100 peratus (%) adalah penyokong
setia PAS sejak sekian lama.
Di kampung saya yang jaraknya hanya 10
kilometer dari Kota Bharu Bandaraya Islam juga merupakan hampir keseluruhan 100
peratus (%) penduduknya adalah penyokong PAS. Namun hampir keseluruhannya tidak
mampu membaca Al-Quran dengan betul mengikut hukum tajwid walaupun 1
jenis bacaan iaitu Hafs Asim. Perkataan Hafs Asim pun mereka tidak mengerti dan
sangat asing kepada mereka. Inikah perjuangan Islam.
Masjid atau surau-surau sentiasa kosong
dan hanya menjadi penuh jika Nik Aziz atau ulama politik PAS yang lain datang
untuk bertazkirah dan 85 peratus (%) isi kandungan tazkirah itu ialah hentam
pemimpin UMNO. Semua hadirin seronok mendengar dan saya pernah menyamar sebagai
penyokong PAS dan segala strateginya saya tahu.
Adakalanya penceramah politik PAS itu
membaca petikan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tidak betul termasuklah sebutannya.
Ini adalah secara ringkas sahaja yang dapat saya ceritakan dan saya tidak
memaksa pembaca sekalian untuk mempercayai apa yang dituliskan di sini.
Penulisan ini juga sebagai dakwah untuk
menyampai dan memperbetulkan apa yang tidak betul atau apa yang tidak benar. Dikatakan
berjuang atas nama Islam, tetapi baca Al-Quran pun tidak betul, dan ada yang
langsung tidak dapat membaca Al-Quran. Macam mana ini boleh berlaku.
Hari ini dan sejak sekian lama, saya
dapati terdapat ramai anak-anak Melayu apabila mendapat peluang belajar di
Mesir, atau di Jordan, atau di Syria atau di negara-negara lain di bidang
Usulluddin, atau Syariah, atau Pengajian Bahasa Arab dan bidang-bidang lain
(tidak termasuk bidang Al-Quran) sangat berminat untuk menyertai politik PAS
dengan harapan dapat menjadi calon di Kerusi DUN atau calon di Kerusi Parlimen
seperti Nik Amar Nik Abdullah dulu, atau sekurang-kurang menjadi Setiausaha
Politik, atau Setiausaha Akhbar atau setidak-tidaknya Pegawai Khas kepada MB
Kelantan, atau Pegawai Khas kepada TMB Kelantan, atau Pegawai Khas kepada Exco
Kerajaan Negeri Kelantan dan begitulah seterusnya.
Saya berpendapat, sebelum seseorang itu
melangkah masuk ke gelanggang politik, seseorang itu hendaklah menyuluh diri
masing-masing dan mencari jawapan berikut:
·
Adakah aku ini ada ilmu
politik ?
·
Adakah aku ini ada ilmu
pengurusan ekonomi dan kewangan ?
·
Adakah aku ini ada ilmu
pengurusan pentadbiran ?
·
Adakah aku ini mengikuti
perkembangan politik dunia ?
·
Adakah aku ini mengikuti
perkembangan ekonomi dalam negara ?
·
Adakah aku ini mempunyai
ilmu berkaitan pelaburan ?
·
Adakah aku ini mengikuti
perkembangan ekonomi negara-negara maju ?
·
Adakah aku ini memerhati
perkembangan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah atau Amerika Selatan dan
negara-negara lain ?
·
Adakah aku ini boleh membantu
meningkatkan ekonomi Melayu?
·
Adakah aku ini mampu
berfikir untuk kemajuan negara dan keperluan rakyat untuk 100 tahun akan datang
?
·
Adakah aku ini mengikuti
perkembangan kelahiran baru bagi merancang keperluan mereka?
·
Adakah aku ini mengikuti hal
ehwal keselamatan dalam negara dan negara-negara jiran ?
·
Adakah aku ini boleh
menyumbang ke arah kemajuan Islam ?
dan banyak lagi perlu ditanya diri
sendiri sebelum melangkah masuk ke dalam arena politik PAS termasuklah niat
dalam hati sama ada ingin mencari kekayaan untuk diri sendiri atau memang ada
niat untuk membantu rakyat, dan begitulah seterusnya.
Jika tidak termasuk apa yang
disenaraikan di atas, adalah lebih baik menjadi penyokong sahaja atau memasuki
politik UMNO dan belajarlah dari dalam, dan bukannya merobohkan semua
perancangan yang telah / sedang / dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN yang
diterajui oleh UMNO.
Saya berpendapat negara ini akan menjadi
rosak jika ia di pimpin oleh orang-orang yang tidak berilmu dan hanya bergelar
ulama politik atau ulama biasa sahaja. Ilmu-ilmu lain mesti ada. Pemikiran
mesti kukuh dan boleh menerima pendapat orang lain jika difikirkan munasabah.
Bukan keras hati seperti Nik Aziz yang langsung tidak mahu menerima pendapat
ramai walau pun ia akan menguntungkan bangsa Melayu dan Islam.
Hari ini ulama-ulama politik banyak
bergantung kepada pegawai kerajaan (pelaksana dasar-dasar kerajaan) untuk
tadbir urus sesebuah negeri yang di perintah mereka tanpa merancang sendiri
segala rancangan pembangunan atau rancangan pembangunan ekonomi atau rancangan
pembangunan usahawan.
Perancangan untuk membangunan ekonomi
desa mestilah diutamakan dan saya percaya perananan Kerajaan Negeri sangat
penting. Di samping itu pembangunan lain seperti kemudahan asas untuk rakyat
tidak boleh diabaikan.
Dalam perekonomian negara, “ekonomi meleset” maknanya tiada
permintaan walhal pengeluaran banyak, dalam bahasa mudah: barang banyak tetapi
tiada pembeli dan (harga barang murah). Berbeza dengan “ekonomi inflasi” maknanya permintaan melebihi daripada penawaran,
dalam bahasa mudah: barang berkurangan di pasaran tetapi banyak permintaan (pembeli)
dan (harga barang mahal).
Jika kekurangan ilmu seperti yang di
senaraikan di atas maka timbullah berbagai-bagai masalah dalam negara atau
negeri yang dipimpin. Contoh terbaharu ialah soal Bazar Tok Guru pun gagal
diselesaikan cara baik tetapi negeri dikatakan Membangun Bersama Islam. Jika
benar membangun bersama Islam mestilah tiada penindasan. Ini hanya sebagai satu
contoh sahaja. Sebenarnya Nik Aziz dan ulama politik PAS lain hanya pandai
berpolitik sahaja.
PAS sekarang lebih pentingkan kemanisan
kuasa hingga sanggup bersekongkol dan mengagung-agungkan musuh Islam iaitu
Mursyidul Am Punjabi, Mursyidul Am Buddha dan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz
sahaja tanpa mempedulikan rakyat Kelantan sendiri. Air paip merah – merahlah,
kes rogol – rogollah, kes bunuh orang – bunuhlah, kes sembelih anak kecil –
sembelihlah, kes curi motosikal dan kereta – curilah, kes curi basikal pun ada
di Kelantan, kes buang bayi – buanglah, kes seludup dadah – seluduhlah, kes
wanita muda terjun dari tingkat 3 KB Mall – terjunlah, terdapat imam-imam masjid atau surau silap
membaca Al-Quran semasa mendirikan solat berjemaah – itu dia punya hal lah,
terdapat ramai rakyat Kelantan tidak boleh membaca Al-Quran dengan betul
mengikut Hukum Tajwid – itu hal dia lah dan sendiri jawablah. Apa nak jadi –
jadilah. Itulah barangkali yang sentiasa bermain di kepala Nik Aziz.
Dulu-dulu Nik Aziz ada mengajar rakyat
Kelantan supaya menjadi manusia jahat. Contoh, jika orang bagi wang – ambil,
orang bagi gula – kacau, orang bagi kain pelikat – pakai, orang bagi nasi –
makan, orang bagi air – minum, orang bagi buah – makan, orang bagi anak dara –
kahwin, jika orang bagi perempuan pelacur – bagaimana pulak? Sebagai pejuang
Islam, PAS hendaklah membentuk generasi selari dengan ajaran Islam, namun saya
tidak merasa apa-apa kepelikan memandangkan pemimpin tertinggi dalam PAS pun
memang serabut dan tidak menunjukan contoh yang baik. Mereka itu adalah orang
politik bertopengkan Islam.
Dalam kes arak di Selangor, kini PAS
senyap dan sunyi setelah diherdik oleh DAP. Dalam kes judi di Kelantan pula, Nik
Aziz sedia mendengar dan mengkaji cadangan Mursyidul Am Punjabi dan Mursyidul
Am Buddha. Di manakah ketegasan Mursyidul Am PAS itu ? Kerana rakan sebantal
dalam politik, maka Kerajaan Pas Kelantan sanggup mengkaji semula isu judi, dan
jelaslah PAS sebenarnya diperkudakan oleh DAP iaitu parti politik yang di
kuasai oleh kaum Cina.
DAP sangat terkenal kerana anti-Melayu,
anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-DEP, anti-MARA, anti-peruntukan Masjid
dan anti segala-galanya selagi negara ini diterajui oleh orang-orang Melayu.
Terbaru Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam
berkata bangsa Melayu juga merupakan kaum pendatang di negara ini dan mendakwa
hanya orang Asli sahaja penduduk pribumi di negara ini. Kalau begitu dari
negara mana pulak Melayu datang? Mana negeri asal orang-orang Melayu? dan dari mana
pula datangnya nama Persekutuan Tanah Melayu? Orang bagi tinggal di negara ini
pun dah mujur tetapi masih tidak sedarkan diri. Inilah sifat buruk kaum
pendatang yang tidak tahu berterima kasih. Walau apa pun, PAS sentiasa
mengantuk apabila DAP berada di sebelahnya.
SURAT NO. 25
Isu pengharaman judi di Kelantan oleh
Kerajaan PAS sejak tahun 1990 hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Apabila
digertak oleh DAP baru-baru ini, Kerajaan PAS menjadi takut dan bagaimanakah
PAS nak wujud negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud ?
Hendak kekalkan pengharaman judi pun
menjadi teragak-agak. PAS hanya berani dan nampak garang dengan UMNO sahaja
tetapi menjadi penikus apabila berdepan dengan DAP. Inilah wajah-wajah buruk
PAS yang perlu ditolak oleh seluruh orang-orang Melayu di negara ini demi untuk
orang-orang Melayu itu sendiri, generasi Melayu dan agama Islam.
Dulu, menjelang PRU-12 pemimpin
tertinggi PAS ada berkata, UMNO tidak perlu datang ke Kelantan untuk membela
Melayu Kelantan. Melayu Kelantan dikatakan o.k oleh Nik Aziz dan semua
penceramah upahan PAS, dan meminta UMNO pergi sahaja ke Pulau Pinang untuk
membela Melayu Pulau Pinang. Hari ini bagaimana ?
Apa-apa penindasan oleh DAP kepada
Melayu di Pulau Pinang, PAS hanya menjeling mata sahaja dan tidak berani
menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang. Dalam mana-mana ceramah PAS di Kelantan,
pemimpin tinggi PAS langsung tidak timbulkan isu tersebut dan sentiasa mendakwa
dengan perasaan syok sendiri sambil berkata bahawa DAP sudah menerima kefahaman
Islam. Tetapi tidak menyatakan pula sudah berapa ramai ahli DAP yang bukan
Islam telah memeluk Islam.
Pada PRU-12 (2008) di Pulau Pinang,
Melayu Pulau Pinang memberi undi kepada pakatan pembangkang kerana PKR dan PAS
telah berjanji akan menjaga Melayu Pulau Pinang dengan sebaik-baiknya. Hari ini
apa sudah jadi dengan janji-janji tersebut ? Satu negeri Pulau Pinang yang
kecil pun tidak terjaga kepentingan Melayu dan bagaimana pula PAS mampu jaga
Melayu seluruh Malaysia ? Nik Aziz
sentiasa memuji KM P. Pinang LGE @ Khalifah Umar Bin Abdul Aziz tetapi seorang
Y.B DUN daripada PAS tidak pula dilantik sebagai exco negeri.
Pembaca hendaklah sedar, ulama politik
PAS, pemimpin lain dalam PAS, penyokong PAS dan semua ahli PAS adalah penduduk
pribumi @ penduduk asal negara ini tetapi bertuankan bangsa lain dalam DAP.
Logik ke ? dimanakah letaknya maruah bangsa Melayu dan maruah agama Islam ? PAS
sebenarnya perlu dihapuskan dalam peta politik tanahair demi untuk bangsa
Melayu, generasi Melayu dan agama Islam.
Di ruangan ini saya sebenarnya tidak
mahu meninggalkan apa yang pernah saya perkatakan sebelum ini. Saya mahu ulang!
ulang! ulang! dan terus mengulanginya sehingga perkara yang diulang-ulang itu
dapat difahami oleh orang-orang Melayu. PAS sebenarnya sentiasa berkorban demi untuk
DAP.
Hasrat DAP untuk melihat kaum Cina
menjadi tuan besar di bumi Melayu ini seperti di negara Singapura pasti akan
terlaksana jika bangsa Melayu itu terus memberi undi kepada PAS pada mana-mana
PRK atau PRU-13 kelak. Ingat ! PAS ialah rakan kongsi DAP dalam gabungan
pakatan pembangkang yang sangat arkab seperti isi dengan kuku. Awaslah wahai
orang-orang Melayu sebelum Melayu hilang kuasa.
SURAT NO. 26
Saya juga ingin menimbulkan kembali
cerita lama yang sudah dilupakan oleh orang-orang Melayu, namun saya sendiri
tetap tidak akan melupakannya kerana ini melibatkan orang yang bergelar ulama
politik dalam PAS.
Saya ingin merujuk kepada siaran berita di
stesen Tv swasta dan stesen Tv berbayar yang mana saya sendiri telah mendengar
apa yang terkeluar daripada mulut Nik Aziz sendiri. Saya percaya rakaman berita
Tv tersebut pada tahun 2009 masih ada dalam simpanan kedua-dua stesen Tv
tersebut dan janganlah pula ada mana-mana pihak cuba menuduh saya sebagai
mereka-rekakan cerita ini.
Saya ingin berhujah atas 4 perkara. Nik Aziz ada berkata:
1. Ada
orang nak taja saya mengerjakan Haji di Mekah.
2. Ada
orang nak seliper saya, sanggup bayar RM 5 ribu semata-mata kerana nak dapat
berkat.
3. Saya
telah berdoa tadi beramai-ramai minta Allah perbetulkan pemikiran PM Najib
supaya Najib beri wang royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan, jika
tidak kita minta Allah musnahkan masa depan dia, parti dia dan kumpulan dia.
(Lebih kurang begitulah kata-kata Nik Aziz).
4. (Setelah
menerima kecaman dari berbagai pihak), Nik Aziz berkata dia sedia berdepan
dengan mana-mana ulama termasuk Mufti Perak yang mengecamnya mengenai doanya
itu.
Perkara di No. 1:
Nik Aziz menerima gaji bulanan dan semua elaun bulanan adalah mengikut taraf Menteri
Besar yang jumlahnya bukan sedikit. Jika seseorang itu ada wang masuk setiap
bulan daripada pendapatannya, maknanya seseorang itu ada wang. Seseorang yang
ada wang adalah sebaik-baiknya tidak menerima apa-apa bantuan atau tajaan daripada mana-mana pihak.
Ini adalah moral orang-orang yang
mempunyai wang, tambah lagi Nik Aziz beragama Islam dan moral orang-orang
beragama Islam perlu dipertahankan. Lebih-lebih lagi pihak yang menaja itu ada
kepentingan perniagaan di bawah kuasa orang yang hendak di taja itu. Ini adalah
untuk mengelakan fitnah yang bakal diterima.
Nik Aziz sangat gemar bercakap mengenai
sikap kejujuran Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Ringkas, Khalifah Umar Bin Abdul
Aziz sentiasa menjaga nama baiknya. Di waktu malam jika ada urusan peribadi,
beliau hanya menyalakan lilin peribadinya sahaja. Ini semata-mata ingin menjaga
nama baik sebagai Ketua Kerajaan.
Saidina Ali Abi Talib ada berkata bahawa
nama yang baik adalah lebih elok daripada sebuah istana yang indah. Apakah
sifat-sifat mulia yang ditunjukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz itu ada
pada Nik Aziz selaku Ketua Kerajaan PAS Kelantan? Dikatakan negeri Membangun
Bersama Islam? Jika Nik Aziz menerima tajaan itu maka sifat-sifat Nik Aziz itu
adalah berlawanan dengan sifat-sifat yang ada pada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz
atau ulama-ulama terdahulu.
Nik Aziz sudah tua, dan Nik Aziz pun
tahu bahawa dia sudah tua. Di masa inilah dia sewajarnya kejar mengejar dalam
membuat kebaikan seperti yang diseru dalam Al-Quran di Surah Al-Baqarah Ayat 148. Jika seseorang itu pergi
mengerjakan Haji dengan wang tajaan bermakna pahala yang bakal diperolehinya
itu tidaklah sepenuhnya.
Adalah tidak menjadi apa-apa kecacatan
dari segi amalan jika seseorang yang tidak ada kemampuan menerima tajaan daripada
pihak lain. Masalah sekarang ialah Nik Aziz ada wang, ketika itu (2009) sudah
19 tahun menjadi MB Kelantan, tentulah banyak wang simpanan dan tidak perlu
mendapat tajaan untuk ke Mekah.
Apabila seseorang itu sudah menjangkau
usia tua seperti Nik Aziz, biasanya tidak akan menerima sebarang tajaan.
Sebaliknya akan tetapkan hati pergi menunaikan ibadat Haji dengan wang sendiri
dengan harapan memperolehi pahala sebanyak-banyaknya. Ini berbeza dengan
pendirian Nik Aziz.
Keputusan Nik Aziz membatalkan pemergiannya
ke Mekah adalah bukti jelas bahawa perbuatannya itu adalah salah. Ringkas, Nik
Aziz adalah golongan orang yang berharta atau kaya dan lebih berkemampuan. Soal
wangnya diberi kepada parti atau pihak-pihak lain adalah masalah lain. Masalah
yang dibicarakan di sini ialah dia ada wang pendapatan bulanan. Pihak yang
menaja pun satu masalah juga, hendak menaja orang yang ada pendapatan besar.
Jika benar-benar nak buat pahala, tajalah orang-orang beriman lain yang ramai
terdapat di Kelantan.
Perkara No, 2:
Sepatutnya Nik Aziz tahu bahawa selipernya itu tidak boleh membawa apa-apa
keberkatan kepada sesiapa pun. Jubah Rasulullah s.a.w. pun tidak boleh membawa
apa-apa keberkatan kepada sesiapa pun. Inikan pula seliper Nik Aziz yang
dipakainya untuk keluar masuk ke tandas.
Bukan Nik Aziz tidak tahu sejarah Islam,
di zaman Rasulullah ada seorang yang tidak beriman (namanya tidak ingat)
bilamana di saat-saat kematiannya beliau meminta jubah Rasulullah untuk
dipakainya semata-mata untuk mendapat berkat.
Rasulullah atas sifatnya sebagai pemurah
dan mulia telah memberikan jubahnya itu kepada orang tersebut, tetapi telah
mendapat bantahan daripada sahabat-sahabat lain. Ramai sahabat-sahabat
Rasulullah tidak berpuashati dengan sifat pemurah dan mulia Baginda itu. Dengan
pantas Rasulullah berkata bahawa jubahnya itu tidak boleh membawa apa-apa
keberkatan kepada orang itu, dan orang itu akan dimasukkan ke neraka juga.
Kemudian sahabat-sahabat Rasulullah itu pun berpuashatilah dengan jawapan
Baginda. Itu hanya secara ringkas sahaja.
Itu jubah Rasulullah, Rasul pilihan
Allah. Ini seliper Nik Aziz ! siapa Nik Aziz ? Nik Aziz ialah ulama politik PAS
yang sentiasa bercakap mengarut. Nik Aziz ialah ulama politik PAS yang berkata
boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan ingin membantu menubuhkan negara
Islam. Syaitan mana? Sedangkan Allah sudah melarang supaya tidak menghampiri
syaitan sebagaimana telah pun diterangkan sebelum ini.
Nik Aziz ialah manusia biasa dan terikat
dengan perintah-perintah yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Nik Aziz juga
tertakluk kepada syurga dan negara. Nik Aziz bukan manusia istimewa tergolong
dalam senarai sepuluh (10) orang sahabat Nabi s.a.w. yang dijanjikan masuk
syurga. Sebenarnya Nik Aziz ialah manusia yang sentiasa di dewa-dewakan oleh
pengikut-pengikut PAS yang jahil dalam pegangan agama Islam, dan tidak dapat
membeza-bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Seliper Nik Aziz ! sanggup bayar RM 5
ribu ! betul ke cerita ni atau rekaan Nik Aziz? Saya berpendapat daripada
membeli seliper Nik Aziz itu adalah lebih baik kita sendiri pergi ke Mekah buat
ibadat Umrah. Tambang pakage umrah untuk sebelas (11) hari sekarang ialah
lebihkurang RM3,700.00 sahaja. Baki berlebihan RM1,300.00 itu bolehlah
digunakan untuk membeli kurma Nabi, air zam-zam dan lain-lain untuk di bawa
pulang.
Di samping itu berpeluang pula
mendirikan solat di Madinah yang pahalanya seribu (1,000) kali ganda daripada
masjid-masjid lain. Juga berpeluang bersolat di Masjidil Haram di Mekah yang
pahalanya ialah seratus ribu (100,000) kali ganda daripada masjid-masjid
lain. Adalah tidak keterlaluan jika saya
berpendapat bahawa hanya orang gila atau rosak pemikiran sahaja yang sanggup
membeli seliper Nik Aziz itu. Atau pun cerita itu di reka-reka sendiri oleh Nik
Aziz untuk menaikan dirinya supaya lebih dihormati.
Perkara No. 3:
Nik Aziz ingat Allah itu bodoh macam penyokong-penyokong PAS yang menjadi pak
turutnya. Ringkas, orang Islam memang tahu akan kebesaran dan kekuasaan Allah
kerana alam ini dan isinya sesungguhnya dicipta oleh Allah sebagaimana yang
tersebut dalam Surah Faatir Ayat 1.
Oleh kerana itu kita yang kerdil ini
tidak payahlah menghuraikan perihal Allah yang sangat panjang hinggakan tiada
kesudahan walaupun seluas air lautan menjadi tinta.
Penerimaan atau makbulnya doa seseorang
itu adalah hak mutlak Allah. Syarat-syarat berdoa, atau panduan-panduan sebelum
seseorang itu berdoa, atau selepas seseorang itu berdoa, atau cara-cara
seseorang itu berdoa, atau jenis doa-doa yang diajar oleh Allah kepada manusia
adalah sangat panjang. Namun penulis ingin mengambil contoh hanya 2 Ayat
Al-Quran sahaja: Surah Al-Baqarah Ayat
186 bermaksud:
Dan
apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu mengenai Aku (Allah), maka beritahu
kepada mereka bahawa sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka, Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka
hendaklah mereka menyahut seruanKu dengan mematuhi perintahKu, dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Huraian
1 : Doa supaya mendatangkan kecelakaan atau
musibah kepada seseorang itu adalah di luar suruhan Allah. Oleh itu kita
hendaklah mengelakkan daripada berdoa sesuatu yang buruk kerana dibimbangi
perkara buruk itu tidak mustahil akan menimpa diri kita. Nik Aziz tidak takut benda-benda
ini dan dia bercakap main sedap mulut sahaja, gatal mulut.
Huraian
2 : Penerimaan atau perkenan Allah akan doa
seseorang itu adalah berdasarkan kepada peraturan atau undang-undang yang
ditentukanNya. Maka setiap doa seseorang itu hendaklah diiringi dengan amal
usaha yang sungguh-sungguh mengikut peraturan undang-undang Allah yang berlaku
kepada sekalian alam.
Surah
A-Li ‘Imraan Ayat 110 jika diamalkan
sebaik-baiknya oleh setiap manusia pastilah akan membuatkan Allah sayang kepada
seseorang itu. Ini boleh menjamin doa seseorang itu akan dimakbulkan oleh Allah
mengikut peraturan dan undang-undangNya. Ayat 110 itu bermaksud:
Kamu
(wahai umat Muhamad) adalah sebaik-naik umat yang dilahirkan bagi faedah umat
manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah, buruk dan keji, serta kamu pula beriman
kepada Allah dengan sebenar-benar iman.
Huraian
: Anugerah kemulian dan keistimewaan oleh
Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. adalah bergantung kepada amalan
seseorang itu selagi ia mengamalkan 3 dasar Islam yang utama iaitu:
(a) Membuat
baik dan menyuruh berbuat kebaikan
(b) Tidak
membuat kejahatan dan melarang daripada membuat kejahatan.
(c) Terus
beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya dan menyeru orang lain
membuat perkara yang sama.
Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS dan MB
Kelantan mestilah menunjukan contoh-contoh yang baik kepada orang-orang di
bawah pimpinannya, dan jangan sekali-kali menunjukan contoh yang kurang baik.
Ini dibimbingi akan menjadi ikutan kepada orang-orang bawahan dan boleh
mengundang kemarahan atau kemurkaan Allah s.w.t.
Sebagai pemimpin tertinggi dalam PAS
iaitu parti Islam, Nik Aziz hendaklah sentiasa bersabar mengikut panduan
Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dan janganlah sekali-kali membiarkan diri kita di kuasai
oleh bisikan syaitan. Keterangan Al-Quran adalah seperti berikut:
Surah
Al-Baqarah Ayat 155 bermaksud: Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan dengan merasai kelaparan, dan
dengan berlakunya kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
Surah
Al-Baqarah Ayat 156 bermaksud: iaitu orang-orang yang apabila mereka
ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.
Surah
Al-Baqarah Ayat 157 bermaksud: Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi
dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka
itulah orang-orang yang dapat pertunjuk hidayahNya.
Huraian
: Akhlak tinggi Rasulullah s.a.w. ialah akhlak Al-Quran. Orang-orang yang sabar
ialah orang-orang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka tidak hilang
semangat seperti apa yang ditunjukan oleh Nik Aziz itu. Nik Aziz kata dia
belajar di Universiti Al-Azhar dan ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi
s.a.w., betul ke?
Sebagai orang Islam, seluruh kehidupan
kita adalah Islam. Bukan hanya serban putih, kopiah putih dan jubah sahaja
sebagai Islam. Tutur kata kita juga hendaklah Islam.
Sebagai orang Islam kita hendaklah
membuat kebaikan dan menyuruh juga orang lain membuat kebaikan. Maknanya kita
hanya berdoa yang baik-baik sahaja.
Contoh, minta Allah s.w.t. amankan
negara kita, minta kesejahteraan kepada seluruh rakyat, rezeki yang
bertambah-tambah, ramaikan zuriah soleh serta berilmu, tingkatkan iman,
sentiasa diberi rahmat oleh Allah, mati dalam Islam (dan bukannya mati dalam
parti Islam PAS yang suka mencemuh orang) atau mati dalam UMNO.
Sebagai orang Islam kita tidak
sekali-kali akan membuat sebarang kejahatan dan juga tidak akan menyuruh orang
lain membuat perkara sama. Maknanya kita tidak akan membuat sebarang kerosakan
di atas muka bumi ini, atau tidak sekali-kali akan berdoa sesuatu yang boleh
mendatangkan kecelakaan kepada orang lain.
Namun, Allah s.w.t. mempunyai hak
mutlak. Sebagai orang yang beriman, mengaku ulama, atau tok guru, atau tuan
guru, pakai serban yang melambangkan sangat alim tidak sepatutnya bersikap
seperti itu, mendoakan kecelakaan kepada orang lain.
Atas sebab-sebab itulah ada satu Hadis
Nabi s.a.w. bermaksud: di akhirat kelak, yang mula-mula sekali dicampak ke
dalam neraka ialah orang-orang yang bergelar alim ulama yang suka seleweng dan “mengauta belitkan” Ayat-Ayat Al-Quran
atau yang menyembunyikan ilmu.
Para pembaca sekalian boleh fikir
sendiri siapa yang termasuk dalam golongan ini. Kebanyakan mereka adalah di
kalangan ulama-ulama politik PAS, penceramah-penceramah politik PAS dan
ustaz-ustaz PAS yang menyokong perjuangan DAP sebuah parti politik yang
anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-peruntukan masjid dan anti-anti
lain yang telah pun saya sebut beberapa kali sebelum ini.
Sebagai orang Islam kita hendaklah
beriman dan terus beriman kepada Allah s.w.t. dan sentiasa bersyukur apa yang
ada walau pun hidup dalam kemiskinan tanpa harta yang banyak sebagaimana orang
lain.
Jika kita miskin, berbelanjalah mengikut
kemampuan yang ada dan jangan bergaya dalam hidup melebihi daripada apa yang
ada. Masalah wang royalti minyak, jika saya berada di tempat Nik Aziz sebagai
MB Kelantan, nak bagi – bagilah, tak nak bagi pun – tak apalah. Apa susah-susah
sangat hingga sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam.
Nampak sangat kita ni tamak harta, tamak
wang ringgit. Nampak tidak cerdik dan tiada ketahanan cara berfikir. Dengan
perkataan lain, doa hendaklah kepada benda-benda yang baik sahaja dan doa
benda-benda yang buruk sebenarnya adalah daripada bisikan syaitan.
Perkara No. 4:
Sebagai orang yang beriman Nik Aziz tidak sepatutnya mengecam teguran Mufti
Perak berkaitan dengan doanya yang meminta kemusnahan masa depan Najib bersama
parti dan kumpulan Najib. Jika terdapat seseorang itu menegur kita, kita perlu suluh di mana kesilapan
kita itu dan carilah kesilapan hingga dapat dikesan di mana silapnya.
Allah s.w.t. tidak sekali-kali lalai dan
janganlah ada sesiapa hendak mengajar Allah supaya memusnahkan masa depan
seseorang itu. Dalam Al-Quran:
Surah
Ali-‘Imraan Ayat 26 bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad: Tuhan yang
mempunyai kuasa pemerintahan ! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan
dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Huraian
: Tiada huraian. Ayat tersebut sangat jelas dan tidak perlu huraian. Jika
PRU-13 kelak PAS hilang kuasa pemerintahan di Kelantan, maknanya Allah s.w.t.
mencabut kuasa pemerintahan yang telah diberikan kepada Nik Aziz sejak tahun
1990 dulu. Kena terimalah dan janganlah pula berkata ada pengundi hantu yang
mengundi UMNO, dan di mana pula perginya malaikat yang menolong PAS sebelum
ini?
Saya ingin bertanya Nik Aziz, Nik Aziz
kata dia sanggup berdepan dengan sesiapa termasuk Mufti Perak mengenai doanya
untuk kemusnahan Najib, parti UMNO atau kumpulan-kumpulan Najib.
Kenapa pula Nik Aziz menolak dan tidak
mahu menerima cabaran Prof. Madya Mohd. Nor Deris dan Pengasas Pondok Genting,
Tumpat untuk berdepat ? Nik Aziz sebenarnya hanya berani gertak orang sahaja
untuk berdebat dengannya, tetapi jika ada orang menerima gertaknya itu maka Nik
Aziz pun menjadi kelam kabut dan sasau, serta mencari helah lain.
SURAT NO. 27
Seperti biasa penulis ingin mengingatkan
orang-orang Melayu kerana masa masih belum terlewat. Tahukah orang-orang
Melayu? Semua akhbar-akhbar berbahasa cina sentiasa memburukan orang-orang
Melayu dan pemimpin Melayu daripada parti UMNO. Mereka berani berbuat demikian
kerana PAS sentiasa memusuhi UMNO dan kesempatan ini pula diambil oleh
akhbar-akhbar cina.
Peranan yang dimainkan oleh
akhbar-akhbar cina itu sebenarnya sudah berjaya sejak sekian lama, dan lihatlah
keputusan PRU Sarawak Ke 10 (16 Apr 2011) yang lalu. Parti DAP berjaya
menambahkan kerusi DUN Sarawak daripada 6 kerusi sebelum ini kepada 12 kerusi.
Kejayaan DAP itu juga kerana disokong oleh pengundi-pengundi Melayu daripada
PAS yang sentiasa mengibar bendera DAP sepanjang tempoh berkempen.
Orang-orang Melayu mesti ingat, sehingga
ini pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah-belahkan
dan mengkucar-kacir orang-orang Melayu di negara Melayu ini, dan di masa yang
sama telah berjaya dalam misi mereka untuk menyatukan kaum mereka iaitu kaum
cina.
Hasrat mereka untuk melihat kaum cina
menjadi tuan besar di negara Melayu ini pasti akan terlaksana jika orang-orang
Melayu terus memberi undi kepada PAS yang berada dalam pakatan pembangkang
bersama DAP dan PKR. Ingat Melayu ! sebelum kuasa Melayu menjadi layu di Tanah
Melayu yang sentiasa layu dengan pujuk rayu PAS !
Kembali kepada perkembangan politik
tanahair, sekali lagi penulis meminta para pembaca supaya jangan ada perasaan
membencikan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain serta penyokong-penyokong
PAS. Kita orang Islam dan hendaklah sentiasa menunjukan semangat persaudaraan
yang tinggi sesama Islam. Penulisan ini hanya bermatlamatkan supaya orang-orang
Melayu boleh berfikir dan mampu menggunakan otak yang Allah s.w.t. kurniakan
kepada kita.
Jangan sekali-kali apabila kita berada
dalam politik kita meletakan diri kita seperti
penyokong pasukan bolasepak di padang bola. Kita orang Islam, akal kita
kena kuat dan bagus, mampu bezakan yang mana ulama politik dan yang mana ulama
sebenar-benarnya. Rajin-rajinlah baca Al-Quran dan lihatlah tafsirnya supaya
kita mengerti makna dan maksud dalam satu-satu Ayat Al-Quran itu. Berjumpalah
dengan guru-guru Al-Quran yang diiktiraf supaya kita mendapat ilmu yang betul
dan bukannya mendapat ilmu agama di setiap ceramah politik PAS.
Hari ini ulama politik PAS mempunyai
ramai pengikut setia kerana kesemua penyokong-penyokong PAS itu adalah terdiri
daripada mereka yang tidak mempunyai ilmu dunia dan ilmu akhirat secukupnya.
Mereka percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz dan
pemimpin-pemimpin PAS lain, dan diburukan lagi kerana otak-otak mereka sebenarnya
sudah tidak berfungsi lagi.
Sesungguhnya mereka bergantung hidup
kepada pemikiran salah yang sampaikan kepada mereka oleh Nik Aziz dan pemimpin
tertinggi lain dalam PAS yang bergelar ulama politik PAS.
Contoh terbaik untuk pembaca menilainya,
penyokong-penyokong kuat PAS hari ini dan sejak sekian lama sentiasa
melaung-laungkan Islam! Islam! Islam!, tetapi tidak mampu mengajar anak-anak
mereka membaca Al-Quran, sebaliknya menghantar anak-anak mereka belajar
Al-Quran di rumah-rumah orang atau di pusat-pusat pengajian Al-Quran.
Kata berjuang untuk Islam, didiklah
sendiri anak-anak kita. Masalah sekarang, penyokong-penyokong PAS itu sendiri
tidak pandai ilmu Al- Quran dan bagaimana boleh mengajar anak sendiri. Inilah
dikatakan perjuangan palsu yang bertopengkan Islam. Bagaimana pula mereka boleh
hadir dengan ramai sekali dalam mendirikan solat HAJAT di padang bola atau di
stadium atau solat JENAZAH kepada ahli-ahli mereka? Ini bukan tuduhan, di
akhirat esok sendiri jawablah.
Apabila ulama politik PAS kata wahai
penyokong-penyokong PAS, kibarlah bendera DAP maka dengan pantas mereka pun
mematuhi perintah itu. Otak mereka sudah mati dan saya rasa malu dan geli
apabila melihat penyokong-penyokong PAS yang memakai kupiah putih dan berjubah
bersama muslimah PAS yang bertudung sanggup mengibarkan bendera DAP di hari
penamaan calon PRK sambil melaung-laungkan takbir ! takbir ! takbir!
Nak katakan bodoh tidak, nak katakan
pandai pun tidak kerana mereka itu adalah ahli parti politik berteraskan Islam.
Kibar bendera DAP yang menentang penubuhan negara Islam itu boleh masuk syurga
ke? Boleh ! syurga membeli-belah di KB Mall atau di TESCO Kota Bharu.
Adakah cara begitu disuruh oleh Nabi
s.a.w. kita ? jawapannya adalah tidak. Begitulah rendahnya mutu kehidupan penyokong-penyokong
PAS di negara ini yang dapat kita saksikan, terutamanya di Kelantan di mana
pemikiran mereka sebenarnya sudah dirosakkan oleh Nik Aziz dan konco-konconya.
Tak apa ! Itu hak masing-masing kerana manusia mempunyai kehendak yang berbeza.
Atas kesedaran inilah penulis hanya
sekadar meminta supaya seluruh orang-orang Melayu di negara ini tidak lagi akan
terus menyokong perjuangan PAS yang bertopengkan Islam dalam mana-mana PRK atau
PRU-13 akan datang demi untuk kesejahteraan bangsa Melayu itu sendiri, generasi
Melayu dan agama Islam.
SURAT NO. 28
Di ruangan ini saya akan menghuraikan
makna perkataan “politik”, dan perkataan politik itu adalah berbeza di antara
sesebuah negara. Perkataan politik ini jika diterjemahkan oleh negara Republik
Rakyat China adalah berbeza dengan negara Taiwan, atau negara Romania, atau di
Amerika Syarikat atau pun di Britain.
Di negara Republik Rakyat China ada
aktiviti politik tetapi hanya satu parti politik sahaja iaitu Parti Komunis
China. Di Amerika Syarikat hanya ada 2 buah parti sahaja yang terlibat dalam
politik. Di Britain lebih daripada 2 parti politik terlibat. Di negara Arab
Saudi ada aktiviti politik di kalangan pemerintahan beraja hingga wujudnya beberapa jawatan Penasihat Politik kepada
Raja atau Penasihat Politik kepada Putera Mahkota atau lain-lain.
Dalam bahasa mudah, perkataan “politik”
yang diterjemahkan di beberapa negara adalah berbeza di mana ada negara yang
tidak mengamalkan demokrasi, dan ada pula negara yang mengamalkan demokrasi. Yerjemahan
perkataan “demokrasi” juga adalah berbeza di antara satu negara dengan satu
negara lain. Perkataan “demokrasi” biasanya dikaitkan dengan sistem Pilihan
Raya di sesebuah negara.
Sebelum kita memahami sistem Pilihan
Raya di negara ini dengan lebih lanjut, kita hendaklah mengkaji dan memahami
sistem pemerintahan dan pentadbiran yang menjadi amalan di negara ini. Tanpa
memahami apa yang penulis perkatakan di sini maka kita tidak akan memahami
perkataan “politik” di negara kita yang mengamalkan “Demokrasi Berparlimen dan
Sistem Raja Berperlembagaan”.
Sehubungan dengan itu, apabila kita
ingin mengaitkan bahawa Rasulullah pun terlibat dalam politik maka kita
hendaklah mengaitkan juga aktiviti Rasulullah. Adalah dakwah itu selari dan
mempunyai persamaan dengan aktiviti-aktiviti politik PAS di negara ini yang
suka maki hamun orang, pakai serban dan kupiah putih sambil mengibarkan bendara
DAP yang menentang penubuhan negara Islam dan berbagai-bagai lagi?
Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain
dalam PAS hendaklah sentiasa takut akan kemarahan Allah dan tidak boleh dengan
sewenang-wenangnya mengaitkan nama Rasulullah terlibat dalam politik. Ini
kerana dibimbingi Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta
penyokong-penyokong PAS tidak berpeluang dapat meminum air dari kolam Nabi
s.a.w. di akhirat kelak kerana sering mengaitkan nama Baginda untuk mencapai
kemenangan dalam perjuangannya yang sememangnya salah di sisi ajaran Islam.
Berdakwah adalah berdakwah. Berdakwah
dalam politik adalah BIDAAH dan perlu ditolak kerana Bidaah yang membawa
keburukan perlu ditolak, sementara Bidaah yang membawa kebaikan boleh diterima
atau diamalkan. Ini bermakna PERJUANGAN PAS DALAM POLITIK TANAHAIR ADALAH
“BIDAAH” mengikut fahaman saya.
Berikut ialah terjemahaan secara standard
makna politik yang dikeluarkan oleh International Peace Reaserch Institute
(IPRI), Oslo, Norway:
Sebuah
pertubuhan politik, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan kerajaan,
berusaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, sama ada melalui pilihan raya
yang telus atau tidak telus, atau melalui syarahan, propaganda, demostrasi,
atau melalui rampasan kuasa, atau melancarkan peperangan bersenjata dengan
kerajaan, atau melalui cara-cara lain yang boleh menyebabkan kerajaan yang
sedia ada itu tumbang.
Rasulullah s.a.w. sebenarnya tidak
terlibat dalam mana-mana pertubuhan politik seperti mana yang sentiasa
diperkatakan oleh Nik Aziz itu. Itu hanya rekaan Nik Aziz sahaja supaya
orang-orang Melayu menyokong perjuangannya untuk menjadi PM yang ke 7 selepas
PRU-13 kelak.
Di negara ini huraian di atas boleh di
terima pakai dan dakwaan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS bahawa
Rasulullah s.a.w. pun terlibat dalam politik adalah tidak benar dan karut
semata-mata. Jika benar Nabi Muhammad s.a.w. terlibat dalam politik, apa nama
parti politik Rasulullah? Rasulullah bertanding di kawasan Parlimen atau DUN
mana? Berapa penggal Rasulullah menjadi Ahli Parlimen atau DUN?
Jika kita ingin kaitkan Rasulullah juga
terlibat dalam politik, maka kita hendaklah kaitkan juga salah satu daripada
aktiviti-aktiviti yang dihuraikan di atas mengenai perkataan politik pernah
dilakukan oleh Rasulullah, dan yang sebenarnya Rasulullah hanya berdakwah
sahaja tanpa terlibat dengan politik.
Begitu juga dengan Nabi Musa, Allah
utuskan Nabi Musa supaya berdakwah kepada Firaun dengan perkataan-perkataan
yang baik dan lembut. Allah tidak pula mengutuskan Nabi Musa supaya merampas
kuasa pemerintahan daripada Firaun. Ini sangat berbeza dengan Nik Aziz dan
pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang mengutamakan kuasa pemerintahan dan
bukannya untuk tujuan berdakwah.
Cuba Nik Aziz fikir, kenapa Allah s.w.t.
takdirkan Firaun menjadi Raja Mesir setelah beribu-ribu tahun wafatnya Nabi
Yusuf? Jika begitu, tak payahlah Allah wujudkan Firaun menjadi Raja Mesir,
lantik saja Nabi Musa sebagai Raja Mesir ! Itu semua ada hikmah disebalik
kewujudan Firaun, Raja Namrud dan Raja-Raja lain di zaman sebelumnya. Nik Aziz
perlu banyak belajar lagi.
Saya ingin membawa pembaca sekalian,
cuba kita renong semasa kita di awal usia dulu iaitu ketika berada di darjah 1
atau darjah 2 atau darjah 3, atau darjah 4, atau darjah 5, atau pun di darjah
6. Ibu bapa kita atau penjaga kita atau diri kita sendiri sudah mempunyai
cita-cita untuk kita menjadi apa apabila besar kelak.
Ada yang ingin jadi seorang doktor, atau
guru, atau misi (jururawat), atau polis, atau tentera ataupun juruterbang
tentera, atau saintis. Terdapat juga ibu bapa atau penjaga ingin mencorakan
anak-anak mereka sebagai ustaz atau imam dengan menghantar anak-anak mereka ke
sekolah agama, dan tidak terdapat langsung dalam kepala, senarai cita-cita masa
depan untuk menjadi “penceramah politik Pas”, atau menceburi di bidang politik.
Setelah menghantar anak-anak mereka ke
sekolah agama, anak-anak mereka membesar dan memasuki universiti di bidang
agama. Ringkas, di universiti anak-anak mereka itu didedahkan dengan politik
ala Islam oleh pemimpin tertentu dalam PAS dan begitulah seterusnya hingga
mereka tamat pengajian.
Sebenarnya, dengan ilmu-ilmu yang ada
pada mereka itu adalah tidak cukup kelayakan untuk memerintah negara tanpa
ilmu-ilmu lain seperti pengurusan pentadbiran atau kewangan, perkembangan dunia
semasa berkaitan politik, keselamatan, ekonomi, pelaburan dan lain-lain lagi.
Bagi melayakan seseorang itu menjadi
juruterbang kapalterbang penumpang ialah lulus semua ujian penerbangan di
samping mempunyai kesihatan badan yang baik termasuklah daya penglihatan demi
hanya untuk menjaga keselamatan penumpang berjumlah di antara 300 hingga 1,000 penumpang
sahaja dalam satu-satu penerbangan.
Ia berbeza dalam politik iaitu untuk
menjaga keseluruhan rakyat termasuk pendatang asing seperti pelancong, pelabur
asing dan lain-lain. Perkara ini hendaklah difikirkan semasak-masaknya oleh Nik
Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang hanya mempunyai kelulusan
pengajian agama. Kelulusan agama adalah tidak layak menceburi di bidang
politik. Jawatan yang sesuai ialah menjadi pendakwah dan cita-cita untuk
menjadi kaya dengan rumah besar, memakai kereta bapak Mercedes atau bapak BMW
hendaklah dihilangkan dalam fikiran kita.
Sebenarnya saya tidak berasa pelik atau
hairan apabila melihat seseorang berimej
Islam yang tinggi tetapi kuat menipu, atau membuat fitnah atau menyebar
ajaran-ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan ajara-ajaran sesat yang lain,
dan berbagai-bagai lagi kerana syaitan-syaitan itu berada di mana-mana.
Syaitan-syaitan itu boleh duduk di atas serban putih untuk mencuri dan menawan
hati anak Adam yang lain dan begitulah seterusnya. Syaitan juga boleh duduk di
atas kedua-dua belah bibir kita untuk mengawal tutur kata kita supaya sentiasa
bercakap kotor seperti Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS
termasuklah ustaz-ustaz PAS.
Syaitan itu juga boleh masuk ke dalam
aliran darah kita dan berbagai-bagai lagi. Sesiapa yang ada banteng Al-Quran
dalam dirinya, pastilah syaitan itu akan berputus asa dan gagal
memperdayakannya.
Mengenai perkataan ceramah, Nik Aziz dan
pemimpin tertinggi lain dalam PAS berkata bahawa ceramah ialah berdakwah. Ini
pun nak tipu lagi. Air kopi dikatakan air sirap. Penulis tidak berminat untuk
menghuraikannya dengan panjang lebar.
Begitu juga kenyataan yang dikeluarkan
oleh pemimpin PAS di Sarawak semasa menjelang PRU Sarawak Ke 10 (16 April 2011)
yang lalu di mana mereka berkata penyertaan PAS dalam Pilihan Raya itu adalah
untuk berdakwah. Pemimpin PAS berkata bahawa PAS meletakan calon kerana ingin
berdakwah. Cakap pun tak pandai, bagaimana boleh orang mempercayainya?
Saya berpendapat bahawa makna ceramah ialah
memberi ucapan atau syarahan mengikut pandangan atau pendapat seseorang itu
sama ada apa yang diperkatakan itu adalah benar atau palsu. Dalam bahasa mudah
makna ceramah ialah mengeluarkan kata-kata ikut sedap mulut sahaja, sementara
makna dakwah ialah berkata benar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
Allah melalui firmanNya iaitu Ayat Al-Quran atau Hadis Rasulullah s.a.w.
Jika benar berceramah itu adalah
berdakwah, berdakwah apa yang Nik Aziz kata itu. Nik Aziz kata dalam ceramahnya
bahawa kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu ada niat baik untuk
membantu kita menubuhkan negara Islam, syaitan mana? Ini bermakna dakwah PAS
adalah dakwah bohong dan hanya untuk kepentingan politik sahaja.
SURAT NO. 29
Hari ini dan sebelum ini, Nik Aziz dan
pemimpin tertinggi lain dalam PAS tidak pernah berdakwah sebaliknya mereka
sentiasa berceramah di sana sini dan jadual ceramah adalah padat tidak kira
hari apa atau waktu mana.
Jika ada peluang maka bermulalah ceramah
mereka. Ini bermakna PAS bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Perjuangan PAS lebih kepada mengejar untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.
Dengan sebab itulah ada
pemimpin PAS iaitu bekas MB Perak sanggup bakar lilin dan anggup kepala ikut
telunjuk sami Buddha di satu majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock di
Ipoh pada satu ketika dulu. Perbuatan itu boleh meletakan seseorang itu berada
di sempadan syirik atau fasik, atau sudah pun masuk ke dalam sempadan syirik
atau fasik.
Jika perbuatan itu dilakukan oleh
pemimpin UMNO, sampai kiamat Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS
akan hentam. Dalam kes tersebut Nik Aziz kata, tak apa, tak salah, itu adalah
satu cara yang baik bagi orang Islam menghormati orang bukan Islam dan ia
dibenarkan dalam Islam, kata Nik Aziz. Islam apa? Islam yang dibawa oleh PAS?
Penyokong-penyokong PAS pun
berpuashatilah dengan kenyataan Nik Aziz itu. Itulah wajah-wajah Nik Aziz dan
PAS yang menjadi sanjungan kebanyakan orang-orang Melayu Kelantan hingga ke
hari ini. Pandai sungguh Nik Aziz ini bercakap. Mana yang betul? Islam yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. atau Islam yang dibawa oleh PAS?
Kelantan negeri Serambi Mekah dan
Membangun Bersama Islam, Bandar Kota Bharu pula ialah Kota Bharu Bandar Raya
Islam. Cantik bunyi tetapi pada setiap bulan Ramadan pihak pengurusan
masjid-masjid di Kelantan Membangun Bersama Islam telah berebut-rebut tempah
orang-orang bertaraf Al-Hafiz dari pondok-pondok di Selatan Thailand untuk
menjadi imam solat sunat terawih bacaan 30 juzuk. Ke mana perginya rakyat
Kelantan Membangun Bersama Islam hingga terpaksa mengambil imam-imam daripada
luar Kelantan?
Kenyataan saya ini mesti dapat
dipatahkan oleh PAS Kelantan dengan mendakwa bahawa Al-Hafiz di Kelantan telah
di eksportkan ke luar Kelantan pada bulan Ramadan untuk memenuhi permintaan
masjid-masjid di luar Kelantan dan yang sebenarnya memang tidak ramai Al-Hafiz
di Kelantan berbanding dengan negeri-negeri lain.
Kelantan negeri Membangun Bersama Islam,
berapa ramai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, ADUN dan Ahli Parlimen di Kelantan
bergelar Al-Hafiz? Jika benar kita ingin berjuang kerana Islam, suka
melaung-laung Islam, perlaksanaan hukum hudud perlulah ramai Al-Hafiz supaya
mudah memahami ilmu Al-Quran.
Disebabkan jahil ilmu Al-Quran maka
timbullah saranan supaya kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu
ada BERNIAT BAIK untuk membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan
mana yang ada berniat baik?
Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain
dalam PAS bukan bergelar Al-Hafiz dan dengan sebab itulah mereka itu tidak
memahami wahyu Allah iaitu Ayat Al-Quran. Balik-balik maki hamun orang. Orang
itu komunis, orang ini sampah, baling cat merah pada gambar orang yang mereka
tidak suka. Adakah itu yang disuruh dalam Al-Quran. Nik Aziz mengaku ada ilmu
Al-Quran dan ilmu Hadis Nibi s.a.w. (rujuk Utusan Malaysia Sabtu 23 Jun 12 muka
8), betul ke?
Dikatakan mengundi UMNO akan dimasukan
ke neraka, dan apabila mengundi PAS dikatakan akan dimasukan ke syurga dan
berbagai-bagai lagi. Orang Melayu yang jahil ilmu agama terutamanya ilmu
Al-Quran menjadi kelam-kabut dengan fatwa Nik Aziz dan Haji Hadi itu.
Kelantan dikatakan hebat sungguh! negeri
Membangun Bersama Islam, pada satu ketika dulu sebelum tahun 1990 sangat hebat
dalam ujian Tilawah Peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa, dan ujian Hafazan
Al-Quran Peringkat Kebangsaan di mana peserta Kelantan sentiasa menjadi juara
atau sekurang-kurangnya naib juara.
Hari ini, dan selepas PAS memerintah
Kelantan, takta juara atau naib juara telah hilang dan qari dari negeri
Kelantan Membangun Bersama Islam merupakan qari tercorot ke bawah berbanding
dengan qari-qari dari negeri-negeri lain.
Nik Aziz juga melarang qariah dari
Kelantan menyertai dengan alasan bahawa suara wanita adalah “aurat”, Ayat
Al-Quran dan Hadis Rasulullah mana yang Nik Aziz baca? Kini larangan itu
ditarik balik demi politik kerana PRU-13 hampir tiba.
SURAT NO. 30
Hari ini dan sebelum ini Nik Aziz dan
pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuk penceramah upahan PAS lebih
gemar mengaitkan cerita-cerita palsu seperti yang ada tersebut di dalam
kitab-kitab yang pernah mereka baca di mana kitab-kitab itu di tulis beribu
tahun lamanya setelah Rasulullah s.a.w. kita wafat.
Kebanyakkan kitab-kitab itu adalah
merupakan pendapat penulis yang bergelar ulama di zaman itu yang berkesesuaian
hanya di zaman itu sahaja, dan kitab-kitab itu pula tidak bersumberkan Al-Quran
atau Hadis Rasulullah atau kedua-duanya sekali.
Sebagai contoh mudah, di zaman itu
penulis mengagung-agungkan Kapal Nabi Nuh a.s., dan hingga kini ulama-ulama
palsu di seluruh dunia termasuklah ulama PAS tidak terlepas daripada
menghuraikan satu persatu mengenai kapal Nabi Nuh itu seolah-olah mereka tahu
segala-galanya, dan banyak masa dihabiskan begitu sahaja. Kisah Nabi Nuh itu memang
ada di sebut dalam Al-Quran di Surah
Hud mulai Ayat 25 hingga Ayat 49.
Kemajuan dunia mengatasi segala-galanya.
Kita masih bercakap kisah kapal Nabi Nuh sementara orang kafir pula maju ke
hadapan dengan bercakap kisah “kapal
boleh terbang” dan “kapal boleh
menyelam”. Apabila hendak ke Mekah atau Madinah atau distinasi lain
terpaksalah kita menaiki kapal terbang yang dibuat oleh orang bukan Islam. Kita
masih bergaduh sesama sendiri dalam politik.
Bab bercakap, ulama-ulama palsu di
Kelantan memang pandai, pandai sungguh. Dulu, apabila Tentera Jepun mendarat di
Kelantan di akhir Perang Dunia Ke 2, ulama-ulama kita terpaksa melutut meminta
bantuan daripada Kerajaan British dan sejarah itu sangat panjang. Bunyi sahaja
Islam tetapi tidak ke mana-mana pun.
Ringkas, di zaman penjajahan Jepun
ulama-ulama hanya memerhatikan sahaja anak-anak gadis Melayu dirogol hingga
sepuas-puasnya oleh tentera Jepun. Ulama-ulama ketika itu tidak boleh berbuat
apa-apa kerana tiada ilmu untuk melawan mereka. Yang kena bunuh tak usah
cakaplah.
Hari ini, setelah negara aman hasil
perjuangan UMNO bersama Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis Di Raja
Malaysia maka muncullah ramai manusia mengaku ulama-ulama PAS, atau mengaku
ustaz-ustaz PAS dengan berkata perjuangan PAS adalah untuk Islam, dan
perjuangan UMNO adalah untuk memisahkan agama daripada politik, dan
bermacam-macam lagi. Pandai sungguh ahli tabligh PAS itu.
Saya berpendapat, daripada pergi ke
ceramah PAS adalah lebih baik seseorang itu pergi ke masjid atau surau, dan
selepas solat Isyak adalah lebih baik menghabiskan masa membaca Al-Quran hingga
ke jam 12 malam. Lagi banyak pahala yang kita dapat daripada pergi ke ceramah
PAS, silap haribulan dapat dosa kerana mendengar cacian untuk memburukan
seseorang itu, lebih-lebih lagi memburukan pemimpin negara.
Di Manek Urai sempena PRK pada tahun
2009 terdapat banyak papantanda bersaiz besar menunjukkan Nik Aziz yang memakai
serban seolah-olah ulama tulin sedang berdoa, dan di papantanda itu ada tulisan
UNDILAH PAS berserta tulisan Ayat Al-Quran Surah
Al-Hijr Ayat 46 berserta dengan maknanya: masuklah kamu ke dalamnya (syurga) dengan selamat sejahtera serta
beroleh aman.
Huraian kepada Ayat tersebut ialah di
akhirat kelak malaikat mempersilakan orang-orang beriman supaya masuk ke syurga
dengan rahmat Allah, dan bukannya mempersilakan Nik Aziz dan pemimpin
tertinggi lain dalam PAS serta semua penyokong-penyokong PAS, atau
pengundi-pengundi PAS supaya masuk ke syurga.
Sebagai orang Islam, penulis rasa amat
malu sekali apabila melihat papantanda itu. Kejinya seorang yang mengaku ulama
untuk meraih sokongan murahan daripada pengundi Manek Urai melalui papantanda
itu. Jika ya! pun nak cari glamour, carilah jalan lain, tak payahlah guna Ayat
suci Al-Quran.
Minta siarkan gambar Nik
Aziz yang sedang berdoa
seperti disiarkan oleh
Utusan Malaysia pada 4 Jul
2009 dan
boleh dapat dalam Utusan
Malaysia online
Siapa masuk syurga.
Syurga, neraka, rezeki, hidup, mati dan lain-lain adalah hak mutlak Allah
s.w.t. Dalam Al-Quran di:
Surah
Al-Baqarah Ayat 214 bermaksud: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan
masuk syurga padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang
telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bertanya: bilakah datangnya pertolongan
Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.
Huraian
1 : Macam mana Nik Aziz dan pemimpin tertinggi
lain dalam PAS serta penyokong-penyokong PAS boleh masuk syurga? Mereka itu
bukanlah golongan orang-orang yang bersabar, pegang dan kibar bendera DAP yang
terang-terang menentang penubuhan negara Islam, nobatkan orang kafir yang makan
daging babi 3 kali sehari sebagai Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, bakar lilin dan
anggup kepala ikut telunjuk sami Buddha di majlis memperingati kematian Teoh
Beng Hock, keluar kenyataan boleh berkawan dengan syaitan, dikatakan Allah
mencarut, dikatakan jika Rasulullah masih hidup tentulah Baginda seronok
melihat negeri Kelantan di tadbir urus dengan baik sesuai dengan mengikut Islam,
tidak diminta pun dilahirkan sebagai orang Melayu (melanggar Ayat 1 Surah
Faatir – ciptaan Allah) dan lain-lain lagi.
Huraian
2 : Sebenarnya Nik Aziz dan pemimpin tertinggi
lain dalam PAS sangat bernasib baik kerana dicipta Allah dan dilahirkan dalam
lingkungan bangsa Melayu, dan jika Allah cipta mereka itu dan dilahirkan dalam
lingkungan bangsa Siam tentulah sekarang Nik Aziz itu barangkali berwajah lain,
mungkin juga berjubah kuning pinang, dan kekal dalam neraka kerana mati di luar
Islam.
Di Kelantan negeri Membangun Bersama
Islam tidak popular jika mati dalam Islam. Mati yang sangat popular di Kelantan
ialah mati dalam PAS. Masya’Allah, apalah nak jadi kepada kebanyakan
orang-orang Kelantan termasuklah keluarga saya sendiri.
SURAT NO. 31
Sebagai orang Melayu beragama Islam,
marilah kita sama-sama meningkatkan ilmu agama, dan mendidik anak bangsa ke
arah kecemerlangan sebelum terlewat, semoga
menjadi manusia berfaedah untuk manusia lain dan seterusnya berguna untuk
negara.
Anak-anak kita adalah harta mahal yang
tidak boleh di nilai dan jangan sekali-kali kita rosakan masa depan mereka di
dunia dan di akhirat kelak. Bantulah dan bimbinglah anak-anak kita kerana di
luar sana ramai yang tidak mempunyai anak dan sanggup memelihara seseorang itu
sebagai anak angkat.
Hargailah anak-anak kita daripada darah
daging kita dan jangan sekali-kali meninggikan suara kita atau memukul dia.
Bacalah doa banyak-banyak seperti yang diajar oleh Allah kepada Nabi Ibrahim
sama ada di dalam solat atau di luar solat. Doa itu ada dalam Al-Quran:
Surah
Ibrahim Ayat 40 bermaksud: Wahai Tuhanku ! jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Kita bangsa Melayu dan inilah saja
negara kita. Kita bangsa Melayu dan orang Islam sangat beruntung berbanding
dengan bangsa-bangsa lain yang mempunyai banyak fahaman agama yang berbeza.
Kejayaan seseorang itu di dunia ini
mengikut garis panduan Islam adalah lebih menjamin untuk berjaya di akhirat
kelak. Kita sangat beruntung dan perlu bersyukur setiap masa kepada Allah s.w.t
yang menciptakan kita di dunia ini sama ada berkulit putih, cerah, hitam, gelap
atau warna-warna lain.
Dalam keadaan negara aman seperti ini
marilah kita merenungi saudara-saudara sesama Islam kita yang sedang berperang
dengan musuh-musuh Islam, atau berperang sesama sendiri seperti apa yang dapat
kita saksikan di akhbar-akhbar atau melalui siaran Tv di negara-negara Islam
lain, termasuk bom meletup di sana sini, tidak terkecuali meletup di dalam
Masjid seperti apa yang sedang berlaku di Afganistan, Iraq dan Pakistan iaitu
negara di mana Nik Aziz belajar dulu, dan kini menular ke beberapa negara Islam
lain pula.
Ini berlaku kerana fahaman politik yang
berbeza sesama Islam. Dalam Al-Quran di Surah
Al-An’Aam Ayat 159 kita dilarang berpecah belah dalam agama mengikut
hawa nafsu, serta menjadi berpuak-puak kerana dibimbangi kita akan menjadi
lemah.
Sebagai orang Islam, kita hendaklah
sentiasa ingat bahawa sembahyang (solat) kita, ibadat kita, hidup kita, mati
kita dan lain-lain termasuk ilmu yang kita manafaatkan, pertolongan yang kita
berikan atau bantuan yang kita hulurkan kepada seseorang itu hanyalah untuk
Allah s.w.t., Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Penulisan ini sudah sampai ke penghujung,
seperti juga penurunan wahyu Allah. Ada Ayat pertama diturunkan sehinggalah ke
Ayat terakhir. Begitu juga dengan penulisan ini.
Demi untuk menjaga keharmonian negara
merangkumi semua perkara termasuklah peluang ekonomi, keselamatan, peluang pendidikan,
ibadat kepada Allah tidak terganggu, mengecapi kemudahan asas dan mudah
bergerak atau perhubungan telekumunikasi, keperluan makanan mencukupi,
keperluan perubatan dan lain-lain yang tidak muat untuk ditulis di sini,
marilah kita sama-sama menyokong UMNO kerana sudah terbukti UMNO telah berjaya
membawa dan mengangkat orang-orang Melayu ke peringkat yang lebih tinggi sejak
negara mencapai kemerdekaan.
Hanya Nik Aziz dan Haji Hadi serta
penceramah-penceramah upahan PAS sahaja yang cuba merosakkan apa yang telah
dibina oleh UMNO selama ini.
Marilah sama-sama kita menghapuskan
pengaruh PAS dalam peta politik tanah air demi untuk bangsa Melayu, generasi
Melayu dan agama Islam.
Di sini ingin saya jelaskan pendirian saya
yang sebenarnya dalam politik. Saya bukanlah penyokong kuat UMNO atau cuba
membela pemimpin UMNO yang sentiasa dituduh mengamalkan rasuah oleh
penceramah-penceramah PAS di setiap ceramah PAS di seluruh negara. Tetapi saya
mahu orang-orang Melayu berfikir mana yang lebih buruk di antara rasuah
dan memesongkan
ajaran Islam oleh Nik Aziz? Saya berpendapat memesongkan ajaran
Islam adalah lebih bahaya daripada rasuah. Rasuah sebenarnya ada di mana-mana.
Terbaharu ada unsur-unsur penyelewengan Dinar Emas Kerajaan Negeri Kelantan
di mana Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Jika
penyelewengan berlaku maknanya memang ada rasuah. Mata Nik Aziz hanya Nampak
penyelewengan di pihak Kerajaan BN sahaja, tetapi tidak nampak penyelewengan di
bawah ketiaknya.
Sebenarnya bukan menjadi tujuan saya untuk
membela UMNO atau pemimpin-pemimpin UMNO. Dijelaskan di sini bahawa saya kenal
dengan semua pemimpin UMNO melalui Tv atau akhbar, tetapi pemimpin UMNO itu
tidak kenal pun siapa saya ini. Maknanya penulisan ini bukanlah ada kepentingan
peribadi.
Masalah rasuah, saya tidak berminat
kerana rasuah itu berada di mana-mana sama ada di dalam UMNO, PAS, anak
syarikat PAS, penjawat awam atau swasta atau di mana-mana sahaja. Apabila
seseorang itu melakukan rasuah maka dia tanggunglah sendiri. Jika terlepas hukuman
di dunia, mereka yang mengamalkan rasuah itu pasti akan menerima hukuman
setimpal di akhirat kelak di hadapan Allah s.w.t..
Sebenarnya hukuman di akhirat lebih
berat daripada hukuman di dunia. Pembaca kena ingat! siapa dan bangsa apa yang
suka memberi rasuah?
Sebagai orang Islam saya tetap akan
menentang habis-habisan sesiapa sahaja yang cuba menyeleweng ajaran Islam yang
di bawa oleh Rasulullah s.a.w. seperti apa yang dilakukan oleh Nik Aziz itu.
Nik Aziz mengaku belajar ilmu Al-Quran
dan ilmu Hadis Nabi s.a.w. di Universiti Al-Azhar dan mengaku juga bahawa ilmu
yang ada padanya setaraf dengan ilmu yang ada pada Sheikh Mahmoud Abdel Ghany
(bekas Timbalan Sheikhul Al-Azhar (Utusan Malaysia Sabtu 23 Jun 12 muka 8),
namun Nik Aziz lah orang yang bertanggungjawab memecah-belahkan perpaduan di
kalangan orang-orang Melayu. Lebih buruk lagi bergabung dengan DAP untuk
menentang UMNO yang dikatakan kafir sebelum ini. Inikah yang diajar oleh
Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.? Jawapan adalah tidak. Sementara pemimpin
tertinggi lain yang mengaku ulama dalam PAS tidak berani melawan kenyataan Nik
Aziz itu atas kepentingan politik masing-masing.
Jadi, di manakah letaknya pendirian
ulama-ulama PAS? Ini yang membuat saya naik angin kerana PAS telah menyelewengkan
ajaran Islam. Apabila Mufti Perak menegur sedikit tingkah laku buruk Nik Aziz
berkaitan agama Islam, Nik Aziz cepat melenting dan mencabar Mufti Perak itu supaya
masuk ke gelanggang politik. Dalam isu tersebut semua ulama PAS menyokong
Mursyidul Am PAS itu.
Dimanakah letaknya kejujuran ulama
politik PAS dalam perjuangan menegakan Islam di negara ini? Bohong belaka.
Pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu tidak pernah pun menyeleweng ajaran Islam
seperti apa yang dilakukan oleh Nik Aziz selama ini.
Kenapa Nik Aziz terlalu memikirkan masalah
peribadi orang lain dalam mendirikan solat atau tidak menutup aurat seperti apa
yang diheboh-hebohkan di setiap ceramah PAS, itu adalah hak masing-masing.
Sendiri buat sendiri tanggunglah tetapi
janganlah hingga kesucian agama Islam diperkotak-katikkan seperti PAS itu. Itu
saja pendirian saya.
Sebelum mengundur diri izinkan penulis
memberi sedikit panduan hidup kepada pembaca sekalian, sekurang-kurangnya akan
dapat menyedarkan kita. Berikut di bawah ialah sebahagian daripada cara-cara
dan bagaimana untuk menjadi manusia yang bergelar Islam dan mengamalkan ajaran
Islam yang di bawa oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w., dan bukannya
Islam palsu yang dibawa oleh Nik Aziz atau Islam yang dibawa oleh PAS.
Di bawah ialah senarai beberapa ibadat
mudah yang patut kita kerjakan seharian kerana ia sangat mudah dan tidak perlu
modal yang besar:
·
Pastikan kita boleh atau
mampu membaca Al-Quran dengan betul mengikut Hukum Tajwid. Jika tidak, kita
wajib belajar daripada guru-guru Al-Quran yang terlatih. Setelah pandai,
ajarlah pula kepada anak-anak kita.
·
Bacalah Al-Quran seberapa
banyak yang boleh mengikut kemampuan kita sama ada di awal pagi, atau di waktu
tengahari atau petang, atau di waktu malam atau sebelum kita masuk tidur. Cara ini
kita akan mendapat banteng kebal daripada hasutan syaitan, juga akan mendapat
pembelaan dan rahmat daripada Allah s.w.t.
·
Belajar cara mengerjakan
solat fardu dan solat sunat dengan betul, kemudian mengerjakannya. Solat sunat
mampu menampung kecacatan dalam solat fardu.
·
Kerjakanlah solat sunat
Wuduk, sunat Dhuha, sunat Rawatib muakkad, sunat Witir, sunat Tahajjud, sunat
Tasbih dan solat sunat yang lain mengikut kemampuan kita.
·
Patut dirikan solat sunat
Tasbih pada setiap hari sama ada di waktu siang atau malam. Jika tidak dapat
buat pada setiap hari, buatlah seminggu sekali, atau dua minggu sekali, atau
sebulan sekali, atau setahun sekali, atau 5 tahun sekali, atau 10 tahun sekali,
atau sekali seumur hidup. Pahala sunat Tasbih ini adalah sangat besar iaitu
boleh menghapuskan semua dosa-dosa kita sebelum ini dengan izin Allah s.w.t.
·
Belajar ilmu dunia dan ilmu
akhirat lain sebanyak-banyaknya dan mengajar pula kepada orang lain.
·
Bekerja dengan tekun dan
sentiasa bersabar. Jika ada harta lebih, bantulah orang-orang yang memerlukan
bantuan mengikut kemampuan kita.
·
Jika ada anak, didiklah
anak-anak kita dengan sebaik-baiknya, jangan sekali-kali membiarkan anak-anak
kita mendekati parti PAS kerana dibimbangi akalnya menjadi rosak. Jika rosak
adalah sukar untuk memulihkannya.
·
Galakkan anak-anak kita ke
masjid atau surau bersama kita dan pulang bersama.
·
Jika ada kemampuan, tajalah
makanan atau minuman untuk dijamu kepada jemaah masjid atau surau, atau
menyediakan minuman semasa solat Jumaat.
·
Jangan hadir majlis-majlis
ilmu yang dianjurkan oleh PAS walaupun diadakan di masjid atau surau kerana
kita sudah tahu bahawa majlis ilmu itu adalah untuk meraihkan sokongan kita,
dan di masa yang sama penceramah PAS itu menjanjikan syurga kepada orang-orang
yang mengundi PAS.
·
Hidup kita jangan suka
mencaci orang seperti perangai buruk Nik Aziz dan ulama palsu lain dalam PAS.
Biasanya apabila seseorang itu berada di hujung usia, seseorang itu menjadi
bertambah baik kerana mengingatkan hari kematian, namun Nik Aziz kelihatan semakin
jahat mulutnya. Kita wajib mempertahankan hak kita, hak bangsa kita seperti
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hak agama Islam kita daripada fahaman
salah yang di bawa oleh Nik Aziz dan ulama politik PAS yang lain.
·
Simpan wang untuk masa depan
kita dan sekeluarga, dan jika ada kemampuan pergilah ke Mekah untuk mengerjakan
Umrah.
·
Bukalah akuan simpanan di
Tabung Haji dan daftarlah diri kita untuk mengerjakan ibadat Haji.
·
Sentiasa mematuhi segala
perintahan Allah s.w.t dengan membuat apa yang disuruh dan menjauhi apa yang di
larangNya.
·
Sentiasalah membaca doa
tambahan seperti ada tersebut dalam Al-Quran rujuk: Surah Al-Mu’Minun Ayat 109)
ms 349 . Surah Ibrahim Ayat 40 & 41 ms 260 . Surah Toha Ayat 114 ms 320 .
Surah Al-Israa’ Ayat 108 ms 293 dan doa-doa lain yang biasa kita amalkan.
·
JANGAN SEKALI-KALI
MEMPERCAYAI BAHAWA UNDI PAS AKAN MASUK SYURGA. Itu adalah aktiviti politik dan
bukannya aktiviti keagamaan atau dakwah Islam.
Saya berpendapat, jika kita mengamalkan
apa yang disenaraikan di atas adalah dipercayai akan memudahkan kita masuk ke
syurga dengan rahmat Allah s.w.t., bukannya undi PAS masuk syurga. Syurga
PAS ialah syurga membeli-belah di KB Mall Kota Bharu.
Dalam hidup ini janganlah cepat kita
memuji seseorang itu yang memakai serban besar atau berkopiah putih, dan di
masa sama kita cepat menghina orang-orang yang berpakaian tidak berimejkan
Islam. Pakaian dalam Islam ialah pakaian hanya yang menutup aurat sahaja berketetapan
pakaian lelaki untuk lelaki, dan pakaian wanita untuk wanita. Janganlah
diubah-ubahkan lagi.
SURAT NO. 32
Adalah tidak salah seseorang itu
berpakaian serban dan berkopiah putih yang kelihatan lebih warak daripada
orang-orang lain, namun orang-orang itu hendaklah sentiasa memelihara tutur
katanya dan tingkah laku yang baik, dan bukannya seperti Nik Aziz yang sentiasa
gatal
mulut, suka mengatakan sesuatu yang buruk kepada musuh politiknya.
Di masa yang sama sentiasa memuji DAP, memuji
Mursyidul Am Punjabi (Karpal Singh), memuji Mursyidul Am Buddha (Lim Kit Siang)
dan memuji khalifah baru iaitu Khalifah Umar Bin Abdul Aziz @ Lim Guang Eng.
Inilah wajah-wajah buruk Nik Aziz yang mengaku ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis
Nabi s.a.w. yang dipelajarinya di Universiti Al-Azhar.
Mohon Universiti Al-Azhar
semak sama ada benar atau tidak dakwaan Nik Aziz bahawa beliau pernah belajar
dalam ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nibi s.a.w. di university tersebut, jika
benar adalah wajar ijazahnya itu ditarik balik kerana amalannya sudah sesat dan
berlawanan dengan Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Mohon Universiti Al-Azhar
dapat keluarkan kenyataan rasmi untuk pengetahuan seluruh orang-orang Islam di
negara ini.
Pada tahun 1998 / 1999 semasa era refomasi,
Haji Hadi yang memang sangat membencikan DAP telah mula berpeluk-pelukan kali
pertama dengan Lim Kit Siang di atas pentas pada satu majlis politik di Kajang,
Selangor bertujuan untuk berpakat menentang UMNO, parti politik terbesar
orang-orang Melayu beragama Islam yang diasaskan pada tahun 1946.
Rasulullah s.a.w. pernahkah buat
kerja-kerja macam Haji Hadi itu? Berpeluk-peluk dengan orang kafir yang makan
daging babi 3 kali sehari? Demi politik, sanggup buat segala-galanya. Ulama PAS
nii tak ada maruah langsung, serban saja yang besar, tetapi hatinya Allah
sahaja yang tahu.
Kini Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din,
Harun Taib, Husam Musa, Mustafa Ali, Muhamad Mustafa, Mat Sabu, Mahfuz Omar,
Nik Amar Nik Abdullah dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta ulama politik
PAS sudah terlupa bahawa DAP ialah sebuah parti politik yang menentang penubuhan
negara Islam, anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-Biasiswa
Bumiputera, anti-MARA, anti-Polis (PDRM) dengan mendakwa PDRM itu ialah PRDM
iaitu Polis Raja Di Malaysia, anti-SPRM, anti-SPR, anti-Akta ISA dengan
mendakwa ISA itu ialah Akta Ikut Suka Aku, anti-peruntukan Masjid dan lain-lain
lagi.
NIK AZIZ KATA, KERJASAMA PAS DENGAN DAP
ADALAH UNTUK MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA BUKAN ISLAM. NAK TIPU SAPA (siapa) ?
DAH BERAPA PULUH RIBU ORANG-ORANG CINA DAP YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM TELAH
MEMELUK AGAMA ISLAM. SILALAH KELUARKAN SENARAINYA. DAP NAK MURTAD ORANG MELAYU
MEMANG ADA LAA.
Sebenarnya kelahiran parti politik yang
bernama PAS di negara ini banyak menyumbangkan kepada perkara-perkara tidak
baik untuk orang-orang Melayu. Saya berpendapat, hukum orang-orang Islam
terlibat dalam politik adalah harus kerana ia ada kaitan dengan kuasa
memerintah yang diterima pakai di negara ini. Namun jika bergabung dengan
mana-mana parti politik yang menentang agama Islam seperti DAP itu, ia adalah
HARAM atau BIDAAH. Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dan
jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baharu diada-adakan. Kerana
sesungguhnya tiap-tiap BIDAAH (perkara-perkara yang baharu diada-adakan)
itu adalah sesat.
- Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi.
Gabungan PAS dalam pakatan pembangkang
bersama DAP sebenarnya boleh merugikan politik orang-orang Melayu sama ada
untuk jangka pendek atau jangka panjang di negara ini, juga merugikan agama
Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Fikir-fikirkanlah di mana letaknya
pemikiran orang-orang yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Itu ulama politik
bertopengkan agama Islam.
Malaysia, negara kita, makmur sejahtera
di bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO. Jangan sekali-kali
kita memperjudikan nasib masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita,
cicit-cicit kita, keseluruhan generasi kita hanya untuk kepentingan PAS.
Hanya kepada UMNO sahaja yang perlu kita
berikan mandat untuk terus memerintah negara ini, dan hanya pertolongan Allah
s.w.t. sahaja yang kita harapkan selama-lamanya. Tanpa pertolongan Allah dan
petunjuk hidayah Allah pastilah kita akan sesat selama-lamanya, dan menjadilah
kita orang-orang yang rugi.
Sebelum kita menjadi manusia rugi,
hendaklah kita sentiasa bersyukur apa yang kita perolehi daripada kurniaan
Allah.
Marilah kita sentiasa berdoa kepada
Allah dengan harapan Allah membawa kita ke jalan kejayaan di dunia dan di
akhirat bertunjangkan kepada ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.,
dan bukannya Islam yang di bawa oleh Nik Aziz atau yang di bawa oleh PAS.
Janganlah kita berkata bahawa Nik Aziz dan semua penyokong-penyokong PAS itu
akan dimasukan ke syurga.
Melayu mesti ingat, DAP (ketua), PKR dan
PAS (askar DAP) dalam pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu
untuk memecah-belahkan dan mengkucar-kacirkan orang-orang Melayu dengan harapan
parti terbesar dan terkuat orang-orang Melayu iaitu UMNO dapat dimatikan, dan
di masa yang sama berjaya menyatukan kaum Cina. Hasrat kaum Cina untuk melihat
orang Cina menjadi TUAN BESAR di negara ini seperti apa yang terlaksana
di negara Singapura hanya akan tercapai jika orang-orang Melayu itu sendiri
memberi undi kepada PAS terutamanya pada PRU-13 kelak.
UNDI PAS BERMAKNA MENYOKONG
DAN MEMBERI UNDI KEPADA PARTI DAP YANG MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM DI
NEGARA INI.
Hukumnya adalah HARAM. Dalam Al-Quran tidak ada disebut MESTI TUBUH
NEGARA ISLAM.
Perkara utama yang menjadi KEKESALAN
kita di akhirat kelak ialah jika SYURGA yang dijanjikan oleh Nik Aziz
dan PAS itu tidak muncul-muncul dan Nik Aziz pula tidak dapat dikesan sama ada
sudah dimasukan ke syurga atau sedang berada didalam neraka. Perkara ini
hendaklah difikirkan semasak-masaknya oleh kita semua sebelum kita memberi undi
kepada PAS, dan janganlah kita menyesal dikemudian hari kelak.
Ulangi! mesti ulangi beberapa kali sebab
Melayu mudah lupa dan Melayu mudah terkena tipu, wahai pembaca sekalian,
setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke 10 pada 16 Apr 2011 yang lalu, seorang
pemimpin tertinggi dalam PAS iaitu Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan
sombong dengan berkata bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN.
Kenapa pula beliau tidak sebut yang PAS
langsung tidak menang apa-apa kerusi yang dipertandingkan? Janganlah membuat
kenyataan yang “malu alah” seolah-olah
otak pemimpin tertinggi PAS itu mengalami tekanan dan kerosakan saraf serta
gagal berfikir secara rasional sebagai seorang Islam mu’min.
Janganlah ada perasaan SYOK SENDIRI
wahai pemimpin tertinggi dalam PAS !
Ulangi! walaupun PAS menawarkan SYURGA
kepada pengundi Sarawak, namun orang Sarawak menolaknya secara baik.
Mustafa Ali, NA, HH, HD, HT, HM (bakal
MB Kelantan), NANA (bakal Tim. MB), MM dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS
hendaklah sedar bahawa PAS sudah tersungkur di Sarawak, namun parti politik
perkauman kecina-cinaan yang menjadi RAKAN KONGSINYA iaitu DAP menang 12
kerusi. Jadi, tidak perlulah mengatakan satu tamparan bagi BN tetapi sebenarnya
tamparan K.O. buat PAS. Malulah
sikit!
Sebenarnya, PAS telah rebah dan koma
bahana libasan ekor si Bujang Senang kerana mengamuk tidak mahu menjadi si
Bujang Susah seperti Melayu dan kaum India lain di Pulau Pinang. Karung guni
berisi fitnah yang cuba dijual murah-murah semuanya habis tenggelam di Sungai
Sarawak. Syabas rakyat S!
Dengan keterangan-keretangan di atas dan
fakta-fakta yang ada tersebut dalam Al-Quran, saya meminta pertimbangan pembaca
sekalian, sayangkanlah kepada agama Islam kita. Hapuskan pengaruh Nik Aziz yang
sentiasa berimej Islam yang tinggi serta penampilannya sebagai ulama berserban
besar, dan juga pengaruh PAS dalam peta politik tanah air SEBELUM TERLEWAT demi
untuk kesejahteraan bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam. Sendiri
fikir la!
Sekarang nilailah sendiri perjuangan PAS
yang diterajui oleh Nik Aziz & Haji Hadi.
Kedua-dua yang bergelar ulama politik
PAS itu boleh membohongi kebanyakan orang-orang Melayu yang jahil Al-Quran pada
kebanyakan masa, tetapi tidak boleh membohongi semua orang-orang Melayu pada
setiap masa.
Akhir sekali, rugi orang-orang Islam di
Thailand, Kamboja, Indonesia, Brunei, India, Pakistan, juga di Arab Saudi
kerana tidak dapat direct masuk ke syurga kerana parti PAS tidak wujud di
negara-negara tersebut. Maknanya tidak berpeluang untuk mengundi PAS.
-----------------------------------
T A
M A T
-----------------------------------
No comments:
Post a Comment