Wednesday 1 January 2020

POLITIK PAS MENGHANCURKAN MELAYU DAN ISLAM!



Nota Penulis: Menurut seorang Penyelidik Hal Ehwal Politik daripada International Peace Reaserch Institute (IPRI), Oslo, Norway yang membentangkan syarahannya dalam seminar politik di Technical Universiti Berlin pada tahun 1984 berkata, mana-mana penulisan hal ehwal politik hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelemahan atau keburukkan sesebuah pertubuhan atau parti politik yang ditentangnya.

Katanya, terjemahan kepada makna POLITIK adalah berbeza di antara satu negara dengan satu negara lain. Ini kerana di Amerika Syarikat hanya ada 2 parti politik sahaja. Di negara China hanya ada 1 (satu) parti politik sahaja yang wujud tetapi tiada pilihan raya. Di negara Britain ada pelbagai parti politik seperti juga di Malaysia, dan begitulah seterusnya. Makna POLITIK secara standard yang diputuskan oleh IPRI ialah:

Sebuah pertubuhan politik, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan kerajaan, berusaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahaan, sama ada melalui pilihan raya yang telus atau tidak telus, atau melalui syarahan, propaganda, demostrasi, atau melalui rampasan kuasa, atau melancarkan peperangan bersenjata dengan kerajaan, atau melalui cara-cara lain yang boleh menyebabkan kerajaan yang sedia ada itu tumbang.

Catatan: Nik Aziz dan Haji Hadi ada berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pun berpolitik juga. Soalan: Adakah Baginda juga terlibat dalam satu satu daripada cabang-cabang politik seperti di atas? Jawapannya ada tidak.

Katanya lagi, penulis hendaklah mengumpulkan segala kelemahan atau keburukkan parti lawan untuk dihebahkan kepada seluruh rakyat dengan harapan majoriti rakyat atau keseluruhan rakyat akan menolak parti tersebut sepanjang masa dan bukannya terhad pada mana-mana pilihan raya sahaja.

Sehubungan dengan itu, penulis hendaklah bebas daripada hanya memuji dan terpengaruh kepada sebuah parti yang disokongnya sahaja. Sebaliknya hendaklah jujur menulis secara profesional dengan sedikit atau beberapa teguran membina kepada ahli parti, atau pemimpin parti atau pun kepada kepimpinan tertinggi dalam parti yang disokongnya itu dengan harapan parti itu akan menjadi lebih kuat dan terpengaruh. Maknanya diterima oleh majoriti rakyat, atau keseluruhan rakyat.

Tanpa teguran membina, pastilah pemimpin parti yang disokong itu akan menjadi lebih sombong serta tidak mahu memperbetulkan apa yang tidak disukai oleh rakyat, dan pastilah rakyat akan menolak pemimpin itu, dan secara tidak langsung, parti itu juga yang pastinya akan ditolak oleh rakyat. Adalah lebih baik pemimpin tertinggi itu disingkirkan lebih awal daripada menjadi pemimpin tertinggi sebelum rakyat membuat keputusan menolaknya, kata Penyelidik (IPRI) itu.

Perkara sepenting begini biasanya tidak disedari oleh mana-mana pemimpin atau ahli parti politik.

Ditekan di sini, mana-mana penulis yang hanya menghentam sebuah parti politik lawan sahaja tanpa menegur kepimpinan parti yang disokongnya itu pastilah akan dianggap seperti air masin yang tidak boleh diminum. Tulisan itu perlu ditolak secara mandotori.

Penulis hendaklah pandai mengimbang supaya penulisannya itu akan lebih menarik dibaca oleh semua golongan, dan yang penting mampu menarik keluar ahli parti lawan supaya menyokong partinya. Disinilah letaknya kebijaksanaan penulis supaya penulisannya itu akan mendapat perhatian ramai dan ingin dibaca oleh semua peringkat tanpa jemu, dan mampu mempengaruhi para pembaca untuk menyokong tulisannya, dan seterusnya menyokong parti politik yang disokongnya.

Setiap penulisan politik tetap akan dianggap sebagai telah berjaya mencipta SENJATA NUKLEAR yang boleh memusnahkan sesebuah negara dan merosakkan seluruh alam seketiar, ini hanya perumpamaan sahaja. Oleh itu penulis hendaklah tahu bagaimana untuk melancarkan senjata nuklear itu sama ada melalui pelancar roket jarak sederhana, atau melalui pelancar roket jarak jauh, serta mempunyai operator pelancar yang mahir dan berkebolehan. Penulis itu sendiri hendaklah merancang dan melaksanakannya. Jika tidak, penulisan yang dikatakan hebat itu akan menjadi sia-sia.

Hari ini dan sejak sekian lama, dan mungkin juga pada tahun-tahun berikutnya, penulis biasanya akan mengalami kegagalan untuk melancarkan serangan jika tidak mendapat sokongan daripada pemimpin atasan dalam mana-mana parti politik. Oleh itu pemimpin tertinggi dalam mana-mana parti politik hendaklah bijak mengesan mana-mana penulis yang hebat.

Mana-mana penulis yang hebat adalah wajar menjadi pembantu rapat, atau penasihat kepada pemimpin tertinggi dalam mana-mana parti politik. Jika saranan ini tidak dipedulikan, ada kemungkinan juga penulis yang hebat itu akan bertukar baju perjuangan kepada parti lain, dan jika ini terjadi maka parti yang selama ini disokong oleh penulis tersebut pastilah akan terjejas teruk.

Seperti juga mana-mana pemain bolasepak di barisan serangan. Jika pemain itu berpindah ke pasukan lain, pastilah pasukan baru tersebut akan menjadi lebih kuat daripada sekarang.

Ringkas, ulangi! Mana-mana penulisan yang hanya memburukkan parti lawan sahaja tanpa menegur parti yang disokongnya itu akan membawa kepada ketidaksukaan orang ramai untuk membaca tulisannya.

Mana-mana penulisan hendaklah mempunyai tujuan iaitu untuk membangunkan negara dan mencorakkan rakyatnya sebagai rakyat kelas pertama. Sesebuah parti politik boleh memainkan peranan ke arah itu jika penulis berani berkata sesuatu yang benar tanpa takut, semata-mata untuk negaranya.

Pemimpin yang jujur ialah pemimpin yang menjadi pendengar yang baik serta boleh menerima apa yang ditegur itu, maknanya tidak degil.


SURAT NO. 1
(PAS ikut telunjuk DAP)

SURAT NO. 2
(Membongkar nista Tuan Guru),

SURAT NO. 2A
(Hanya yang sesat halang umat naik haji)

SURAT NO. 2B
(Mombongkar perangai Nik Aziz)

SURAT NO. 3
(Hukum Hudud Islam / Hukum Hudud PAS / Hukum Hudud PRU-13?)

&

SURAT NO. 4
(Soal Jawab Politik Drpd Sudut Agama Islam)

KEENAM-ENAM SURAT TERSEBUT
BOLEHLAH FORWARD KEPADA SESIAPA ATAU
MANA-MANA PIHAK.
DI NEGARA INI ADA KEBEBASAN BERSUARA.

BAIK JUGA JIKA SURAT-SURAT ITU DIFORWARDKAN
KE SELURUH PEJABAT UMNO BAHAGIAN
DAN
SELURUH PEJABAT PAS,
SERTA KEPADA GURU-GURU SEKOLAH, ATAU PENJAWAT AWAM LAIN DI SELURUH NEGARA.

BIAR MEREKA BACA SUPAYA MEREKA BOLEH PUTUSKAN SENDIRI PARTI MANA YANG SEPATUTNYA MEREKA PILIH
PADA PRU-13 KELAK.

Saya sangat gembira jika tulisan ini dibaca
oleh
PM Najib dan isterinya Rosmah Mansor (RM).

SEKARANG NEGARA SUDAH AMAN HASIL PERJUANGAN
ATM (TERMASUK SAYA) DAN PDRM.
KINI RAMAI ORANG POLITIK BERCITA-CITA NAK JADI
PM
WALAU PUN TIDAK LAYAK, NAK ROSAKKAN NEGARA
(cacing nak jadi naga)

Dulu, semasa negara tidak aman, tembak sana, tembak sini, ramai orang politik takut nak jadi PM, bunyi tembakan pun ketar lutut. Sekarang mereka sudah berani kerana negara sudah aman, terutmanya orang-orang yang bergelar ulama politik dalam PAS.

Surat No. 1

Pas ikut telunjuk DAP

Penggabungan PAS dengan DAP adalah satu perbuatan yang salah di sisi agama Islam kerana ia boleh memberi ancaman kehilangan kuasa pemerintahan kepada sebuah parti terbesar orang-orang Melayu beragama Islam iaitu UMNO.

Nik Aziz ada berkata bahawa UMNO telah memisahkan agama dan politik, di mana agama dan politik tidak boleh dipisahkan, katanya.

Sesungguhnya agama dan politik tidak boleh dikaitkan. Kita boleh berpolitik tetapi tidak boleh kaitkan bahawa politik itu satu tuntutan agama. Jika kita mengatakan politik itu satu tuntutan agama maka ia adalah bidaah kerana politik sebenarnya dilahirkan oleh orang-orang Barat dan ia tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w., juga tidak berlaku di zaman sahabat Baginda. Ini telah dijelaskan oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, dan juga Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah. Hanya Nik Aziz sahaja yang tidak faham istilah “politik” itu.

Demi untuk menarik sokongan orang-orang Melayu kepada PAS atas kepentingan politik, Nik Aziz pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. juga terlibat dalam berpolitik. Jika benar Baginda terlibat dalam politik sebagaimana yang diperkatakan oleh Nik Aziz itu, sila jawab dengan jelas soalan-soalan berikut di bawah:

(a)    Rasulullah memimpin parti politik bernama apa?
(b)     Di mana Baginda bertanding?
(c)    Baginda bertanding di kerusi DUN atau Parlimen atau kedua duanya sekali seperti Haji Hadi yang pernah bertanding di Parlimen Marang dan DUN Rusila?
(d)     Berapa penggal Baginda menjadi wakil rakyat.
(e)     Adakah parti Rasulullah itu bergabung dengan mana-mana parti politik orang-orang kafir yang menentang penubuhan negara Islam atau hukum hudud seperti DAP?
(f)      Adakah ceramah politik Baginda dan orang-orang yang Baginda pimpin itu suka mencaci dan memfitnah sesama Islam seperti apa yang diamalkan oleh penceramah dan penyokong PAS selama ini?
(g)     Adakah Baginda sentiasa menurut keputusan politik yang dibuat oleh orang-orang kafir yang merugikan Islam seperti apa yang dituruti oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS apabila diputuskan oleh DAP?
(h)  Adakah penyokong-penyokong parti politik Rasulullah ada mengibarkan bendera parti politik orang-orang kafir seperti apa yang dibuat oleh penyokong-penyokong PAS yang mengibarkan bendera DAP, sebuah parti politik yang menentang penubuhan negara Islam dan menentang hukum hudud, anti-Islam, anti-peruntukan masjid dan anti-anti lain?

Saya masih ingat, penceramah PAS sentiasa berkata, kerjasama PAS dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada orang-orang bukan Islam dalam DAP. Ringkas, sehingga ke hari ini sudah berapa puluh ribu orang-orang bukan Islam dalam DAP telah memeluk Islam? Diharap PAS dan DAP dapat kiranya keluarkan satu senarai nama-nama mereka yang telah memeluk Islam. Sebaliknya usaha-usaha DAP memurtadkan orang-orang Islam memang jelas ada.

Sebenarnya kelahiran parti politik yang bernama PAS di negara ini banyak menyumbangkan kepada perkara-perkara tidak baik untuk orang-orang Melayu kerana ia menggunakan agama untuk kekuatan parti tersebut iaitu PAS, sebaliknya UMNO menggunakan kuasa politik untuk menguatkan agama Islam dan usaha-usaha murni itu memang tidak nampak oleh Nik Aziz yang sentiasa berdendam dengan UMNO.

Seperti mana yang diperkatakan di atas, kita boleh berpolitik tetapi tidak boleh mengaitkan ia satu tuntutan agama. Seperti juga pakaian tali leher atau baju kot. Kita boleh memakainya sebagai satu pakaian tetapi tidak boleh kaitkan bahawa memakai pakaian tersebut adalah satu tuntutan agama.  Ini perlulah difahami oleh Nik Aziz dan penyokong-penyokong PAS.

Malaysia, negara kita, makmur sejahtera di bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO beragama Islam. Jangan sekali-kali kita memperjudikan nasib masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita, cicit-cicit kita, keseluruhan generasi kita hanya untuk kepentingan PAS atas nama “perubahan”. Adalah dibimbangi, perubahan yang dicari tetapi tidak mustahil malapetaka yang akan kita alami.

Sebelum kita menjadi manusia rugi, hendaklah kita sentiasa bersyukur apa yang kita perolehi selama ini daripada kurniaan Allah s.w.t.

Marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah dengan harapan Allah membawa kita ke jalan kejayaan di dunia dan di akhirat bertunjangkan kepada ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. sahaja, dan bukannya Islam yang di bawa oleh Nik Aziz atau yang di bawa oleh PAS. Janganlah kita berkata bahawa Nik Aziz dan semua penyokong-penyokong PAS itu akan dimasukan ke syurga. Rujuk Al-Quran di Surah Al-Baqarah Ayat 214 bermaksud :

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu ?

Terus terang ingin saya katakan, selagi rakyat Kelantan jahil Al-Quran, selagi itulah PAS akan terus berkuasa di Kelantan. Dengan memberi undi kepada PAS pada PRU-13 kelak bermakna kita memberi undi dan menyokong kepada perjuangan DAP yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-peruntukan masjid dan berbagai-bagai lagi yang tidak mampu ditulis disini.

Pendirian Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi itu boleh disifatkan sebagai mengakui bahawa perjuangan UMNO adalah betul, dan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Kepada UMNO teruskan perjuangan untuk memperkasa dan memartabatkan Islam.


Surat No. 2

Membongkar nista Tuan Guru

Satu ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia.

Hari ini bagaimana ? Diseluruh pelusuk Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata melihat gambar-gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz.

Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Nik Aziz seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Selasa 6 Disember di muka 7 bahawa pihak yang menolak Islam juga adalah kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam ? UMNO atau PAS ? atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).

Rasulullah s.a.w. ada bersabda bahawa Al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut.

Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada siapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran Al-Quran iaitu wahyu Allah s.w.t. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut Al-Quran, bukan Al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh Al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam Al-Quran banyak Ayat yang Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di Surah Faatir Ayat 6 bermaksud:

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Tetapi Nik Aziz kata kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana ? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur ? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik Aziz sahaja yang berani berkata begitu.

Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila PAS menang di Terengganu, penceramah-penceramah PAS kata, Nik Aziz berkata ramai para malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS. Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata para malaikat memegang dan menggerakkan tangan-tangan pengundi untuk mengundi PAS. Nik Aziz nampakkah malaikat turun dari langit? Siapa berbohong? dan siapa kufur ?

Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila PAS tewas di Terengganu lain pula kata penceramah-penceramah PAS, penceramah-penceramah PAS kata, Nik Aziz berkata kata ramai pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas untuk mengundi UMNO hingga PAS hilang kuasa.

Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999 itu ? Siapa berbohong ? dan siapa kufur ?

Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung.

Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan di antara 10 sahabat Nabi s.a.w. yang dijanjikan syurga oleh Baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun yang lalu). Nik Aziz juga seperti manusia-manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah s.w.t., Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka.

Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.

Saya masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah-penceramah PAS menggunakan strategi yang sama iaitu mana-mana calon yang diputuskan oleh parti merupakan calon-calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah s.w.t.

Penyokong-penyokong tidak boleh menolak mana-mana calon yang diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am PAS setelah diperkenankan oleh Allah s.w.t. kata penceramah PAS dengan sombong, dan disambut dengan takbir, takbir, takbir.

Tetapi yang peliknya ramai juga calon-calon yang diputuskan oleh Nik Aziz itu telah tewas di tangan UMNO.

Para pembaca boleh fikir sendiri.

Surat No. 2A
Hanya yang sesat halang umat naik haji

Perihal arahan pemimpin PAS supaya jangan pergi mengerjakan ibadat haji bagi menumpukan pilihan raya ke 13 (PRU-13).

Dalam Al-Quran Ayat 27 Surah Al-Hajj (Perihal Ibadat Haji) bermaksud:

Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.      

Maknanya, setiap hamba Allah yang mengaku telah beriman kepada Allah hendaklah menyeru ke arah ibadat haji.

Mana-mana hamba Allah yang cuba menghalang, atau menggagalkan, atau mempengaruhi supaya tidak mengerjakan ibadat haji, atau cuba mengelirukan, atau menghasut mana-mana orang daripada mengerjakan ibadat haji adalah merupakan manusia sesat kerana ibadat haji adalah rukun Islam yang ke lima (5).

Dalam Al-Quran Ayat 25 di surah yang sama iaitu di Surah Al-Hajj (Perihal Ibadat Haji) ada menceritakan kelakuan buruk, keji dan tidak bermaruah orang-orang kafir musyrik yang menghalang Rasulullah bersama orang-orang Islam lain daripada memasuki Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadat “UMRAH” (haji kecil). Ayat 25 itu bermaksud:

Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalang manusia dari jalan Allah (agama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Mekah) yang meliputi seluruh Tanah Suci Mekkah Al-Mukarramah, yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman), sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang menziarah, dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.
Huraian: Allah s.w.t. memberi amaran kepada kaum kafir musyrik yang sedang menguasai Tanah Suci Mekah pada masa itu, yang mengekat orang-orang Islam daripada mengerjakan ibadat di situ. Pada ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. sendiri bersama-sama orang-orang Islam yang datang dari Madinah dan berhenti di suatu tempat bernama “HUDAIBIYAH” (di luar Mekah) telah disekat oleh kaum kafir musyrik dari masuk mengerjakan “UMRAH” (haji kecil) di Mekah. Tidak berapa lama kemudian, negeri Mekah telah dikuasai oleh Baginda dan penduduknya memeluk Islam.

HURAIAN KHAS: Gesaan Nik Aziz kepada penyokong-penyokong PAS yang terlibat secara langsung sebagai jentera parti dalam pilihan raya umum (PRU-13) supaya menangguhkan ibadat haji mereka, sebenarnya ada persamaan dengan kelakuan orang-orang kafir musyrik di Mekah yang menghalang Rasulullah bersama orang-orang Islam lain untuk mengerajakan “UMRAH” (haji kecil), ini ibadat HAJI (maknanya haji BESAR). SENDIRI FIKIRLAH PIHAK MANA YANG BETUL berdasarkan keterangan Al-Quran dan keterangan daripada mulut Nik Aziz yang pernah berkata boleh berkawan dengan syaitan, Allah mencarut, Allah samseng, orang Sarawak pakai cawat sebab tolak PAS, orang DUN Tenang seperti Arab Jahilliyah kerana tidak mengundi PAS, UMNO Komunis, Islam membenarkan orang lelaki menunjukan kemaluan kepada puteri UMNO di Kedah hingga menjadi kes mahkamah, perempuan cantik tidak boleh bekerja kerana cepat dilamar, orang perempuan tidak boleh bekerja malam, mendoakan kemusnahan PM Najib kerana enggan memberi wang royalti minyak dan berbagai-bagai lagi, tidak mampu ditulis di ruangan ini.

Sesungguhnya Islam itu didirikan atas lima (5) sendi utama.

Hadis Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim; yang bermaksud: Dirikan Islam atas lima (5) rukun:

Syahadat (pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah), dan mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan Haji di Baitullah, dan puasa di bulan Ramadan.

Mana-mana pihak yang cuba menggagalkan urusan Haji adalah merupakan manusia yang sangat jahil ilmu agama Islam walau pun mengaku berjuang menegakkan Islam di negara ini melalui sebuah parti politik yang bernama PAS.


Surat No. 2B

Membongkar perangai Nik Aziz

Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Mahathir telah pun letak jawatan pada tahun 2003 (dua kosong kosong tiga). Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walau pun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang-orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokng PAS ialah dikatakan orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka. Jika orang-orang kita mati dalam PAS akan dimasukkan ke syurga.

Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah s.w.t., seboleh-bolehnya biarlah mati sebaik sahaja selepas selesai mengerjakan solat sunat tasbih. Insya’Allah.

Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana “mati di jalan yang lurus”.

Dalam Al-Quran ada Ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat, dan terus beribadat kepada Allah. Dalam Al-Quran juga ada Ayat menyuruh kita supaya berlumba-lumbalah membuat kebaikan.

Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak Kerusi DUN di Sarawak.

Kenapa pula beiau tidak sebut yang PAS langsung tidak menang apa-apa Kerusi DUN?

Sebelum itu ada seorang pemimpin PAS Sarawak berkata, penyertaan PAS dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.

Pelik bunyainya! Namun orang Islam Sarawak menolak PAS secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan “orang Sarawak bodoh pakai cawat”.

Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak PAS dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai “orang Arab Jahilliyah”. Ketahuilah bahawasanya orang Arab Jahilliah ialah orang kafir, secara tidak langsung Nik Aziz telah berkata orang di DUN Tenang yang menolak PAS itu adalah orang kafir. Jika Nik Aziz tidak berpuashati dengan kenyataan ini, Nik Aziz boleh panggil “pakar bahasa” untuk mendapatkan kepastian. Tak padan dengan tua, mulut masih jahat, inikah jenis pemimpin PAS berjawatan Mursyidul Am PAS? Dikatakan berjuangan untuk Islam? Masya’Allah.
Janganlah kita hairan jika ada ulama bermulut jahat atau gatal mulut seperti Nik Aziz itu. Dalam Al-Quran di Surah Faatir (Faatir maknanya “Pencipta”) Ayat 32, Allah ada menceritakan sesuatu perihal manusia, Al-Quran itu di warisi oleh orang-orang yang Kami (Allah) pilih dari kalangan hamba-hamba Kami, selepas itu ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran, ada yang bersikap sederhana, dan ada pula yang mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Bagi mendapat keterangan lanjut, semaklah sendiri terjemahan dalam Al-Quran.

Jadi, janganlah kita hairan sangat dengan perangai pelik Nik Aziz dan ulama-ulama lain dalam PAS itu. Nik Aziz ada berkata dia ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w. dan taraf ilmunya adalah setaraf dengan bekas Timbalan Sheikhul Al-Azhar, Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour. Tetapi kenapa Nik Aziz sentiasa bercakap kotor. Tahu tak? Orang-orang yang ada ilmu Al-Quran perangai dan akhlak mereka adalah akhlak Al-Quran.

Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut.

Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.

Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan. Semua pemimpin PAS sokong.

Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau juruawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak di waktu malam?

Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok?

Selepas itu Nik Aziz kata lagi, perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka.

Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin, tetapi hari ini dibolehkan pula. Nik Aziz ni macam-macam laaa! Pelik sungguh kata-katanya.

Sebenarnya, ramai wanita di kalangan Muslimah PAS menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dulu, sejak tahun 1990 suara wanita dikatakan “aurat”, dan Kerajaan Negeri tidak mengadakan tilawah di peringkat negeri untuk wanita (qariah). Dengan itu Kerajaan Negeri Kelantan tidak menghantarkan wakil qariah dalam tilawah Al-Quran di peringkat kebangsaan. Kini larangan itu ditarik balik kerana ada kepentingan politik mengatasi hukum agama menjelang PRU-13, yang penting dapat undi.

Sebenarnya dalam Al-Quran atau Hadis Nabi s.a.w. tiada disebut pun bahawa suara wanita itu adalah aurat. Hanya Nik Aziz sahaja yang memandai-mandai. Jika ada, sebutkan rujukannya, dalam Al-Quran di Surah apa, Ayat apa, hadis mana? Parti politik PAS ini dah jadi tidak betul.

Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, PAS itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.

Orang bukan Islam yang makan daging “kz” 3 kali sehari pun telah dinobatkan sebagai Khalifah Umar Bin Abdul Aziz oleh Nik Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu (1) kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong perjuangan partinya dan bermacam-macam lagi.

Sebenarnya kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk Al-Quran di Surah Al-An’Aam Ayat 159 dan ikrar kita di Ayat seterusnya iaitu Ayat 160 hingga 163.

Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak “Kebangsaan”. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam Al-Quran ada satu Surah bernama “Pencipta” iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah. Adakah Nik Aziz tidak membaca Al-Quran?

Nasib baik juga Nik Aziz dicipta Allah sebagai bangsa Melayu, boleh menjadi Menteri Besar Kelantan. Jikalah Allah mencipta Nik Aziz sebagai bangsa Siam beragama bukan Islam, pastilah wajah Nik Aziz sekarang sangat berbeza, dan ada kemungkinan juga Nik Aziz sekarang berjubah warna kuning pinang.

Harap maaflah kerana berkata begini. Ini hanya sebagai jawapan kepada kenyataan Nik Aziz itu sahaja. Nik Aziz bantai UMNO 1kg., kita bantai Nik Aziz juga 1kg. Baru adil. Janganlah kita menentang kepada penciptaan Allah. Buruk akibatnya.

Adalah menjadi hak mutlak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun, Bugis dan bangsa-bangsa lain.

Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Kelantan, dan adakah Adat Istiadat Melayu Kelantan itu bukan “Kebangsaan”? Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur “Kebangsaan”.

Di Selangor, Kerajaan Negeri gabungan PKR, DAP dan PAS, ada seorang Exco baru Selangor daripada PAS pun memegang Exco yang ada kaitan dengan “Kebangsaan”.

JIKA NIK AZIZ TIDAK PANDAI BERCAKAP BAHASA MELAYU, TAK USAH CAKAPLAH, NANTI MAKAN DIRI SENDIRI, DIAM SAJALAH. KATA KEPADA UMNO PARTI KEBANGSAAN. KEBANGSAAN SEBENARNYA BUKAN KAFIR, YANG KAFIR HANYA MANUSIA. LEMBU BUKAN KAFIR, KERBAU PUN BUKAN KAFIR, KAMBING JUGA BUKAN KAFIR, ADA BANGSA CINA BERAGAMA ISLAM, ADA BANGSA INDIA BERAGAMA ISLAM, ADA BANGSA ARAB BERAGAMA  ISLAM, APA PELIKNYA, YANG PELIK IALAH ORANG BERSERBAN 24 JAM, BERJUBAH 24 JAM, SIMPAN JANGGUT 24 JAM DAN MENGAKU ORANG BERAGAMA ISLAM TETAPI MULUT JAHAT.

Al-Quran kata ya, kita kata tidak, janganlah kita berdusta dengan Al-Quran, dibimbangi buruk padahnya.


Surat No. 3  

Hukum Hudud Islam / Hukum Hudud PAS / Hukum Hudud Pilihan Raya (PRU-13) ?

Hukum Hudud Islam ialah satu daripada hukum-hukum yang diperintahkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. untuk dilaksanakan. Sejak Rasulullah s.a.w. wafat, ulama sejak sekian lama berselisih pendapat berkaitan keadah atau tatacara pelaksanaan Hukum Hudud Islam ini.

Tafsir Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. berbeza-beza di antara ulama itu dan ulama ini.

Ringkas, akibat daripada pandangan berbeza-beza, maka Hukum Hudud Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di kebanyakan negara-negara Islam. Terdapat juga hukumannya berbeza-beza di antara satu negara Islam dengan satu negara Islam yang lain.

Sebenarnya, Hukum Hudud Islam hendaklah datang daripada Pemerintah yang adil setelah digubal dan diluluskan oleh pakar-pakar dalam perundangan Islam yang dilantik oleh Pemerintah, kemudian ia dipersetujui bersama berdasarkan keterangan dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w, dan ia hendaklah dilaksanakan oleh Pemerintah.

Sekiranya terdapat satu-satu perkara atau satu-satu isu timbul dan ia tidak terdapat dalam Al-Quran atau Hadis Nabi s.a.w., maka Fatwa akan dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pakar-pakar perundangan tersebut dan disahkan oleh pihak Pemerintah.
Fatwa itu akan menjadi sebahagian daripada undang-undang Hukum Hudud Islam, bukannya Hukum Hudud PAS, atau Hukum Hudud PRU-13.

Penjelasan ini adalah sebagai mengupas beberapa laporan akhbar sebelum dan semasa ini.

Isu Hukum Hudud PAS (bukan Hukum Hudud Islam) di negara ini hanya timbul pada awal tahun 1990 menjelang Pilihan Raya Umum Ke 8 (PRU-8) di mana sebuah parti yang mendakwa perjuangan mereka berteraskan Islam iaitu PAS melaung-laungkan isu Hukum Hudud PAS semata-mata untuk meraih sokongan pengundi rakyat Kelantan tanpa memikirkan suasana kehidupan rakyat Kelantan semasa itu.

Pada tahun 1974 semasa PAS berada dalam Barisan Nasional (BN), isu Hukum Hudud PAS atau Hukum Hudud Islam langsung tidak disentuh, walhal Nik Aziz orang yang dikatakan setaraf dengan nabi itu sudah pun berada dalam PAS semasa itu. Kenapa ? Adakah mulut Nik Aziz telah dijahit dengan benang UMNO semasa itu ? Jawapannya adalah tidak. Jika benar mulut Nik Aziz telah dijahit, kenapa Nik Aziz membenarkan mulutnya dijahit ?

Sebahagian besar ulama-ulama berpendapat (rujuk kitab-kitab berkaitan Hukum Hudud Islam), orang-orang Islam yang berada di sesebuah negara, atau negeri, atau pun wilayah yang akan berkuatkuasa Hukum Hudud Islam hendaklah diberi penerangan sejelas-jelasnya dan bersedia menghadapi Hukum Hudud tersebut.

Ringkas, bersedia bermakna telah mengamalkan cara hidup sebagai orang Islam merangkumi semua bidang, antaranya boleh dan mampu membaca Al-Quran dengan baik serta memahaminya maksudnya. Mengutamakan kebersihan, semangat persaudaraan yang tinggi sesama Islam, tidak benci membenci sesama Islam seperti apa yang diamalkan oleh PAS, menjaga kebersihan alam sekitar, mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Juga mendidik anak, atau mendidik suami, atau mendidik isteri, atau keluarga mengikut ajaran Islam. Berkomunikasi dengan baik dan berhemah tinggi sesama Islam mengikut ajaran Islam. Menutup aurat lelaki dan aurat perempuan, mengamalkan ekonomi Islam, terus dan terus serta tingkatkan ibadat di awal usia, dan terutamanya di hujung usia (kerana kematian akan datang pada bila-bila masa), dll yang tidak mampu ditulis di sini sebelum pelaksanaan Hukum Hudud Islam dikuatkuasakan.

Semua yang dibangkitkan ini ada di sebut dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Bagi tujuan perlaksanaan Hukum Hudud Islam bukanlah semudah membuat roti canai, atau karipat, atau nasi kerabu, atau nasi lemak, atau goreng telur, atau goreng keropok atau lain-lain. Cakap memang senang.

Seperti yang disebut di atas, melaksana atau perlaksanaan Hukum Hudud Islam hendaklah datang daripada Pemerintah atau Uli’l-Amri”. Uli’l-Amri yang dimaksudkan dalam Al-Quran Surah An-Nisaa’ Ayat 59  ialah Pemerintah yang tertinggi di sesebuah negara. Di Malaysia, Pemerintah yang tertinggi ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Ayat Al-Quran tersebut bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan “Uli’l-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu

Jentera pentadbiran Uli’l-Amri di negara ini ialah Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN). Segala perundangan berkaitan Hukum Hudud hendaklah datang daripada Uli’l-Amri atau datang daripada jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Nik Aziz boleh mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan, dan seterusnya Kerajaan Persekutuan boleh mengemukakan kepada Uli’l-Amri.

Jika cadangan Nik Aziz itu ditolak, Nik Aziz tidak boleh memarahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Nik Aziz sepatutnya marah kepada Uli’l-Amri. Jika Nik Aziz ikut apa yang dihuraikan di sini, maka tanggungjawab Nik Aziz sudah tertunai atau selesai, dan tak payahlah nak bising sana sini dengan mengatakan UMNO atau Kerajaan BN tolak Hukum Hudud.

Sesungguhnya cara proses yang dilakukan oleh PAS itu yang sebenarnya adalah tidak betul.

Jika Nik Aziz dikatakan sudah berusaha bersungguh-sungguh berkaitan Hukum Hudud tersebut, maka di akhirat nanti, Nik Aziz tidak akan ditanya lagi oleh Allah, kerana Allah sedia mengetahui.

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz bukan Uli’l-Amri sebagaimana yang dimaksudkan dalam Ayat Al-Quran tersebut. Adalah wajar Nik Aziz mengemukakan cadangan Draf Perundangan Hukum Hudud PAS itu kepada Kerajaan Persekutuan untuk dipersembahkan kepada Uli’l-Amri (Agong), atau dihantar terus sebarang cadangan kepada Tuanku Yang di Pertuan Agong atau pun kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Ringkas, jika Uli’l-Amri (Agong) atau Majlis Raja-Raja Melayu meluluskannya, barulah draf tersebut boleh dibentangkan kepada Parlimen atau DUN Kelantan, atau kedua-duanya untuk diluluskan. Dalam perkara ini mestilah ada kesepakatan di antara 2 parti terbesar orang-orang Melayu iaitu UMNO dan PAS. Jika masih kekal seperti anjing dan kucing, sampai kiamat pun tak selesai.

Sebagaimana umum tahu, proses yang sebetulnya itu tidak dilakukan oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan, sebaliknya terus di bawa ke DUN Kelantan dan diluluskan. Sebagai Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz perlu tahu perundangan di peringkat Kerajaan Negeri Kelantan dan perundangan di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana setiap undang-undang yang di luluskan oleh mana-mana DUN hendaklah tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan.

Jika ini tidak difahami betul-betul oleh Nik Aziz, bagaimana boleh melayakkan diri beliau menjadi Menteri Besar ? Dibimbangi rakyat akan berkata Menteri Besar kurang bijak, nak buat hukum hudud PAS tapi tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, dan janganlah biarkan rakyat Kelantan dan seluruh orang Islam di negara ini berkata begitu.

Mana-mana undang-undang yang diluluskan oleh mana-mana DUN yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang tersebut adalah terbatal. Harap Nik Aziz boleh faham bahasa mudah ini.

Ajaran Islam dan pegagan Islam di Kelantan sangat longgar. Ringkas, sana-sini perempuan Kelantan tidak menutup aurat. Ramai lelaki tidak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ada rakyat lelaki Kelantan beragama Islam pakai rantai atau subang seperti perempuan.

Ramai rakyat Kelantan lemah Al-Quran. Penceraian tinggi, tidak terkecuali ahli-ahli PAS. Pengurusan pentadbiran negeri lemah dan berbagai-bagai jenayah berlaku di Kelantan seperti buang bayi, rogol, sembelih anak sendiri, bunuh diri terjun bangunan dll yang tidak mampu ditulis di sini. Indeks jenayah sedang meningkat.

Bagi melaksanakan Hukum Hudud Islam di Kelantan, Kerajaan PAS negeri Kelantan hendaklah menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Disamping melaksanakan Hukum Hudud Islam, ia juga mampu memartabatkan ajaran Islam di negara ini sepenuhnya tanpa menuduh pihak lain yang menghalangnya, atau pihak lain yang menolak Islam, dan berbagai-bagai tuduhan lagi seperti apa yang terkeluar dari mulut Nik Aziz yang kini telah dinaikkan pangkat daripada seorang tok guru kepada seorang nabi. Dunia dah masuk zon akhir zaman.

Jika amalan permusuhan ini tidak dihentikan segera, maka perlaksanaan Hukum Hudud Islam di negeri Kelantan atau di negara ini akan menjadi semakin lambat atau lebih kusut.

Jika Uli’l-Amri (Agong) berpendapat, jentera pentadbirannya iaitu Kerajaan Persekutuan tidak ada kemampuan untuk melaksanakan Hukum Hudud Islam secara menyeluruh atas sebab-sebab tertentu, maka ia tidak berdosa kepada Nik Aziz atau kepada pihak-pihak lain kerana tiada kemampuan, namun usaha ke arah itu mestilah diteruskan bersama tanpa permusuhan politik. Barulah kita ini nampak cerdik seperti manusia.

Jangan biarkan orang kata kita nii bodoh macam lembu, boleh dicucuk hidung dan ditarik ke sana ke sini seperti apa yang DAP buat kepada PAS.

Dengan sebab itu PAS tidak boleh mengatakan bahawa mereka berkemampuan melaksanakannya tanpa sokongan daripada UMNO.

Hari ini, pelaksanaannya masih tergantung. Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk mengkajinya dari semua sudut perundangan, dan difahamkan, Jawatankuasa tersebut akan menubuhkan pula sebuah lagi Jawatankuasa Kecil bagi tujuan yang sama. Janganlah pula Jawatankuasa Kecil itu akan menubuhkan lagi sebuah Jawatankuasa Lagi Kecil untuk perkara yang sama. Pelik betul PAS ini. Jika tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, tidak payahlah nak laung-laungkan Hukum Hudud PAS itu.

Ketidakkemampuan Nik Aziz memang terserlah. Bagi melaksanakan Hukum Hudud PAS, Nik Aziz terpaksa bergantung kepada pihak lain. Ini menunjukan Nik Aziz memang kekurangan ilmu dalam perlaksanaan Hukum Hudud PAS itu, namun masih berkeras untuk melaksanakannya.

Uli’l-Amri (Agong) adalah pihak yang bertanggungjawab. Maka atas sebab-sebab itulah pentingnya hubungan baik di antara PAS dan UMNO-BN dijalin semula demi untuk kebaikan dan kesejahteraan seluruh rakyat yang dipimpin, dan jika ini berlaku maka senanglah Hukum Hudud Islam (bukan Hukum Hudud PAS) dilaksanakan kerana tidak akan ada lagi mana-mana pihak mempertikaikan “Draf Hukum Hudud Islam” yang sentiasa menjadi pertikaian.

Di satu pihak menyokong draf tersebut dan di satu pihak lagi menentang atau menolak. Sebenarnya UMNO bukan menentang Hukum Hudud Islam tetapi menentang kandungan draf Hukum Hudud PAS tersebut yang tidak jelas berkaitan perlaksanaannya merangkumi penguatkuasaan, penerangan dll.

Jika draf tersebut dilakukan oleh UMNO, pastilah PAS pula akan kata draf itu tidak betul. Sampai bilakah persengketaan begini akan tamat? Persengketaan ini hanya akan tamat setelah PAS tersungkur pada PRU-13 kelak.



Surat NO. 4

SOAL JAWAB POLITIK DARIPADA SUDUT AGAMA ISLAM
ini boleh di forwardkan kepada sesiapa atau kepada mana-mana pihak. Ini pendapat peribadi. Kebebasan bersuara.
Mana-mana yang tidak bersetuju dengan pandangan ini,
tak apalah.
Kita tidak perlu bergaduh.
Manusia memang mempunyai kehendak berbeza dan juga mempunyai pendirian yang berbeza, serta mempunyai fikiran yang berbeza. Pemikiran seseorang itu adalah tidak sama
dengan pemikiran orang lain, dan begitulah seterusnya.
SAYA TIDAK AKAN MEMBERI APA-APA RESPONS KEPADA SESIAPA PUN SELEPAS INI.

Hari ini Isnin 4 Jun 2012
ialah hari kelahiran saya mengikut kalender tahun Masihi.
Mulai hari ini juga saya bersara daripada
menulis atau berfikir
sesuatu melainkan hanya untuk
itu
satu sahaja
(hanya saya seorang sahaja yang tahu apa maksud itu)

4 Jun 2012

Soal Jawab Politik Daripada Sudut Agama Islam
(anda soal saya jawab)

1.     Soalan : Apa pandangan saudara Airborne mengenai dakwaan Nik Aziz dan ulama tertinggi PAS bahawa jika mengundi PAS dalam mana-mana PRU atau PRK akan dimasukkan ke syurga ?

Jawapan :  
a.   Syurga ini hak Allah s.w.t. dan bukan menjadi hak milik Nik Aziz. Seseorang itu hanya layak dimasukkan ke syurga jika mendapat rahmat Allah, dan satu daripada cabang-cabang untuk mendapatkan rahmat Allah ialah mematuhi segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, itu hanya secara ringkas sahaja.

b.   Dulu pun semasa Rasulullah s.a.w. hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah, Baginda tak pernah berjanji pun kepada pengikut-pengikutnya akan dimasukkan ke syurga. Hanya 10 sahabat Rasulullah sahaja yang dijanjikannya masuk syurga. Bagi mendapatkan nama-nama 10 sahabat itu sila rujuk kepada Mufti negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri atau daripada buku-buku sejarah Islam yang diiktiraf. Antaranya ialah pakar dalam membaca Al-Quran iaitu Zaid Thabit, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dll. Mungkin juga Nik Aziz bermaksudkan “selepas mengundi masuklah kamu ke syurga membeli-belah di KB Mall”.

2.     Soalan : Nik Aziz berkata apabila seseorang itu yang beragama Islam mengundi PAS sebanyak 2 kali, pahalanya adalah sama seperti mengerjakan Haji di Mekah. Bolehkah saudara Airborne beritahu rujukan Ayat Al-Quran atau Hadis Rasulullah s.a.w. mana?

Jawapan :
a.   Saya jadi pening nak jawab soalan ini, sekejab masuk syurga, sekejab dapat pahala seperti mengerjakan Haji. Dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. tidak ada menyebut bahawa memberi undi kepada PAS akan masuk syurga. Jangan percayalah cakap Nik Aziz tu, dia dah nyayuk, itu semua adalah karut belaka.

b.   Minta rujuk kepada Mufti Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri. Jika begitu kesianlah kepada penduduk Islam di Kamboja, Selatan Thailand, Selatan Filipina kerana mereka tidak ada peluang mengundi PAS disebabkan tiada cawangan PAS di negara-negara tersebut. Tak pandai baca Al-Quran dengan sebutan betul nak masuk syurga? Syurga tidak akan menerima kita jika kita tidak mematuhi perintah Allah s.w.t.

c.   Sila rujuk Al-Quran di Surah Al-Baqarah Ayat 214 bermaksud: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu ? dan juga rujuk Al-Quran di Surah A-Li Imraan Ayat 110.

3.   Soalan :  Saya ada seorang sepupu berumur 27 tahun, dia terlalu bersemangat dengan parti PAS dan sanggup memanjat pokok di dahan mati hingga ke puncak untuk memacakkan bendera PAS. Walaupun di larang dia tetap bersemangat. Katanya, jika mati terjatuh dari pokok, mati itu adalah mati syahid dan akan masuk ke syurga katanya. Betul ke saudara Airborne?

Jawapan : Tidak ada-lah. Tak betul sama sekali dan jangan percaya. Jika tiada amalan secukupnya maka “mati katak” lah orang itu. Sila rujuk di jawapan nombor 1 di atas. Mat Rempit pun ada berkata apabila jika mati semasa merempit, maka mati itu adalah mati yang dicari-cari iaitu “mati di jalan yang lurus” dan masuk syurga juga. Mudahnya nak masuk syurga.

4.     Soalan : Apa hukumnya apabila seseorang penyokong PAS meninggal dunia, jenazahnya ditutup dengan kain bendera PAS dalam perjalanan ke kubur. Apa pendapat saudara Airborne ?

Jawapan : Kain bendera PAS itu tidak akan membawa apa makna, ia hanya lebih kepada pemberitahuan bahawa si mati itu ialah penyokong PAS sahaja. Itu saja. Tidak berdosa atau tidak mendapat apa-apa pahala. Apabila di alam kubur kelak, tetap akan disoal. Soalan bocor di alam kubur sudah pun kita ketahui sebelum ini dan sebaik-baiknya kita buatlah persiapan ke arah itu.

5.     Soalan : Saya ada dengar cerita daripada kawan saya, ini berlaku di Kelantan. Ketika perkebumian, dan semasa jenazah berada di dalam kubur ada seorang menepuk bahu si mati dengan berkata: kir, ini orang kita (merujuk kepada malaikat mungkar dan nakir bahawa itu adalah penyokong PAS. Apa hukumnya saudara Airborne?

Jawapan : Tak tahulaaaah ! Kita sebenarnya tidak boleh main-main dengan malaikat. Siapa diri kita ini? seolah-olah malaikat nakir itu kawan kita, tak boleh macam tu.
6.     Soalan : Apakah hukumnya apabila seseorang itu ketika berceramah dalam ceramah PAS dengan berdusta dan memaki hamun pemimpin UMNO. Apa pendapat saudara Airborne ?

Jawapan : Itu adalah haram. Kita orang Islam hendaklah menjaga tutur kata yang baik sebab Allah hanya suka kepada benda-benda yang baik sahaja. Jika benar apa yang diperkatakan itu, penceramah PAS itu telah berjaya di hasut oleh syaitan. Itu saja, harap berpuashatilah dengan jawapan ringkas saya. Jika nak tahu lebih lanjut, tanyalah Mufti di negeri saudara.

7.     Soalan : Nik Aziz kata kita ni boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu ingin membantu PAS menubuhkan negara Islam? Apa komen saudara Airborne ?

Jawapan :
a.   Syaitan mana nak bantu PAS menubuhkan kerajaan Islam? Dalam Al-Quran hampir 100 Ayat Allah melarang kita menghampiran syaitan. Satu daripada Ayat itu ialah di Surah Al-Baqarah Ayat 208 bermaksud: wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu yang terang nyata.

b.   Cakap Nik Aziz itu tidak betul, mungkin juga dia tidak berpegang kuat kepada ajaran Islam atau langsung tidak membaca Al-Quran yang menjadi amalan orang-orang mu’min pada setiap hari.

c.   Biasalah, apabila manusia sudah berada di hujung usia, bercakap merapu tidak dapat dielakkan. Ketahuilah, semua Ahli Al-Quran walau pun telah berumur lebih 100 tahun, mulut mereka tidak akan merapu seperti Nik Aziz kerana sentiasa dibela oleh Allah s.w.t. Dalam bahasa mudah, setiap Ahli Al-Quran sentiasa diawasi (dijaga) oleh para malaikat atas perintah Allah s.w.t. Jika saudara tidak percaya jawapan ini, bertanyalah kepada Mufti di negeri saudara.  

d.   Jangan percaya lagi kepada Nik Aziz nanti saudara disesatkan olehnya sesesat-sesatnya. Bahaya tu ! Semak Al-Quran di Surah Faatir Ayat 6 (minta saudara cari sendirilah terjemahannya)

8.     Soalan : Satu ketika dulu semasa UMNO menjadi kerajaan di negeri Kedah berlaku kemarau panas hingga memusnahkan semua tanaman padi. Ketika itu ada penceramah PAS berkata bahawa Allah telah turun bala ke atas rakyat negeri Kedah kerana tidak mengundi PAS. Beberapa tahun selepas kejadian itu, berlaku lagi kemarau panas semasa PAS menjadi kerajaan di negeri Kedah. Penceramah PAS yang sama berkata bahawa Allah hendak menguji rakyat negeri Kedah. Apa komen saudara Airborne ? mana satu yang betul ?. 

Jawapan : Itu penceramah upahan PAS. Penceramah lidah bercabang dan tiada pendirian. Penceramah seperti itu memang banyak dalam PAS. Penceramah hanya cari makan dalam politik PAS. Jangan percayalah.

9.     Soalan : Apa hukumnya seorang pemimpin tertinggi PAS di negeri Perak membakar lilin bertakafur seperti orang beragama Buddha di majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh pada satu ketika dulu di mana Nik Aziz kata tak apa, dan ia dibenarkan oleh Islam kata Nik Aziz. Apa komen saudara Airborne ?

Jawapan : Hukumnya adalah haram dan mesti bertaubat. Jika perkara sama dilakukan oleh pemimpin UMNO sudah pastilah Nik Aziz kata haram. Jika ia dilakukan oleh pemimpin PAS pastilah Nik Aziz kata “tak apa” untuk  membelanya. Itulah wajah-wajah Nik Aziz yang bertopengkan Islam. Jangan percayalah cakap Nik Aziz tu ! rosak nanti.

10.  Soalan : Semasa hari majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak oleh Dr. Zambry pada tahun 2009, terdapat rusuhan kecil dilakukan oleh penyokong PAS, dan ada yang baringkan badannya di atas jalan raya untuk menghalang kereta pembesar Perak bergerak. Katakanlah, jika mati dilanggar kereta ketika itu, adakah mati syahid? Apa komen saudara Airborne ?

Jawapan : Tak adalah, itu “mati katak” namanya.

11. Soalan: Apa hukumnya penyokong-penyokong PAS di hari penamaan calon PRK yang memakai jubah dan berkopiah putih mengibarkan bendera DAP sambil melaung-laungkan ucapan takbir, sedangkan parti DAP ialah sebuah parti yang diterajui oleh orang-orang kafir dan secara langsung menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Apa hukumnya saudara Airborne?

Jawapan : Hukumnya adalah haram kerana berusaha untuk menaikkan imej serta kemenangan kepada parti DAP yang memang terkenal anti-Islam, anti-peruntukan masjid, anti-laungan azan waktu Subuh dan berbagai-bagai lagi.

12.  Soalan : Saya lihat imej Islam yang ada pada Nik Aziz, Haji Hadi dan Ketua Pemuda PAS Pusat sangat tinggi. Namun serban yang mereka pakai itu sangat berlainan di antara satu sama lain. Serban siapa yang lebih baik di antara mereka bertiga? Adakah itu sunnah Rasulullah s.a.w.?

Jawapan :
a.   Hari ini tidak siapa tahu macam mana bentuk serban Rasulullah s.a.w. Jika benar serban Nik Aziz, atau Haji Hadi atau pun Ketua Pemuda PAS Pusat itu benar-benar ada persamaan dengan serban Rasulullah, kenapa pula serban jenis itu langsung tidak dipakai oleh penduduk Madinah atau penduduk Mekah? Ketahuilah bahawa orang-orang Islam di kedua-dua Kota Suci itu sangat kuat atau sangat tebal mengamalkan sunnah Rasulullah.

b.   Serban 3 pemimpin PAS itu hanyalah serban biasa yang kita lihat dipakai oleh orang-orang Punjabi, atau Taliban di Afganistan atau orang-orang di sempadan negara Iran, Pakistan dan Afganistan atau di negara Somalia yang terkenal dengan lanun laut yang berjaya ditawan oleh Komando TLDM beberapa tahun yang lalu. Jika saya jadi komando TLDM ketika itu, saya tak akan bagi peluang kepada lanun itu. Saya tembak sampai hancur. Baik juga hati Komando TLDM kita tu ya! Itulah melambangkan Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Bukan seperti PAS, jadi askar komando kepada Jeneral-Jeneral DAP.

13. Soalan : Pada satu ketika dulu saya ada ternampak pakaian pelik seorang pemimpin Pemuda PAS Pusat semasa bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau memakai serban seperti orang Punjabi, bertali leher dan berbaju kot. Apa hukumnya saudara Airborne?

Jawapan : Tak ada apa-apa dan tidak salah pun, cuma orang melihat pelik sahaja. Sebagai orang politik kita hendaklah jaga imej kita dan hendaklah sentiasa berpakaian kemas, dan bukannya berpakaian rojak, ada serban ala Punjabi, bertali leher orang putih dan berbaju kot seperti mat salleh. Nampak pun serabut. Jika memakai baju Melayu bersongkok lagi cantik kelihatannya.

14.  Soalan : Minta saudara Airborne tolong terangkan pakaian yang dituntut dalam Islam.

Jawapan : Oh! Itu sangat mudah. Pakaian Islam ialah yang menutup aurat sahaja dan bertetapan pakaian lelaki adalah untuk lelaki, dan pakaian wanita adalah untuk wanita, dan pakaian itu tidak mengganggu pergerakkan kita. Itu saja. Islam itu mudah. Hanya PAS sahaja yang membuatkan kita menjadi payah. Songkok, kopiah putih, serban ada ekor, serban tak ada ekor semuanya itu bukan pakaian Islam. Tak percaya? Kenapa semasa kita mengerjakan ibadat “tawaf” di Mekah, kita diharamkan tutup kepala? Ulama-ulama PAS dan penyokong-penyokong PAS sebenarnya tidak berapa mahir dalam hukum-hukum agama.

15. Soalan : Nik Aziz kata Kalimah Allah boleh digunakan oleh orang kafir berdasarkan Ayat Al-Quran dan kalimahnya berbunyi: “la ya ku lunn nal Llah”. Minta saudara Airborne jelaskan.

Jawapan :
a.   Sebenarnya, Nik Aziz itu tidak pandai ilmu Al-Quran dan patut belajar lagi. “La ya ku lunn nal Llah” (bermakna: sudah tentu mereka akan menjawab “Allah”). Kalimah di Ayat tersebut bukanlah memberi kebenaran mutlak kepada orang-orang kafir boleh menggunakan Kalimah Allah untuk agama mereka. Sebenarnya Nik Aziz tidak faham bahasa Al-Quran. Berikut ialah maksud Ayat 25 Surah Lokman yang ada menyebut “la ya ku lunn nal Llah”:

Dan sesungguhnya jika engkau wahai Muhammad bertanya kepada mereka yang musyrik itu: siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab “Allah”.

b.   Sebenarnya memang begitu sikap Nik Aziz, dia adalah ulama politik. Jika UMNO kata orang kafir boleh gunakan Kalimah Allah maka Nik Aziz pasti akan berkata “tak boleh”. Apa yang UMNO kata boleh, pasti Nik Aziz kata tak boleh. Apa yang UMNO kata tidak boleh, maka Nik Aziz akan kata boleh. Jangan dengar cakap Nik Aziz itu, nanti otak kita menjadi lebih rosak. 

16.  Soalan : Bolehkah orang perempuan kafir masuk ke dalam dewan solat di masjid atau surau dan bertakzirah kepada orang Islam? Sebab Nik Aziz kata boleh. Apa komen saudara Airborne ?

Jawapan : Kenapa saudara ini ambil berat sangat dengan cakapan Nik Aziz itu? Pergi masuk PAS sajalah, lagi baik. Tak apa, saya jawab, cakap Nik Aziz itu adalah mengarut. Macam mana jika perempuan kafir itu dalam haid? Dia akan beritahu kepada kita kah bahawa dia dalam haid ? Orang kafir biasanya selepas buang air besar, dia tak basuh, hanya lap sahaja dengan kertas tisu, kencing pun tak basuh kemudian masuk ke dewan solat. Hukumnya adalah haram dan orang-orang yang membenarkan dia masuk serta pihak-pihak yang mempertahankannya adalah berdosa termasuklah Nik Aziz.

17. Soalan : Apa hukumnya orang Islam seperti Nik Aziz itu sentiasa kalah dan sentiasa ikut telunjuk orang-orang kafir dalam DAP untuk mencapaikan kemenangan DAP dalam PRU atau PRK. Apa pendapat saudara Airborne ?

Jawapan : Hukumnya adalah haram. Itu menunjukan Islam yang dibawa oleh Nik Aziz adalah Islam palsu yang lemah. Sepatutnya orang-orang kafir itu ikut telunjuk orang-orang Islam. Hukum haram adalah kerana DAP telah menentang penubuhan negara Islam, juga menentang hukum hudud secara terang-terang.

18.  Soalan : Nik Aziz telah menobatkan seorang pemimpin kafir dalam DAP sebagai Khalifah Omar Bin Abdul Aziz dengan tujuan supaya orang-orang Islam menerima perjuangan DAP yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-Biasiswa Melayu, anti-Mara, anti-Polis yang menjaga keamanan, anti-peruntukan Masjid, anti-laungan azan di masjid atau surau, anti-SPRM yang mencegah rasuah, anti-SPR dan banyak lagi. Apa hukumnya saudara Airborne ?

Jawapan :
a.   Tidak boleh seseorang Islam menobatkan orang kafir setinggi bertaraf Khalifah. Orang-orang kafir sebenarnya gagal di sisi Allah. Perhatilah dan hitunglah jasa-jasa Abi Talib (bapa saudara Rasulullah) yang sangat berjasa kepada Rasulullah dalam penyebaran agama Islam. Rasulullah tidak pernah pun angkat martabat bapa saudaranya itu dan sangat berbeza dengan Nik Aziz. Orang-orang Islam hendaklah pandai bezakan Nik Aziz dengan ulama lain. Nik Aziz itu orang politik dan otaknya barangkali sudah rosak kerana menobatkan orang kafir sebagai Khalifah. Buat rosak nama Khalifah Omar Bin Abdul Aziz je !

b.   Hukumnya tak tau lah dan Nik Aziz hendaklah bertaubat serta menarik balik anugerah itu secara terbuka kerana dia adalah Mursyidul Am PAS. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang akan putuskan kelak.

19.  Soalan : Apa hukumnya saudara Airborne apabila Kerajaan PAS negeri Kelantan menindas peniaga-peniaga di Bazar Tok Guru?

Jawapan :
a.   Oooh! itu tak boleh ! Kerajaan tidak boleh tindas rakyat. Jika benar berlaku penindasan seperti yang di dakwa oleh peniaga-peniaga itu, hukumnya adalah haram. Mana-mana kerajaan sepatutnyanya membantu dan memberi perlindungan kepada rakyatnya seperti Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO.

b.   Nama “Bazar Tok Guru” pun adalah bertujuan untuk menipu pemikiran rakyat bahawa tok guru itu adalah bagus orangnya. Tidak adakah nama lain selain daripada nama Bazar Tok Guru. Nama “Bazar Rakyat” atau “Bazar Cik Siti Wan Kembang” (Bazar CSWK) lagi elok daripada nama Bazar Tok Guru. Bazar Airborne pun sedap juga kita dengar, ini Bazar tok guru, tak logik langsung.
20. Soalan : Ekonomi Kelantan sebenarnya sangat rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Namun Nik Aziz dan Ahli Exco kerajaan negeri Kelantan mengatakan pertumbuhan ekonomi Kelantan adalah tinggi dan menggalakkan. Apa hukumnya saudara Airborne?

Jawapan :
a.   Soalan ini susah untuk dijawab kerana data-datanya tidak ada pada saya. Saya boleh faham jika ada data-data tersebut, dan untuk pengetahuan saudara, saya adalah penulis kepada cadangan penubuhan Yayasan Al-Quran, Pendidikan dan Ekonomi Melayu, perjuangan 100 tahun (2009 – 2108) berserta laporan kewangan 100 tahun yang saya cipta, ia ala perjuangan bangsa Yahudi.

b.   Saya ada ilmu pengetahuan dan mampu ulas jika ada data-datanya. Kenyataan Kelantan negeri pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah tidak betul. Tak apa lah, jika Nik Aziz dan pemimpin lain berbohong maka dosa berbohong akan dipikul oleh mereka itu. Jika benar ekonomi Kelantan menggalakkan maka tidak berdosalah mereka itu bahkan dapat pahala pula.

21.  Soalan : Saya sentiasa kedengaran daripada penyokong-penyokong PAS bahawa apabila seseorang itu mati dalam PAS, yakni sentiasa menyokong perjuangan PAS maka segala dosa-dosa mereka akan terhapus secara automatik. Betulkah saudara Airborne ?

Jawapan : Mana ada macam tu ! Tidak betullah. Sebagai orang Islam kita hendaklah mati dalam Islam semoga kita tidak gagal di sisi Allah. Bukannya mati dalam PAS atau mati dalam UMNO.

22.  Soalan : Sebelum ini Nik Aziz dan Haji Hadi beria-ia benar hendak jadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam. Dalam sebuah negara Islam, adakah apabila rakyatnya yang beragama Islam mati akan terus masuk ke syurga? Apa komen saudara Airborne?

Jawapan:
a.   Tidak. Syurga dan neraka adalah ketentuan Allah berdasarkan kepada amalan seseorang itu. Jika macam tu ! saya pun nak pergi laa tinggal di negara Arab Saudi hingga mati kerana negara itu adalah negara Islam. Itu tak betul ! Cakap Nik Aziz dan Haji Hadi tu jangan percaya.

b.   Mereka berdua suka auta-belit dan menggunakan agama untuk menaikkan imej parti yang mereka pimpin itu. Duhulu, mereka hendak jadikan negara ini sebagai negara Islam, kemudian mereka itu menukar pula ke arah penubuhan negara kebajikan. Macam-macam laa!

c.   Baru-baru ni mereka tu jadi “barua” kepada S. Ambiga (peguam beragama Hindu) dalam demostrasi Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Nik Aziz tukang arah supaya ahli-ahli PAS ikut serta, dan Haji Hadi pula ada ikut serta. Macam-macam sekarang.

d.   Saudara, percayalah, dalam PAS sendiri pun mereka tidak berapa gemar kepada Islam. Mereka hanya pandai cakap je! Contoh, majoriti perwakilan PAS menolak Islam yang ada pada bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa (golongan ulama dalam PAS), sebaliknya mereka pilih Islam yang ada pada Muhamad Sabu (golongan bukan ulama dalam PAS). Betul tak?

e.   Baik, bab mampu baca Al-Quran, bab ilmu pengetahuan agama merangkumi ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w., siapa lebih hebat? Majoriti perwakilan PAS kata Muhamad Sabu (Timbalan Presiden PAS sekarang) adalah lebih hebat daripada Nasharuddin Mat Isa, sebab itulah Nasharuddin Mat Isa telah tewas kepada Muhamad Sabu dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini. Betul tak? Tahu tak ? Apa kelulusan Nasharuddin Mat Isa, dia tu sebenarnya bekas pensyarah di UKM ? Muhamad Sabu kelulusan apa ? Universiti Madinah ? atau Universiti Havard ? Tak usah cakap laa!

23.  Soalan : Apa hukumnya apabila seseorang yang bukan beragama Islam membaca Ayat-Ayat suci Al-Quran di hadapan orang Islam lain? Sebab Nik Aziz kata tidak salah. Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang kata itu akan mendekatkan orang-orang kafir kepada Islam. Apa komen saudara Airborne?

Jawapan :
a.   Jangan dengar cakap Nik Aziz, dia sudah nyayuk kerana tidak dapat bezakan yang mana betul dan yang mana silap. Jika benar berlaku, itu merupakan satu penghinaan kepada Ayat-Ayat Al-Quran. Ayat-Ayat Al-Quran ialah Ayat-Ayat yang Suci dan tidak boleh dipermain-mainkan kerana itu adalah wahyu Allah.

b.   Mana-mana orang Islam yang ada di majlis itu sepatutnya melarang orang kafir itu membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Jika tidak melarang dan mencegahnya maka semua orang-orang Islam yang ada di situ menanggung dosa yang besar. Hukumnya adalah haram. Maksud Ahli Parlimen Rantau Panjang itu ialah akan mendekatkan orang-orang kafir itu kepada parti politik PAS, dan bukannya mendekatkan orang-orang kafir kepada agama Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.
c.   Orang kafir memang tak percaya kepada Al-Quran, kenapa dia nak baca Al-Quran? Itu main-main namanya. Semak Al-Quran di Surah Al-Israa’ Ayat 45 hingga 50. Nik Aziz dan Haji Hadi tu tak baca Al-Quran, sebab itu lah dia kata tak mengapa orang kafir baca Al-Quran.

24.  Soalan : Apa hukumnya jika ada pemimpim PAS yang sentiasa mendakwa bahawa perjuangan mereka adalah untuk Islam, tetapi dalam masa yang sama mengambil peluang mencuri wang tabung yang dikhaskan untuk membantu orang ramai seperti janda-janda kematian suami atau anak-anak yatim. Contohnya ialah Tabung Memali (1985) yang masih tidak selesai lagi itu ? Apa komen saudara Airborne ?

Jawapan :
a.   Tak tau laa saya, soalan ini saya tak mahu jawab, sendiri fikirlaaa! Jika Hukum Hudud telah dilaksanakan di negara ini bermakna pencuri wang itu berkemungkinan sudah kudung tangan mereka.

b.   Jika benar ada pemimpin PAS mencurinya maka pastilah tidak akan ada 4 orang saksi yang melihatnya. Sebab itulah mereka berani buat. Tak apa, jika benar mereka buat kerja mencuri itu, di akhirat pasti tidak akan terlepas.

c.   Jika perkara sama berlaku dalam UMNO, habislah UMNO dihentam dari kiri, kanan, depan belakang, atas dan bawah.

25.  Soalan : Apa hukumnya muslimat PAS memekik suara di hari penamaan calon dan di hari mengundi pada PRK atau PRU sambil bertakbir dan mengibarkan bendera DAP. Apa komen saudara Airborne?

Jawapan :
a.   Saya geli mendengar ada muslimah PAS mengibar bendera DAP. Sebagai manusia, kita kena jaga maruah kita sebagai orang Islam. Kita bimbang, jika tidak di kawal ia boleh mengundang kepada perkara-perkara lain seperti bercampur dengan lelaki di tempat yang sama, kemudian ada pula gurau senda dengan lelaki, seterusnya ada pula cubit mencubit di antara wanita dan lelaki dan berbagai-bagai lagi.

b.   Syaitan sentiasa memainkan peranannya. Perjuangan dalam Islam bukan begitu caranya. Nik Aziz kata suara wanita adalah aurat? sebab itulah Qariah di negeri Kelantan tidak dibenarkan menyertai Tilawah Al-Quran sama ada di peringkat negeri atau peringkat kebangsaan. Memekik-mekik boleh pulak yaa!

26.  Soalan : Pada penghujung tahun 2010, saya ada mengikuti ceramah politik PAS di sebuah dewan berhampiran mini stadium di Pasir Mas. Penceramah itu ialah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan bernama Nik Amar Nik Abdullah. Dalam ceramah itu di selang seli dengan Hadis Rasulullah s.a.w. dan Ayat Al-Quran, kemudian penceramah itu buat “U-turn” hentam UMNO berkaitan rasuah. Dalam ceramah itu banyak isu-isu yang disentuh oleh Nik Amar, antaranya ialah pemimpin dan ahli DAP sudah pun menerima Islam yang diperjuangkan oleh PAS dan disambut dengan ucapan takbir, takbir, takbir. Nik Amar juga ada dibangkitkan pemberian wang RM 50 oleh Dato’ Ibrahim Ali kepada penduduk miskin dalam kawasan Parlimen Pasir Mas sempena menyambut Hari Raya Idul’Fitri (2010). Minta saudara Airborne jelaskan mengenai rasuah dalam UMNO, penerimaan perjuangan PAS dalam dakwah Islam oleh orang-orang kafir DAP dan pemberian wang RM 50 oleh Dato’ Ibrahim Ali kepada penduduk miskin di kawasan Parlimen Pasir Mas sempena Hari Raya Idul’Fitri (2010). Minta saudara Airborne jelaskan.
  
Jawapan :
a.    Rasuah dalam UMNO. Rasuah sebenarnya berada di mana-mana sama ada dalam UMNO atau dalam PAS, atau dalam anak syarikat PAS, atau dalam agensi-agensi PAS. Pendek kata rasuah ini memang tidak boleh dihapuskan selagi ada manusia yang tidak takut kepada hukuman Allah di akhirat kelak.

b.   Seorang lelaki iaitu menantu Nik Aziz yang memegang jawatan CEO dalam anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan pun telah meletakkan jawatan kerana dikaitkan dengan rasuah. Kenapa Nik Amar tak bising? Jika tidak berlaku rasuah, kenapa dia letak jawatan? Pendek kata rasuah ini ada di mana-mana. Tak apa, buatlah dan amallah, di akhirat nanti akan tetap menerima hukuman yang setimpal walaupun di dunia terlepas daripada hukuman.

c.   Usaha UMNO untuk membenteras gejala rasuah ini memang sudah ada dan patut dipuji dengan penubuhan SPRM yang sebelum ini dikenali sebagai BPR. Tuduhan PAS itu adalah tuduhan politik seolah-olah UMNO itu jahat sangat dan PAS itu baik sangat. Memutar belitkan Ayat-Ayat Al-Quran untuk kepentingan politik PAS dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal lagi hina di sisi Allah.

d.   Penerimaan orang-orang kafir dalam DAP kepada perjuangan PAS dalam Islam adalah bohong belaka. Nik Amar tu, termasuklah Nik Aziz, Harun Din, Harun Taib, Muhamad Mustafa dan ulama-ulama politik PAS yang lain memang suka menipu penyokong PAS. Mereka tu dah ada perasaan “syok sendiri”. Mana ada? Dah berapa puluh ribu orang bukan Islam dalam DAP dah masuk Islam? Mintalah senarai nama-nama ahli DAP yang sudah memeluk agama Islam daripada Nik Amar. Itu cerita saja untuk menyedapkan pendengar-pendengar yang terdiri daripada penyokong PAS yang jahil ilmu dunia dan akhirat, serta jahil ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w.

e.   Baguslah Dato’ Ibrahim Ali memberi wang RM 50 kepada penduduk miskin di kawasan Parlimen Pasir Mas sempena menyambut Hari Raya Idul’Fitri (2010), pasti dapat pahala di sisi Allah dan itulah sebaik-baiknya yang dikatakan pemimpin. Orang beri wang pun dicaci, jika tidak beri wang akan dikatakan kedekut pula. Inilah jenis mulut-mulut jahat ulama PAS yang suka mencaci orang. Pakai serban putih, pakai kopiah putih tetapi tak sedar diri.

27.  Soalan : Mengapa Allah menjadikan manusia dengan berbagai-bagai bangsa di atas muka bumi ini? Sudah tentu ada sebabnya. Apa akan terjadi jika sesuatu bangsa itu tidak menyayangi bangsanya sendiri? Apa komen saudara Airborne?
Jawapan :
a.   Saya tahu soalan ini ada kaitan dengan sikap atau sifat Nik Aziz yang tidak minta dilahirkan sebagai bangsa Melayu, betul tak? Penciptaan manusia atau makhluk-makhluk lain serta penciptaan bumi atau langit dan berbagai-bagai lagi adalah hak mutlak Allah s.w.t. Ini ada diterangkan dalam Al-Quran di Surah Faatir Ayat 1. Semak sendiri terjemahan Ayat Al-Quran itu.

b.   Ringkas, Nik Aziz itu bernasib baik juga kerana dijadikan Allah dalam kumpulan bangsa Melayu. Jika dijadikan Allah dalam kumpulan bangsa Siam, ada kemungkinan juga Nik Aziz sekarang bergelar Sami Buddha dan berjubah warna kuning pinang, dan apabila mati kelak akan kekal dalam neraka selama-lamanya.

c.   Bunyi sedap, ulama, Mursyidul Am PAS tetapi tidak tahu bersyukur kepada Allah s.w.t.

28. Soalan : Dulu-dulu semasa Tun Mahathir masih jadi Perdana Menteri, Nik Aziz ada membuat cabaran iaitu jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok ambo (saya) pula akan letak jawatan, kata Nik Aziz. Kini sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan tapi Nik Aziz masih kekal dengan jawatan MB nya. Apa komen saudara Airborne?

Jawapan :
a.   Saya dan semua orang-orang Melayu yang waras sudah tahu dan boleh baca setiap perkataan yang keluar daripada mulut Nik Aziz. Nik Aziz tu mengaku ulama, tapi cakap tak serupa bikin dan bikin pula tak serupa cakap.

b.   Jangan layanlah cakap Nik Aziz tu, dia dah tua, nyayuk. Tidak berpegang kepada janji yang pernah dibuatnya. Dia orang politik banyak putarbelit.

29.  Soalan : Seorang itu kelihatan baik tetapi memang sah dia yang mencuri. Ini dapat dilihat daripada rakaman CCTV yang memaparkan bentuk badannya, cara dia berjalan, jenis pakaiannya dan bukti-bukti lain. Apa hukumnya jika ada orang lain mempertahankan bahawa orang yang dituduh mencuri itu tidak mencuri sedangkan memang benar orang itu sah mencuri?
Jawapan :

a.   Dalam kes ini, kita hendaklah berkecuali. Kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Adalah tidak boleh seseorang itu mudah mempercayai perasaan daripada kenyataan.

b.   Kita akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa jika kita mempertahankan orang-orang yang benar-benar mencuri. Sebagai orang Islam adalah lebih baik kita mengambil jalan tengah dan berkecuali serta mengelakkan diri kita terlibat sama dalam kes seperti itu.

30. Soalan : Dulu, pada PRU-10 pada tahun 1999 PAS berjaya menawan negeri Terengganu dan dengan sombong penceramah-penceramah PAS berkata bahawa Nik Aziz kata kemenangan itu adalah kerana malaikat-malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS seperti peristiwa Perang Badar. Betulkah saudara Airborne?

Jawapan :
a.   Bohonglah! Tak adalah! Tak logik langsung malaikat turun membantu pengundi untuk mengundi PAS. Jika betullah dakwaan ulama palsu PAS itu benar, kenapa pula malaikat tidak turun sekali lagi membantu pengundi untuk mengundi PAS pada PRU-11 pada tahun 2004 hingga PAS hilang kuasa di Terengganu.

b.   Barangkali pada PRU-11 (2004) malaikat dah benci kepada PAS. Kenyataan PAS itu adalah bohong belaka. Itu hanyalah “syok sendiri” sahaja. Penyokong PAS janganlah jadi bodoh selama-lamanya untuk mempercayai ulama palsu itu. Itu ulama politik. Ulama cari makan dalam politik.
  
31.  Soalan : Nik Aziz dan penceramah-penceramah PAS lain ada berkata bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan seperti apa yang dilakukan oleh UMNO, dan mereka berkata lagi bahawa Rasulullah pun berpolitik. Betulkah saudara Airborne Rasulullah pun berpolitik?

Jawapan :
a.   Tak adalah! Rasulullah tidak pernah berpolitik. Jika benar Rasulullah berpolitik, Rasulullah itu memimpin parti politik apa? Rasulullah bertanding di kawasan Parlimen atau kawasan DUN? Rasulullah bertanding di kawasan mana? Sebenarnya Rasulullah diutuskan oleh Allah hanya untuk berdakwah sahaja dan bukannya untuk berpolitik.

b.   Bergiat dalam politik adalah perkara biasa, tetapi jika kita kaitkan berpolitik itu adalah salah satu daripada tuntutan agama maka ia adalah “Bidaah” kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah.

c.   Orang-orang yang mengaku ulama dalam PAS sepatutnya meninggalkan politik untuk memberi tumpuan kepada urusan dakwah. Imam Nawawi, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan lain-lain tidak terlibat pun dalam politik.

d.   Disebabkan nafsu besar atau tinggi untuk menjadi Perdana Menteri, atau Timbalan Perdana Menteri, atau menteri-menteri maka mereka pun bergiatlah dalam politik sedangkan ilmu untuk berkhidmat kepada negara di peringkat Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan sesungguhnya tidak ada pada mereka.

32.  Soalan : Minta saudara Airborne huraikan apa yang dikatakan “Pemerintahan Islam” dalam sesebuah negara.

Jawapan :
a.   Pengertian “Pemerintahan Islam” tidak dapat dihuraikan dalam ruangan ini kerana ia sangat panjang merangkumi hukum, keselamatan, pendidikan, kebajikan dan keperluan rakyat, peluang ekonomi, kemudahan asas dan perkara-perkara lain. Jika seseorang itu tidak mengenali Islam secara dekat, maka seseorang itu tidak akan memahami apa yang dikatakan Pemerintahan Islam.

b.   Bagi mengenali Islam secara dekat, seseorang itu wajib mempelajari ilmu-ilmu Al-Quran seperti mampu membaca Al-Quran dengan cara yang betul mengikut hukum tajwid, dan memahami kandungan Ayat-Ayat Al-Quran. Jika tidak memahami makna kandungan Ayat-Ayat Al-Quran, maka seseorang itu adalah wajib mempelajarinya dengan cara membaca terjemahannya dalam bahasa yang boleh difahami iaitu bahasa Melayu. Seseorang itu juga hendaklah tahu bagaimana untuk mendirikan solat, cara berwuduk dan perkara-perkara lain yang menjadi fardu kepada kita.

c.   Kemudian melangkah setapak lagi ke hadapan untuk mempelajari ilmu-ilmu tafsir Al-Quran dan ilmu-ilmu Hadis Nabi s.a.w. dan mampu mengamalkannya. Hanya dengan cara ini sahajalah seseorang itu akan memahami apa yang dikatakan Pemerintahan Islam. Ilmu ini atau huraiannya tidak akan kita perolehi di mana-mana ceramah PAS walaupun ia diterangkan oleh Nik Aziz, atau Haji Hadi, atau Harun Din, atau Harun Taib atau penceramah-penceramah PAS yang lain kerana mereka semua mempunyai kepentingan politik untuk menjatuhkan UMNO yang mempunyai kuasa pemerintahan di negara ini.

d.   Mereka itu semuanya berbohong, dan sebab itulah mereka mendakwa ingin menubuhkan negara Islam (sekarang dah tukar niat nak tubuh negara kebajikan pula) jika parti mereka iaitu PAS menang dalam PRU-13 kelak. Logik atau tidak? Sila perhatikan mereka dalam PAS itu sebenarnya sudah berpakat dengan orang-orang kafir dalam DAP untuk menumbangkan kuasa pemerintahan yang ada pada orang Islam iaitu Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO. Logik kah tindakan mereka itu? Tentulah tidak logik.

e.   Sepatutnya mereka dalam PAS itu bergabung tenaga dengan kepimpinan UMNO untuk menegakkan Islam di negara ini. Mereka dalam PAS hanya berkiblat satu bersama UMNO dalam solat sahaja. Selepas itu mereka mengalihkan kiblat mereka kepada kepimpinan orang-orang kafir dalam parti DAP, sebuah parti yang menentang kepada penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

33.  Soalan : Minta penjelasan saudara Airborne, dulu-dulu sebelum negara mencapai kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Al-Haj sentiasa menyeru kepada orang-orang Melayu supaya menyokong perjuangan UMNO. Selepas merdeka, Tunku bersuara lagi dengan gesaan yang sama. Di zaman Tun Razak pun begitu juga. Di zaman Tun Hussein Onn pun sama, sentiasa menyeru orang-orang Melayu supaya terus menyokong UMNO. Di zaman Tun Mahathir juga sama menyeru supaya orang-orang UMNO terus menyokong UMNO. Di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi pun begitu juga. Di zaman Dato’ Sri Najib menjadi Perdana Menteri pun sama. Terbaharu, Najib meminta orang-orang Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO.

Saya berpendapat kuasa pemerintahan di peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri hanya ditentukan dalam Pilihan Raya, maknanya jika satu-satu parti itu, atau parti-parti dalam kumpulan mereka memenangi kerusi terbanyak sama ada kerusi Parlimen atau kerusi DUN, maka parti-parti tersebut akan berhak menubuhkan kerajaan sama ada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
Soalan saya, pada PRU-12 yang lalu ya, dalam Islam apa hukumnya apabila Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO ketika itu yang disandang oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak menjaga amanah atau kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang Melayu kepadanya dengan memberikan kerusi Parlimen atau kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu kepada MCA, atau Gerakan, atau MIC, atau PPP atau parti-parti lain dalam komponen BN untuk ditandingi?

Contoh, kerusi Parlimen P54 Gerik, kerusi DUN N14 Bandar Kuala Terengganu, dan terdapat 26 kerusi Parlimen dan berpuluh-puluh kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu di seluruh negara menjadi korban, tetapi di masa yang sama Presiden UMNO menyeru orang-orang Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO dan inilah yang memeningkan kepala orang-orang Melayu.

Sila terangkan apa pandangan saudara Airborne daripada sudut agama. 

Jawapan :
a.   Panjangnyaaaaa soalan ! Ok ! Tak paaa ! saya akan jawab apa yang termampu ! Begini, saya faham apa yang diperkatakan itu. Saya sangat kagum dengan pertanyaan ini kerana orang yang bertanya soalan ini pasti mempunyai forward thingking yang baik dan kesedaran yang tinggi dalam politik, dan pastilah soalan ini datangnya daripada kalangan orang-orang Melayu terpilih atau orang-orang Melayu yang sangat pintar kerana ada kesedaran politik yang tinggi bagi menjamin kuasa politik orang-orang Melayu kekal di negara ini .

b.   Dalam Islam, apabila orang-orang memberi amanah kepada kita, maka kita hendaklah menjaga amanah itu. Jika seorang itu memberi kepercayaan kepada kita untuk memimpin, maka kita hendaklah menjaga kepercayaan itu tanpa khainat. Orang-orang yang menyalahguna amanat atau kepercayaan yang diberikan itu boleh tergelincir masuk ke sempadan golongan orang-orang fasik.

c.   Sebagai pemimpin seseorang itu hendaklah berhati-hati dalam membuat keputusan, lebih-lebih lagi yang melibatkan politik kerana politik ada hubung kait yang sangat rapat dengan kuasa pemerintahan.

d.   Kuasa pemerintahan pula boleh menentukan ke arah mana kemajuan Islam yang akan dicorakkan. Agama Islam mampu dilemahkan atau dihapuskan terus oleh kuasa pemerintahan. Inilah pentingnya kuasa politik di sesebuah negara atau negeri. Kuasa pemerintahan juga akan menentukan kemajuan kepada rakyat di sesebuah negara. Pendek kata kuasa politik sangatlah penting dan ia perlu dijaga sebaik-baiknya.

e.   Saya tidak dapat menjatuhkan hukuman kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tanpa memanggilnya untuk membela diri, namun saya berpendapat Allah s.w.t. telah pun mencabutkan kuasa pemerintahan daripadanya (rujuk Al-Quran di Surah A-Li Imraan Ayat 26) kerana dia seorang yang tidak jujur, semua orang tahu dan saya tak perlu huraikan secara terperinci.

f.     Ingat tak, pada tahun 2006 Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi PM, dia gunakan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum secara tidak bermaruah untuk menggagalkan hasrat suci Tun Mahathir yang ingin menjadi perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO. Itulah wajah-wajah buruk yang ada pada kedua-duanya dan sememangnya kedua-duanya itu adalah tidak layak untuk memegang apa-apa jawatan sama ada dalam politik atau kerajaan, ini pendapat perbadi saya. Sebetulnya barangkali juga dengan perbuatan khainat beliau kepada bangsa Melayu yang keseluruhan beragama Islam di mana banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu telah diberikan kepada parti-parti lain semasa pemerintahannya mengakibatkan beliau terpaksa dijatuhkan.

g.   Kejatuhan beliau dalam politik tanah air nampak sahaja bersih yang sebenarnya kejatuhan itu adalah satu penghinaan kepada beliau kerana ia didesak oleh kepimpinan bawahannya.

h.   Saya berpendapat, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang tidak berintegriti, cuai serta telah terlupa sejarah politik negara atau barangkali beliau langsung tidak tahu ilmu sejarah itu semasa negara diambang kemerdekaan walau pun beliau pernah berkhidmat dengan kerajaan sebagai pegawai PTD, atau beliau sudah terlupa sejarah itu. Berikut di bawah ialah sejarah ringkas yang ada kaitan kepada soalan yang ditanya itu:

Parti Perikatan yang dianggotai oleh 2 (dua) parti terbesar di Tanah Melayu iaitu UMNO dan MCA telah ditubuhkan pada Januari 1952. Perikatan dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952.

Mengikut persetujuan yang telah dicapai oleh kedua-dua parti itu, MCA tidak akan bertanding di kawasan UMNO iaitu kawasan majoriti penduduk Melayu,  dan begitu juga UMNO tidak akan bertanding di kawasan MCA iaitu kawasan majoriti penduduk Cina.

Hari ini bagaimana? Banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu telah menjadi korban kerana kemurahan hati dan tolak-ansur Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak bertanggungjawab serta merugikan kepentingan orang-orang Melayu. Inilah yang dikatakan pemimpin tidak amanah.

Mana-mana Presiden UMNO selepas ini yang ada persamaan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi hendaklah diajar supaya hilang kuasa dalam peta politik tanah air demi kepentingan keseluruhan bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam. PEMIMPIN TERTINGGI UMNO MUDAH BERTOLAK-ANSUR DENGAN KAUM-KAUM LAIN TETAPI TIDAK BERTEMPAT, ertinya tersalah tempat. Inilah masalahnya yang sukar diatasi.

Kembali kepada tajuk penubuhan Parti Perikatan itu, hasil dari kerjasama itu, Parti Perikatan telah memenangi 9 (sembilan) kerusi daripada 13 (tiga belas) kerusi yang dipertandingkan. Selepas itu, UMNO dan MCA telah mencapai satu persefahaman untuk menubuhkan Parti Perikatan di peringkat kebangsaan bagi persiapan bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955.

Pada tahun 1955, sebuah lagi parti politik kaum India iaitu MIC telah menyertai Parti Perikatan. Objektif utama penubuhan Parti Perikatan ialah untuk menamatkan darurat, memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan memenangi Pilihan Raya Umum 1955.

Selepas penuhuhan Parti Perikatan, Parti Perikatan yang dianggotai 3 (tiga) buah parti politik iaitu UMNO untuk orang-orang Melayu, MCA untuk orang-orang Cina dan MIC untuk orang-orang India telah muncul sebagai parti politik yang paling terpengaruh di Tanah Melayu ketika itu.

Ringkas, gabungan Parti Perikatan sangat kuat ketika itu dan telah membuat tuntutan supaya Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dipilih menerusi sistem Pilihan Raya dan bukan lagi dipilih oleh Pentadbir British dan begitulah seterusnya.

Harap berpuashatilah dengan jawapan ringkas ini. Jangan jadi macam Nik Aziz, hanya baca kitab yang ditulis oleh ulama-ulama silam nak jadi PM. Jika Nik Aziz banyak baca Al-Quran, OK laa, otak dia pun pasti jadi baik jika mengambil pengajaran daripada ilmu-ilmu Al-Quran.



34. Soalan : Apa hukum dalam Islam sekiranya ada orang-orang Islam berbangsa Melayu berpakat mengajar UMNO supaya hilang kuasa pada PRU-13 kelak jika kerusi Parlimen atau kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu masih diberikan kepada parti-parti lain yang terdiri daripada bukan Melayu. Apa hukumnya dari sudut agama Islam. Apa pendapat saudara Airborne ?

Jawapan :
a.   Soalan ini sangat payah untuk dijawab kerana dibimbangi satu pihak akan mengambil kesempatan berpandukan kepada jawapan saya. Dalam Islam, jika kita mengundi seseorang itu yang bukan beragama Islam maka secara langsung kita mengangkat mereka menjadi pemimpin kepada kita dan kepada orang-orang Islam lain.

b.   Ini memang tidak boleh diterima dan sesungguhnya ia bercanggah dengan Islam dan memang ditegah. Hukum memberi undi kepada orang-orang kafir yang berlawan dengan orang-orang Islam walaupun dalam PRU atau PRK adalah HARAM. Soalan saudara kurang tepat kerana tidak memberi gambaran siapa pula yang menjadi calon di pihak parti lawan.

c.   Jika parti lawan itu juga terdiri daripada bukan Islam, maka sebaik-baiknya kita berikan undi kepada BN. Jika parti lawan itu calonnya orang Islam, kita wajib memberi kemenangan dengan mengundinya walaupun datangnya daripada parti PAS. Oleh itu Najib sebagai Presiden UMNO kena faham mesej ini sebelum orang-orang Melayu bangkit berpadu tenaga mengajar UMNO.

d.   Dalam Islam, berpakat mengajar UMNO untuk menghapuskan UMNO dalam peta politik tanah air tidaklah salah jika benar UMNO menyeleweng daripada perjuangan asal atau tidak mampu menjaga kepentingan orang-orang Melayu berkaitan perkara yang berbangkit ini, kerana orang-orang Melayu adalah beragama Islam.

e.   Masalah sekarang adakah kepimpinan UMNO hari ini akan mengikut jejak langkah Tun Abdullah Ahmad Badawi? Jika benar, terpulanglah kepada majoriti orang-orang Melayu untuk menentukannya. Saya percaya, PM Najib sebenarnya mewarisi perjuangan bapanya Tun Razak dan tidak akan sekali-kali meniru atau mengamalkan apa yang telah dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jika Najib lakukan benda-benda tak baik kepada orang-orang Melayu dan agama Islam, adalah wajib hukumnya bagi kita menjatuhkannya. Negara Malaysia ini adalah kepunyaan seluruh rakyat dan bukannya milik mutlak Najib atau milik mutlak Najib dan Rosmah.

f.     Tun Razak semasa menjadi PM pergi ke hulu ke hilir, pergi ke sana ke sini, terbang ke Sabah dan Sarawak menaiki kapalterbang buruk kepunyaan TUDM jenis Caribou dan masuk ke pendalaman. Di Sarawak pula menaiki bot menyusuri Sungai Sarawak yang sangat bahaya kerana dipenuhi sahabat kita (buaya) bernama “Bujang Senang”, di samping itu berdepan pula dengan serangan komunis daripada angkatan Parti Rakyat Kalimantan Utara atau panggilan ringkasnya ialah PARAKU. Itu semata-mata untuk membawa kemajuan kepada seluruh rakyat di negara ini.

g.   Saya percaya Najib tidak sekali-kali akan merosakkan amanah yang telah diberikan kepadanya oleh ahli-ahli UMNO. Najib juga mempunyai penasihat peribadi yang sangat rapat dan baik dengannya serta berintegriti iaitu isteri tercintanya, dan tidak mungkin Najib akan mengulangi pengkhainatan yang pernah dilakukan oleh kepimpinan UMNO terdahulu.

35. Soalan : Soalan ini ada persamaan seperti soalan saya di No. 34 tetapi ada sedikit perbezaan. PM Najib kata Melayu kena sokong UMNO. Ok setuju. Macam mana pula jika kerusi Parlimen atau kerusi DUN di kawasan majoriti Melayu itu tidak ditandingi oleh UMNO, sebaliknya ditandingi oleh parti-parti lain yang bukan daripada orang-orang Melayu. Melayu jadi pening ! Apa nasihat saudara Airborne?

          Jawapan :
a.   Jawapan saya ada persamaan seperti di jawapan No. 34. Saya berharap Presiden UMNO Najib, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin, Naib-naib Presiden UMNO Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal dan semua Ahli MT UMNO dapat memutuskan supaya apa yang dibangkitkan ini tidak terjadi. Jika ia terjadi, ini adalah berpunca daripada kelemahan kepimpinan dalam UMNO itu sendiri.

b.   Dalam bahasa mudah, dan jika benar, maknanya UMNO sendirilah yang mengkucar-kacir dan memecah-belahkan orang-orang Melayu dalam politik tanah air, dan sewajarnyalah UMNO dihilangkan kuasa oleh orang-orang Melayu itu sendiri pada PRU-13 kelak selagi ia dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang sama.

c.   Jika saya memegang jawatan Presiden UMNO, saya akan pastikan dan tetap meletakkan calon-calon UMNO di semua kawasan Melayu yang pengundinya berada di paras minimum 40 peratus (%) dan ke atas, kerana penduduk Melayu yang tidak berdafar sebagai pengundi pun mestilah diambil kira juga.


d.   Ini bumi Melayu, dan ketuanan Melayu hendaklah dipelihara selama-lamanya. Sistem kuota tidak sesuai lagi dan ia boleh menyumbangkan kepada penghapusan kuasa politik Melayu di bumi Melayu ini. Sekali kita beri kerusi Parlimen atau kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu atau penduduk Melayu kepada pihak lain, adalah sukar sekali untuk kita ambil balik di masa-masa hadapan.

e.   Seperkara lagi, jika saya ini Presiden UMNO, saya akan pastikan orang-orang Melayu diajar dengan betul cara-cara memangkah undi supaya tidak ada lagi undi yang rosak. Nak dapat 1 undi bukan satu perkara yang mudah. Tiba-tiba undi menjadi rosak. Tak logik langsung jika kita ini tidak pandai memangkah undi. Bagaimana kita nak belajar solat atau nak jaga anak-anak kita di kemudian hari kelak, perkara mudah pangkah undi pun tak pandai?

36. Menjelang PRU-12 pada tahun 2008 iaitu selepas hari penamaan calon, penceramah-penceramah PAS di Gerik mengatakan bahawa perjuangan UMNO bukan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan Islam. Ia lebih kepada persepakatan untuk kepentingan masing-masing dalam UMNO dan parti-parti lain dalam komponen BN sahaja. Itu saja kata penceramah PAS itu. 

Contohnya, di kawasan Parlimen P54 Gerik ini terdapat 72.78% adalah pengundi Melayu, tidak termasuk penduduk Melayu yang tidak berdaftar sebagai pengundi. Kerusi Parlimen Gerik ini UMNO beri percuma kepada Datuk Tan Lian Hoe daripada parti Gerakan. Semasa di hari pengumuman nama-nama calon, MB Perak ketika itu ialah Tajol Rosli. Tajol Rosli menangis kesedihan kerana kerusi Parlimen itu terpaksa diberikan kepada Gerakan atas arahan Presiden UMNO ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaik sahaja selesai di hari penamaan calon, dengan serta-merta Tajol Rosli telah melupakan “menangis” itu dan terus berkempen untuk kemenangan calon BN itu dengan meminta calon BN itu berpakaian Melayu seperti berbaju kurung supaya masyarakat Melayu di Gerik boleh terima calon tersebut.

Begitu juga pada kerusi DUN N51 Pasir Panjang, Perak di mana pengundi Melayu ialah 65.69% tetapi diberi kepada Datuk Dr. S Vasan lawan calon PAS iaitu Mohd. Nizar Jamaluddin. Kerusi DUN N13 Kuala Sapetang, Perak pengundi Melayu 59.90% diberi kepada kaum Cina bukan Islam. Kerusi DUN N54 Hutan Melintang, Perak pengundi Melayu ialah 50.80% tetapi UMNO beri kepada kaum India bukan Islam. Kerusi DUN N59 Behrang, Perak pengundi Melayu ialah 56.84% tetapi UMNO beri kepada kaum India bukan Islam.
Kata penceramah PAS itu lagi, bukan sahaja di negeri Perak, terdapat banyak kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu diberikan kepada bukan Melayu dan bukan Islam di seluruh negara, dan jika orang-orang Melayu masih lagi percaya kepada UMNO dan terus mengundi UMNO, nasib orang-orang Melayu akan menjadi seperti bangsa Palestin tanpa negeri atau menjadi pelarian di bumi sendiri, katanya.

Begitulah hebat sekali usaha-usaha penceramah-penceramah PAS untuk menjatuhkan UMNO, begitu juga hebatnya usaha-usaha UMNO membantu kemenangan calon bukan Melayu dan bukan Islam BN itu. Penceramah PAS sering berkata, di manakah letaknya kehebatan UMNO memperjuangkan untuk Melayu dan Islam dalam kempen untuk kemenangan calon PAS mereka itu.

Katanya lagi, DEB pun sama, Cina yang kaya, Melayu macam tu juga. Ini kerana telinga kepimpinan tertinggi dalam UMNO telah tuli kerana tidak mahu mendengar pandangan orang bawahan. Lihatlah orang-orang Cina katanya, pemimpin tertinggi dalam MCA dan Gerakan sangat takut kepada orang bawahan. Berbeza dengan UMNO, orang bawahan pula sangat takut kepada pemimpin tertinggi UMNO. Oleh itu undilah PAS, hanya PAS sahaja satu-satunya parti di negara ini mampu menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan Islam, kata penceramah PAS itu.

Soalan saya, apa hukum dalam Islam berkaitan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh penceramah PAS itu. Apa komen saudara Airborne?

Jawapan :
a.   Wah ! Wah ! Wah ! panjangnya berhujah. Tapi tak pa ! Apa yang dibangkitkan oleh PAS itu ada juga kebenarannya. Jawapan ini adalah sama seperti di No. 34 dan No. 35.

b.   Saya berpendapat PAS pun mempunyai pendekatan yang sama juga seperti UMNO. Contoh di kerusi Parlimen P9 Alor Star, Kedah di mana pengundi Melayu ialah 62.50% dan kerusi ini ditandingi oleh Datuk Chor Chee Heung (BN) lawan Gooi Hsiao Leung (PKR), dan kenapa PAS tidak bertanding? PAS dan UMNO ni dua kali lima saja.

c.   Di kerusi DUN N11 Derga, Kedah pengundi Melayu ialah 54.78% dan calon-calon yang bertanding ialah Dr. Chia Soon Hai (BN) lawan Teoh Teik Guan (DAP) dan kenapa PAS tidak letakkan calon mereka. Begitu juga di kerusi DUN N25 Bukit Selambau di mana pengundi Melayu ialah 50.20%. Sebenarnya PAS tidak berani nak lawan taukehnya iaitu taukeh besar DAP dan taukeh biasa PKR.

d.   Walau apa pun, saya berpendapat Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal, semua Ahli-Ahli MT UMNO dan semua pemimpin UMNO di peringkat UMNO Negeri, UMNO Bahagian dan UMNO Cawangan hendaklah ambil perhatian apa yang dibangkitkan tadi, dan sedarlah sikit betapa pentingnya kerusi Parlimen dan kerusi DUN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan.

e.   Barangkali ramai pemimpin tertinggi UMNO telah LUPA bahawa pada PRU-11 (2004) di Kelantan dulu, PAS hanya mempunyai kelebihan 2 kerusi DUN sahaja bagi membolehkannya membentuk Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2004 di mana kerusi DUN N35 Kemuning, PAS menang hanya dengan 2 undi sahaja, ini bermakna kelebihan satu orang sahaja. Jika satu orang itu mengundi UMNO maka kedudukannya di kerusi DUN itu adalah sama iaitu seri. Kerusi DUN N32 Gaal (2004) PAS menang hanya 43 undi sahaja. Di kerusi DUN N9 Kota Lama, PAS menang hanya 34 undi sahaja.

f.     Saya berpendapat, dalam Islam seorang pemimpin tertinggi hendaklah berlaku adil dan jika pemimpin bawahannya nampak perkara-perkara yang boleh menyumbangkan kepada ketidakadilan, maka pemimpin bawahan itu hendaklah mengingatkan dan memberitahunya bahawa keputusan itu adalah silap atau salah. Namun, hari ini berapa ramai yang sanggup melakukannya? Mereka hanya berani soseh ! soseh ! soseh ! di belakang sahaja. Tidak ada sesiapa pun yang berani menegur pemimpin atasan No. 1 itu. Dibimbangi akan kehilangan jawatan yang dipegang pada masa itu seperti jawatan Tim. PM, jawatan Menteri, jawatan Menteri Besar, jawatan Ketua Menteri, jawatan Tim. Menteri atau lain-lain.

g.   Jika saya seorang Setiausaha Politik PM, saya berani tegur PM dan PM mestilah kena dengar cakap saya. Jika PM tidak makan nasihat saya, saya pasti meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik PM. Jika benar berlaku, saya kehilangan jawatan dan PM pula pastilah akan terjejas martabatnya sebagai PM dan Presiden UMNO.

h.   Setiap Setiausaha Politik hendaklah tegas, jawatan Setiausaha Politik bukan bertujuan mencari kekayaan atau berlagak lebih. Kebanyakkan Setiausaha Politik tidak berintegriti. Ada yang menulis pun tak pandai. Pandai cakap saja, sebab itulah pada PRU-12 (2008) yang lalu UMNO kehilangan banyak Kerusi Parlimen dan Kerusi DUN. Mana peranan Setiausaha Politik yang bergaji besar itu? Cakap saja besar tetapi tak tahu buat kerja. Betul tak?  

i.     Walau bagaimana pun orang Islam tidak perlu bimbang walau di mana mereka berada. Mereka tetap akan dibela oleh Allah s.w.t. selagi mereka beriman dan mematuhi apa yang diperintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Insya’Allah, akan selamat di dunia dan di akhirat. Rujuk Al-Quran di Surah Muhammad s.a.w. Ayat 7.

37.  Soalan : Difahamkan MCA dan Gerakan akan menuntut lebih banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu untuk ditandingi mereka pada PRU-13 akan datang kerana mereka berpendapat hanya di kawasan majoriti pengundi Melayu sahaja mereka ada harapan untuk menang, berbanding di kawasan majoriti pengundi Cina yang akan disapu bersih oleh DAP, maknanya mereka tidak ada harapan langsung untuk menang di kawasan majoriti pengundi Cina. MCA dan Gerakan juga akan menggunakan slogan atau semangat 1Malaysia sebagai senjata untuk mengugut UMNO menyerahkan kawasan majoriti pengundi Melayu untuk mereka tandingi. Apa hukum dalam Islam jika Najib merestuinya? Apa komen saudara Airborne?

Jawapan :
a.   Hukumnya adalah ‘Haram’. Saya berpendapat ramai anak bangsa sangat prihatin kepada nasib masa depan politik Melayu di tanah air sendiri kerana ia juga melibatkan kepentingan agama Islam di negara ini. Bagus! Bagus! Bagus! kerana ada kesedaran tinggi.
b.   Jika ada 10,000 orang seperti ini sudah tentulah Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal, Ahli-Ahli MT UMNO dan semua kepimpinan tertinggi UMNO akan ketar lutut.

c.   Sebenarnya saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya memang ahli UMNO tetapi bukan ahli politik. Saya hanya sekadar boleh memberi pandangan sahaja. Ada kemungkinan juga pandangan saya ini tidak dipandang pun atau diambil perhatian oleh kepimpinan UMNO.

d.   Jawapan saya ada persamaan dengan jawapan di No. 34, No. 35 dan No. 36 di atas.

e.   Saya berpendapat, jika UMNO melayan tuntutan MCA dan Gerakan dengan mengorbankan kerusi Parlimen atau kerusi DUN di kawasan majoriti pengundi Melayu untuk ditandingi oleh calon bukan Melayu dan bukan Islam daripada MCA atau Gerakan, sudah pastilah orang-orang Melayu akan memberontak, bertindak pantas dan berpakat menolak UMNO pada PRU-13 kelak, serta ada kemungkinan akan cuba menghapuskan nama UMNO dalam peta politik tanah air. Jangan ingat perkara ini tidak boleh berlaku!

f.     Hari ini ramai orang-orang Melayu membenci PAS dan jika UMNO terus berlembut dalam kes ini, adalah tidak mustahil dan ada kemungkinan juga orang-orang Melayu akan berpakat menyokong PAS pula. Ini tidak boleh cakap. Hati manusia boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Jangan ingat UMNO itu parti kebal. Lihat saja apa keputusan pada PRU-12 yang lalu. Jangan main-main dengan saya kata Karpal Singh dan perkataan itu sangat popular di kalangan orang-orang Melayu pada hari ini.

g.   Najib dan kepimpinan tertinggi dalam UMNO mesti sentiasa berhati-hati sebelum orang-orang Melayu berubah hati.


38.  Soalan : Sejak dulu lagi, sudah sekian lama orang-orang Melayu membenci PAS, DAP dan PKR, namun ketiga-tiga parti itu mampu hidup dengan lebih cergas, maknanya masih ada dan ramai yang memberi sokongan bulat kepada mereka walaupun ada berbagai-bagai isu telah timbul seperti isu liwat, isu aksi video lucah, isu jam omega, isu boleh berkawan dengan syaitan, isu baca Ayat Al-Quran oleh bukan Islam, isu Kalimah Allah, isu wanita bukan Islam naik ke dewan solat masjid atau surau, terbaharu isu seks dan berbagai-bagai lagi. Apa pandangan saudara Airborne?

          Jawapan :
a.   Soalan ini sangat mudah di jawab sebab kepimpinan UMNO sendiri tidak kelihatan Islamik, termasuk pada sayap Wanita atau sayap Puteri, atau isteri-isteri pemimpin UMNO berbanding dengan PAS yang sentiasa kelihatan Islamik 24 jam. Contoh, lihat muslimah PAS sentiasa menutup aurat dan dilihat sangat bagus oleh orang-orang Melayu terutamanya orang-orang kampung. Sayap Wanita atau sayap Puteri ada yang pakai seluar ketat dan orang kampung menyampah melihat mereka, tak tutup aurat. Pemimpin lelaki dalam UMNO pula ada yang memakai rantai di leher, dan ada juga pakai gelang tangan dan berbagai-bagai lagi.

b.   Lihatlah pakaian Datin Seri Azizah iaitu isteri Penasihat Umum PKR, dan bandinglah pula dengan pakaian yang dipakai oleh pemimpin sayap Wanita atau sayap Puteri. Bandingkan juga pakaian dan cara pemakaian isteri-isteri Menteri, ada yang dedahkan rambut, dedah leher dan ada juga rambut mereka diwarnakan merah dan berbagai-bagai lagi yang ditegah oleh Islam.

c.   Kita orang Melayu beragama Islam. Pakaian kita hendaklah selaras dengan bangsa kita dan tidak berlawanan dengan hukum-hukum agama. Jika ini boleh diamalkan, sudah tentulah tidak akan ada mana-mana pihak di parti pembangkang terutamanya PAS boleh membuat sesuatu tohmohan terutamanya kepada pemimpin No. 1 UMNO yang sentiasa menjadi sasaran tohmohon PAS. Masalah penampilan dalam bentuk pakaian atau pemakaian ini sudah pun dibangkitkan di Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun dahulu, dan kenapa masih terdapat isteri-isteri pemimpin tidak mahu berubah? Adakah pemimpin UMNO itu di Queen Control atau di Queen Elezabeth ?

d.   Jika benar di Queen Control atau di Queen Elizabeth, pemimpin tersebut sebenarnya adalah tidak layak untuk menjadi pemimpin dalam sebuah organisasi besar seperti UMNO ini. Saya berkata benar untuk kebaikan UMNO supaya UMNO terus menjadi kuat selama-lamanya. Kita kadangkala menjadi letih atau penat bercakap benda yang sama khususnya untuk membawa kepada kekuatan UMNO.

e.   Hari ini dan selepas ini, saya cadangkan mana-mana pemimpin lelaki, sayap Wanita dan sayap Puteri dalam UMNO yang melanggar adat budaya Melayu dan Islam dalam bentuk pakaian dan penampilan hendaklah ditolak dalam mana-mana pemilihan parti yang akan datang. Isteri mereka atau suami mereka juga tertakluk kepada cadangan ini. Ulangi! Ulangi! Hari ini terdapat pemimpin lelaki dalam UMNO memakai rantai di leher hingga rakyat boleh nampak, pakai gelang tangan dan berbagai-bagai lagi hingga parti lawan menjadikan isu ini sebagai isu utama. Pemimpin UMNO seperti ini hendaklah ditolak oleh UMNO pada pemilihan parti yang akan datang.

f.     Sebenarnya UMNO itu sendiri yang telah membuka ruang yang cukup luas kepada parti PAS untuk menghentam UMNO. Saya percaya Najib boleh berbuat sesuatu untuk kebaikkan UMNO yang dipimpinnya. Jika tidak UMNO boleh dihancurkan.

g.   Najib juga hendaklah ingat, Islam sedang berkembang di negara ini dan semua pemimpin UMNO termasuk isteri mereka, suami mereka hendaklah sedar bahawa penampilan sebagai orang Melayu beragama Islam sangat penting. Saya tidak bermaksud mesti memakai jubah atau serban. Jika ini dapat dilakukan pastilah PAS tidak akan berjaya untuk memburuk-burukkan atau menghentamkan UMNO selama-lamanya. Balik-balik cerita lama saja yang berbangkit. Harap Najib dan isterinya yang bernama Rosmah boleh faham mesej ini demi untuk kekuatan UMNO selama-lamanya. Harap-harap Rosmah dapat menasihati suaminya supaya tegas dalam perkara yang berbangkit ini.

h.   Saya berpendapat, dalam satu-satu organisasi terutamanya parti politik, Unit Strategik Khas (USK) hendaklah diwujudkan bagi mematah dan menyerang parti lawan dengan mematuhi garis-garis dalam Islam. USK ini sebenarnya sangat penting dan semua pemimpin mestilah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh USK itu. Pada bangsa Yahudi, USK telah wujud lebih awal daripada tarikh penubuhan Pertubuhan Yuhudi Sedunia.

i.     Apabila Pertubuhan Yahudi Sedunia ditubuhkan pada 27 Ogos 1897 (hampir 115 tahun dahulu) maka USK diserapkan ke dalam pertubuhan itu dan telah memainkan peranan utama dalam perjuangan penubuhan negara kekal Yahudi. Pada tahun 1984 semasa saya di Jerman, saya difahamkan USK memang ada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Yahudi di Bahagian Perisikan. UMNO juga sepatutnya ada USK.

j.     USK sebenarnya akan menjadi sia-sia dan membazir jika apa yang digariskan oleh UKS tidak dipatuhi. Rahsia kekuatan bangsa Yahudi sebenarnya masih menjadi rahsia, dan pendedahan rahsia kekuatan bangsa Yahudi kepada pengetahuan masyarakat antarabangsa hanya sekitar 3% sahaja. Tetapi, sejak 500 tahun dahulu, bangsa Yahudi dapat menghidu kekuatan Islam dan mengambil pengajaran daripada kekuatan Islam untuk diamalkan, maka bangsa Yahudi telah muncul sebagai bangsa terkuat di dunia pada hari ini.

k.   Melayu dalam UMNO bagaimana pula? Balik-balik cerita di Queen Control kan, di Queen Elizabeth kan, lelaki pakai rantai, gelang, kaki perempuan, kaki dandut dan berbagai-bagai lagi. Macam mana nak menang pada pilihan raya.

39.  Soalan : Apa pandangan saudara Airborne berkaitan kemajuan ummah dan bagaimana untuk mencapainya ke arah yang lebih tinggi lagi, seterusnya membawa kesejahteraan kepada orang-orang Islam di negara ini tanpa membelakangkan kaum-kaum lain yang menjadi rakyat negara ini?

Jawapan :
a.   Saya berpendapat, ini bukanlah satu perkara yang payah untuk di laksanakan oleh seseorang itu. Hari ini pembangunan negara telah di bahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut keperluan rakyat iaitu nelayan, petani, ternakan haiwan, peruncitan, keusahawanan, import, eksport, pembinaan, IT dan berbagai-bagai lagi, namun hasil kejayaannya sangat rendah. Ini ada hubung kait dengan perangai orang Melayu itu sendiri yang kadangkala tidak berdisplin dalam pekerjaan mereka, atau dalam kehidupan seharian mereka. Mereka lebih suka berada dalam zon selesa tetapi malas berusaha. Peluang yang disediakan oleh Kerajaan BN memang banyak, tak payak cakaplah.

b.   Sehubungan dengan itu, apabila seseorang itu lemah dalam ibadatnya kepada Allah, bermacam-macamlah perkara buruk pastinya akan datang kepadanya daripada setiap penjuru. Tahap iman seseorang itu kepada Allah akan menentukan tahap kebahagiaan atau kesejahteraan di dunia ini. Tanpa iman, tidak mustahil seseorang itu akan menjadi sesat sesesat-sesatnya selama-lamanya. Dalam mencari kemajuan ummah, ia ada kaitan dengan tahap iman seseorang itu bagi melahirkan displin terbaik. Hanya manusia berdisplin sahaja akan maju.

c.   Sebenarnya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang membuat dasar untuk kepentingan rakyat keseluruhannya, dan pihak yang melaksanakan dasar-dasar itu ialah penjawat awam. Rakyat termasuk semua golongan sewajarnya mengambil bahagian dan terlibat sama dalam merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan, juga hendaklah jujur dan ikhlas serta berani menegakkan keadilan mengikut undang-undang. Hari ini, banyak jenayah adalah kerana ahli politik yang ada kuasa tidak berani menggunakan kuasa dan saya tidak nampak ia mampu diatasi selagi orang-orang takut kehilangan undi pada PRU-13 diberi tanggungjawab berat dalam memikul amanah negara terutamanya dalam hal-hal keselamatan negara.

d.   Saya berpendapat, 2 kementerian yang penting iaitu Kementerian Dalam Negeri hendaklah menterinya terdiri daripada bekas-bekas Ketua Polis Negara atau bekas-bekas pegawai kanan polis, atau yang masih dalam perkhidmatan polis. Sementera Kementerian Pertahanan pula hendaklah menterinya daripada bekas-bekas Jeneral tentera, atau Lt. Jeneral atau sekurang-kurang Mejar Jeneral, atau yang sedang berkhidmat. Perkongsian pengalaman hendaklah diamalkan dalam Kabinet supaya negera lebih cemerlang.

e.   Pemimpin tertinggi UMNO hendaklah mampu berfikir, mula-mula menjadi ahli biasa UMNO, kemudian menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan. Selepas itu menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian, dan seterusnya Ketua Pemuda UMNO Negeri. Jika bernasib baik akan dipilih sebagai EXCO Pemuda UMNO Pusat, kemudian menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Pusat dan seterusnya menjadi Ketua Pemuda UMNO Pusat dan begitulah seterusnya. Apabila jawatan sudah ada dalam tangan, maka perasaan takut kehilangan jawatan mulalah timbul. Apabila perasaan ini timbul, maka jadilah orang “yes man” atau “pak turut”. Manusia jenis ini akan merugikan bangsa Melayu. Orang Arab ada berkata bahawa manusia itu suka mendaki ke tempat tinggi, tetapi setelah berada di tempat tinggi, maka sentiasa takut pula jika jatuh ke bawah, oleh itu janganlah mendaki.

f.     Bukan maknanya saya bertujuan memperlekehkan seseorang itu, namun keberanian kehilangan jawatan dalam parti atau kerajaan kerana menegakkan keadilan hendaklah ada pada setiap orang yang bernama pemimpin. Hari ini dan sebelum ini berbagai-bagai jenayah berkaitan politik tidak berani diambil tindakan kerana takut kehilangan undi. Pihak-pihak yang menghina Raja-Raja Melayu pun ada terlepas begitu saja. Yang mencuri telur ayam sebiji atau 2 biji atau 3 biji dikampung pun diheret ke mahkamah dan dijatuh hukuman sebat 3 rotan. Adakah ini dipanggil Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang? Sendiri fikirlah.
g.   Bangsa Melayu sebenarnya mampu berfikir mana yang patut kita pilih dan mana yang patut kita buang pada PRU-13 akan datang.

h.   Seperkara lagi, cuba kita sama-sama perhatikan, sepatutnya bangsa Melayu sudah lama maju ke hadapan berbanding dengan kaum-kaum lain. Ringkas. Tuanku Yang di Pertuan Agong adalah orang Melayu, Sultan-sultan dan  Tuan Yang Terutama di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak adalah orang-orang Melayu. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pun Melayu. Ketua-ketua Menteri kecuali Ketua Meneri Pulau Pinang adalah Melayu. Semua Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar adalah Melayu. Menteri Kewangan sejak tahun 1976 hingga ke hari ini adalah Melayu. Gabenor Bank Negara adalah Melayu. Panglima Tentera dan Ketua Polis Negara adalah Melayu. Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan pun orang Melayu. Terdapat ramai KSU dan TKSU kementerian-kementerian adalah orang Melayu. Ketua Pengarah JPA pun Melayu. CEO Maybank, Bank Islam, Tabung Haji, PNB dan GLC lain semuanya Melayu. CEO Petronas, Proton, Porodua pun Melayu. Pengarah UPEN negeri-negeri pun Melayu. Pegawai Daerah pun Melayu. Renjer Perhutanan pun Melayu.

i.     Pendek kata Melayu ada sana sini. Kenapa Melayu gagal menguasai perekonomian negara? Sebab satu dasar Melayu yang lapuk masih ada iaitu “itu tak boleh”, “ini tak boleh”, “itu salah dan ini salah”. “Itu tak ikut peraturan”. “Ini tak mematuhi peraturan”. Melayu nak berniaga Burger di tepi jalan pun terpaksa tunggu lesen DBKL hampir setahun lamanya. PATI senang-senang berniaga.

j.     Saya difahamkan terdapat berpuluh ribu kilang haram di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang didirikan oleh kaum tertentu, tak apa dan tiada tindakan, bila Melayu nak jual Burger mencari sesuap nasi pun tidak boleh. Memang susah nak selesaikan masalah ekonomi ini. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya. Peluang untuk hentam UMNO oleh PAS tidak dilepaskan dalam kes-kes begini.

k.   Bangsa Melayu sebenarnya mudah bertolak-ansur secara tidak bertempat, dan akhirnya Melayu menjadi rugi selama-lamanya. Jikalah ditakdirkan Allah s.w.t. saya ini orang kaya millionare atau billionare, saya akan beri wang free saja kepada orang-orang Melayu yang nak berniaga.

l.     Presiden Tito (mendiang). (bukan nak agung-agungkannya) dari negara Yogoslavia pernah berkata bahawa kegagalan satu-satu bangsa di dunia ini adalah berpunca daripada kegagalan BERFIKIR pemimpin mereka itu sendiri seperti yang diharap-harapkan, dan untuk menjadi pemimpin politik yang berkesan, seseorang itu tidak perlu pandai sangat kerana dibimbangi pemimpin itu akan menipu rakyat atau mencuri wang negara. Orang yang paling layak menjadi pemimpin di sesebuah negeri atau negara hendaklah:

Berani, Amanah, Nasionalis, Tegas dan Berilmu
(walau pun sedikit)

m. Theodor Herzl (TH) seorang bangsa Yahudi dari negara Austria yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara kekal bagi bangsa Yahudi di bumi Palestin ada berkata di KONGRES PERTAMA YAHUDI di Basel, Switzerland pada 27hb. Ogos 1897 (115 tahun dahulu) bahawa:

Jika kita ingin berjaya sesuatu yang kita rasa adalah mustahil untuk dicapai, maka kita hendaklah
sentiasa mempunyai cara berfikiran yang berlainan
daripada manusia-manusia lain.
Cara berfikiran yang berlainan itu hendaklah sentiasa
berubah-ubah mengikut keadaan semasa.
Jika kita masih menggunakan cara berfikiran yang sama, maka kita akan menjadi lebih hina daripada apa yang kita rasai pada hari ini atau sebelum ini. Kita hendaklah (bukan harus) menyusun langkah yang berani tanpa mengisytiharkan nama-nama musuh sebelum kita menang.
Sehubungan dengan itu bangsa Yahudi juga sentiasa menganggap dan mengiktiraf setiap ahli politik mereka di negara mereka adalah sebagai
MANUSIA PINTAR,
dan dengan sebab-sebab itu bangsa Yahudi sentiasa merayu kepada bangsanya yang
KURANG PINTAR
supaya tidak terlibat dalam politik, kerana dibimbangi negaranya akan hilang daripada peta dunia dan bangsanya
KEMBALI SENGSARA DAN MEREMPAT DI MERATA DUNIA.

Pemimpin Melayu tertinggi dalam UMNO bagaimana ?
Pemimpin Melayu dalam UMNO bagaimana ?
Ahli UMNO bagaimana ?
Bangsa Melayu bagaimana?
Seluruh bangsa Melayu termasuklah semua pemimpin UMNO pun hendaklah begitu juga, barulah Melayu dan Islam boleh kuat di negara ini.
Macam mana nak kuat, budaya Melayu diketepikan dan dan ajaran Islam tidak berpegang dengan betul
seperti apa yang telah saya sebut di atas,
iaitu tak tutup aurat, lelaki pula pakai rantai di leher,
atau pakai gelang di tangan dan berbagai-bagai lagi. jika
KURANG PINTAR,
janganlah melobi-lobi untuk menjadi calon di Kerusi Parlimen, atau Kerusi DUN, atau Senator,
atau ingin bertanding merebut jawatan
Ketua UMNO Bahagian, atau Ahli Majlis Tertinggi UMNO,
atau melobi untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, atau Setiausaha Politik atau lain-lain.

40.  Soalan: Minta penjelasan saudara Airborne, kenapa berlaku perpecahan dalam masyarakat Melayu hari ini? Tolong jelaskan.

Jawapan :
a.   Ini soalan mudah dan sangat senang untuk dijawab. Kesombongan dan keras kepala seseorang itulah yang telah menyumbangkan kepada perpecahan dalam masyarakat Melayu hari ini. Dalam bahasa mudah, hanya cakap kita sahaja yang betul dan pandangan orang lain adalah silap dan perlu ditolak.

b.   Janganlah kita hanya melihat perpecahan Melayu dalam politik sahaja. Kita juga perlu dan patut melihat perpecahan Melayu dalam satu keluarga kerana berebut harta pusaka.

c.   Perpecahan Melayu dalam pertandingan merebut jawatan pentadbir masjid atau surau. Perpecahan Melayu dalam PIBG. Perpecahan Melayu dalam pegangan agama. Perpecahan Melayu dalam satu-satu organisasi. Perpecahan Melayu dalam satu pejabat. Perpecahan Melayu yang bekerja di kilang yang sama. Perpecahan Melayu dalam satu-satu jabatan kerajaan atau di kalangan guru-guru sekolah. Perpecahan Melayu di antara penduduk-penduduk negeri, contoh, orang Kelantan tidak ngam dengan orang negeri Terengganu dan begitulah sebaliknya. Orang Negeri Sembilan pula tidak ngam dengan orang negeri Perak dan begitulah sebaliknya. Orang negeri Kedah pula tidak ngam dengan orang negeri Pahang dan begitulah sebaliknya, dan bermacam-macam lagi.

d.   Yang lebih buruk lagi ialah perpecahan Melayu oleh penyokong pasukan bolasepak dalam satu-satu pertandingan hingga stadium di bakar, membuat rusuhan kecil hingga membawa kepada trajedi di mana seorang pemuda mengalami BUTA kekal di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke 4 di Kota Bharu, Kelantan pada satu ketika dulu semasa perlawanan bolasepak.
e.   Pendek kata perpecahan Melayu berada di mana-mana selagi manusia itu lupa akan kekuasaanNya dan tidak tunduk serta sujud kepada AllahNya dalam ertika yang sebenar-benar-benar-benarnya.

41. Soalan : Saudara Airborne, saya sangat tertarik kepada semua jawapan yang telah saudara Airborne berikan kepada saya. Sebenarnya sejak tahun 80an lagi saya mempunyai ramai kenalan di kalangan Setiausaha Politik, Pegawai Khas, atau Setiausaha Sulit PM atau TPM, atau Menteri, atau MB atau pun KM. Sebenarnya, Setiausaha Politik, Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit merupakan orang yang paling rapat atau orang yang paling hampir dengan boss mereka. Tetapi saya tidak pernah mendapat penjelasan seperti mana yang saudara Airborne berikan ini daripada mereka. Kebanyakan mereka itu hanya berlagak lebih, difahamkan terdapat di kalangan mereka itu hanya suka berkawan rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada jawatan seperti Ahli Majlis Tertinggi UMNO, atau pemimpin-pemimpin di peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri, atau pemimpin-pemimpin tertinggi di peringkat UMNO Bahagian. Mereka juga sukar untuk dihubungi, jika pun dapat bercakap dengan mereka itu, mereka kurang mesra pelanggan, maknanya kurang beri layanan. Apabila bercakap dengan mereka itu, hanya cakapan mereka sahaja yang betul yang perlu kita dengar. Difahamkan juga mereka itu kuat berniaga hingga lupa tanggungjawab sebagai Setiausaha Politik, atau sebagai Pegawai Khas, atau Setiausaha Sulit. Minta penjelesan dari saudara Airborne.

          Jawapan:
a.   Panjangnya soalan! Saya pun ada dengar semacam itu juga. Patutlah UMNO hilang (tewas) banyak KERUSI PARLIMEN dan KERUSI DUN pada PRU-12 (2008) yang lalu. Bukan orang Melayu benci kepada UMNO, tetapi ada yang benci atau menyampah kepada Setiausaha Politik, atau Pegawai Khas, atau Setiausaha Sulit tertentu.

 a.   Sebelum ini saya pun pernah hubungi staf di Pejabat Am Menteri untuk bertanya sesuatu. Saya jarang terima layanan yang baik, dia kata bercakaplah dengan orang itu, bila kita call orang itu, orang itu kata pula cakaplah dengan orang ini, bila kita call orang ini, orang ini kata tak tahulah saya (staf di Pejabat Menteri), dan berbagai-bagai kerenah lagi.

b.   Sebenarnya boss mereka itu tidak tahu ada di kalangan mereka itu berperangai demikian. Tak apalah itu hak dia. Rakyat ada hak melalui “UNDI” pada PRU-13 kelak. Gunakan UNDI sebagai “senjata untuk mengajar mereka” itu. Mereka ingat, mereka boleh menjadi Setiausaha Politik, atau Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit hingga ke hari kiamat. Jika boss mereka kalah pada PRU-13 kelak, hilanglah jawatan yang mereka pegang itu.

c.   Semasa badan masih sihat ini, mereka sepatutnya insaf dan bekerja bersungguh-sungguh kerana Allah tetap nampak apa yang kita lakukan. Biasanya orang-orang seperti itu merupakan seorang manusia yang tidak mendekati AJARAN AL-QURAN. Ada kemungkinan baca Al-Quran pun tidak betul mengikut HUKUM TAJWID. Biasanya orang yang tidak gemar membaca Al-Quran merupakan orang-orang yang kurang beribadat kepada Allah.

d.   Apabila kita kurang beribadat kepada Allah, maka syaitan pun masuk, dan berjaya menggoda kita, maka jadilah kita orang-orang yang mendapat petunjuk dari syaitan, bukannya mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.

e.   Dengan sebab-sebab itu, PM, TPM, Menteri, MB, KM, Tim. Menteri dan pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam UMNO hendaklah (bukan harus) melantik ORANG-ORANG POLITIK YANG ADA ILMU AGAMA sebagai Setiausaha Politik, Pegawai Khas, atau Setiausaha Sulit, dan bukannya ORANG-ORANG AGAMA YANG ADA ILMU POLITIK. Lebih buruk lagi jika melantik ORANG-ORANG POLITIK YANG TIADA LANGSUNG ILMU AGAMA seperti apa yang terjadi sekarang, kumpul harta seolah-olah akan hidup sejuta tahun.

f.     Lihat dalam PAS. Kebanyakan pemimpin tertinggi PAS adalah ORANG-ORANG AGAMA YANG ADA ILMU POLITIK, mereka gunakan agama untuk politik, dan yang sebetulnya ialah kita gunakan kuasa politik untuk kuatkan agama. Inilah pentingnya seseorang yang ingin dilantik sebagai Setiausaha Politik, Pegawai Khas, atau Setiausaha Sulit hendaklah terdiri daripada ORANG-ORANG POLITIK YANG ADA ILMU AGAMA. Apabila Nik Aziz hentam UMNO, otak Setiausaha Politik menjadi JEM, tak boleh jawab kerana tiada bekalan ILMU AGAMA. Siapa rugi? UMNO lah yang rugi.

g.   Bukan Setiausaha Politik tidak tahu, kejatuhan beberapa Presiden / Perdana Menteri / Menteri di beberapa negara adalah berpunca daripada kelemahan pembantu-pembantu atau penasihat-penasihat mereka. Biarlah.

h.   Terus terang ingin saya katakan secara jujur di sini, jikalah tidak kerana PERANANAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA, PERANAN PERTUBUHAN PERKASA, PERANAN NGO-NGO MELAYU, PERANAN NGO-NGO ISLAM atau PENULIS-PENULIS YANG MENYOKONG UMNO, sudah lama UMNO tumbang, secara langsung KERAJAAN BN hilang kuasa, dan pasti tidak akan muncul lagi dalam peta politik tanahair.

i.     Hari ini UMNO boleh dikatakan ada sedikit kekuatan kerana mendapat sokongan bulat daripada pihak-pihak yang saya sebutkan di atas, dan janganlah apabila ada sedikit kekuatan akan kembali kepada “PERANGAI LAMA”.

j.     Rakyat sentiasa memerhatikan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Rakyat nampak terdapat pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO pakai rantai di leher, rakyat juga nampak ada isteri-isteri Menteri walau pun sudah tua masih berlagak seperti perempuan muda dengan rambut diwarnakan MERAH, rakyat juga nampak isteri Menteri menutup aurat (menutup kepala) dengan BAKUL RAMBUT PALSU seolah-oleh tidak menutup aurat. Bagaimana? Kalau macam ini, bagaimana boleh UMNO menjadi kuat semula? Kalang-kala isteri-isteri pemimpin atasan dalam UMNO yang boleh menyebabkan UMNO menjadi lemah di mata rakyat, akibatnya hilang UNDI, dan UNDI itu lari kepada parti lawan. Jika masih tidak sedar lagi, tak tahulah apa nak dikatakan lagi.

k.   Dalam UMNO, orang bawahan takut kepada pemimpin tertinggi. Dalam MIC juga sebelum ini terdapat orang bawahan takut kepada pemimpin tertinggi. Berbeza dalam MCA dan GERAKAN di mana pemimpin tertinggi sangat takut kepada orang bawahan. PM Najib dan isterinya Rosmah Mansor hendaklah sedar dan perlu berubah serta-merta, kemudian pastikan pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO juga berubah ke arah yang lebih baik lagi.

l.     Kita orang Melayu, PENAMPILAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU TIDAK BOLEH BERLAWANAN DENGAN AGAMA ISLAM. Jika tidak, UMNO akan terus diasak oleh Nik Aziz / PAS, dan akan terus mendakwa bahawa UMNO ialah sebuah parti politik yang menolak Islam, dan pastilah ada orang-orang Melayu lain akan percaya, dan jika ini terus diasak, UMNO juga yang akan rugi selama-lamanya.

42. Soalan : Jikalah saudara Airborne ini menjadi Presiden UMNO dan memegang jawatan Perdana Menteri, apa saudara Airborne akan buat, minta jelaskan?

          Jawapan: Soalan ini saya tidak boleh jawab sebab saya bukan Presiden UMNO, dan saya juga bukan Perdana Menteri.
43. Soalan : Saudara Airborne, begini saudara Airborne, nampaknya saudara Airborne TIDAK FAHAM apa yang saya maksudkan. Saya bermaksud: JIKA, JIKA, JIKALAH saudara Airborne menjadi Presiden UMNO dan memegang jawatan Perdana Menteri, JIKA, JIKA saudara Airborne! Saudara Airborne kena jawab soalan No. 42 itu, bagaimana saudara Airborne?
         
Jawapan:
a.   Bukan saya TIDAK FAHAM, tetapi saya malas nak jawab sebab saya bukan Presiden UMNO, dan saya juga bukan Perdana Menteri. Tapi, tak apalah. Saya akan jawab seolah-olah saya Presiden UMNO dan memegang jawatan Perdana Menteri. Mana tahu, berkat soalan ini atas kehendak Allah, saya menjadi Presiden UMNO dan memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, maknanya semua orang kena dengar cakap saya. OK lah, saya jawab soalan saudara itu. PERTAMA, saya besarkan size Kabinet. Kementerian Belia dan Sukan dipecahkan kepada 2 Kementerian. Kedua-dua Kementerian tersebut akan di ketuai oleh orang-orang yang berumur 40 tahun atau ke bawah. Kementerian Belia akan diberi kepada mana-mana Presiden dalam mana-mana pertubuhan belia.

b.   KEDUA, Kementerian Hasil Dalam Negeri akan diwujudkan untuk menambahkan hasil negara di mana Menteri nya bukan daripada kalangan Ahli Parlimen. Jawatan Menteri diberi kepada pegawai tertinggi LHDN dengan melantiknya sebagai Senator. Kementerian Percukaian dan Eksais diwujudkan untuk menambah percukaian negara, dan menterinya hendaklah terdiri daripada pegawai tertinggi Kastam. LKIM dimansuhkan dan dijadikan Kementerian Perikanan dan Laut Dalam. Kementerian Ternakan Haiwan diwujudkan. Kementerian Penerangan (sahaja) diwujudkan. Kementerian Undang-undang dan Penguatkuasaan diwujudkan. Kementerian Pengakutan Darat, Kementerian Pengangkutan Udara, Kementerian Pengangkutan Laut diwujudkan. Kementerian Kebajikan Am (sahaja) diwujudkan. Kementerian Hal Ehwal Pelajar Luar Negara diwujudkan (perlu jaga kebajikan mereka kerana mereka rakyat Malaysia yang berjauhan dengan keluarga). Kementerian Penjaja dan Peniaga Kecil diwujudkan. Kementerian Tanah, Galian dan Pemetaan Negara diwujudkan. Kementerian Kecemasan, Penyelamat dan Bencana Alam diwujudkan, disamping kementerian-kemerian lain yang perlu dikekalkan. Ini hanya secara ringkas sahaja.

c.   Setiap Kementerian ada 3 Timbalan Menteri dan 3 Setiausaha Parlimen (jawatan ini akan diwujudkan semula), sekurang-kurangnya boleh melatih mana-mana Ahli Parlimen di mana-mana Kementerian. Jawatan 2 Timbalan Menteri Besar akan diwujudkan bagi setiap negeri untuk meringankan tugas Menteri Besar dan juga untuk mengukuhkan perjuangan parti. Bagi jawatan Exco Negeri, 20 / 25 jawatan Exco akan diwujudkan untuk memantapkan lagi pentadbiran di peringkat negeri.

d.   Sebagai Presiden UMNO dan PM, saya akan pastikan semua calon-calon yang akan dipilih pada PRU-13 kelak hendaklah terdiri daripada mereka yang mampu membaca Al-Quran dengan betul mengikut Hukum Tajwid atau yang sedang belajar mendalami ilmu bacaan Al-Quran.

e.   Saya juga akan mengambil lebih ramai para wartawan untuk menjadi calon pada PRU-13 kelak, dan melantik lebih ramai di kalangan wartawan memegang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri, juga melantik lebih ramai para wartawan sebagai SENATOR. Mana-mana bekas pegawai tinggi tentera dan polis juga pasti dipilih sebagai calon PRU-13 kelak, disamping ahli akademik, pegawai daerah, pegawai tinggi kerajaan negeri seperti Setiausaha Kerajaan atau Timbalan Setiausaha Kerajaan atau lain-lain akan diberi peluang mana yang difikirkan munasabah.

f.     Mana-mana calon yang sudah menjadi Ahli DUN atau Ahli Parlimen selama 2 penggal berturut-turut, sama ada ia seorang Menteri atau Timbalan Menteri, atau Menteri Besar atau Timbalan Menteri tidak akan dipilih lagi untuk menjadi calon. Maknanya jawatan MB, atau Menteri, atau Timbalan Menteri, atau Exco hanya dihadkan selama 2 penggal sahaja secara berturut-turut MELAINKAN Ahli DUN atau Ahli Parlimen itu merupakan orang yang PINTAR. Begitu juga jawatan Tim. PM dan jawatan PM hanya dihadkan untuk 2 penggal sahaja secara berturut-turut.

g.   Mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli DUN yang menang dengan majoriti 300 undi atau ke bawah tidak akan dipilih semula kerana pengundi di kawasannya telah tidak memberi kemenangan kepadanya secara mutlak. Ini menunjukkan pengaruhnya sudah berkurangan. Mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli DUN tidak diboleh menukar kawasan untuk bertanding.

h.   Mana-mana Ahli Parlimen yang sentiasa mengambil bahagian dalam mana-mana perbahasan di Parlimen, atau sentiasa mempertahankan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan agama Islam, atau perkara-perkara lain berkaitan kepentingan rakyat dan negara akan DIPILIH SEMULA untuk bertanding walau pun sudah menjadi Ahli Parlimen selama 2 penggal / 3 penggal / 4 penggal / 5 penggal / 6 penggal / 7 penggal / sehingga mati. Contoh, Ahli-Ahli Parlimen yang sentiasa mengambil bahagian dalam perbahasan ialah Ahli Parlimen P73 PASIR SALAK, Ahli Parlimen P149 SRI GADING, Ahli Parlimen P187 KINABATANGAN, Ahli Parlimen P191 KALABAKAN, Ahli Parlimen P3 ARAU dll.

i.     Mana-mana calon yang pernah tewas (ditolak oleh rakyat) dalam mana-mana PRU atau PRK tidak akan dipilih semula untuk selama-lamanya kerana untuk memberi peluang kepada calon baru yang tidak pernah bertanding.   

j.     Mana-mana jawatan penting seperti Ketua di peringkat UMNO Bahagian dan UMNO Cawangan seperti Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan, Tim. Ketua Bahagian dan Tim. Ketua Cawangan, Naib Ketua Bahagian dan Naib Ketua Cawangan, Setiausaha Bahagian dan Setiausaha Cawangan, begitu juga di sayap Pemuda UMNO, sayap Wanita UMNO dan sayap Puteri UMNO hanya boleh memegang jawatan untuk 1 penggal sahaja, maknanya tidak boleh pegang selama 2 penggal berturut-turut. Selepas tidak memegang apa-apa jawatan selama 1 penggal, maka ahli itu layak bertanding semula dan begitulah seterusnya. Hanya dengan cara ini sahajalah akan mengekalkan perpaduan di kalangan ahli, dan pastilah akan dapat menghapuskan gejala buruk seperti cantas-mencanas, atau cah keting, atau mensabotaj parti dalam mana-mana pilihan raya sama ada pada PRU atau PRK.

k.   Semua ahli UMNO dan isteri mereka, sayap Wanita dan sayap Puteri hendaklah menutup aurat yang betul semasa menghadiri mana-mana majlis atau perjumpaan, atau mana-mana mesyuarat parti, atau mana-mana perhimpunan parti atau lain-lain. Jika ingkar, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan displin yang boleh menyebabkan terlucut secara automatik jawatan yang dipegang dalam parti UMNO.

l.     Saya juga akan pastikan dengan memberi bantuan kewangan setiap tahun mengikut kemampuan Kerajaan Persekutuan kepada mana-mana Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara sama ada sekolah-sekolah tersebut berdaftar dengan Kerajaan Persekutuan atau tidak, itu tidak penting, yang penting ialah memberi bantuan. Bantuan biasiswa bulanan sebanyak RM50 / RM100 akan diberi kepada semua pelajar miskin, atau pelajar “anak yatim” atau pelajar “anak yatim piatu” atau pelajar anak kematian ibu tanpa syarat yang belajar di Sekolah Agama Rakyat. Sebagai Ketua Kerajaan BN di peringkat Kerajaan Pusat, saya wajib menjaga kebajikan mereka.

m. Saya akan pastikan semua GURU-GURU dijaga kebajikan mereka 100%. Saya tidak mahu mendengar guru-guru ada masalah berkaitan PENEMPATAN GURU DI LOKASI-LOKASI yang boleh membawa kepada masalah kehidupan guru seharian. Jika guru bermasalah, bagaimana guru boleh mengajar anak bangsa dengan baik dan sempurna?. Satu keadah baru akan dirangka sendiri oleh saya yang mana pendekatan tersebut belum lagi diamalkan. Saya mahu guru-guru mengajar di lokasi yang dipilih oleh mereka, dan melayani permohonan pertukaran mereka tanpa banyak kerenah. Hari-hari kita dengar keluhan guru berkaitan kebajikan mereka diabaikan oleh pihak pengurusan guru sama ada di Kementerian Pelajaran, atau di Jabatan Pelajaran Negeri, atau pun di Pejabat Pelajaran Daerah. SAYA MAHU GURU-GURU DILAYAN DENGAN BAIK kerana tugas mereka adalah berat dan suci. Jika semua guru-guru mogok, pastilah generasi di awal usia tidak akan menjadi sebaik-baik manusia. Saya akan lantik 7 orang Setiausaha Politik Khas (Hal Ehwal Guru) bagi menjaga kepentingan mereka. Seorang daripadanya akan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik. Tanggungjawab Setiausaha Politik tersebut akan di bahagi-bahagikan mengikut zon iaitu zon Sabah, zon Sarawak, zon Timur Semenanjung, zon Selatan Semenanjung, zon Tengah Semenanjung dan zon Utara Semenanjung. Ini hanya secara ringkas sahaja
.
n.   Semua penjawat awam dan staf badan-badan berkanun yang beragama Islam disyaratkan boleh membaca Al-Quran dengan betul mengikut HUKUM TAJWID bagi memboleh mereka dinaikkan pangkat. Bacaan HAFS ASIM. Tidak ada siapa yang dikecualikan sama ada KSN, atau KP JPA, atau mana-mana KSU hinggalah ke peringkat yang paling rendah.

o.   Saya juga akan memastikan YAYASAN AL-QURAN, PENDIDIKAN DAN EKONOMI MELAYU yang saya siapkan kertas cadangan penubuhan itu DITUBUHKAN SEGERA. Kertas cadangan bertarikh 1 Jan 2010 (RANCANGAN 100 TAHUN (2009-2108) MEMPERKASA DAN MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU MELALUI AL-QURAN, PENDIDIKAN DAN EKNOMI MELAYU) telah dihantar kepada DYMM Tuanku Yang di Pertuan Agong, semua Raja-Raja Melayu, semua Tengku Mahkota / Raja Muda, semua Ahli Parlimen UMNO (termasuk PM, TPM, Menteri-Menteri, semua MB, KM Melaka, KM Sabah, KM Sarawak, Exco-Exco semua Kerajaan Negeri, 5 ADUN setiap negeri), Ahli Akademik dll. Saya akan pastikan ia berjalan mengikut jadual sebagaimana apa yang dituliskan di kertas cadangan itu. Sehingga ini pun saya tidak tahu apa nasibnya ke atas kertas cadangan itu. Saya rasa kertas cadangan itu sudah BASI, mungkin tidak di baca oleh PM, atau TPM atau Menteri-Menteri lain.

p.   Saya sebagai PM akan pastikan jawatan KETUA SETIAUSAHA NEGARA tidak dimonopoli oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sahaja. Ia hendaklah dibuka kepada semua perkhidmatan seperti ATM, PDRM, Perkhidmatan Perguruan, Perkhidmatan Perubatan, Wartawan (Setiausaha Akhbar / KP atau TKP Jabatan Penerangan / Ketua Pengarang atau Tim. Ketua Pengarang BERNAMA), KP atau TKP BTN, Ahli Akademik (Pensyarah Universiti), KP atau TKP Kastam, Ahli Politik dan PTD. 5 Jawatan TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA akan diwujudkan.

44. Panjangnya huraian saudara Airborne. Soalan akhir wahai saudara Airborne: Boleh saudara Airborne terangkan butir-butir peribadi saudara Airborne. Airborne tu apa ? Apa profesion saudara Airborne sebelum ini dan ketika ini. Saya dapat tahu dari kawan-kawan bahawa saudara Airborne ni suka menulis dan pernah tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia. Saya juga dapat tahu bahawa saudara ini banyak menulis dan membuat sesuatu cadangan kepada kerajaan. Juga saya dapat tahu bahawa saudara Airborne ini suka memberi pandangan di Bernama Tv dalam rancangan Helo Malaysia. Baiklah, minta saudara Airborne huraikanlah seberapa banyak yang boleh.
Jawapan:
a.   Baiklah, sebelum saya jawap soalan saudara ini, izinkan saya menceritakan sikit sebab-sebab saya guna perkataan “airborne”. Saya banyak menulis mengenai peperangan, jika saya tidak gunakan perkataan “airborne” itu, sudah tentulah para pembaca tidak tahu latar belakang saya sebagai bekas tentera ATM dan lulus Kursus Asas Payung Terjun. Dibimbangi para pembaca akan berkata, alaaaaaaahhh, cerita je hal perang, abuk pun tarak.

b.   Sekarang para pembaca pun sudah tahu siapa saya sebenarnya. Butir-butir peribadi tidak boleh diterangkan secara detail, itu rahsia. Apa yang boleh saya ceritakan di sini ialah saya rasa saya ni anak tunggal, maknanya tidak ada abang dan tidak ada adik. Saya juga tidak tahu sama ada saya ni anak angkat yang dipelihara oleh ibu angkat atau dipelihara oleh ibu sendiri. Ibu dan bapa sudah meninggal. Sampai sekarang pun saya tak tahu saya ini anak siapa. Kenyataan dalam Sijil Surat Beranak tidak boleh pakai. Namun saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t., jikalah benar itu ibu dan bapa aku; Ya Allah, berilah keampunan dan rahmatMU kepada mereka berdua kerana telah memelihara aku sejak kecil hinggalah besar, DAN, jika mereka berdua itu bukan ibu dan bukan bapa aku yang sebenarnya; Ya Allah, berikanlah juga keampunan dan rahmatMU kepada mereka berdua kerana telah memelihara aku sejak kecil hinggalah besar. Saya masih bujang, tidak ada rumah sendiri. Tinggal di rumah sewa sahaja. Saya tetap bersyukur kepada Allah s.w.t. apa yang dikurniakan olehNYA kepada saya selama ini.

c.   Airborne ialah tentera yang lulus dalam Kursus Asas Payung Terjun. Saya bekas tentera (Angkatan Tentera Malaysia). Saya lulus dalam Kursus Asas Payung Terjun di pusat latihan komando iaitu di Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK), Kem Komando di Sungai Udang, Melaka pada tahun 1979, dan saya menerima Sayap Penerjunan  daripada Kolonel Borhan, Komandan PLPK semasa itu (Bekas Panglima ATM) pada majlis ringkas tamat latihan penerjunan di Kem Kluang, Johor. Mejar Aziz Sulong, Pegawai Memerintah Cawangan Payung Terjun PLPK (adik kepada Qariah Tilawah Peringkat Antarabangsa, Hajah Rogayah Sulong – Terengganu) adalah kawan baik saya, begitu juga Staff Sarjan Mat Log (nama glamour) juga adalah kawan baik saya.

d.   Saya pernah berkhimat di beberapa kem tentera di Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Kementerian Pertahanan, Markas 5 Brigde Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Saya juga pernah berkhidmat di RASCOM (Rejang Area Security Command) di Sibu, Sarawak.

e.   Memang saya suka menulis. Antara penulisan saya yang dikatakan hebat ialah penulisan surat cadangan (bertarikh 1 Jan 2010 setebal 57 mukasurat A4) penubuhan Yayasan Al-Quran, Pendidikan dan Ekonomi Melayu yang di alamatkan kepada Raja-Raja Melayu, Raja-Raja Muda, Tengku Mahkota, PM, TPM, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Tim-Tim. Menteri, Exco-Exco Kerajaan Negeri, semua ahli Parlimen bangsa Melayu, sebahagian Ahli DUN seluruh negara, Setiausaha-Setiausaha Politik, Pensyarah-Pensyarah Universiti, Persatuan NGO Melayu dan Islam dan lain-lain. Saya percaya PM atau TPM atau Menteri-Menteri tidak baca surat ini, namun saya sangat gembira kerana lebih daripada 10 perkara yang dicadangkan dalam kertas cadangan itu sudah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat (rujuk soalan No. 20 dan jawapannya).

f.     Saya juga penulis kepada surat cadangan (bertarikh 13 November 2009 setebal 59 mukasurat A4) Bantuan Kepada Bekas Anggota Tentera Malaysia.

g.   Saya juga penulis kepada surat cadangan (bertarikh 26 Oktober 2011 setebal 46 mukasurat A4) Memaju dan Membela Veteran Tentera (ATM).

h.   Ya, saya sentiasa mengikuti siaran secara langsung rancangan Helo Malaysia di Bernama Tv jam 10 malam dan saya sentiasa membuat panggilan dan memberi pandangan saya. Satu ketika dahulu di tahun 2009 pandangan saya telah meletup dan siaran ulangannya terpaksa diganti dengan yang lain kerana dikatakan menyentuh sensiviti kaum-kaum lain di negara ini. Ia menjadi kecoh. Niat saya hanya untuk mempertahankan Melayu sahaja. Sejak itu saya pun kurang membuat panggilan berkaitan politik, tetapi lebih kepada pandangan ke arah memartabatkan agama Islam sahaja.

HARI INI 4 JUN 2012, TARIKH LAHIR SAYA.
PADA HARI INI JUGA SAYA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN
UNTUK BERSARA DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
MELAINKAN HANYA UNTUK MEMBERI TUMPUAN
SEPENUHNYA KEPADA
ITU
SATU SAHAJA.
SUDAH BANYAK SAYA MENULIS.
SUDAH BANYAK SAYA BERCAKAP HAL-HAL POLITIK.
SUDAH BANYAK SAYA BERCAKAP HAL-HAL EKONOMI MELAYU.
MUNGKIN CAKAP SAYA INI SUDAH
TIDAK LAKU LAGI.
SAYA JUGA TIDAK AKAN MENGUNDI PADA
PRU-13
INI ATAU MANA-MANA
PRU-PRK
LAIN SELEPAS INI.
SAYA TIDAK MAHU CAMPOR LAGI
APA-APA URUSAN LAIN KERANA SAYA BUKAN AHLI POLITIK.
MASALAH POLITIK,
BIARLAH ORANG POLITIK SAHAJA SELESAIKAN.
SAYA SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T.,
DENGAN PENUH HARAPAN SEMOGA NEGARA INI AMAN DAMAI. SAYA BENAR-BENAR BERHARAP JIKA SAYA MATI,
BIARLAH SAYA MATI DI
MADINAH
DAN DIKEBUMIKAN JUGA DI
MADINAH.
INILAH SATU-SATUNYA PERMINTAAN SAYA
YANG MAHA AGUNG KEPADA
ALLAH S.W.T., TUHAN PENCIPTA ALAM
DAN MEMILIKI SEGALA-GALANYA.

~~~  Airborne  ~~~

Serangan ketenteraan atau pencerobohan mana-mana negara
ke atas negara kami ini pasti akan
mendapat tentangan hebat daripada
tentera payung terjun (airborne)
ATM,

kata-kata bisikan ringkas
MEJAR AZIZ SULONG

Pegawai Pemerintah
Cawangan Payung Terjun
Pusat Latihan Peperanan Khas (PLPK)
Kem Komando Sungai Udang, Melaka

semasa majlis tamat latihan penerujunan dan menerima
Sayap Penerjunan
yang diadakan di Kem Kluang, Johor
pada tahun
1979

Saudara Airborne, maaf ya, ini ada satu lagi soalan ya, tadi saya terlupa nak tanya, soalan terakhir, tak takut ke? saudara Airborne terjun dari perut kapalterbang menggunakan payung terjun? Huraikan sikit saudara Airborne?

          Jawapan:
a.   Mana tak takut. Memang sangat takut, sangat menakutkan. Demi untuk negara, terpaksa hadapinya. Seminggu sebelum tiba tarikh penerjunan, saya kuat beribadat semoga Allah selamatkan saya. Saya seolah-olah nampak siapa di kalangan keluarga saya yang akan memikul jenazah ke kubur di kampung halaman saya jika saya mati semasa penerjunan itu. Di pagi hari penerjunan sebenar, saya ada melihat cermin, muka saya yang hitam metalik telah bertukar menjadi putih kerana pucat. Namun semangat juang sebagai anggota tentera, saya terpaksa hadapi semuanya itu.

b.   Semasa naik ke atas kapalterbang untuk melakukan penerjunan pertama, saya tidak fikir yang lain, hanya fikir jika payung tidak kembang atau ada kemalangan lain semasa penerjunan, habislah riwayat saya dan berpisahlah saya dengan ibu saya serta adik beradik lain.

c.   Semasa berdiri untuk melakukan penerjunan, saya tidak ingat yang lain, hanya terbayang mati sahaja, dan sentiasa membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Saya orang ke 3 yang akan terjun. Apabila orang pertama terjun ditolak oleh jurulatih, terus hilang, saya menjadi lebih takut. Apabila orang kedua terjun juga secara ditolak, perasaan saya lagi takut. Apabila tiba giliran saya, saya terlupa nak baca Basmallah (Bismillah), sedar-sedar payung terjun saya telah kembang dengan baik dan air mata gembira telah membasahi kedua-dua pipi saya tanda syukur kepada Allah. Saya sangat bersyukur kepada Allah semasa saya masih lagi di udara. Saya selamat mendarat. Akhirnya saya berjaya dalam kursus tersebut dan menerima Sayap Penerjunan daripada Kol. Borhan Ahmad, Komandan, Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK), Kem Komando Sungai Udang, Melaka. Jawatan akhir Kol. Borhan dalam ATM ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia berpangkat Jeneral dan bergelar Tan Sri).

d.   Semasa dalam perkhidmatan saya dalam ATM dulu, Kerajaan Persekutuan ialah Kerajaan BN. Jadi, atas sebab-sebab itulah, saya harap negara ini terus aman sejahtera di bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO.

e.   Sebenarnya saya telah mengikuti perkembangan politik tanahair sejak tahun 1974 (satu sembilan tujuh empat) lagi hinggalah ke hari ini. Saya masih ingat, pada tahun 1974 seorang wartawan ada menulis dalam akhbar (Utusan Malaysia / Berita Harian) tentang Mahathir Mohamad (bekas PM Tun Mahathir) sebagai pejuang Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dalam tulisan itu, wartawan tersebut ada berkata hanya Mahathir sahaja yang lebih layak menjadi Menteri Pelajaran. Tulisan wartawan itu telah menjadi kenyataan, dan Mahathir telah dipilih dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran oleh Tun Razak selepas PRU-4 (1974) itu. Maknanya, wartawan adalah manusia pintar atau berintegriti, cadangan wartawan itu diterima oleh Tun Razak, inilah hebatnya profesion kewartawanan.

f.     Saudara, sebagai tambahan kepada jawapan di soalan 43 saudara itu, saya akan mengambil lebih ramai wartawan sebagai calon PRU-13, jika menang akan dilantik pula sebagai Menteri, atau Timbalan Menteri, atau Setiausaha Parlimen di kebanyakan Kementerian, dan juga melantik lebih ramai wartawan sebagai Senator dan seterusnya melantik juga mereka sebagai Menteri, atau Timbalan Menteri, atau pun Setiausaha Parlimen.

g.  Dan sebagai tambahan lagi kepada jawapan di soalan 43 saudara itu, saya akan membuat sesuatu kemajuan dan kehebatan kepada akhbar Utusan Malaysia. Dianggarkan UMNO mempunyai lebihkurang 30,000 (tiga puluh ribu) Cawangan UMNO di seluruh negara. Saya akan pastikan Ketua Cawangan UMNO, Tim. Ketua Cawangan UMNO, Naib Ketua Cawangan UMNO, Setiausaha Cawangan UMNO (4 orang), sayap Wanita Cawangan UMNO (4 orang), sayap Pemuda Cawangan UMNO (4 orang) dan sayap Puteri Cawangan UMNO (4 orang) dikehendaki membeli dan membaca akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari termasuk Mingguan Malaysia. Maknanya, setiap cawangan sebanyak 16 pemimpin di peringkat Cawangan UMNO akan membeli akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari. Ini bermakna 16 x 30,000 (tiga puluh ribu) = 480,000. Maknanya 480,000 naskah Utusan Malaysia akan dibeli pada setiap hari oleh pemimpin UMNO di peringkat Cawangan UMNO (peringkat akar), tidak termasuk di peringkat UMNO Bahagian, atau di peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri. Dengan langkah ini akhbar Utusan Malaysia akan terus hidup dengan gagah. Di masa yang sama, akhbar Utusan Malaysia mampu memainkan peranan untuk mempertahankan Hak-Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan agama Islam di negara ini yang sentiasa diancam oleh pihak-pihak tertentu. Saya akan pastikan akhbar Utusan Malaysia ada permintaan sebanyak 1 (satu) juta naskah pada setiap hari. Semua Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, GLC, Kem Tentera, Balai Polis, Universiti, Sekolah, Pejabat Daerah dll. membeli akhbar ini pada setiap hari.

h.   Pemikiran pemimpin UMNO hendaklah berjalan secara pantas dan tidak boleh bergerak perlahan seperti air sungai yang mengalir ke laut. Mana-mana KAKI BODEK yang suka KIPAS BOSS akan dikesan dan disingkirkan. Saya memerlukan ahli UMNO yang berintegriti walau pun jumlahnya sedikit. Insya’Allah, Allah s.w.t. akan memberi kemenangan kepada saya seperti PEPERANGAN BADAR di mana jumlah tentera Islam hanya kecil sahaja berbanding jumlah tentera kafir yang jumlahnya sangat besar. Insya’Allah. Insya’Allah. Insya’Allah.

i.     Akhir sekali saya nak beritahu saudara, saya menulis di surat ini adalah secara ikhlas, dan bukan bermaknanya saya ingin membela UMNO seratus peratus (100%). Saya pun bukan suka sangat kepada UMNO itu, tetapi saya LEBIH TAK SUKA kepada PAS kerana tutur kata Nik Aziz sejak sekian lama sentiasa bercanggah dengan Al-Quran. JIKA NAK TAHU, BACALAH SURAT YANG SAYA TULIS INI HINGGA KE SURAT AKHIR IAITU SURAT NO. 32.

j.     Satu daripada berpuluh-puluh sebab mengapa saya tidak suka kepada UMNO ialah apabila buka Tv1, banyak rancangan berjoget, menyanyi dan hiburan-hiburan lain sejak sekian lama (berpuluh tahun) hingga boleh menyumbang kepada kelalaian dan kerosakkan kepada generasi muda. Berjoget, menyanyi dan hiburan-hiburan lain sepatutnya dipindahkan ke saluran Tv2. Atas kertas Tv1 ialah SALURAN INFORMASI tetapi penuh dengan hiburan seolah-olah ajaran Islam itu tidak dapat masuk ke dalam kepala Menteri yang bertanggungjawab kepada Tv1 dan Tv2 itu. Hiburan yang sama pun telah masuk ke saluran Tv Hijrah. Tak tahulah apa nak jadi.
SURAT NO. 5

Terdapat di kalangan orang-orang Melayu gemar membaca Al-Quran, ada yang gemar membaca novel, ada yang gemar membaca berita perkembangan politik semasa tanahair dan berbagai lagi.

Di bawah ialah pesanan yang telah menjadi wasiat kekal Theodor Herzl kepada bangsa Yahudi yang perlu kita ketahui demi untuk mengukuhkan politik orang-orang Melayu.

Dulu, bangsa Yahudi tidak ada negara dan hidup merempat di serata tempat di seluruh dunia. Ringkas, maka muncullah seorang manusia pintar bangsa Yahudi bernama Theodor Herzl (TH) yang bercita-cita besar untuk menebuskan maruah bangsanya yang sentiasa ditindas di mana mereka berada.

TH ialah seorang peguam dan wartawan di Perancis berasal dari negara Austria bercita-cita tinggi bagi penubuhan kekal negara Yahudi di bumi Palestin. TH berjaya mengumpulkan semua wakil-wakil daripada semua pertubuhan kecil dan pertubuhan besar Yahudi di seluruh dunia bagi membincangkan  idea tersebut di persidangan Kongres Pertama Yahudi di Basel, Switzerland pada 27hb. hingga 29hb. Ogos 1897 iaitu 115 tahun yang lalu.

Pada mulanya idea tersebut dianggap “idea kosong” yang pasti tidak akan berjaya kerana Kerajaan Islam yang menguasai bumi Palestin semasa itu sangat kuat dan tidak boleh dicabar atau digugat oleh mana-mana kuasa.

Namun, TH tidak peduli itu semua, dan dipersidangan yang penuh emosi itu TH dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh telah menyusun sepatah demi sepatah kata-kata semangatnya, akhirnya beliau mendapat tepukan gemuruh berterusan selama 1 jam 55 minit 10 saat, dan tepukan gemuruh itu diminta dihentikan bagi membolehkan TH meneruskan ucapannya.

Ringkas, pesanannya itu yang kini menjadi wasiat kekal bangsa Yahudi ialah:

Jika kita ingin berjaya sesuatu yang kita rasa adalah mustahil untuk dicapai, maka kita hendaklah sentiasa mempunyai cara berfikiran yang berlainan daripada manusia-manusia lain. Cara berfikiran yang berlainan itu hendaklah (bukan harus) sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. Jika kita masih menggunakan cara berfikiran yang sama, maka kita akan menjadi lebih hina daripada apa yang kita rasai pada hari ini dan sebelum ini. Kita hendaklah menyusun langkah yang berani tanpa mengisytiharkan nama-nama musuh sebelum kita menang.

Hari ini dan sejak sekian lama, bangsa Yahudi sentiasa menganggap dan mengiktiraf setiap Ahli Politik Bangsa Yahudi di negaranya (Israel) atau di negara-negara lain sebagai manusia pintar, dan dengan sebab-sebab itulah semua bangsa Yahudi sentiasa merayu kepada bangsanya yang kurang pintar supaya tidak terlibat dalam politik, kerana dibimbangi kekuatan negaranya akan menjadi lemah pada masa itu dan seterusnya melalui hari-hari yang bernama esok.

Mereka (bangsa Yahudi) sentiasa sedar dan tidak pernah lalai dalam mempertahankan kedaulatan negara mereka. Mereka sentiasa berpendapat jika ahli politik mereka kurang pintar, pastilah negara mereka akan menjadi lemah dan hilang daripada peta dunia kerana negara mereka dikelilingi negara-negara Arab yang sentiasa memusuhi mereka, dan bangsanya berkemungkinan kembali sengsara serta merempat di merata dunia seperti sebelum ini yang dialami oleh datuk nenek moyang mereka jika langkah-langkah tertentu untuk mempertahankan negara mereka kurang diambil perhatian.

Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain dan juga pemimpin-pemimpin UMNO perlu baca tulisan ini berkali-kali untuk menjadi pengajaran berguna demi kekuatan bangsa dan Islam.

Negara sedang menuju status negara maju menjelang tahun 2020. Dengan sebab itu UMNO perlu meletakan calon-calon pintar yang berkebolehan pada PRU-13 kelak sama ada di Kerusi Parlimen atau Kerusi DUN bagi melawan calon-calon PAS yang kurang pintar dan hanya mempunyai kelulusan di bidang agama sahaja.

Politik merangkumi semua bidang dan semua bidang itu perlu diisi dengan sempurna tanpa pilih kasih. UMNO sewajarnya membuka peluang kepada ahli akademik yang terdiri daripada profesion perguruan atau pensyarah, peguam dan wartawan sebagai calon di Kerusi Parlimen atau Kerusi DUN walau pun mereka itu bukan terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

Profesion kewartawanan perlu diberi keutamaan sebagai calon sama ada di Kerusi Parlimen, atau Kerusi DUN atau pun lantikan sebagai Senator disamping ahli-ahli ekonomi lain, pegawai kanan kerajaan, ahli perancang bandar, jurutera elektrik atau jurutera jentera, jurutera pembinaan, doktor perubatan, bekas pegawai kanan tentera atau polis disamping jurusan-jurusan lain yang difikir munasabah, dan tidak terhad kepada Ketua UMNO Bahagian atau Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.

Pada PRU-12 (2008) yang lalu, terdapat juga calon-calon UMNO terdiri daripada tukang perak (kraftangan) yang tiada kelulusan tinggi, penghulu JPP atau lain-lain yang kurang pengalaman dalam politik di peringkat negara. Disebabkan mereka mempunyai hubungan baik dengan Ketua UMNO Bahagian, maka nama mereka terpilih. Akhirnya pengundi menolak mereka dan memberi kemenangan kepada parti lawan. Jika amalan ini masih diamalkan, perkara sama pasti akan berlaku dan pemimpin tertinggi UMNO hendaklah mengambil perhatian serious peringatan ini.

Mana-mana calon yang sudah tewas sebanyak 2 kali atau ke atas, tak perlu dicalonkan lagi. Dunia sudah berubah, jika orang itu sudah kalah, UMNO perlu cari orang lain. Penduduk Melayu ramai, takkanlah hendak pilih orang itu sahaja. Macamlah tiada ada orang lain lagi.

SURAT NO. 6

Hari ini dan sejak wafatnya Rasulullah s.a.w., terdapat umat Baginda sangat berhati-hati dan berasa berat untuk berhujah dengan orang-orang yang bergelar atau mengelarkan diri mereka sebagai ulama walaupun ada perkara-perkara mungkar pada diri mereka yang perlu diperbetulkan.

Ia tersekat secara automatik kerana timbul rasa malu untuk berhujah dengan mereka yang terlalu berimej Islam walau pun mereka itu jelas mengamalkan perkara-perkara kemungkaran.

Mengambil kira bahawa orang-orang Melayu dalam UMNO mempunyai kuasa pemerintahan negara dan menerajui Kerajaan Persekutuan sehingga kini, maka kita tiada pilihan lain melainkan perlu berani untuk terus menyokong mengekalkan kuasa politik UMNO pada PRU-13 kelak.

Oleh itu orang-orang Melayu hendaklah berusaha mengukuhkan sebuah sahaja parti politik orang-orang Melayu iaitu UMNO dan menolak PAS, kerana sudah terbukti UMNO telah banyak berjasa kepada orang-orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

Sejak Parti Islam Se-Malaya atau dikenali sebagai PAS ditubuhkan pada tahun 1951, ia tidak banyak memberi manafaat kepada orang-orang Islam di negara ini khususnya bangsa Melayu yang seratus peratus beragama Islam, bahkan ia sentiasa mengganggu-gugat perpaduan sesama Islam dan mengkucar-kacirkan masyarakat Melayu berkaitan pegangan agama di mana mereka sentiasa mempunyai fahaman yang berlawanan dengan Al-Quran atau Hadis Nabi s.a.w.

Sejarah penubuhan PAS dan dasar perjuangannya yang diumumkan kepada masyarakat Melayu sebelum ini sangat panjang, dan penulis tidak berminat untuk mengupaskan satu persatu kerana ia tidak membawa apa-apa makna. Bahkan Nik Aziz dan Haji Hadi sebelum ini sentiasa melaung-laungkan bahawa Perlembagaan PAS ialah Al-Quran. Namun pengajaran daripada Al-Quran diketepikan demi untuk kepentingan politik.

Penulis ingin mengupas beberapa persoalan yang sangat mengelirukan pemikiran orang-orang Melayu pada hari ini dan sejak sekian lama terutama yang jahil pemahaman kandungan Al-Quran sejajar dengan tuntutan agama.

Dalam banyak sudut, perjuangan PAS sebenarnya adalah bercanggah daripada apa yang tersebut dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w., dan ada yang terkeluar daripada ajaran Islam berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Perkara ini ditimbulkan kerana sudah banyak kali Nik Aziz bercakap mengarut dan ia sering kali telah dicabar oleh beberapa ulama di luar PAS, namun Nik Aziz sendiri menolak cabaran tersebut dengan berbagai alasan untuk mengelakkan dirinya terus dicabar.

Ini sangat berbeza pada awal tahun 1984 di mana seorang yang sangat terpengaruh ketika itu dan sedang menaiki anak tangga ke atas dalam PAS iaitu Haji Hadi  dengan lantang mencabar kepimpinan UMNO untuk berdebat dengan PAS mengenai Islam.

Disamping mempunyai pengiring lebihkurang 100 orang di setiap ceramah PAS, beliau sangat lantang berhujah dan sentiasa memandang rendah kepada pemimpin UMNO lain termasuklah kepada gurunya sendiri iaitu Menteri Besar Terengganu (Wan Mokhtar) ketika itu.

Cabaran demi cabaran itu menjadi  berpanjangan dan suasana negara ketika itu menjadi semakin tegang ekoran daripada cabaran PAS itu.

Akhirnya tarikh perdebatan telah ditetapkan dan keadaan orang-orang Melayu semasa itu bertambah tegang. Memandangkan kepada keadaan negara bertambah tegang dan hampir-hampir tidak dapat dikawal semasa itu, maka DYMM Yang di Pertuan Agong (Sultan Pahang) semasa itu telah menggunakan kuasa pemerintahnya dengan membuat keputusan betul dengan membatalkan perdebatan tersebut demi untuk kebaikan agama Islam dan orang-orang Melayu keseluruhannya.
Titah perintah Tuanku semasa itu adalah betul seratus peratus dan seluruh rakyat terutamanya orang-orang Melayu dan orang-orang Islam lain ketika itu terus berterima kasih kepada Tuanku dengan pembatalan pendebatan itu. Suasana sebenar tidak dapat saya bayangkan kerana ketika itu saya berada di negara Jerman.

Hari ini orang-orang Melayu sudah terlupa sejarah itu di mana Raja-Raja Melayu tetap menjadi payung kepada semua rakyat negara ini dan peranan Tuanku itu patut dikenang selama-lamanya.

Pada masa itu keberanian PAS untuk berdebat dengan UMNO sangat terserlah kerana pemimpin PAS beranggapan bahawa pemimpin UMNO ketika itu merupakan orang bodoh dan tidak mempunyai pengetahuan ilmu agama yang secukupnya untuk berdebat dengan mereka.

Hari ini sangat berbeza berbanding di tahun 1984. Hari ini apabila terdapat ulama-ulama yang berada di luar PAS mencabar Nik Aziz atau Presiden PAS Haji Hadi untuk berdebat, maka pemimpin PAS itu menolak dengan alasan mereka yang mencabar PAS itu adalah “ulama kampung” atau ulama yang tidak mempunyai kuasa dalam Kerajaan Persekutuan, dan yang sebenarnya ialah pemimpin PAS itu sendiri yang terlalu takut untuk berdebat kerana telah banyak melanggar titah perintah Allah seperti apa yang ada disebut dalam Al-Quran.

Sehubungan dengan itu apabila timbul cabaran berdepat daripada Ustaz Abdullah Sa’amah (Pengasas Pondok Genting, Tumpat. Kelantan) dan seorang Prof. Madya Mohd. Nor Deris daripada Pusat Pengajian Islam di Nilam Puri, Kelantan iaitu veteran ulama UMNO yang ditujukan kepada Nik Aziz dan Haji Hadi, maka pemimpin PAS itu kelihatan seperti cacing kepanasan, penikus takut berhadapan. Inikah contoh terbaik yang ditunjukkan oleh pemimpin tertinggi PAS yang melaung-laungkan perjuangan Islam?

Jika begini sudah takut, bagaimana pula jika di satu hari nanti apabila menjadi Perdana Menteri mampu berdebat di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu?

Nik Aziz sebenarnya banyak memasang perangkap dengan menggunakan perkataan-perkataan Islam, mengaitkan nama Allah s.w.t., mengaitkan nama Rasulullah s.a.w., mengaitkan Ayat-ayat Al-Quran semata-mata untuk memerangkap pemimpin UMNO yang dianggap jahil ilmu agama. 

Namun perangkap yang dipasang itu sebenarnya telah merangkap dirinya sendiri. Apa tidaknya, kata Nik Aziz boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu ingin membantu kita menubuhkan negara Islam? Syaitan mana? Allah dah larang kita daripada mendekati syaitan (rujuk Surah Faatir Ayat 6).

Nik Aziz juga ada berkata bahawa Allah pun mencarut kerana hendak membela sebuah buku bertajuk “shit” tulisan seorang penyokong PAS ketika itu. Allah juga dikatakan oleh Nik Aziz sebagai samseng. Nik Aziz kata tidak salah tunjukan kemaluan lelaki kepada Puteri UMNO di PRK DUN Kedah pada suatu ketika dahulu hingga menjadi kes mahkamah.

Nik Aziz kata pada PRU-10 (1999) malaikat turun dari langit untuk mengundi PAS di Terengganu hingga PAS berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri di Terengganu. Peliknya pada PRU-11 (2004) Nik Aziz kata lain pula, dikatakan UMNO telah membawa pengundi “hantu” dari Kuala Lumpur menaiki 100 buah bas untuk mengundi UMNO di Terengganu hingga PAS hilang kuasa di Terengganu. Mana perginya malaikat di tahun 1999 itu?

Inilah bentuk-bentuk pembohongan Nik Aziz dalam politik yang perlu ditolak oleh semua orang-orang Melayu di negara ini.

Nik Aziz hendaklah sedar bahawa cabaran yang dibuat oleh Pengasas Pondok Genting dan seorang Prof. Madya tersebut adalah semata-mata untuk membongkarkan penyelewengan fahaman salah yang dibawa oleh Nik Aziz yang mendapat pendidikan agama di sebuah negara Islam yang sentiasa berperang sesama sendiri.

Nik Aziz yang dinobatkan oleh penyokong PAS sejak sekian lama sebagai ulama agung yang boleh menguasai lebih 15 bahasa sepatutnyah terima cabaran itu. Nik Aziz sebenarnya takut menghadapi cabaran itu kerana dibimbangi akan terjejas pengaruhnya dalam PAS yang dipimpinnya.
Hari ini ramai anak-anak Kelantan mempunyai ilmu agama melebihi daripada apa yang ada pada Nik Aziz tetapi mereka sentiasa menyembunyikan kerana dibimbangi akan menjadi riak jika tidak dikawal kerana riak boleh menghapuskan semua amalan baik dan semua pahala ibadat selama ini.

Ramai juga anak-anak Kelantan dianugerahkan Allah dengan mampu menghafal Al-Quran 30 juzuk dan bergelar Al-Hafiz. Manakala Nik Aziz tidak dianugerahkan Allah seperti itu dan Nik Aziz bukanlah manusia bergelar Al-Hafiz. Nik Aziz hanya bergelar gelaran yang jauh lebih rendah daripada Al-Hafiz iaitu gelaran tuan guru atau tok guru sahaja di kalangan rakyat Kelantan yang jahil ilmu Al-Quran.


SURAT NO.7



Apabila Nik Aziz dan pemimpin tertinggi PAS lain berucap, ia lebih kepada merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama tertentu yang tidak pasti kesahihannya berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Contohnya, akan masuk syurga seseorang itu apabila memberi makanan “sekeping roti” kepada seekor anjing, dan masuk syurgalah seseorang itu jika “mengundi PAS” untuk menubuhkan negara Islam dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK).


Ringkas, penulis ingin bertanya Nik Aziz, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS, masuk syurgakah semua penduduk Islam di negara Arab Saudi kerana negara ini adalah negara Islam?

Kenyataan “masuk syurga” oleh Nik Aziz dan pemimpin PAS lain seperti di atas sebenarnya kenyataan yang tidak berakhlak dan terkeluar daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Kenyataan sedemikian rupa adalah bertujuan memesongkan pemikiran orang-orang Islam yang jahil ilmu agama semata-mata untuk kepentingan politik PAS yang dipimpinnya. Ia lebih kepada memenuhi mengikut kemahuan nafsu selera  syaitan yang ada pada pemimpinnya sahaja tanpa memikirkan nasib masa depan anak bangsa yang beragama Islam. Kenyataan seperti itu sebenarnya boleh merosakkan dari segi kepercayaan atau akidah seseorang itu.

Perkara pertama penulis ingin mengajak para pembaca merenongi sejenak ialah  sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah dari Mekah. Baginda pernah berkata bahawa segala amal adalah bermula dengan niat, dan setiap seseorang itu akan mendapat balasan menurut apa yang diniatkannya.

Sehubungan dengan itu Baginda berkata lagi bahawa jika maksud niat seseorang itu yang berhijrah bersamanya ke Madinah demi untuk agama Islam, maka pahalanya itu pastilah mendapat ganjaran yang sesuai dengan niat orang yang melakukan hijrah itu.

Ringkas, Rasulullah s.a.w. ialah Rasul terakhir pilihan Allah s.w.t., dan Baginda tidak pernah pun berjanji kepada semua pengikutnya yang berhijrah bersama Baginda ke Madinah akan masuk syurga sebagaimana janji Nik Aziz kepada semua pengundi yang mengundi PAS dalam mana-mana PRU atau PRK sebelum ini.

Adalah tidak mungkin syurga Allah kelak dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin PAS atau penceramah-penceramah PAS yang suka memaki hamun orang, atau ahli-ahli PAS atau pengundi-pengundi yang mengundi PAS.

Sebagai orang Islam, kita tidak boleh walau sedikit pun taksub kepada Nik Aziz atau kepada sesiapa pun. Manusia sebenarnya tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Manusia yang waras ialah manusia yang sentiasa berhati-hati dalam seluruh kehidupannya kerana peluang hidup di dunia ini hanyalah diberi Allah sekali sahaja.

Apabila berada di alam kubur semua kesilapan atau kesalahan tidak dapat ditebus kembali atau boleh kembali semula ke dunia ini. Nik Aziz bukanlah seorang pendakwah, dia hanyalah seorang ahli politik yang jijik bertopengkan atas nama Islam.

Adalah menjadi tidak salah jika kita taksub kepada Rasulullah s.a.w., Al-Quran dan As-Sunnah dan itulah sebaik-baiknya sebagai orang Islam.

Nik Aziz berkata kerjasama PAS dengan DAP dibenarkan oleh Islam seperti mana kerjasama Rasulullah dengan orang Yahudi. Sebenarnya kerjasama Baginda dengan orang Yahudi hanya terhad kepada perniagaan atau dalam memberi bantuan kemanusiaan sahaja.

Baginda tidak pernah berkerjasama dengan Abi Talib (bapa saudaranya) dalam dakwah, namun Abi Talib sentiasa memberi kerjasama dan perlindungan kepada Baginda. Itu sahaja dan janganlah hendak kaitkan kerjasama PAS dengan DAP sama seperti kerjasama di antara bapa saudara Baginda itu dengan Baginda.

Abi Talib tidak pernah mempertikaikan anak saudaranya (Baginda) itu dalam menyebarkan dakwah Islam. Tetapi sangat berbeza di antara kerjasama PAS dengan DAP. DAP sentiasa memberi amaran kepada PAS, itu kamu boleh buat, ini kamu tidak boleh buat (langkah mayat aku dahulu. Jelas lagi bersuluh.

Sehubungan dengan itu, cuba kita merenongi di saat-saat kematian bapa saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Abi Talib. Ringkas, umum tahu bahawa Abi Talib mati bukan dalam Islam dan sesungguhnya beliau gagal di sisi Allah s.w.t., dan Rasulullah s.a.w. amat sedih sekali kerana mengingati kembali jasa-jasa atau pengorbanan-pengorbanan besar serta keselamatan-keselamatan, atau perlindungan-perlindungan lain yang diberikan kepada Baginda semasa bapa saudaranya itu masih hidup.

Ringkas, semasa Abi Talib masih hidup, tidak sesiapa pun berani mengganggu gugat semasa Rasulullah berada di depannya. Jasa-jasa Abi Talib sangat besar dan tidak boleh dihitung dengan nilaian wang ringgit. Bukan setakat itu bahkan Abi Talib tetap menunjukkan kasih-sayangnya yang tinggi dan tidak berbelah bagi kepada anak saudaranya itu (Baginda).

Namun, Abi Talib meninggal dunia dalam keadaan gagal di sisi Allah. Rasulullah s.a.w. ada berkata, aku akan terus beristighfar untuk kau (bapa saudaraku) sehingga aku diperintahkan berhenti berbuat sesuatu untuk kau oleh Allah s.w.t., dan di masa itu turunlah wahyu Allah (Ayat Al-Quran):

Surah Taubah Ayat 113 bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

(maknanya ada larangan tegas daripada Allah s.w.t. supaya tidak meminta sesuatu keampunan bagi orang-orang musyrik itu walaupun mereka itu dari kaum kerabat sendiri). Baginda terus bersedih dan turun lagi wahyu Allah (Ayat Al-Quran):

Surah Al-Qasas Ayat 56 bermaksud: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan) untuk mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam).

(Maknanya orang-orang yang berdegil dalam kekufurannya, engkau tidak dapat memimpinnya ke jalan Islam sekalipun dia itu adalah orang-orang yang sangat-sangat engkau kasihi, kerana engkau hanyalah bertugas menyampaikan perintah Allah, dan Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk yang disertai dengan taufiq kepada sesiapa yang dikehendakinya, menurut undang-undang peraturanNya).

dan selepas itu Rasulullah s.a.w. ada berkata bahawa bapa saudaranya itu (Abi Talib) berada di hujung api neraka, dan kalau tidak kerana aku, sudah pastilah dia di lapisan terbawah api neraka.

Dengan hujah-hujah di atas maknanya bukan senang seseorang itu untuk masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. juga tidak boleh berbuat apa-apa jika seseorang itu tidak mempunyai amalan secukupnya untuk bekalan di akhirat kelak. Amalan hendaklah disertai dengan apa yang diperintahNya dan menjauhi apa yang dilarangiNya.

Dengan itu janganlah kita termakan bisikan Nik Aziz dan pemimpin PAS lain bahawa jika mengundi PAS maka akan dimasukkan ke syurga atau mendapat pahala. Mana Nik Aziz tahu? Mengundi bukan satu ibadat. Silap haribulan mendapat dosa kerana memilih parti yang mana pemimpin-pemimpinnya kaki putar-belit Ayat-Ayat Al-Quran. Bisikan itu lebih kepada bisikan syaitan.

SURAT NO. 8

Melayu mudah lupa kata Tun Mahathir semasa menjadi PM pada suatu ketika dahulu. Dengan sebab-sebab itulah Melayu juga mudah ditipu. Elakanlah.

Melayu mesti ingat. Pakatan pembangkang yang terdiri daripada 3 parti iaitu DAP (ketua), PKR (tim. ketua) dan PAS (askar DAP) telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah-belahkan dan mengkucar-kacirkan orang-orang Melayu dalam politik, dan di masa yang sama mereka berjaya menyatukan kaum tertentu.

Hasrat kaum tertentu untuk melihat kaumnya menjadi tuan besar atau lebih berjaya dalam politik selepas berjaya dalam bidang ekonomi akan tercapai jika orang-orang Melayu itu sendiri terus memberi undi kepada PAS.

Mulut pemimpin PAS sama ada daripada golongan ulama atau bukan ulama memang gatal mulut. Contoh, semasa krisis politik di Mesir baru-baru ini hingga tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak, ada pemimpin PAS menghasut pelajar-pelajar di Mesir dan menghasut keluarga-keluarga mereka di tanah air supaya membenci UMNO dan pemimpin UMNO kerana lambat menghantar bantuan.

Nik Aziz ingat nak pergi ke Mesir itu sangat mudah seperti nak bergerak dari rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu ke Bandar Kota Bharu, atau semudah untuk pergi ke ceramah PAS kah?. Diperjelaskan di sini bahawa setiap kapalterbang yang hendak pergi ke sana diwajibkan terlebih dahulu mendapat kebenaran melintasi ruang udara negara-negara terlibat. Juga mesti mengaturkan persiapan untuk mengisi minyak kapalterbang.

Ia akan menjadi lebih rumit jika melibatkan kapalterbang tentera. Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin lain dalam PAS hendaklah banyak belajar pengurusan dan keselamatan sesebuah negara dan janganlah jadi manusia seperti kurang ilmu selama-lamanya, lebih-lebih lagi bergiat dalam politik.

Sejarah Rasulullah s.a.w. bersama bapa saudaranya Abi Talib sangat panjang. Sesungguhnya baginda berasa amat sedih kerana bapa saudaranya itu telah gagal di sisi Allah dan mati di luar Islam. Hari ini, mati seseorang itu sama ada dalam Islam atau mati di luar Islam sudah tidak menjadi perhatian lagi kepada penyokong-penyokong PAS terutamanya di negeri-negeri Kelantan, Terengganu atau di Kedah.

Penyokong-penyokong PAS hanya akan memberi perhatian sama ada kematian seseorang itu di dalam UMNO atau di dalam PAS sahaja. Inilah hebatnya ajaran dan fahaman songsang PAS yang mendakwa Islam yang dibawa oleh Nik Aziz dan Haji Hadi itu adalah Islam tulin, dan sebenarnya telah membelakangkan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda.

Kenyataan ini janganlah cuba dinafikan oleh Nik Aziz atau Haji Hadi dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS kerana ia memang berlaku. Ini adalah satu kenyataan. Begitu juga apabila seseorang itu ingin mengadakan tahlil kematian yang biasa diadakan pada malam Jumaat. Rumah tu orang kita ke? (merujuk kepada pertanyaan sama ada majlis itu diadakan di rumah penyokong PAS atau UMNO).

Ini adalah fahaman kurafat yang masih diamalkan oleh kebanyakan penyokong PAS dan ia hendaklah ditentang habis-habisan oleh bangsa Melayu itu sendiri yang akalnya masih belum dirosakkan oleh pengaruh PAS.

Sesungguhnya jika kita mahu berdakwah mengikut jalan lurus yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., kita hendaklah sentiasa berhemah tinggi serta ada keikhlasan. Kita tidak boleh mereka-rekakan sesuatu yang tidak benar walaupun berniat baik semata-mata untuk kesuburan Islam.

Garis panduan Islam hendaklah sentiasa dipatuhi. Pantang larang agama hendaklah sentiasa dipegangi. Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, segala perbuatan buruk hendaklah dijauhi seperti menunjukkan kemaluan kita kepada orang lain atas nama perjuangan Islam, lebih-lebih lagi kepada wanita Islam. Dimanakah letaknya maruah kita sebagai umat Muhammad s.a.w. yang sentiasa mengagung-agungkan agama Islam melalui perjuangan PAS, parti Islam?

Patutlah, sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951, PAS masih belum berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Hari ini perjuangan PAS sudah terbalik.

Apa yang disuruh oleh Allah tidak dibuatnya, tetapi apa yang dilarang oleh Allah dibuatnya. Contohnya, Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS telah dan masih  bergantung harap pertolongan orang-orang kafir dalam DAP untuk mencapai kemenangan PAS bagi menumbangkan UMNO dalam mana-mana PRU atau PRK. Rasulullah pernahkah buat kerja-kerja merosakkan seperti PAS itu?

Hari ini dan sejak sekian lama Nik Aziz dan pemimpin lain dalam PAS sentiasa berbohong kepada penyokong-penyokong PAS dengan berkata bahawa pemimpin-pemimpin dan seluruh ahli DAP sudah jelas dan menerima perjuangan PAS.

Kenyataan-kenyataan itu adalah palsu belaka dan ia lebih kepada memesongkan pemikiran orang-orang Melayu di kampung-kampung supaya terus menyokong PAS untuk mencapaikan cita-cita politik pemimpin PAS.

Jika benar, dah berapa ramai, berapa puluh ribu ahli-ahli DAP yang bukan Islam itu telah memeluk agama Islam ? Keluarkan senarai lengkap nama-nama ahli DAP yang sudah memeluk agama Islam. PAS sebenarnya tidak boleh menipu orang-orang Melayu selama-lamanya. Hanya manusia jahil sahaja yang akan terus menerima dan mempercayai apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS.

Hari ini orang-orang Melayu sudah ramai menjadi bijak pandai hasil daripada usaha-usaha pemimpin UMNO dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN). Orang-orang Melayu mampu menilai sejauh mana kemampuan Nik Aziz bersama pemimpin-pemimpin PAS lain dalam mentadbir urus negeri Kelantan, Kedah dan Selangor.
Dahulu, semasa BN berkuasa di Selangor berbuih mulut penceramah PAS melaung-laungkan untuk menutup kilang arak di Selangor jika PAS berkuasa. Bermati-matian melaungkan suara semangat perjuangan Islam dan disambut dengan ucapan takbir. Hari ini bagaimana? setelah berkuasa di Selangor. Semuanya tidak menjadi dan isu arak ini tidak pula dibangkitkan di mana-mana ceramah PAS.

Lebih buruk lagi seorang Ahli Parlimen PAS dari negeri Selangor telah membuat cadangan kepada kerajaan negeri Selangor supaya kilang arak yang berada di tepi Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam itu dipindahkan ke satu kawasan lain. Jika ini dilaksanakan sudah pastilah kilang arak itu akan menjadi lebih besar daripada sekarang. Bodoh betul pemimpin PAS itu, macam mana nak takbirkan seluruh negara.

Apabila soalan ini diajukan kepada Nik Aziz oleh pemberita, Nik Aziz dengan sombong berkata dia tidak mahu campor hal ehwal negeri lain. Pandai mengelak ! Dahulu, semasa pentadbiran negeri Selangor di bawah UMNO (BN) setiap malam penceramah upahan PAS hentam kerajaan negeri supaya menutupkan kilang arak itu. Hari ini PAS senyap dan taring PAS sudah pun digergajikan oleh DAP yang lebih berkuasa di Selangor.

Sebenarnya PAS tidak pandai menipu kerana orang-orang Melayu hari ini mampu menghidu perjuangan songsang PAS itu. Hanya manusia jahil ilmu agama termasuk jahil dalam ilmu Al-Quran sahaja akan terus mempercayai dan menyokong perjuangan palsu PAS selama-lamanya.

Nik Aziz, Haji Hadi dan penceramah-penceramah PAS serta pemimpin tertinggi lain dalam PAS sentiasa melaung-laungkan suara yang tinggi sambil berkata: “Kita perlu tolak Islam yang dibawa oleh UMNOOOOOO” (panjang 6 harakat) dan disambut dengan ucapan takbir, takbir, takbir, dan dengan sombong mereka berkata lagi: “Kita hendaklah terima Islam yang dibawa oleh PAS” dan sekali lagi disambut dengan ucapan takbir, takbir, takbir. Masya’Allah, bila masanya Nik Aziz dan Hadi Hadi menerima wahyu daripada Allah? Tak apa dunia akhir zaman! Katalah apa yang anda suka.

Mana ada Islam yang di bawa oleh UMNO ? dan mana ada Islam yang di bawa oleh Nik Aziz ? dan mana ada Islam yang di bawa oleh PAS ? Agama Islam hanya dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. sahaja. Tak tahu ke?

Para pembaca sekalian, percayalah, Islam hanya satu sahaja di muka bumi ini atau di dunia ini atau di seluruh alam ciptaan Allah s.w.t. Percayalah, Islam selain daripada yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang kita cintai, yang kita kasihi dan yang kita sayangi itu adalah Islam palsu termasuklah Islam yang dibawa oleh Nik Aziz atau Islam yang dibawa oleh PAS.

Contoh, dalam Islam tidak boleh “berpecah belah”, di Kelantan dan di beberapa tempat lain di negara ini memang ada yang mengamalkan Islam yang dibawa oleh PAS dan sebab itulah berlaku perpecahan sesama Islam kerana bertembung di antara Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dengan Islam yang dibawa dan diamalkan oleh PAS pimpinan Nik Aziz.

Sehubungan dengan itu maka lahirlah dua (2) imam iaitu imam UMNO dan imam PAS apabila bersolat di masjid atau di surau yang sama pada waktu yang sama.

Penulis berpendapat, dalam isu ini adalah tidak menjadi kesalahan dari segi hukum agama jika kita berimamkan kepada imam PAS atau imam UMNO sekiranya imam berkenaan itu mampu membaca Ayat Al-Quran dengan betul mengikut “hukum tajwid” dalam solat. Masalah yang sentiasa timbul itu bukannya masalah kemampuan membaca Ayat Al-Quran dengan betul mengikut hukum tajwid dalam solat, tetapi masalah fahaman politik yang berbeza. Perkara ini timbul kerana ada desakan dan seruan daripada pemimpin PAS supaya jangan berimamkan dengan imam UMNO. Itu saja.

 SURAT NO. 9 

Pengertian ulama seperti yang tersebut dalam Al-Quran ialah orang-orang Islam yang berilmu. Sebagai contoh di Surah Faatir Ayat 28 bermaksud: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut melanggar perintah Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang berilmu (ulama).

Umum tahu bahawa Nik Aziz bukanlah seorang ulama. Lebih tepat lagi, Nik Aziz ialah seorang ulama politik (orang-orang berilmu dalam politik) yang banyak menimbulkan keraguan berkaitan hukum agama, dan pendapatnya sentiasa berlawanan dari apa yang disebut dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Contoh-contoh keraguan yang dibawa oleh Nik Aziz ialah boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan nak bantu menubuhkan negara Islam. Syaitan mana ? Keraguan lain ialah Nik Aziz sentiasa bercakap kotor seperti UMNO komunis, Allah mencarut, Allah samseng, orang Sarawak pakai cawat kerana menolak Pakatan Rakyat, orang Tenang, Johor seperti Arab Jahilliah kerana tidak mengundi PAS dan berbagai-bagai lagi.

Dahulu Nik Aziz kata jika mengundi PAS akan mendapat syurga. Kini Nik Aziz kata dapat pahala pula jika mengundi PAS. Mudahnya boleh masuk syurga. Sebelum ini penceramah PAS ada berkata, Nik Aziz kata jika 2 kali mengundi PAS dalam mana-mana PRU atau PRK pahalanya adalah sama seperti mengerjakan Haji di Mekah. Patutlah Nik Aziz menyokong supaya ahli-ahli PAS menangguhkan ibadat Haji kerana  pahala ibadat tersebut sudah pun diperolehi sebelum ini.

Mudahnya dapat pahala Haji. Jika seseorang itu mati terjatuh pokok semasa memanjat untuk memacak bendera PAS, maka mati itu adalah dianggap sebagai mati syahid. Mudahnya dapat mati syahid. Bekerja untuk PAS bagi menghadapi satu-satu PRU atau PRK, pahalanya adalah sama seperti beribadat sepanjang tahun. Patutlah terdapat ramai penyokong PAS tidak sembahyang.
Pandai sungguh Nik Aziz dan kepimpinan ulama politik serta pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuk penceramah-penceramah politik PAS yang mencari makan dalam PAS mereka-reka sesuatu bertujuan menipu penyokong PAS yang jahil ilmu agama. Sampai bilakah hendak buat kerja-kerja keji seperti itu ?

 Rujuk Al-Quran di Surah Al-Maa’idah Ayat 3 (di bahagian hujung Ayat) bermaksud:

Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa daripada memesongkan kamu dan agama kamu setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya. Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Huraian 1 : Tuan Guru Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS tentlah faham Ayat 3 tersebut. Maknanya, orang-orang kafir dalam DAP sudah putus asa seperti apa yang dimaksudkan dalam Ayat tersebut, dan dengan sebab itulah pemimpin nombor 1, nombor 2 dan nombor 3 dalam DAP telah berusaha bersungguh-sungguh menggunakan pengaruh PAS untuk menumbangkan UMNO yang banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

Lihatlah saja, berapa puluh ribu masjid yang telah dibina oleh kerajaan pimpinan UMNO dan menyediakan pula peruntukan menyenggarakannya. Itu belum lagi mengambil kira peruntukan lain untuk kemajuan Islam di seluruh negara, termasuklah menyediakan peruntukan khas untuk bantuan kepada orang-orang Islam lain di negara-negara lain seperti di Selatan Filipina, Selatan Thailand, Kamboja, Indonesia, Palestin dan negara-negara lain.

Huraian 2 : Ayat tersebut Allah menyuruh manusia hanya takut kepadaNya sahaja. Tetapi pada hari ini dan sejak berakhirnya PRU-12, Nik Aziz lebih takut kepada Lim Guan Eng yang dinobatkannya sebagai Khalifah Umar Bin Abdul Aziz bilamana ada ura-ura sebahagian kecil pemimpin PAS dan UMNO ingin menubuhkan kerajaan perpaduan maka cepat-cepat Nik Aziz menolaknya dengan alasan “apa pula kata Guan Eng”, nampak sangat Nik Aziz itu takut dan gentar kepada Lim Guan Eng daripada takut kepada Allah s.w.t.  

Hari ini Nik Aziz bersama pemimpin PAS lain telah berjaya menarik keluar sebahagian orang-orang Islam yang jahil dalam pemahaman agama masuk ke dalam perangkap fahaman Islam yang diamalkan oleh mereka dalam PAS, dan menjadilah mereka itu golongan yang sesat selama-lamanya.

Penyokong-penyokong PAS sebenarnya hanya ingin mati dalam PAS sahaja, dan bukannya mati dalam Islam.

Pada suatu ketika dahulu ada sebuah buku yang banyak unsur-unsur lucah dan mencarut. Buku itu bernama “Shit”. Buku itu dikarang oleh seorang penyokong PAS. Nik Aziz mempertahankan kandungan buku itu dan dengan sombong berkata bahawa Allah pun mencarut juga, Allah juga samseng. Masya’Allah. Islam apa ni?

Ulama-ulama politik PAS lain sama-sama menyokong kenyataan atau pendirian Nik Aziz itu. Tak hairanlah kerana mereka itu semuanya terlalu taksub kepada Nik Aziz. Penulis tidak mahu menghuraikan lebih panjang kisah mencarut ini kerana tidak berminat.

Ringkas, Nik Aziz kata Allah pun mencarut, jadi maknanya sesiapa pun boleh mencarutlah? Adakah ini ajaran Islam yang dibawa oleh PAS? Allah mencipta matahari, minta Nik Aziz melahirkan “seorang anak lelaki berkepala dua”, tentulah tidak boleh.

Janganlah Nik Aziz hendak memburuk-burukan kesucian nama Allah, atau samakan kemampuan Allah dengan kemampuan manusia. Bacalah Al-Quran, bacalah Surah Ar-Rahmaan (Tuhan Yang Maha Pemurah), kerana pada awal Surah ini Allah menegaskan bahawa Dialah Tuhan Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya, yang mengajar Al-Quran sebagai nikmat pemberian yang tidak ada tolak bandingnya. Surah ini diakhiri dengan menegaskan “Kesucian nama Allah”, Tuhan yang mempunyai “Kebesaran dan Kemuliaan” “Dzul-Jalaali-Wal-Ikraam”.

Pada suatu ketika dahulu, seorang wanita Ahli Parlimen bukan Islam naik dan masuk ke dewan solat sebuah surau di Kajang. Heboh satu negara. Nik Aziz mempertahankan Ahli Parlimen itu dengan mendakwa ia tidak menjadi kesalahan di sisi agama Islam kerana di zaman Rasulullah s.a.w. pun Baginda ada menjemput serta membenarkan orang kafir tinggal masjid, boleh tidur, boleh makan, boleh mandi dan lain-lain lagi, kata Nik Aziz dengan sombong daripada raut wajahnya yang disiarkan dalam segmen berita Tv.

Saya nak tanya Nik Aziz. Namakan di masjid manakah Rasulullah menjemput dan membenarkan orang kafir tinggal di masjid? Sebenarnya isu ini telah pun disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu pada ketika kejadian itu dengan memetik cabaran daripada Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali. Hingga ke hari ini pun Nik Aziz tidak jawab dengan menamakan masjid yang dimaksudkan itu.

Sebenarnya perkara itu tidak berlaku di zaman Rasulullah, ia hanya rekaan Nik Aziz sahaja semata-mata untuk mempertahankan DAP, rakan kongsi politik PAS daripada dipersoalkan oleh orang-orang Melayu. Inilah wajah-wajah ulama politik di akhir zaman ini.

Dijelaskan di sini, sepanjang kerasulan Rasulullah s.a.w., Baginda hanya berada di Kota Mekah dan Kota Madinah sahaja. Kedua-dua kota tersebut adalah tanah haram dan orang-orang kafir tidak dibenarkan memasukinya. Kenyataan Nik Aziz itu adalah rekaan semata-mata. Nik Aziz ingat orang Melayu sekarang masih bodoh dan senang ditipu, seolah-olah dia seorang sahaja yang pandai dalam ilmu agama.

Ahli Parlimen itu seorang wanita Cina bukan Islam, dan ada kemungkinan beliau dalam keadaan “haid”. Umum tahu amalan orang-orang Cina apabila mereka selesai membuang air besar (berak) atau membuang air kecil (kencing), mereka tidak akan basuh menggunakan air, sebaliknya mereka hanya lap sahaja dengan kertas tisu. Semasa berak, seseorang itu juga akan kencing, dan pastilah kencing pun tidak akan di basuhnya.

Adalah tidak mustahil apabila seseorang wanita kencing, air kencingnya itu meleleh ke paha atau ke kedua-dua betisnya. Pastilah dalam keadaan kotor terus masuk ke dewan solat dan bersalaman pula dengan imam serta jemaah-jemaah lain. Masalah ini mungkin Nik Aziz tidak tahu kerana kekurangan ilmu pengetahuan atau pergaulannya dengan dunia luar sangat terhad. 

Katakanlah, jika Ahli Parlimen wanita daripada DAP itu kencing dalam dewan solat sekali pun, saya percaya Nik Aziz tetap akan membelanya dengan berkata di zaman Rasulullah pun ada orang kafir kencing dalam masjid.

Begitulah perangai Nik Aziz yang sepatutnya mampu dibaca oleh orang-orang Melayu apabila timbul satu-satu isu. Jikalah ia dilakukan oleh Ahli Parlimen MCA, atau MIC atau PPP atau parti-parti lain dalam komponen BN, tak tahulah apa akan jadi, pasti seluruh ceramah PAS akan sentuh isu tersebut dan hentam UMNO.

Isu gambar bogel atau separuh bogel Elizabeth Wong seorang exco Kerajaan Negeri Selangor yang diedarkan ke dalam internet pada suatu ketika dahulu, maka muncullah orang bernama Nik Aziz dengan memberi pembelaan dan mempertahankan exco tersebut sambil berkata, kita boleh telanjang dalam bilik atau dalam rumah jika hanya kita seorang sahaja yang ada di situ, cuma malu kepada malaikat sahaja kata Nik Aziz.

Perkara seperti itu pun mahu diulas oleh Nik Aziz yang bertaraf tinggi dalam PAS iaitu berjawatan Mursyidul Am PAS semata-mata untuk memberi pembelaan kepada wanita tersebut.

Penggunaan Kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam. Nik Aziz kata boleh, dan ada pemimpin tertinggi lain dalam PAS kata tak boleh. Pendapat Nik Aziz itu bercanggah dengan pemimpin tersebut dan saya tidak berminat untuk menghuraikan dengan panjang lebar kerana isu tersebut telah pun reda.

Saya tetap berpegang kepada “tidak boleh”. Kalimah Allah hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja dan Kalimah Allah itu tidak pernah pun digunakan oleh penganut Kristian di Eropah, di Russia atau di Amerika.

Kitab Injil dalam bahasa Melayu yang menjadi isu baru-baru ini tidak dipedulikan langsung oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Nampak sangat Nik Aziz tidak berminat untuk mengulaskannya kerana DAP menyokong Injil dalam Bahasa Malaysia, namun dalam isu gambar lucah minat pula Nik Aziz untuk mengeluarkan kenyataan.

Dalam kes Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu ke mana perginya Khalid Samad, Mahfuz Omar, Husam Musa, Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin lain dalam PAS ? Kenapa PAS tidak menghalangnya?

Sesungguhnya kitab Injil dalam bahasa Melayu itu akan membuka ruang kepada orang-orang Islam yang kurang ilmu agama beralih fahaman kepada ajaran Injil.

Perkara ini hendaklah diambil perhatian oleh PAS. Benteng pertahanan kepada orang-orang Melayu yang keseluruhannya beragama Islam terutamanya golongan muda hendaklah diperkuatkan dengan melarang kitab Injil itu di cetak dalam bahasa Malaysia.

Hari ini kebanyakan orang-orang Cina atau India atau bangsa-bangsa lain yang beragama budha atau hindu, atau kristian memang tidak berminat untuk bercakap dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kitab Injil itu perlu berada dalam bahasa Melayu di negara ini?

Ia tidak lain dan tidak bukan adalah bermatlamat untuk menyebarkan ajaran Injil itu kepada orang-orang Melayu yang tidak mempunyai pegangan kuat dalam Islam seperti penyokong-penyokong PAS.
Kita tidak wajar menyesal jika disuatu hari nanti ada di kalangan anak-anak kita berminat kepada kitab Injil itu kerana semasa kuasa masih ada di tangan kita pada hari ini, kita tidak berani menggunakan untuk menghalangnya.

Berbeza di ceramah PAS, Islam! Islam! Islam! tetapi tidak pandai menjaga Islam dalam erti kata yang sebenar-benarnya.   

 SURAT NO. 10

Kelantan negeri Serambi Mekah, Kelantan Membangun Bersama Islam, dan Kota Bharu Bandaraya Islam. Kes penceraian tak payah hurailah. Kes penceraian yang melibatkan seorang ahli DUN daripada PAS dengan seorang wanita Kamboja barangkali belum lagi selesai.

Jika saya berada di pihak ahli DUN itu saya tetap akan menjaganya dan menunaikan segala permintaan untuk keperluan dirinya dan anak-anak saya tanpa di bawa ke mahkamah syariah. Tambah lagi wanita itu ialah seorang muaalaf yang telah meninggalkan agama asalnya dan memeluk agama Islam. Manusia istimewa seperti ini perlu dijaga hingga ke akhir hayat sebagai membuktikan bahawa kita ini pejuang Islam yang sebenar-benarnya, dan bukannya pejuang Islam hanya di atas kertas sahaja.

Bukan itu saja, di Kelantan bab-bab agama juga sangat lemah dan mendukacitakan. Terdapat bacaan Ayat Al-Quran oleh imam-imam semasa solat di masjid-masjid atau di surau-surau di Kelantan didapati sangat lemah, tidak betul bacaan mengikut “hukum tajwid” dan adakah perkara ini tidak disedari oleh Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS? Atau pun mereka juga tidak mendalami ilmu-ilmu bacaan Ayat Al-Quran mengikut hukum tajwid ?

Demi untuk kemajuan Islam di Kelantan, adalah tidak keterlaluan jika saya mendedahkan di sini untuk kebaikan Islam bahawa terlalu banyak kesilapan bacaan Ayat Al-Quran oleh imam-imam di negeri Membangun Bersama Islam semasa solat fardu Maghrib, Isyak dan Subuh di mana kita dapat mendengar dengan jelas bacaannya.
Mengambil contoh antaranya ialah Idgham Bila Ghunnah, Lam sepatutnya dibaca nipis tetapi dibaca tebal, Mad Asli Mutlak dibaca cepat 1 harakat, (Ayat 1 Surah Al-Fatihah iaitu Basmalah @ Bismilah). Izhar Syafawi dibaca dengung, Idgham Syamsi Bila Ghunnah tidak dibaca dengan betul, Mad Lazim Kalimi Muthaqqal yang sepatutnya dibaca 6 harakat telah dibaca 3 atau 4 harakat, maknanya tak cukup harakat (pada Ayat akhir Surah Al-Fatihah). Yang ada dengung tidak dibaca dengung dan berbagai-bagai lain. Baca ikut suka imam sahaja.  

Qalqalah Sughra dan Qalqalah Kubra tidak disebut langsung seolah-olah tiada Qalqalah, dan banyak lagi kesalahan membaca Ayat-Ayat Al-Quran semasa solat oleh imam-imam di negeri Membangun Bersama Islam itu. Mana-mana jemaah yang mahir ilmu bacaan Al-Quran, maka tiada pilihan lain melainkan terpaksa mendirikan solat tersebut sekali lagi bagi memastikan Allah tidak reject solatnya.

Di ruangan ini saya ingin mendedahkan lagi tentang kesilapan membaca Ayat Al-Quran di sebuah masjid di Kelantan Memangun Bersama Islam. Dengan pendedahan ini sekurang-kurangnya Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang sentiasa mendabik dada mendakwa  memperjuangan Islam dapat membuka mata dan memasang telinga seluas-luasnya untuk menjadi pendengar yang baik.

Sebelum ini Nik Aziz ada berkata bahawa orang-orang UMNO tidak pandai membaca Al-Quran. Tahukah Nik Aziz dan ulama politik PAS, menurut laporan akhbar, seorang qariah iaitu ahli Puteri UMNO di negeri Johor telah menjadi johan Tilawah Al-Quran di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun lepas (2011). Mana ada orang-orang PAS seperti itu ?

Di satu ketika semasa saya ke Kelantan, saya berhenti di sebuah masjid untuk solat Maghrib di malam Jumaat pada pertengahan tahun 2010. Masjid itu masih dalam pembinaan dan hanya ruangan kecil sahaja boleh digunakan untuk solat. Saya merasakan masjid itu dibina oleh penyokong-penyokong PAS.

Semasa itu diadakan majlis membaca Surah Yassin dan penuh dengan botol-botol air tawar untuk mendapat berkat. Ringkas, saya terkejut cara bacaan Surah Yassin itu dan keseluruhannya adalah salah mengikut “hukum tajwid”.

Di negara ini dan dikebanyakan negara Islam lain termasuklah di Mekah atau Madinah bacaannya ialah menurut Riwayat Hafs Asim. Diharap Nik Aziz tidak mempertikaikan apa yang didedahkan ini demi untuk kebaikan Islam.

Sebenarnya untuk melayakan seseorang itu menjadi imam atau bilal di masjid, seseorang itu sekurang-kurangnya hendaklah mempunyai Sijil Al-Quran atau sebaik-baiknya Diploma Tahfiz Al-Quran daripada JAKIM atau Pusat Pengajian Al-Quran lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan.

Seseorang yang memegang Ijazah Syariah, atau Usulluddin, atau Pengajian Arab sebenarnya tidak ada jaminan bahawa mereka mampu membaca Al-Quran dengan betul mengikut hukum tajwid dan perkara yang berbangkit ini hendaklah diperbetulkan segera oleh Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz hendaklah pastikan pegawai-pegawai di jabatan agama negeri yang bertanggung jawab mengeluarkan “Sijil Tauliah Imam” itu benar-benar mampu membaca Al-Quran dengan betul, dan sekurang-kurangnya ada Diploma Tahfiz di bidang Al-Quran. Jangan nanti orang-orang luar daripada Kelantan terpaksa solat 2 kali di negeri Membangun Bersama Islam itu.

Sehubungan dengan perkara yang berbangkit, pada satu ketika dulu, Nik Aziz berkata bahawa kerajaan UMNO menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah kerajaan hingga murid-murid tidak boleh membaca Al-Quran. Hari ini bagaimana pula? Di negeri Kelantan Membangun Bersama Islam pun terdapat ramai dan boleh dikatakan keseluruhan rakyat Kelantan terutamanya penyokong PAS tidak boleh membaca Al-Quran dengan betul mengikut hukum tajwid.

Saya cabar Menteri Besar Kelantan supaya melakukan ujian bacaan Al-Quran untuk rakyat Kelantan sebelum atau selepas solat Jumaat di mana-mana masjid dan lihatlah berapa ramai yang lulus bacaan. Ahli Penal Ujian hendaklah terdiri daripada para Al-Hafiz.

Lihatlah di negeri Terengganu, tidak ada sebut pun “Membangun Bersama Islam” tetapi perkembangannya sangat menggalakkan. Di negeri itu ada sebuah Pusat Mempelajari Al-Quran Pelbagai Qiraat. Di negeri Kelantan Membangun Bersama Islam, namun bacaan satu jenis qiraat sahaja iaitu bacaan Hafs Asim pun tidak dapat dikuasai, apatah lagi untuk mempelajari bacaan pelbagai qiraat.

Ini terjadi kerana rancangan peningkatan ilmu Al-Quran tidak ada dalam kepala Nik Aziz dan para pemimpin PAS lain di peringkat kerajaan negeri Kelantan. Nik Aziz dan pemimpin lain dalam PAS hanya berminat berceramah sana sini untuk hentam pemimpin UMNO sahaja.

Inilah kerja-kerja Nik Aziz dan pemimpin PAS lain selagi nyawa mereka masih ada bermatlamatkan untuk menumbangkan kerajaan UMNO di negara ini.

Dalam Al-Quran di Surah Faatir Ayat 32 bermaksud: Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami, (yakni umat Muhammad s.a.w., dan dalam pada itu, dari segi amalan, ada yang banyak membuat dosa, ada yang sederhana, dan ada yang mendapat taufiq menjadi orang-orang yang taat dengan sepenuhnya), maka di antara mereka itu ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului orang lain dalam membuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar dari Allah semata.   

Huraian: Janganlah kita berasa kagum melihat orang itu dipanggil ulama, atau tok guru, atau tuan guru, atau ustaz, atau gelaran-gelaran lain. Mungkin orang-orang yang tiada gelaran seperti itu adalah lebih baik daripada mereka di sisi Allah.
Berdasarkan kepada Ayat 32 itu, hari ini elok perangainya, esok mungkin juga tidak elok perangainya, hari ini tidak elok perangainya dan mungkin juga esok akan elok perangainya, atau hari ini tidak elok perangainya dan mungkin juga esok akan menjadi lebih buruk lagi perangainya.

Begitu juga dengan Nik Aziz dan ulama politik lain dalam PAS, berdasarkan kepada Ayat 32 itu, janganlah kita menyanjung sangat seseorang itu selama-lamanya kerana bergelar tuan guru, atau tok guru, atau ustaz.

Dalam hidup ini, biasanya orang-orang yang tua berumur seperti Nik Aziz itu akan sentiasa kelihatan elok perangainya, namun disebabkan nafsu tinggi dalam politik, perangainya adalah sangat berlawanan dengan tuntutan agama Islam.

Nik Aziz ada berkata, boleh berkawan dengan syaitan, Allah mencarut, Allah samseng, menyeru tangguh ibadat Haji, malaikat turun ke bumi dari langit untuk mengundi di Terengganu pada tahun 1999, nampak hantu datang mengundi di Terengganu pada tahun 2004, suara perempuan adalah aurat, perempuan cantik tidak boleh kerja di Kelantan, perempuan tidak boleh bekerja di waktu malam, mendoakan supaya PM Najib ditimpa bala, penduduk di Tenang yang tidak mengundi PAS dikatakan seperti Arab Jahilliyah, orang Sarawak pakai cawat, UMNO komunis, Hassan Ali berperangai tidak senonoh dan berbagai-bagai lagi.

Terbaharu (rujuk Utusan Malaysia Sabtu 23 Jun 2012 muka 8) Nik Aziz yang mengaku ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis daripada Universiti Al-Azhar mensifatkan ilmu agama yang dimiliki bekas Timbalan Sheikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour adalah sama taraf dengannya. Sebenarnya Nik Aziz tidak tahu bahawa Sheikh Mahmoud Abdel Ghany itu adalah seorang Al-Hafiz (hafal Al-Quran 30 juzuk) disamping hafal berpuluh-puluh ribu Hadis Nabi s.a.w., dan sesungguhnya Sheikh Mahmoud itu tidak pernah merapu seperti Nik Aziz

Sebenarnya standard Nik Aziz adalah terlalu rendah dan hanya mampu menyampaikan ceramah agama untuk politik PAS sahaja kepada rakyat Kelantan pada setiap pagi Jumaat di Ibu Pejabat PAS Kelantan di Kota Bharu yang dihadiri hanya oleh orang-orang yang jahil ilmu agama terutamanya ilmu Al-Quran sahaja.

Itulah wajah-wajah Nik Aziz yang perlu disemak semula oleh seluruh rakyat Kelantan dan seluruh pengundi Melayu di seluruh Negara sebelum memberi undi kepada PAS pada PRU-13 kelak.

SURAT NO. 11

Mursyidul Am PAS Nik Aziz, Hadi Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa (difahamkan bakal MB Kelantan), Nik Amar Nik Abdullah (difahamkan bakal Tim. MB Kelantan), Muhamad Mustafa,  pemimpin tertinggi lain dalam PAS dan penceramah-penceramah PAS serta ustaz-ustaz PAS dengan sombong berkata bahawa parti DAP yang dibenci oleh orang-orang Melayu selama ini telah pun berubah, dan menerima ajaran Islam seperti apa yang diperjuangkan oleh PAS. Betul ke?

Sudah berapa puluh ribu ahli DAP yang bukan Islam itu telah memeluk Islam? Tahu tak DAP memang ada rancangan nak murtadkan orang-orang Islam? Contoh, di Pulau Pinang dahulu, nasib baik ada seorang Islam dalam majlis itu. Rancangan itu terbongkar dan gempar satu negara. Orang PAS kata tak apa ! tak apa ? Perkara ini langsung tidak disentuh oleh Nik Aziz, atau oleh ulama politik PAS yang lain, atau pun oleh penceramah-penceramah PAS.

Bunyinya sangat menakutkan, diadakan majlis lafaz ikrar Kristian agama rasmi di Malaysia di ketuai Pastor Jackson dari Kuching dan dihadiri oleh Y.B. Jeff Ooi (Ahli Parlimen P50 Jelutong, P. Pinang). Lafaz ikrar tersebut ialah “we must make sure Christian become official religion in Malaysia, and we must make sure the next Prime Minister ia a Christian”. Kenapa lafaz ikrar tersebut langsung tidak disentuh oleh Nik Aziz, Haji Hadi dan semua penceramah-penceramah PAS ?

Dalam ceramah PAS di seluruh negara mengenai isu semasa, lafaz ikrar tersebut langsung tidak disentuh demi sayangkan hubungan baik dengan DAP di mana LGE sudah dinobatkan sebagai Khalifah Umar Bin Abdul Aziz bagi menyakinkan orang-orang Melayu terutamanya ahli-ahli PAS supaya menerima baik perjuangan DAP yang selama ini memang dibenci oleh orang-orang Melayu. Kini perjuangan DAP telah dianggap mulia oleh Nik Aziz.

Sebenarnya PAS yang menerima dan menyokong perjuangan DAP. Sebagai bukti penerimaan PAS akan perjuangan DAP ialah dengan mengibarkan bendera-bendera DAP oleh penyokong-penyokong PAS yang berjubah dan berkopiah putih di hari penamaan calon PRU atau PRK. PAS dilihat sangat jujur kepada DAP, tetapi di masa yang sama sangat membencikan kepada UMNO walau pun se bangsa atau se agama

Sehubungan dengan itu, terdapat ramai juga muslimah PAS mengibarkan bendera-bendera DAP di hari penamaan calon dengan memekik-mekik ucapan takbir, takbir, takbir, seperti orang sasau. Nik Aziz kata suara wanita adalah aurat, tidak boleh perdengarkan suara wanita walau pun di Majlis Tilawah Al-Quran, hingga negeri Kelantan tidak hantar wakil Qariahnya. Memekik-mekik sokong DAP tak apa ? Bendera DAP itu ada melambangkan perjuangan Islam ke? Geli melihat penyokong PAS di kalangan lelaki dan juga muslimah PAS yang mengibarkan bendera DAP.

Perlu diingatkan di sini bahawa bukan sedikit wang jihad yang didermakan oleh orang-orang kampung yang setia kepada PAS, namun wang itu dibelanjakan untuk tujuan membuat bendera-bendera DAP atas nama kerjasama dalam Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada parti DAP, PKR dan PAS.

Di masa yang sama DAP tidak benarkan PAS bergerak bebas untuk menubuhkan negara Islam dan menentang hukum hudud PAS (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).

Kembali kepada soal politik yang menentukan kuasa pemerintah di negara ini dan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, orang-orang Melayu sebenarnya tiada pilihan. Hanyalah kepada parti politik UMNO sahaja yang perlu kita sandarkan untuk masa depan kita, generasi kita dan agama Islam untuk selama-lamanya.

Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak perlu mengkaji mesej yang disampaikan oleh kaum Cina yang mengundi pembangkang pada PRU-12 yang lalu. Mesej yang sama juga telah dihantar kepada pemimpin Melayu sejak negara di bawah penjajahan British lagi, dan di zaman penjajahan Jepun dengan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya. Sekarang nak kaji apa lagi? Kajian demi kajian telah dibuat tetapi tiada hasilnya.

Sebenarnya mereka menggunakan pendekatan perkauman yang tebal dan pendekatan itu sesungguhnya tidak boleh dilayan lagi. Tuntutan mereka sentiasa dipenuhi oleh Kerajaan BN selama ini seperti membeli barang secara “ambil dahulu dan bayar kemudian”. Amalan seperti ini hendaklah dihentikan segera dengan mengubahkannya kepada “bayar dahulu dan ambil kemudian”, maknanya undi BN terlebih dahulu, kemudian baharulah memohon sesuatu daripada Kerajaan BN.

Pengajaran tegas seperti ini hendaklah diberikan kepada kaum Cina, sekurang-kurangnya mereka akan sedar dan berubah. Pendekatan berlembut seperti apa yang diamalkan oleh PM Najib pada masa ini adalah salah dan perlu dihentikan.

Contoh, keputusan PRU Sarawak Ke 10 yang lalu di mana pengundi Cina telah memberi sokongan padu kepada DAP yang disokong oleh PAS walau pun berbagai permintaan mereka telah ditunaikan sebelum hari mengundi pada PRU tersebut. Ringkas, PM Najib hendaklah mengkaji semula semua jawatan pembantu-pembantunya, pegawai-pegawai khasnya, penasihat-penasihatnya, dan Setiausaha-setiausaha Politiknya dan Setiausaha-setiausaha lain yang disandang sekarang demi untuk kekuatan UMNO dan BN, atau untuk kekuatan Najib sendiri. Najib hendaklah mempunyai Pembantu-pembantu, Pegawai-pegawai Khas, Penasihat-penasihat, Setiausaha-setiausaha Politik, Akhbar dan Peribadi yang betul dan betul-betul berintegriti supaya keputusan yang bakal dibuat oleh Najib adalah betul. Berintegriti yang dimaksudkan ini ialah merangkumi “forward thinking” dan “forward planning” yang hebat dan betul. Sudah terbukti kejatuhan ramai pemimpin-pemmpin atau Ketua Negara di beberapa negera adalah berpunca daripada kelemahan pembantu-pembantu, penasihat-penasihat, atau pegawai-pegawai khas, atau setiausaha-setiausaha lain yang rapat dengan Ketua Negara tersebut. Jika pengajaran dan peringatan ini tidak di ambil, ada kemungkinan UMNO, atau BN, atau Najib sendiri akan tersungkur. Ini adalah peringatan yang ikhlas.

Hari ini dan sebelum ini, orang-orang Melayu sebenarnya tidak membenci keseluruhan masyarakat Cina di negara ini. Terbukti dalam sejarah, masyarakat Cina dan India bersama bangsa Melayu telah bersatupadu dalam usaha-usaha ke arah menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.

Masyarakat Cina dalam parti MCA sebenarnya sangat memahami pantang larang bangsa Melayu, dan atas sebab-sebab itulah maka Parti Perikatan yang di anggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dapat ditubuhkan. Kebanyakan bangsa Melayu hanya benci kepada masyarakat Cina dalam DAP sahaja yang sentiasa mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Masyarakat Cina dalam DAP menjadi lebih berani kerana ia disokong oleh PAS yang sentiasa memesongkan pemikiran orang-orang Melayu yang jahil ilmu agama terutamanya ilmu Al-Quran.

Hari ini, disebabkan orang-orang Melayu terlalu menyokong PAS maka pakatan pembangkang yang diterajui oleh parti perkauman DAP itu telah berjaya dalam misi mereka iaitu untuk memecah belahkan dan mengkucar kacirkan orang-orang Melayu.

Di masa yang sama berjaya pula menyatukan kaum mereka iaitu kaum Cina. Hasrat DAP untuk melihat kaum mereka menjadi tuan besar di bumi Melayu ini pasti akan terlaksana jika bangsa Melayu itu sendiri terus memberi sokongan padu kepada PAS. Jika ini terjadi, maka sekali lagi Melayu akan dijajah selama-lamanya.


SURAT NO. 12

Sejak berakhirnya PRU-12 pada tahun 2008 yang menyaksikan PAS dan sekutu politiknya gagal menguasai Kerajaan Persekutuan, maka PAS telah menganda-gandakan ceramah politiknya hingga ke pedalaman demi untuk mengtalkinkan UMNO pada PRU-13 kelak.

Dengan sombong bergabung dengan DAP, sebuah parti politik perkauman yang sangat dibenci oleh orang-rang Melayu terutamanya PAS pada suatu ketika dahulu.

Dahulu, sebelum Nik Aziz menjadi MB Kelantan pada tahun 1990, orang-orang Kelantan memanggil Nik Aziz dengan panggilan Ustaz Nik Aziz sahaja. Selepas menjadi MB Kelantan, nama ustaz dihilangkan dan diganti dengan panggilan atau gelaran yang lebih hebat iaitu Tok Guru atau Tuan Guru Nik Aziz. Ini adalah semata-mata untuk kepentingan politik PAS.

Saya percaya pembaca pasti tahu bahawa Imam-Imam Hadis Yang Termasyhur seperti Imam Bukhari (194H-256H = 810M-870M), Imam Muslim (204H-261H = 819M-874M), Imam Abu Daud (202H-275H = 817M-888M), Imam Tarmizi (209H-279H = 824M-893M) dan Imam-Iman lain yang se angkatan dengan mereka itu hanya bergelar Imam sahaja.

Begitu juga dengan nama panggilan kepada Imam 4 (empat) iaitu Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Namun Nik Aziz tidak mahu digelarkan sebagai ustaz atau imam kerana bimbang gelaran itu akan meletakan dirinya setaraf dengan ustaz di sekolah atau imam di masjid atau iman di surau.

Dengan sebab itulah Nik Aziz inginkan gelaran yang lebih tinggi seperti Tok Guru atau Tuan Guru. Setelah gelaran itu menjadi glamour atau semakin dipercayai oleh orang-orang Melayu yang jahil ilmu agama, terutamanya ilmu Al-Quran, maka mulalah fatwa-fatwa songsang yang keluar daripada mulutnya telah menyimpang daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Contoh, boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan ingin membantu PAS menubuhkan negara Islam. Syaitan mana?

Sebelum ini mengundi PAS akan dimasukan ke syurga, kini undi PAS dapat pahala pula kata Nik Aziz. Jika PAS menang dalam mana-mana PRU atau PRK maknanya malaikat telah turun dari langit membantu pengundi untuk mengundi PAS, tetapi peliknya apabila PAS kalah maka Nik Aziz pun tuduhlah ada pengundi Hantu UMNO datang mengundi.

Jika orang Islam tidak mengundi PAS bermakna mereka itu hidup seperti orang Arab jahilliah, gelaran kepada orang Sarawak pula masih pakai cawat. Nasib baiklah BN menang di Sarawak pada PRU DUN Sarawak Ke 10 (16 Apr 2011) yang lalu, jika tidak panggilan Bujang Senang akan bertukar menjadi Bujang Susah di bawah pemerintahan parti pembangkang. Begitulah yang dapat diceritakan secara ringkis mengenai Nik Aziz yang memimpin sebuah parti politik yang dikatakan Islam bernama PAS.

Di sini saya ingin membawa sedikit mengenai kisah ringkas seorang Imam Hadis Yang Masyhur sebagai contoh terbaik kepada kita semua. Bandingkanlah orang-orang yang bergelar ulama, tok guru atau tuan guru dalam parti politik PAS yang sentiasa bertopengkan Islam semata-mata untuk kepentingan peribadi dengan Imam Hadis yang masyhur itu.
Nik Aziz dan ulama tertinggi dalam PAS sentiasa berimej dan penampilan Islam yang tinggi.

Dalam hati, Allah saja yang tahu. Imam yang dimaksudkan ialah Imam Al-Syaikh Muhyiddin Al-Nawawi atau nama panggilannya ialah Imam Nawawi (orang bujang seperti saya).

Beliau bukan bergelar Tok Guru atau Tuan Guru seperti Nik Aziz atau Haji Hadi atau ulama-ulama politik lain dalam PAS. Kisah ringkasnya begini, ketika Baginda Sultan Al-Malik Al-Zahir membuat persiapan untuk berperang dengan orang Tatar (Monggol), Baginda mahu menggunakan “fatwa ulama” yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan berperang dengan musuh.

Ulama fiqh negeri Syam sudahpun menulis menerangkan fatwa tersebut. Namun Baginda Sultan akan merasa lebih selesa atau senang hati jika Imam Nawawi dapat memberi fatwanya.

Kemudian Baginda Sultan menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya bersama ulama fiqh lain mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan. Imam Nawawi berterus terang tidak mahu mengeluarkankan fatwanya dan Baginda Sultan bertanya kenapa susah sangat nak keluarkan fatwa?

Seterusnya Imam Nawawi pun berkata bahawa Tuanku (Baginda) dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada apa-apa harta. Tetapi selepas pertolongan Allah yang melimpahkan kurniaNya kepada Tuanku maka menjadilah Tuanku sebagai Raja yang terlalu kaya dan memiliki 1,000 (seribu) orang hamba yang mana setiap orang ada memiliki beberapa ketul emas yang sangat tinggi nilainya.

Kata Imam Nawawi lagi, manakala 200 (dua ratus) khadam wanita milik Tuanku masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai tinggi. Jika sekiranya Tuanku sendiri membelanjakan kesemua harta-harta itu untuk keperluan perang sehingga mereka itu tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka beliau (Imam Nawawi) sedia memberi fatwa. Fatwanya ialah:

Tidak membenarkan Baginda Sultan mengambil harta rakyat selagi kekayaan Tuanku sendiri masih dapat digunakan. Maknanya Baginda wajib menggunakan kekayaan peribadi Baginda terlebih dahulu sebelum harta rakyat boleh digunakan.

Begitu juga apabila Nik Aziz hendak buat lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai. Berdasarkan kepada fatwa Imam Nawawi itu, Nik Aziz dan semua pemimpin-pemimpin PAS dimestikan menggunakan semua kekayaan mereka terlebih dahulu sebelum meminta rakyat memberi sumbangan. Barulah boleh dikatakan berjuang untuk Islam. Ini tidak, sebelum ini kekayaan PAS yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS telah digunakan untuk membuat bendera DAP.

Berbalik kepada kisah Baginda Sultan itu, mendengar kata-kata itu, Baginda Al-Malik Al-Zahir pun murka kepada Imam Nawawi kerana fatwanya yang amat menggemparkan dan tidak diduga sama sekali itu, lalu Baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi diusir keluar dari Damsyik.

Imam Nawawi terima saja perintah pengusirannya itu dengan hati yang gembira.

Menurut sejarah, pengaruh Imam Nawawi semasa itu lebih hebat daripada Baginda Sultan Al-Malik Al-Zahir dan mampu menewaskannya, namun Iman Nawawi tidak ada cita-cita langsung untuk merebut kuasa daripada Baginda Sultan, itu sangat berbeza dengan Nik Aziz yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya dan seterusnya bercita-cita menjadi PM walau pun tidak layak.

Kisah ini memberikan kita suatu gambaran jelas tentang keberanian jiwa seorang ulama bernama Imam Nawawi yang tidak mahu mengejar pangkat atau kedudukan seperti Nik Aziz dan Haji Hadi, dan sama sekali tidak rela mengorbankan kebenaran hukum dalam Islam untuk kepentingan seseorang itu dengan merugikan orang ramai yang lain.

Imam Nawawi ialah seorang bujang yang tidak pernah berkahwin seperti saya juga kerana bimbang kecintaan kepada Allah s.w.t. dan kepada Rasulullah s.a.w. boleh terjejas jika berkahwin. Imam Nawawi meninggal dunia pada 24 Rejab 676 Hijrah.

Bolehkah Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan ulama politik lain dalam PAS menunjukan contoh terbaik seperti Imam Nawawi itu? Jawapannya ialah tidak kerana mereka semua mengidamkan jawatan PM, Tim. PM, Menteri, atau Tim. Menteri, atau MB Kelantan, atau Tim. MB Kelantan dan jawatan-jawatan penting lain dalam Kerajaan Persekutuan.

SURAT NO.13

Dalam Al-Quran di Surah Al-Fath Ayat 29 (akhir Ayat),  bermaksud: Nabi Muhammad s.a.w. ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (Islam).

Hari ini Ayat 29 itu diterbalikkan oleh Nik Aziz. Orang Islam dalam UMNO dimusuhi, sebaliknya orang-orang yang memusuhi Islam dalam DAP seperti Karpal Singh disayangi. Pelik tetapi benar. Inilah kenyataan benar yang sangat pahit perlu ditelan oleh orang-orang Melayu.

Nik Aziz berkata (Utusan Malaysia Sabtu 23 Jun 12 muka 8) bahawa beliau ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w. yang dipelajarinya di Universiti Al-Azhar. Jika benar Nik Aziz ada kedua-dua ilmu tersebut, kenapa Nik Aziz tolak perpaduan dengan UMNO, sebuah parti politik tertua di negara ini yang disertai oleh orang-orang Melayu, juga beragama Islam?

Perpaduan ditolak, maknanya menolak Ayat 29 itu. Apa tidaknya, Nik Aziz berkata, apa pula kata Lim Guan Eng. Nik Aziz berkata lagi, jika UMNO benar-benar ingin perpaduan maka perpaduan itu hendaklah secara menyeluruh termasuk perpaduan bersama DAP dan PKR.

Pelik bunyinya. Hendak menjalin perpaduan sesama Melayu dan Islam dalam UMNO pun terpaksa meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pemimpin DAP Lim Guan Eng @ Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Tidak logik langsung, dan adakah benar Nik Aziz itu ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w. yang telah mempelajarinya di university tersebut? Jika benar, kenapa jadi begini.

Adalah tidak logik langsung. Saya percaya Allah tidak akan angkat orang jenis seperti itu menjadi pemimpin di peringkat Kerajaan Persekutuan jika cakapnya berbelit-belit.

Saya berpendapat, jika Imam Nawawi masih hidup hingga ke hari ini pastilah beliau akan mengeluarkan fatwa bahawa mengundi PAS adalah HARAM berdasarkan hujah-hujah di bawah:

·        PAS berada dalam Pakatan Pembangkang terdiri daripada 3 gabungan parti bersama DAP dan PKR.

·        Dalam Pakatan Pembangkang, DAP yang menentukan hala-tuju perjuangan dalam pakatan. Kesemua pemimpin dalam DAP ialah orang-orang kafir yang menentang penubuhan negara Islam dan Hukum Hudud serta anti-peruntukan untuk masjid.

·        Pemimpin utama dalam Pakatan Pembangkang ialah orang Islam daripada parti PKR, namun ramai orang-orang bawahannya adalah terdiri daripada orang-orang kafir yang bencikan kepada Islam. Buktinya ialah seorang Ahli Parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu (Kedah) daripada PKR bernama Zulkifli Nordin yang memperjuangkan Islam telah diambil tindakan tatatertib, dan Zulkifli Nordin mengambil keputusan keluar daripada PKR. Pendek kata tidak boleh berjuang untuk kepentingan Melayu dan Islam dalam Pakatan Pembangkang, dan kepimpinan ulama dalam PAS tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya mampu menjeling mata sesama sendiri sahaja.

·        Mursyidul Am PAS Nik Aziz sentiasa mengeluarkan fatwa yang salah dan sentiasa mengeluarkan perkataan-perkataan kotor yang tidak melambangkan perjuangan Islam untuk berdakwah.

·        Ulama-ulama PAS mengamalkan “Bidaah” kerana mencampakan diri mereka dalam politik di mana Rasulullah s.a.w. tidak terlibat dalam mana-mana parti politik seperti hari ini, atau mana-mana ceramah politik atau kempen PRU atau PRK semasa Baginda masih hidup.

·        Pemimpin No. 1 dalam BN ialah orang Islam daripada parti UMNO yang menerajui Kerajaan BN. Pemimpin No. 1 ini TIDAK boleh ditentang kerana beliau sudah terbukti tidak mengabaikan kemajuan Islam di negara ini, dan parti-parti lain dalam gabungan BN seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP dan parti-parti lain tidak menentang pemimpin No. 1 dalam BN sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini berbeza dengan Pakatan Pembangkang di mana semua ulama PAS termasuk Mursyidul Am PAS Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan ulama-ulama lain dalam PAS termasuklah ustaz-ustaz PAS telah berjaya dicucuk hidung mereka oleh kepimpinan DAP, dan semua suara mereka dalam PAS adalah tidak laku lagi dalam Pakatan Pembangkang. Dalam bahasa mudah PAS adalah askar kepada DAP.

Wahai pembaca sekalian, kita tinggal dulu kisah Imam Nawawi. Kita bercakap pasal syurga pula sebab syurga ini orang minat hendak  mendengar ceritanya.

Saya dengan tegas ingin bertanya Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS, syurga macam mana yang dijanjikan kepada pengundi yang mengundi PAS itu. Mengikut fahaman saya ada 3 macam syurga iaitu 2 (dua) di akhirat dan 1 (satu) di dunia. Syurga-syurga itu ialah:

Syurga No. 1: Syurga di akhirat yang menempatkan orang-orang mu’min (orang-orang beriman) tanpa melalui hukuman di alam kubur atau melalui hukuman di dalam neraka. Maknanya masuk terus ke syurga dengan rahmat Allah tanpa melalui hukuman Allah. Adakah Syurga jenis ini wahai Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa (bakal MB Kelantan), Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS? Tolong jawab pertanyaan ini di mana-mana ceramah PAS, dan tolong jelaskan sejelas-jelasnya supaya orang-orang Melayu yang mudah ditipu tidak akan ditipu lagi. atau

Syurga No. 2: Iaitu dimasukan ke syurga ini setelah menjalani hukuman di alam kubur dan di dalam neraka. Jika syurga ini tak payah berjanjilah. Semua orang Islam boleh masuk ke syurga ini setelah menjalani hukuman Allah.                    atau

Syurga No. 3: Iaitu syurga membeli-belah di KB Mall?.

Saya yakin kepimpinan PAS sudah tahu di mana kelemahan orang-orang Melayu. Kepimpinan PAS boleh baca dan dengan sebab itu PAS sangat suka berjanji kepada pengundi-pengundi yang mengundi PAS akan dimasukan ke syurga.

Orang-orang Melayu yang jahil ilmu Al-Quran sangat mudah ditipu hidup-hidup oleh manusia kerana mereka sebenarnya tiada pembelaan daripada Allah s.w.t.

Sebagai contoh, apabila timbul pelaburan “Skim Cepat Kaya” maka berduyun-duyunlah orang-orang Melayu dari segenap golongan muncul. Ada ahli akademik, guru-guru, pegawai polis, pegawai tentera dari pangkat Jeneral hingga ke pangkat prebet, pegawai bank hingga ke penghantar surat, pengarah-pengarah syarikat hingga ke kerani biasa, kontraktor, nelayan dan petani, orang-orang kampung dan lain-lain akhirnya semua kena tipu.

Sebelum itu mereka mempengaruhi orang lain pula untuk menyertainya. Ada yang sanggup berhutang dengan Ah Long, ada yang jual tanah pusaka di kampung, ada yang gadai rumah atau harta-harta lain dan bermacam-macam lagi. Inilah bangsa Melayu yang mudah terkena tipu jika ilmu Al-Quran tiada di dada mereka.

Bukan setakat itu sahaja, wanita-wanita cantik daripada golongan anak-anak dara atau isteri orang sangat mudah terpedaya oleh lelaki yang kacak atau lelaki yang berlagak kaya. Pinjam kereta Mersedes Benz atau BMW kawan dan masuk kampung berlagak orang kaya. Wanita atau gadis-gadis cantik pun mulalah menjeling dan menjadi semacam tertarik.

Banyak lagi yang boleh dikaitkan, contoh mudah anak-anak gadis atau isteri-isteri orang, atau janda sangat mudah diperdayakan oleh Bomoh demi untuk menyembuh penyakit, akhirnya segala kehormatan yang ada dicabul atau diteroka.

Banyak Hospital Kerajaan ada didirikan oleh Kerajaan BN yang diterajui UMNO tetapi masih mencari Dr. Kampung (Bomoh). Inilah jenis-jenis penyakit orang Melayu dan tidak terkecuali juga dalam politik.

Kembali kepada perkara di atas setelah kita ditipu, maka hilanglah segala-galanya barulah hendak menyesal seperti Melayu di Pulau Pinang yang dijanjikan segala kebaikan sebelum PRU-12 yang lalu.

Setelah pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang dan berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri di Pulau Pinang, semua janji tinggal janji sahaja dan orang-orang Melayu kekal menderita.

Hakikatnya, hari ini lihatlah sendiri apa sudah jadi kepada orang-orang Melayu dan kaum India di Pulau Pinang, asyik kena tindas sahaja. Hanya kaum Cina sahaja yang lebih selesa kerana Ketua Menteri berbangsa Cina daripada DAP.

Jika Melayu Kelantan atau Melayu di negeri-negeri lain masih tidak sedar diri, maknanya itu adalah Melayu bodoh yang sukar diberi peringatan.

SURAT NO.14

Di ceramah PAS atau di mana-mana majlis ilmu sama ada di masjid atau di surau, ada penceramah PAS berkata dahulu selepas Rasulullah s.a.w. wafat maka muncullah para ulama-ulama untuk menyebarkan Islam.

Katanya lagi, sebenarnya ulama-ulama itu adalah pewaris Nabi s.a.w. Katanya lagi, para ulama-ulama itu tidak tidur malam hanya berzikir, baca Al-Quran dan mendirikan solat (sembahyang). Katanya lagi, ada ulama khatam satu (1) Al-Quran pada setiap malam.

Katanya lagi, ada ulama-ulama mendirikan solat sunat seribu (1,000)   rakaat pada setiap malam. Ulama-ulama itu adalah pewaris Nabi s.a.w. dan kita tidak boleh menentangnya. Katanya lagi, kita boleh mengisytiharkan perang jika ada orang memusuhi para ulama. Katanya lagi, Nik Aziz itu dan pemimpin ulama lain dalam PAS adalah ulama.

Beginilah kisah. Saya tidak percaya apa yang diperkatakan itu. Marilah kita kaji perkara-perkara yang ditimbulkan itu secara akademik.

Pertama : Tak tidur malam hanya berzikir, baca Al-Quran dan Solat. Berapa malam boleh dilakukan ibadat ini? Masuk hari ke 5 pengsan kerana tidak cukup tidur, lainlah jika di siang hari ulama-ulama itu tidur seperti singa jantan. Jika tidur di siang hari, itu bukan ulama namanya. Itu kaki tidur, nak makan minta sedekah. Ulama apa macam tu! Lainla! jika ada harta banyak.

Kedua : Khatam Al-Quran pada setiap malam. Ini pun bohong juga. Al-Quran Resam Uthmani ada 604 muka surat. Jika dibaca paling cepat sekali mengikut Hukum Tajwid, purata ia mengambil masa 1 minit 45 saat. Jika baca lebih cepat lagi maka terpisahlah sebutan dan hukum-hukum dalam bacaan Al-Quran. Jika dikira 1 minit 45 saat (105 saat x 604 muka surat = 63,420 saat bersamaan (1,057 minit). Kemudian 1,057 minit dibahagikan kepada 60 minit = 17.61 jam. Di waktu malam ada berapa jam? Sendiri jawablah. Dengan hujah saya ini sebenarnya untuk Khatam bacaan satu-satu Al-Quran dengan sempurna tanpa silap ia mengambil masa sekurang-kurangnya 17.61 jam. Mana boleh satu malam Khatam satu Al-Quran? Anak senohong sepat tuka, nak bohong kat sapa?

Ketiga : Ulama mendirikan solat sunat 1,000 (seribu rakaat) setiap malam. Ini lagi bohong. Kitab mana yang penceramah itu baca? Kitab yang ditulis oleh Nik Aziz ke? Mungkin juga kitab-kitab yang ditulis oleh orang-orang Yahudi yang menyamar sebagai ulama Islam untuk memesongkan pemikiran orang-orang Islam yang tidak ada ilmu Al-Quran. Itu dipanggil “Kitab Israelliah” yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Jika kita solat dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja ia memerlukan masa secapat-cepatnya 2 minit. Dalam mengerjakan setiap solat, kita hendaklah mematuhi syarat-syaratnya. Bukannya boleh buat sesuka hati kita sahaja. Perkiraan: 2 minit x 1,000 (satu ribu) rakaat = 2,000 (dua ribu) minit. 2,000 (dua ribu) minit dibahagikan kepada 60 minit = 33.32 jam. Di waktu malam ada berapa jam? Sendiri jawablah. Dengan hujah ini, penceramah itu adalah bohong hidup-hidup.

Sebelum ini, saya tidak dapat menahan air mata, terbakar hati apabila membaca satu berita bertajuk “Murid meninggal dipukul guru asrama” yang berlaku di asrama Sekolah Agama Rakyat Al-Furqan, Jejawi, Kangar, Perlis.

Sekolah itu adalah di bawah kelolaan sebuah parti politik bernama PAS. Murid lelaki berumur 7 tahun itu (namanya tidak perlu disebutkan) disahkan meninggal dunia pada jam 8.50 pagi 3 April 2011 setelah koma selama 3 hari.

Kejadian itu berlaku pada 31 Mac 2011 di antara jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

Di fahamkan kanak-kanak itu diikat kedua-dua belah tangannya kemudian dipukul selama beberapa jam. Berita terakhir ialah kanak-kanak itu dipukul oleh Penyelia Asrama. Sekolah kelolaan PAS itu bernama Al-Furqan, Al-Furqan maknanya Al-Quran. Beginikah cara yang diajar dalam Al-Quran?

Perbuatan kejam Penyelia Asrama itu sebenarnya mewarisi perangai buruk seorang anak lelaki Nik Aziz yang pernah memukul muridnya pada beberapa tahun dahulu hingga menjadi kes polis, dan semua pemimpin dan penyokong PAS mempertahanankan anak lelaki Nik Aziz itu.

Harimau, singa atau gajah pun akan mampus juga jika diikat tangan kemudian dipukul seperti yang dialami oleh arwah, sanggup di buat begitu, itu budak kecil, baru berumur 7 tahun. Insya’Allah, di akhirat nanti murid itu berkemungkinan dapat melihat Penyelia Asrama sekolah agama kelolaan PAS yang memukulnya hingga mati itu dicampak ke neraka bersama pemimpin PAS lain yang menyeleweng Ayat-Ayat Al-Quran.

Jika perkara sama dilakukan oleh ahli UMNO, pastilah satu Malaysia penceramah-penceramah PAS akan hentam UMNO. Apabila berlaku di pihaknya (PAS), senyap sunyi. Inilah wajah-wajah PAS yang bercita-cita besar untuk menawan Putrajaya.

Kanak-kanak itu sebenarnya dipelihara oleh keluarga angkat kerana ibunya telah meninggal dunia semasa dia berusia 3 tahun. Bapa kandungnya bekerja di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra, Kedah pada bulan Mac 2011 yang lalu. Sebagai manusia kita hendaklah sedar bahawa kanak-kanak itu tidak mendapat belaian ori dari ibu kandungannya kerana ibu kandungnya itu telah meninggal dunia lebih awal.

Saya rasa sedih sekali, hairan, tidakkah ada guru atau staf lain cuba menghalang penderaan Penyelia Asrama sepanjang 2 jam memukul kanak-kanak itu dengan tangan diikat sehingga menyebabkan koma dan membawa kepada kematian? Kemudian PAS cuba pula nak mengalihkan kematian itu kerana ada penyakit sawan. Inikah yang diajar oleh Islam yang dibawa oleh PAS pimpinan Nik Aziz?  Hapuskanlah PAS dalam peta politik tanah air pada PRU-13 nanti.

Saya berpendapat, ibu angkat kanak-kanak itu sesungguhnya berniat baik menghantarnya belajar di sekolah agama untuk menjadi manusia yang lebih berguna. Beliau juga mempunyai keyakinan penuh akan menerima ilmu yang betul. Namun apa yang disangka baik selama ini telah bertukar kepada tragedi yang sungguh menyayat hati.
Inilah jadinya. Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO sudah memerah otak siang dan malam memikirkan bagaimana untuk memberikan pendidikan yang sempurna dengan secukupnya kepada rakyat dengan membina beratus-ratus sekolah pada setiap tahun mengikut keperluan.
Kerajaan BN sudah mendirikan sekolah untuk rakyat, kenapa bersusah payah menghantar anak ke sekolah swasta pula yang dikelola oleh PAS? Inilah akibatnya kalau tidak percaya sangat dengan Kerajaan BN pimpinan UMNO.

Kematian kanak-kanak dipukul oleh Penyelia Asrama di sekolah agama tersebut yang di bawah kelolaan PAS Negeri Perlis langsung tidak disentuh oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuklah penceramah cari makan dalam PAS.

Kerajaan BN tidak pula mempolitikkan isu kematian kanak-kanak yang didera ala-Jahiliah oleh Penyelia Asrama itu walau pun sekolah agama itu milik PAS negeri Perlis. Ini menunjukan kematangan kepimpinan dalam UMNO yang menerajui Kerajaan BN. Moga-moga UMNO dapat merampas kembali dan memenangi semua Kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara yang ditandingi oleh parti ajaran sesat itu.

Kematian Teoh Beng Hock iaitu Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor daripada DAP pada 16 Julai 2009 yang masih tidak tahu punca kematiannya telah ditangisi siang malam oleh rakan kongsinya daripada PAS iaitu Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa, kepimpinan PAS Kelantan, kepimpinan PAS Kedah, dan semua pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuklah penyokong-penyokong PAS lain, juga ditangisi oleh kepimpinan muslimah PAS hingga menuduh Kerajaan BN menjadi puncanya. Walhal punca kematian itu tiada siapa yang tahu.

Sebagai simpati kepada rakan kongsinya dalam politik, seorang pemimpin tertinggi dalam PAS iaitu Nizar Jamaluddin (bekas MB Perak) telah menghadiri satu majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh dengan bertakafur serta sembahyang membakar lilin dan anggup kepala cara agama Buddha.

Apabila perkara itu ditanya kepada Nik Aziz, Nik Aziz kata, boleh dan tidak salah, Islam membenarkan orang-orang Islam memberi hormat kepada orang kafir walau pun mengikut cara agama mereka. Saya hendak bertanya Nik Aziz, hadis Nabi s.a.w. yang mana? Dalam Al-Quran Ayat berapa dan di Surah mana yang Islam berkata boleh itu?

Saya berpendapat, cara yang dilakukan oleh Nizar itu ada kemungkinan boleh menyebabkan beliau tergelincir keluar daripada agama Islam jika tidak bertaubat. Dahulu, pada tahun 60an (jika tidak silap saya) ada seorang Ahli Parlimen Parit, Perak daripada PAS bernama Hashim Gera telah menghadiri satu majlis jamuan di Bangunan Parlimen dan berjoget dengan wanita ketika itu. Kepimpinan PAS semasa itu telah mengambil tindakan dengan memecatnya daripada PAS.

Dalam Islam mengikut fahaman saya, berjoget dengan wanita hanya berdosa sahaja dan tidak seperti perbuatan Nizar itu yang dibenarkan oleh Mursyidul Am PAS Nik Aziz.

Kematian seorang Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang kematiannya ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock iaitu jatuh daripada bangunan SPRM tidak pula ditangisi atau menyalak-menyalong sasau seperti kematian Teoh Beng Hock oleh Nizar Jamaluddin, Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Tain, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa dan kepimpinan tertinggi lain dalam PAS.

Kenapa tidak suruh kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja seperti Teoh Beng Hock. Kematian Teoh Beng Hock, PAS bukan main bising lagi hingga berkawal dirumahnya. Bila pula PAS nak “berarak” sebagai pembela atau panggil pakar forensik Thailand atau nak mula mengusung foto Ahmad Sarbani? Tak usah cakap laa! perjuangan PAS memang menyeleweng.

Jika Melayu masih mengundi PAS, maknanya Melayu tempah atau cari nahas la! sekarang dah dapat tengok jenis penyelewengan perjuangan PAS yang diterajui oleh orang-orang bergelar ulama politik. Jika pemimpin-pemimpin lama dalam PAS masih hidup, tak kan jadi begini.

Hari ini, PAS yang dipimpin oleh Nik Aziz itu umpama seperti seekor beruk, kerjanya hanya memanjat dan petik kelapa muda untuk diminum oleh tuannya yang bernama Pak Su DAP dan Pak Cik PKR. Hati beruk itu memang penakut tetapi jika enggan memanjat pokok kelapa, ia akan dipukul dan direndam ke dalam kolah air oleh tuannya DAP itu.

Nik Aziz kata mahu perjuangkan Islam tetapi menolak perpaduan sesama Islam dalam UMNO. Sebaliknya menerima orang kafir dalam DAP yang menentang Hukum Hudud dan penubuhan negara Islam ala-PAS sebagai rakan kongsi politik.

Kita kena ingat sikit bahawa orang kafir sebenarnya memang ada niat hendak hancurkan Islam. Itu tugas utama mereka. Di zaman darurat duhulu pun ada komunis boleh menyamar masuk ke dalam masjid dan menghafal beberapa Ayat Al-Quran untuk menghancurkan bangsa Melayu kita.

Cuma Nik Aziz sahaja yang tidak sedar kerana dia masih berkawan dengan syaitan. Sekarang DAP tidak perlu lagi bekerja keras berkempen menghentam BN khususnya UMNO kerana orang suruhannya dalam PAS sedia memikul tanggungjawab berat itu, baik tuan! kata PAS.

Kita tidak pernah mendengar pun selama ini DAP menghentam MCA atau Gerakan dengan teruk di dalam ceramah-ceramah mereka. Mereka dalam DAP itu hanya menghentam UMNO sahaja. Ekoran hentaman itu tempiasnya terkena juga kepada MCA dan Gerakan. Akhirnya hampir keseluruhan kerusi DUN dan kerusi Parlimen yang ditandingi MCA dan Gerakan di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu telah tewas ditangan pembangkang DAP dan PKR.


SURAT NO. 15

Di zaman Tun Razak (bapa PM Najib) menjadi Perdana Menteri, Allahyarham sambil bertongkat ke hulu ke hilir, terbang ke Sabah, terbang ke Sarawak, masuk ke daerah di pendalaman semata-mata untuk memajukan negara.
Kini tugas itu dipikul pula oleh Najib. Ini sangat berbeza dengan Nik Aziz. Nik Aziz pun bertongkat juga ke seluruh negara tetapi untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu atas nama Islam. Adakah kita orang-orang Melayu hendak biarkan? Orang Melayu tanpa ilmu Al-Quran sebenarnya mudah ditipu oleh manusia bertemankan syaitan seperti Nik Aziz itu.

Contoh Melayu mudah ditipu ialah Skim Cepat Kaya, Skim Labu Perang, Skim Biji Padi, Skim Pak Man Telo, Skim Air Bukit, Skim Anak Bawang, Skim Piramid, Skim Biji Lada, Skim Gajah Putih dan skim-skim lain lagi. Mudah betul Melayu terkena tipu.

Dalam kempen politik PAS pun begitu. Tak serik-serik orang Kelantan terkena tipu. Sampai ke syurga pun orang Melayu percaya janji Nik Aziz itu. Mengalah Rasulullah s.a.w., kerana Baginda hanya berjanji syurga kepada 10 orang sahaja sahabatnya. Namun Nik Aziz berjanji kepada semua yang mengundi PAS termasuk orang-orang kafir. Formula mana yang Nik Aziz pakai itu ?

Nasib baiklah Allah s.w.t. jadikan apabila matinya anak Adam itu maka terputuslah mereka dengan dunia melainkan 3 (tiga) perkara yang dibawa bersama iaitu amalannya, sedekah jariah dan ilmu yang dimanafaatkan serta anak soleh yang mendoakan kesejahteraannya. Jika Allah s.w.t. membenarnya orang-orang mati yang berada dalam kubur itu naik semula ke dunia ini sudah pastilah Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS akan kena sepak terajang hingga hancur kerana berbohong dalam hukum agama dengan si mati itu semasa simati itu masih hidup. 

Bukan sahaja kematian Teoh Beng Hock ditangisi dan dibela oleh PAS, kematian seorang penjenayah di lokap polis iaitu En. Kugan (kaum India) juga ditangisi dan dibela oleh parti yang bernama Parti Islam Se Malaysia atau dipanggil PAS. Jika Melayu mati senyap, jika kaum Cina atau India atau Punjabi mati PAS tetap bising jika ia dimulakan oleh DAP. Jika DAP tak bising, maka PAS pun tak bisinglah. Al-maklumkan kerbau-kerbau dalam PAS itu telah pun berjaya dicucuk hidungnya oleh DAP. 

Wahai bangsa Melayu, hanya kamu sahaja yang boleh mengajar Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Mohamad Mustafa, Nizar Jamaluddin dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS melalui 2 (dua) undi, 1 (satu) undi untuk kerusi DUN dan 1 (satu) undi lagi untuk kerusi Parlimen. Hapuskan PAS dalam peta politik tanah air. Sekarang Allah s.w.t. sudah tunjuk sikit-sikit kepada kita, tak kan lah kita tidak mahu berfikir.

Saya masih ingat, di satu ceramah politik PAS di Stadium Mini Pasir Mas pada akhir tahun 2010 yang lalu, Nik Amar Nik Abdullah (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) ada berkata: Jika PAS tidak bekerjasama dengan DAP bermakna PAS membenarkan penyelewangan berlaku dalam kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO.

Jika PAS tidak bekerjasama dengan PKR, pun begitu juga. Saya nak tanya, kenapa tidak ambil pendekatan Perang Badar di mana jumlah tentera Islam lebih kecil dan mampu menang dalam peperangan itu? Kata Nik Amar lagi, setiap keputusan yang dibuat oleh tok guru Nik Aziz adalah keputusan betul setelah Nik Aziz membuat sembahyang Istikarah meminta petunjuk. Ini cerita lamalah.

Sekarang saya nak tanya, keputusan betul macam mana? petunjuk apa yang dimaksudkan oleh Nik Amar Nik Abdullah itu? Di setiap kali apabila tiba PRU atau PRK maka keputusan pemilihan nama-nama calon PAS adalah diputuskan oleh Nik Aziz setelah Nik Aziz membuat sembahyang Istikarah. Tetapi yang peliknya, ramai juga calon-calon PAS itu tewas di tangan UMNO pada PRU-12 dan beberapa PRK yang berlalu.

Apabila kalah, kena terimalah. Janganlah pula kata kat orang yang mengundi itu sebagai Jahiliah!, kata masih pakai cawat dan berbagai-bagai lagi. Bila PAS menang mendabik dada sambil berkata malaikat dari langit turun membantu pengundi untuk mengundi PAS. Jika kalah, kata ramai pengundi hantu UMNO datang mengundi dengan 100 buah bas, dan semua penyokong PAS percaya.

Nik Amar Nik Abdullah dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS adalah cetek ilmu Al-Quran. Bacalah Al-Quran di Surah A-Li ‘Imraan Ayat 26. Apa Allah kata? Allah s.w.t. telah memberi kemenangan kepada PAS ala-Perang Badar di Perak pada PRU-12 yang lalu (Mac 2008). Contoh, PAS bertanding di 21 kerusi DUN dan hanya menang 6 kerusi DUN sahaja tetapi Allah telah angkat wakil PAS iaitu Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak.

Nizar menang di kerusi DUN N51 Pasir Panjang dengan mendapat undi sebanyak 11,994 undi, dengan mengalahkan calon BN Datuk Dr. S. Vasan yang mendapat sebanyak 7,520 undi. DUN N51 Pasir Panjang terdiri pengundi Melayu: 65.69%, Cina: 14.95%, India: 19.17%, Lain: 0.17%.

Jika BN meletakan calon Melayu UMNO di DUN itu, pastilah BN menang kerana di situ ialah majoriti pengundi Melayu dan majoriti penduduk Melayu. Orang-orang Melayu memberi undi kepada PAS adalah merupakan undi protes kerana orang-orang Melayu di seluruh negara sangat bosan kepada kepimpinan UMNO ketika itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sentiasa condong kepada tuntutan-tuntutan daripada bukan Melayu dalam MCA, Gerakan, MIC, PPP dll.

Inilah jadinya apabila Melayu marah. Harap-harap Najib tidak meniru style Tun Abdullah Ahmad Badawi dan minta dijauhkan. Saya percaya Najib ada caranya tersendiri untuk memuaskan hati orang-orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan semua kaum di negara ini. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas PRU-13 kelak.

Saya yakin pengaruh Nik Aziz dan pengaruh PAS akan dipadamkan dalam peta politik tanah air selepas PRU-13 kelak. Ramai pemimpin tertinggi DAP, PKR dan PAS berada di hujung usia. Moga-moga Allah s.w.t. memanjangkan umur mereka dengan harapan mereka dapat melihat apa keputusannya selepas PRU-13 kelak. Pastilah BN akan menang secara mutlak.

Berkaitan dengan kemenangan PAS hanya 6 kerusi DUN sahaja daripada 21 kerusi yang dipertandingkan di Perak, secara tidak terlintas difikiran kita bahawa Allah boleh mengangkat Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar seperti apa yang tersebut dalam Al-Quran pada Surah A-Li ‘Imraan Ayat 26 itu.

Setelah kelakuan buruk Nizar Jamaluddin membuat sesuatu dasar yang merugikan orang-orang Melayu dan Islam dengan meluluskan berbagai dasar hingga boleh merugikan harta negeri Perak seperti tanah, kawasan pembalakan dan lain-lain lagi, maka Allah telah menarik balik kuasa pemerintahan yang telah diberikan kepada Nizar Jamaluddin itu.

Orang-orang Melayu hendaklah sedar. Bersatulah dalam UMNO yang menjadi payung kepada orang-orang Melayu sejak tahun 1946 lagi. Di samping itu sentiasalah berdoa kepada Allah untuk memberi segala kemenangan kepada kita di dunia ini dan kemenangan kita ke atas orang-orang kafir. Ini ada dijelaskan dalam Al-Quran di Surah Al-Baqarah Ayat Akhir.

SURAT NO. 16

PAS sentiasa bersekutu dengan orang-orang kafir dalam parti perkauman iaitu DAP yang sentiasa menentang penubuhan negara Islam, macam mana PAS nak menang? Jika Allah marah, pastilah tidak akan menang orang-orang itu dalam apa-apa perjuangannya. Bacalah Al-Quran pada Surah Muhammad s.a.w. Ayat 7. Ini ikut telunjuk DAP. Mana boleh menang?

Di sini saya ingin menghuraikan sedikit mengenai manusia yang suka melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah s.w.t. Huraian ini sebenarnya ada kaitan pada sesetengah manusia yang suka menjaga “tepi kain orang” tanpa menyuluh diri sendiri.

Perangai buruk ini sebenarnya banyak dilakukan oleh Nik Aziz bersama pemimpin tertinggi lain dalam PAS dan juga oleh penyokong-penyokong PAS seolah-olah mereka semua adalah manusia baik atau manusia terbaik di sisi Allah yang tidak membuat apa-apa dosa dan disahkan akan masuk syurga.

Ringkas, dalam Al-Quran di Surah Faatir Ayat 18 (dalam Al-Quran, Surah Faatir berada sebelum Surah Yaasiin) bermaksud: Dan ketahuilah, seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, dan jika seseorang yang berat tanggungnya dengan dosa, memanggil orang lain untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut melanggar hukum-hukum Allah semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya dari segala yang dilarang maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan ingatlah kepada Allah jualah tempat kembali.

Huraian ringkas dalam bahasa mudah: (jika En. Mamat buat dosa maka En. Mamat lah yang tanggung dosa itu dan En. Husin tidak boleh tanggung dosa En. Mamat walaupun En. Mamat itu ada hubungan adik-beradik dengan En. Husin). Jadi kenapa Nik Aziz dan ulama-ulama PAS lain sibuk sangat dengan orang-orang itu ! dengan isteri orang-orang ini yang tidak tutup aurat ! orang itu tak pernah sembahyang subuh ! manalah kita tahu orang itu tidak pernah sembahyang subuh, kita nampak ke ?

Dunia di akhir zaman ini orang-orang yang mengaku ulama sebenarnya tidak mahu menyuluh diri masing-masing. Apa yang mereka nampak hanya salah atau kesilapan orang lain sahaja. Inilah jenis manusia yang bergelar ulama politik dalam PAS.

Walau bagaimana pun dalam Al-Quran, Allah memerintah umat Muhammad s.a.w. supaya sentiasa berdakwah ke jalan yang sebaik-baiknya sebagaimana yang di perintahkan, rujuk Al-Quran: Surah A-Li ‘Imraan Ayat 110 bermaksud:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah, buruk dan keji, serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman sebagaimana yang semestinya, tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Huraian 1 : Ringkas, di negara ini orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat hak keistimewaan di bawah PERKARA 153 Perlembagaan Persekutuan. Demikianlah juga dengan jaminan Allah pada Ayat tersebut iaitu diberikan kemuliaan dan keistimewaan kepada umat Muhammad s.a.w. selagi mereka tetap setia menjalankan 3 dasar Islam yang utama, iaitu membuat kebaikan dan menyuruh orang lain berbuat kebaikan juga, dan tidak membuat kejahatan dan melarang orang lain membuat kejahatan, serta beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnyanya dan juga menyuruh orang lain membuat perkara yang sama.

Huraian 2 : Bukan seperti Nik Aziz dan pemimpin tertinggi dalam PAS, “round” Malaysia menceritakan keburukan orang lain terutamanya memburukan pemimpin negara sebangsa dan seagama dalam UMNO. Seolah-olah semua penyokong PAS itu merupakan manusia-manusia yang tidak membuat dosa.

Suluhlah diri sendiri wahai Nik Aziz dan semua penyokong dan pemimpin tertinggi dalam PAS. Apabila bagun pagi daripada tidur, adakah ulama politik PAS pasang niat untuk membina kekuatan bangsa Melayu dan Islam ? atau pasang niat malam ini untuk ke ceramah PAS dan mahu hentam si polan itu dan si polan ini ? dan mahu hentam lagi Mufti Perak dengan sebutan “Harus Sana”, “Harus Sini” (merujuk kepada nama Mufti Perak) dan hentam ulama UMNO dengan sebutan “ular dalam semak” dan terus mendapat tepukan gemuruh serta ucapan takbir ?

Itulah jenis-jenis cabang kerja PAS untuk memesongkan pemikiran orang-orang Melayu bermatlamat menjatuhkan kepimpinan UMNO di negara ini dengan  bertopengkan Islam, dan mendakwa pula bahawa Nabi s.a.w. pun terlibat dalam politik. Masya’Allah ! tuduh Nabi s.a.w. terlibat dalam politik ! Nabi s.a.w. itu parti politik bernama apa ?

Berkaitan dengan pengaruh PAS, sebenarnya dalam bahasa mudah: mata wang PAS atau saham PAS hanya akan naik mendadak jika krisis berlaku dalam UMNO mengakibatkan mata wang UMNO atau saham UMNO jatuh. Jika keadaan atau kedudukan UMNO stabil seperti hari ini, pengaruh PAS adalah seperti suara katak hanya berbunyi di musim hujan sahaja. Apabila hujan berhenti maka suara katak tadi terus hilang dan tidak kedengaran lagi. Itulah dia wajah-wajah PAS di masa ini.

Huraian 3 : Dalam politik, jika PAS ingin membina kekuatan bangsa Melayu dan Islam, PAS patut belajar daripada DAP, MCA dan Gerakan di mana ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti-parti tersebut tidak hentam sesama bangsanya. Jika ada pun hanya sikit-sikit sahaja. Berbeza dengan PAS yang sanggup berputus kepala apabila berperang dalam politik dengan UMNO. Biasala! Askar DAP ! nak tunjuk kerja kuat atau ‘hard-working’ kepada Jeneral-Jeneral DAP ! Perkara ini berlaku kerana disuruh oleh DAP. Sebab itulah dalam tempoh 1 minggu dianggarkan lebih kurang 1,000 ceramah PAS diadakan di seluruh negara untuk menghentam UMNO dan pemimpin UMNO. Saya nak tanya sikit! Tak letih ke? Baik pergi ke masjid atau ke surau, selepas solat baca Al-Quran, lagi baik, pasti dapat banyak pahala.

Saya ingin hentikan seketika kisah-kisah yang dihuraikan di atas dan seterunya ingin membawa para pembaca sekalian merenungi seketika kisah-kisah yang berlaku di tanah air kita pada tahun 1998 dulu. Sebelum itu saya ingin menyedarkan para pembaca sekalian untuk merenungi sejenak. Betul ke ? PAS tu berjuang untuk Islam? atau PAS itu hanya askar-askar upahan berpangkat Prebet kepada Jeneral-Jeneral DAP? Sebab apa saya berkata begini? Ikutilah kisah-kisah di bawah.

Setelah berakhirnya PRU-12 yang lalu, negara kita banyak mengadakan PRK. Di semua PRK itu sama ada ditandingi oleh PAS, atau PKR atau DAP hanya “askar-askar Prebet-Prebet PAS” sahaja yang ramai kelihatan di hari penamaan calon dengan memekik-mekik, selang-seli diucap takbir, mana perginya penyokong-penyokong DAP dan PKR?

Dahulu, semasa rusuhan di hari angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak oleh Dr. Zambry, pun tidak kelihatan penyokong PKR dan DAP. Semuanya terdiri daripada Melayu PAS berjubah dan berkopiah putih mengibarkan bendera DAP termasuklah yang tidur di atas jalan raya untuk menghalangkan kereta pembesar-pembesar Negeri Perak daripada bergerak.

Adakah itu yang disuruh oleh Islam? Jawapannya adalah tidak. Itu adalah kerja bodoh yang digerakan oleh hasutan syaitan, sebab Nik Aziz ada berkata bahawa kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu berniat baik ingin membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana?

Saya masih ingat, pada tahun 1998 iaitu semasa pemecatan seorang pemimpin tertinggi UMNO dalam kabinet, bekas Presiden PAS (arwah) dan pemimpin lain dalam PAS ada berkata dalam ceramah-ceramah politik lebih kurang begini bunyinya:

jika kita nak cuci tong tahit, kita jangan ada dekat dengan tong tahit itu, kerana dibimbangi tahit itu akan terpalit kepada kita, ini tidak, dia nak cuci tong tahit itu tapi dia masuk ke dalam tong tahit itu, bodoh betul la dia tu !  

kata bekas Presiden PAS ketika itu yang ditujukan kepada seorang bekas pemimpin tertinggi UMNO yang dipecat itu, DSAI.
Kini apa yang diperkatakan oleh bekas Presiden PAS pada tahun 1998 itu telah dijilat dan diamalkan oleh PAS sendiri dengan bergabung dengan DAP, masuk dalam tong DAP, sebuah parti politik yang sangat-sangat anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu dan anti-anti lain yang sudah pun disebut berkali-kali sebelum ini. Sekarang bagaimana pendirian Nik Aziz dan pemimpin lain dalam PAS?
Inilah yang dikatakan “cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap”. Kata lain dan buat lain. Kepada semua orang-orang Melayu terutamanya pelajar-pelajar di IPTA / IPTS di bidang pengajian agama Islam, janganlah hendaknya terpedaya atau terpengaruh dengan seruan Islam yang sentiasa keluar dari mulut Nik Aziz itu, dan dari mulut pemimpin PAS lain yang sebenarnya adalah karut belaka.

Sebenarnya mereka itu merupakan orang-orang tidak berilmu tetapi menonjolkan imej Islam yang tinggi seperti berjubah, atau berserban besar hingga boleh merosakan urat saraf otak di kepala. Mereka berbuat demikian adalah bertujuan supaya orang memandang mulia kepada mereka dengan harapan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Menteri Kanan berimej Islam akan tercapai dengan mudah.

Bangsa Melayu yang waras hendaklah sekat nafsu tinggi mereka demi untuk menjamin generasi Melayu selamat, dan di masa yang sama kemajuan Islam di negara ini ditingkatkan dari masa ke semasa.

Saya juga ingin memperkatakan di sini bahawa pakaian dalam Islam ialah menutup aurat dan bertetapan pakaian wanita dipakai oleh wanita, dan pakaian lelaki dipakai oleh lelaki. Itu saja pakaian dalam Islam.

SURAT NO. 17

Pemakaian mana-mana serban sama ada serban besar, atau serban ala Punjabi atau berkopiah putih adalah bukan tergolong dalam pakaian Islam. Dengan sebab-sebab itulah serban-serban tersebut atau berkopiah putih diharamkan semasa mengerjakan ibadat Tawaf di Mekah.

Pakaian dalam Islam ialah hanya menutup aurat sahaja bertetapan pakaian lelaki dipakai oleh lelaki dan pakaian wanita dipakai oleh wanita. Itu saja. Jika mati kelak, kita tidak akan pakai serban-serban atau kopiah putih itu. Hanya di negara-negara Asia Tenggara sahaja serban-serban seperti itu kelihatan lebih alim atau warak daripada orang-orang Islam lain.

Di Mekah atau di Madinah, penduduk Arab tempatan langsung tidak kelihatan memakai serban-serban seperti yang terdapat di negara ini. Macam mana kita di Malaysia ini boleh sanjung orang-orang yang memakai serban-serban seperti itu ? Jika benar serban-serban seperti itu dipakai oleh Rasulullah s.a.w., semestinyalah ia menjadi ikutan pada penduduk Arab tempatan di Mekah atau di Madinah atau di seluruh dunia kerana itu adalah sunnah Nabi s.a.w. Penduduk Mekah dan Madinah langsung tidak memakai serban seperti serban Nik Aziz, atau serban Haji Hadi, atau serban Ketua Pemuda PAS Pusat.

Kita tinggalkan kisah-kisah serban itu dan kita bicarakan semula perihal parti DAP yang membenci bangsa Melayu, Islam dan lain-lain yang telah pun disebutkan  sebelum ini. Saya berpendapat, Islam seseorang itu adalah terletak kepada amalannya mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah, dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah. Mudahkan ? bukan seperti mulut Nik Aziz, senang-senang kata kat orang, kata UMNO komunis, sampah, jahiliah, Allah mencarut, boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan nak bantu penubuhan negara Islam, syaitan mana?, orang kafir boleh masuk ke dewan solat di masjid atau surau, boleh tunjuk kemaluan lelaki kepada wanita. Jika menang dalam PRU atau PRK maka dikatakan malaikat turun dari langit membantu pengundi mengundi PAS, bila kalah dikatakan pengundi Hantu UMNO datang mengundi dan bermacam-macam lagi.

Saya pun jadi macam nak su’ka (suka) memikirkan tutur kata yang keluar dari mulut Nik Aziz. Saya berpendapat, Penasihat-penasihat Nik Aziz itu semuanya tak betul belaka, dan tiada bekalan ilmu yang mencukupi untuk menasihati bossnya itu.

Berhubung dengan kerjasama PAS dengan DAP untuk memerintahkan negara, sila ikuti Ayat Al-Quran di bawah:

Surah A-Li ‘Imraan Ayat 28 bermaksud: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan larangan yang demikian maka tiadalah ia mendapat perlindungan daripada Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka yang kafir itu.

Huraian 1 : PAS nak takut apa? Di negara ini bukan ada ancaman hebat daripada orang kafir. Pemimpin UMNO sudah berusaha untuk menjalinkan ikatan perpaduan dengan PAS. Namun Nik Aziz yang berhati batu itu menolak kerana hendak menjaga hati Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng @ Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, itu saja. Dengan sebab-sebab Nik Aziz telah melanggar larangan daripada Allah, maka setiap masa Nik Aziz dan Haji Hadi dicemuh oleh kebanyakan orang-orang Melayu. Apabila menerima cemuhan demi cemuhan maka mereka berdua itu dengan sombong mendakwa bahawa Rasulullah s.a.w. pun dicemuh juga. Begitulah perangai 2 manusia bergelar ulama politik PAS itu apabila menangkis hujah-hujah daripada wartawan.

Huraian 2 : Kepada wartawan yang membaca tulisan ini, mohon bertanya Nik Aziz dan Haji Hadi dan baca Ayat Al-Quran tersebut di hadapan mereka dan minta mereka terjemahkan kerana mereka berdua itu memahami bahasa Al-Quran.

Huraian 3 : Saya berpendapat, ulangi, saya berpendapat sahaja (sama ada benar atau tidak, itu masalah lain) bahawa barangkali kedua-dua ulama politik PAS itu sudah 20 tahun tidak khatam Al-Quran yang biasa dilakukan oleh ahli Al-Quran seminggu sekali atau selewat-lewatnya 2 minggu sekali. Ini bukan tuduhan saya secara melulu. Saya berpendapat sebegini kerana kedua-dua ulama politik PAS itu tidak fahamkah Ayat tersebut? Saya berpendapat kedua-duanya faham tetapi sudah terlupa. Dalam Al-Quran Resam Uthmani, Ayat tersebut berada di Juzuk 3 dan di muka surat 53.  
         
Berbalik kepada PRU atau PRK. Pada PRU-10 di tahun 1999, negeri Terengganu telah jatuh kepada PAS dan dengan sombong penceramah PAS berkata bahawa Nik Aziz berkata kemenangan besar di Terengganu dan di Kelantan adalah kerana bantuan malaikat membantu PAS. Dikatakan malaikat turun dari langit dan tolong mengundi untuk membawa kemenangan kepada PAS, dan disambut dengan ucapan takbir, takbir, takbir yang bergemuruh. Saya ingin bertanya satu soalan mudah kepada Nik Aziz:

Kenapa malaikat yang sama tidak turun sekali lagi dari langit untuk menolong dan membantu mengundi PAS pada PRU-11 (tahun 2004) di Terengganu hingga PAS kalah teruk dan hilang takta kerajaan negeri? Sebab PAS jahat sangat, Tutup TADIKA UMNO dan berbagai kejahatan lagi. Semasa memerintah Terengganu dulu sombong sangat walau pun berjubah. Tolong jawab soalan mudah ini. Jelaslah, malaikat menolong UMNO pada PRU-11 (2004) sebab UMNO baik sikit daripada PAS di Terengganu ketika itu. Betul tak?

Semasa menang di Terengganu dulu pada PRU-10 tahun 1999, maka dengan sombong Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib dan ulama-ulama politik lain dalam PAS pun mengaitlah kemenangan itu ada persamaan dengan kemenangan Perang Badar. Dalam Al-Quran di:

Surah A-Li Imraan Ayat 127 bermaksud: Kemenangan Badar itu kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka dengan kekalahan, supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.
Huraian : Ulama Politik PAS janganlah suka atau gemar sangat  mengaitkan kemenangan Badar itu ada persamaan dengan kemenangan PRU-10 (1999) di Kelantan dan Terengganu. Jika begitu, UMNO pun boleh kaitkan juga kemenangan UMNO pada PRU-11 (2004) di Terengganu dengan menumbangkan PAS serta merampas kembali pemerintahan kerajaan negeri Terengganu adalah sama seperti kemenangan Badar, namun UMNO tidak pernah berbuat begitu walaupun mempunyai ruang yang cukup luas. Ini kerana pemikiran pemimpin UMNO tidak serendah pemikiran Nik Aziz dan Haji Hadi.

Oh! Jika menang malaikat tolong, apabila kalah dikatakan tiada demokrasi kerana pengundi hantu yang ditaja oleh UMNO datang mengundi, dan tidak bolehkah atau tidak mampukah malaikat PAS itu menghalau pengundi hantu UMNO itu? Nampak sangat hantu UMNO lebih gagah perkasa daripada malaikat PAS. Ini semua adalah cerita karut yang di reka-reka oleh pelakun yang bernama Nik Aziz dan Haji Hadi.

Sesungguhnya mana-mana ulama politik PAS yang sentiasa memakai serban adalah merupakan manusia yang tidak boleh dipercayai selama-lamanya.

Hanya penyokong-penyokong PAS yang jahil dalam pegangan agama sahaja yang mudah ditipu atau dikelirukan oleh manusia berserban yang menjadi pakaian harian Nik Aziz dan Haji Hadi serta ulama-ulama politik lain dalam PAS. Pakaian dalam Islam ialah menutup aurat sahaja.

Semua jenis pakaian oleh manusia yang mengaku ulama politik PAS sebenarnya tidak dipakai oleh penduduk kota Mekah atau Kota Madinah dan jenis pemakaian itu bukanlah sunnah Nabi s.a.w. 

Dalam mana-mana ceramah PAS, Nik Aziz sangat berminat mengaitkan nama Islam, nama Allah, nama Rasulullah s.a.w., atau nama Nabi Muhammad s.a.w., nama Nabi Ibrahim, nama Raja Namrud, nama Nabi Yunus, nama Nabi Yusuf dan lain-lain lagi dalam ceramah-ceramahnya, kemudian Nik Aziz buat “corner u-turn” menghentam pemimpin UMNO.
Inilah jenis-jenis kerja jijik Nik Aziz dan konco-konconya yang bergelar ulama PAS. Nama-nama tersebut sebenarnya tak payahlah dikaitkan sepanjang masa dalam ceramah PAS kerana kisah-kisah itu memang ada disebut dalam Al-Quran, dan penyokong-penyokng PAS boleh membaca sendiri. Apakah penyokong-penyokong PAS sangat jahil tentang kisah-kisah itu? Saya berpendapat memang jahil.

Saya masih segar dalam ingatan di mana pada satu ketika dulu Nik Aziz dengan sombong ada menyebut bahawa jika Rasulullah s.a.w masih hidup tentulah Baginda sangat seronok melihat negeri Kelantan ini, negeri Serambi Mekah, negeri Membangun Bersama Islam telah ditadbir urus dengan baik mengikut hukum-hukum Islam oleh ulama-ulama dalam PAS. Apakah benar Rasulullah s.a.w. akan merasa seronok?

Saya berpendapat Rasulullah akan menangis kerana di negeri Kelantan itu terdapat patong Buddha setinggi pokok kelapa di Kg. Terbak dan di Jalan Kok Keli, kawasan P19 Parlimen Tumpat. Patung-patung itu adalah tertinggi di Asia Tenggara, dan patong Buddha (kedudukan tidur) di Kg. Beruk, Pasir Mas adalah terpanjang di Asia. Rasulullah juga akan menangis apabila mendengar imam-imam masjid atau surau membaca Ayat-Ayat Al-Quran dengan tidak betul mengikut Hukum Tajwid semasa mendirikan solat berjemaah.

Baginda juga akan menangis apabila melihat wanita-wanita Islam Kelantan dengan ramainya tidak menutup aurat. Rasulullah juga akan menangis apabila mendapat tahu banyak pembuangan bayi di Kelantan termasuk bunuh orang, sembelih anak sendiri, rogol, curi motorsikal dan kereta, edar dadah, penceraian, kes tuntutan nafkah melibatkan ADUN PAS dengan wanita Kamboja dan lain-lain lagi.

Saya juga berpendapat yang paling menyedihkan sekali ialah apabila Baginda melihat penyokong-penyokong Nik Aziz, ulama PAS dan penyokong-penyokong PAS bersolat hajat di padang bola yang sebaik-baiknya mendirikan solat di masjid. Dalam Islam, pahala solat hanya ada 2 jenis pahala sahaja iaitu pahala solat berjemaah dan pahala solat bersendirian. Pahala kerana jumlah ramai bersolat dalam satu-satu solat adalah tidak timbul. Pahala apabila seseorang itu pergi ke masjid tetap ada, namun tiada pahala apabila seseorang itu pergi ke padang bola seperti penyokong-penyokong PAS itu.

Pelik sungguh, solat di padang bola. Semasa solat puak-puak PAS itu mengadap ke arah kiblat yang satu tetapi setelah selesai solat, kiblat mereka serta-merta bertukar kepada pemimpin DAP.

Dunia akhir zaman. Rasulullah juga akan menangis apabila melihat penyokong-penyokong lelaki PAS yang berjubah dan berkopiah putih bersama muslimah PAS mengibarkan bendera DAP pada PRK atau PRU tanda sokongan  bulat kepada DAP yang membenci Islam. Tutur kata Nik Aziz tak usah cakaplah.

Sebenarnya solat di padang bola adalah hanya untuk menunjuk-menunjukan sahaja, kemudian di siarkan di muka depan dalam akhbar Harakah bersama gambarnya sekali. Itulah kerja PAS. 3 ribu yang hadir tetapi dikatakan 50 ribu yang hadir atau 100 ribu yang hadir.

Rasulullah s.a.w. juga akan menangis tidak berhenti-henti jika mendapat tahu hampir keseluruhan rakyat Kelantan termasuk Y.B. ADUN dan Y.B. Ahli Parlimen daripada PAS tidak boleh membaca Ayat-Ayat Al-Quran dengan betul mengikut Hukum Tajwid tetapi berjuang atas nama Islam semata-mata untuk menipu rakyat dan berpentingan diri.

Baginda juga akan sedih apabila membaca akhbar Harakah yang banyak berita fitnah memburukan pemimpin Islam lain dalam UMNO. Hakikat ini hendaklah diterima oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib dan ulama-ulama lain dalam PAS.


SURAT NO. 18

Mengambil contoh di Timur Tengah sebelum dan selepas berakhirnya Perang Dunia Ke 2 pada tahun 1948. Sebelum saya menghurai lebih panjang, izinkan saya menghuraikan sedikit peranan atau gerakan halus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga tertubuhnya negara Yahudi di tengah-tengah bumi Arab.

Semasa itu negara-negara Arab hidup secara bersendirian seperti “lidi” walau pun terdapat banyak negara-negara Arab lain di Timur Tengah. Negara-negara Arab tidak mahu bersatu seperti “lidi-lidi diikat menjadi penyapu” supaya menjadi kuat dan mampu melawan musuh.

Akibat tiada perpaduan dan kerjasama sesama bangsa Arab seperti PAS dan UMNO pada hari ini, PBB sudah dapat menghidu bahawa negara-negara Arab sangat lemah ketika itu walau pun keseluruhan negara-negara Arab ketika itu mempunyai lebihkurang 8 juta orang-orang Islam yang bergelar ulama. Ulama-ulama Arab ketika itu lebih bijak ilmu mereka daripada ilmu yang ada pada Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad Mustafa, Nik Amar Nik Abdullah dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS.

Ringkas, PBB ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 dan pada 15 September 1947 PBB telah menubuhkan Jawatankuasa Khas PBB mengenai Palestin (UNSCOP) yang mengemukakan Pelan Pembahagian Tanah di Wilayah Negara Palestin kepada 2 negara iaitu negara Israel dan negara Palestin.

Sempadan wilayah diukur dan ditentukan sendiri oleh Pertubuhan Yahudi Sedunia (PYS). Semasa itu ulama-ulama Arab yang sentiasa lalai seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad Mustafa, Nik Amar Nik Abdullah dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS tidak menyedari akan bahaya yang bakal mendatang.

Pelan UNSCOP itu kemudiannya disahkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 dengan memutuskan Bandar Baitulmaqdis diletak di bawah pentadbiran langsung PBB. Pelan itu ditolak oleh Kerajaan Palestin dan negara-negara Arab lain (negara lidi) kerana ia bercanggah dengan piagam PBB itu sendiri.

Ketika itu negara-negara Arab tidak boleh buat apa-apa kerana mereka tidak bersatu seperti “penyapu” dan sentiasa dilihat lemah oleh PBB yang condong kepada bangsa Yahudi.

Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS hendaklah membaca tulisan ini, sekurang-kurang akan membuka minda yang sekian lama tersumbat kapas di lubang telinga.

Dalam kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama era tahun 50an atau 60an atau 70an tidak ada menyebut seperti apa yang ditulis di sini kerana mereka sebenarnya kurang bekalan ilmu sejarah moden dalam kepala mereka.

Jika sekiranya orang-orang Islam masih bergantung kepada kitab-kitab itu yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., maka orang-orang Islam akan terus mundur dan sesat sesesat-sesatnya hingga ke hari kiamat, dan orang-orang Islam akan terus ditindas seperti apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang di bawah kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikatakan di ketuai oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.

Berbalik kepada tajuk asal, apabila tentera Britain berundur dari Palestin pada 14 Mei 1948, Ketua PYS iaitu David Ben-Gurion dengan sombong dan angkuh mengisytiharkan pembentukan negara Israel pada hari tersebut juga (14 Mei 1948) selaras dengan Resolusi PBB 1947 yang mencadangkan pembahagian tanah di wilayah negara Palestin kepada 2 negara.

David Ben-Gurion kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri pertama, dan Chaim Weizmann pula dilantik menjadi Presiden pertama bagi negara Israel.

Berita pembentukan negara Israel itu tidak diketahui langsung oleh ulama-ulama di negara-negara Arab ketika itu kerana memang perangai ulama tidak mahu mengikuti berita dunia perkembangan semasa. Perangai atau sikap ulama-ulama itu ada persamaan dengan perangai Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad Mustafa, Nik Amar Nik Abdullah dan ulama-ulama politik lain dalam PAS pada hari ini yang kekal tidak mahu atau tidak berminat mengikuti berita dunia perkembangan semasa, atau mendengar pandangan orang lain.

Menurut sejarah, 11 minit 20 saat selepas pembentukan negara Israel, Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu Harry S. Truman mengiktiraf negara baru Israel itu, dan diikuti pula oleh Perdana Menteri Kesatuan Soviet Joseph Stalin 27 minit kemudian.

Pada 15 Mei 1948, sehari selepas negara Israel ditubuhkan, ribuan penduduk Palestin termasuk ulama-ulama yang tidak menyedari pembentukan negara Israel itu dan kebetulan pula mereka berada dalam wilayah Israel yang diisytiharkan itu telah dibunuh beramai-ramai melalui tembakan seperti burung oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF), dan penduduk Palestin mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Hitam (Yawn Al-Nakba).

Ulama politik PAS seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad Mustafa, Nik Amar Nik Abdullah dan ulama-ulama politik lain dalam PAS hendaklah, mestilah, wajiblah sedar sikit. Begitu juga kepada semua penyokong-penyokong PAS yang berjubah, berserban dan berkopiah putih yang asyik takbir, takbir, takbir sambil mengibarkan bendera DAP supaya lebih berilmu dan mampu berfikir untuk kebaikan bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam dalam mencari kemenangan politik PAS bersama DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan Hukum Hudud.

Selepas peristiwa pembunuhan penduduk Palestin itu, masyarakat Arab dan ulama-ulama di negara-negara Arab masih degil tidak mahu bersatu kerana masyarakat Arab memang terlalu taksub kepada ulama-ulama pilihan mereka seperti juga orang-orang Melayu Kelantan terlalu taksub kepada Nik Aziz.
Menyedari bangsa Arab sukar bersatu, penindasan demi penindasan terus dilakukan oleh bangsa Yahudi hinggalah tercetusnya Perang 6 Hari pada tahun 1967 dan jatuhnya keseluruhan Bandar Baitulmaqdis dan wilayah-wilayah Arab lain ke tangan Israel. Sejarahnya sangat panjang.

Menyedari akan kelemahan bangsa Arab itu sendiri yang tidak bersatu atau bersekutu, maka ada usaha-usaha ke arah menyatukannya. Maka lahirlah sekutu-sekutu sesama negara Arab, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Hari ini ada beberapa negara Arab bersatu dan bersekutu sesama negara Arab. Ada juga beberapa negara Arab bersatu atau bersekutu dengan Israel seperti PAS bersatu dan bersekutu dengan DAP. Akibat daripada kesilapan memilih kawan, maka negara-negara Islam terus diserang atau diceroboh seperti apa yang dapat kita saksikan pada hari ini.

Sebagai contoh, lihatlah kehancuran negara Iraq, Afganistan dan terbaharu ialah negara Libya. Kelakuan orang Melayu hari ini serupa dengan bangsa Arab yang bersekutu dengan Israel. Melayu PAS yang berpusat di Kelantan bersekutu dengan parti perkauman Cina DAP yang berpusat di Pulau Pinang. Ini terjadi kerana kebanyakan Melayu Kelantan membaca kitab yang sama dibaca oleh bangsa Arab yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Akhirnya mereka menjadi rosak dan menjadi pelarian di negara sendiri. Kerosakan pemikiran adalah kerana melanggar Titah Perintah Allah seperti yang tersebut dalam Al-Quran di Surah A-Li ‘Imraan Ayat 28.

Hari ini di Libya, negara barat upah Kumpulan Pembangkang atau dikenali sebagai Pemberontak untuk huru-harakan negara Libya. Kini mereka (tentera NATO) mula menyerang negara yang tidak tunduk kepada Kumpulan Pembangkang yang kononnya untuk selamatkan rakyat yang ditindas, padahal merekalah punca segala-galanya mencari peluang untuk menghancurkan Islam. Islam hanya boleh dihancurkan jika negara itu dihancurkan terlebih dahulu.
Hari ini strategi orang-orang kafir yang sentiasa memusuhi dan ingin membinasakan Islam tidak dapat dihidu oleh hidung Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Muhamad Mustafa, Nik Amar Nik Abdullah dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS kerana hidung mereka telah pun disumbat dengan kapas oleh DAP yang sentiasa berbau wangi semerbak oleh PAS.

Akhirnya bangsa Melayu, generasi Melayu dan Islam akan binasa,  dan tidak mustahil tanah Melayu ini akan lesap secara beransur-ansur bertuankan orang-orang bukan Melayu atau kaum pendatang.

Sebelum ini PAS terbang pula ke Sarawak untuk melebarkan pengaruhnya dengan menyertai Pilihan Raya Umum Sarawak Ke 10 (16 April 2011). PAS mendakwa penyertaannya dalam PRU Sarawak Ke 10 hanya untuk berdakwah sahaja. Nak tipu sapa? Jika nak berdakwah pergilah masuk ke hutan Gerik Perak atau hutan di Gua Musang di Kelantan. Di situ ramai orang-orang Asli yang tiada pegangan agama. Usahakanlah supaya orang-orang Asli itu memeluk agama Islam.

SURAT NO. 19

Sebenarnya PAS melebarkan sayapnya ke Sarawak adalah untuk mengganggu kedamaian orang-orang Melayu di Sarawak untuk kepentingan politik sempit mereka. Nama “Bujang Senang” memang sedap didengari. Jika pembangkang menang di Sarawak, maka nama itu pasti akan bertukar kepada “Bujang Susah”, lebih susah daripada orang-orang Melayu di Pulau Pinang yang sentiasa ditindas oleh parti perkauman iaitu DAP.

Pemimpin tertinggi PAS tu tak tahu ke? Penduduk Melayu di Sarawak hanya 25% sahaja daripada jumlah keseluruhan penduduk Sarawak? Syukur hari ini Ketua Menteri ialah daripada keturunan Melayu. Esok jika pembangkang menang, pastilah negeri Sarawak akan di ketuai oleh orang bukan Melayu dan keadilan pasti berpihak kepada orang-orang bukan Melayu seperti apa yang telah berlaku di Pulau Pinang.

Apabila bercakap, ulama-ulama politik PAS memang pandai, pandai menggali kesilapan UMNO mentadbir urus negara, kemudian menyebar ke seluruh negara melalui ceramah-ceramah PAS dengan harapan orang-orang Melayu akan membenci UMNO dan kepimpinan UMNO. Perkara kecil pun iaitu Wang Tabung Peristiwa Memali di Kedah (1985) yang dikatakan lesap langsung tidak ditimbulkan oleh kepimpinan tertinggi dalam PAS.

Jika benar apa yang diperkatakan di sini, maknanya ada orang-orang tertentu dalam PAS telah melesapkan wang tabung itu dan ini telah melanggar Titah Perintah Allah dalam Al-Quran supaya jangan mengambil harta anak-anak yatim. Islam apa macam ni? Islam hanya atas kertas. Jika di negara ini mengamalkan Hukum Hudud, maknanya telah ramai pemimpin PAS kena potong tangan kerana mencuri wang Tabung Memali.

Saya meminta para pemimpin yang mengaku ulama politik supaya lebih takutlah kepada hari kematian yang akan menjemput kita pada bila-bila masa, dan janganlah terus menyeleweng ajaran Islam untuk kepentingan politik sempit. Nasihat ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang berada di hujung usia.

Saya secara ikhlas mengajak para pembaca Melayu sekalian supaya sama-samalah kita padamkan pengaruh Nik Aziz dan pengaruh PAS dalam peta politik tanah air kerana ia banyak membawa kerosakan kepada bangsa Melayu itu sendiri dan Islam keseluruhannya.

Kepada orang-orang Melayu, insaflah sebelum terlewat. Hari ini kita boleh bergerak dengan bebas di bawah Kerajaan BN yang diketuai oleh kepimpinan UMNO. Cari makan pun senang hingga menjadi rebutan kepada rakyat di negara-negara lain untuk datang mencari makan sesuap nasi di negara ini.

Peluang pendidikan, kesihatan dan kemudahan-kemudahan lain memang ada di negara ini. Jadi janganlah memperjudikan nasib masa depan kita, bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam yang sememangnya kukuh di bawah kepimpinan UMNO yang diterajui oleh Najib, dibantu oleh Muhyiddin, di sokong pula oleh Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal dan pemimpin-pemimpin  lain dalam UMNO.

Sama-samalah kita membantu, bekerjasama, memperkasa dan memartabatkan UMNO untuk selama-lamanya. Mana-mana pemimpin UMNO yang tidak elok, bukan bermakna dia akan menjadi pemimpin UMNO selama-lamanya. Dalam UMNO ada pemilihan pada setiap 3 tahun sekali, dan pilihlah mana-mana pemimpin yang ada wawasan.


SURAT NO. 20

Sebenarnya, banyak pengajaran pada PRU-12 yang lalu kepada penduduk pribumi @ penduduk asal di negara ini yang semacam dikelirukan oleh PAS iaitu askar upahan DAP yang bertopengkan agama Islam untuk mencapaikan kemenangan politiknya.

Di masa yang sama orang-orang Melayu hendaklah berani dan bangkit bersama untuk menyekat kemaraan PAS di kalangan orang-orang Melayu. Seterusnya menghapuskan pengaruh Nik Aziz dan pengaruh PAS dalam peta politik tanah air.

Saya ingin mengulangi perkara yang sama iaitu Melayu mudah ditipu dalam semua perkara. Dalam politik mudah terkena tipu oleh PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz. Dalam pelaburan Skim Cepat Kaya pun mudah terkena tipu. Pembelian barang pun terkena tipu. Perempuan cantik Melayu pun mudah terkena tipu oleh lelaki berkereta besar.

Dalam politik tidak usah cakap la! Ulama politik PAS sentiasa menipu Melayu di kampung-kampung, dan DAP pula menipu ulama-ulama PAS di bandar-bandar dan bermacam-macam lagi yang menimpa orang-orang Melayu jika ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w. tidak ada dalam dada mereka.

Tun Mahathir kata Melayu mudah lupa. Memang betul Melayu mudah lupa. Kena tipu berpuluh-puluh kali pun memang tidak serik-serik.
Melayu janganlah asyik lupa. Melayu hendaklah sedar, ulangi! Pakatan pembangkang yang diterajui oleh parti perkauman kecinaan iaitu DAP telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah belahkan dan mengkucar kacirkan orang-orang Melayu, dan di masa yang sama berjaya menyatukan kaum mereka iaitu kaum Cina.

Kejayaan DAP itu adalah hasil daripada usaha gigih agen mereka yang bernama PAS. DAP mahu melihat bersama seluruh kaum Cina di negara ini bahawa kaum Cina boleh menjadi tuan besar di Tanah Melayu ini, dan pastilah cita-cita bersebut akan terlaksana jika orang-orang Melayu itu sendiri terus memberi sokongan kepada PAS, atau DAP itu sendiri dapat memecahkan orang-orang Melayu kepada kelompok-kelompok kecil. Maknanya dari golongan majoriti kepada minoriti.  

Inilah perjuangan mereka yang sebenarnya, dan perjuangan mereka itu tidak akan terhenti dan akan diteruskan memandangkan negara ini sudah aman hasil perjuangan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia. Dulu, semasa negara tidak aman, pemimpin DAP tidak berapa berani untuk mengadakan ceramah-ceramah politik seperti sekarang.

Tinggalkan Melayu mudah lupa dan kita pergi jauh sikit. Saya berpendapat, tugas seseorang Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam negara ini dalam menjalankan tadbir urus sesebuah negeri tidaklah begitu sukar kerana ia dirancang, dikaji, dikelola dan dilaksanakan di peringkat persekutuan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan BN mengikut kemampuan dari segi kedudukan kewangan semasa.

Sungguh pun begitu, pembangunan tambahan untuk keperluan rakyat masih boleh dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan Negeri walau pun ia tidak termasuk dalam senarai asal pembangunan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Ini boleh dilaksanakan jika sesebuah Kerajaan Negeri menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan begitulah seterusnya.

Namun, Nik Aziz yang menjadi MB Kelantan sejak tahun 1990 tidak mahu berusaha di pihaknya untuk menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Dalam bahasa Kelantan ia dipanggil “Nik Aziz suka kutib balah” dengan semua pemimpin UMNO. Dikatakan pemimpin UMNO telah sesat dalam pegangan agama, UMNO komunis, sampah dan berbagai-bagai lagi gelaran buruk dilebelkan kepada UMNO dan pemimpin UMNO.

Sebenarnya itu adalah kerja-kerja syaitan. Kembali kepada pembangunan, semua pembangunan yang dirangka oleh Kerajaan Persekutuan dikatakan tidak Islamik dan telah ditolak mentah-mentah oleh orang lulusan agama itu yang sememangnya tidak mengerti erti ekonomi global, pelaburan, mata wang sesebuah negara dan lain-lain lagi. Contoh, pembangunan yang ditolak oleh PAS ialah Dasar Ekonomi Baru atau DEB di mana dalam DEB ada satu program iaitu program membasmi kemiskinan.

Sepatutnya dasar DEB itu diterima dan disokong oleh PAS. Disebabkan kepentingan politik maka DEB ditolak dan dicerca oleh PAS kerana sebelum itu DAP telah menolak lebih awal kerana ia merugikan kaum Cina, maka PAS pun menjadilah pak turut kepada DAP. Namun satu program pun tidak diusahakan oleh PAS. PAS hanya mengusahakan satu sahaja program iaitu program akhirat: undi PAS masuk syurga, mudahnyaaaaaaa! nak masuk syurga tajaan PAS itu!

Nik Aziz ada berkata (semasa zaman Tun Mahathir) bahawa program yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN untuk membasmikan kemiskinan semertinya tidak akan tercapai kerana “miskin atau kaya” adalah ketentuan Allah, ada orang kaya, ada orang miskin, orang kaya beri sedekah kepada orang miskin kemudian dapat pahala. Inilah cara orang lulusan agama, bila bercakap tidak guna otak.

Patutlah Bazar Tok Guru jadi macam tu, penindasan kepada peniaga-peniaga di situ oleh Kerajaan PAS Kelantan Membangun Bersama Islam hingga peniaga-peniaga di situ terpaksa mengadu kesusahan mereka kepada Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas) dan merayu agar Ibrahim Ali dapat membuat sesuatu. Kemana perginya Ahli Parlimen Kota Bharu? Hilang diri la! akan muncul apabila tiba musim PRU-13 kelak dengan janji-janji baru laaaa!.

Air paip di Kelantan warna kuning dan merah tak usah cakap la!, baju warna putih bertukar jadi warna kuning air. Kadangkala air tak ada langsung. Inilah akibatnya apabila kita pilih parti yang dikatakan berjuang untuk Islam iaitu PAS.

PAS sebenarnya ialah sebuah parti politik yang dipimpin oleh orang-orang yang bergelar ulama politik seperti yang terdapat dibeberapa negara Islam di Timur Tengah, Asia Tengah dan di Afrika. Semua negeri-negeri yang dipimpin oleh para ulama politik telah menjadi huru-hara, perang saudara, berperang dengan negara jiran, diserang oleh negara-negara Barat seperti Amerika, atau Britain atau oleh Pakatan NATO dan berbagai-bagai lagi. Ini kerana ulama-ulama politik tidak mempunyai bekalan ilmu mencukupi untuk tadbir urus sesebuah negara.

Ada Hadis Nabi s.a.w. yang paling sahih: Jika sesuatu tugas itu dipikul oleh orang-orang yang bukan daripada ahlinya, maka tunggulah akan kehancurannya. Boleh tanya semua Mufti-Mufti di negara ini sama ada betul atau tidak apa yang dikatakan ini. Semua kepimpinan dalam PAS bukan mempunyai ilmu secukupnya atau pengalaman-penglaman lain untuk menguruskan pentadbiran negara.

Bazar Tok Guru di Kota Bharu pun tidak boleh diselesaikan secara baik, tetapi negeri dikatakan Membangun Bersama Islam. Nak tipu sapa?

Dalam bahasa mudah, memang sah PAS berjuang untuk kepentingan peribadi pemimpinnya bagi mencapai apa yang dicita-citakan selama ini walau pun tidak ada kemampuan dari segi ilmu. Pemimpin PAS sebenarnya tidak banyak mempunyai ilmu-ilmu sejarah dunia seperti perpecahan beberapa bangsa di dunia ini atau pergaduhan fahaman agama.

Apakah pemimpin PAS tidak tahu sejak berakhirnya Perang Dunia Ke 2 pada tahun 1948, satu demi satu kawasan gencatan senjata diwujudkan bagi memisah bala-bala tentera di antara negara-negara yang bersengketa? Bangsa Jerman yang merupakan bangsa terkuat di Eropah selepas era revolusi industri telah mengalami nasib yang sangat buruk dalam sejarah bangsanya.

Bangsa Jerman berjaya ditewaskan oleh tentera bersekutu yang terdiri daripada negara Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Russia pada Perang Dunia Ke 2.

Seterusnya negara Jerman ditawan oleh tentera bersekutu dan akhirnya di bahagikan kepada 2 wilayah iaitu Jerman Barat atau dikenali sebagai Federal Republic of Germany dan Jerman Timur atau dikenali sebagai German Demokratic Republic hingga terbinanya Tembok Berlin pada tahun 1961 untuk memisahkan satu bangsa di 2 wilayah.

Bangsa Jerman bernasib baik kerana Tembok Berlin yang melambangkan kekejaman manusia terhadap bangsanya berjaya dirobohkan semula pada tahun 1985 / 1986 setelah negara-negara Kesatuan Soviet mengalami perpecahan.

Garis pemisah juga wujud ke atas bangsa Cina di negara China apabila terpisahnya wilayah Taiwan dan Hongkong. Sebelum itu 2 negara tersebut di bawah satu pemerintahan Kerajaan China di tanah besar. Namun garis pemisah itu tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk kepada bangsa China.

Perpecahan bangsa Korea akibat fahaman politik atau idealogi yang berbeza telah membawa kepada “perang saudara” sesama bangsa di Korea. Apabila Perang Korea tamat pada tahun 1953 (tetapi yang sebenarnya ialah “gencatan senjata” sahaja), Amerika Syarikat telah membahagikan Semenanjung Korea kepada 2 wilayah iaitu Korea Utara dan Korea Selatan dan “Garis Lintang 30 Darjah” dijadikan sebagai garis pemisah, dan garis pemisah itu kekal hingga ke hari ini.

Garis pemisah juga wujud di antara rakyat Cyprus keturunan Greece dan rakyat Cyprus keturunan Turki di Utara Cyprus apabila Presiden Cyprus ketika itu Archibishof Makarios digulingkan pada tahun 1974 dalam satu rampasan kuasa oleh seorang WARTAWAN (wartawan orang pintar) rakyat Cyprus keturunan Greece hingga membawa kepada campur tangan negara Turki.

Tentera Laut Turki menyerang dan tentera payung terjun Turki mendarat di Utara Cyprus di awal pagi untuk memberi perlindungan kepada rakyat Cyprus keturunan Turki, dan negara Turki hampir-hampir berperang dengan negara jirannya iaitu negara Greece yang sama-sama berada dalam Pakatan NATO.

Garis pemisah juga banyak berlaku di negara-negara Islam hingga ke hari ini dan menjadi huru hara di sana sini. Contoh, negara Pakistan di mana tempat Nik Aziz belajar agama dulu sentiasa huru-hara hingga ke hari ini.

Juga negara Afganistan yang bersempadan dengan negara Pakistan, dan negara-negara Islam lain di Timur Tengah yang bergerak atas nama menegak keadilan oleh manusia yang bergelar ulama hingga membawa kepada kematian berjuta-juta orang termasuk kanak-kanak, haiwan, harta benda dan pencemaran alam sekitar.

Keadilan yang dicari namun bencana yang tiba kerana membuat sesuatu yang tidak disuruh oleh Allah s.w.t. Ia banyak berpunca daripada ulama seperti Nik Aziz dan Haji Hadi yang gemar mengapi-apikan supaya suhu kemarahan rakyat kepada kepimpanan Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO memuncak dan dibenci selama-lamanya, dan jadilah rusuhan sana sini hingga tidak terkawal. Ulama apa macam tu ! Nak bawa jenis huru-hara seperti di Pakistan itu ke negara ini ke? 

Akibat daripada huru-hara yang dicetuskan oleh manusia yang bergelar ulama, di masa itulah peluang beribadat kepada Allah s.w.t. pasti mengalami gangguan dan ada ketikanya terjejas langsung disebabkan jalan ke arah masjid atau pusat pengajian agama ditutup. Bekalan air dan elektrik terputus atau diputuskan. Hubungan telekomunikasi terputus dan dunia luar tidak dapat dihubungi. Bekalan makanan dicatukan atau tiada langsung. Kedai-kedai atau sekolah-sekolah atau lebih buruk lagi klinik perubatan ditutup.

Itu berlaku di negara luar yang kebanyakannya berpunca daripada ulama-ulama yang mempunyai ramai pengikut setia yang jahil dari segi akademik atau pegangan agama Islam. Apabila tercetus sesuatu malapetaka maka ulama-ulama ini akan bising dengan lantang kerana bantuan lambat sampai dan begitulah seterusnya.

Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib hendaklah faham apa yang diperkatakan dalam penulisan ini.

Jika ini yang dicari, sama-samalah kita terima. Adalah tidak keterlaluan jika saya berpendapat bahawa hari ini, kebanyakan pemimpin Islam di seluruh dunia tidak mengamalkan nilai-nilai Islam yang sebenarnya.

Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa, kemewahan, puak-puak yang rapat dengan mereka dengan mengenepikan golongan-golongan ilmuan yang berada sedikit jauh daripada mereka. Ia tidak terhad kepada pemimpin bukan ulama tetapi juga berlaku kepada pemimpin ulama.

Contohnya ialah Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib dan ramai lagi ulama politik dalam PAS. Bukan senang untuk menghampiri dengan mereka itu, di kawal ketat dan jika ingin menghampiri mereka, banyak “traffic light” berwarna merah.


SURAT NO. 21

Garis pemisah tidak terkecuali di Persekutuan Tanah Melayu setelah wujudnya parti PAS pada tahun 1951. Seterusnya selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 bersama Sabah dan Sarawak, garis pemisah bangsa Melayu semakin tebal di samping menghadapi ancaman komunis dan konfrantasi ketika itu.

Di masa yang sama menghadapi ancaman politik khususnya daripada PAS yang terdiri daripada kumpulan ulama dan perjuangannya mudah dipercayai, diyakini dan diterima oleh masyakrat Melayu terutamanya di kampung-kampung di luar bandar, atau di pendalaman walau pun apa yang diperjuangkan itu jauh menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar-benarnya..

Pada tahun 1987 garis pemisah bangsa Melayu bertambah parah apabila munculnya “team A” dan “team B” dalam parti terbesar orang-orang Melayu beragama Islam iaitu UMNO.

Kesempatan ini diambil oleh PAS. Dalam bahasa mudah ia disebut “cari peluang” atau menanguk di air jernih, bukannya menanguk di air keruh kerana mudah nampak ikan-ikan yang berkeliaran di dalam air dan senang ditangkap menggunakan jala.

Begitulah jijiknya ala perjuangan PAS untuk mencari kemenangan mudah, namun Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib dan ulama politik lain dalam PAS telah terlupa bahawa dalam Al-Quran ada menyebut bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang memberi kuasa pemerintahan, kemuliaan serta kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Dalam Al-Quran: Surah A-Li ‘Imraan Ayat 26 bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad: Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Huraian: ringkas, tidak akan hina seseorang itu jika dimuliakan oleh Allah, dan tidak akan mulia seseorang itu jika dihina oleh Allah. Huraian lain tidak perlu kerana keterangan-keterangan di Ayat 26 itu sangat jelas. Ini terjadi kerana Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din dan Harun Taib serta penasihat-penasihat mereka dipercayai kurang ilmu Al-Quran).

Garis pemisah ini menjadi bertambah buruk dan semakin parah apabila parti ke 2 terbesar orang-orang Melayu iaitu PAS bergabung pula dengan parti kaum Cina iaitu DAP, sebuah parti sebelum ini yang sangat-sangat dibenci oleh PAS dan keseluruhan orang-orang Melayu. Ia dikuasai oleh orang-orang kafir yang jelas merupakan parti politik anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu untuk membinasakan UMNO, sebuah parti terbesar orang-orang Melayu di negara ini.

Dalam Al-Quran ada larangan itu: Surah A-Li ‘Imraan Ayat 28 bermaksud: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan larangan yang demikian maka tiadalah ia mendapat perlindungan dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka yang kafir itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaanNya menyeksa kamu. Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Huraian 1 : Dalam kes UMNO dalam BN bersama MCA, MIC, PPP, Gerakan dan parti-parti lain yang bukan Islam adalah berbeza dengan PAS. Dalam BN ketuanya ialah daripada UMNO. Parti-parti lain dalam komponen dalam BN tidak anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu secara langsung atau tidak langsung. Tetapi dalam gabungan Pakatan Rakyat sangat berbeza, ketuanya adalah DAP dan PAS hanyalah sebagai askar upahan atau prebet kepada Jeneral DAP dan Lt. Jeneral PKR. Contoh, di Pulau Pinang seorang Ahli DUN daripada PAS tidak dilantik pun sebagai Exco Kerajaan Negeri. Di manakah letaknya kerjasama sesama mereka itu?

Nik Aziz sangat hormat kepada DAP, namun DAP langsung tidak hormat kepada Nik Aziz. Nik Aziz hanya menjadi alat kepada DAP sahaja. Perkara ini sebenarnya langsung tidak ditimbulkan oleh mana-mana penceramah upahan PAS di mana-mana ceramah PAS di seluruh negara.

Huraian 2 : Di Selangor Exco-exco Kerajaan Negeri daripada PAS tidak berani melawan MB daripada PKR dan tidak berani melawan Exco-exco daripada DAP berkaitan “penjualan arak” di kawasan Melayu dan isu “Kuil Hindu” di kawasan majoriti penduduk Melayu. Isu “ladang babi” tak payah cakaplah. Hanya Hassan Ali sahaja yang berani bertindak, akhirnya beliau telah dipecat oleh PAS atas arahan kepimpinan DAP.

Huraian 3 : Sudah menjadi “suratan takdir” di atas ketentuan Allah s.w.t. bahawa pada masa ini UMNO dan PAS tidak boleh bersama dalam satu gabungan politik kerana masing-masing mempunyai fahaman berbeza sama ada dalam tadbir urus negara atau pegangan politik, lebih-lebih lagi pefahaman ilmu Al-Quran sangat berbeza-beza.

Huraian 4 : Saya berpendapat, PAS perlu dihapuskan dalam peta politik tanah air. PAS hidup seperti anai-anai yang boleh merosakkan pegangan agama seseorang itu dan mampu meruntuhkan bangunan-bangunan kukuh yang telah dibina oleh pejuang dalam UMNO sejak sekian lama. Lebih buruk lagi pegangan agama di kucar kacirkan menurut selera manusia yang bergelar ulama politik dalam PAS. Gesaan ini hendaklah difikirkan secara rasional atau terbuka oleh bangsa Melayu itu sendiri terutamanya para pelajar di IPTA / IPTS yang baru mahu mengenali dunia politik tanahair.

Huraian 5 : Di Sarawak PAS cuba memesong pemikiran orang-orang Sarawak dengan berkata bahawa PAS bertanding dalam Pilihan Raya Sarawak ialah hanya untuk berdakwah. Apala! Dunia akhir zaman ini akan muncullah ulama penipu. Jika nak berdakwah sila masuk ke hutan Grik di Perak atau hutan Gua Musang. Di sana ramai orang-orang Asli tiada pegangan agama atau “free thinker” dan tak payah pergi ke Sarawak, jauh, terpaksa naik kapalterbang.

Bagi bangsa Yahudi, garis pemisah yang dialami oleh bangsanya yang sekian lama menjadi pelarian di negara-negara di seluruh dunia sejak beratus tahun lama akhirnya dirobohkan pada 14 Mei 1948 apabila tertubuhnya negara Israel di bumi Palestin.

Akhirnya garis pemisah bangsa Yahudi TIDAK lagi wujud hingga ke hari ini dan sangat berbeza dengan apa yang berlaku di negara-negara Islam. Kejayaan bangsa Yahudi bukan sahaja berjaya memisahkan garis pemisah pada bangsanya tetapi berjaya mencipta garis pemisah baru kepada negara-negara lain di dunia ini yang tidak disukainya.

Di mana sahaja Pejabat Kedutaannya bertapak, maka di situ juga akan di rancangkan garis pemisah baru. Jika kita tidak berhati-hati, pasti kita akan masuk ke perangkapnya. Perkara yang paling bahaya ini memang tidak disedari oleh kepimpinan tertinggi dalam PAS.

Ringkas, hari ini ramai pensyarah-pensyarah di IPTA / IPTS mendakwa mempunyai pengetahuan lebih tentang sejarah bangsa Yahudi. Itu tidak dapat dinafikan. Namun mereka di IPTA / IPTS tidak mempunyai ilmu atau pendedahan secara mendalam bagaimana munculnya bangsa Yahudi sebagai bangsa terkuat di dunia pada hari ini.

Ringkas, jika negeri Kelantan itu sebuah negara yang dipimpin oleh Nik Aziz, ia dapat ditawan oleh bangsa Yahudi hanya dalam masa 15 minit sahaja.

Hari ini Amerika Syarikat dan Britain tidak akan membenarkan mana-mana bangsa atau mana-mana negara di dunia ini cuba memecah belahkan bangsa Yahudi dan  negara Yahudi itu.

Banyak pendedahan tentang keburukan bangsa Yahudi dalam politik telah didedahkan oleh majalah-majalah antarabangsa sebenarnya adalah tidak betul. Itu hanya perbalahan di atas kertas sahaja, dan yang sebenarnya bangsa Yahudi sangat kuat tali-silatulrahim di kalangan bangsanya. Jika tidak, sudah lama bangsa Yahudi dapat dihancurkan oleh negara-negara Arab yang dikelilinginya.

Hari ini dan sejak sekian lama, negara Amerika Syarikat dan negara Britain tidak akan mengubah dasar luar mereka dalam membantu negara Yahudi walau berlaku pertukaran kerajaan daripada mana-mana parti politik di kedua-dua negara tersebut.

Itulah kuatnya azam pembelaan Amerika Syarikat dan Britain terhadap Israel kerana jalan cerita untuk menubuhkan negara Israel itu telah melalui jalan yang amat sukar, dan mereka (Amerika Syarikat dan Britain) telah bertekad negara Yahudi itu mesti dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun.

Ini sangat berbeza dengan PAS yang tidak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU dan ISLAM, dan mengisi kemerdekaan negara yang perjuangannya dipelupori oleh UMNO. Nama sahaja parti Islam, atas kertas dan di papan tanda sahaja.

PAS sebenarnya ingin melihat UMNO ditumbangkan walau dengan apa cara sekalipun. Seterusnya negara ini diperintah oleh kumpulan yang bergelar ulama walaupun tidak mempunyai ilmu yang cukup. Ulama politik PAS sebenarnya tidak mampu memerintah negara ini yang sangat luas.

Pulau kecil sekecil Pulau Tikus pun tidak akan mampu di tadbir urus oleh ulama PAS. Baca Ayat-Ayat Al-Quran pun tidak betul dan macam mana nak perintah negara di mana para ulama politik PAS menjadi ketua kerajaan ?


SURAT NO. 22

Sejak berakhirnya PRU-12 pada tahun 2008 di mana parti politik terbesar orang-orang Melayu iaitu UMNO mengalami kekalahan yang agak teruk juga, kehilangan banyak Kerusi Parlimen dan Kerusi DUN, kehilangan beberapa negeri, akan tetapi, UMNO yang menerajui Kerajaan Barisan Nasional (Kerajaan BN) masih mampu mengekalkan kuasa pemerintahan di peringkat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Persekutuan di negara ini.

Sejak itu dan hingga kini, UMNO telah mengalami asakan bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, sama ada daripada parti-parti politik pembangkang atau daripada parti-parti politik dalam komponen BN itu sendiri, juga daripada NGO tertentu yang anti-Islam dan juga anti-Melayu, dan anti-hak keistimewaan orang-orang Melayu, anti-DEB dll.

Ekoran daripada perkembangan itu, bukanlah bermakna UMNO cuba berusaha untuk mendapatkan simpati daripada mana-mana pihak, tetapi atas kesedaran inilah, maka lahirlah ilham perpaduan demi untuk kesejahteraan bagi menyelamatkan orang-orang Melayu dan agama Islam itu sendiri. Melayu dan Islam sesungguhnya tidak boleh dipisahkan.

Sebelum ini dan hinggalah ke hari ini, sebenarnya, secara langsung atau tidak langsung, kedudukan Islam terancam, dan kedudukan orang-orang Melayu juga pasti turut terjejas. Perkara yang dibimbangi ialah Islam diasak disegenap penjuru, sama ada secara terang atau sembunyi, atau secara berterusan atau sekali sekala. Asakan itu tidak dibantah oleh sebuah parti yang mendakwa berjuang atas nama Islam iaitu parti politik bernama PAS.

Selepas hampir 55 tahun negara mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, cubaan mengganggu gugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi telah dimulakan oleh pihak-pihak yang anti-Islam dan anti-Melayu yang dikepalai oleh DAP iaitu rakan kongsi PAS dalam urusniaga politik di negara ini.

Apabila mereka nampak kelemahan kuasa politik orang-orang Melayu dan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu itu sendiri selepas keputusan PRU-12 (2008) yang lalu, maka mereka pun ambil peluang yang terbuka luas, dan peluang itu mereka tidak akan lepaskan begitu sahaja.
Namun mereka tahu bahawa seluruh orang-orang Melayu sedang memerhati tindak tanduk mereka, dan mereka percaya orang-orang Melayu tidak akan bertindak liar ke atas mereka kerana orang Melayu dalam PAS tetap akan bersama mereka. Anggapan mereka itu sebenarnya adalah salah.

Mereka itu sebenarnya jahil dalam ilmu sejarah masyarakat Asia Tenggara. Mereka tidak sedar, pada suatu ketika dahulu rakyat Indonesia keturunan Madura bergaduh atau bersengketa dengan rakyat Indonesia keturunan Dayak di kepulauan Indonesia di mana keturunan Madura yang menguasai ekonomi tempatan telah tewas dalam perbalahan itu.

Menurut laporan berita, gadis-gadis comel keturunan Madura dirogol bergilir-gilir oleh lelaki keturunan Dayak hingga mati. Orang lelaki Madura pula dibunuh dan jantungnya dimakan mentah-mentah oleh keturunan Dayak. Begitulah secara ringkas peristiwa tersebut di mana keturunan Dayak kelihatan lebih berani dan kuat.

Selepas peristiwa di atas, berlaku pula pergaduhan yang sama di antara rakyat Indonesia keturunan Dayak dengan Rakyat Indonesia keturunan Melayu di Kalimantan Barat (Borneo) di mana keturunan Melayu berjaya menewaskan keturunan Dayak dalam tempoh yang sangat singkat tanpa bantuan orang-orang Melayu di Sarawak (Malaysia).

Akhirnya keturunan Dayak mengaku kalah. Maknanya kesatuan Melayu merupakan kesatuan manusia lebih hebat daripada kesatuan pada keturunan-keturunan lain atau kaum-kaum lain di rantau ini. Dengan keterangan di atas, asakan oleh pihak-pihak tertentu kepada bangsa Melayu di negara ini hanyalah menjadi sia-sia sahaja seperti suara katak di waktu hujan, setelah hujan berhenti maka suara katak itu pun hilanglah secara automatik.

Sebelum ini pun ada asakan yang sama, tetapi tidaklah sehebat selepas keputusan PRU-12 yang lalu.
 
Cubaan secara terang-terang itu sebenarnya bermotifkan politik untuk mencabut kuasa politik yang berada di tangan orang-orang Melayu. Melihat kuasa politik orang-orang Melayu semakin lemah hasil daripada keputusan PRU-12 (2008), maka peluang sedemikian rupa tidak dilepaskan begitu saja oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mengkucar-kacirkan Islam, atau mengkucar-kacirkan orang-orang Melayu, dan yang penting bagi mereka ialah kuasa politik orang-orang Melayu perlu dicabut.

Usaha-usaha tersebut semestinya bertujuan untuk menghapuskan kedudukan istimewa agama Islam dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah, Sarawak di negara ini.

Namun percayalah, selagi ada orang-orang Islam yang terus dan kekal beribadat kepada Allah melalui beberapa cabang-cabang ibadat, seperti bersolat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, mengadakan majlis ilmu, mengekalkan hubungan baik sesama Islam, menjalinkan semangat perpaduan yang tinggi sesama Islam, cita-cita mereka yang jahat dan ganas itu pasti menemui jalan kegagalan walau pun ia di sokong secara mutlak oleh PAS yang diterajui oleh ulama politik seperti Nik Aziz itu.

Insya’Allah, Allah s.w.t tetap akan melindungi negara ini daripada kerosakkan, dan Islam akan terus subur dan terpelihara di bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO.

Insya’Allah, saya percaya Allah s.w.t. tidak akan membiarkan hamba-hambaNya yang beriman diperlakukan secara hina.

Al-Quran di Surah Muhammad s.a.w. Ayat 7 bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah, nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Islam hanya akan menjadi kuat jika cabang-cabang tuntutan agama seperti ibadat, merangkumi fardu ain, fardu kifayah, perekonomian Islam, kebajikan, perpaduan, memperkenalkan perundangan Islam dll dapat diamalkan dari masa ke semasa dengan baik dengan sempurna.
Perpecahan orang-orang Melayu pastinya tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada kepada UMNO atau PAS. Mursyidul Am PAS Nik Aziz, Haji Hadi, Mat Sabu, dan pemimpin-pemimpin lain dalam PAS merupakan manusia berfikiran sempit dan rela dijajah asal hidup senang.

Sehubungan dengan itu, sebagai seorang Islam, kita juga berasa malu kepada generasi muda di mana sebagai pemimpin mana-mana parti politik, sebenarnya pemimpin-pemimpin kita masih gagal mewujudkan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu di negara ini, dan dengan sebab itu, pastilah keutuhan Islam menjadi tidak subur dan dipandang rendah oleh orang-orang di luar Islam.

Atas sebab-sebab itulah DAP yang besar kepala seperti “cacing nak jadi naga” tidak sekali-kali teringin untuk memeluk Islam. Perkara yang menjadi idaman mereka ialah kuasa. DAP langsung tidak berminat kepada Islam kerana perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut Nik Aziz dan Haji Hadi sangat bercelaru. DAP berbaik dengan PAS kerana DAP menganggap PAS itu adalah askar setianya untuk mengalahkan UMNO. Itu saja.


SURAT NO. 23

Sebenarnya Islam itu indah, tetapi malangnya keindahan itu tidak dapat dilihat dan dikecapi dalam erti kata yang sebenar-benarnya disebabkan perbalahan dalam politik yang merenggan perpaduan sesama Islam. 
Hari ini, difahamkan setiap hari ada kelahiran baru lebihkurang 1,500 orang di seluruh negara. 21 tahun lagi mereka itu akan terlibat juga dalam politik. Jika perpaduan tidak berjaya diwujudkan pada hari ini, pastilah keadaan perpecahan akan terus kekal hingga ke tahun 2033 atau selama-lamanya.

Lihatlah di beberapa negara, akibat kehilangan kuasa politik segala-galanya pun hilang, termasuklah kehilangan yang paling berharga iaitu nyawa manusia. Mengambil contoh peristiwa hitam yang menimpa orang-orang Islam di negara Bosnia pada 6 April 1992 hingga Disember 1995, dan peristiwa sama di negara Palestin sejak negara Yahudi ditubuhkan pada 14 Mei 1948, di mana penduduk Islam di negara tersebut telah ditindas seperti binatang, dibunuh dengan senapang, disembelih hidup-hidup, anak gadis dirogol hingga melahirkan anak, dan berbagai-bagai lagi peristiwa ngeri yang tidak mampu diceritakan di sini.

Ahli-ahli politik di negara ini termasuk isteri-isteri mereka hendaklah insaf kerana kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja. Panggilan kubur hampir dekat dengan kita, dan pada bila-bila masa kita akan dicabut nyawa dan dikembalikan kepada Allah s.w.t., adakah kita semua, atau Nik Aziz dan Haji Hadi serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain menyedari dan membuat persiapan ke arah itu? Jawapannya adalah tidak kerana setiap malam mulai jam 9.00 malam hingga 12.00 malam terpaksa berada di pentas ceramah PAS untuk memburukkan pemimpin UMNO. Memang tidak ada kerja lain. Kerja itu sahaja 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, dan 366 hari setahun (2012).

Begitu juga perbalahan politik di negara Somalia yang melibatkan pemimpin Islam berperang sesama sendiri seolah-olah tiada penyelesaian sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, kerana masing-masing keras kepala seperti kepala Nik Aziz dan Haji Hadi tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., dan mendakwa bahawa mereka sahaja berada di pihak yang benar, dan yang sebenarnya pihak pembangkang yang bertelagah itulah berada di pihak yang tidak benar kerana ingin mengambilalih kuasa pemerintahan. Akibatnya, sejak sekian lama rakyat di negera mereka itu sengsara disebabkan peperangan, dan sentiasa mengharap bantuan daripada negara luar seperti Malaysia dan negara-negara Islam lain.

Di negara Sirrea Leone, sebelum berperang, negara itu di ketuai oleh orang Islam dan rakyatnya 85% adalah beragama Islam. Namun, selepas tamat perang, ketua negara itu kekal di tangan orang Islam, tetapi 68% rakyatnya sudah murtad dan hanya tinggal 17% sahaja yang beragama Islam (sumber daripada anggota tentera kita yang pernah berkhidmat di negara tersebut). Nik Aziz dan Haji Hadi tidak faham ini semua sebab hari-hari baca Harakah.

Sebab-sebab berlakunya kejadian seperti itu ialah kerana mereka tolak perpaduan dan gemar berpecah-belah dalam soal-soal agama dan politik. Politik dicampur adukkan dengan agama, dan agama pula dicampur adukkan dengan politik, maka jadilah agama itu sama taraf dengan politik, dan politik itu juga sama taraf dengan agama.

Lihat dan bacalah Ayat 159 hingga 163 Surah Al-An’Aam.

Baiklah, saya nak tanya soalan untuk dijawab oleh Nik Aziz dan Haji Hadi :

Soalan 1 : Apakah perpaduan sesama Islam itu penting untuk memartabatkan Islam di negara ini melalui kuasa politik, dan untuk menggunakan kuasa politik demi keutuhan Islam, perlukah PAS dan UMNO memulakan perundingan atau perbincangan awal ke arah itu ? Apa pandangan?

Soalan 2 : Sebagai Mursyidul Am PAS dan sebagai Presiden PAS, apa peranan PAS untuk menggerakkan perpaduan di kalangan orang-orang Islam, kerana ini memang dituntut oleh Islam. Dengan adanya ikatan perpaduan yang kuat maka, apa yang dituntut oleh Islam seperti fardu ain, fardu kifayah, perekonomian Islam, kebajikan, perpaduan, perundangan Islam dll dapat berjalan seiring dengan cara yang lebih mudah, kerana UMNO dan PAS masing-masing ada kekuatan dalam politik, dan perlukah digunakan kekuatan kuasa politik untuk kuatkan Islam. Apa komen? dan apakah perlu meminta kebenaran daripada DAP terlebih dahulu bagi menjayakan apa yang diperkatakan itu?

Soalan 3 : Dulu di zaman Rasulullah s.a.w., sebelum Umar Al-Kattab memeluk Islam, penyebaran Islam adalah secara sembunyi-sembunyi. Setelah Umar memeluk Islam, maka penyebaran Islam dilakukan secara terang-terang, dan Islam menjadi semakin kuat semasa itu. Soalan saya: Apakah penyebaran atau perkembangan Islam akan menjadi lebih kuat daripada sekarang jika perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin PAS dapat bergabung bersama dengan pemimpin-pemimpin UMNO tanpa mengenakan apa-apa syarat, atau Islam hanya boleh menjadi kuat setelah PAS dan DAP mengambilalih pemerintahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, apa komen ?

Sesungguhnya orang-orang Melayu di luar sana ingin melihat perpaduan orang-orang Melayu yang sedang berpecah sekarang kembali bersatu tanpa mengungkit perkara-perkara lama demi untuk keutuhan Islam di negara ini. Sebagai contoh, jika kita pernah bergaduh dan bertumbuk dengan kawan kita pada suatu ketika dahulu, kita tidak perlu ungkit bahawa kita telah kena 5 penumbuknya, sementara dia pula telah kena 2 penumbuk kita.

Soalan 4 : Adakah PAS setuju dengan pandangan ini kerana Allah sentiasa bersimpati dengan pihak-pihak yang sentiasa mengalah. Apa komen ?

Soalan 5 : Sebenarnya terdapat banyak pihak yang berhasrat  tinggi sebagai pengantara untuk menyambung usaha-usaha ke arah perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS tanpa berat sebelah ke mana-mana pihak. Keputusan mutlak di tangan pemimpin tertinggi dalam PAS dan UMNO.  Apa komen ?

Terbukti, sesungguhnya PAS menolak perpaduan dengan UMNO kerana orang yang bergelar ulama bertaraf Nabi bernama Nik Aziz mempunyai dendam lama terhadap UMNO. Pemikiran politik ala PAS memang rendah mutunya. Silap haribulan masuk neraka. Contoh, saya mesti memberi contoh supaya orang-orang Melayu yang waras terutamanya pelajar-pelajar di IPTA / IPTS mampu berfikir yang mana baik dan yang mana boleh mendatangkan keuntungan di dunia dan di akhirat kelak. Contoh, pada awal tahun 2009 Pakatan Rakyat yang terdiri gabungan DAP, PKR dan PAS telah hilang kuasa pemerintahan di Perak. Ringkas, di hari majlis angkat sumpah Dr. Zambry memegang jawatan Menteri Besar, terdapat ramai askar PAS kerahan DAP iaitu prebet PAS membuat kecoh sambil memegang bendera PAS dan bendera DAP seolah-olah sedang berperang seperti Perang Uhud. Lebih buruk lagi ada yang tidur di jalan raya untuk menghalang kereta-kereta khas pembesar negeri daripada bergerak. Itu adalah kerja bodoh yang diilhamkan oleh hasutan syaitan.
Ketika itu hanya askar prebet PAS kerahan DAP sahaja yang kelihatan. Askar-askar regular DAP dan askar-askar regular PKR langsung tidak kelihatan. Selepas peristiwa itu, bekas MB Perak daripada PAS kelihatan sasau seperti orang gila talak. Peluang kemewahan sebagai MB terlepas sekelip mata kerana Allah s.w.t. telah mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang dikehendakiNya, dan ini bukan penulis cuba berbohong, memang ada disebut dalam Al-Quran di Surah A-Li ‘Imraan Ayat 26.

Inilah jenis-jenis fahaman-fahaman salah yang di bawa oleh PAS yang masih diamalkan oleh penyokong-penyokong PAS. Ia sangat bercanggah dengan ajaran agama Islam yang di bawa oleh Nabi s.a.w., dan ia perlu ditolak oleh bangsa Melayu itu sendiri pada PRU-13 akan datang.

Sebelum ini, terdapat Ahli Parlimen bukan Islam daripada PKR membaca Al-Quran di atas pentas PAS dalam satu kempen PRK di Negeri Sembilan . Ulama politik PAS tidak melarangnya. Ini menunjukkan para ulama politik PAS adalah jahil Al-Quran dan tidak berkemampuan mentafsirkan Ayat-Ayat Al-Quran dengan betul, serta gagal mencegah perbuatan yang sia-sia itu.

Para pembaca sekalian, semak Al-Quran di Surah Al-Israa’ Ayat 45 hingga 50 untuk mendapat erti maksud Ayat-Ayat tersebut.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan di Dewan Rakyat baru-baru ini telah mempertahankan orang-orang kafir dalam pakatan pembangkang yang membaca dan menghuraikan Al-Quran di hadapan orang-orang Islam dengan mendakwa ia boleh mendekatkan orang-orang kafir dengan Islam. Kalau macam itu, ada baik juga muslimah-muslimah PAS yang comel-comel itu tidur malam bersama dengan mana-mana orang kafir di dalam satu bilik, di atas satu katil dan satu kain selimut, kerana langkah itu pastilah akan mendekatkan lagi orang-orang kafir dengan Islam.

Dengan keterangan di atas penyokong-penyokong PAS sendiri tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Allah dalam Al-Quran seperti Ayat-Ayat tersebut di atas, dan bagaimana pula boleh menjemput orang kafir berhujah dengan Al-Quran sedangkan mereka (orang kafir) sendiri tidak mempercayai Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi s.a.w. melalui malaikat Jibril ? 

Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib dan ulama politik dalam PAS serta penyokong-penyokong PAS hendaklah sedar dan janganlah jadi bodoh selama-lamanya kerana kepentingan politik.

Adalah tidak logik langsung, orang yang tidak mempercayai Ayat Al-Quran mahu berhujah dengannya, inilah yang dikatakan cuba mempermain-mainkan Ayat-Ayat Al-Quran.

Dengan keterangan di atas, penulis mengajak semua bangsa Melayu dengan berani menolak perjuangan PAS yang bertopengkan Islam yang dipimpin oleh Nik Aziz dan ulama politik lain dalam PAS sebelum terlewat. Jika tidak, generasi muda akan berjaya disesatkan sesesat-sesatnya oleh ulama politik dalam PAS itu.

Demi untuk agama Islam, parti politik PAS hendaklah disekat daripada memenangi apa-apa kerusi dalam mana-mana PRK atau PRU-13 akan datang. Sejak memerintah Kelantan pada tahun 1990 iaitu 22 tahun yang lalu, tiada pembangunan rancak boleh dibanggakan.

Namun, setiap kali di ceramah PAS maka timbullah puji-pujian yang mendadak kepada Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Penceramah PAS menjadi sasau dan syok sendiri apabila menyebut negeri Kelantan Membangun Bersama Islam, dan Kota Bharu Bandaraya Islam. Jika benarlah Kelantan membangun bersama Islam tentulah sekurang-kurangnya warna air paip di Kelantan berwarna putih bersih seperti air zam-zam dan semestinya tidaklah kelihatan merah seperti sekarang, kadangkala terputus bekalannya.

Ketahuilah, sering kali aliran air paip menjadi “jem” dan pengguna-pengguna di Kelantan menjadi semakin hilang sabar apabila ketiadaan air.

SURAT NO. 24

Di Merapoh, Pahang iaitu berhampiran dengan Perhentian Rehat Bas-Bas Ekspres terdapat sebuah masjid di tepi jalan sebelah kiri menghala ke Kota Bharu yang dibina oleh penyokong-penyokong PAS.

Di masjid itu terdapat logo PAS di sebelah kiri dan kanan pada bangunan. Di dalamnya sangat kotor dan karpetnya pula berbau sangat busuk. Tandas pula tak payah cakaplah. Beginikah caranya masjid itu diuruskan oleh penyokong-penyokong PAS? Parti yang perjuangkan Islam.

Di manakah letaknya ajaran Islam? Masjid itu tidak ada standard  langsung. Gereja Kristian termasuk tandas di gereja lagi bersih dan hebat. Jika rumah Allah itu tidak boleh dijaga dengan rapi bagaimana pula mampu menguruskan perkara-perkara yang lebih besar atau mencabar? Saya tidak ada selera untuk bersolat di masjid itu dan terpaksa mencari tempat lain untuk bersolat.

Keadaan masjid atau surau kotor di Kelantan memang diakui sendiri oleh Nik Aziz selaku MB Kelantan. Ia terus berlaku kerana parti yang mendakwa berjuang atas nama Islam itu tidak ada dalam perancangannya untuk membentuk generasi ke arah ke cemerlangan.

Dalam Al-Quran di Surah Al-A’Raaf Ayat 31 bermaksud: Wahai anak-anak Adam ! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid atau ke tempat ibadat atau mengerjakan solat.

(Huraian: Ini tidak, kita berpakaian bersih, tetapi masjid yang kotor dan menjijikkan. Dikatakan berjuang untuk Islam, hanya di atas kertas sahaja).

Berbalik kepada dasar perjuangan PAS, di atas kertas semuanya elok-elok belaka. Di sini ingin saya dedahkan secara jujur bahawa dalam keluarga saya hampir keseluruhan 100 peratus (%) adalah penyokong setia PAS sejak sekian lama.
Di kampung saya yang jaraknya hanya 10 kilometer dari Kota Bharu Bandaraya Islam juga merupakan hampir keseluruhan 100 peratus (%) penduduknya adalah penyokong PAS. Namun hampir keseluruhannya tidak mampu membaca Al-Quran dengan betul mengikut hukum tajwid walaupun 1 jenis bacaan iaitu Hafs Asim. Perkataan Hafs Asim pun mereka tidak mengerti dan sangat asing kepada mereka. Inikah perjuangan Islam.

Masjid atau surau-surau sentiasa kosong dan hanya menjadi penuh jika Nik Aziz atau ulama politik PAS yang lain datang untuk bertazkirah dan 85 peratus (%) isi kandungan tazkirah itu ialah hentam pemimpin UMNO. Semua hadirin seronok mendengar dan saya pernah menyamar sebagai penyokong PAS dan segala strateginya saya tahu.

Adakalanya penceramah politik PAS itu membaca petikan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tidak betul termasuklah sebutannya. Ini adalah secara ringkas sahaja yang dapat saya ceritakan dan saya tidak memaksa pembaca sekalian untuk mempercayai apa yang dituliskan di sini.

Penulisan ini juga sebagai dakwah untuk menyampai dan memperbetulkan apa yang tidak betul atau apa yang tidak benar. Dikatakan berjuang atas nama Islam, tetapi baca Al-Quran pun tidak betul, dan ada yang langsung tidak dapat membaca Al-Quran. Macam mana ini boleh berlaku.

Hari ini dan sejak sekian lama, saya dapati terdapat ramai anak-anak Melayu apabila mendapat peluang belajar di Mesir, atau di Jordan, atau di Syria atau di negara-negara lain di bidang Usulluddin, atau Syariah, atau Pengajian Bahasa Arab dan bidang-bidang lain (tidak termasuk bidang Al-Quran) sangat berminat untuk menyertai politik PAS dengan harapan dapat menjadi calon di Kerusi DUN atau calon di Kerusi Parlimen seperti Nik Amar Nik Abdullah dulu, atau sekurang-kurang menjadi Setiausaha Politik, atau Setiausaha Akhbar atau setidak-tidaknya Pegawai Khas kepada MB Kelantan, atau Pegawai Khas kepada TMB Kelantan, atau Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan begitulah seterusnya.

Saya berpendapat, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gelanggang politik, seseorang itu hendaklah menyuluh diri masing-masing dan mencari jawapan berikut:

·        Adakah aku ini ada ilmu politik ?
·        Adakah aku ini ada ilmu pengurusan ekonomi dan kewangan ?
·        Adakah aku ini ada ilmu pengurusan pentadbiran ?
·        Adakah aku ini mengikuti perkembangan politik dunia ?
·        Adakah aku ini mengikuti perkembangan ekonomi dalam negara ?
·        Adakah aku ini mempunyai ilmu berkaitan pelaburan ?
·        Adakah aku ini mengikuti perkembangan ekonomi negara-negara maju ?
·        Adakah aku ini memerhati perkembangan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah atau Amerika Selatan dan negara-negara lain ?
·        Adakah aku ini boleh membantu meningkatkan ekonomi Melayu?
·        Adakah aku ini mampu berfikir untuk kemajuan negara dan keperluan rakyat untuk 100 tahun akan datang ?
·        Adakah aku ini mengikuti perkembangan kelahiran baru bagi merancang keperluan mereka?
·        Adakah aku ini mengikuti hal ehwal keselamatan dalam negara dan negara-negara jiran ?
·        Adakah aku ini boleh menyumbang ke arah kemajuan Islam ?

dan banyak lagi perlu ditanya diri sendiri sebelum melangkah masuk ke dalam arena politik PAS termasuklah niat dalam hati sama ada ingin mencari kekayaan untuk diri sendiri atau memang ada niat untuk membantu rakyat, dan begitulah seterusnya.

Jika tidak termasuk apa yang disenaraikan di atas, adalah lebih baik menjadi penyokong sahaja atau memasuki politik UMNO dan belajarlah dari dalam, dan bukannya merobohkan semua perancangan yang telah / sedang / dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO.
Saya berpendapat negara ini akan menjadi rosak jika ia di pimpin oleh orang-orang yang tidak berilmu dan hanya bergelar ulama politik atau ulama biasa sahaja. Ilmu-ilmu lain mesti ada. Pemikiran mesti kukuh dan boleh menerima pendapat orang lain jika difikirkan munasabah. Bukan keras hati seperti Nik Aziz yang langsung tidak mahu menerima pendapat ramai walau pun ia akan menguntungkan bangsa Melayu dan Islam.

Hari ini ulama-ulama politik banyak bergantung kepada pegawai kerajaan (pelaksana dasar-dasar kerajaan) untuk tadbir urus sesebuah negeri yang di perintah mereka tanpa merancang sendiri segala rancangan pembangunan atau rancangan pembangunan ekonomi atau rancangan pembangunan usahawan.

Perancangan untuk membangunan ekonomi desa mestilah diutamakan dan saya percaya perananan Kerajaan Negeri sangat penting. Di samping itu pembangunan lain seperti kemudahan asas untuk rakyat tidak boleh diabaikan.

Dalam perekonomian negara, “ekonomi meleset” maknanya tiada permintaan walhal pengeluaran banyak, dalam bahasa mudah: barang banyak tetapi tiada pembeli dan (harga barang murah). Berbeza dengan “ekonomi inflasi” maknanya permintaan melebihi daripada penawaran, dalam bahasa mudah: barang berkurangan di pasaran tetapi banyak permintaan (pembeli) dan (harga barang mahal).

Jika kekurangan ilmu seperti yang di senaraikan di atas maka timbullah berbagai-bagai masalah dalam negara atau negeri yang dipimpin. Contoh terbaharu ialah soal Bazar Tok Guru pun gagal diselesaikan cara baik tetapi negeri dikatakan Membangun Bersama Islam. Jika benar membangun bersama Islam mestilah tiada penindasan. Ini hanya sebagai satu contoh sahaja. Sebenarnya Nik Aziz dan ulama politik PAS lain hanya pandai berpolitik sahaja.

PAS sekarang lebih pentingkan kemanisan kuasa hingga sanggup bersekongkol dan mengagung-agungkan musuh Islam iaitu Mursyidul Am Punjabi, Mursyidul Am Buddha dan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz sahaja tanpa mempedulikan rakyat Kelantan sendiri. Air paip merah – merahlah, kes rogol – rogollah, kes bunuh orang – bunuhlah, kes sembelih anak kecil – sembelihlah, kes curi motosikal dan kereta – curilah, kes curi basikal pun ada di Kelantan, kes buang bayi – buanglah, kes seludup dadah – seluduhlah, kes wanita muda terjun dari tingkat 3 KB Mall – terjunlah,  terdapat imam-imam masjid atau surau silap membaca Al-Quran semasa mendirikan solat berjemaah – itu dia punya hal lah, terdapat ramai rakyat Kelantan tidak boleh membaca Al-Quran dengan betul mengikut Hukum Tajwid – itu hal dia lah dan sendiri jawablah. Apa nak jadi – jadilah. Itulah barangkali yang sentiasa bermain di kepala Nik Aziz.

Dulu-dulu Nik Aziz ada mengajar rakyat Kelantan supaya menjadi manusia jahat. Contoh, jika orang bagi wang – ambil, orang bagi gula – kacau, orang bagi kain pelikat – pakai, orang bagi nasi – makan, orang bagi air – minum, orang bagi buah – makan, orang bagi anak dara – kahwin, jika orang bagi perempuan pelacur – bagaimana pulak? Sebagai pejuang Islam, PAS hendaklah membentuk generasi selari dengan ajaran Islam, namun saya tidak merasa apa-apa kepelikan memandangkan pemimpin tertinggi dalam PAS pun memang serabut dan tidak menunjukan contoh yang baik. Mereka itu adalah orang politik bertopengkan Islam.

Dalam kes arak di Selangor, kini PAS senyap dan sunyi setelah diherdik oleh DAP. Dalam kes judi di Kelantan pula, Nik Aziz sedia mendengar dan mengkaji cadangan Mursyidul Am Punjabi dan Mursyidul Am Buddha. Di manakah ketegasan Mursyidul Am PAS itu ? Kerana rakan sebantal dalam politik, maka Kerajaan Pas Kelantan sanggup mengkaji semula isu judi, dan jelaslah PAS sebenarnya diperkudakan oleh DAP iaitu parti politik yang di kuasai oleh kaum Cina.

DAP sangat terkenal kerana anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-DEP, anti-MARA, anti-peruntukan Masjid dan anti segala-galanya selagi negara ini diterajui oleh orang-orang Melayu.

Terbaru Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam berkata bangsa Melayu juga merupakan kaum pendatang di negara ini dan mendakwa hanya orang Asli sahaja penduduk pribumi di negara ini. Kalau begitu dari negara mana pulak Melayu datang? Mana negeri asal orang-orang Melayu? dan dari mana pula datangnya nama Persekutuan Tanah Melayu? Orang bagi tinggal di negara ini pun dah mujur tetapi masih tidak sedarkan diri. Inilah sifat buruk kaum pendatang yang tidak tahu berterima kasih. Walau apa pun, PAS sentiasa mengantuk apabila DAP berada di sebelahnya.


SURAT NO. 25
Isu pengharaman judi di Kelantan oleh Kerajaan PAS sejak tahun 1990 hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Apabila digertak oleh DAP baru-baru ini, Kerajaan PAS menjadi takut dan bagaimanakah PAS nak wujud negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud ?

Hendak kekalkan pengharaman judi pun menjadi teragak-agak. PAS hanya berani dan nampak garang dengan UMNO sahaja tetapi menjadi penikus apabila berdepan dengan DAP. Inilah wajah-wajah buruk PAS yang perlu ditolak oleh seluruh orang-orang Melayu di negara ini demi untuk orang-orang Melayu itu sendiri, generasi Melayu dan agama Islam.

Dulu, menjelang PRU-12 pemimpin tertinggi PAS ada berkata, UMNO tidak perlu datang ke Kelantan untuk membela Melayu Kelantan. Melayu Kelantan dikatakan o.k oleh Nik Aziz dan semua penceramah upahan PAS, dan meminta UMNO pergi sahaja ke Pulau Pinang untuk membela Melayu Pulau Pinang. Hari ini bagaimana ?

Apa-apa penindasan oleh DAP kepada Melayu di Pulau Pinang, PAS hanya menjeling mata sahaja dan tidak berani menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang. Dalam mana-mana ceramah PAS di Kelantan, pemimpin tinggi PAS langsung tidak timbulkan isu tersebut dan sentiasa mendakwa dengan perasaan syok sendiri sambil berkata bahawa DAP sudah menerima kefahaman Islam. Tetapi tidak menyatakan pula sudah berapa ramai ahli DAP yang bukan Islam telah memeluk Islam.

Pada PRU-12 (2008) di Pulau Pinang, Melayu Pulau Pinang memberi undi kepada pakatan pembangkang kerana PKR dan PAS telah berjanji akan menjaga Melayu Pulau Pinang dengan sebaik-baiknya. Hari ini apa sudah jadi dengan janji-janji tersebut ? Satu negeri Pulau Pinang yang kecil pun tidak terjaga kepentingan Melayu dan bagaimana pula PAS mampu jaga Melayu seluruh Malaysia ?  Nik Aziz sentiasa memuji KM P. Pinang LGE @ Khalifah Umar Bin Abdul Aziz tetapi seorang Y.B DUN daripada PAS tidak pula dilantik sebagai exco negeri.
Pembaca hendaklah sedar, ulama politik PAS, pemimpin lain dalam PAS, penyokong PAS dan semua ahli PAS adalah penduduk pribumi @ penduduk asal negara ini tetapi bertuankan bangsa lain dalam DAP. Logik ke ? dimanakah letaknya maruah bangsa Melayu dan maruah agama Islam ? PAS sebenarnya perlu dihapuskan dalam peta politik tanahair demi untuk bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam.

Di ruangan ini saya sebenarnya tidak mahu meninggalkan apa yang pernah saya perkatakan sebelum ini. Saya mahu ulang! ulang! ulang! dan terus mengulanginya sehingga perkara yang diulang-ulang itu dapat difahami oleh orang-orang Melayu. PAS sebenarnya sentiasa berkorban demi untuk DAP.

Hasrat DAP untuk melihat kaum Cina menjadi tuan besar di bumi Melayu ini seperti di negara Singapura pasti akan terlaksana jika bangsa Melayu itu terus memberi undi kepada PAS pada mana-mana PRK atau PRU-13 kelak. Ingat ! PAS ialah rakan kongsi DAP dalam gabungan pakatan pembangkang yang sangat arkab seperti isi dengan kuku. Awaslah wahai orang-orang Melayu sebelum Melayu hilang kuasa. 


SURAT NO. 26

Saya juga ingin menimbulkan kembali cerita lama yang sudah dilupakan oleh orang-orang Melayu, namun saya sendiri tetap tidak akan melupakannya kerana ini melibatkan orang yang bergelar ulama politik dalam PAS.

Saya ingin merujuk kepada siaran berita di stesen Tv swasta dan stesen Tv berbayar yang mana saya sendiri telah mendengar apa yang terkeluar daripada mulut Nik Aziz sendiri. Saya percaya rakaman berita Tv tersebut pada tahun 2009 masih ada dalam simpanan kedua-dua stesen Tv tersebut dan janganlah pula ada mana-mana pihak cuba menuduh saya sebagai mereka-rekakan cerita ini.

Saya ingin berhujah atas 4 perkara.  Nik Aziz ada berkata:
1.   Ada orang nak taja saya mengerjakan Haji di Mekah.
2.   Ada orang nak seliper saya, sanggup bayar RM 5 ribu semata-mata kerana nak dapat berkat.
3.   Saya telah berdoa tadi beramai-ramai minta Allah perbetulkan pemikiran PM Najib supaya Najib beri wang royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan, jika tidak kita minta Allah musnahkan masa depan dia, parti dia dan kumpulan dia. (Lebih kurang begitulah kata-kata Nik Aziz).
4.   (Setelah menerima kecaman dari berbagai pihak), Nik Aziz berkata dia sedia berdepan dengan mana-mana ulama termasuk Mufti Perak yang mengecamnya mengenai doanya itu.

Perkara di No. 1: Nik Aziz menerima gaji bulanan dan semua elaun bulanan adalah mengikut taraf Menteri Besar yang jumlahnya bukan sedikit. Jika seseorang itu ada wang masuk setiap bulan daripada pendapatannya, maknanya seseorang itu ada wang. Seseorang yang ada wang adalah sebaik-baiknya tidak menerima apa-apa  bantuan atau tajaan daripada mana-mana pihak.

Ini adalah moral orang-orang yang mempunyai wang, tambah lagi Nik Aziz beragama Islam dan moral orang-orang beragama Islam perlu dipertahankan. Lebih-lebih lagi pihak yang menaja itu ada kepentingan perniagaan di bawah kuasa orang yang hendak di taja itu. Ini adalah untuk mengelakan fitnah yang bakal diterima.

Nik Aziz sangat gemar bercakap mengenai sikap kejujuran Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Ringkas, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz sentiasa menjaga nama baiknya. Di waktu malam jika ada urusan peribadi, beliau hanya menyalakan lilin peribadinya sahaja. Ini semata-mata ingin menjaga nama baik sebagai Ketua Kerajaan.

Saidina Ali Abi Talib ada berkata bahawa nama yang baik adalah lebih elok daripada sebuah istana yang indah. Apakah sifat-sifat mulia yang ditunjukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz itu ada pada Nik Aziz selaku Ketua Kerajaan PAS Kelantan? Dikatakan negeri Membangun Bersama Islam? Jika Nik Aziz menerima tajaan itu maka sifat-sifat Nik Aziz itu adalah berlawanan dengan sifat-sifat yang ada pada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz atau ulama-ulama terdahulu.

Nik Aziz sudah tua, dan Nik Aziz pun tahu bahawa dia sudah tua. Di masa inilah dia sewajarnya kejar mengejar dalam membuat kebaikan seperti yang diseru dalam Al-Quran di Surah Al-Baqarah Ayat 148. Jika seseorang itu pergi mengerjakan Haji dengan wang tajaan bermakna pahala yang bakal diperolehinya itu tidaklah sepenuhnya.

Adalah tidak menjadi apa-apa kecacatan dari segi amalan jika seseorang yang tidak ada kemampuan menerima tajaan daripada pihak lain. Masalah sekarang ialah Nik Aziz ada wang, ketika itu (2009) sudah 19 tahun menjadi MB Kelantan, tentulah banyak wang simpanan dan tidak perlu mendapat tajaan untuk ke Mekah.

Apabila seseorang itu sudah menjangkau usia tua seperti Nik Aziz, biasanya tidak akan menerima sebarang tajaan. Sebaliknya akan tetapkan hati pergi menunaikan ibadat Haji dengan wang sendiri dengan harapan memperolehi pahala sebanyak-banyaknya. Ini berbeza dengan pendirian Nik Aziz.

Keputusan Nik Aziz membatalkan pemergiannya ke Mekah adalah bukti jelas bahawa perbuatannya itu adalah salah. Ringkas, Nik Aziz adalah golongan orang yang berharta atau kaya dan lebih berkemampuan. Soal wangnya diberi kepada parti atau pihak-pihak lain adalah masalah lain. Masalah yang dibicarakan di sini ialah dia ada wang pendapatan bulanan. Pihak yang menaja pun satu masalah juga, hendak menaja orang yang ada pendapatan besar. Jika benar-benar nak buat pahala, tajalah orang-orang beriman lain yang ramai terdapat di Kelantan.

Perkara No, 2: Sepatutnya Nik Aziz tahu bahawa selipernya itu tidak boleh membawa apa-apa keberkatan kepada sesiapa pun. Jubah Rasulullah s.a.w. pun tidak boleh membawa apa-apa keberkatan kepada sesiapa pun. Inikan pula seliper Nik Aziz yang dipakainya untuk keluar masuk ke tandas.

Bukan Nik Aziz tidak tahu sejarah Islam, di zaman Rasulullah ada seorang yang tidak beriman (namanya tidak ingat) bilamana di saat-saat kematiannya beliau meminta jubah Rasulullah untuk dipakainya semata-mata untuk mendapat berkat.

Rasulullah atas sifatnya sebagai pemurah dan mulia telah memberikan jubahnya itu kepada orang tersebut, tetapi telah mendapat bantahan daripada sahabat-sahabat lain. Ramai sahabat-sahabat Rasulullah tidak berpuashati dengan sifat pemurah dan mulia Baginda itu. Dengan pantas Rasulullah berkata bahawa jubahnya itu tidak boleh membawa apa-apa keberkatan kepada orang itu, dan orang itu akan dimasukkan ke neraka juga. Kemudian sahabat-sahabat Rasulullah itu pun berpuashatilah dengan jawapan Baginda. Itu hanya secara ringkas sahaja.

Itu jubah Rasulullah, Rasul pilihan Allah. Ini seliper Nik Aziz ! siapa Nik Aziz ? Nik Aziz ialah ulama politik PAS yang sentiasa bercakap mengarut. Nik Aziz ialah ulama politik PAS yang berkata boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan ingin membantu menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Sedangkan Allah sudah melarang supaya tidak menghampiri syaitan sebagaimana telah pun diterangkan sebelum ini.

Nik Aziz ialah manusia biasa dan terikat dengan perintah-perintah yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan negara. Nik Aziz bukan manusia istimewa tergolong dalam senarai sepuluh (10) orang sahabat Nabi s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga. Sebenarnya Nik Aziz ialah manusia yang sentiasa di dewa-dewakan oleh pengikut-pengikut PAS yang jahil dalam pegangan agama Islam, dan tidak dapat membeza-bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Seliper Nik Aziz ! sanggup bayar RM 5 ribu ! betul ke cerita ni atau rekaan Nik Aziz? Saya berpendapat daripada membeli seliper Nik Aziz itu adalah lebih baik kita sendiri pergi ke Mekah buat ibadat Umrah. Tambang pakage umrah untuk sebelas (11) hari sekarang ialah lebihkurang RM3,700.00 sahaja. Baki berlebihan RM1,300.00 itu bolehlah digunakan untuk membeli kurma Nabi, air zam-zam dan lain-lain untuk di bawa pulang.

Di samping itu berpeluang pula mendirikan solat di Madinah yang pahalanya seribu (1,000) kali ganda daripada masjid-masjid lain. Juga berpeluang bersolat di Masjidil Haram di Mekah yang pahalanya ialah seratus ribu (100,000) kali ganda daripada masjid-masjid lain.  Adalah tidak keterlaluan jika saya berpendapat bahawa hanya orang gila atau rosak pemikiran sahaja yang sanggup membeli seliper Nik Aziz itu. Atau pun cerita itu di reka-reka sendiri oleh Nik Aziz untuk menaikan dirinya supaya lebih dihormati.

Perkara No. 3: Nik Aziz ingat Allah itu bodoh macam penyokong-penyokong PAS yang menjadi pak turutnya. Ringkas, orang Islam memang tahu akan kebesaran dan kekuasaan Allah kerana alam ini dan isinya sesungguhnya dicipta oleh Allah sebagaimana yang tersebut dalam Surah Faatir Ayat 1.

Oleh kerana itu kita yang kerdil ini tidak payahlah menghuraikan perihal Allah yang sangat panjang hinggakan tiada kesudahan walaupun seluas air lautan menjadi tinta.

Penerimaan atau makbulnya doa seseorang itu adalah hak mutlak Allah. Syarat-syarat berdoa, atau panduan-panduan sebelum seseorang itu berdoa, atau selepas seseorang itu berdoa, atau cara-cara seseorang itu berdoa, atau jenis doa-doa yang diajar oleh Allah kepada manusia adalah sangat panjang. Namun penulis ingin mengambil contoh hanya 2 Ayat Al-Quran sahaja: Surah Al-Baqarah Ayat 186 bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu mengenai Aku (Allah), maka beritahu kepada mereka bahawa sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka, Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dengan mematuhi perintahKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Huraian 1 : Doa supaya mendatangkan kecelakaan atau musibah kepada seseorang itu adalah di luar suruhan Allah. Oleh itu kita hendaklah mengelakkan daripada berdoa sesuatu yang buruk kerana dibimbangi perkara buruk itu tidak mustahil akan menimpa diri kita. Nik Aziz tidak takut benda-benda ini dan dia bercakap main sedap mulut sahaja, gatal mulut.

Huraian 2 : Penerimaan atau perkenan Allah akan doa seseorang itu adalah berdasarkan kepada peraturan atau undang-undang yang ditentukanNya. Maka setiap doa seseorang itu hendaklah diiringi dengan amal usaha yang sungguh-sungguh mengikut peraturan undang-undang Allah yang berlaku kepada sekalian alam.

Surah A-Li ‘Imraan Ayat 110 jika diamalkan sebaik-baiknya oleh setiap manusia pastilah akan membuatkan Allah sayang kepada seseorang itu. Ini boleh menjamin doa seseorang itu akan dimakbulkan oleh Allah mengikut peraturan dan undang-undangNya. Ayat 110 itu bermaksud:

Kamu (wahai umat Muhamad) adalah sebaik-naik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, buruk dan keji, serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman.

Huraian : Anugerah kemulian dan keistimewaan oleh Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. adalah bergantung kepada amalan seseorang itu selagi ia mengamalkan 3 dasar Islam yang utama iaitu:

(a)     Membuat baik dan menyuruh berbuat kebaikan
(b)     Tidak membuat kejahatan dan melarang daripada membuat kejahatan.
(c)     Terus beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya dan menyeru orang lain membuat perkara yang sama.

Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan mestilah menunjukan contoh-contoh yang baik kepada orang-orang di bawah pimpinannya, dan jangan sekali-kali menunjukan contoh yang kurang baik. Ini dibimbingi akan menjadi ikutan kepada orang-orang bawahan dan boleh mengundang kemarahan atau kemurkaan Allah s.w.t.

Sebagai pemimpin tertinggi dalam PAS iaitu parti Islam, Nik Aziz hendaklah sentiasa bersabar mengikut panduan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dan janganlah  sekali-kali membiarkan diri kita di kuasai oleh bisikan syaitan. Keterangan Al-Quran adalah seperti berikut:

Surah Al-Baqarah Ayat 155 bermaksud: Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan dengan merasai kelaparan, dan dengan berlakunya kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

Surah Al-Baqarah Ayat 156 bermaksud: iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Surah Al-Baqarah Ayat 157 bermaksud: Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang-orang yang dapat pertunjuk hidayahNya.

Huraian : Akhlak tinggi Rasulullah s.a.w. ialah akhlak Al-Quran. Orang-orang yang sabar ialah orang-orang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka tidak hilang semangat seperti apa yang ditunjukan oleh Nik Aziz itu. Nik Aziz kata dia belajar di Universiti Al-Azhar dan ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w., betul ke?

Sebagai orang Islam, seluruh kehidupan kita adalah Islam. Bukan hanya serban putih, kopiah putih dan jubah sahaja sebagai Islam. Tutur kata kita juga hendaklah Islam.

Sebagai orang Islam kita hendaklah membuat kebaikan dan menyuruh juga orang lain membuat kebaikan. Maknanya kita hanya berdoa yang baik-baik sahaja.
Contoh, minta Allah s.w.t. amankan negara kita, minta kesejahteraan kepada seluruh rakyat, rezeki yang bertambah-tambah, ramaikan zuriah soleh serta berilmu, tingkatkan iman, sentiasa diberi rahmat oleh Allah, mati dalam Islam (dan bukannya mati dalam parti Islam PAS yang suka mencemuh orang) atau mati dalam UMNO.

Sebagai orang Islam kita tidak sekali-kali akan membuat sebarang kejahatan dan juga tidak akan menyuruh orang lain membuat perkara sama. Maknanya kita tidak akan membuat sebarang kerosakan di atas muka bumi ini, atau tidak sekali-kali akan berdoa sesuatu yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada orang lain.

Namun, Allah s.w.t. mempunyai hak mutlak. Sebagai orang yang beriman, mengaku ulama, atau tok guru, atau tuan guru, pakai serban yang melambangkan sangat alim tidak sepatutnya bersikap seperti itu, mendoakan kecelakaan kepada orang lain.

Atas sebab-sebab itulah ada satu Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: di akhirat kelak, yang mula-mula sekali dicampak ke dalam neraka ialah orang-orang yang bergelar alim ulama yang suka seleweng dan “mengauta belitkan” Ayat-Ayat Al-Quran atau yang menyembunyikan ilmu.

Para pembaca sekalian boleh fikir sendiri siapa yang termasuk dalam golongan ini. Kebanyakan mereka adalah di kalangan ulama-ulama politik PAS, penceramah-penceramah politik PAS dan ustaz-ustaz PAS yang menyokong perjuangan DAP sebuah parti politik yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-peruntukan masjid dan anti-anti lain yang telah pun saya sebut beberapa kali sebelum ini.

Sebagai orang Islam kita hendaklah beriman dan terus beriman kepada Allah s.w.t. dan sentiasa bersyukur apa yang ada walau pun hidup dalam kemiskinan tanpa harta yang banyak sebagaimana orang lain.

Jika kita miskin, berbelanjalah mengikut kemampuan yang ada dan jangan bergaya dalam hidup melebihi daripada apa yang ada. Masalah wang royalti minyak, jika saya berada di tempat Nik Aziz sebagai MB Kelantan, nak bagi – bagilah, tak nak bagi pun – tak apalah. Apa susah-susah sangat hingga sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam.

Nampak sangat kita ni tamak harta, tamak wang ringgit. Nampak tidak cerdik dan tiada ketahanan cara berfikir. Dengan perkataan lain, doa hendaklah kepada benda-benda yang baik sahaja dan doa benda-benda yang buruk sebenarnya adalah daripada bisikan syaitan.

Perkara No. 4: Sebagai orang yang beriman Nik Aziz tidak sepatutnya mengecam teguran Mufti Perak berkaitan dengan doanya yang meminta kemusnahan masa depan Najib bersama parti dan kumpulan Najib. Jika terdapat seseorang itu  menegur kita, kita perlu suluh di mana kesilapan kita itu dan carilah kesilapan hingga dapat dikesan di mana silapnya.

Allah s.w.t. tidak sekali-kali lalai dan janganlah ada sesiapa hendak mengajar Allah supaya memusnahkan masa depan seseorang itu. Dalam Al-Quran:

Surah Ali-‘Imraan Ayat 26 bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad: Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan ! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Huraian : Tiada huraian. Ayat tersebut sangat jelas dan tidak perlu huraian. Jika PRU-13 kelak PAS hilang kuasa pemerintahan di Kelantan, maknanya Allah s.w.t. mencabut kuasa pemerintahan yang telah diberikan kepada Nik Aziz sejak tahun 1990 dulu. Kena terimalah dan janganlah pula berkata ada pengundi hantu yang mengundi UMNO, dan di mana pula perginya malaikat yang menolong PAS sebelum ini?

Saya ingin bertanya Nik Aziz, Nik Aziz kata dia sanggup berdepan dengan sesiapa termasuk Mufti Perak mengenai doanya untuk kemusnahan Najib, parti UMNO atau kumpulan-kumpulan Najib.

Kenapa pula Nik Aziz menolak dan tidak mahu menerima cabaran Prof. Madya Mohd. Nor Deris dan Pengasas Pondok Genting, Tumpat untuk berdepat ? Nik Aziz sebenarnya hanya berani gertak orang sahaja untuk berdebat dengannya, tetapi jika ada orang menerima gertaknya itu maka Nik Aziz pun menjadi kelam kabut dan sasau, serta mencari helah lain.


SURAT NO. 27

Seperti biasa penulis ingin mengingatkan orang-orang Melayu kerana masa masih belum terlewat. Tahukah orang-orang Melayu? Semua akhbar-akhbar berbahasa cina sentiasa memburukan orang-orang Melayu dan pemimpin Melayu daripada parti UMNO. Mereka berani berbuat demikian kerana PAS sentiasa memusuhi UMNO dan kesempatan ini pula diambil oleh akhbar-akhbar cina.

Peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar cina itu sebenarnya sudah berjaya sejak sekian lama, dan lihatlah keputusan PRU Sarawak Ke 10 (16 Apr 2011) yang lalu. Parti DAP berjaya menambahkan kerusi DUN Sarawak daripada 6 kerusi sebelum ini kepada 12 kerusi. Kejayaan DAP itu juga kerana disokong oleh pengundi-pengundi Melayu daripada PAS yang sentiasa mengibar bendera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Orang-orang Melayu mesti ingat, sehingga ini pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah-belahkan dan mengkucar-kacir orang-orang Melayu di negara Melayu ini, dan di masa yang sama telah berjaya dalam misi mereka untuk menyatukan kaum mereka iaitu kaum cina.

Hasrat mereka untuk melihat kaum cina menjadi tuan besar di negara Melayu ini pasti akan terlaksana jika orang-orang Melayu terus memberi undi kepada PAS yang berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR. Ingat Melayu ! sebelum kuasa Melayu menjadi layu di Tanah Melayu yang sentiasa layu dengan pujuk rayu PAS !

Kembali kepada perkembangan politik tanahair, sekali lagi penulis meminta para pembaca supaya jangan ada perasaan membencikan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain serta penyokong-penyokong PAS. Kita orang Islam dan hendaklah sentiasa menunjukan semangat persaudaraan yang tinggi sesama Islam. Penulisan ini hanya bermatlamatkan supaya orang-orang Melayu boleh berfikir dan mampu menggunakan otak yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita.

Jangan sekali-kali apabila kita berada dalam politik kita meletakan diri kita seperti  penyokong pasukan bolasepak di padang bola. Kita orang Islam, akal kita kena kuat dan bagus, mampu bezakan yang mana ulama politik dan yang mana ulama sebenar-benarnya. Rajin-rajinlah baca Al-Quran dan lihatlah tafsirnya supaya kita mengerti makna dan maksud dalam satu-satu Ayat Al-Quran itu. Berjumpalah dengan guru-guru Al-Quran yang diiktiraf supaya kita mendapat ilmu yang betul dan bukannya mendapat ilmu agama di setiap ceramah politik PAS.

Hari ini ulama politik PAS mempunyai ramai pengikut setia kerana kesemua penyokong-penyokong PAS itu adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai ilmu dunia dan ilmu akhirat secukupnya. Mereka percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain, dan diburukan lagi kerana otak-otak mereka sebenarnya sudah tidak berfungsi lagi.

Sesungguhnya mereka bergantung hidup kepada pemikiran salah yang sampaikan kepada mereka oleh Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang bergelar ulama politik PAS.

Contoh terbaik untuk pembaca menilainya, penyokong-penyokong kuat PAS hari ini dan sejak sekian lama sentiasa melaung-laungkan Islam! Islam! Islam!, tetapi tidak mampu mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran, sebaliknya menghantar anak-anak mereka belajar Al-Quran di rumah-rumah orang atau di pusat-pusat pengajian Al-Quran.

Kata berjuang untuk Islam, didiklah sendiri anak-anak kita. Masalah sekarang, penyokong-penyokong PAS itu sendiri tidak pandai ilmu Al- Quran dan bagaimana boleh mengajar anak sendiri. Inilah dikatakan perjuangan palsu yang bertopengkan Islam. Bagaimana pula mereka boleh hadir dengan ramai sekali dalam mendirikan solat HAJAT di padang bola atau di stadium atau solat JENAZAH kepada ahli-ahli mereka? Ini bukan tuduhan, di akhirat esok sendiri jawablah.

Apabila ulama politik PAS kata wahai penyokong-penyokong PAS, kibarlah bendera DAP maka dengan pantas mereka pun mematuhi perintah itu. Otak mereka sudah mati dan saya rasa malu dan geli apabila melihat penyokong-penyokong PAS yang memakai kupiah putih dan berjubah bersama muslimah PAS yang bertudung sanggup mengibarkan bendera DAP di hari penamaan calon PRK sambil melaung-laungkan takbir ! takbir ! takbir!

Nak katakan bodoh tidak, nak katakan pandai pun tidak kerana mereka itu adalah ahli parti politik berteraskan Islam. Kibar bendera DAP yang menentang penubuhan negara Islam itu boleh masuk syurga ke? Boleh ! syurga membeli-belah di KB Mall atau di TESCO Kota Bharu.

Adakah cara begitu disuruh oleh Nabi s.a.w. kita ? jawapannya adalah tidak. Begitulah rendahnya mutu kehidupan penyokong-penyokong PAS di negara ini yang dapat kita saksikan, terutamanya di Kelantan di mana pemikiran mereka sebenarnya sudah dirosakkan oleh Nik Aziz dan konco-konconya. Tak apa ! Itu hak masing-masing kerana manusia mempunyai kehendak yang berbeza.

Atas kesedaran inilah penulis hanya sekadar meminta supaya seluruh orang-orang Melayu di negara ini tidak lagi akan terus menyokong perjuangan PAS yang bertopengkan Islam dalam mana-mana PRK atau PRU-13 akan datang demi untuk kesejahteraan bangsa Melayu itu sendiri, generasi Melayu dan agama Islam.

SURAT NO. 28

Di ruangan ini saya akan menghuraikan makna perkataan “politik”, dan perkataan politik itu adalah berbeza di antara sesebuah negara. Perkataan politik ini jika diterjemahkan oleh negara Republik Rakyat China adalah berbeza dengan negara Taiwan, atau negara Romania, atau di Amerika Syarikat atau pun di Britain.

Di negara Republik Rakyat China ada aktiviti politik tetapi hanya satu parti politik sahaja iaitu Parti Komunis China. Di Amerika Syarikat hanya ada 2 buah parti sahaja yang terlibat dalam politik. Di Britain lebih daripada 2 parti politik terlibat. Di negara Arab Saudi ada aktiviti politik di kalangan pemerintahan beraja hingga wujudnya  beberapa jawatan Penasihat Politik kepada Raja atau Penasihat Politik kepada Putera Mahkota atau lain-lain.

Dalam bahasa mudah, perkataan “politik” yang diterjemahkan di beberapa negara adalah berbeza di mana ada negara yang tidak mengamalkan demokrasi, dan ada pula negara yang mengamalkan demokrasi. Yerjemahan perkataan “demokrasi” juga adalah berbeza di antara satu negara dengan satu negara lain. Perkataan “demokrasi” biasanya dikaitkan dengan sistem Pilihan Raya di sesebuah negara.

Sebelum kita memahami sistem Pilihan Raya di negara ini dengan lebih lanjut, kita hendaklah mengkaji dan memahami sistem pemerintahan dan pentadbiran yang menjadi amalan di negara ini. Tanpa memahami apa yang penulis perkatakan di sini maka kita tidak akan memahami perkataan “politik” di negara kita yang mengamalkan “Demokrasi Berparlimen dan Sistem Raja Berperlembagaan”.

Sehubungan dengan itu, apabila kita ingin mengaitkan bahawa Rasulullah pun terlibat dalam politik maka kita hendaklah mengaitkan juga aktiviti Rasulullah. Adalah dakwah itu selari dan mempunyai persamaan dengan aktiviti-aktiviti politik PAS di negara ini yang suka maki hamun orang, pakai serban dan kupiah putih sambil mengibarkan bendara DAP yang menentang penubuhan negara Islam dan berbagai-bagai lagi?

Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS hendaklah sentiasa takut akan kemarahan Allah dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengaitkan nama Rasulullah terlibat dalam politik. Ini kerana dibimbingi Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta penyokong-penyokong PAS tidak berpeluang dapat meminum air dari kolam Nabi s.a.w. di akhirat kelak kerana sering mengaitkan nama Baginda untuk mencapai kemenangan dalam perjuangannya yang sememangnya salah di sisi ajaran Islam.

Berdakwah adalah berdakwah. Berdakwah dalam politik adalah BIDAAH dan perlu ditolak kerana Bidaah yang membawa keburukan perlu ditolak, sementara Bidaah yang membawa kebaikan boleh diterima atau diamalkan. Ini bermakna PERJUANGAN PAS DALAM POLITIK TANAHAIR ADALAH “BIDAAH” mengikut fahaman saya.

Berikut ialah terjemahaan secara standard makna politik yang dikeluarkan oleh International Peace Reaserch Institute (IPRI), Oslo, Norway:

Sebuah pertubuhan politik, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan kerajaan, berusaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, sama ada melalui pilihan raya yang telus atau tidak telus, atau melalui syarahan, propaganda, demostrasi, atau melalui rampasan kuasa, atau melancarkan peperangan bersenjata dengan kerajaan, atau melalui cara-cara lain yang boleh menyebabkan kerajaan yang sedia ada itu tumbang.

Rasulullah s.a.w. sebenarnya tidak terlibat dalam mana-mana pertubuhan politik seperti mana yang sentiasa diperkatakan oleh Nik Aziz itu. Itu hanya rekaan Nik Aziz sahaja supaya orang-orang Melayu menyokong perjuangannya untuk menjadi PM yang ke 7 selepas PRU-13 kelak.

Di negara ini huraian di atas boleh di terima pakai dan dakwaan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS bahawa Rasulullah s.a.w. pun terlibat dalam politik adalah tidak benar dan karut semata-mata. Jika benar Nabi Muhammad s.a.w. terlibat dalam politik, apa nama parti politik Rasulullah? Rasulullah bertanding di kawasan Parlimen atau DUN mana? Berapa penggal Rasulullah menjadi Ahli Parlimen atau DUN?

Jika kita ingin kaitkan Rasulullah juga terlibat dalam politik, maka kita hendaklah kaitkan juga salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dihuraikan di atas mengenai perkataan politik pernah dilakukan oleh Rasulullah, dan yang sebenarnya Rasulullah hanya berdakwah sahaja tanpa terlibat dengan politik.

Begitu juga dengan Nabi Musa, Allah utuskan Nabi Musa supaya berdakwah kepada Firaun dengan perkataan-perkataan yang baik dan lembut. Allah tidak pula mengutuskan Nabi Musa supaya merampas kuasa pemerintahan daripada Firaun. Ini sangat berbeza dengan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang mengutamakan kuasa pemerintahan dan bukannya untuk tujuan berdakwah.

Cuba Nik Aziz fikir, kenapa Allah s.w.t. takdirkan Firaun menjadi Raja Mesir setelah beribu-ribu tahun wafatnya Nabi Yusuf? Jika begitu, tak payahlah Allah wujudkan Firaun menjadi Raja Mesir, lantik saja Nabi Musa sebagai Raja Mesir ! Itu semua ada hikmah disebalik kewujudan Firaun, Raja Namrud dan Raja-Raja lain di zaman sebelumnya. Nik Aziz perlu banyak belajar lagi.

Saya ingin membawa pembaca sekalian, cuba kita renong semasa kita di awal usia dulu iaitu ketika berada di darjah 1 atau darjah 2 atau darjah 3, atau darjah 4, atau darjah 5, atau pun di darjah 6. Ibu bapa kita atau penjaga kita atau diri kita sendiri sudah mempunyai cita-cita untuk kita menjadi apa apabila besar kelak.

Ada yang ingin jadi seorang doktor, atau guru, atau misi (jururawat), atau polis, atau tentera ataupun juruterbang tentera, atau saintis. Terdapat juga ibu bapa atau penjaga ingin mencorakan anak-anak mereka sebagai ustaz atau imam dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, dan tidak terdapat langsung dalam kepala, senarai cita-cita masa depan untuk menjadi “penceramah politik Pas”, atau menceburi di bidang politik.

Setelah menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, anak-anak mereka membesar dan memasuki universiti di bidang agama. Ringkas, di universiti anak-anak mereka itu didedahkan dengan politik ala Islam oleh pemimpin tertentu dalam PAS dan begitulah seterusnya hingga mereka tamat pengajian.

Sebenarnya, dengan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu adalah tidak cukup kelayakan untuk memerintah negara tanpa ilmu-ilmu lain seperti pengurusan pentadbiran atau kewangan, perkembangan dunia semasa berkaitan politik, keselamatan, ekonomi, pelaburan dan lain-lain lagi.

Bagi melayakan seseorang itu menjadi juruterbang kapalterbang penumpang ialah lulus semua ujian penerbangan di samping mempunyai kesihatan badan yang baik termasuklah daya penglihatan demi hanya untuk menjaga keselamatan penumpang berjumlah di antara 300 hingga 1,000 penumpang sahaja dalam satu-satu penerbangan.

Ia berbeza dalam politik iaitu untuk menjaga keseluruhan rakyat termasuk pendatang asing seperti pelancong, pelabur asing dan lain-lain. Perkara ini hendaklah difikirkan semasak-masaknya oleh Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang hanya mempunyai kelulusan pengajian agama. Kelulusan agama adalah tidak layak menceburi di bidang politik. Jawatan yang sesuai ialah menjadi pendakwah dan cita-cita untuk menjadi kaya dengan rumah besar, memakai kereta bapak Mercedes atau bapak BMW hendaklah dihilangkan dalam fikiran kita.

Sebenarnya saya tidak berasa pelik atau hairan apabila melihat seseorang  berimej Islam yang tinggi tetapi kuat menipu, atau membuat fitnah atau menyebar ajaran-ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan ajara-ajaran sesat yang lain, dan berbagai-bagai lagi kerana syaitan-syaitan itu berada di mana-mana. Syaitan-syaitan itu boleh duduk di atas serban putih untuk mencuri dan menawan hati anak Adam yang lain dan begitulah seterusnya. Syaitan juga boleh duduk di atas kedua-dua belah bibir kita untuk mengawal tutur kata kita supaya sentiasa bercakap kotor seperti Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuklah ustaz-ustaz PAS.

Syaitan itu juga boleh masuk ke dalam aliran darah kita dan berbagai-bagai lagi. Sesiapa yang ada banteng Al-Quran dalam dirinya, pastilah syaitan itu akan berputus asa dan gagal memperdayakannya.

Mengenai perkataan ceramah, Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS berkata bahawa ceramah ialah berdakwah. Ini pun nak tipu lagi. Air kopi dikatakan air sirap. Penulis tidak berminat untuk menghuraikannya dengan panjang lebar.

Begitu juga kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS di Sarawak semasa menjelang PRU Sarawak Ke 10 (16 April 2011) yang lalu di mana mereka berkata penyertaan PAS dalam Pilihan Raya itu adalah untuk berdakwah. Pemimpin PAS berkata bahawa PAS meletakan calon kerana ingin berdakwah. Cakap pun tak pandai, bagaimana boleh orang mempercayainya?

Saya berpendapat bahawa makna ceramah ialah memberi ucapan atau syarahan mengikut pandangan atau pendapat seseorang itu sama ada apa yang diperkatakan itu adalah benar atau palsu. Dalam bahasa mudah makna ceramah ialah mengeluarkan kata-kata ikut sedap mulut sahaja, sementara makna dakwah ialah berkata benar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Allah melalui firmanNya iaitu Ayat Al-Quran atau Hadis Rasulullah s.a.w.

Jika benar berceramah itu adalah berdakwah, berdakwah apa yang Nik Aziz kata itu. Nik Aziz kata dalam ceramahnya bahawa kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu ada niat baik untuk membantu kita menubuhkan negara Islam, syaitan mana? Ini bermakna dakwah PAS adalah dakwah bohong dan hanya untuk kepentingan politik sahaja.


SURAT NO. 29

Hari ini dan sebelum ini, Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS tidak pernah berdakwah sebaliknya mereka sentiasa berceramah di sana sini dan jadual ceramah adalah padat tidak kira hari apa atau waktu mana.

Jika ada peluang maka bermulalah ceramah mereka. Ini bermakna PAS bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Perjuangan PAS lebih kepada mengejar untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

Dengan sebab itulah ada pemimpin PAS iaitu bekas MB Perak sanggup bakar lilin dan anggup kepala ikut telunjuk sami Buddha di satu majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh pada satu ketika dulu. Perbuatan itu boleh meletakan seseorang itu berada di sempadan syirik atau fasik, atau sudah pun masuk ke dalam sempadan syirik atau fasik.

Jika perbuatan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO, sampai kiamat Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS akan hentam. Dalam kes tersebut Nik Aziz kata, tak apa, tak salah, itu adalah satu cara yang baik bagi orang Islam menghormati orang bukan Islam dan ia dibenarkan dalam Islam, kata Nik Aziz. Islam apa? Islam yang dibawa oleh PAS?

Penyokong-penyokong PAS pun berpuashatilah dengan kenyataan Nik Aziz itu. Itulah wajah-wajah Nik Aziz dan PAS yang menjadi sanjungan kebanyakan orang-orang Melayu Kelantan hingga ke hari ini. Pandai sungguh Nik Aziz ini bercakap. Mana yang betul? Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. atau Islam yang dibawa oleh PAS?

Kelantan negeri Serambi Mekah dan Membangun Bersama Islam, Bandar Kota Bharu pula ialah Kota Bharu Bandar Raya Islam. Cantik bunyi tetapi pada setiap bulan Ramadan pihak pengurusan masjid-masjid di Kelantan Membangun Bersama Islam telah berebut-rebut tempah orang-orang bertaraf Al-Hafiz dari pondok-pondok di Selatan Thailand untuk menjadi imam solat sunat terawih bacaan 30 juzuk. Ke mana perginya rakyat Kelantan Membangun Bersama Islam hingga terpaksa mengambil imam-imam daripada luar Kelantan?

Kenyataan saya ini mesti dapat dipatahkan oleh PAS Kelantan dengan mendakwa bahawa Al-Hafiz di Kelantan telah di eksportkan ke luar Kelantan pada bulan Ramadan untuk memenuhi permintaan masjid-masjid di luar Kelantan dan yang sebenarnya memang tidak ramai Al-Hafiz di Kelantan berbanding dengan negeri-negeri lain.

Kelantan negeri Membangun Bersama Islam, berapa ramai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, ADUN dan Ahli Parlimen di Kelantan bergelar Al-Hafiz? Jika benar kita ingin berjuang kerana Islam, suka melaung-laung Islam, perlaksanaan hukum hudud perlulah ramai Al-Hafiz supaya mudah memahami ilmu Al-Quran.

Disebabkan jahil ilmu Al-Quran maka timbullah saranan supaya kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu ada BERNIAT BAIK untuk membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana yang ada berniat baik?

Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS bukan bergelar Al-Hafiz dan dengan sebab itulah mereka itu tidak memahami wahyu Allah iaitu Ayat Al-Quran. Balik-balik maki hamun orang. Orang itu komunis, orang ini sampah, baling cat merah pada gambar orang yang mereka tidak suka. Adakah itu yang disuruh dalam Al-Quran. Nik Aziz mengaku ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nibi s.a.w. (rujuk Utusan Malaysia Sabtu 23 Jun 12 muka 8), betul ke?

Dikatakan mengundi UMNO akan dimasukan ke neraka, dan apabila mengundi PAS dikatakan akan dimasukan ke syurga dan berbagai-bagai lagi. Orang Melayu yang jahil ilmu agama terutamanya ilmu Al-Quran menjadi kelam-kabut dengan fatwa Nik Aziz dan Haji Hadi itu.

Kelantan dikatakan hebat sungguh! negeri Membangun Bersama Islam, pada satu ketika dulu sebelum tahun 1990 sangat hebat dalam ujian Tilawah Peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa, dan ujian Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan di mana peserta Kelantan sentiasa menjadi juara atau sekurang-kurangnya naib juara.

Hari ini, dan selepas PAS memerintah Kelantan, takta juara atau naib juara telah hilang dan qari dari negeri Kelantan Membangun Bersama Islam merupakan qari tercorot ke bawah berbanding dengan qari-qari dari negeri-negeri lain.

Nik Aziz juga melarang qariah dari Kelantan menyertai dengan alasan bahawa suara wanita adalah “aurat”, Ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah mana yang Nik Aziz baca? Kini larangan itu ditarik balik demi politik kerana PRU-13 hampir tiba.


SURAT NO. 30

Hari ini dan sebelum ini Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuk penceramah upahan PAS lebih gemar mengaitkan cerita-cerita palsu seperti yang ada tersebut di dalam kitab-kitab yang pernah mereka baca di mana kitab-kitab itu di tulis beribu tahun lamanya setelah Rasulullah s.a.w. kita wafat.

Kebanyakkan kitab-kitab itu adalah merupakan pendapat penulis yang bergelar ulama di zaman itu yang berkesesuaian hanya di zaman itu sahaja, dan kitab-kitab itu pula tidak bersumberkan Al-Quran atau Hadis Rasulullah atau kedua-duanya sekali.

Sebagai contoh mudah, di zaman itu penulis mengagung-agungkan Kapal Nabi Nuh a.s., dan hingga kini ulama-ulama palsu di seluruh dunia termasuklah ulama PAS tidak terlepas daripada menghuraikan satu persatu mengenai kapal Nabi Nuh itu seolah-olah mereka tahu segala-galanya, dan banyak masa dihabiskan begitu sahaja. Kisah Nabi Nuh itu memang ada di sebut dalam Al-Quran di Surah Hud mulai Ayat 25 hingga Ayat 49.

Kemajuan dunia mengatasi segala-galanya. Kita masih bercakap kisah kapal Nabi Nuh sementara orang kafir pula maju ke hadapan dengan bercakap kisah “kapal boleh terbang” dan “kapal boleh menyelam”. Apabila hendak ke Mekah atau Madinah atau distinasi lain terpaksalah kita menaiki kapal terbang yang dibuat oleh orang bukan Islam. Kita masih bergaduh sesama sendiri dalam politik.

Bab bercakap, ulama-ulama palsu di Kelantan memang pandai, pandai sungguh. Dulu, apabila Tentera Jepun mendarat di Kelantan di akhir Perang Dunia Ke 2, ulama-ulama kita terpaksa melutut meminta bantuan daripada Kerajaan British dan sejarah itu sangat panjang. Bunyi sahaja Islam tetapi tidak ke mana-mana pun.

Ringkas, di zaman penjajahan Jepun ulama-ulama hanya memerhatikan sahaja anak-anak gadis Melayu dirogol hingga sepuas-puasnya oleh tentera Jepun. Ulama-ulama ketika itu tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada ilmu untuk melawan mereka. Yang kena bunuh tak usah cakaplah.

Hari ini, setelah negara aman hasil perjuangan UMNO bersama Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis Di Raja Malaysia maka muncullah ramai manusia mengaku ulama-ulama PAS, atau mengaku ustaz-ustaz PAS dengan berkata perjuangan PAS adalah untuk Islam, dan perjuangan UMNO adalah untuk memisahkan agama daripada politik, dan bermacam-macam lagi. Pandai sungguh ahli tabligh PAS itu.

Saya berpendapat, daripada pergi ke ceramah PAS adalah lebih baik seseorang itu pergi ke masjid atau surau, dan selepas solat Isyak adalah lebih baik menghabiskan masa membaca Al-Quran hingga ke jam 12 malam. Lagi banyak pahala yang kita dapat daripada pergi ke ceramah PAS, silap haribulan dapat dosa kerana mendengar cacian untuk memburukan seseorang itu, lebih-lebih lagi memburukan pemimpin negara.

Di Manek Urai sempena PRK pada tahun 2009 terdapat banyak papantanda bersaiz besar menunjukkan Nik Aziz yang memakai serban seolah-olah ulama tulin sedang berdoa, dan di papantanda itu ada tulisan UNDILAH PAS berserta tulisan Ayat Al-Quran Surah Al-Hijr Ayat 46 berserta dengan maknanya: masuklah kamu ke dalamnya (syurga) dengan selamat sejahtera serta beroleh aman.

Huraian kepada Ayat tersebut ialah di akhirat kelak malaikat mempersilakan orang-orang beriman supaya masuk ke syurga dengan rahmat Allah, dan bukannya mempersilakan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta semua penyokong-penyokong PAS, atau pengundi-pengundi PAS supaya masuk ke syurga.

Sebagai orang Islam, penulis rasa amat malu sekali apabila melihat papantanda itu. Kejinya seorang yang mengaku ulama untuk meraih sokongan murahan daripada pengundi Manek Urai melalui papantanda itu. Jika ya! pun nak cari glamour, carilah jalan lain, tak payahlah guna Ayat suci Al-Quran.

Minta siarkan gambar Nik Aziz yang sedang berdoa
seperti disiarkan oleh
Utusan Malaysia pada 4 Jul 2009 dan
boleh dapat dalam Utusan Malaysia online

Siapa masuk syurga. Syurga, neraka, rezeki, hidup, mati dan lain-lain adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dalam Al-Quran di:

Surah Al-Baqarah Ayat 214 bermaksud: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bertanya: bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.

Huraian 1 : Macam mana Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta penyokong-penyokong PAS boleh masuk syurga? Mereka itu bukanlah golongan orang-orang yang bersabar, pegang dan kibar bendera DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam, nobatkan orang kafir yang makan daging babi 3 kali sehari sebagai Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, bakar lilin dan anggup kepala ikut telunjuk sami Buddha di majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, keluar kenyataan boleh berkawan dengan syaitan, dikatakan Allah mencarut, dikatakan jika Rasulullah masih hidup tentulah Baginda seronok melihat negeri Kelantan di tadbir urus dengan baik sesuai dengan mengikut Islam, tidak diminta pun dilahirkan sebagai orang Melayu (melanggar Ayat 1 Surah Faatir – ciptaan Allah) dan lain-lain lagi.

Huraian 2 : Sebenarnya Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS sangat bernasib baik kerana dicipta Allah dan dilahirkan dalam lingkungan bangsa Melayu, dan jika Allah cipta mereka itu dan dilahirkan dalam lingkungan bangsa Siam tentulah sekarang Nik Aziz itu barangkali berwajah lain, mungkin juga berjubah kuning pinang, dan kekal dalam neraka kerana mati di luar Islam.

Di Kelantan negeri Membangun Bersama Islam tidak popular jika mati dalam Islam. Mati yang sangat popular di Kelantan ialah mati dalam PAS. Masya’Allah, apalah nak jadi kepada kebanyakan orang-orang Kelantan termasuklah keluarga saya sendiri.


SURAT NO. 31

Sebagai orang Melayu beragama Islam, marilah kita sama-sama meningkatkan ilmu agama, dan mendidik anak bangsa ke arah  kecemerlangan sebelum terlewat, semoga menjadi manusia berfaedah untuk manusia lain dan seterusnya berguna untuk negara.

Anak-anak kita adalah harta mahal yang tidak boleh di nilai dan jangan sekali-kali kita rosakan masa depan mereka di dunia dan di akhirat kelak. Bantulah dan bimbinglah anak-anak kita kerana di luar sana ramai yang tidak mempunyai anak dan sanggup memelihara seseorang itu sebagai anak angkat.

Hargailah anak-anak kita daripada darah daging kita dan jangan sekali-kali meninggikan suara kita atau memukul dia. Bacalah doa banyak-banyak seperti yang diajar oleh Allah kepada Nabi Ibrahim sama ada di dalam solat atau di luar solat. Doa itu ada dalam Al-Quran:

Surah Ibrahim Ayat 40 bermaksud: Wahai Tuhanku ! jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Kita bangsa Melayu dan inilah saja negara kita. Kita bangsa Melayu dan orang Islam sangat beruntung berbanding dengan bangsa-bangsa lain yang mempunyai banyak fahaman agama yang berbeza.

Kejayaan seseorang itu di dunia ini mengikut garis panduan Islam adalah lebih menjamin untuk berjaya di akhirat kelak. Kita sangat beruntung dan perlu bersyukur setiap masa kepada Allah s.w.t yang menciptakan kita di dunia ini sama ada berkulit putih, cerah, hitam, gelap atau warna-warna lain.

Dalam keadaan negara aman seperti ini marilah kita merenungi saudara-saudara sesama Islam kita yang sedang berperang dengan musuh-musuh Islam, atau berperang sesama sendiri seperti apa yang dapat kita saksikan di akhbar-akhbar atau melalui siaran Tv di negara-negara Islam lain, termasuk bom meletup di sana sini, tidak terkecuali meletup di dalam Masjid seperti apa yang sedang berlaku di Afganistan, Iraq dan Pakistan iaitu negara di mana Nik Aziz belajar dulu, dan kini menular ke beberapa negara Islam lain pula.

Ini berlaku kerana fahaman politik yang berbeza sesama Islam. Dalam Al-Quran di Surah Al-An’Aam Ayat 159 kita dilarang berpecah belah dalam agama mengikut hawa nafsu, serta menjadi berpuak-puak kerana dibimbangi kita akan menjadi lemah.

Sebagai orang Islam, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa sembahyang (solat) kita, ibadat kita, hidup kita, mati kita dan lain-lain termasuk ilmu yang kita manafaatkan, pertolongan yang kita berikan atau bantuan yang kita hulurkan kepada seseorang itu hanyalah untuk Allah s.w.t., Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Penulisan ini sudah sampai ke penghujung, seperti juga penurunan wahyu Allah. Ada Ayat pertama diturunkan sehinggalah ke Ayat terakhir. Begitu juga dengan penulisan ini.

Demi untuk menjaga keharmonian negara merangkumi semua perkara termasuklah peluang ekonomi, keselamatan, peluang pendidikan, ibadat kepada Allah tidak terganggu, mengecapi kemudahan asas dan mudah bergerak atau perhubungan telekumunikasi, keperluan makanan mencukupi, keperluan perubatan dan lain-lain yang tidak muat untuk ditulis di sini, marilah kita sama-sama menyokong UMNO kerana sudah terbukti UMNO telah berjaya membawa dan mengangkat orang-orang Melayu ke peringkat yang lebih tinggi sejak negara mencapai kemerdekaan.

Hanya Nik Aziz dan Haji Hadi serta penceramah-penceramah upahan PAS sahaja yang cuba merosakkan apa yang telah dibina oleh UMNO selama ini.

Marilah sama-sama kita menghapuskan pengaruh PAS dalam peta politik tanah air demi untuk bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam.

Di sini ingin saya jelaskan pendirian saya yang sebenarnya dalam politik. Saya bukanlah penyokong kuat UMNO atau cuba membela pemimpin UMNO yang sentiasa dituduh mengamalkan rasuah oleh penceramah-penceramah PAS di setiap ceramah PAS di seluruh negara. Tetapi saya mahu orang-orang Melayu berfikir mana yang lebih buruk di antara rasuah dan memesongkan ajaran Islam oleh Nik Aziz? Saya berpendapat memesongkan ajaran Islam adalah lebih bahaya daripada rasuah. Rasuah sebenarnya ada di mana-mana. Terbaharu ada unsur-unsur penyelewengan Dinar Emas Kerajaan Negeri Kelantan di mana Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Jika penyelewengan berlaku maknanya memang ada rasuah. Mata Nik Aziz hanya Nampak penyelewengan di pihak Kerajaan BN sahaja, tetapi tidak nampak penyelewengan di bawah ketiaknya.

Sebenarnya bukan menjadi tujuan saya untuk membela UMNO atau pemimpin-pemimpin UMNO. Dijelaskan di sini bahawa saya kenal dengan semua pemimpin UMNO melalui Tv atau akhbar, tetapi pemimpin UMNO itu tidak kenal pun siapa saya ini. Maknanya penulisan ini bukanlah ada kepentingan peribadi.

Masalah rasuah, saya tidak berminat kerana rasuah itu berada di mana-mana sama ada di dalam UMNO, PAS, anak syarikat PAS, penjawat awam atau swasta atau di mana-mana sahaja. Apabila seseorang itu melakukan rasuah maka dia tanggunglah sendiri. Jika terlepas hukuman di dunia, mereka yang mengamalkan rasuah itu pasti akan menerima hukuman setimpal di akhirat kelak di hadapan Allah s.w.t..

Sebenarnya hukuman di akhirat lebih berat daripada hukuman di dunia. Pembaca kena ingat! siapa dan bangsa apa yang suka memberi rasuah?

Sebagai orang Islam saya tetap akan menentang habis-habisan sesiapa sahaja yang cuba menyeleweng ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. seperti apa yang dilakukan oleh Nik Aziz itu.

Nik Aziz mengaku belajar ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w. di Universiti Al-Azhar dan mengaku juga bahawa ilmu yang ada padanya setaraf dengan ilmu yang ada pada Sheikh Mahmoud Abdel Ghany (bekas Timbalan Sheikhul Al-Azhar (Utusan Malaysia Sabtu 23 Jun 12 muka 8), namun Nik Aziz lah orang yang bertanggungjawab memecah-belahkan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu. Lebih buruk lagi bergabung dengan DAP untuk menentang UMNO yang dikatakan kafir sebelum ini. Inikah yang diajar oleh Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.? Jawapan adalah tidak. Sementara pemimpin tertinggi lain yang mengaku ulama dalam PAS tidak berani melawan kenyataan Nik Aziz itu atas kepentingan politik masing-masing.

Jadi, di manakah letaknya pendirian ulama-ulama PAS? Ini yang membuat saya naik angin kerana PAS telah menyelewengkan ajaran Islam. Apabila Mufti Perak menegur sedikit tingkah laku buruk Nik Aziz berkaitan agama Islam, Nik Aziz cepat melenting dan mencabar Mufti Perak itu supaya masuk ke gelanggang politik. Dalam isu tersebut semua ulama PAS menyokong Mursyidul Am PAS itu.

Dimanakah letaknya kejujuran ulama politik PAS dalam perjuangan menegakan Islam di negara ini? Bohong belaka. Pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu tidak pernah pun menyeleweng ajaran Islam seperti apa yang dilakukan oleh Nik Aziz selama ini.

Kenapa Nik Aziz terlalu memikirkan masalah peribadi orang lain dalam mendirikan solat atau tidak menutup aurat seperti apa yang diheboh-hebohkan di setiap ceramah PAS, itu adalah hak masing-masing.

Sendiri buat sendiri tanggunglah tetapi janganlah hingga kesucian agama Islam diperkotak-katikkan seperti PAS itu. Itu saja pendirian saya.

Sebelum mengundur diri izinkan penulis memberi sedikit panduan hidup kepada pembaca sekalian, sekurang-kurangnya akan dapat menyedarkan kita. Berikut di bawah ialah sebahagian daripada cara-cara dan bagaimana untuk menjadi manusia yang bergelar Islam dan mengamalkan ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w., dan bukannya Islam palsu yang dibawa oleh Nik Aziz atau Islam yang dibawa oleh PAS.

Di bawah ialah senarai beberapa ibadat mudah yang patut kita kerjakan seharian kerana ia sangat mudah dan tidak perlu modal yang besar:

·        Pastikan kita boleh atau mampu membaca Al-Quran dengan betul mengikut Hukum Tajwid. Jika tidak, kita wajib belajar daripada guru-guru Al-Quran yang terlatih. Setelah pandai, ajarlah pula kepada anak-anak kita.
·        Bacalah Al-Quran seberapa banyak yang boleh mengikut kemampuan kita sama ada di awal pagi, atau di waktu tengahari atau petang, atau di waktu malam atau sebelum kita masuk tidur. Cara ini kita akan mendapat banteng kebal daripada hasutan syaitan, juga akan mendapat pembelaan dan rahmat daripada Allah s.w.t.
·        Belajar cara mengerjakan solat fardu dan solat sunat dengan betul, kemudian mengerjakannya. Solat sunat mampu menampung kecacatan dalam solat fardu.
·        Kerjakanlah solat sunat Wuduk, sunat Dhuha, sunat Rawatib muakkad, sunat Witir, sunat Tahajjud, sunat Tasbih dan solat sunat yang lain mengikut kemampuan kita.
·        Patut dirikan solat sunat Tasbih pada setiap hari sama ada di waktu siang atau malam. Jika tidak dapat buat pada setiap hari, buatlah seminggu sekali, atau dua minggu sekali, atau sebulan sekali, atau setahun sekali, atau 5 tahun sekali, atau 10 tahun sekali, atau sekali seumur hidup. Pahala sunat Tasbih ini adalah sangat besar iaitu boleh menghapuskan semua dosa-dosa kita sebelum ini dengan izin Allah s.w.t.
·        Belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat lain sebanyak-banyaknya dan mengajar pula kepada orang lain.
·        Bekerja dengan tekun dan sentiasa bersabar. Jika ada harta lebih, bantulah orang-orang yang memerlukan bantuan mengikut kemampuan kita.
·        Jika ada anak, didiklah anak-anak kita dengan sebaik-baiknya, jangan sekali-kali membiarkan anak-anak kita mendekati parti PAS kerana dibimbangi akalnya menjadi rosak. Jika rosak adalah sukar untuk memulihkannya.
·        Galakkan anak-anak kita ke masjid atau surau bersama kita dan pulang bersama.
·        Jika ada kemampuan, tajalah makanan atau minuman untuk dijamu kepada jemaah masjid atau surau, atau menyediakan minuman semasa solat Jumaat.
·        Jangan hadir majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh PAS walaupun diadakan di masjid atau surau kerana kita sudah tahu bahawa majlis ilmu itu adalah untuk meraihkan sokongan kita, dan di masa yang sama penceramah PAS itu menjanjikan syurga kepada orang-orang yang mengundi PAS.
·        Hidup kita jangan suka mencaci orang seperti perangai buruk Nik Aziz dan ulama palsu lain dalam PAS. Biasanya apabila seseorang itu berada di hujung usia, seseorang itu menjadi bertambah baik kerana mengingatkan hari kematian, namun Nik Aziz kelihatan semakin jahat mulutnya. Kita wajib mempertahankan hak kita, hak bangsa kita seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hak agama Islam kita daripada fahaman salah yang di bawa oleh Nik Aziz dan ulama politik PAS yang lain.
·        Simpan wang untuk masa depan kita dan sekeluarga, dan jika ada kemampuan pergilah ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.
·        Bukalah akuan simpanan di Tabung Haji dan daftarlah diri kita untuk mengerjakan ibadat Haji.
·        Sentiasa mematuhi segala perintahan Allah s.w.t dengan membuat apa yang disuruh dan menjauhi apa yang di larangNya.
·        Sentiasalah membaca doa tambahan seperti ada tersebut dalam Al-Quran rujuk: Surah Al-Mu’Minun Ayat 109) ms 349 . Surah Ibrahim Ayat 40 & 41 ms 260 . Surah Toha Ayat 114 ms 320 . Surah Al-Israa’ Ayat 108 ms 293 dan doa-doa lain yang biasa kita amalkan.
·        JANGAN SEKALI-KALI MEMPERCAYAI BAHAWA UNDI PAS AKAN MASUK SYURGA. Itu adalah aktiviti politik dan bukannya aktiviti keagamaan atau dakwah Islam.

Saya berpendapat, jika kita mengamalkan apa yang disenaraikan di atas adalah dipercayai akan memudahkan kita masuk ke syurga dengan rahmat Allah s.w.t., bukannya undi PAS masuk syurga. Syurga PAS ialah syurga membeli-belah di KB Mall Kota Bharu.

Dalam hidup ini janganlah cepat kita memuji seseorang itu yang memakai serban besar atau berkopiah putih, dan di masa sama kita cepat menghina orang-orang yang berpakaian tidak berimejkan Islam. Pakaian dalam Islam ialah pakaian hanya yang menutup aurat sahaja berketetapan pakaian lelaki untuk lelaki, dan pakaian wanita untuk wanita. Janganlah diubah-ubahkan lagi.

SURAT NO. 32

Adalah tidak salah seseorang itu berpakaian serban dan berkopiah putih yang kelihatan lebih warak daripada orang-orang lain, namun orang-orang itu hendaklah sentiasa memelihara tutur katanya dan tingkah laku yang baik, dan bukannya seperti Nik Aziz yang sentiasa gatal mulut, suka mengatakan sesuatu yang buruk kepada musuh politiknya.

 Di masa yang sama sentiasa memuji DAP, memuji Mursyidul Am Punjabi (Karpal Singh), memuji Mursyidul Am Buddha (Lim Kit Siang) dan memuji khalifah baru iaitu Khalifah Umar Bin Abdul Aziz @ Lim Guang Eng. Inilah wajah-wajah buruk Nik Aziz yang mengaku ada ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nabi s.a.w. yang dipelajarinya di Universiti Al-Azhar.

Mohon Universiti Al-Azhar semak sama ada benar atau tidak dakwaan Nik Aziz bahawa beliau pernah belajar dalam ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis Nibi s.a.w. di university tersebut, jika benar adalah wajar ijazahnya itu ditarik balik kerana amalannya sudah sesat dan berlawanan dengan Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Mohon Universiti Al-Azhar dapat keluarkan kenyataan rasmi untuk pengetahuan seluruh orang-orang Islam di negara ini.

Pada tahun 1998 / 1999 semasa era refomasi, Haji Hadi yang memang sangat membencikan DAP telah mula berpeluk-pelukan kali pertama dengan Lim Kit Siang di atas pentas pada satu majlis politik di Kajang, Selangor bertujuan untuk berpakat menentang UMNO, parti politik terbesar orang-orang Melayu beragama Islam yang diasaskan pada tahun 1946.

Rasulullah s.a.w. pernahkah buat kerja-kerja macam Haji Hadi itu? Berpeluk-peluk dengan orang kafir yang makan daging babi 3 kali sehari? Demi politik, sanggup buat segala-galanya. Ulama PAS nii tak ada maruah langsung, serban saja yang besar, tetapi hatinya Allah sahaja yang tahu.

Kini Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Mustafa Ali, Muhamad Mustafa, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Nik Amar Nik Abdullah dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta ulama politik PAS sudah terlupa bahawa DAP ialah sebuah parti politik yang menentang penubuhan negara Islam, anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-Biasiswa Bumiputera, anti-MARA, anti-Polis (PDRM) dengan mendakwa PDRM itu ialah PRDM iaitu Polis Raja Di Malaysia, anti-SPRM, anti-SPR, anti-Akta ISA dengan mendakwa ISA itu ialah Akta Ikut Suka Aku, anti-peruntukan Masjid dan lain-lain lagi.

NIK AZIZ KATA, KERJASAMA PAS DENGAN DAP ADALAH UNTUK MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA BUKAN ISLAM. NAK TIPU SAPA (siapa) ? DAH BERAPA PULUH RIBU ORANG-ORANG CINA DAP YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM TELAH MEMELUK AGAMA ISLAM. SILALAH KELUARKAN SENARAINYA. DAP NAK MURTAD ORANG MELAYU MEMANG ADA LAA.

Sebenarnya kelahiran parti politik yang bernama PAS di negara ini banyak menyumbangkan kepada perkara-perkara tidak baik untuk orang-orang Melayu. Saya berpendapat, hukum orang-orang Islam terlibat dalam politik adalah harus kerana ia ada kaitan dengan kuasa memerintah yang diterima pakai di negara ini. Namun jika bergabung dengan mana-mana parti politik yang menentang agama Islam seperti DAP itu, ia adalah HARAM atau BIDAAH. Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baharu diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap BIDAAH (perkara-perkara yang baharu diada-adakan) itu adalah sesat.
-       Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi.

Gabungan PAS dalam pakatan pembangkang bersama DAP sebenarnya boleh merugikan politik orang-orang Melayu sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang di negara ini, juga merugikan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Fikir-fikirkanlah di mana letaknya pemikiran orang-orang yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Itu ulama politik bertopengkan agama Islam.

Malaysia, negara kita, makmur sejahtera di bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO. Jangan sekali-kali kita memperjudikan nasib masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita, cicit-cicit kita, keseluruhan generasi kita hanya untuk kepentingan PAS.

Hanya kepada UMNO sahaja yang perlu kita berikan mandat untuk terus memerintah negara ini, dan hanya pertolongan Allah s.w.t. sahaja yang kita harapkan selama-lamanya. Tanpa pertolongan Allah dan petunjuk hidayah Allah pastilah kita akan sesat selama-lamanya, dan menjadilah kita orang-orang yang rugi.

Sebelum kita menjadi manusia rugi, hendaklah kita sentiasa bersyukur apa yang kita perolehi daripada kurniaan Allah.

Marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah dengan harapan Allah membawa kita ke jalan kejayaan di dunia dan di akhirat bertunjangkan kepada ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w., dan bukannya Islam yang di bawa oleh Nik Aziz atau yang di bawa oleh PAS. Janganlah kita berkata bahawa Nik Aziz dan semua penyokong-penyokong PAS itu akan dimasukan ke syurga.

Melayu mesti ingat, DAP (ketua), PKR dan PAS (askar DAP) dalam pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu untuk memecah-belahkan dan mengkucar-kacirkan orang-orang Melayu dengan harapan parti terbesar dan terkuat orang-orang Melayu iaitu UMNO dapat dimatikan, dan di masa yang sama berjaya menyatukan kaum Cina. Hasrat kaum Cina untuk melihat orang Cina menjadi TUAN BESAR di negara ini seperti apa yang terlaksana di negara Singapura hanya akan tercapai jika orang-orang Melayu itu sendiri memberi undi kepada PAS terutamanya pada PRU-13 kelak.

UNDI PAS BERMAKNA MENYOKONG DAN MEMBERI UNDI KEPADA PARTI DAP YANG MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM DI NEGARA INI.  Hukumnya adalah HARAM. Dalam Al-Quran tidak ada disebut MESTI TUBUH NEGARA ISLAM.

Perkara utama yang menjadi KEKESALAN kita di akhirat kelak ialah jika SYURGA yang dijanjikan oleh Nik Aziz dan PAS itu tidak muncul-muncul dan Nik Aziz pula tidak dapat dikesan sama ada sudah dimasukan ke syurga atau sedang berada didalam neraka. Perkara ini hendaklah difikirkan semasak-masaknya oleh kita semua sebelum kita memberi undi kepada PAS, dan janganlah kita menyesal dikemudian hari kelak.
Ulangi! mesti ulangi beberapa kali sebab Melayu mudah lupa dan Melayu mudah terkena tipu, wahai pembaca sekalian, setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke 10 pada 16 Apr 2011 yang lalu, seorang pemimpin tertinggi dalam PAS iaitu Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong dengan berkata bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN.

Kenapa pula beliau tidak sebut yang PAS langsung tidak menang apa-apa kerusi yang dipertandingkan? Janganlah membuat kenyataan yang “malu alah” seolah-olah otak pemimpin tertinggi PAS itu mengalami tekanan dan kerosakan saraf serta gagal berfikir secara rasional sebagai seorang Islam mu’min.

Janganlah ada perasaan SYOK SENDIRI wahai pemimpin tertinggi dalam PAS !

Ulangi! walaupun PAS menawarkan SYURGA kepada pengundi Sarawak, namun orang Sarawak menolaknya secara baik.

Mustafa Ali, NA, HH, HD, HT, HM (bakal MB Kelantan), NANA (bakal Tim. MB), MM dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS hendaklah sedar bahawa PAS sudah tersungkur di Sarawak, namun parti politik perkauman kecina-cinaan yang menjadi RAKAN KONGSINYA iaitu DAP menang 12 kerusi. Jadi, tidak perlulah mengatakan satu tamparan bagi BN tetapi sebenarnya tamparan K.O. buat PAS. Malulah sikit!

Sebenarnya, PAS telah rebah dan koma bahana libasan ekor si Bujang Senang kerana mengamuk tidak mahu menjadi si Bujang Susah seperti Melayu dan kaum India lain di Pulau Pinang. Karung guni berisi fitnah yang cuba dijual murah-murah semuanya habis tenggelam di Sungai Sarawak. Syabas rakyat S!

Dengan keterangan-keretangan di atas dan fakta-fakta yang ada tersebut dalam Al-Quran, saya meminta pertimbangan pembaca sekalian, sayangkanlah kepada agama Islam kita. Hapuskan pengaruh Nik Aziz yang sentiasa berimej Islam yang tinggi serta penampilannya sebagai ulama berserban besar, dan juga pengaruh PAS dalam peta politik tanah air SEBELUM TERLEWAT demi untuk kesejahteraan bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam. Sendiri fikir la!

Sekarang nilailah sendiri perjuangan PAS yang diterajui oleh Nik Aziz & Haji Hadi.

Kedua-dua yang bergelar ulama politik PAS itu boleh membohongi kebanyakan orang-orang Melayu yang jahil Al-Quran pada kebanyakan masa, tetapi tidak boleh membohongi semua orang-orang Melayu pada setiap masa.

Akhir sekali, rugi orang-orang Islam di Thailand, Kamboja, Indonesia, Brunei, India, Pakistan, juga di Arab Saudi kerana tidak dapat direct masuk ke syurga kerana parti PAS tidak wujud di negara-negara tersebut. Maknanya tidak berpeluang untuk mengundi PAS.


-----------------------------------
T   A   M   A   T
-----------------------------------