Thursday, 4 April 2013

Surat No. 2 : Membongkar nista Tuan Guru !


Surat No. 2

Membongkar nista Tuan Guru

Satu ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia.

Hari ini bagaimana ? Diseluruh pelusuk Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata melihat gambar-gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz.

Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Nik Aziz seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Selasa 6 Disember di muka 7 bahawa pihak yang menolak Islam juga adalah kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam ? UMNO atau PAS ? atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).

Rasulullah s.a.w. ada bersabda bahawa Al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut.

Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada siapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran Al-Quran iaitu wahyu Allah s.w.t. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut Al-Quran, bukan Al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh Al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam Al-Quran banyak Ayat yang Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di Surah Faatir Ayat 6 bermaksud:

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Tetapi Nik Aziz kata kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana ? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur ? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik Aziz sahaja yang berani berkata begitu.

Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila PAS menang di Terengganu, penceramah-penceramah PAS kata, Nik Aziz berkata ramai para malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS. Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata para malaikat memegang dan menggerakkan tangan-tangan pengundi untuk mengundi PAS. Nik Aziz nampakkah malaikat turun dari langit? Siapa berbohong? dan siapa kufur ?

Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila PAS tewas di Terengganu lain pula kata penceramah-penceramah PAS, penceramah-penceramah PAS kata, Nik Aziz berkata kata ramai pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas untuk mengundi UMNO hingga PAS hilang kuasa.

Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999 itu ? Siapa berbohong ? dan siapa kufur ?

Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung.

Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan di antara 10 sahabat Nabi s.a.w. yang dijanjikan syurga oleh Baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun yang lalu). Nik Aziz juga seperti manusia-manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah s.w.t., Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka.

Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.

Saya masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah-penceramah PAS menggunakan strategi yang sama iaitu mana-mana calon yang diputuskan oleh parti merupakan calon-calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah s.w.t.

Penyokong-penyokong tidak boleh menolak mana-mana calon yang diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am PAS setelah diperkenankan oleh Allah s.w.t. kata penceramah PAS dengan sombong, dan disambut dengan takbir, takbir, takbir.

Tetapi yang peliknya ramai juga calon-calon yang diputuskan oleh Nik Aziz itu telah tewas di tangan UMNO.

Para pembaca boleh fikir sendiri. 

Surat No. 1 : Pas ikut telunjuk DAP!


Surat No. 1

Pas ikut telunjuk DAP

Penggabungan PAS dengan DAP adalah satu perbuatan yang salah di sisi agama Islam kerana ia boleh memberi ancaman kehilangan kuasa pemerintahan kepada sebuah parti terbesar orang-orang Melayu beragama Islam iaitu UMNO.

Nik Aziz ada berkata bahawa UMNO telah memisahkan agama dan politik, di mana agama dan politik tidak boleh dipisahkan, katanya.

Sesungguhnya agama dan politik tidak boleh dikaitkan. Kita boleh berpolitik tetapi tidak boleh kaitkan bahawa politik itu satu tuntutan agama. Jika kita mengatakan politik itu satu tuntutan agama maka ia adalah bidaah kerana politik sebenarnya dilahirkan oleh orang-orang Barat dan ia tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w., juga tidak berlaku di zaman sahabat Baginda. Ini telah dijelaskan oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, dan juga Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah. Hanya Nik Aziz sahaja yang tidak faham istilah “politik” itu.

Demi untuk menarik sokongan orang-orang Melayu kepada PAS atas kepentingan politik, Nik Aziz pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. juga terlibat dalam berpolitik. Jika benar Baginda terlibat dalam politik sebagaimana yang diperkatakan oleh Nik Aziz itu, sila jawab dengan jelas soalan-soalan berikut di bawah:

(a)    Rasulullah memimpin parti politik bernama apa?
(b)     Di mana Baginda bertanding?
(c)    Baginda bertanding di kerusi DUN atau Parlimen atau kedua duanya sekali seperti Haji Hadi yang pernah bertanding di Parlimen Marang dan DUN Rusila?
(d)     Berapa penggal Baginda menjadi wakil rakyat.
(e)     Adakah parti Rasulullah itu bergabung dengan mana-mana parti politik orang-orang kafir yang menentang penubuhan negara Islam atau hukum hudud seperti DAP?
(f)      Adakah ceramah politik Baginda dan orang-orang yang Baginda pimpin itu suka mencaci dan memfitnah sesama Islam seperti apa yang diamalkan oleh penceramah dan penyokong PAS selama ini?
(g)     Adakah Baginda sentiasa menurut keputusan politik yang dibuat oleh orang-orang kafir yang merugikan Islam seperti apa yang dituruti oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS apabila diputuskan oleh DAP?
(h)  Adakah penyokong-penyokong parti politik Rasulullah ada mengibarkan bendera parti politik orang-orang kafir seperti apa yang dibuat oleh penyokong-penyokong PAS yang mengibarkan bendera DAP, sebuah parti politik yang menentang penubuhan negara Islam dan menentang hukum hudud, anti-Islam, anti-peruntukan masjid dan anti-anti lain?

Saya masih ingat, penceramah PAS sentiasa berkata, kerjasama PAS dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada orang-orang bukan Islam dalam DAP. Ringkas, sehingga ke hari ini sudah berapa puluh ribu orang-orang bukan Islam dalam DAP telah memeluk Islam? Diharap PAS dan DAP dapat kiranya keluarkan satu senarai nama-nama mereka yang telah memeluk Islam. Sebaliknya usaha-usaha DAP memurtadkan orang-orang Islam memang jelas ada.

Sebenarnya kelahiran parti politik yang bernama PAS di negara ini banyak menyumbangkan kepada perkara-perkara tidak baik untuk orang-orang Melayu kerana ia menggunakan agama untuk kekuatan parti tersebut iaitu PAS, sebaliknya UMNO menggunakan kuasa politik untuk menguatkan agama Islam dan usaha-usaha murni itu memang tidak nampak oleh Nik Aziz yang sentiasa berdendam dengan UMNO.

Seperti mana yang diperkatakan di atas, kita boleh berpolitik tetapi tidak boleh mengaitkan ia satu tuntutan agama. Seperti juga pakaian tali leher atau baju kot. Kita boleh memakainya sebagai satu pakaian tetapi tidak boleh kaitkan bahawa memakai pakaian tersebut adalah satu tuntutan agama.  Ini perlulah difahami oleh Nik Aziz dan penyokong-penyokong PAS.

Malaysia, negara kita, makmur sejahtera di bawah Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO beragama Islam. Jangan sekali-kali kita memperjudikan nasib masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita, cicit-cicit kita, keseluruhan generasi kita hanya untuk kepentingan PAS atas nama “perubahan”. Adalah dibimbangi, perubahan yang dicari tetapi tidak mustahil malapetaka yang akan kita alami.

Sebelum kita menjadi manusia rugi, hendaklah kita sentiasa bersyukur apa yang kita perolehi selama ini daripada kurniaan Allah s.w.t.

Marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah dengan harapan Allah membawa kita ke jalan kejayaan di dunia dan di akhirat bertunjangkan kepada ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. sahaja, dan bukannya Islam yang di bawa oleh Nik Aziz atau yang di bawa oleh PAS. Janganlah kita berkata bahawa Nik Aziz dan semua penyokong-penyokong PAS itu akan dimasukan ke syurga. Rujuk Al-Quran di Surah Al-Baqarah Ayat 214 bermaksud :

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu ?

Terus terang ingin saya katakan, selagi rakyat Kelantan jahil Al-Quran, selagi itulah PAS akan terus berkuasa di Kelantan. Dengan memberi undi kepada PAS pada PRU-13 kelak bermakna kita memberi undi dan menyokong kepada perjuangan DAP yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-peruntukan masjid dan berbagai-bagai lagi yang tidak mampu ditulis disini.

Pendirian Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi itu boleh disifatkan sebagai mengakui bahawa perjuangan UMNO adalah betul, dan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Kepada UMNO teruskan perjuangan untuk memperkasa dan memartabatkan Islam.

SURAT-SURAT CINTA UNTUK PAS!


SURAT NO. 1
(PAS ikut telunjuk DAP)

SURAT NO. 2
(Membongkar nista Tuan Guru),

SURAT NO. 2A
(Hanya yang sesat halang umat naik haji)

SURAT NO. 2B
(Mombongkar perangai Nik Aziz)

SURAT NO. 3
(Hukum Hudud Islam / Hukum Hudud PAS / Hukum Hudud PRU-13?)

&

SURAT NO. 4
(Soal Jawab Politik Drpd Sudut Agama Islam)

KEENAM-ENAM SURAT TERSEBUT
BOLEHLAH FORWARD KEPADA SESIAPA ATAU
MANA-MANA PIHAK.
DI NEGARA INI ADA KEBEBASAN BERSUARA.

BAIK JUGA JIKA SURAT-SURAT ITU DIFORWARDKAN
KE SELURUH PEJABAT UMNO BAHAGIAN
DAN
SELURUH PEJABAT PAS,
SERTA KEPADA GURU-GURU SEKOLAH, ATAU PENJAWAT AWAM LAIN DI SELURUH NEGARA.

BIAR MEREKA BACA SUPAYA MEREKA BOLEH PUTUSKAN SENDIRI PARTI MANA YANG SEPATUTNYA MEREKA PILIH
PADA PRU-13 KELAK.

Saya sangat gembira jika tulisan ini dibaca
oleh
PM Najib dan isterinya Rosmah Mansor (RM).

SEKARANG NEGARA SUDAH AMAN HASIL PERJUANGAN
ATM (TERMASUK SAYA) DAN PDRM.
KINI RAMAI ORANG POLITIK BERCITA-CITA NAK JADI
PM
WALAU PUN TIDAK LAYAK, NAK ROSAKKAN NEGARA
(cacing nak jadi naga)

Dulu, semasa negara tidak aman, tembak sana, tembak sini, ramai orang politik takut nak jadi PM, bunyi tembakan pun ketar lutut. Sekarang mereka sudah berani kerana negara sudah aman, terutmanya orang-orang yang bergelar ulama politik dalam PAS.

SESI PENGENALAN TENTANG POLITIK.


Nota Penulis: Menurut seorang Penyelidik Hal Ehwal Politik daripada International Peace Reaserch Institute (IPRI), Oslo, Norway yang membentangkan syarahannya dalam seminar politik di Technical Universiti Berlin pada tahun 1984 berkata, mana-mana penulisan hal ehwal politik hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelemahan atau keburukkan sesebuah pertubuhan atau parti politik yang ditentangnya.

Katanya, terjemahan kepada makna POLITIK adalah berbeza di antara satu negara dengan satu negara lain. Ini kerana di Amerika Syarikat hanya ada 2 parti politik sahaja. Di negara China hanya ada 1 (satu) parti politik sahaja yang wujud tetapi tiada pilihan raya. Di negara Britain ada pelbagai parti politik seperti juga di Malaysia, dan begitulah seterusnya. Makna POLITIK secara standard yang diputuskan oleh IPRI ialah:

Sebuah pertubuhan politik, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan kerajaan, berusaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahaan, sama ada melalui pilihan raya yang telus atau tidak telus, atau melalui syarahan, propaganda, demostrasi, atau melalui rampasan kuasa, atau melancarkan peperangan bersenjata dengan kerajaan, atau melalui cara-cara lain yang boleh menyebabkan kerajaan yang sedia ada itu tumbang.

Catatan: Nik Aziz dan Haji Hadi ada berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pun berpolitik juga. Soalan: Adakah Baginda juga terlibat dalam satu satu daripada cabang-cabang politik seperti di atas? Jawapannya ada tidak.

Katanya lagi, penulis hendaklah mengumpulkan segala kelemahan atau keburukkan parti lawan untuk dihebahkan kepada seluruh rakyat dengan harapan majoriti rakyat atau keseluruhan rakyat akan menolak parti tersebut sepanjang masa dan bukannya terhad pada mana-mana pilihan raya sahaja.

Sehubungan dengan itu, penulis hendaklah bebas daripada hanya memuji dan terpengaruh kepada sebuah parti yang disokongnya sahaja. Sebaliknya hendaklah jujur menulis secara profesional dengan sedikit atau beberapa teguran membina kepada ahli parti, atau pemimpin parti atau pun kepada kepimpinan tertinggi dalam parti yang disokongnya itu dengan harapan parti itu akan menjadi lebih kuat dan terpengaruh. Maknanya diterima oleh majoriti rakyat, atau keseluruhan rakyat.

Tanpa teguran membina, pastilah pemimpin parti yang disokong itu akan menjadi lebih sombong serta tidak mahu memperbetulkan apa yang tidak disukai oleh rakyat, dan pastilah rakyat akan menolak pemimpin itu, dan secara tidak langsung, parti itu juga yang pastinya akan ditolak oleh rakyat. Adalah lebih baik pemimpin tertinggi itu disingkirkan lebih awal daripada menjadi pemimpin tertinggi sebelum rakyat membuat keputusan menolaknya, kata Penyelidik (IPRI) itu.

Perkara sepenting begini biasanya tidak disedari oleh mana-mana pemimpin atau ahli parti politik.

Ditekan di sini, mana-mana penulis yang hanya menghentam sebuah parti politik lawan sahaja tanpa menegur kepimpinan parti yang disokongnya itu pastilah akan dianggap seperti air masin yang tidak boleh diminum. Tulisan itu perlu ditolak secara mandotori.

Penulis hendaklah pandai mengimbang supaya penulisannya itu akan lebih menarik dibaca oleh semua golongan, dan yang penting mampu menarik keluar ahli parti lawan supaya menyokong partinya. Disinilah letaknya kebijaksanaan penulis supaya penulisannya itu akan mendapat perhatian ramai dan ingin dibaca oleh semua peringkat tanpa jemu, dan mampu mempengaruhi para pembaca untuk menyokong tulisannya, dan seterusnya menyokong parti politik yang disokongnya.

Setiap penulisan politik tetap akan dianggap sebagai telah berjaya mencipta SENJATA NUKLEAR yang boleh memusnahkan sesebuah negara dan merosakkan seluruh alam seketiar, ini hanya perumpamaan sahaja. Oleh itu penulis hendaklah tahu bagaimana untuk melancarkan senjata nuklear itu sama ada melalui pelancar roket jarak sederhana, atau melalui pelancar roket jarak jauh, serta mempunyai operator pelancar yang mahir dan berkebolehan. Penulis itu sendiri hendaklah merancang dan melaksanakannya. Jika tidak, penulisan yang dikatakan hebat itu akan menjadi sia-sia.

Hari ini dan sejak sekian lama, dan mungkin juga pada tahun-tahun berikutnya, penulis biasanya akan mengalami kegagalan untuk melancarkan serangan jika tidak mendapat sokongan daripada pemimpin atasan dalam mana-mana parti politik. Oleh itu pemimpin tertinggi dalam mana-mana parti politik hendaklah bijak mengesan mana-mana penulis yang hebat.

Mana-mana penulis yang hebat adalah wajar menjadi pembantu rapat, atau penasihat kepada pemimpin tertinggi dalam mana-mana parti politik. Jika saranan ini tidak dipedulikan, ada kemungkinan juga penulis yang hebat itu akan bertukar baju perjuangan kepada parti lain, dan jika ini terjadi maka parti yang selama ini disokong oleh penulis tersebut pastilah akan terjejas teruk.

Seperti juga mana-mana pemain bolasepak di barisan serangan. Jika pemain itu berpindah ke pasukan lain, pastilah pasukan baru tersebut akan menjadi lebih kuat daripada sekarang.

Ringkas, ulangi! Mana-mana penulisan yang hanya memburukkan parti lawan sahaja tanpa menegur parti yang disokongnya itu akan membawa kepada ketidaksukaan orang ramai untuk membaca tulisannya.

Mana-mana penulisan hendaklah mempunyai tujuan iaitu untuk membangunkan negara dan mencorakkan rakyatnya sebagai rakyat kelas pertama. Sesebuah parti politik boleh memainkan peranan ke arah itu jika penulis berani berkata sesuatu yang benar tanpa takut, semata-mata untuk negaranya.

Pemimpin yang jujur ialah pemimpin yang menjadi pendengar yang baik serta boleh menerima apa yang ditegur itu, maknanya tidak degil.