Nota
Penulis: Menurut
seorang Penyelidik Hal Ehwal Politik daripada International Peace Reaserch
Institute (IPRI), Oslo, Norway yang membentangkan syarahannya dalam seminar
politik di Technical Universiti Berlin pada tahun 1984 berkata, mana-mana
penulisan hal ehwal politik hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada
kelemahan atau keburukkan sesebuah pertubuhan atau parti politik yang ditentangnya.
Katanya,
terjemahan kepada makna POLITIK adalah berbeza di antara satu negara dengan
satu negara lain. Ini kerana di Amerika Syarikat hanya ada 2 parti politik
sahaja. Di negara China hanya ada 1 (satu) parti politik sahaja yang wujud
tetapi tiada pilihan raya. Di negara Britain ada pelbagai parti politik seperti
juga di Malaysia, dan begitulah seterusnya. Makna POLITIK secara standard yang diputuskan oleh
IPRI ialah:
Sebuah
pertubuhan politik, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan kerajaan,
berusaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahaan, sama ada melalui pilihan raya
yang telus atau tidak telus, atau melalui syarahan, propaganda, demostrasi,
atau melalui rampasan kuasa, atau melancarkan peperangan bersenjata dengan
kerajaan, atau melalui cara-cara lain yang boleh menyebabkan kerajaan yang
sedia ada itu tumbang.
Catatan: Nik Aziz dan Haji Hadi ada
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pun berpolitik juga. Soalan: Adakah Baginda juga terlibat dalam satu satu
daripada cabang-cabang politik seperti di atas? Jawapannya ada tidak.
Katanya
lagi, penulis hendaklah mengumpulkan segala kelemahan atau keburukkan parti
lawan untuk dihebahkan kepada seluruh rakyat dengan harapan majoriti rakyat
atau keseluruhan rakyat akan menolak parti tersebut sepanjang masa dan bukannya
terhad pada mana-mana pilihan raya sahaja.
Sehubungan
dengan itu, penulis hendaklah bebas daripada hanya memuji dan terpengaruh
kepada sebuah parti yang disokongnya sahaja. Sebaliknya hendaklah jujur menulis
secara profesional dengan sedikit atau beberapa teguran membina kepada ahli
parti, atau pemimpin parti atau pun kepada kepimpinan tertinggi dalam parti
yang disokongnya itu dengan harapan parti itu akan menjadi lebih kuat dan
terpengaruh. Maknanya diterima oleh majoriti rakyat, atau keseluruhan rakyat.
Tanpa
teguran membina, pastilah pemimpin parti yang disokong itu akan menjadi lebih
sombong serta tidak mahu memperbetulkan apa yang tidak disukai oleh rakyat, dan
pastilah rakyat akan menolak pemimpin itu, dan secara tidak langsung, parti itu
juga yang pastinya akan ditolak oleh rakyat. Adalah lebih baik pemimpin
tertinggi itu disingkirkan lebih awal daripada menjadi pemimpin tertinggi
sebelum rakyat membuat keputusan menolaknya, kata Penyelidik (IPRI) itu.
Perkara
sepenting begini biasanya tidak disedari oleh mana-mana pemimpin atau ahli
parti politik.
Ditekan
di sini, mana-mana penulis yang hanya menghentam sebuah parti politik lawan
sahaja tanpa menegur kepimpinan parti yang disokongnya itu pastilah akan
dianggap seperti “air masin” yang tidak boleh diminum. Tulisan itu perlu
ditolak secara mandotori.
Penulis
hendaklah pandai mengimbang supaya penulisannya itu akan lebih menarik dibaca
oleh semua golongan, dan yang penting mampu menarik keluar ahli parti lawan supaya
menyokong partinya. Disinilah letaknya kebijaksanaan penulis supaya
penulisannya itu akan mendapat perhatian ramai dan ingin dibaca oleh semua
peringkat tanpa jemu, dan mampu mempengaruhi para pembaca untuk menyokong
tulisannya, dan seterusnya menyokong parti politik yang disokongnya.
Setiap
penulisan politik tetap akan dianggap sebagai telah berjaya mencipta SENJATA
NUKLEAR yang boleh memusnahkan sesebuah negara dan merosakkan seluruh alam
seketiar, ini hanya perumpamaan sahaja. Oleh itu penulis hendaklah tahu
bagaimana untuk melancarkan senjata
nuklear itu sama ada melalui pelancar
roket jarak sederhana, atau melalui pelancar
roket jarak jauh, serta mempunyai operator
pelancar yang mahir dan berkebolehan. Penulis itu sendiri hendaklah
merancang dan melaksanakannya. Jika tidak, penulisan yang dikatakan hebat itu
akan menjadi sia-sia.
Hari
ini dan sejak sekian lama, dan mungkin juga pada tahun-tahun berikutnya,
penulis biasanya akan mengalami kegagalan untuk melancarkan serangan jika tidak
mendapat sokongan daripada pemimpin atasan dalam mana-mana parti politik. Oleh
itu pemimpin tertinggi dalam mana-mana parti politik hendaklah bijak mengesan
mana-mana penulis yang hebat.
Mana-mana
penulis yang hebat adalah wajar menjadi pembantu rapat, atau penasihat kepada
pemimpin tertinggi dalam mana-mana parti politik. Jika saranan ini tidak
dipedulikan, ada kemungkinan juga penulis yang hebat itu akan bertukar baju perjuangan kepada parti
lain, dan jika ini terjadi maka parti yang selama ini disokong oleh penulis
tersebut pastilah akan terjejas teruk.
Seperti
juga mana-mana pemain bolasepak di barisan serangan. Jika pemain itu berpindah
ke pasukan lain, pastilah pasukan baru tersebut akan menjadi lebih kuat
daripada sekarang.
Ringkas,
ulangi! Mana-mana penulisan yang hanya memburukkan parti lawan sahaja tanpa
menegur parti yang disokongnya itu akan membawa kepada ketidaksukaan orang
ramai untuk membaca tulisannya.
Mana-mana
penulisan hendaklah mempunyai tujuan iaitu untuk membangunkan negara dan
mencorakkan rakyatnya sebagai rakyat “kelas pertama”. Sesebuah
parti politik boleh memainkan peranan ke arah itu jika penulis berani berkata
sesuatu yang benar tanpa takut, semata-mata untuk negaranya.
Pemimpin
yang jujur ialah pemimpin yang menjadi “pendengar yang baik” serta
boleh menerima apa yang ditegur itu, maknanya tidak degil.
No comments:
Post a Comment